Perikatan Nasional adalah sebuah nama baru untuk sebuah kerajaan baru yang baru terbentuk di Malaysia.Ia dibentuk pada 23 Februari 2020 dicelah-celah krisis politik Malaysia yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
2. Kerajaan Pakatan Harapan yang menggabungkan empat buah parti iaitu PPBM (BERSATU),Parti Keadilan Rakyat (PKR),Democratic Action Party (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) telah ditubuhkan dalam tahun 2016.Parti gabungan ini telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia sejak merdeka 1957.Kekuatan parti ini membuatkan ianya berjaya berkuasa selama hampir 61 tahun.
3. Kekalahan BN adalah kerana amalan rasuah kebanyakan pemimpinnya.Perdana Menterinya DS Najib Tun Razak dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah yang dikaitkan dengan Syarikat 1 Malaysia Development Berhad dan SRC Internasional yang merupakan subsidiari kepada 1 MDB.
4. Kerajaan Malaysia pimpinan DS Najib digelarkan oleh dunia sebagai sebuah kerajaan kleptokrat.Isu ini digunakan oleh pembangkang dari Pakatan Harapan yang diketuai oleh beberapa pemimpin utama yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Muhammad dari BERSATU .Ia dibantu oleh DS Wan Azizah dari PKR, Mohamad Sabu dari AMANAH dan Lim Guan Eng dari DAP . Beberapa pemimpin pembangkang lain di belakang Tun Mahathir adalah TS Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir dari BERSATU.
5. Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum 9 Mei 2018 dengan mendapat majoriti mudah tetapi gagal untuk mendapat majoriti dua pertiga seperti yang dirancangkan mereka.Kempen pilihanraya mereka dibumbui dengan janji manifesto yang lunak dan berjaya memenangi hati rakyat.Ini membantu mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional.
6. Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah membentuk Kabinet baru tidak lama selepas pilihanraya.Senarai anggota kabinet yang dbentuk menampakkan kekurangannya sejak awal kerana hampir sembilan puluh peratus dari menteri dan timbalan menteri yang dilantik adalah terdiri muka-muka baru yang belum berpengalaman.Jawatan menteri-menteri kanan juga hampir tidak sesuai untuk disandang oleh mereka-mereka yang dipilih oleh Perdana Menteri.Masalah besar yang dihadapi Perdana Menteri adalah kerana beliau tidak mempunyai banyak pilihan.
7. Menteri baru yang tidak berpengalaman ini bukan sahaja sukar untuk merancang dan melaksanakan kerja tetapi kelihatan kurang berwibawa dan lambat untuk menyesuaikan diri dengan tugas dan jawatan masing-masing.Janji pilihanraya kelihatan lambat ditunaikan.Pembaharuan yang dilaksanakan gagal disampaikan kepada rakyat di bawah. Kementerian Penerangan dan Komunikasi gagal berfungsi dengan berkesan menyalurkan makluat kerajaan kepada rakyat.
8. Kelemahan kerajaan PH berjaya digunakan dengan baik dan berkesan oleh parti pembangkan yang kalah PRU 14 dengan melakukan serangan balas yang padu dan menepati sasaran.Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sering memberi amaran kepada jenaah menterinya supaya segera "perform" dan segera bertindak menjawan serangan pembangkang.Sayangnya kelemahan yang bertambah serta serangan yang bertubi-tubi dari pembangkang gagal ditolak dan gagal ditepis.
9. Kes mahkamah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri DS Najib,isterinya dan beberapa pemimpin UMNO yang lain lambat diselesaikan.Ini adalah berpunca dari kes yang begitu komplikated serta memerlukan kerja mengumpul dokumen pembuktian yang menempuh jalan sukar untuk dilaksanakan dalam waktu singkat.
10. Pembangkang mulai mendapat simpati baru dari masyarakat Melayu kerana permainan politik perkauman yang mulai ditiup dan diapikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terutama dari UMNO.DS Najib begitu cergas mempromosikan dirinya di tengah masyarakat dengan gambaran diri yang selamba seperti bukan seorang OKT (Orang Kena Tuduh).Beliau berjaya mendapat simpati baru dari masyarakat yang dalam PRU 14 membencinya habis-habisan tetapi kini dengan wajah dan penampilan baru ia memperolehi sanjungan seperti seorang selebriti.Kemana ia pergi disambut.Ada pula mereka yang kembali mencium tangannya.
12. Hidup dan munculnya kembali DS Najib dalam arena politik Malaysia kerana kerajinannya menggunakan media sosial menjawab tuduhan masyarakat terhadap dirinya.Ini sesuatu yang tidak dilakukannya sebelum PRU 14.Anih juga mengapa begitu.
13. Najib berjaya akhirnya mempopularkan dirinya sebagai "BOSS". Jolokan "Bossku" menjadi begitu popular terutama selepas setahun sahaja kerajaan Pakatan Harapan berada di atas tampok kekuasaan Malaysia."Malu apa Bossku" kemudian menjadi ayat-ayat keramat yang dibawa dan dilaungkan di mana sahaja sahaja DS Najib naik pentas untuk berceramah.Ceramahnya sering membawa ayat-ayat yang mempertahankan segala salahlaku yang telah dibuatnya .Dia mempromosikan dirinya sebagi seorang yang tidak pernah bersalah.Tuduhan kepadanya sebagai suatu konspirasi politik.Dia sengaja ingin diiniayakan oleh Tun Mahathir.Dia bertegas dia tidak salah.Dia bertegas dia tidak buat jahat.Dia bertegas yang jahat adalah puak-puak dari Pakatan Harapan yang berjaya menumbangkan kerajaannya dalam PRU 14 itu.Itulah kejayaan DS Najib.Propaganda dan promosinya berjaya.Barang jualannya laku serta dibeli rakyat yang yakin akan mutu dan kualitinya.
14. Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir ,sehingga dimulut pembangkang disebut sebagai "Kerajaan Sepenggal".Menteri-menteri lantikan Tun Mahathir disebut sebagai "Menteri Cap Ayam".Pelbagai panggilan buruk dibewrikan kepada kerajaan Tun Mahathir kerana kekurangan dan kelemahannya.Kelemahan YB Muhamad Sabu bercakap bahasa inggeris dalam mesyuarat-mesyuarat antarabangsa yang dihadirinya sebagai Menteri Pertahanan menjadi ejekan yang tidak sedikit memalu dan mengaibkan tuan punya diri.Tetapi itu menjadi permainan lidah dan menjadi senjata serangan!.Arahan memakai kasut hitam oleh Menteri Pelajaran pun turut menjadi bahan kecaman pihak pembangkang.
15. Peranan DAP dalam Pakatan Harapan banyak dipertikaikan oleh puak pembangkang.Pelantikan Lim Guan Eng Setiausha Agong DAP sebagai Menteri Kewangan dtuduh sebagai suatu kesilapan.Ia dikatakan menyerahkan kantung negara kepada orang Cina yang sangat anti Melayu dan sangat anti Islam.Banyak pula menteri-menteri kanan lain lantikan Mahathir diberikan kepada orang cina atau bukan Islam.Tun Mahathir turut dikecam kerana ini semua.Seorang Menteri Budak diserahkan Kementerian Belia dan Sukan. Semuanya dijadikan alasan untuk menunjukkan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan.
16. Kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan jelas terbentang apabila selepas April 2019 beberapa PRK yang diadakan memberikan kemenangan kepada pihak pembangkang.Dari PRK Cameron Highlands sehingga Semenyih,Rantau dan Tanjung Piai semuanya Pakatan Harapan berputih mata.PRK Tanjung Piai memberikan pukulan berat kepada Pakatan Harapan apabila BN mendapati kelebihan majoriti yang melebihi 15 ribu untuk kemenangan Wee Jeck Seng dari MCA (BN).
17. Kemengan manis untuk BN menjadi lebih manis apabila berjaya menawan kerusi Parlimen Kimanis, Sabah.Leher Pakatan Harapan sudah nampak terkulai dengan kekalahan mereka di Kimanis.Post Mortem yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk mencari punca kekalahan di Kimanis tidak membawa apa-apa makna lagi sewaktu segala keyakinan rakyat kepada Pakatan Harapan kelihatan semakin punah dan berkecai.
18. Sesungguhnya UMNO telah nampak berjaya untuk bangkit semula.Rakyat kembali melihat dan merasa yakin pula bahawa mereka tersilap dalam PRU 14 memilih Pakatan Harapan.Mereka perlu bertaubat dan untuk itu perlu pulang semula kepada UMNO.
19. Sikap mesra PAS kepada UMNO sejak 2016 telah membentuk suatu senario baru dalam politik Malaysia selepas PRU 14.Berteraskan kepada perjuangan baru untuk memperjuangkan hak Melayu atas nama ketuanan Melayu dan Islam maka PAS dan UMNO bukan sahaja perlu bercinta tetapi bertunang dan kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal sebumbung.
20. Demikianlah Muafakat Nasional berjaya disepakatkan antara UMNO dan PAS dalam usaha mereka untuk menjadi pembangkang yang lebih kuat dalam menghadapi kerajaan PH .Mereka bersetuju untuk bersama dalam pakatan politik meskipun katanya untuk tidak "berkahwin".
21. Muafakat Nasional berjaya memberikan gema baru,membentuk gelombang dan tsunami politik sehingga menggoncang kerajaan PH yang sedang berdepan dengan segala krisis dalamannya itu.Ia bukan sahaja berjaya mengalahkan PH di Tanjung Piai tetapi kemudian meranapkan terus harapan Shafie Afdal untuk mempertahankan Warisan Sabah (sekutu kerajaan PH )di Tanjung Piai di bumi Sabah Negeri Dibawah Bayu itu.
22. Masalah terbesar yang membelenggu kerajaan Pakatan Harapan tidak lain dan tidak bukan adalah isu peralihan kuasa Perdana Menteri dari Tun Mahathir sebagai PM ke 7 kepad DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8.Inilah yang menjadi pemangkin (catalyst) kepada kejatuhan kerajaan PH.Tidak dapat tidak DS Anwar memberikan pukulan terakhir untuk menamatkan riwayat kerajaan PH.Berpuna darinya timbul pelbagai percaturan dan krisis baru yang menjadikan masalah dalamam PH semakin kusut.Ianya tidak boleh diuraikan lagi melainkan kekusutan itu perlu ditamatkan bermula dengan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir.
23. Perletakan jawatan Tun Dr Mahathir nampaknya bukan sebagai suatu persiapan untuk memberi jalan bagi kenaikan DS Anwar mengambil tempat Perdana Menteri.Ia semakin menutup jalan laluan itu.Maka apakah maknanya perletakan jawatan itu.Sejarah masih panjang untuk menjawab dan memaknakannya........
24. Mengapa Tun Mahathir meletak jawatan.Pertanyaan pendek ini panjang jawabnya.Mungkin kita boleh menjawab mudah dengan mengatakan bahawa Mahathir sudah tidak tahan didesak oleh bukan sahaja bakal penggantinya tetapi juga
oleh parti-parti komponen PH yang lain.
25. Mahathir dalam satu wawancara bersama Sinar Harian menjawab pertanyaan itu dengan alasan ia didesak oleh partinya sendiri BERSATU supaya beliau bersetuju untuk membawa BERSATU keluar dari gabungan Pakatan Harapan.Membawa keluar bersatu dari PH bermakna PH akan kehilangan majoriti mudah dalam parlimen untuk kekal menjadi sebuah kerajaan.
26. Bila akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yasin mengambil keputusan untuk BERSATU keluar dari kolisi PH dengan sendirinya bermakna terbubarnya kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri.Mahathir tiada pilihan lain melainkan bukan sahaja meletakkan jawatan sebagai PM tetapi juga sebagai pengerusi BERSATU ( walaupun kemudiannya menerima balik jawatan itu setelah sebelumnya perletakan jawatan itu ditolak oleh BERSATU).
27. Dalam kekalutan ini pada 23 Februari 2020 suatu mesyuarat tertutup diadakan di Hotel Sheraton,Petaling Jaya.Ia dikelabui oleh cerita bahawa ini adalah sebuah majlis makan malam muafakat ahli-ahli parlimen.DS Azmi yang baru dipecat dari PKR menjadi penganjur utama bersama-sama dengan TS Muhyiddin serta beberapa pemimpin pembangkang yang lain dari kalangan Barisan Nasional dan PAS serta Gabungan Parti Sarawak.Peristiwa ini kemudian dikenali sebagai langkah Sheraton.
28.Katanya langkah Sheraton menamakan Tun Mahathir yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri Interim untuk mengetuai sebuah pakatan baru membentuk kerajaan "Pintu Belakang" .Ini bertujuan bagi menumbang dan menggantikan kerajaan Pakatan Harapan yang sedang nazak.
29. Nama Tun Mahathir telah lama dijaja oleh gerakan pakatan sulit itu sebagai Perdana Mentetri sebuah gabungan baru berteraskan kerajaan Melayu Islam yang bakal dibentuk.Berita tentangnya telah berbulan-bulan sebelum itu tersebar.Dalam kaadaan dan selira demikian PAS dan UMNO menyatakan sokongan penuh kepada TUN M untuk kekal menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal parlimen.Pada saat itu desakan dan tekanan dari DAP dan PKR supaya Tun M segera berundur dan memberi laluan segera kepada DS Anwar begitu memuncak.Ini memaksa PAS memutuskan untuk membawa undi percaya di Parlimen terhadap Tun Mahathir dalam sidang 9 Mac 2020.
30. Undi percaya PAS tidak sempat dilaksanakan kerana Kerajaan PH lebih awal tumbang dan Tun Mahathir lebih awal tersungkur.
31. Langkah Sheraton mengangkat satu nama baru sebagai Perdana Menteri kelapan setelah Tun Mahathir tidak muncul dalam "majlis makan malam ahli parlimen:" di Sheraton Hotel pada malam 23 februari itu.TS Muhyiddin dijulang sebagai hero dan wira baru untuk mengetuai sebuah gabungan baru yang kemudiannya dikenali sebagai Perikatan Nasional itu.TS Muhyiddin menyatakan bahawa beliau telah menemui Tun M selepas itu untuk mendapat restunya.Katanya restu itu diberi dengan syarat TS Muhyiddin nantinya akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
32. Sejarah walau apa pun merakamkan pada akhirnya (melalui pengakuan Tun Mahathir sendiri ) bahawa Tun M tidak diberi laluan oleh istana untuk menyerahkan senarai sokongan ahli parlimen yang didakwa berjumlah 114 diperolehinya kepada YD Agong.Pada lewat petang 29 Februari 2020 YDAgong mengumumkan TS Muhyiddin mendapat sokongan majoriti.Majlis akan sumpah dilangsungkan pada 1.3.2020.Nadi Malaysia berhenti sebentar pada detik itu disitu untuk terkejut dan tertanya-tanya apa sebenarnya telah berlaku.
33. Sementara itu beberapa akhbar luar negara mentafsirkan kejadian tersebut sebagai sebuah "Royal coup d 'etat " (Rampasan kuasa Di Raja tanpa tumpah darah).Ia diukur sebagai suatu usaha memanipulasi sistem demokrasi.Kerajaan yang baru ini kemudian disebut sebagai kerajaan pintu belakang meskipun dikatakan ia tidak berlawanan dengan klausa perlembagaan negara.Rampasan kuasa bagaikan telah berlaku.Ia terjadi dalam diam tanpa revolusi berdarah.Kerajaan dapat ditukar secara aman.Sekurang-kurangnya ia nampak tenang dipermukaan meskipun munkin arusnya deras di dasar lautan.
34. Demikianlah TS Muhyiddin yang diangkat namanya oleh pakatan baru @ Perikatan Nasional diangkat menjadi Perdana Menteri.TS Muhyiddin diyakini oleh YDAgong sebagai seorang yang mendapat kepercayaan majoriti dikalangan ahli-ahli parlimen yang berjumlah 222 orang itu.Pada 10.30 pagi 1 Mac 2020 sejarah merakamkan peristiwa bagaimana seorang Perdana Menteri baru dimasyhurkan sebagai PM ke lapan Malaysia.Ia telah menafikan peluang Tun M.Ia telah menafikan peluang DS Anwar Ibrahim.Hanya TS Muhyiddin yang layak.Hanya TS Muhyiddin yang terpilih dan dipahat namanya dalam sejarah Malaysia sebagai PM ke 8.
35. Sejarah Malaysia terutama sejarah politik Malaysia dalam era krisis ini tidak berakhir di situ.Sebenarnya sejarah itu baru sahaja berputik.Sejarah baru Malaysia baru sahaja bermula.Perjalanannya semakin jauh dan naratifnya semakin panjang untuk ditulis dan dibincang.Wacana akan membiak dan berkembang.Ia memberikan kematangan kepada Warga negara Malaysia dari pelbagai bangsa,pelbagai agama pelbagi faham untuk melihat,menelan atau menghadamkannya.
36. Mungkin ada yang mengunyah lalu memuntahkannya .Mungkin ada yang mengunyah dan menelannya menjadi darah daging dan menguatkan sendi tulang.Penerimaan adalah berbeza dan pendapat serta persepsi juga berbeza.Demokrasi membenarkan hal serupa itu berjalan sedemikian.Maka hak itu dilestarikan.Ia bebas dipakai dan dipraktikkan di Malaysia yang masih bertahan keamanannya.
37. Sebuah kerajaan baru dalam Malaysia baru mencipta sejarah baru oleh seorang Perdana Menteri baru.TS Muhyiddin berhempas pulas membentuk kabinet barunya.Pelbagai spekulasi dan tekaan dibuat oleh pelbagai pihak dari ahli politik ,wartawan,blogger sehingga seorang rakyat biasa di hujung desa tentang siapa yang bakal dllantik oleh Muhyiddin membarisi kabinetnya.
38.Demikian pula di tengah-tengah serangan wabak Corvic 19 melanda negara maka pada 9 Mac 2020;TS Muhyiddin Yassin PM kelapan Malaysia mengisytiharkan nama menteri dan timbalan menteri bagi 31 kementerian yang dibentuknya.Yang sangat mengejutkan ialah kabinet itu tidak mempunyai jawatan Timbalan Perdana Menteri.Sejak merdeka Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia belum pernah tidak mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri.Oleh kerana jawatan ini tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia,maka ia dijadikan sandaran untuk menyokong keputsan tersebut.Tetapi ceritanya mungkin tidak akan tamat di situ.
39. Tidak beberapa hari selepas senarai kabinet diumumkan terdengarlah bunyi suara-suara sumbang yang mengkeritik kabinet baru itu.TS Muhyiddin dalam surah sulungnya selepas menjadi PM 8 menyebut dengan jelas bahawa sebuah kerajaan baru yang bersih rasuah serta berintegriti akan dibentuk.TS Muhyiddin pula pada hari pengumuman senarai kabinet menyebutkan bahawa semua menteri dan timbalan yang dipilih dan dilantiknya telah melepasi tapisan polis dan SPRM.Ia mungkin tak perlu diragui lagi kualitinya.
40. Meskipun demikian timbul kemusykilan lalu dibangkitkan khalayak kerana beberapa menteri kanan yang terpalit dengan kes skandal masih diangkat menjadi menteri .Dan Menteri kanan pula jawatannya.Bagaimana juga seorang ahli politik muda baru 22 bulan berpengalaman menjadi Timbalan menteri terus diangkat menjadi menteri kanan dan dijadikan menteri Pelajaran yang bakal berdepan dengan seribu rintangan.Mampukah tugas itu dilaksanakan.
41.Beberapa pemimpin kanan UMNO mulai lantang mempersoalkan perlantikan menteri tidak diberikan kepada ahli parlimen UMNO mengikut imbangan kerusi kerusi parlimen yang diwakili dalam gabungan Perikatan Nasional.Kata mereka oleh kerana UMNO mempunyai jumlah kerusi paling banyak maka seharusnya orang UMNO perlu lebih banyak dilantik.Sebaliknya apa yang berlaku orang BERSATU (Muhyiddin ) dan orang BERSATU (Mohamad Azmin ) yang kurang alhinya diberikan tempat dan bilangan yang lebih besar.
42. Beberapa pemimpin kanan UMNO /BN seperti TS Khalid Nordin,Dato 'Tajuddin Abdul Rahman,DS Mohamad Mat Hassan dan Bung Mokhtar Raden termasuk juga Azalina Othman Said membangkitkan rasa tak puashati dengan perlantikan kabinet TS Muhyiddin.
43.Kebanyakan mereka berpendapat bahawa komposisi kabinet dipilih secara tidak adil untuk UMNO.Menteri UMNO mendapat pos yang tidak kritikal dibandingkan dengan pengalaman luas mereka dalam kerajaan sebelum ini.
44. Pemimpin-pemimpin UMNO tersebut membayangkan tentang keinginan dan kebimbangan mereka bahawa pembentukan kabinet yang tidak adil dan tidak seimbang sekarang akan memberi impak negatif kepada kerajaan ini..Mereka menampakkan kebimbangan dan menduga bahawa kabinet TS Muhyiddin ini akan gagal menjadi sebuah kabinet yang kukuh bersatu hati dikalangan semua menterinya.Tidak akan wujud sebuah kabinet yang mempunyai "shared Vision" dan kerana itu kerajaan gagal untuk digerakkan secara sederap.Dengan itu kerajaan akan gagal meberikan fokusnya kepada pentadbiran yang cekap.Itu dakwaan mereka.
45. Dato' Tajuddin Abdul Rahman dengan lantang tidak bersetuju dengan perlantikan DS Mohamad Azmin Ali sebagai "orang Nombor Dua" negara selepas Perdana Menteri.Beliau menuduh itu adalah sebagai langkah untuk kelangsungan Parti BERSATU selain dari bertujuan untuk melemah dan mengecilkan UMNO..Peranan menteri dari UMNO yang kecil tidak mampu untuk membantu rakyat sambil menjulang nama dan peranan UMNO di mata rakyat.
46. Pada 14 Mac 2020 bekas Ketua hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membidas UMNO apabila beberapa pemimpinnya yang membangkitkan isu ketidakadilan Perdana Menteri dalam menyusun kabinet baru.Tun Abdul Hamid merasa kesal dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang "payah berubah".Mereka dikatakan oleh Tun Abdul Hamid sebagai orang yang tidak mengambil iktibar dari kekalahan PRU 14.Sepatutnya pemimpin UMNO tidak pentingkan diri dan parti sendiri melebihi kepentingan agama,bangsa dan negara.Tun Hamid menyelar mereka ini sebagai orang yang "Mahu Lebih".
47. Apakah maknanya dari semua naratif di atas.Ia membayangkan satu krisis baru bakal bercambah ditengah-tengah krisis politik yang utama.Ia kelihatan tidak menyediakan laluan mudah untuk bahtera TS Muhyiddin dapat belayar dengan sempurna menuju matalamat membina sebuah negara.
48. Negara sekarang terumbang ambing di landa wabak Corvic dan pelbagai kesan buruk ekonomi dan sosial yang tak terduga berpunca darinya.Sekatan perjalanan yang dilaksanakan sekarang serta bertambahnya angka jangkitan wabak Corvic 19 menyediakan halangan besar untuk sebuah kerajaan baru dapat berfungsi dengan cepat lagi.berkesan.
49. Sebagai sebuah parti yang mengangkat dan menjadi pendukung utama kepada TS Muhyiddin yassin untuk jawatan Perdana Menterinya; apakah BERSATU begitu kukuh untuk menjaga dan mempertahankan TS Muhyiddin dari segala asakan , gegaran dan pelbagai ancaman sekelingnya.Petanda ancaman sudah menampakkan riaknya.Angin telah nampak bertiup,ombak kelihatan berolak.Badai mungkin tiba tidak lama dari sekarang kalau sesuatu tidak menyekat kalau sesuatu tidak berjaya menghalang.
50. BERSATU telah berpecah dua sekarang.Sebahagian pemimpin dan pengikutnya turut berpecah.Satu kem mengikut Tun Mahathir dan DS Mukhriz sementara satu kem lagi mengikut TS Muhyiddin selaku Presiden BERSATU dan Perdana Menteri.Dikatakan dalam pencalonan nama untuk jawatan Presiden BERSATU baru-baru ini ,kelihatan Tun Mahathir telah menang tanpa bertanding kerana tiada pencalonan lain selain darinya.Ini bererti kerusi Tun M telah telah pun tersedia untuk jawatan itu.Bagaimana TS Muhyiddin yang katanya akan berdepan dengan cabaran dari DS Mukhriz sebagai Presiden BERSATU.Jawatan-jawatan lain juga nampaknya akan memperlihatkan pertembungan sengit.Ini terjadi setelah undi tidak percaya pembangkang terhadap TS Muhyiddin tidak lagi berupaya untuk dibawa ke Parlimen. Langkah melemahkan TS Muhyiddin barangkali akan digunakan secara mksima oleh penentangnya dalam kancah ini dengan peluang ini.
Ia tentunya akan menjadi pertandingan yang sengit.Ia adalah sebuah pertempuran hidup mati.
51. Apakah nasib BERSATU selepas persidangan Agong tahunannya Jun nanti.Kita akan membaca dan menilainya kemudian.Untung sabut timbul untung batu tenggelam.Kedudukan dan peranannya dalam politik Malaysia kelihatan dikepung oleh pelbagai ancaman.
52. Bagaimana pula sekarang dengan kedudukan DS Anwar Ibrahim dan PKRnya.Selepas perlantikan Perdana Menteri ke 8 nama pemimpin ini seperti tenggelam.Nama ini menjadi begitu popular dan dikejar wartawan sana sini untuk mengikuti perkembangannya.Untuk diambil apa yang dikatakannya tentang politik peralihan kuasa perdana Menteri.Selepas 1 Mac 2020 beliau kelihatan menyepi.Isterinya DS Wan Azizah pula selepas terlepas jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak terlihat lagi wajahnya dan kenyataannya diangkat ke dada akhbar atau memasuki kaca TV.Itulah nasib pemimpin kita ia kelihatan berguna bila berkuasa dan bila hilang kuasa ia bagai hilang taring.Rakan yang dulunya mendekat semakin hari semakin menjauh.
53. Untuk dikatakan tidak keciwa bukanlah itu bagi DS Anwar.Apakah beliau benar-benar keciwa. Mungkin tidak untuk seorang pejuang yang telah masak dengan pengalaman penjara sepertinya.Apakah beliau perlu marah kepada sesiapa kerana gagal memenuhi hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri.Mungkin ya mungkin tidak.Tetapi seperti yang diajar oleh sejarah mereka yang terlalu-talu berkehendakkan sesuatu akan memilih pendekatan yang tidak munasabah serta terburu-buru dan kerana itu ianya selalu dikalahkan oleh kemahuannya sendiri.Ia pasti gagal kerana sesuatu telah diatur terletak diluar kemampuan dan di luar persiapannya..
54. Barangkali dengar umurnya sekarang yang sudah menjangkau 73 tahun beliau mungkin telah letih .Mungkin juga mengambil pendekatan untuk melepaskan baton perjuangan reformasi yang dicetuskannya kepada orang lain.Apakah pula beliau akan dipilih menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat selepas ini atau jawatan itu jatuh kepada Tun Mahathir.Kita tunggu mei 2020 nanti apabila pintu persidangan parlimen akan di buka lagi di bawah kerajaan baru Perikatan Nasional.
55. Demikian PKR begitu pula DAP.Pemimpin utama mereka misalnya Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan ; kelihatan lebih mengambil sikap mendiamkan diri.Selepas mengambil sikap menyerang Perikatan Nasional sewaktu permulaan pembinaan pakatan dulu sekarang ini lebih beliau mengurung diri dan nampak lebih selisa mengunci mulut.Hanya beberapa kenyataannya dipetik sewaktu menjawab dan menolak tuduhan bahawa anaknya mebawa keluar wang ke Singapura dalam jumlah yang banyak seminggu lebih yang lepas.
56. Apa khabar AMANAH dan pemimpinnya Mohamad Sabu.Abang Mat nampaknya naik beberapa pentas berceramah semula selepas terlepas jawatan sebagai Menteri Pertahanan.Selama ini AMANAH dikatakan proksi DAP.AMANAH hanya tunggangan DAP.Parti ini dituduh sebagai anak kelahiran DAP.Ia dilahirkan bagi melengkapkan sebuah perancangan DAP untuk melemahkan dominan Melayu dalam PAS sendiri.
57. Sebelum ini DAP pernah bersama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat sewaktu TG Nik Aziz menyokong kuat kedudukan DAP dalam pakatan tersebut.Selepas TG Nik Aziz meninggal dunia 2015 DAP ditendang keluar dari PAS dengan alasan DAP anti Melayu bencikan Islam.Kumpulan yang pro DAP dan yang juga pro DS Anwar Ibrahim kemudiannya menggabungkan diri menubuhkan AMANAH yang dipimpin oleh Mohamad Sabu.Ini dibantu dan disokong kuat oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.Ada tuduhan mengatakan DAP mendanai AMANAH sehingga parti musuh ketat PAS itu dilahirkan ke dunia.
58.Sehingga saat rencana ini ditulis PKR,DAP dan AMANAH masih merupakan sebuah gabungan yang sah dalam politik Malaysia.Statusnya sekarang telah bertukar menjadi pembangkang.Susunan kerusi mereka di Dewan Rakyat nanti akan bertukar dan mengalami susunan baru.Pakatan Harapan bukan lagi sebuah pakatan kerajaan tetapi sudah bertukar menjadi pakatan pembangkang.
59. Bilangan mereka masih ramai dan masih cukup kuat untuk menjadi pembangkang yang aktif di Parlimen.Parlimen bakal menjadi panas dan membahang selepas ini kerana di sana adanya beberapa nama besar seperti Tun M, DS Anwar, Mat Sabu'Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang .Ini ditambah pula dengan sekian ramai pemimpin lain yang semuanya dikeciwakan oleh Pakatan baru bernama Perikatan Nasional.PN yang bertanggung jawab menaburkan pasir ke dalam periuk nasi mereka.Siapa pun merasa sangat marah dan merasa sangat keciwa.Itulah antara kata-kata orang yang telah dikeciwakan.
60. Kaadaan politik Malaysia pada saat ini kelihatan tenang.Sekurang-kurangnya di atas permukaan air.Geloranya di bawah mungkin kuat tetapi telah disekat oleh ketakutan ramai kepada wabak corvid 19 yang bukan sahaja menyerang Malaysia tetapi menyerang dunia.Semuanya ini memiliki hikmah yang besar.Hanya Allah yang mengetahui apabila sesuatu itu ditakdirkan oleh dan melalui kuasa dan ketentuannya.Allahu Akbar.
62. Wahai Allah yang sesungguhnya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada seluruh Umat Manusia.Selamatkanlah kami dari wabak yang KAU turunkan ini.Ampunkan dosa kami.Kami terlalu lemah dan terlalu daif untuk memikul ujianMu yang sebesar ini.PadaMu Ya Allah kami berserah mohon pertolongan.Angkatlah kembali musibah ini ke sisiMu Ya Allah.Selamatkan kami dan lepaskanlah kami dari ujianMU ini Wahai Allah penguasa langit dan bumi dan segala isi sesuatu diantara keduanya.PadaMulah ya Allah terletak nasib buruk dan baik kami.Sesungguhnya hidup dan mati kami di tangannMu dan pastilah kepadaMu jua kami semua akan dikembalikan.
63. Kita tidak mengetahui apakah sebenar maknanya musibah politik Malaysia pada hujung Februari yang datang bersekali dengan wabak Corvic 19.Apa pun ia harus dilihat sebagai sebuah ujian besar untuk setiap setiap umat,rakyat semua bangsa,semua ugama supaya melakukan muhasabah disebalik ketentuan Allah menjadikan semuanya tiba serentak dalam satu masa!.Kalau kita masih belum sedar dengan ujian ini tunggulah ketentuan Allah yang lebih menyakitkan.
64. Apakah Perikatan Nasional akan dapat bertahan lebih lama.Apakah Perikatan Nasional boleh menjadi kuat seperti Barisan Nasional sebelum ini.Apakah pula mampu Perikatan Nasional menggantikan tempat Barisan Nasional yang dapat memerintah negara ini lebih 60 tahun lamanya.Semuanya akan dijawab oleh masa.Tetapi itulah masa.Allah pula bersumpah dengan masa dalam surah Al Asyr ayat 1-3.
65. "Bahawa Demi masa sesungguhnya manusia itu sesungguhnya sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman,beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebaikan serta beringat-ingat dengan kesabaran".
66. Apakah parti dominan Melayu dengan namanya Perikatan Nasional ini dapat megangangkat agenda Melayu dan agenda Islam bagi memenuhi kehendak orang Melayu atau tidak akan ditentukan oleh pemimpinnya yang berpegang kepada ajaran Allah dari surah berkenaan.
67. Sesungguhnya demi masa Allahlah yang akan menentukan.Sesungguhnya pula Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang akan mengubah nasibnya.Sekarang di tangan Melayu terletak masadepan Melayu.Sekarang di tangan pemimpin Islam terletaknya masa depan Islam di negara kita ini.
Wallahu a'alam.
Saturday, March 21, 2020
Sunday, March 15, 2020
APABILA ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI
Telah hampir sembilan belas bulan Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia.Sembilan belas bulan yang penuh dengan kegelisahan.Kadaan politik,ekonomi dan sosial tidak cukup selesa.Negara pada keseluruhannya masih aman,belum ada pertumpahan darah tetapi untuk dikatakan stabil dan tenteram mungkin tidak.
2. Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan baru dilahirkan oleh PRU 14.Ia adalah anak PRU 14.Ia berjaya dilahirkan setelah berjaya menguasai sokongan pengundi seluruh negara dan menafikan kemenangan Barisan Nasional yang dipercayai rakyat Malaysia selama 61 tahun.Adalah dirasakan mustahil bagaimana sebuah gabungan parti yang baru dibentuk dapat mengalahkan sebuah gabungan parti yang telah berakar umbi begitu lama.
3. Kekalahan UMNO- Barisan nasional adalah berpunca dari kebencian rakyat kepada parti tersebut kerana kebobrokan perangai pemimpin yang memusnahkan kepercayaan rakyat.
4. Dato' Seri Najib Razak digelar PM Kleptokrasi kerana dituduh menyeleweng wang negara melalui 1 MDB (1 Malaysia Development Berhad) dan SRC anak syarikat 1 MDB.Pakatan Pembangkang yang diperkuatkan dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memberi tekanan yang semakin kuat kepada Barisan Nasional.
5.Melalui pendedahan akhbar Sarawak Report dan The Wall Street Journal populariti Najib jatuh merudum bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia tetapi juga diseluruh dunia.Kebencian rakyat kepada Najib dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang dilihat menjadi "yes men'' kepada Najib semakin bertambah menjelang PRU 14. UMNO dan Barisan nasional dipandang jijik lalu ditolak dan segera digantikan dengan Pakatan Harapan.Rakyat memberikan sepenuh harapan kepada sebuah gabungan parti yang baru yang sesuai pula dengan namanya Pakatan Harapan.Rakyat yakin meletakkan harapan mereka.Rakyat pula yakin pakatan baru ini dapat dipercayai.
5. Sepanjang kempen PRU 14 Pakatan Harapan mendapat sokongan diseluruh negara.Di mana-mana ceramah dan kempen politik pembangkang ketika itu kedatangan penyokong selalunya di luar jangkaan.Kempen politik UMNO-Barisan Nasional menjadi sejuk dan tidak mendapat sambutan.
6. Dengan manifesto PH yang manis ianya berjaya memukau perhatian rakyat.Kenaikan harga barang di luar kawalan dalam tempoh tiga empat tahun sebelum PRU 14 dijadikan isu panas oleh pembangkang untuk terus melunturkan keyakinan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.
7. Gaya hidup mewah isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor turut dijadikan bahan kempen.Berlian dan permata,pakaian dan handbag mewah yang dimilikinya sering dibandingkan dengan Imelda Marcos dari Filifina yang telah digulingkan rakyat.
8. Tidak dapat dinafikan bahawa aura Tun Mahathir sepanjang kempen pilihanraya umum ke 14 adalah begitu dominan untuk memberi impak besar akan kejayaan kepada Pakatan Harapan.Tidak mungkin Barisan Nasional dapat dikalahkan tanpa kemunculan Tun Mahathir di pentas politik pilihanraya itu.
9. Pendedahan berani Tun Mahathir tentang salah laku Dato' Najib sehingga Malaysia dipandang hodoh dan buruk seluruh dunia begitu meyakinkan rakyat seluruh negara.DS Najib begitu dibenci.Meskipun demikian DS Najib masih dijunjung di Pekan di mana beliau masih dapat mengekalkan populariti dan kerusi parlimennya di sana.
10. Sepanjang kempen ini tiada sebarang peranan berkesan yang dapat dimainkan oleh DS Anwar Ibrahim kerana beliau masih berada dalam penjara di Sungai Buloh.
11. Hanya sanya kita kemudian mendengar bagaimana persetujuan DS Anwar diminta apabila Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin dari PBBM memohon untuk menyertai Pakatan Harapan .PH pada mulanya hanya mempunyai tiga parti iaitu PKR,DAP dan AMANAH di dalamnya.
12. Persetujuan Anwar menerima PBBM ke dalam Pakatan Rakyat memberi laluan kepada parti baru ini untuk memainkan peranannya.Kunjungan Tun Mahathir menemui DS Anwar di mahkamah menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar tempatan sewaktu kehangatan bahang PRU 14 itu.
Kesediaan DS Anwar untuk berdamai dengan Tun M dari satu sudut dipandang sebagai satu kemenangan moral kepada kedua-dua mereka. Demi negara yang ingin mereka selamatkan mereka bersedia untuk berdamai.Kehebatan sikap mereka menaikkan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan.
13. Disebalik perdamaian dua musuh ; Anwar - Mahathir timbul banyak tanda tanya dari penganalisis politik terutamanya.Pandangan dan tulisan mereka mempengaruhi minda rakyat sehingga banyak juga rakyat bertanya berapa lama hubungan baik itu dapat dipertahankan.
14. Sejauh yang disedari selama ini dalam kempen-kempen PRU sebelum PRU 14 terutama sepanjang tempoh Tun M bersara dari politik;nama Tun M sering disebut oleh DS Anwar dalam kebanyakan kempennya.Tun M dan keluarganya diserang habis-habisan oleh DS Anwar.Segala keburukan Mahathir dan keluarganya didedah dan dibongkar oleh DS Anwar.
15. Kebencian dan dendam Anwar kepada Tun Mahathir yang pernah menghantarnya ke penjara; apakah sebenarnya telah begitu mudah dapat dipadamkan dengan hanya kerana satu hasrat untuk menyelamatkan negara dari regim kleptokrasi.
16. Ada pelbagai pendapat berkenaan dengan soalan itu.Apa yang penting ialah bahawa mereka berdua lebih tahu apa yang sebenarnya berada dalam lubuk hati masing-masing. Biarlah dengan ringkas kita mentafsirkan bahawa mereka berjabat tangan untuk sebenarnya berdamai. Berbaik dan berdamai demi negara.Kalau sebenarnya begitu tentulah mereka berjiwa besar kerana pengorbanan mereka yang sangat besar itu.
17.Jangan dilupa.Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti pembangkang itu telah membentuk satu majlis yang dinamakan Majlis Presiden.Majlis inilah yang telah membuat persetujuan bahawa sekiranya PH menang PRU 14 maka telah dicadang dan disetujui bahawa jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada Tun Mahathir Mohamad sementara PM in waiting adalah DS Anwar Ibrahim.Keputusan Majlis Presiden Pakatan harapan ini telah di bawa dan dijaja keserata negara dan ikut menjadi bahan kempen untuk menarik sokongan rakyat sebelum menjelang PRU 14.
18. Telah diikrarkan oleh seluruh kepimpinan Pakatan Harapan bahawa sekiranya mereka menang PRU 14 maka usaha meminta pengampunan DS Anwar akan dibawa kepada KDYDP Agong.Inilah yang segera dilakukan sebaik sahaja Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan DS Wan Azizah dilantik menjadi timbalannya.
19. DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dengan pengampunan DYMM YDP Agong.Pembebasanya membawa seribu makna dan membawa implikasi besar pula dalam arena politik Malaysia terutama di zaman Malaysia Baru di bawah kerajaan Pakatan Harapan.
20.DS Anwar terkenal sebagai Bapa Reformasi. Berpengalaman sejak sekian lama masuk dan keluar penjara.Berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri di zaman pentadbiran Tun Mahathir.Kedua pemimpin ini sangat kenal satu samalain.Kerana terlalu kenal apakah mereka boleh berkurung dalam sebuah sangkar.Sukar untuk siapa pun menjawabnya.Sejarah akan menjawabnya kemudian.
21. Selepas dibebaskan langkah yang diambil DS Anwar untuk mengunjungi Raja-Raja Melayu adalah pendekatan yang bijak meskipun ramai yang sinis dengan tindakan itu.Langkahnya bertindak untuk mengambil kembali pucuk pimpinan sebagai Presiden PKR dari Wan Azizah tepat pada masanya.Memujuk wakil rakyat parlimen Port Dickson meletakkan jawatan untuk memberikan laluan dan mendapatkan kerusi Parlimen kawasan itu kepada DS Anwar adalah juga langkah yang tepat.Meskipun ianya sering dipertikaikan banyak pihak namun kemenangan DS Anwar di Port Dickson berjaya membawanya kembali ke Dewan Rakyat.Dengan kemenangan itu beliau kelihatan sudah layak untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.Segala halangan telah direbahkannya.
22. Penantian adalah suatu penyiksaan.Demikianlah DS Anwar Ibrahim sebagai PM in Waiting menanti buah yang lambat gugurnya.Walaupun banyak dibicarakan orang bahawa tempoh Tun M memegang jawatan PM adalah hanya paling lama dua tahun namun belum ada kesediaan Tun M untuk segera berundur dalam tempoh itu.
23. DS Anwar yang pernah dikeciwakan Tun Mahathir sebelum ini merasa semakin curiga dengan keengganan Tun M menyatakan tarikh pasti penyerahan kuasa kepadanya.Desakan pemimpin PKR kepada Tun M supaya segera ditetapkan tarikh peralihan kuasa tidak dapat segera diselesaikan oleh Perdana Menteri yang akan melangkah masuk ke usia 95 itu.Ini bukan saja menimbulkan curiga kepada pemimpin dan penyokong PKR tetapi menimbulkan sesuatu yang sangat tidak senang terutama pada DS Anwar sendiri.
24. Apakah seorang pemimpin reformasi yang pernah berjuang di jalanraya dan melaungkan slogan anti kerajaan dengan berani dan lantang suatu ketika lalu sanggup mengekang dan menggelupur dalam kemarahanya sendiri dengan tekun payah menahan sabar.
25. Inilah barangkali jawapannya kepada pertanyaan itu apabila telah acap kali DS Anwar sendiri berkunjung ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk bertanya dan berbincang hal berkenaan.Itu dilakukan dengan tabah dan sabar.Ia juga dilakukan dengan berhati-hati.Itu contoh kebijaksanaan yang dimiliki oleh beliau.
26. Dalam tempoh menanti yang menyakitkan ini; DS Anwar bagai didera oleh beberapa perkembangan politik dalam negara.
27. Muafakat Nasional yang menggabungkan kerjasama PAS dan UMNO telah diwujudkan untuk mengatur rencana melawan kerajaan PH . Ini menimbulkan cabaran baru yang nenakutkan DS Anwar malah Tun Mahathir serta semua pimpinan PH yang lain.
28. DS Anwar akhir-akhir ini tidak memperlihatkan dirinya secara tuntas menjadi pejuang Melayu.Benar beliau bercakap di sana sini tentang aginda rakyat miskin yang perlu dibela.Tetapi pembelaan tidak dirasakan oleh orang Melayu bahawa merekalah yang lebih dulu perlu dibela dari bangsa-bangsa lain di negara ini.Sikap pro DAP yang keterlaluan dijadikan elemen untuk mengurangkan sokongan Melayu kepada DS Anwar.
29. Anwar selepas pengampunan Diraja 2018 apalagi selepas menjadi ahli parlimen Port Dickson selepas itu bukan lagi Anwar Ibrahim tahun 1970'n sewaktu mendokong ABIM.
30. Anwar sekarang setelah dijanjikan akan menjadi PM ke 8 adalah Anwar baru dengan dorongan yang sangat kuat untuk segera naik takhta menjadi PM.Itu seperti kehilangan sabar dan seperti di tarik tali hidung dan dipulas telinga oleh sesatu pihak lain.Itulah yang dikatakan bahawa DS Anwar digunakan oleh DAP .
31. DAP gagal mencapai cita-cita politiknya melalui sokongan kepada PPBM dan Tun M mulai beralih arah untuk mendampingi DS Anwar yang lebih terbuka dan mesra DAP.Banyak isu-isu kepentingan DAP yang diperjuangkan dalam kerajaan PH tidak dikritik oleh DS Anwar walaupun Tun M berbuat demikian.
32. Orang Melayu kebanyakannya sudah meragui bahawa DS Anwar bukan lagi pejuang Melayu.Beliau semakin jauh untuk dinobatkan sebagai pejuang Islam apabila PAS sebuah parti Islam yang diiktiraf oleh kebanyakan orang Melayu menolak DS Anwar.
33. Akhirnya DS Anwar dikalungkan label sebagai kuda DAP dan seorang libral yang nyata.Sokongan kebanyakan orang Melayu kepadanya merosot kecuali segolongan orang muda yang lahir lewat 1980'n.Mereka selisa mendengar pidato Anwar yang sarat dengan idea dan kaya dengan bahasa baku pelat Penang dan suara serak sengau yang menimbulkan igauan.
34. Latar belakang diri yang mewarnai kehidupan sejak menjadi Menteri dan Timbalan Perdana menteri di zaman UMNO- Tun M dulu begitu membentuk watak peribadinya sejak akhir-akhir ini.Memang pengalamannya cukup kaya kerana berjaya mendampingi Dr Yusof Al Qardhawi seorang ulama ,intelektual dan pejuang Islam tersohor. Demikian dalam kebanyakan pidatonya beliau mengangkat nama Thayeb Erdogan Presiden Turki sebagai rakan karibnya untuk menyatakan bahawa dirinya adalah seorang yang jangan tidak dipercayai.
35. Demikian pun hujjah yang diutarakan oleh DS Awar dan penyokongnya tentang kehebatan Anwar namun hubungan rapat beliau dengan beberapa tokoh Amerika yang berpengaruh menutup sedikit kehebatan yang dimilikinya.Tokoh-tokoh Amerika rakan DS Anwar adalah tokoh Yahudi Amerika yang menyokong Netanyahu PM Israel melanyak penduduk Islam Palestin.DS Anwar dituduh sebagai penyokong Israel.Hal ini diterima dan diyakini oleh orang Melayu Malaysia hari ini.
35. Skandal seks yang dikaitkan dengan dirinya bukan boleh dipadamkan dengan pengampunan Diraja.Ia telah sebati dengan keyakinan rakyat kerana telah ditaburkan ke dalam minda rakyat Malaysia sejak beberapa sejarah pilihanraya sebelum 2018 lagi.Mustahil DS Anwar dapat menyucikan dirinya setelah terpalit dengan demikian banyak tuduhan serta kes mahkakamh berkaitannnya.
36. Tun M begitu tidak yakin bahawa Malaysia akan menjadi lebih baik apabila DS Anwar menjadi Perdana Menteri ke 8.Tun M bagai tersepit diantara melanggar janji atau menolak nasib negara masuk ke dalam kancah yang semakin tidak menentu.
37. Benar sebagai PM 8 (kalau itu menjadi kenyataan) DS Anwar akan mendapat sokongan penuh dari DAP dan AMANAH tetapi mungkin tidak semua dari penyokong BERSATU (PPBM).
38. Kriris antara Mohamad Azmi Ali selaku Timbalan Presiden PKR dengan DS Anwar bukan perkara kecil yang boleh memperkukuhkan kedudukan Anwar untuk dapat diangkat menjadi PM ke 8.
39. Nampaknya Malaysia selepas Mahathir meninggalkan kerusi PM 7 untuk diserahkan kepada DS Anwar penuh dengan warna samar yang sukar ditentu dan sukar difahami.

Subscribe to:
Posts (Atom)