Dari segi bahasa perkataan "benar" disebut dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan sebagai sungguh,sahih,tahkik,pasti,sempurna,sengoti dan tepat.Perkataan "bohong" pula membawa makna dusta,karut,palsu,berlainan dari yang sebenar.Bohong juga dikatakan bidaah atau bedooh.
2. Dengan yang demikian lawan bagi benar adalah bohong.Sesuatu yang tidak benar mestilah menjadi sesuatu yang bohong.
3. Benar dan bohong adalah dua sifat yang dijadikan Allah untuk mencirikan manusia kejadiannya.Selain manusia makhluk jin juga tahu dan pandai berbuat benar dan berbuat bohong.
4. Malaikat tidak tahu berbuat bohong.Malaikat dijadikan Allah tanpa nafsu yang dengannya mereka tidak rahu apa itu bohong.Mereka hanya tahu patuh kepada Allah dan samasekali tidak menderhakai Allah.
5. Allah memerentahkan manusia dan jin untuk beribadat kepadaNya.Kepada mereka ini diberikan akal fikiran untuk menentukan benar dan bohong sesuatu perkara.Manusia dan jin disyariatkan untuk patuh dan taat kepada Allah.Allah memberikan amaran kepada kedua makhluk ini bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya mereka melanggar perintah Allah serta hidup bebas mencari sesuatu di luar keredaan Allah.
6. Banyak perkara yang benar dalam kehidupan ini.Sesungguhnya Allah itu benar.Benar wujudnya dan keesaanNya.Benar kekuasaan dan keagungannya.Sesungguhnya segala sesuatu di dunia ini adalah ciptaanNya.Tidak akan turun setitik hujan membasah bumi kalau bukan dengan perintahNya.Tidak akan terbang seekor burung kalau bukan dengan izinNya.Tidak akan membiak pokok dan segala tumbuhan di muka bumi ini kalau tidak dengan kekuasaanNya.
7.Maha suci Allah dari segala sifat kekurangan dan kelemahan.DIA berdiri dengan sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa .Maha Agong Allah yang mempunyai segala kebesaran dan kekuasaan.
8. Allah menjadikan manusia dan jin untuk beribadat kepadaNya.Tidak menduakanNya.Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah adalah dosa menduakan Allah.Menjadikan suatu makhluk lain selain dari Allah membawa kekafiran.Manusia yang menduakan Allah tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah sedang dosa-dosa lain sebesar mana pun akan diampunkan Allah sekiranya manusia itu mohon keampunan serta bertaubat yang sesungguhnya kerana Allah.
8. Mempunyai kepercayaan adalah suatu fitrah.Manusia diberikan perasaan,jiwa dan keinginan.Mereka berkeperluan untuk menjalani kehidupan mereka.Banyak keinginan dan keperluan mereka.Mereka juga memiliki keberanian dan ketakutan.Mereka inginkan bantuan dan pertolongan.Manusia tidak boleh hidup sendirian.Itu fitrah.
9. Manusia dijadikan Allah dengan segala kekurangan dan kelemahan.Fizikal mereka lemah demikian akal dan fikiran.Manusia mesti bergantung kepada bantuan pehak lain untuk kesempurnaan hidupnya.Demikianlah Allah menjadikan manusia serta segala makhlukNya berpasang-pasang dengan tujuan supaya kehidupan menjadi cukup dan terpenuhi.
10. Keperluan kepada agama adalah satu fitrah.Ada kepercayaan yang benar dan ada kepercayaan yang karut lagi menyesatkan.Allah menurunkan Nabi dan Rasul kepada manusia dan jin untuk menunjukkan jalan yang benar.Jalan yang benar dan lurus adalah jalan Allah yang ditunjukkan oleh para nabi dan rasul.Semua jalan lain dan semua kepercayaan dan agama lain yang dibawa selain dari para nabi adalah karut dan bohong.
11. Agama di sisi Allah yang diakui dan diterimaNya hanyalah Islam.Islam adalah agama samawi yang diturunkan oleh Allah melalui Malaikat kepada para nabi dan rasul dengan panduan kitab-kitab suci mengikut kaum masing-asing di zaman masing-masing.
12. Sesungguhnya para Nabi dan rasul-rasul itu benar dan kitab-kitab suci seperti Zabur,Taurat,Injil dan Al Quran itu benar diturunkan oleh Allah untuk memandu manusia pada zamannya mencari kebenaran Allah.Mereka diperintahkan taatkan Allah dan beribadat kepadaNya.Inilah jalan yang benar.
13. Selain dari makhluk manusia dan jin ada lagi satu makhluk yang dipanggil Iblis dan Syaitan.Iblis seperti yang diceritakan dalam Al Quran adalah berasal dari makhluk Malaikat juga.Mereka menjadi Iblis setelah dilaknat oleh Allah berikutan dari kesombongan dan keangkuhan mereka melanggar perentah Allah di syurga.Iblis enggan tuduk kepada Adam iaitu satu makhluk baru ciptaan Allah di syurga. Adam dijadikan oleh Allah dari tanah liat hitam sedangkan Malaikat (asal kejadian Iblis) adalah dari cahaya.Iblis merasakan dirinya lebih mulia dari Adam dan kerana itu dia enggan tunduk menghormati Adam walaupun Allah memerentahnya berbuat demikian.
14. Apabila Iblis diperintahkan keluar dari syurga dia menjadi sangat marah dan dendam kepada adam dan juga temannya Hawa yang diciptakan Allah kemudiannya sebagai pasangan Adam di Syurga.
15. Iblis telah memujuk dan berjaya memperdayakan Adam dan Hawa dengan pembohongannya.Iblis memujuk Adam dan Hawa untuk makan buah khuldi kerana katanya dengan memakannya menjadikan mereka berdua boleh hidup selama-lamanya.Adam turut melanggar perintah Allah disyurga dengan memakan buah larangan itu.Adam dan Adam kemudiannya turut terusir dari Syurga.Puaslah hati iblis.
16. Iblis adalah penaja utama bohong.Dia adalah makhluk yang diberikan tempoh oleh Allah untuk kekal hidup sehingga hari kiamat.Iblis bersumpah akan menyesatkan seluruh anak cucu cicit keturunan Adam sehingga semua mereka turut masuk neraka bersama-sama.
17. Hari ini kebohongan menjadi asam garam dalam kehidupan.Tanpa bercakap bohong manusia merasa kehidupan tidak lagi berselira.Bohong menjadi perencah kehidupan .Tanpa bohong hidup menjadi tidak lengkap.
18. Berjayalah iblis menaja kebohongan.Kalau Adam bapa keturunan manusia boleh termakan pembohongan iblis apa lagi anak cucunya.Iblis memberi peringatan bahawa hanya manusia yang mencari kebenaran hakiki dan taatkan Allah sahaja yang terselamat dari pembohongan,hasutan dan godaan mereka.
19. Umat Islam mempunyai Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan.Baginda adalah Nabi dan Rasul sebagai pesuruh Allah yang membimbing manusia ke jalan kebenarang dan kejayaan dunia akhirat.Sesungguhnya pada Nabi terdapat suri teladan untuk diikuti dan dicontohi.Sesungguhnya Nabi juga adalah pembawa rahmat bagi seluruh alam.
20. Sesungguhnya akan selamat umat Nabi Muhammad yang berpegang teguh kepada tali Allah.Mereka tidak berpecah belah.Mereka patuh dan taat kepada ajaran Quran yang benar dari Allah dan mereka mengikuti ajaran Nabi seperti yang terdapat dalam sunnahnya.
21. Sesunggguhnya mereka yang berada di atas landasan kebenaran akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.Renungilah surah Al Mukminun ayat 1 hingga 11 yang menyentuh tentang manusia yang berjaya.
i : "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman".
ii : " Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya".
iii : " Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia ".
iv : " Dan mereka yang membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu".
v : " Dan mereka yang menjaga kehormatannya ".
vi : " Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya (diperolehi dari Perang sabil) maka sesungguhnya mereka tidak tercela".
vii : " Kemudian mereka yang mengingini selain dari yang demikian maka merekalah orang yang melampaui batas".
viii : " Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya".
ix : " Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya".
x : " Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi ".
xi : " Yang akan mewarisi syurga firdaus ; mereka kekal di dalamnya".
22. Hari ini pembohongan bermaharajalela dalam masyarakat kita.Bercakap bohong menjadi amalan biasa.Suami berbohong kepada isteri,isteri berbohong kepada suami.Akhirnya rumah tangga tidak aman dan membawa perceraian.Anak berbohong kepada ibu bapa.Raja dan pemerentah berbohong kepada rakyat yang akhirnya membawa kepada kebencian rakyat kepada penguasa dan negara.Terjadinya pemberokan menentang pemerentah kerana pemerentah berbohong,janji kepada rakyat tidak ditunaikan dan rakyat naik marah.Demikian besarnya bahaya bohong.
23.Dalam kehidupan orang Melayu adalah pantun yang menyebut "siakap senohong gelama ikan duri X Bercakap bohong lama-lama mencuri". Itulah maknya dari asal perkara yang buruk ia akan menimbulkan perkara yang lebih buruk kesudahannya.
24. Negara kita pada satu waktu yang lalu mewartakan satu peraturan tentang berita palsu (fake news). Berita palsu adalah berita bohong.Ia dicipta dan dibawa oleh kaki pembohong yang berniat jahat.Keputusan itu dibuat kerana disedari bahawa gejala pembohongan melalui berita palsu membawa kesan buruk kepada masyarakat dan negara ini.
25. Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum yang sangat sensitif kepada isu-isu perkauman,ugama dan adat resam masing-masing.Sebarang berita palsu yang disebar oleh satu kaum untuk merendah atau menidakkan kepentingan satu kaum lain dalam hal-hal yang menimbul sensitiviti akan membawa kepada kepada persengkitaan kaum . Tragedi 13 Mei 1969 adalah bukti dari semua ini.
26. Dalam zaman internet sekarang di mana pintu langit dan pintu dunia terbuka luas menjadikan dunia ini semakin kecil.Sebarang benar baik atau buruk akan cepat melintasi sempadan negara dan dunia.Yang baik akan membawa kebaikan sedang berita yang buruk merusakkan.
27. Pembohongan mampu membakar persepsi manusia.Ia berjaya mengubah perlakuan manusia dari baik kepada buruk.Sebuah kerajaan boleh runtuh dengan pembohongan yang diterima dan dipakaiguna.
28. Sesungguhnya yang benar dan hak akan menghapuskan kebohongan,kejahatan dan kebejatan dalam kehidupan manusia.Mereka yang beriman dan bertakwa akan berpegang pada yang hak dan benar.Mereka menolak segala yang bohong dan palsu.Mereka cintakan perpaduan,keamanan dan kesejehteraan.
29. Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyatnya yang berpegang pada prinsip kebenaran.Mereka menerima dan mengiktiraf kebenaran sejarah dan faktanya.Mereka mengakui hak masing-masing.Mereka menolak segala kebohongan yang dicipta pengkhianat untuk memusnahkan keharmonian dan perpaduan semua bangsa.Mereka saling menghormati hak masing-masing seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
30.Rakyat yang cintakan kebenaran akan mencintai keamanan dan kehidupan dalam persafahaman dan kebersamaan yang telah bersama dipersetujui sejak sekian lama.Mengingkari hak masing-masing dengan membawa pembohongan serta menyebarkan kepalsuan akan mengundang huruhara.
Wallahu a'alam.
Tuesday, November 12, 2019
Thursday, October 24, 2019
PAKATAN RAKYAT : KERAJAAN BARU DALAM DILEMA.
Belum pun sampai dua tahun menjadi kerajaan Pakatan Harapan sudah terumbang ambing. Kerajaan ini bagai dipukul badai.Perahu ini bagai akan karam.Ia bakal tenggelam di tengah lautan politik Malaysia yang semakin bergelora.
2. Pakatan Harapan adalah sebuah pakatan pembangkang yang dibentuk pada akhir zaman pemerentahan kerajaan Barisan Nasional.Ia dibentuk menggabungkan empat parti politik iaitu Parti Tindakan Rakyat Demokratik (DAP),Parti Amanah Negara (AMANAH),Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Rakyat Malaysia (BERSATU).
3. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah menerima nasib yang malang dalam politik UMNO.Ia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri berikutan dari kelantangannya menentang penyelewengan DS Najib selaku Perdana Menteri yang dikatakan telah menyalahgunakan wang negara.
4. Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang sangat bencikan DS Najib berikutan daripada keengganan Najib untuk patuh menerima pandangan dan nasehatnya.Banyak kesilapan pentadbiran yang dilakukan oleh DS Najib Perdana menteri keenam itu dalam pandangan Tun Mahathir.
5. Tun Mahathir selalu menuduh DS Najib sebagai kuat mengamalkan rasuah.Wang kerajaan katanya disonglap oleh DS Najib dan digunakan dengan berleluasa merasuah rakyat demi tujuan politiknya.Istilah yang sering digunakan Tun Mahathir dalam menyerang DS Najib ialah " Cash is king".Ini adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh DS Najib kepada Tun Mahathir apabila ia dinasehati untuk tidak menggunakan wang dalam membeli undi dan mendapatkan kuasa.
6. Tun Mahathir bersama TS Muhyiddin Yassin kemudiannya menubuhkan Parti BERSATU untuk menentang DS Najib yang memimpin UMNO dan Barisan Nasional.
7. Dengan propaganda kerajaan Najib sebagai kerajaan Kleptokrasi yang kuat rasuah dan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan diri dan peribadi maka kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan dalam PRU 14.
8. 9 Mei 2018 menjadi tarikh mati kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO.Selepas PRU 14 Barisan Nasional terumbang ambing ditengah gelora.Tun Mahathir mengecam UMNO sebagai parti busuk yang bakal hancur dimamah usia kerana rakyat telah menolaknya dalam PRU 14.
9. Selepas tumbangnya UMNO dalam PRU 14,beberapa parti komponen dalam BN telah meninggalkannya kerana tidak lagi yakinkan kepada gabungan itu.Banyak pula pemimpin-pemimpin kuat UMNO setelah kalah dalam PRU melompat parti dengan menyertai BERSATU.
10. PRU 14 memenangkan Pakatan Harapan.Rakyat memberikan kepercayaan kepada gabungan pebangkang yang baru ini kerana beberapa faktor.Rakyat bencikan Perdana menteri Najib kerana amalan rasuahnya.Kes 1 MDB yang dikaitkan dengan dirinya telah memakan dirinya sendiri.Reputasi dan popularitinya merudum.
11. Pemimpin-pemimpin UMNO semuanya menjadi pak turut takut membuka mulut untuk bangun menasehati Najib atas salahlaku yang dibuatnya.Mereka semua termakan budi Najib kerana wang sogokan wang.Itulah cerita yang dibawa pembangkang terhadap keburukan Najib.
12. Isterinya Datin Rosmah dkatakan terlalu boros menghabiskan wang negara yang dituduh pembangkang datangngnya dari punca penyelewengan.Kenaikan harga barang serta kejatuhan nilai ringgit menjadi punca tambahan.Dan pelbagai lagi punca lain yang semuanya merebahkan kepimpinan Najib.
13. Manifesto Pakatan Harapan yang lunak dan manis ditaja di tengah-tengah hangat PRU 14 turut menyumbang kemenangan PH . Harapan rakyat bahawa pakatan baru ini akan membawa sinar baru untuk rakyat yang lama tertekan di bawah rejim Barisan Nasional begitu nampak terserlah.Mereka termakan janji.
14. Selepas berkuasa dalam tempoh setahun lima bulan sehingga saat ini Pakatan Harapan masih terumbang ambing.Halatuju dan destinasinya masih belum jelas.Kalau ianya sebuah kapal ia baru sahaja meninggalkan pelabuhan.
Kelasi-kelasinya terdiri dari mereka yang tidak berpengalaman.
15. Benar kaptennya Tun Mahathir yang berwibawa dan cukup berpengalaman tetapi pembantu-pembantunya yang terdiri dari anak-anak kapal dan kelasi-kelasinya adalah orang-orang baru yang belum pernah ke laut apa lagi merempuh lautan luas.Banyak mereka selepas meninggalkan pelabuhan menjadi mabuk laut dan pening muntah.
16. Kapten kapal pula sudah disepakati tidak akan diberikan masa lama untuk mengemudikan kapal.Kapten yang sedang menunggu sikit punya resah untuk mengambil alih menguasai kapal.Sebuah kapal yang mempunyai dua jurummudi bakal tenggelam.Anak-anak kapal menjadi berpuak dan tidak sepakat dalam hala dan tujuan.
17. Bila ombak semakin mengganas dan tiupan ribut badai semakin mengancam, kemana kapal akan dipandu sedang penghuninya semakin tidak bersatu.Ada pula yang mengambil keputusan menebuk kapal kononnya untuk mencari helah mencari laba sendiri.
18. Analogi ini untuk mudah kita melihat akan kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan sekarang.
19. Tun Mahathir dipilih dan mengangkat sumpah sebagai PM hanya dengan memiliki 13 kerusi yang dimenangi oleh partinya BERSATU dalam PRU 14 yang lalu.DAP mendapat 42 kerusi sedang PKR pula memperolehi bilangan terbesar dengan angka 47. Demokrasi adalah suatu permainan angka.Dan angka ini mahu dijadi alasan sebelum upacara angkat sumpah jawatan untuk DS Wan Azizah Presiden PKR untuk dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh.
20. Hanya kerana muafakat awal sebelum PRU 14 telah disetujui maka seperti yang telah disetujui Tun Mahathir mengangkat sumpah menjadi PM dan DS Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri.Telah juga disetujui bahawa DS Anwar Ibrahim menjadi "PM in Waiting".
22. Pakatan Harapan sekarang dilanda dilemaq besar kerana "PM in waiting" sudah tidak sabar lagi untuk terus menunggu.Pengalaman lama dan sejarah lampaunya bersama Perdana Menteri mungkin menghantuinya saat ini untuk segera menuntut janji.
23. Persoalannya sekarang apakah janji itu sesuai dituntut pada saat ini.Dalam kaadaan Pakatan Harapan yang terumbang ambing dipukul ribut dengan pelbagai masalah dan tekanan kini apakah sesuai ia ditindih dengan satu lagi tekanan bahawa Perdana Menteri mesti segera bertukar semata-mata kerana muafakat dan janji yang telah dibuat.
24. Apabila pembangkang semakin bersatu,kedudukan Pakatan Harapan semakin tidak menentu.Muafakat Ta'awun Siyasi UMNO-PAS sehingga membentuk kerjasama politik dalam Penyatuan Nasional memberi pukulan berat kepada kapal pakatan Harapan yang terumbang ambing di tengah lautan ini.
25. Dalam masa yang sama apabila Presiden UMNO dan PAS memperlihatkan sokongan mereka supaya Tun Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal memberikan tanda tanya kepada banyak pehak.Apa sebenarnya telah terjadi.Apakah maksud semuanya ini.
26. Perpecahan dalam PKR dengan timbulnya puak Azmin Ali dan puak Anwar Ibrahim menampakkan bahawa bahtera pakatan Harapan mulai mengalami kebocoran di sana sini.Air sudah mula menyusup masuk ke ruang kapal.Lantai kapal sudah basah.
27. DAP sebagai sebuah parti yang mempunyai latarbelakang sebagai musuh ketat kepada Tun Mahathir melalui beberapa fasal hidup bersama di atas satu kapal , memperlihatkan krisis mulai timbul.
28. Isu-isu berkaitan Melayu dan agama Islam menampakkan ada perbezaan pegangan diantara Tun Mahathir pemimpin BERSATU dengan pemimpin-pemimpin DAP dalam kabinet.Sementara Dong Zong menentang pengenalan tulisan Jawi di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina sehingga kepada isu Zakir Naik semuanya memaksa Tun Mahathir untuk melabelkan Dong Zong yang disokong kuat DAP sebagai rasis.
29. Tun Mahathir sekarang lebih tertekan apabila desakan-desakan menolaknya untuk sampai tersandar ke dinding.Penyokong PKR yang fanatik DS Anwar Ibrahim setiap hari mendesak Tun M supaya segera menyerahkan jawatan kepada DS Anwar.Mereka mendesak supaya dinyatakan tarikh bila masanya penyerahan kuasa itu akan dibuat.
30. Semakin kuat desakan dibuat untuk peralihan jawatan maka semakin lemahlah kerajaan Pakatan dalam memenuhi harapan rakyat.Rakyat akan menjadi semakin bosan.
31. Semakin bosan rakyat terhadap perebutan kuasa yang sedang berlaku ini maka semakin popular pembangkang.Semakin kuat desakan DS Anwar untuk mengambil kuasa Perdana Menteri maka semakin jauhlah letak dirinya dari jawatan itu.
31. Apakah benar bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan sepenggal.Jawapannya terletak di tangan rakyat.Mereka sedang mengadili.Rakyat akan menghukum mereka yang tidak jujur.Rakyat bencikan pemimpin yang pentingkan diri.
32. Seperti PRU 14 maka kali ini dalam PRU ke 15 rakyat diuji lagi.Seawal sekarang pun sudah nampak rakyat bukan sahaja menyesal memilih Pakatan Harapan tetapi sudah bersedia untuk menaiki bahtera lain pula.
Sunday, September 29, 2019
PAKATAN RAKYAT :MENANG UNTUK KALAH ?
9 Mei 2018 Kerajaan Barisan Nasional yang memerentah Malaysia lebih dari enam dekad telah tumbang.UMNO yang menjadi tulang belakang kepada pakatan ini sangat dibenci rakyat kerana banyak kelemahan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utamanya.
2. Dato' Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri merupakan sosok utama yang dibenci.Penglibatannya dalam skandal 1MDB menjadikan namanya cukup popular di dalam dan di luar negara.Kerajaan Malaysia digelar sebaga kerajaan kleptokrasi.Dikatakan bahawa banyak wang rakyat telah diselewengkan oleh DS Najib.Beliau dituduh menyalah gunakan kuasa dan menggelapakn berbillion wang rakyat.
3. Kerana kebencian rakyat kepada salah laku DS Najib maka parti yang dipimpin oleh beliau turut dibenci.Kempen pembangkang ditumpukan kepada segala punca kelemahan kerajaan.Harga barang yang tinggi menekan kehidupan rakyat.Kejatuhan matawang juga menjatuhkan prestasi kerajaan BN di mata rakyat.
4. Kebencian rakyat kepada Perdana Menteri DS Najib dikaitkan pula dengan sikap isterinya DS Rosmah Mansor yang dikatakan sangat boros berbelanja di luar negara setiap kali beliau mengikuti program lawatan DS Najib keluar negara.
5. DS Najib dikatakan melaksanakan projek pembangunan mega secara boros.Pinjaman dan hutang negara meningkat sehingga dikatakan mencecah RM 1 trillion.Semuanya menjadikan DS Najib tidak mampu mempertahankan BN untuk terus kekal memerentah Malaysia.
5. Apakah Pakatan Harapan begitu kuat sehingga berjaya menumbangkan Barisan nasional.Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan parti-parti pembangkang .Pada peringkat permulaanya Pakatan Harapan menggabungkan tiga buah parti pembangkang yang terdiri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan DS Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada DS Anwar Ibrahim), Parti Democratic Action Party(DAP) pimpinan Lim Kit Siang dan Parti Amanah Negara pimpinan Muhamad Sabu.
6. PKR adalah parti pembangkang yang telah diasaskan oleh DS Anwar selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam tahun 1998.Salah laku seks DS Anwar dijadikan faktor pemecatannya.
7. Perjuangannya pada peringkat awal adalah menggerakkan politik dengan turun ke jalanraya mengadakan demonstrasi jalanan.Mereka memperjuangkan politik apa yang disebut sebagai reformasi.
8. Perjalanan politik DS Anwar bersama PKR penuh liku dan ranjau.Dalam tempoh memimpin PKR beberapa kali beliau dipenjarakan kerana beberapa salahlaku yang dikaitkan dengan salah guna kuasa serta kegiatan seks luar tabii dikatakan dilakukan olehnya.
9. Sepanjang masa DS Anwar berada di penjara isteri beliau DS Wan Azizah diberi kepercayaan oleh ahli parti untuk mengambil kepimpinan PKR.Beliau telah berjaya membawa PKR sehingga berkembang dan mendapat kepercayaan rakyat pelbagai kaum.
10. DAP adalah sebuah parti yang mempunyai pengalaman lama dan luas dalam sejarah Malaysia.Ditubuhkan dengan semangat yang dibawa oleh Peoples Action Party (PAP) Singapura sewaktu negara ini masih berada dalam Persekutuan Malaysia.Sebahagian besar dari pemimpin dan pengikut parti ini adalah kaum cina.Parti ini menuntut hak samarata samarasa kepada semua penduduk negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.Mereka dikatakan memperjuangkan slogan Malaysian Malaysia.
11. Parti Amanah Negara (PAN) pula adalah sebuah parti serpihan dari Parti Islam Sa Malaysia.Krisis dalaman PAS telah membawa sekumpulan pemimpin tertinggi PAS yang diketuai Muhamad Sabu telah meninggalkan PAS untuk menubuhkan PAN sebuah parti pembangkang yang baru.Parti ini bukan sahaja menentang UMNO / BN tetapi juga menentang PAS sendiri.Selepas keluar dari PAS Muhamad Sabu dan kumpulannya sangat dibenci oleh pemimpin-pemimpin PAS.Pelbagai gelaran buruk diberikan kepada mereka.
12. Sebenarnya sebelum tertubuhnya Pakatan Harapan telah pun ditubuhkan Pakatan Rakyat yang menggabungkan tiga parti pembangkang iaitu PKR,DAP dan PAS dalam satu ikatan.PAS menggelarkan kerjasama ini sebagai tahaluf Siyasi.Mereka boleh pula bekerjasama walaupun dengan parti cina yang dikatakan anti Islam dan anti Melayu.
13. PAS pada akhirnya mengambil keputusan keluar dari Pakatan Rakyat kerana perbezaan perjuangan yang sangat ketara diantara mereka dengan dua lagi kerabat mereka dalam Pakatan Rakyat.Sejak itu PAS mengambil sikap untuk berdikari dalam menggerakkan perjuangan Islamnya
14. Demikianlah timbulnya pula Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan pembangkang yang baru adalah untuk mengisi ruang kekosongan pakatan pembangkang selepas pecahnya Pakatan Rakyat.Pecahnya Pakatan Rakyat adalah berpunca dari perbezaan dasar perjuangan parti-parti komponen yang berada di dalamnya.Dikatakan orang bagaimana mereka boleh bertahan lama tidur sebantal sedangkan mimpi mereka berbeza.
15. Apakah Pakatan Harapan jauh berbeza dibandingkan dengan stuktur binaan PakatanRakyat sebelumnya.Ia kelihatan tidak jauh berbeza.PKR masih berada di situ bersama dengan DAP.Bata yang baru untuk bangunan itu adalah PAN.Apakah PAN begitu jauh berbeza dari ciri-ciri PAS dari mana mereka sebenarnya berasal.Perjuangan PAN masih didominasi oleh perjuangan Islam.Kontek yang disebut oleh PAN untuk perjuangan mereka adalah terdapat dalam slogan Rahmatan Lil 'alamin yang dipelopori oleh mereka.
16. Suatu bata baru untuk membina bangunan Pakatan Harapan ini datangnya dari PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir.Parti ini menjadi pemangkin kepada kekuatan PH terutama karisma yang ada pada sosok Tun Dr Mahathir bekas Perdana Menteri yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun sebelum itu.
17. Gelombang baru telah muncul dalam politik Malaysia bersama dengan angin PRU 14.PH telah bangkit menyerang BN dan UMNO secara keras dan totok.BN dan UMNO menjadi tidak berdaya,lumpuh dan kematian akal untuk bertindak balas.
18. PRU 14 terjadi untuk UMNO / BN tumbang hingga ke akar-akarnya.PH mula mengambil alih kerajaan dan mulai memerentah Malaysia.Pemimpin-pemimpin PH barangkali tidak begitu yakin bahawa mereka akan berjaya menjatuhkan BN.Calon-calon yang bertanding tidak dibuat saringan yang begitu rapi untuk dipilih.Kerana itu nampaknya bila menang PRU terdapat sebilangan menteri PH adalah dilantik terdiri dari mereka yang tidak layak dan kurang sesuai.Tidak terdapat banyak pilihan untuk Tun Mahathir selaku Perdana Menteri melantik mereka yang lebih layak.
19.Menteri-menteri yang tidak berwibawa dan kurang pengalaman itu sekarang dijaja oleh pembangkang terutama UMNO dalam ceramah-ceramah mereka sebagai "Menteri Cap Ayam" sahaja.Muhammad Sabu selaku Menteri pertahanan diejek kerana tidak fasih berbahasa Inggeris misalnya.
20.Prestasi kerajaan PH dalam tempoh 500 hari setelah berkuasa sehingga kini tidak begitu memberangsangkan.Blogger , pemerhati politik dan pemimpin-pemimpin politik pembangkang membuat kritikan pedas terhadap prestasi kerajaan ini dalam tulisan,ucapan dan kempen-kempen mereka.Ceramah politik memburukkan kerajaan PH menjadi kian rancak hari demi hari.
21. Terbentuknya slogan Ta'awun Siyasi yang ditaja PAS dalam pakatan kerjasamanya dengan UMNO mebangkitkan keghairahan baru dalam politik Malaysia.Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai diantara PAS dan UMNO untuk meresmikan kerjasama dua parti pembangkang terbesar ini memberikan pukulan baru kepada kerajaan PH sekarang.
22. Suasana dan situasi politik Malaysia sekarang seolah-olah kembali seperti dalam suasana Pakatan Harapan sedang menentang UMNO/BN dulu.Sejarah itu kelihatan berulang kembali dalam jangka waktu yang sangat singkat.
23.Kalau dulu sewaktu kempen PRU 14; PH menentang BN/UMNO kerana pelbagai kelemahannya sekarang sebaliknya terjadi apabila UMNO /BN - PAS pula dengan gigih,bersemangat dan cukup bertenaga pula bangun menentang PH yang dikatakan banyak kekurang dan kelemahannya pula.
24. Sehingga kini populariti DS Najib dikatakan kembali meningkat naik.Slogan BossKu begitu popular meskipun DS Najib sekarang sedang berdepan dengan berpuluh-puluh kes yang didakwa dan sedang dibicarakan mahkamah.
25. Ceramah-ceramah yang diatur dan digerakkan oleh kerjasama UMNO-PAS diseluruh negara kelihatan begitu mendapat sambutan.Kaadaan kelihatan persis seperti ketika setahun yang lalu apabila Tun Mahathir dan PH membuat ceramah dan rapat umum.Sambutannya hangat dan luar biasa.Cepatnya manusia berubah.Cepatnya sokongan bertukar.
26.Apakah oleh kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji (Manifesto )PRU 14,ia menjadi dendam dan menjadi pemangkin pula untuk menjadikan kerajaan PH hanya dapat berkuasa sepenggal sahaja.
27.Kata-kata busuk yang menghina dijaja UMNO-PAS apabila menyebut singkatan kata PH sebagai (Pakatan Hancing,PakatanHaprak,Price High,Penipu Hebat dan Pencen Hangus) di terima rakyat.Ejekkan ini nampak keterlaluan tetapi ia menjadi fenomena baru kini.
28.Kalau sekiranya penambahbaikan gagal dilaksanakan oleh Kerajaan PH sebelum tempoh PRU 14 ini berakhir nampaknya PRU 15 akan dikuasai suasananya oleh pembangkang.
28. Pergeseran dan krisis peralihan jawatan Perdana Menteri dari Tun Mahathir kepada DS Anwar Ibrahim akan lebih memburukkan lagi imej Kerajaan Pakatan Harapan.Sejauh mana pula krisis dalaman dalam gabungan Pakatan Harapan sendiri tidak membawa perpecahan yang lebih parah dalam tempoh mereka bergerak menuju PRU 15.
29. Sekiranya banyak perkara gagal di atasi sedang penyakit dalaman semakin merebak maka alamatnya Kerajaan PH akan mampu bertahan sepengal sahaja.Tetapi jangan lupa keputusan mahkamah terhadap beberapa kes berprofail tinggi yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO yang (sekarang dijulang ) akan memngubah persepsi rakyat.Masa akan memberi jawapan.
30.Maka apakah Pakatan Harapan menang untuk kalah atau menang untuk kekal menang.Kita tunggu dan lihat.

Friday, September 20, 2019
TA'AWUN SIYASI UMNO-PAS: SIAPA DIPERGUNAKAN
14 September 2019 bertempat di Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur berlangsung pemeteraian Piagam kerjasama politik UMNO-PAS.Ini satu sejarah besar untuk politik Malaysia.Ia mungkin akan menjadi satu "turning point" baru yang akan mewarnakan politik Malaysia untuk berpuluh tahun yang akan datang.Kesan peristiwa ini sedang ditunggu untuk diteliti dan dinilai.
2. Ada orang telah lama menjangka bahawa kerjasama ini akan berlaku pada satu waktu.Mereka melihat dalam masa beberapa tahun yang lepas bibit-bibit "percintaan" UMNO-PAS telah dapat diintai dan dikesan. Para penganalisis poltik tanah air telah menduga bahawa lambat laun "perkawinan" antara keduanya akan berlaku.
3. Ada pula dikalangan penyokong tegar PAS yang terkejut besar dengan kerjasama dan penyatuan tersebut.Mereka tidak menduga sampai sejauh itu kerjasam berlaku.Sehingga menandatangani piagam kerjasama.Mereka tidak menyangka sehingga sampai naik pelamin dan bernikah.Mereka tidak menyangka selepas Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas meninggal dunia pemimpin PAS telah membuat pusingan U.
4. TGNA adalah tokoh utama PAS yang menentang keras kerjasama atau bersekongkol dengan UMNO.Beliau selama hayatnya dengan keras dan kasar menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO.Beliau menyebutkan UMNO sekular dan tidak mendaulatkan Islam dalam perlembagaannya.Beliau tidak langsung berselira dengan UMNO yang banyak menganaktirikan Kelantan sepanjang tempoh beliau menjadi Menmteri Besar Kelantan.Beliau menolak UMNO kerana kisah silam bagaimana UMNO telah "menendang " keluar PAS dari anggota komponen Barisan Nasional dalam tahun 1978.Kenangan silam yang pahit dalam kerjasama selama lebih kurang lima tahun bersama UMNO menjadi phobia kepada TGNA.
5. Sehingga saat ini masih ramai pengikut PAS yang masih terikat dengan pegangan TGNA dan kelihatan tidak selisa dengan kerjasama UMNO-PAS seperti yang telah berlaku itu.Ini nampaknya PAS masih berada dalam dua kem diantara yang rela dan menolah akan kerjasama tersebut.Mungkin kerana faktor itulah pula maka Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiedn PAS pada 13 September mengeluarkan kenyataan bahawa kerjsama UMNO-PAS sebenarnya telah disetujui oleh TGNA (sebelum beliau meninggal dunia ?).Kata-kata ini pula diiyakan dan diperkukuhkan pula oleh Tuan Guru DS Abdul Hadi Awang Presiden PAS pada 14 September 2019.
5.Pemerhati politik melihat kenyataan-kenyatan persetujuan itu dalam dua skop yang berbeda.Ada pihak berpendapat bahawa kenyataan itu sengaja dibuat untuk menguatkan serta enyokong tindakan yang diambil oleh PAS.Ia sengaja dilakukan.Ia suatu pembohongan.Tetapi pemimpin-pemimpin PAS selalu berkata dan berpegang pada prinsip berbohong untuk tujuan kebaikan itu adalah sesuatu yang tidak berdosa malah dianjurkan demi maslahah umat yang lebih besar.
6. Kalangan elit pemimpin PAS merasionalkan tindakan kerjasama mereka dengan berkata bahawa perubahan masa membawa kepada perubahan keputusan dan tindakan.Cabaran masakini jauh berbeza dengan masalalu.Kerana itu langkah politik mesti sesuai dengan masa dan cabaran yang dihadapi.
7. Satu hakikat yang tidak dinafikan ialah bahawa PRU 14 memberikan kesan besar kepada perkembangan politik Malaysia.UMNO yang mengetuai Barisan nasional untuk kali pertama selepas 62 tahun berkuasa telah jatuh tersungkur dalam PRU.Kejutan besar ini meberikan impak yang sangat besar pula kepada parti yang terbesar ini.Pemimpin-pemimpin UMNO kyususnya rebah terduduk tidak menyangka bahawa pada 5 Mei 2018 mereka akan kehilangan kuasa,maruah dan harta secara beramai dan serentak pula.Kejayaan memperolehi 79 kerusi parlimen sahaja menutup segala mimpi untuk kembali berkuasa selepas pilihanraya.
8..UMNO samasekali tidak boleh memaafkan kesalahan diri sendiri dengan kekakahan tersebut.tetapi apa pun kerosakan telah berlaku.Damage has been done!.Demikian pula PAS dengan segala keupayaannya hanya memperolehi 18 kerusi Parlimen walaupun menduga sekurang-kurangnya untuk mendapat 40 kerusi paling kurang..Mimpi PAS dan UMNO tidak menjadi kenyataan.
9. Kesilapan besar PAS dalam PRU 14 adalah kerana ia menolak kerjasama dengan UMNO.Walaupun UMNO /BN berusaha memujuk dan cuba mendekati dan meminang PAS tetapi PAS berlagak bagai burung merpati,nampaknya jinak tetapi bila didekati mereka cabut lari.Sikap PAS menjual mahal barangkali menimbulkan kekesalan terutama bagi sesetengah pemimpin mereka yang bercita-cita tinggi untuk menduduki kerusi dan bergerak ke Putrajaya.
10. Sesetengah pemimpin PAS mungkin merasa irihati terhadap kejayaan pemimpin-pemimpin AMANAH parti serpihan PAS yang berjaya menjadi menteri dan Timbalan Meneteri selepas PRU itu.Kumpulan kiri dalam PAS itu yang diketuai oleh YB Mohammad Sabu setelah dikalahkan dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS telah mengambil jalan alternatif yang tepat bekerjsama dalam Pakatan Harapan untuk memasuki PRU 14.Meskipun hanya menang lapan kerusi dalam PRU 14 tetapi mereka berjaya meletakkan diri mereka lebih tinggi dari semua pemimpin PAS yang gagal menang PRU.Apakah ini tidak menimbulkan geram dan sakit hati pemimpin PAS yang keudiannya diejek oleh mereka yang berjaya itu.
11. Alangkah baiknya kalau PAS jual murah dalam ketika UMNO datang untuk mendekati dan melamarnya dulu.Kalau PAS dan UMNO sudah berta'awun sebelum PRU 14 kaadaan politik Malaysia jauh berbeza daripada realiti yang sekarang dihadapi Malaysia.Dengan kerjasama tersebut mungkin UMNO /BN dan PAS akan mencapai kemenangan yang lebih besar kerana dokongan dan keyakinan rakyat atas semangat perpaduan Melayu yang kelihatan kuat dan kental.
12. Menginsafi ketelanjuran dan kesilapan masing-masing dalam perhubungan dua hala UMNO-PAS sejak sekian lama maka pada 14 September 2019 mereka mula membina episod baru dalam muafakat mereka untuk menghadapi tribulasi politik Malaysia mulai tarikh tersebut.
13. Ta'awun- Siyasi UMNO -PAS terjadi sewaktu mereka berdua sedang berstatus sebagai sebuah parti pembangkang.Kerjasama tidak terjadi sebelum ini kerana kata beberapa pemimpin PAS mereka mempunyai status yang berbeza.UMNO /BN adalah kerajaan memerintah sedang PAS adalah sebuah parti pembangkang.Barangkali pipit tidak boleh terbang bersama enggang.Sekarang mereka sama pipit.Pipit sama pipit mereka tidak saling menggigit.Sakit sama sakit mereka berkongsi rasa perit.Atas semua latarbelakang tersebut mereka memilih perahu yang sama untuk berdayung.Untuk berjaya tidak harus ada dua nakhoda yang bakal bersengkita.Tidak harus ada mereka yang menebuk perahu untuk katanya menuju jaya.
14. Ada pula timbul beberapa soalan nakal dari beberapa pemerhati politik yang membuat analisis perkembangan kerjasama ini. Diantara beberapa soalan yang timbul ialah adakah kedua pihak benar-benar ikhlas dalam mengadakan kerjasama mereka.Diantara kedua pihak siapa pula kelihatan lebih ikhlas dan siapa yang sama sekali tidak ikhlas.Ada pula bersoal jawab bahawa kerjasama itu masing-masingnya ada udang dibalik batu.Ada pula sanggup kata ada anai-anai dalam buku.
15.Tak kisahlah apa pun yang diramal tetapi kalau kejujuran dan keikhlasan tinggi dipegang dan dijulang serta dihayati oleh kedua pihak yang berta'awun maka kerjasama itu memberikan erti yang cukup besar.Ia membawa kesan besar untuk orang Melayu.Ia membawa impak besar kepada perpaduan umah dan Islam khususnya.
16. Sesuatu yang juga menarik untuk disebut ialah bahawa kerjasama politik UMNO-PAS ini juga terjadi dalam waktu puncak sewaktu isu perkauman menjadi hangat semula di negara ini.Sewaktu penduduk bukan Melayu yang katanya dirangsang oleh DAP mulai menunjukkan sikap anti- Melayu dan anti-Islam mereka menjadi ketara.Orang Melayu turut bangun bersuara membangkitkan hak dan kuasa mereka juga.Isu pengenalan Khat Jawi dan Isu pendakwah Dr Zakir Naik menjadi pemangkin kepada ketegangan ini.Perjuangan Persatuan Dong Zong memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Cina mencabar kedudukan orang Melayu.
17. Inilah waktu yang diisi oleh UMNO-PAS untuk berta'awun.Katanya untuk menyatukan Melayu.Tujuannya untuk memperjuangkan Islam.Supaya Islam sebagai ugama Persekutuan dipelihara dan dihormati oleh semua bangsa penduduk negara ini.
18. Satu lagi tujuan kerjasama itu adalah adalah nampaknya lebih bertujuan untuk mempastikan kelangsungan atau demi survival kedua-dua parti pembangkang itu untuk terus kekal dan relevan dalam arena politik Malaysia.Kedua-duanya saling memerlukan satu samalain untuk terus berdaya saing dalam menawarkan diri untuk PRU selepas ini.Imej UMNO /BN sejak beberapa PRU dalam tempoh dua dekad yang lalu adalah begitu menurun.UMNO/BN sudah luntur dan hilang cahayanya di mata rakyat.Ia perlu digilap semula.Proses penjenamaan semula "re-branding" perlu. Imej baru untuk terus berfungsi dan diterima kembali wajar dibina.
19. Demikian juga PAS.Sepatutnya kerjasama itu telah lama perlu dijalinkan.Tetapi sejarah telah merakamkan hal yang sebaliknya.Kerjasama itu adalah hikmatnya.Kegagalan bersama UMNO dan PAS dalam PRU 14 memberikan banyak fikrah baru untuk kedua-dua pemimpin politik dalam membentuk pakatan baru menghadap Malaysia Baharu di bawah Kerajaan Pakatan yang dikatakan semakin bercelaru.
20. Kerjasama ini akan menjadi penting dan bermakna dalam membina Malaysia yang gemilang sekiranya ia dapat kekal bertahan dalam kesafahaman dan cita-cita luhur bersama untuk kepentingan ugama dan perjuangan bangsa yang sesungguhnya.Kalau ia keluar dari garisan ini maka sejarah lama akan berulang lagi dan perpecahan Melayu kembali lagi.
21. Satu perkara mereka yang berdamai tidak boleh lupa ialah bahawa perdamaian mempunyai musuhnya pula.Akan ada usaha dari mereka yang tidak inginkan kerjasama UMNO-PAS berkekalan untuk memecahkan benteng kerjasama itu.Kalau ini telah terjadi pada tahun 1978 mengapa ia tidak akan berulang lagi selepas ini.UMNO-PAS perlu berwaspada untuk mengenal musuh mereka dari sekarang dan persiapan bagi menghadapi mereka perlu disediakan.
21.Kerjasama ini perlu diikat oleh rasa kasih sayang sesama bangsa.Ia perlu diperkukuh dan diperkuatkan oleh ikatan Islam yang memandu dan menunjukkan jalan benar dalam mencapai persafahaman dan mencari sebarang penyelesaian dari setiap masalah yang timbul.
22. UMNO-PAS wajib berpegang teguh kepada tali Allah dan mereka jangan lagi berpecah pecah.Kesediaan kedua pihak untuk saling bertolak ansur serta bertindak dengan adil serta kembali berpandukan Quran dan hadith dalam segala tindakan mereka akan menjamin kelangsungan kerjasama itu.Kalau mereka saling bersaing sesama sendiri untuk menjadi enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing maka pakatan itu akan hancur ditengah jalan seperti dulu.Jangan ada siapa mempergunakan siapa untuk faedah satu pihak sahaja.Kalau ini dipelihara Melayu akan insya Allah berjaya.

Wednesday, September 18, 2019
BENARKAH 2020 ANWAR IBRAHIM PM KE 8
Sepanjang kempen pilihanraya umum14 yang lalu nama DS Anwar Ibrahim dijaja sebagai "Prime Minister in waiting".Tun Mahathir telah dinamakan sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU tersebut sementara Datin Sri Wan Azizah akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
2. Pakatan Harapan belum sempat didaftarkan ketika menjelang PRU 14 .Ini menyebabkan parti-parti dalam Pakatan harapan terpaksa bertanding dengan menggunakan logo PKR semuanya.DS Anwar Ibrahim pada masa itu masih lagi berada dalam penjara Sungai Buluh.Nama DS Anwar telah dijaja ke sana sini sebagai orang yang akan dipohonkan kebebasannya lebih awal sekiranya Pakatan
Harapan menang PRU tersebut.
3. Sebelum itu dalam usaha untuk menyatukan dan membentuk Pakatan Harapan; Tun Mahathir telah datang menemui DS Anwar beberapa kali.Persengkitaan mereka yang begitu lama bersedia dilupakan kerana suasana politik pada masa itu memerlukan mereka berdua memilih jalan yang sehala.
4. Tun Mahathir bersedia menerima pendekatan reformasi yang telah diasaskan oleh DS Anwar sejak 1998.Apakah mereka berdua benar-benar boleh melupakan persengkitaan mereka yang berlangsung berpuluh tahun itu.Apakah benar DS Anwar boleh begitu mudah melupakan segala perbuatan Tun Mahathir kepadanya.Apakan tindakan Tun Mahathir memecat DS Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memecatnya dari ahli UMNO dengan begitu mudah boleh dilupakan begitu sahaja.Penderitaan yang ditanggungnya kerana keluar masuk penjara apakah tidak ada kaitannya dengan Tun Mahathir.
5. Tetapi apa yang telah terjadi telah menjadi sejarah.Tun Mahathir dan DS Anwar nampaknya berdamai dalam satu pakatan untuk menjatuhan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Isu 1 MDB dan kerajaan kleptokrasi menjadi isu besar yang dibawa oleh Pakatan harapan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib.
6.Rakyat memberikan sokongan kuat kepada Pakatan Harapan,isu yang dibawa pembangkang berjaya menguasai perasaan dan sentimen rakyat terbanyak.Setiap ceramah politik yang diadakan oleh Pkatan Harapan mendapat sambutan luar biasa.Inilah yang berjaya menjatuhkan kerajaan BN apabila PKR berjaya memperolehi 113 kerusi.
7. Apakah kemenangan itu juga ada kaitan dengan pengaruh DS Anwar yang dijanjikan sebagai bakal menjadi Perdana Menteri ke 8.Apakah begitu besar pengaruh DS Anwar yang masih berada dalam penjara sehingga dapat menarik sokongan pengudi memberikan sokongan kepada PKR sehingga kemenangan besar diperolehi oleh gabungan parti pembangkang yang baru terbentuk itu.
8. Sesuatu yang tidak boleh dinafikan ialah bagaimana kepimpinan Tun Mahathir begitu dominan pada sepanjang tempoh berkempen untuk PRU 14 itu.Di mana sahaja Tun Mahathir datang untuk berceramah kempen piliharaya puluhan ribu pengundi datang untuk memberikan sokongan.Karisma dan ketokohan negarawan ini dapat memikat dan meanarik perhatian pengundi terhadap setiap kata dan ucapan yang disampaikannya.Usha memburukkan beliau sebagai terlalu tua dan sudah nyanyuk untuk menjadi Perdana Menteri sudah tidak dimakan lagi.Dia disanjung dan dijadikan idola.Jasanya selama 22 tahun mentadbir Malaysia di masa lalu menjadi ingatan dan diyakini.Beliau diberikan kepercayaan untuk menyelamatkan Malaysia.Dia seperti Joyo Boyo dalam kebangkitan semangat nasionalisma Indnesia suatu masa lalu.
9. Kemenangan PKR dalam PRU 14 seperti diduga menimbulkan banyak masalah.Banyak orang bertanya bagaimana dua tokoh utama Tun M dan DS Anwar boleh tidur sebantal dan mimpi sama dalam Pakatan Harapan.Tidakkah akan kelihatan kekok dan tidak semacam.Kisah perjalanan politik dan terutama krisis peribadi DS Anwar sendiri menjadi igauan bukan sahaja kepada Tun M tetapi sebahagian besar rakyat .Sebahagian besar rakyat masih tidak mampu untuk melupakan bagaimana DS Anwar dengan hal-hal berkaitan perlakuan seks luar tabiinya.Banyak pengakuan dibuat oleh ramai saksi dan mangsa dalam bicara mahkamah mengenai perbuatan sumbang DS Anwar.
10. Apabila DS Anwar dibebaskan dari penjara beliau segera membina semula imejnya.Langkahnya bertemu raja-raja Melayu memperlihatkan langkahnya yang bijaksana.Langkahnya bertanding dan menang pilihanraya Parlimen Port Dickson pula semakin mengukuhkan asasnya untuk mengambil peranan sebagai Perdana Menteri ke 8.Keghairahannya untuk menjadi Perdana Menteri jelas dalam banyak peristiwa.
11. Keputusan DS Anwar untuk kembali menjadi Presiden PKR sebuah parti yang diasaskan olehnya
itu adalah sesuatu yang patut.Beliau menang pemilihan jawatan presiden.Meskipun demikian jawatan Timbalan Presiden yang dipertandingkan kemudian menyaksikan perlawanan sengit diantara DS Azmin Ali sebagai penyandang jawatan dengan calon baru iaitu Rafizi Ramli.Sikap DS Anwar Ibrahim yang kelihatan lebih menyokong Rafizi dalam pertandingan itu telah menimbulkan riak baru dalam politik PKR.
12. Sepanjang tempoh berkempen untuk jawatan Timbalan Presiden PKR peranan Rafizi Ramli yang kelihatan disokong oleh DS Anwar dan isterinya Dati Sri Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri menjadi semakin ketara.Kempen-kempen Rafizi banyak berkisar kepada usaha untuk mengangkat DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8.Ini dijadikan modal kempennya yang utama bagi mendapat simpati perwakilan seluruh negara yang pada hitungan Rafizi ramai berpihak kepada DS Anwar Ibrahim.
13. Pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR menimbulkan banyak krisis dalaman dalam PKR.Terbentuknya dua kem dalam PKR.Ini kem DS Azmin Ali dan itu Kem Rafizi Ramli yang kelihatan disokong oleh DS Anwar Ibrahim.Mengapa DS Anwar tidak begitu mesra dengan Azmin Ali terutama selepas tokoh ini dilantik menjadi Menteri Ekonomi oleh Perdana Menteri Tun Mahathir.Ada pemerhati politik melihat Azmin Ali dan DS Anwar adalah dua pesaing sengit.Masing-masing berpotensi untuk mencari dan melonjakkan diri dan peluang masing-masing bergerak ke hiraki yang lebih tinggi dalam kerajaan Pakatan harapan yang mewarwarkan Malaysia Baharu ini.
14. Ada pula sekumpulan orang yang samada untuk uji pasaran atau membuat lawak dengan menyebut bahawa DS Azmin Ali lebih layak menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.Kata-kata ini sangat tidak mengembirakan DS Anwar.Ini tidak bermakna bahawa lawak ini tidak berasas.Promosi ini menimbulkan sakit hati dan menekan perasaan bukan sahaja Rafizi Ramli dan kumpulan kem dalam PKR yang memberikan sokongan kuat kepada DS Anwar Ibrahim tetapi juga ia menekan perasaan DS Anwar Ibrahin sendiri.Kita nampak begitu yang terjadi.Ini memaksa DS Anwar mencari langkah-langkah untuk menjamin peluangnya tidak dicabar .
15. Dalam situasi yang seperti ini banyak pula penyokong-penyokong DS Anwar yang mulai mendesak Tun Mahathir supaya memberikan tarikh pengundurannya dari jawatan Perdana Menteri untuk memberikan laluan kepada DS Anwar.Sikap Tun M yang kelihatan samada berdolak dalik atau sengaja enggan memberi tarikh yang diminta itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai spekulasi tetapi juga menimbulkan tribulasi dalam politik Malaysia baru ini.
16. Tindakan Parti PAS yang menemui Perdana Menteri serta memberikan sokongan penuh kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi PM sehingga habis penggal PRU ini bukanlah tidak menyakitkan hati penyokong-penyokong PKR parti yang sekarang dipimpin oleh DS Anwar ini.Muslihat apa yang dipamirkan oleh PAS dalam tindakan itu.Ada pemerhati politik melihatnya sebagai suatu taktik untuk memecah belahkan perpaduan Pakatan Harapan.PAS ingin melihat supaya dokongan mereka kepada Tun sebagai PM akan merenggangkan hubungan parti-parti komponen dalam PKR itu sendiri.PAS percaya bila timbul semakin banyak perpecahan dalam gabungan PKR akan memudahkan mereka untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU 15 nanti.Ini semakin menyulitkan kedudukan DS Anwar untuk dengan mudah melangkah ke kerusi utama negara itu.
17. Dalam situasi begini timbul pula isu semburit.Azmin Ali dikatakan sebagai watak utama dalam video yang disebarkan.Hal ini heboh bukan sahaja dalam negara tetapi sehingga keluar negara.DS Azmin dimalu dan diaibkan.Apakah ini kejadian yang benar apabila Haziq telah membuat pengakuan bahawa dia adalah pelaku dalam video itu.Apakah begitu murah seorang ahli politik muda seperti Haziq membuat pengakuan akan perlakuan haramnya tanpa segan silu.Dia sanggup menggadai dan membunuh kariernya sendiri dengan pengakuan itu.Apakah motif dan tujuan sebenarnya berbuat demikan. Sehingga kini isu itu masih menjadi tanda tanya banyak orang yang waras dan berakal sempurna.Kes ini pula belum menjadi kes mahkamah dan kerana itu mengapa ia menjadi kes tergantung pula.Banyak tanda tanya mungkin timbul darinya.
18. Apa yang wajar disebut juga ialah bahawa isu ini semakin merenggangkan lagi hubungan diantara DS Azmin Ali dengan DS Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR.Keenggan DS Azmi untuk menghadiri majlis-majlis penting anjuran PKR menjadi tanda tanya banyak pehak apa akan terjadi selepas ini dalam hubungan mereka berdua.Di belakang DS Azmi terdapatnya pula Zuraida Kamaruddin dan Menteri Besar Selangor yang menyokong penuh DS Azmi sehingga kelihatannya mereka bertiga memboikot semua mesyuarat tertinggi PKR akhir-akhir ini.
19. Apa sudah jadi dengan PKR.Ia kelihatan mengalami krisis dan perpecahan dalaman yang agak serius.Mampukah DS Anwar Ibrahim menanganinya dalam waktu beliau perlu menunjukkan sikap bijaksananya sebagai bakal Perdana Menteri ke 8.Setakat ini belum ada sebarang tindakan tegas yang diambil terhadap mereka yang terang-terang telah menlanggar disiplin parti terutama ke atas DS Azmin Ali sendiri.Kalau Haziq telah dipecat dari jawatan dan pimpinan parti mengapa Azmin tidak.Ini banyak ditanyakan orang.
20. Ta'awun Siyasi UMN)-PAS dan pemeteraian Piagam Pelanggan Penyatuan Ummah yang berlangsung di PWTC pada 14 September 2019 memberikan kejutan baru kepada politik negara.Kesan dari peristiwa ini bukan tidak ada kesannya terhadap proses peralihan kuasa dari Tun M kepada DS Anwar.Perkembangan terbaru ini sangat menarik untuk ditunggu dan dilihat perkembangannya.
21. Apa yang nyata Tun Mahathir selaku penyandang jawatan Perdana Menteri ketika ini tetap melihat Ta'awun siyasi sebagai ancaman besar kepada survival kerajaan Pakatan Harapan.Untuk menyelamatkan kerajaan pimpinannya ini; apakah layak untuk DS Anwar Ibrahim mengambilnya
dan menghadapi PRU 15 dengan segala macam isu dirinya yang abgkit dibangkit dan didedahkan habis-habisan oleh pembangkang nanti.Adakah ini waktu sesuai untuk peralhan kuasa itu.
22. Semua ini membawa perpecahan kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang sedang berdepan dengan banyak isu sekarang.Sementara DAP dituduh menjadi King Maker dibelakang Tun Mahathir selaku Perdana Menteri.Sementara Tun Mahahthir pula dikatakan sebagai Puppet King,tentu semuanya ini menggugat kerajaan baru ini.Isu perkauman dan agama yang sekarang ini berjaya dibangkitkan dan diapi-apikan oleh pakatan UMNO-PAS telah mencetuskan suatu suasana baru dalam masyarakat.
23. Kegelisahan baru dalam masyarakat pelbagai kaum ini perlu diangani oleh kerajaan pakatan dalam episod yang lain.Semuanya memberikan gambaran bahawa langkah DS Anwar untuk segera menduduki kerusi Perdana Menteri masih berliku.Ini terutamanya apabila penyandang sekarang memberi isyarat jawatan akan diserahkan apabila kaadaan negara telah pulih dan tenteram sepenuhnya.Bilakah masa itu akan tiba.Kadang-kadang masalah baru sengaja dicipta supaya syarat yang diberi tidak dipenuhi dan ini membawa kepada banyak keputusan baru yang tidak terduga akan terjadi.

Tuesday, September 3, 2019
TA'AWUN SIYASI : KE MANA AKAN DIBAWA
Sejarah baru akan tercipta dalam lanskap politik moden Malaysia pada 14 September 2019.Tarikh ini dinantikan oleh pemimpin politik pembangkang yang sekarang diterajui oleh UMNO / Barisan Nasional dan PAS.Pada 14 September 2019 Pusat Dagang Dunia Putera (PWTC) Kuala Lumpur akan menyaksikan suatu perhimpunan bersejarah akan berlaku di situ.Penyokong dan pemimpin kedua-dua parti tersebut akan datang membanjiri PWTC.Kenyataan dari parti menyebutkan bahawa seramai 50 ribu penyokong telah dijemput dan dijangka akan menghadirinya.
2. 14 September 2019 adalah hari di mana Perhimpunan Penyatuan Ummah akan diadakan di PWTC.Pada hari yang sama akan dimeteraikan Piagam Penyatuan Ummah membabitkan Ta'awun -Siyasi (Kerjasama-Politik ) diantara kedua parti politik pembangkang terbesar itu.
3. Ta'awun bermakna tolong menolong.UMNO / BN akan bekerjasama dan akan tolong menolong satu samalain dalam urusan politik.Tujuan bagi kerjasama ini tidak sukar untuk difahami oleh sesiapa pun yang memberi perhatian terhadap perkembangan politik Malaysia.Kedua-dua blok pembangkang ini nampaknya sedang menyusun persiapan awal untuk berdepan dengan PRU 15 .Paling lewat PRU tersebut akan berlangsung pada 2023 setelah cukup penggal.
4. Kerjasama PAS-BN bukan perkara baru.Ia jentera lama cuma diperbaharui dalam episod baru.Ia sekarang melalui proses penjenamaan semula.Ini biasa berlaku dalam perniagaan sesebuah syarikat yang berdaftar dengan kerajaan.Sebuah syarikat yang mengalami kerugian atau terikat dengan beberapa masalah selalunya dirombak atau dimatikan pendaftarannya.Ia dihidupkan dengan nama baru dengan lembaga pengarah yang samada mengekalkan yang lama atau digantikan dengan yang baru.,sebahagian atau semuanya.
5. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menjadi titik penting dalam landskap politik Malaysia.Peristiwa ini adalah manifestasi dari perbalahan kaum yang menjadi panas sejak bermula kempen pilihanraya umum yang ketiga .Pilihanraya umum ketiga berlangsung pada 10 Mei 1969.Semasa kempen pilihanraya parti-parti pembangkang terutama Democratic Action Party (DAP) dengan konsep perjuangan Malaysian Malaysia telah memanaskan suasana politik perkauman di negara ini.Kempen-kempen politik parti ini menuntut supaya rakyat bukan Melayu diberikan hak yang samarata dengan orang-orang Melayu. Akta 153 yang memperuntukkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia dicabar dalam kempen-kempen politik mereka.Ini dilakukan untuk menarik sokongan pengundi Cina serta rakyat bukan Melayu yang lain kepada DAP.
6. Keputusan PRU ketiga ini memberikan pukulan teruk kepada Parti Perikatan (Gabungan dari UMNO,MCA dan MIC).Perikatan hanya memperolehi 66 kerusi daripada 103 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.Ini bermakna 37 kerusi Parlimen berjaya dirampas oleh pembangkang.DAP adalah parti pembangkang Cina yang mencapai kejayaan tertinggi memperolehi 13 kerusi Parlimen meninggalkan PAS dibelakangnya dengan kelebihan satu kerusi apabila parti itu mendapat 12 kerusi.
7.Kemenangan 13 kerusi Parlimen oleh DAP dirayakan oleh penyokong-penyokong mereka tiga hari selepas pilihanraya.Mereka mengadakan perarakan serta melakukan tindakan-tindakan provokasi yang menimbulkan kemarahan orang Melayu.Ini menimbulkan tindak balas dari orang Melayu sehingga meletuslah tragedi berdarah 13 Mei 1969.Datuk Harun Idris dari Selangor menjadi wira memimpin Melayu.
8. Darurat terpaksa diistiharkan dan parlimen dibubarkan untuk membolehkan sebuah kerajaan sementara yang dinamakan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dibentuk dan berkuasa melaksanakan pentadbiran di bawah perintah-perintah darurat.Tun Abdul Razak Husin dilantik menjadi Pengarah Mageran.
9. Selepas kaadaan dan ketenteraman negara dipulihkan timbul pula desakan pemimpin dan rakyat supaya Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri.Ini membawa kepada jawatan Perdana Menteri diambil oleh Tun Abdul Razak selepas Tunku melepaskan jawatannya.
10. Tun Razak seorang pemimpin dan ahli politik yang jauh memandang ke hadapan dalam perhitungan politiknya.Beliau berusha untuk memujuk PAS yang memenangi 12 kerusi Parlimen dalam PRU ketiga itu supaya duduk bersama berganding bahu dalam Perikatan.Langkah ini diambil untuk memperkukuhkan penguasaan Melayu Islam dalam Parlimen.Ia dilakukan dengan tujuan membentuk semak dan imbang (check and balance) dalam kerajaan setelah kehadiran wakil-wakil bukan Melayu terutama melalui DAP dengan 13 kerusi parlimen sebagaimana yang dimaklumi.
11. Wujudnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam tahun 1974 yang turut menggabungkan PAS sebagai komponen baru dalam Perikatan yang sedia mempuyai UMNO,MCA dan MIC sesungguhnya memberi kekuatan baru kepada kuasa Melayu Islam dalam kerajaan Malaysia.Dengan 63 orang ahli parlimen Melayu memberikan kekuatan suara Melayu dalam parlimen. Inilah masanya Tun Razak berjaya membawa kesentosaan dan kesejahteraan kepada negara. Isu-isu perkauman menjadi reda dan kemajuan negara dapat dipacu.
12. Apakah pembentukan BN dan kemasukan PAS ke dalamnya dalam tahun 1974 tidak boleh disifatkan sebagai Ta'awun Siyasi yang pertama.Kalau sekarang PAS kembali mengambil pendekatan untuk kembali berdamai dengan BN maka jelaslah ini adalah Ta'awun Siyasi yang kedua.Ianya bercantum kembali selepas 35 tahun ; setelah merentasi tiga dekad penuh dengan cabaran dalam perhubungan kedua parti tersebut dalam mengharungi politik Malaysia.
13.Jangan lupa untuk diingat bahawa ta'awun siyasi yang pertama itu tidak bertahan lama.Sejarah menunjukkan bahawa pada akhirnya PAS telah "ditendang" keluar dari Barisan Nasional.Istilah "tendang" ini sering diungkapkan oleh allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS beberapa ketika yang lalu.Kerana pengalaman perit PAS bersama BN maka selama lebih tiga dekad pengalaman itu menghantui perhubungan PAS-BN.Tuan Guru Nik Aziz sudah berkerat arang berpatah rotan dengan BN.Barangkali kalau beliau masih hidup Ta'awun Siyasi kedua ini tidak akan terjadi.
14. Kemana Ta'awun Siyasi ini akan dibawa.Ta'awun siyasi yang pertama dan kedua ini jauh berbeza.Bukan sahaja masa dan zaman berbeza tetapi pemimpin dan cabarannya juga jauh berbeza.Tiga dekad setengah yang dilalui oleh kedua-dua parti dalam laluan di atas landasan bersingan telah memberikan makna dan pengalaman yang tidak sedikit untuk memaknakan kembali perhubungan dan pakatan antara mereka berdua sekarang.
15. Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan huraian panjang dalam akbar Pas Harakah berkenaan dengan Ta'awun Siyasi.Beliau menggariskan latar dan keperluan mengadakan kerjasama untuk bersama "tolong menolong" antara UMNO / BN dengan PAS.Kewajaran untuk berbuat demikian dikutip dari Al Quran : ayat 2 surah Al Maidah.Surah ini menjelaskan berkenaan dengan larangan Allah daripada membenci sesuatu kaum yang meskipun mereka telah pernah menyusahkan kita.Sebaliknya kita diperintahkan Allah supaya bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.Ayat ini juga Allah melarang untuk tidak bekerjasama dalam melakukan dosa dan pencerobohan.Mereka yang melanggar perintah ini diingatkan Allah akan mendapat siksaan berat dari -Nya.Kerana perintah itu maka keputusan dicapai dalam beberapa mesyuarat pemimpin tertinggi PAS untuk mengambil langkah bekerjsama dan tolong menolong bersama Barisan Nasional.
16. Dalam sejarah perjuangannya, PAS bukan sahaja mengadakan pakatan politik untuk tolong menolong sesama Melayu dan Islam.Pernah PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz memegang jawatan Mursyidul Am PAS.Banyak pemerhati politik melihat kerjasama PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dallam pakatan sama sesuatu yang luar biasa memandangkan rekod perjuangan DAP sangat anti Islam dan sangat anti Melayu.Tetapi itulah yang berlaku kerana kononnya itu suatu strategi dalam politik.Sesetengah kalangan pemimpin PAS berkata "when you cannot beat him joint him".Ini juga langkah yang diambil dalam melaksanakan apa yang dikatakan "Budaya Politik Matang Sejahtera" (BPMS) PAS.
17.Pakatan Rakyat yang menggabungkan PKR-DAP-PAS tidak bertahan lama walaupun ia memberikan beberapa kejayaan bersama melalui kerjasama dan tolong menolong itu.Ia tidak dapat bertahan lama kerana perbezaan ideoloji anutan parti-parti komponen yang berada di dalamnya.Bagai terdapat aginda-aginda yang tersembunyi dikalangan tiga parti yang bergabung.Mereka hanya tidur sebantal tetapi mimpinya lain-lain.Tidak mungkin itik dapat lama berkawan dengan angsa.Tidak mungkin kambing dapat berkawan lama dengan lembu atau kuda.Perbedaan budaya dan perbezaan matalamat perjuangan akhirnya menjadikan mereka tidak berpecah dan berpisah jua.Pakatan Rakyat hancur kerana dibakar oleh curiga mencurigai antara satu samalain.
18. Sebelum dari itu pun pada tahun 1987 PAS juga telah pernah bekerjasama dengan Parti Semangat 46 Pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Pakatan Alternatif.Hasil dari gabungan ini PAS telah berjaya menawan Kelantan dalam PRU 1990 yang membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1991 dan berkuasa sehingga 2012.Di bawah pentadbirannya slogan Membangun Bersama Islam dan Kepimpinan Ulama menjadi jenama besar yang di bawa ke tengah msyarakat untuk secara saikologinya mencari dan menawan hati dan mendapat sokongan rakyat.
19. Pakatan PAS serta ikatan kerjasama mereka dengan beberapa parti politik lain untuk memasuki Pilihanraya telah memberi impak kejayaan untuk setiap kalinya.Ini bukanlah tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin mereka.Kesedaran itu semakin membesar selepas PRU 14 terutama selepas menolak untuk berta'awun dengan Pakatan Harapan atau Barisan Nasional dalam PRU 14.Mereka yang membina pakatan dan kerjasama dalam pilihanraya tersebut ternyata mendapat kelebihan dengan mengaut keuntungan yang jauh lebih banyak dari PAS yang berjuang sendirian.Ini sangat disedari oleh pemimpin-pemimpin PAS.Itu juga mungkin menjadi kekesalan oleh mereka.Kalau tidak kerana kesilapan itu sudah ramai pula dari kalangan mereka yang sekarang sudah jadi menteri dalam kerajaan PH.
20. Sosok-sosok pemimpin PAS merasa cukup geram pula dengan kejayaan beberapa sosok bekas orang kanan PAS yang telah "menderhaka" dan keluar dari PAS untuk menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN).Kerjasama mereka membentuk Pakatan Harapan bersama Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin serta bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Beberapa "penderhaka" bekas pemimpin PAS dari PAN telah dilantik pula menjadi menteri-menteri penting dalam kerajaan Pakatan Harapan.Hal ini memberi peringatan dan tauladan besar kepada sosok pemimpin PAS selepas PRU 14 untuk mencatur perkiraan dan perancangan baru.Menghadapi PRU 15 adalah sebuah agenda besar dan PAS tidak boleh salah lagi dalam mengatur strategi.Langkah mesti tepat,masa mesti betul.Kesilapan jangan berulang lagi.
21. Untuk menghadapi PRU 15 maka Ta'awun dirasakan terlalu perlu.Lidi yang sebatang tidak mungkin punya kekuatan untuk menumbang seekor gergasi yang berdiri gagah.Itulah analoginya.Sewaktu kerajaan Pakatan Harapan kelihatan semakin celaru dan terumbang ambing sekarang.inilah masa dan ketikanya yang sesuai untuk menyatukan tenaga pembangkang baru dalam menyusun langkah mencari kemenangan dalam PRU akan datang.Kerjasama dengan BN adalah kena pada orang,tempat dan sesuai dengan masanya.Ini mesti dilakukan sekarang.
22. Sebelum ini kerjasama tidak boleh dilakukan. Dikatakan BN adalah sebuah parti dan kerajaan yang kononnya banyak menekan dan mengeciwakan PAS.Dendam PAS kepada BN tidak dapat dimaafkan sebelum PRU 14.Ia bukan sahaja boleh dilupakan tetapi boleh dimaafkan sekarang .Ini terjadi selepas PRU 14.Politik itu adalah sebuah percaturan kuasa dengan segala kemungkinan.Benarlah begitu.Hari ini seseorang di dikira musuh esoknya tidak lagi.
23. Sejarah perhubungan PAS-UMNO sejak 1951 sewaktu parti itu mula ditubuhkan adalah pelbagai dan penuh dengan warna warninya.Bermulanya PAS adalah dari Biro Agama UMNO.Mereka berasal dari bakul yang sama.Pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam dalam UMNO keluar dari UMNO bagi menentukan matalamat perjuangan Islam mendapat tempat yang utama.PAS dibentuk dan dinamakan kemudiannya untuk membawa dan memperjuangkan Islam dalam politik Tanah Melayu .Tanah Melayu ketika itu masih lagi berada di bawah penjajah British.Pemimpin yang berjiwa Islam ini tidak selisa dengan pendekatan sekular yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu.
24. Apakah sekarang UMNO /BN sudah tidak sekular lagi.Apakah sekarang orang UMNO tidak kafir lagi seperti suatu waktu lalu dimana mereka ditafsirkan dan dicop demikian oleh pemimpin dan penyokong PAS.Apakah Amanat Hadi di Kampong Peradong Terengganu yang menghalalkan darah orang UMNO tidak tidak terpakai lagi.Sudahkah sekarang UMNO sama rasa sama selera dengan PAS dalam meletakkan Quran dan hadith sebagai tunggak perjuangan bersama seia sekata.Untuk menjawab soalan ini mungkin mudah ya atau tidak.tetapi yang lebih penting untuk ditentukan ialah apakah kerjasama itu ikhlas atau dipenuh oleh muslihat.Apakah wujud kaadaan satu pihak mempergunakan satu pihak yang lain untuk hanya mencari kedudukan ,kuasa dan kemudian harta seperti yang banyak terjadi sebelum ini.Apakah kerjasama ini hanya sebuah kerjasama politik yang tidak diikat oleh semangat persaudaraan yang lebih utuh sebagaimana yang juga diperintahkan Allah dalam ayat 2 surah Al- Maidah yang disebutkan di atas itu.Apakah juga ta'awun ini turut dapat diikat oleh pengajaran Allah dalam surah al Maidah ayat 33 hingga 36 sebagaimana yang turut dibawa oeh Tuan Guru Haji Hadi dalam meluluskan kerjasama ini.
25. Walau apa pun, siapa yang ikhlas atau lebih ikhlasnya dalam ta'awun ini pastilah akan diberikan rahmat oleh Allah.Siapa yang berkhianat dalam perjanjian ia bukan sahaja boleh dimusuhi semula tetapi boleh pula turut diperangi.Demikian huraian yang dibicarakan dalam Al Quran surah Al-Taubah.Kita berharap pengalaman lama masih mampu memberi peringatan dan pengajaran.Perlu sangat diingat bahawa mana-mana pakatan atau kontrak kerjasama akan menemui banyak cabaran.Kesabaran untuk menghadapi dugaan yang datang akan memberikan kesudahan yang baik. Kalau kaadaan menjadi sebaliknya ia hanya akan membawa perpecahan dan kemusnahan yang tidak berkesudahan.Sejarah lalu perlu diingati supaya kita tidak memasuki lubang bahaya yang sama berkali-kali.
26. 14 September 2019 akan menjadi detik penting dalam sejarah moden Malaysia. Politik Malaysia nampaknya semakin matang tetapi cabaran untuk Malaysia juga semakin besar .Ianya pula semakin mencabar.Sejauh mana pakatan ini akan berjaya untuk meredakan krisis ketegangan kaum yang sekarang mula berasap dan haba panasnya semakin membahang negara kita.Sejauh mana suara ta'awun dan semangat kerjasama dua parti pembangkang terbesar ini mampu membawa Malaysia kepada suasana aman dan harmoni yang mampu dikenang oleh negara ini.Apakah kerjasama tolong menolong ini akan menjadi satu kemenangan serta kejayaan bagi mewarnakan semula Malaysia Baru untuk menjadi lebih baru,lebih bermutu dan rakyatnya lebih bersatu padu.
27.Sekiranya ta'awun ini berjaya keluar dari kepompong perkauman dalaman ucapan dan dalam kempen perjuangannya ia mungkin dapat memberikan harapan baru kepada pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang aman makmur dan berjaya.Kegagalan mencari dan mendapat formula baru yang diterima oleh semua kaum di negara majemuk ini dalam menguruskan negara,ianya akan tetap berada ditakok lama dan masalah yang sekian lama tertunggak akan tetap gagal untuk ditangani.
28.Rakyat menunggu sebuah kerajaan yang berani membuat keputusan besar untuk kepentingan negara.Rakyat menunggu sebuah kerajaan yang pemimpinnya jujur dan ikhlas untuk membina negara bukan mengumpul harta melalui kuasa yang diberikan rakyat kepada mereka.Rakyat inginkan sebuah kerajaan yang tegas membuat perubahan untuk sehingga berjaya "memaksa" rakyat untuk menerima keputusan kerajaan dalam menentukan survival negara.
29. Ke arah mana ta'awun Siyasi ini akan dibawa.Sejauh mana dua pemandu BN dan PAS akan berjaya memandu jentera ini dalam membina kebaikan dan lebih penting menjayakan matalamt dan sampai ke destinasinya.Sejauh mana. Setakat mana.Berapa lama.Semuanya ini menjadi soalan yang akan ditanya oleh semua rakyat Malaysia yang dahagakan keamanan,keharmonian dan kemajuan untuk sebuah negara.
30. Soalan cepumas untuk senario baru ini adalah adakah ta'awun siyasi ini akan membawa kejayaan sehingga sebuah kerajaan baru pula akan menggantikan kerajaan Pakatan harapan. Di bawah semagat tolong menolong dan kerjasama ini gerakan penyatuan ummah nampaknya disusun diseluruh negara dengan membina dan menyebarkan beberapa slogan misal "Malu apa Bossku", "PH Pakatan hancing" dan berbagai lagi yang sekarang ini sedang dipropagandakan oleh pakatan baru ini.Kejayaan perhimpunan yang diadakan dengan crowd yang ramai dan semakin ramai untuk setiap majlis membayangkan suatu kebangkitan baru sedang bermula.
31. Kekeciwaan rakyat kerana dikatakan Kerajaan PH gagal menunaikan janji pilihanraya diperbesarkan oleh pakatan pembangkang yang baru ini.Gema Allahu Akbar membelah suasana setiap majlis perhimpunan politik tajaan kedua-dua pembangkang baru yang mula bersatu ini.Suasana ini nampaknya serupa dengan suasana sepanjang kempen Pakatan Harapan dalam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dulu.
32. Rakyat Malaysia inginkan nasib mereka dibela.Ianya mesti segera.Kalau boleh sekelip mata.Itulah nampaknya.Rakyat Malaysia kelihatan sangat tidak sabar untuk setiap janji pilihanraya ditunaikan seberapa segera.
33. Apa yang nampak dipandang dan terpampang di depan mata ialah betapa permainan politik di Malaysia menjadi begitu di fokus dan diutamakan.Sementara kerajaan yang baru berkuasa berhempas pulas mempertahankan kuasa yang menjadi pembangkang pula berhempas pulas berusaha untuk meburukkan mereka dalam usaha untuk merampas kuasa dan mengambil tempat mereka.
34. Pertembungan politik dan perbalahan merebut kuasa antara kerajaan yang berkuasa dengan pembangkang yang keciwa membawa kepada meningkatnya suhu panas bumi Malaysia.Sementara pemimpin bercakaran rakyat pula berbalahan.Sementara pemimpin menghasut rakyat,perbalahan kaum semakin tenat,bilakah Malaysia akan menjadi selamat.

Monday, September 2, 2019
MALAYSIA : KE MANA SEJARAH AKAN MEMBAWANYA.
31 Ogos 2019 Malaysia meraikan kemerdekaannya yang ke 62.Telah 62 tahun negara ini mencapai kemerdekaan.Telah 62 tahun rantai penjajah berjaya dilepaskan.Rantai yang mengikat kaki dan tangan rakyat telah dibuang.Rantai yang mengekang hati dan perasaan rakyat telah berjaya diputuskan.Negara ini telah menjadi sebuah negera merdeka dan kemudiannya menjadi anggota pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu bersama dengan ratusan negara lain yang juga mencapai kebebasan dan kemerdekaan masing-masing.
2. Kemerdekaan Tanah Melayu ( sebelum Malaysia) bukanlah dicapai tanpa tumpah darah.Ada orang menulis dan mengatakan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan senang tanpa sebarang tumpah darah.Itu tidak sepenuhnya menjadi hakikat sejarah.
3.Tanah Melayu menempuh laluan sejarahnya dengan suka duka sakit dan luka yang masih meninggalkan parutnya sehingga kini.Tidak semua laluannya manis dan penuh ketawa gembira.Sejarahnya menunjukkan bahawa menjelang awal abad ke 20 gerakan anti penjajah telah mula berasap dan berkepul dalam jiwa pemimpin-pemimpin Melayu yang telah sedar akan kesan buruk berada di bawah penjajah pelbagai penjajah yang telah menjajah negara ini sejak 1511.
4. Sejarah penjajahan bangsa barat bermula dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka 1511.Melaka sahaja kemudiannya dijajah pula oleh Belanda dari 1641 sehingga 1824 yang digantikan pula oleh Inggeris yang menyerahkan Bangkahulu di Sumatera sebagai tukaran untuk Belanda kuasai.
5. Penjajahan yang lebih tersusun berlaku pada separuh akhir kurun ke 19 apabila Perjanjian Pangkor tahun 1874 menyerahkan Perak untuk ditadbir oleh British dengan sistem residennya.Perluasan kuasa Inggeris kemudiannya merebak ke negeri-negeri Melayu yang lain di pantai barat.Demikianlah Selangor,Negeri sembilan telah dikuasai Inggeris.Negeri Pahang juga akhirnya turut jatuh ke tangan dikuasai Inggeris .
6.Perluasan kuasa itu tidak hanya terhad di negeri-negeri yang tersebut itu sahaja apabila kemudian semua negeri-negeri lain di Tanah Melayu yang tidak berada di bawah sistem residen Birish pada akhirnya terpaksa menerima penasehat British melalui perjanjian-perjanian yang dibuat atas kepentingan bersama yang dipersetujui diantara penguasa-penguasa tempatan dengan pihak British.
7.Sejarah menunjukkan bahawa mulai dua dekad pertama kurun ke 20 menyaksikan semua negeri-negeri di Tanah Melayu telah dikuasai dan dipengaruhi oleh corak pentadbiran Inggeris.Sistem barat yang diperkenalkan Inggeris telah mulai dipakai menjadi sistem kehidupan harian masyarakat hingga kepada kaedah mengurus negara.
8. Lanskap kehidupan masyarakat telah bertukar kerana pengaruh ekonomi.sosial dan politik yang dibawa dan diterapkan oleh penjajah British.Pada akhirnya semua ini menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak puashati pemimpin-pemimpin Tanah Melayu.Pada peringkat awal penguasaan penjajah di Perak sudah bangkit Dato' Maharaja Lela yang telah membunuh J.W.W Birch residen Bitish yang pertama di Perak .Ini contoh keberanian orang Melayu dalam mempertahankan tanah airnya.Beliau bersedia untuk memberikan nyawanya kerana cinta dan kasih sayangnya pada tanah tumpah darahnya.Dia bersedia untuk mati kerana mempertahankan budaya dan warisan bangsa dan agamanya.
9.Pendekatan yang seumpama ini kemudian diteladani pula oleh ramai pemimpin-pemimpin Melayu yang lain.Lihat bagaimana Dol Said menggerakkan penentangan terhadap British di Naning ,Negeri Sembilan.Lihat pula kebangkitan haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.Lihat juga kebangkitan Haji Hassan (Tok Janggut ) di Jeram,Pasir Puteh Kelantan.Semua penentangan ini menunjukkan keberanian orang Melayu dalam mempertahankan agama,watan,budaya dan warisan sejarahnya.Mereka bangun kerana tidak rela adat dan sistem kehidupan mereka dirombak dan dirompak untuk ditukar kepada satu sistem asing yang merosakkan kepentingan mereka seluruhnya.
10.Kebangkitan anti penjajah pada zaman permulaan ini selalunya tidak diiktiraf sebagai kebangkitan semangat kebangsaan (Nasionalisma) . Walau apa pun kebangkitan itu mempunayi makna dan natijahnya yang tersendiri dalam kontek ia membawa semangat dan jiwa kebencian terhadap penjajah yang datang menceroboh dan menduduki negara ini secara paksa dan tidak dikehendaki oleh pemilik tanah ini.
12. Perkembangan pendidikan telah mengubah senario kebangkitan dan penentangan terhadap penjajah.Dalam setengah kurun pertama abad ke 20 Tanah Melayu menyaksikan pertumbuhan parti-parti politik.Pemimpin-pemimpin Melayu yang berpendidikan agama menubuhkan gerakan anti penjajah bersandarkan kepada prinsip agama dan menentang penjajah kerana pendekatan sayangkan negara adalah sebahagian dari iman yang menjadi pegangan orang Islam.Golongan terpelajar Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris menubukan gerakan politik dengan perjuangan yang lebih bersifat sekular .Walau apa pun mereka semuanya sudah memikirkan dan menyebut soal kemerdekaan.
13. Pada peringkat awal ini tidak ternampak peranan yang ditunjukkan oleh kaum Cina dan kaum India yang di bawa masuk oleh penjajah Inggeris ke Tanah Melayu.Kaum pendatang ini sejak mula dibawa masuk ke Tanah Melayu adalah sepenuhnya digunakan untuk menjadi buruh samada di lombong-lombong bijih timah atau di ladang-ladang getah.Mereka samada tidak langsong memikirkan hal-hal selain dari kerja seharian mereka atau yang lebih dari itu mereka menyifatkan negeri ini hanya tempat mereka menumpang sementara sebelum bila dapat kekayaan mereka akan kembali ke tanah air negara asal masing-masing.Perlu diingatkan bahawa orang India dan cina yang dibawa masuk oleh Bitish ini adalah asalnya terdiri dari mereka yang miskin serta terhimpit oleh beberapa tekanan hidup di negara masing-masing.Mereka berhijrah masuk ke negara ini untuk memperbaiki kehidupan mereka .British menjemput mereka masuk dengan diberikan layanan baik kerana mereka sangat memerlukan tenaga buruh bagi memacu ekonomi mereka.
14.Mereka sangat terhutang budi kepada kerajaan Inggeris yang memberi mereka peluang bekerja dan peluang menduduki tanah ini.Inggeris memberikan layanan baik kepada mereka dan sebagai balasannya mereka juga menumpahkan kasih sayang dan memberi penghormatan serta meuji kebaikan,kelebihan dan kehebatan orang-orang Inggeris.Kaum pendatang ini tidak kisah pun untuk memikirkan hal-hal selain dari untuk mengumpulkan duit dan kemudiannya untuk pulang ke negara asal masing-masing.
15. Kerana niat untuk pulang ke negara asal masing-masing selepas berada di negara ini ,maka kaum Cina dan India yang menjadi pendatang itu telah dari awal membuat persiapan diri untuk tujuan tersebut.Mereka tidak mahu melarutkan nilai budaya dan warisan asal nenenk moyang mereka dengan nilai-nilai hidup tempatan yang baru.Mereka bimbang kalau nilai asal mereka hilang mereka akan sukar untuk kembali masuk ke dalam negeri dan negara asal mereka nanti.Mereka kerana itu menubuhkan sekolah-sekolah dengan guru-guru dan kurikulum dari negara asal masing-masing untuk kekal bertahan dengan warisan negara asal masing-masing.Lahirnya sekolah vernakluar di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka adalah di atas situasi dan faktor ini.Tiga bangsa besar yang semakin membiak di negara ini terpisah oleh perbezaan pendidikan,perbezaan budaya serta perbedaan capaian kehidupan diantara mereka.
16.Pendekatan pentadbiran British Divide and Rule (Pecah dan Perintah ) berjalan dengan perancangan samada secara licik juga tersusun dengan baik dengan matalamat yang telah dicatat kukuh dalam sejarah.Bahawa British tidak mahu ketiga-tiga bangsa itu melakukan komunikasi diantara mereka.Lebih jauh mereka tidak inginkan wujud kerjasama apa lagi pakatan yang mengukuhkan mereka dan ini merugikan British pada akhirnya.
17. Polarisasi kaum telah dirancang dan diperkukuhkan di bawah dasar pentadbiran British.Lagi luas jurang komunikasi diantara ketiga-tiga bangsa itu lagi baik untuk British.Lagi kuat rasa kebencian diantara ketiga-tiga kaum itu lagi baik untuk kepentingan British.British tidak pernah berniat untuk memberikan kemerdekaan kepada mana-mana tanah jajahan mereka.Ini termasuk Tanah Melayu yang kaya dengan hasil timah dan getah untuk mengembangkan industri perindustrian dan perdagangan British di seluruh dunia ketika itu.
18.Demikianlah Tanah Melayu melakarkan sejarahnya dengan menerima kedatangan Jepun dalam era Perang Dunia kedua.Tanah Melayu dijajah Jepun selama tiga tahun lapan bulan.Kesan pemerintahan Jepun meningkatkan semangat nasionalisma Melayu.Kebencian Jepun kepada bangsa Cina menyebabkan mereka memberikan layanan buruk kepada orang Cina di Tanah Melayu.Jepun telah menyerang negeri China sejak 1912 dan diulang lagi 1937 dimana orang Cina yang berada diseberang laut pun turut menerima tekanan Jepun.Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang dibunuh oleh tentera Jepun berbanding orang Melayu.Semangat bencikan Jepun di Tanah melayu dikalangan orang Cina menjadikan mereka menubuh dan menganggotai sebuah pertubuhan anti Jepun iaitu MPAJA (Malayan People's Anti Japanese Army ).Keanggotaannya terdiri dari orang-orang Cina yang sangat bencikan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.Mereka ini bersubahat dengan British untuk diajak kembali memerentah Tanah Melayu.Pada masa yang sama dengan kebencian orang Cina kepada Jepun ; kebencian yang sama turut ditujukan kepada orang Melayu yang lebih dimanjakan Jepun di zaman pemerentahannya di negara ini.
19. Sebelum British datang menduduki semula Tanah Melayu yang ditinggalkan Jepun t terdapat suatu lompong masa- kekosongan pentadbiran (time vacuum) di mana Tanah Melayu tidak mempunyai pemerentah.Inilah waktunya selama 14 hari kumpulan yang asalnya dari MPAJA mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu dengan berkuasa secara "reign of terror" (Pemerentahan dengan kekejaman).Banyak orang Melayu yang dibunuh oleh kumpulan Cina yang dikatakan sebagai tindakan membalas dendam setelah mereka ramai yang dizalimi oleh Jepun yang dizaman pendudukannya dikatakan pro Melayu.Kaadaan ini menimbulkan ketegangan hubungan Cina-Melayu dalam tempoh tersebut.
20. Kebangkitan nasionalisma di Tanah Melayu menjadi lebih panas apabila selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia kedua.Britis kembali menduduki Tanah Melayu selepas Jepun.Orang China dan India berpesta dengan kedatangan British.British adalah penyelamat mereka.
21. British datang semula menduduki Tanah Melayu dengan memperkenalkan BMA (British Military Army) .Kekacauan yang tercetus di Tanah Melayu hasil pemerentahan golongan ektrimis dan teroris telah berjaya dipadam dan ditamatkan.Ini bukanlah bermakna bahawa kumpulan terroris ini telah hapus musnah ditangan BMA. Mereka kemudian bergerak sebagai gerakan bawah tanah.Dengan dipengaruhi oleh fahaman kominis mereka menjadi penentang tegar kepada pemerentahan British.Orang-orang Melayu sangat tidak bergembira dengan kaadaan ini sewaktu hampir keseluruhan kumpulan pengganas ini diikuti dan disokong oleh orang-orang Cina yang sangat ekstrim. Inilah permulaan kepada wujud dan bangkitnya Parti Kominis Malaya yang kemudiannya dipimpin oleh Chin Peng.
22. Apabila perlembagaan Malayan Union cuba dibentangkan untuk menjadi dasar pentadbiran British di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun ia mendatangkan krisis baru dalam politik Tanah Melayu.Sewaktu orang-orang Melayu bangun dan bangkit menentang Malayan Union kaum-kaum laian seperti Cina dan India masiyh berada dalam selimut masing-masing.Mereka masing-masing tidak mau terlibat dengan gerakan menentang Malayan Union terutamanya kerana perkara-perkara penting yang terkandung dalam perlembagaan Malayan Union itu adalah banyak membela kepentingan mereka.Mereka dicadangkan untuk diberikan kerakyatan secara "Jus Soli ".Diberikan kerakyatan mudah dengan tempoh tinggal yang singkat di negara ini serta atas dasar dilahirkan di negara ini tanpa syarat-syarat tambahan yang lain.Orang Melayu menentang habis-habisan.
23. Sikap berkecuali serta mendiamkan diri orang Cina dan India daripada turut bangkit menentang Malayan Union telah menimbulkan kecurigaan orang Melayu terhadap siapa sebenarnya mereka itu.Ini juga melatari keresahan dan kebimbangan orang Melayu terhadap kecintaaan dan kasih sayang mereka itu.Apakah mereka cintakan Tanah Melayu atau masing-masing taat setia kepada tanah air mereka kekal dan kukuh terpacak di situ.
24. Malayan Union digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Nama Tanah Melayu disebut jelas di situ.Ini menggambarkan perlembagaan ini melayan kehendak orang Melayu.Apakah ini mengembirakan dua kaum yang lain itu.Apa pun perlembagaan itu diterima dan dilaksanakan untuk membina sejarah Malaysia dari 1948 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
25. Tempoh 1948 sehingga 1957 adalah tahun-tahun yang dipenuhi dengan suka duka dalam sejarah Tanah Melayu.Selama 12 tahun (1948-1960) Tanah Melayu berdepan dengan ancaman kominis.Gerakan kominis mendapat sokongan dari masyarakat Cina kerana keanggotaan pertubuhan ini adalah terdiri dariorang-orang Cina.Orang Melayu bencikan kominis kerana fahaman mereka yang menolak kepercayaan kepada Tuhan yang bertentangan dengan syariat dan pegangan Islam.Isu ini pun menimbulkan ketegangan antara orang Cina dan Melayu.
26. Darurat diistiharkan dan pentadbiran British di Tanah Melayu menerima banyak tekanan dan timbul banyak masalah.Ancaman kominis hanya secara resmi ditamatkan dalam tahun 1991 setelah 34 tahun Tanah Melayu menghirup udara merdeka.Apakah sebenarnya gerakan ini telah berakhir apabila masih kelihatan benihnyamulai bercambah dan ternampak segar diakhir-akhir ini.Fahaman kominis secara jelas tidak terlihat kerana ia dibalut oleh bungkusan demokrasi yang cantik dan menyilau.Perlakuan sesetengah kumpulan pelampau ini menampakkan ajaran kominis mula dipegang.
27. Kemerdekaan Malaysia (Tanah Melayu asalnya) diraikan lagi untuk kalinya yang ke 62 pada 31 Ogos 2019.Secara kebetulan pula ia diraikan bersama dasar "Malaysia Baru" di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang menang Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018.Ini adalah keraian tahun yang kedua oleh Kerajaan Pakatan Harapan.Apa yang istimewanya ialah bulan Ogos tahun ini diwarnai ( tak elok untuk disebut telah dikotori) oleh pelbagai krisis dalam negara.Ia terjadi secara kebetulan kalau sebenarnya ia tidak dirancang.
28. Thema krisis ini adalah perpaduan kaum.Sepanjang bulan Ogos ini beberapa peristiwa yang melibatkan penyatuan kaum dan perpecahan kaum telah nyata timbul dan wujud.PAS / Pakatan Sejahtera dan UMNO / Barisan Nasional sebagai dua buah ppakatan parti poltik pembangkang telah mengambil keputusan untuk berpadu dan berpakat dalam pendekatatan "Ta'awun Siyasi " (Kerjasama Politik).Perbincangan bertali arus sejak sebelum ogos dan nampaknya diperkukuhkan dalam bulan menyambut kemerdekaan ini.Pertemuan berkala disusun dan dirancang yang menemukan pemimpn-pemimpin tertinggi kedua dua pakatan politik ini.Piagam Penyatuan Ummah katanya dirangka dalam membina kerangka pakatan politik mereka.Satu perhimpunan besar yang dijangka akan mengumpulkan 50 ribu pengikut dan penyokong akan berlabuh di Pusat Dagangan Dunia Putera pada 14 September 2019.Majlis yang dipacakkan dengan nama Majlis Penyatuan Ummah itu akan turut menyaksikan majlis pemeteraian Piaga Penyatuan Ummah.Piagam ini djadikan wadah dan SOP dalam melaksanakan kerja-kerja bersama PAS-BN terutama untuk berdepan dengan PRU ke 15.
29. Apa yang lebih menarik tetapi juga mengejutkan ialah apabila parti komponen dalam kerajaan Pakatan Harapan iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang rata-rata penyokongnya adalah dari kalangan kaum Cina mengeluarkan suatu kenyataan yang menyakitkan sesetengah pihak.YB Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP merangkap Menteri Kewangan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa "Ta'awun Siyasi" adalah satu isyarat perang kepada orang-orang bukan Melayu.Apakah ini suatu kenyataan rasis ?. Apa pun setidak-tidaknya kenyataan ini adalah suatu kata-kata yang telah memanaskan suasana perkauman di Malaysia.
30.Ia ditambah pula dengan kenyataan seorang Jutawan Cina yang mencipta kejayaan dan keuntungannya di tanah yang dihuni oleh pelbagai kaum ini.Koon Yew Yin dengan spontan berkata tentera kita hanya makan tidur dan lebih baik mereka turun ke ladang untuk membuat kerja buruh.Bukankah Yew Yin tahu bahawa sebahagian besar tentera adalah Melayu.Tidakkah ini bagai suatu kenyataan untuk menguji pasaran (test market).Berani dan celupar sungguh dia berkata demikian.Suasana perkauman di bumi ini bertambah panas.
31. Ogos menjadi semakin panas apabila isu tulisan Khat Jawi bakal diperkenalkan di darjah empat sekolah-sekolah vernakular menjelang 2020.Dong Zong Persatuan Guru-guru Sekolah Cina bangkit memimpin gerakan bersama pemimpin India untuk menentangnya.Dong Zong bukan baru dalam sejarah penentangannya kepada semua dasar-dasar pendidikan dalam menyatukan kaum di Malaysia.Sejak tahun 1950 mereka tidak pernah bersetuju dengan sebarang dasar yang dibentuk untuk menyatukan kaum melalui pendekatan yang berjiwa Melayu.Dong Zong sangat inginkan kalau sistem pendidikan di negara ini bersifat kecinaan sepenuhnya.
Sekali lagi kerajaan yang baru berusia tak sampai dua tahun dengan dasar Malaysia Baharu"nya gagal melaksankan dasar yang berjiwa Melayu di Tanah Melayu ini.Dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Dong Zon hingga memaksa kerajaan menerimanya nampaknya jelas bahawa seni khat jawi akan dikuburkan hidup-hidup!.
32. Tak cukup dengan itu, pendakwah Islam bidang perbandingan agama dari India yang diberikan taraf "permanent resident" (PR) di negara ini; tiba-tiba pada 9 Ogos berucap dengan mengeluarkan kenyataan yang ditafsirkan oleh masyarakat Cina dan India Malaysia sebagai mencabar dan menghina mereka.Polemik terjadi dan ketegangan kaum membengkak dalam masyarakat apabila orang Melayu Islam menyokong Dr Zakir Naik sementara beberapa pemimpin kerajaan dari orang Cina dan India mendesak kerajaan menghantar balik pendakwah itu ke India.Semua orang tahu bahawa apabila sahaja Dr Zakir berpijak semula di bumi India dia akan segera menjadi arwah dan namanya sahaja lagi yang akan tinggal dan dapat disebut.Apabila Perdana Menteri Tun Mahathir terpaksa mengambil keputusan untuk mempertahankan Dr Zakir adakah suhu krisis menjadi reda?,Sejarah sedang menyukat dan menilai dan mengukur kemana semuanya ini akan berjalan dan pada titik mana pula ianya bakal berhenti.
33. Esok matahari akan bersinar lagi dan hari baru masih berkuak untuk Malaysia.Pintu dan jendelanya masih terbuka.Demokrasi masih berjalan dengan kebebasan barat yang tetap menduga dan menguji ketahanan dan kesanggupan setiap rakyat untuk berdiri dan menghirup udara atas nama hak dan keadilan yang difahami dan diperjuangkan.
34.Sejarah Malaysia akan terus berjalan.Tetapi ingatkah kita bahawa " history repeat itself" dan "no nation will survive without history".Kita setiap rakyat dari segala bangsa mesti mendasari segala perbuatan kita pada sejarah.Mereka yang melupakan sejarah akan dihukum oleh sejarah.Kalau ini kita lupakan maka sejarah akan membawa Malaysia kepada kemusnahan dan kehancuran kerana rakyat tidak memilih keamanan dan kebahagiaan untuk dikongsi bersama secara adil.

Subscribe to:
Posts (Atom)