Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia adalah berkenaan dengan Hak Istimewa orang Melayu.Perkara ini telah lama termaktub dan terpasak kukuh di dalam perlembagaan Malaysia tersebut.Ia menjadi sebahagian daripada Kontrak Sosial yang telah pun disetujui oleh semua kaum melalui wakil masing-masing sewaktu Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) hendak diberikan taraf kemerdekaan oleh penjajah British.
Tanah Melayu Hak Melayu.
Perkara ini telah menjadi sebahagian syarat untuk taraf kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu.Tanah ini sejak sekian lama dinamakan Tanah Melayu kerana bangsa pertama yang menduduki dan berhak sepenuhnya mewarisi tanah ini adalah bangsa Melayu yang berkulit sawo matang dan pesek hidungnya.
Orang Melayu memiliki budaya melayu dari rumpun Melayu yang telah menduduki daerah Nusantara sejak ribuan tahun yang lalu.Mereka telah membina tamaddun mereka sendiri melalui pelbagai assimilasi dan akomodasi dengan pelbagai pengaruh asing yang didatangkan kepada mereka dari luar.
Melayu dan Budaya Melayu.
Mereka orang Melayu yang pada asalnya dipercayai penganut faham animisma ( kepercayaan bahawa tiap sesuatu ada penunggu) mulai dipengaruhi oleh fahaman Hindu berabad lamanya.Proses yang dikenali sebagai indianisasi ini telah mulai berakar umbi dalam masyarakat Melayu setelah bergabung dengan kepercayaan animisma asal mereka membina manusia Melayu yang baru.
Islam dan pengaruhnaya kepada orang Melayu.
Kedatangan Islam dalam zaman yang lebih lewat sekali lagi mencorakkan manusia Melayu Nusantara dengan warna Islam yang lebih murni dan segar.Kepercayaan antara animisma dan Hindu mulai di cerobohi oleh faham baru yang lebih radikal dan realistik.
Islam yang datang bersama pedagang mudah menguasai bukan sahaja pasaran tetapi dengan mudah ula dapat menawan hati sang pemerentah.Apabila Raja / Sultan memeluk Islam ia menjadi ikutan rakyat kerana pendewaan Melayu kepada raja yang diasaskan dari pengaruh Hindu begitu kuat.Setiap yang dilakukan raja adalah benar.Konsep Raja sebagai dewa dari pengaruh Hindu masih kekal sekian lama meskipun Islam datang dengan konsep yang sedikit berbeza.
Sejak zaman Kerajaan Melaka dan sejak Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 Islam mulai bertapak di bumi Melayu ini.Dari Melaka Islam dapat disibarluaskan ke daerah-daerah lain samada melalui perdagangan ,perkahwinan juga melalui penaklukan.Demikianlah negeri-negeri lain di Tanah Melayu mulai mengambil dan mengamalkan Islam dalam pemerentahan dan kehidupan seharian.
Islam menjadi begitu kukuh dimulai dengan sistem pemerintahan yang berpaksikan Islam sehingga undang-undang yang berteraskan Islam mulai digubal.Hukum Kanun Melaka menjadi permulaan dalam perkara ini di Tanah Melayu.
Islam dan Pendidikan orang Melayu.
Islam datang dengan Iqra'.Setiap orang Islam diperintah untuk menguasai tulis baca.Dengan mengasai ilmu,Islam telah menjadi kuat sehingga mereka berjaya menguasai sebahagian besar darat dan laut di muka bumi ini.
Itu adalah sejarah kemenangan Islam yang diwarisi dan dituruti oleh seluruh umat Islam di dunia ini.Dan ia tidak terkecuali dan sama sekali tidak terpisah dari pegangan orang Melayu di Nusantara khususnya di Tanah Melayu ini.
Pendidikan Islam yang berkembang melalui sistem pondok pengajian yang dikenali juga sebagai pasentren di Indonesia melakar sejarah pembangunan insan Melayu Islam dengan kukuh dan bertahap.Kemajuan ini sangat memberangsangkan sehingga tamaddun baru dengan cara hidup Islam dapat membina manusia Melayu menjadi berbudi bahasa,beradap sopan,bersabar,redha dan
penuh kerajinan.
Bersama-sama dengan ciri tersebut Islam datang dengan membawa keimanan dan ketakwaan dengan mengesakan Tuhan Allah yang satu serta mengakui Nabi Muhammad sebagai Rasul dan pesuruhNya.Manusia Melayu yang bertauhidkan Allah yang satu menerima Rukun Islam dan Rukun Iman sebagai pegangan hidup untuk keselamatan di dunia dan keselamatan di akhirat.
Inilah sebenarnya jati diri orang Melayu.Jati diri ini telah berakar umbi dalam jiwa orang Melayu khususnya di Tanah Melayu ini sejak berabad-abad lamanya.
Kedatangan penjajah di Alam Melayu khususnya di Nusantara telah memberikan corak baru kepada dunia rantau ini.Samada datangnya Belanda ke Indonesia atau datangnya pelbagai bangsa penjajah ke Tanah Melayu semuanya telah berjaya mencorakkan semula jati diri Melayu yang sekian lama berteraskan Islam kepada suatu warna baru yang berbeza samasekali.
Penjajahan dan perubahan landskap bangsa.
Di Tanah Melayu British telah berjaya mengubah seluruh lanskap politik,sosio dan ekonominya menjadi samasekali baru.Selira barat telah menambil alih selira Islam sehingga pak lebai di kampong-kampong pada akhirnya lebih percaya bahawa sekolah Inggeris lebih baik dan lebih menjamin masa depan anak-anak mereka dibandingkan untuk terus kekal dalam sistem pendidikan Islam yang dipandang lapuk dan ketinggalan zaman!.
Dengan perubahan jati diri orang Melayu inilah British berjaya menguasai dan memerentah Tanah Melayu yang dipanggil mereka "Malaya"bukan lagi Tanah Melayu.
Perkembangan dan dasar eksploitasi ekonomi British di Tanah Melayu telah membawa masuk begitu ramai buruh-buruh dari tanah jajahan mereka India ke Tanah Melayu.Mereka juga mengimpot masuk buruh-buruh Cina dari selatan negeri China untuk tujuan yang sama.Semuanya ini menjadikan Malaya sebagai sebuah negeri pelbagai kaum dalam masa lebih kurang setengah
abad.
Penjajahan dan natijahnya.
Natijah daripada perjalanan sejarah Tanah Melayu ini ialah bahawa bahananya adalah dirasakan oleh sebuah negara yang sekarang bernama Malaysia ini.Bahawa sejak Malaya merdeka dari British tahun 1957 sehingga sekarang krisis perkauman di Malaysia tidak pernah berjaya disurutkan.Perbalahan kaum hampir menjadi suatu fenomina di negara ini.Ia menjadi kendur dan tenang pada suatu masa tetapi menjadi tegang dan panas pada suatu masa yang lain.Perubahan pucuk pimpinan yang mewakili setiap kaum di negara ini menjadi salah satu punca wujudnya ketegangan kaum.Kaadaanya seperti dikatakan sekali air bah sekali pasir berubah.Demikianlah kepimpinan baru dengan dasar baru yang dibawa mulai berbeza ia menghasilkan perjuangan yang berbeza.
Malaysia telah merdeka selama 59 tahun.Tahun depan Malaysia akan meraikan hari kemerdekaannya yang ke 60.Sejarah 60 tahun kemerdekaan Malaysia sebennrnya telah dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969.Negara disytiharkan darurat dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dibentuk untuk mengambil alih sementara pemerintahan apabila Parlimen sudah tidak berfungsi lagi pada saat itu.
Krisis budaya ,bangsa dan kaum.
Selepas 13 Mei krisis perkauman sebenarnya masih belum sepenuhnya reda.Api perkauman masih terus terpercik di mana-mana.Adalah dilihat bahawa selagi setiap kaum tidak mempunyai satu jati diri yang serupa maka api perkauman akan terus menyala sampai bila-billa di Malaysia ini.
Memang benar dasar Divide and Rule British sewaktu menjajah Tanah Melayu telah begitu sebati dengan cara dan amalan hidup masyarakat Malaysia sehingga terbawa-bawa selepas zaman merdeka.Ia terlihat dalam dasar pendidikan yang diperkenalkan British bahawa setiap bangsa dibenarkan mendapat pendidikan dengan sistem masing-masing.Ternampak bahawa orang Melayu dengan sekolah melayunya demikian orang India demikian pula orang cina.Orang Melayu dengan bahasa ,ugama dan budayanya,orang India dan cina demikian pula.Masing-masing bangsa kukuh dan liat berpegang kepada budaya dan pegangan yang sangat jauh berbeza antara satu sama lain.Mereka tinggal di atas bumi dan dipayungi oleh awan dan langit yang sama tetapi fikiran dan rohani mereka berbeza.Malah sangat jauh berbeza antara satu sama lain.Mereka pula hidup dengan rasa prasangka dan tidak mempercayai satu samalain.
Malaysia merdeka belum cukup matang untuk mencari formula bagaimana kaum-kaum utama di negara ini dapat di satu dan diharmonikan.Pemikiran dan idea yang dikemukakan untuk menyelesaikannya kadang-kadang dianggap terlalu merombak apa yang telah lama diamalkan.Dasar kerajaan yang terlalu berlembut kepada tekanan politik kadang-kadang turut menggagalkan matalamat.
Pemikiran bangsa pasca merdeka.
Bagi generasi Malaysia pasca merdeka terutama bagi mereka yang buta sejarah mereka mempunyai fikiran yang tidak berlandaskan sejarah.Sepatutnya setiap rakyat peka kepada peristiwa serajarah dan setiap perlakuan rakyat mesti dikawal dan didasari pada sejarahnya.
Sejarah kemerdekaan negara ini perlu diajar dan diberikan penekanan dalam pendidikan semua bangsa sejak zaman kanak-kanaknya supaya kesadaran sejarah boleh membina kesadaran bangsa dan boleh melenturkan kesefahaman bersama.
Sejarah tolak ansur orang Melayu dengan senang hati menerima"kaum pendatang" sebelum hak kerakyatan "Jus Soli" di terima oleh orang Melayu mesti benar-benar difahami dan diberikan rasa syukur dan terima kasihnya kepada penduduk bangsa Melayu.
Hidup dalam rasa perkongsian dengan mengakui fakta sejarah,bertolak ansur disamping menerima hakikat kewujudan diri masing-masing kaum di bumi ini adalah sebaik-baik jalan untuk mencari penyatuan semua kaum di Malaysia.
Barisan Nasional yang tidak sebaris.
Sekonyong-konyongnya apabila baru-baru ini Andy Yong Naib Ketua Pemuda Gerakan yang tergamak menyarankan supaya Perkara 153 yang menyentuh hak keistimewaan Orang Melayu supaya diberikan pertimbangan semula menjadi suatu perkara yang boleh menimbulkan kehangatan hubungan kaum.
Datuk Syed Ali Alhabsee,Ketua UMNO Cheras telah menyelar tindakan tersebut.Adalah dirasakan sangat tidak patut isu yang sepatutnya tidak ditimbulkan itu dibawa pula oleh seorang pemimpin tinggi dari sebuah parti komponen BN sendiri!.Ini tidaklah pula barangkali menghairankan kerana sejak akhir-akhir ini banyak isu-isu sensitif antara kaum juga di bawa oleh MCA sendiri selaku anggota utama BN.
Semuanya ini apa lagi kalau ianya tidak menggambarkan bahawa penyatuan kaum di Malaysia sedang berada di penghujung jalan yang menuju ke jalan mati!.
Membangkitkan Perkara 153 adalah membangkitkan rasa tak puas hati kaum lain kepada hak bangsa Melayu yang sepatutnya hal itu diterima tanpa soal.Benar setiap rakyat punya hak bersuara dalam sistem demokrasi yang diamalkan. Tetapi banyak perkara yang telah disepakati sejak sekian lama, janganlah dibangkitkan berulang kali untuk ditegur dan dilarang berkali-kali pula.Kalau kita semua bangsa memikirkan untuk mencari keamanan dan mengekalkan kerukunan bersama jangan hak-hak utama yang telah disetujui cuba dirungkai untuk diubah dan diganggu gugat.
Orang Melayu akan merasa bahawa mereka dengan beraninya dicabar.Bukan sekali atau dua kali tetapi sudah acapkali.Kaadaan ini semakin menjadi sejak akhir-akhir ini terutama sejak kerajaaan BN gagal menguasai majoriti 2/3 di Parlimen.
Parti-parti komponen BN sebagai peneraju pemerentahan yang menentukan halatuju utama negara perlulah menunjukkan kesepakatan dan kerukunan bersama dalam perjuangan mengukuhkan negara.UMNO sebagai tunjang utama perlu lebih tegas untuk menyatakan pendirian dan berjaya memimpin anggota komponen yang lain untuk menghidup dan merealisasikan matalamat perjuangan UMNO sendiri dalam matalamat penyatuan negara yang lebih bermakna.
Menerima UMNO bererti menerima Melayu.
Perjuangan UMNO untuk membela orang Melayu mestilah dihormati oleh pemimpin-pemimpin parti komponennya yang lain.Sebarang percanggahan dengan hasrat itu akan membawa perpecahan kepada pakatan BN itu sendiri.Kalau demikian apakah sudahnya nanti.
Alasan cetek yang dikemukakann oleh Andy Yong bahawa perlunya hak istimewa orang Melayu dipertimbangkan semula adalah kerana katanya orang Melayu sekarang diandaikan sudah mampu berdikari dan sudah mampu bersaing secara meritokrasi dalam semua bidang dengan kaum-kaum lain di negara ini.Pandangan ini tidak boleh diterima.Dasar merealisasikan penyertaan 30% 0rang Melayu dalam kegiatan ekonomi perniagaan sehingga saat ini masih gagal.Bagaimana boleh diterima Melayu sudah berdikari.
Menuduh Perkara 153 sebagai suatu ketidakadilan kepada kaum lain adalah keterlaluan.Ini adalah kerana hak istimewa orang Melayu tidak pernah menidakkan hak-hak bangsa lain yang juga mendapat keistimewaan mereka sendiri secara adil dan patut.
Keadilan akan menjadi benar-benar bermakna sekiranya sesuatu itu diletakkan pada tempatnya yang betul pada masa yang tepat dan untuk orang yang selayaknya.Memperkatakan atau mengungkit sesuatu yang diluar pada landasan sejarah negara akan membawa bencana kepada pemikiran bangsa dan bakal meruntuhkan negara.
Thursday, December 22, 2016
Friday, December 2, 2016
KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH : APAKAH SUDAHNYA.
Kelahiran anak luar nikah meningkat dari tahun ke tahun.Terdapat lebih kurang setengah juta anak luar nikah atau anak tak sah raraf yang telah didaftarkan dalam tempoh diantara tahun-tahun 2005-2015.
Perangkaan
Perangkaan ini menunjukkan dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini kelahiran anak tanpa bapa ini telah meningkat dengan kadar yang cepat.Ia menunjukkan satu perangkaan yang membawa bersamanya kebimbangan.Ia menggambarkan betapa sistem kekeluargaan di negara kita telah mulai runtuh dan kalau ianya tidak diambil langkah untuk membendungnya secara mencukupi ia akan menjadi gawat dan memusnahkan sistem agama dan masyarakat di negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan ini.
Di lihat kepada perangkaan yang dinyatakan di atas bolehlah disimpulkan bahawa hampir 4,445 anak luar nikah telah dilahirkan dalam tempoh tersebut.Adalah dipercayai bahawa angka tersebut masih akan terus tinggi apabila dilihat kepada gaya hidup masyarakat Malaysia kini yang menyaksikan pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa kahwin adalah menjadi cara hidup moden yang semakin dibudayakan.
Bersama-sama dengan kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan terdapat juga anak-anak luar nikah yang tidak berdaftar.Disamping itu terdapat pula ramai anak-anak haram yang digugurkan sebelum dilahirkan.
Dato' Seri Rohani Abdul Karim ,Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat sebagaimana yang dilaporkan oleh Harian Metro menyebut bahawa dalam tempoh 10 tahun yang sama itu terdapat pula 526 kes pembuangan bayi yang dilaporkan.
Punca Masalah.
Punca terjadinya masalah tersebut adalah pelbagai.Ada pehak yang berpendapat bahawa puncanya bermula dari menular dan membiaknya budaya hedonisma di Malaysia.Pengaruh sesat yang dibawa dari luar mengajar anak-anak Malaysia untuk menjadi maju kata mereka dengan memakai fikiran terbuka.Berfikir secara libral dan memilih kehidupan bebas yang enggan dikongkong oleh norma ugama,adat dan kebiasaan masyarakat.
Pergaulan bebas dianggap sebagai suatu kemodenan.Keterikatan kepada konkongan keluarga mulai dileraikan atas alasan untuk berdikari dan mencari identiti sendiri.Kebebasn individu dan hak-hak demokrasi peribadi diperjuangkan.Wanita melihat aspek emansipasi sebagi ruang untuk mereka mencipta diri dan imej baru.Perempuan mahu disamakan dengan lelaki dalam apa jua kaadaan dan cara.Ini adalah jelmaan pemikiran barat yangt berjaya masuk ke negara kita melalui sistem pendidikan sejak zaman penjajah.
Pengaruh dan perkembangan moden yang menghantarkan pelbagai hiburan yang bukan sahaja melalaikan tetapi telah mengheret anak-anak muda kita kepada kesesatan dari segi cara berfikir dan bertindak.
Sejak beberapa dekad yang lalu pengaruh kuning (yellow culture) yang diimport dari barat adalah terhad melalui bahan-bahan cetak dan filem.Sekarang dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan internet menjadi pintu tanpa daun yang terbuka luas setiap saat untuk menanti di akses dan dilayari.Segala macam mak nenek dapat dilihat tanpa sekatan tanpa batas.Ia gagal ditahan ia gagal dihalang.Sesiapa sahaja yang pandai menggunakan komputer ia akan terdedah kepada bahan-bahan yang merosakkan akal dan fikiran.Di situlah anak-anak muda kita yang tidak kuat pegangan akan terjebak dengan fikiran dan amalan negatif keluar dari norma masyarakatnya.
Ada kalangan masyarakat,terutama pemimpin-pemimpin agama yang memberikan pandangan dan cadangan supaya program hiburan kita dikawal atau ditapis.Garis peraturan yang ketat perlu disediakan supaya pengusha atau pengeluar filem mengeluarkan filem yang bermutu untuk mendidik masyarakat menjadi masyarakat yang berakhlak mulia.Tetapi selalunya dorongan untuk mencari kekayaan dan bukan yang lain daripada itu membuatkan filem-filem buatan dalam dan luar negeri yang ditayangkan padat dengan unsur-unsur bukan saja seks yang menjolok tetapi unsur-unsur keganasan lain yang turun mengajar dan mendidik secara negatif masyarakat kita terutama golongan mudanya.
Lambakan filem-filem percintaan terutama filem-filem Hindu setan
(Hindustan) secara halus telah mengajak penonton-penonton kecil dan penonton muda kita untuk meniru dan mencontohi apa yang ditonton mereka.
Lembaga Penapis Filem perlu bertindak lebih tegas.Sejauh mana ketegasan itu dapat dipertahankan sukar untuk ditentukan.Lagi pula filem yang terdapat dalam pasaran gelap adalah bertimbun-timbun.Anggota dari lembaga penapis mustahil dapat mengawal semuanya.Filem-filem dari media internet lagilah tidak dapat dikawal.Jadi apa sudahnya dengan Lembaga Penapis Filem yang diberikan tanggung jawab menapis.Apa yang hendak ditapis.
Peranan ibu bapa dan keluarga.
Ada pehak yang meletakkan tanggung jawab kepada keluarga untuk menyelesaikan kemelot berkenaan.Memang keluarga adalah asas kehidupan bagi setiap individu.Setiap manusia dilahirkan dari keluarga.Tetapi itulah halnya dengan begitu ramai pula anak-anak yang dikandung dan dilahirkan secara haram sekarang.
Walau apa pun dalam kaadaan normal memang anak yang dilahirkan secara sah mempunyai ibu dan bapanya.Secara fitrahnya anak yang dilahirkan itu dari sudut Islam dilihat seperti sehelai kain puteh yang suci bersih.Sesungguhnya ibu bapanyalah yang akan menentukan ia menjadi majusi atau nasrani.
Islam meletakkan tanggung jawab menentukan masa depan anak-anak itu kepada ibu bapanya.Islam menekankan tanggung jawab terutama bapa bagi menentukan anak dan isterinya dijaga dan dipelihara supaya terhindar mereka dari bakaran api neraka.
Proses penjagaan dan pendidikan dalam Islam menekankan kepada penggunaan amalan syariat sebagaimana yang ditetapkan Allah dan di bawa Rasulullah.Islam menekankan anak-anak mesti diajar dan disuruh supaya mendirikan solat sejak kecil.Mereka boleh mulai dipukul sekiranya pada umur 9,10 tahun masih enggan bersolat.Bukan sahaja dilatih supaya bersolat tetapi juga dilatih untuk berpuasa sejak kecil.Amalan-amalan kehidupan seperti adab,sopan santun dan tatacara pergaulan ditekankan kepada mengikut dan mematuhi syariat semuanya sebagaimana ajaran yang terdapat dalam Quran dan hadith Rasulullah.
Menjaga kesejahteraan keluarga dan institusinya menjadi sebahagian maqasid syariah yang terangku dalam "hifz an-nasb" (pemeliharaan keturunan).Hal ini digarap dengan sangat jelas oleh Ibn Ashur seorang tokoh maqasid yang terkenal.
Perlunya pendidikan keremajaan.
Masa remaja dalam kehidupan seorang manusia adalah waktu-waktu yang sangat mencabar.Mengisi masa remaja dengan panduan agama adalah sebaik-baik cara membawa manusia ke jalan yang sempurna.Panduan mengawal emosi,jasad dan kemahuan mengikut landasan landasan agama berpaksikan keimanan yang teguh dengan berlandaskan keyakinan setiap perbuatan membawa dosa dan pahala menjadi bekalan setiap manusia dalam membentuk kehidupan.
Prinsip berpegang teguh kepada ugama terutama Islam kepada setiap penganutnya menjadi benteng yang kukuh membawa manusia ke jalan yang diredhai Allah.Mereka yang taatkan Allah dan taatkan Rasulnya akan menjadi manusia yang selamat di dunia dan selamat di akhirat.Tanpa ketaatan kepada Allah manusia tidak akan taat kepada semua peraturan yang dicipta manusia untuk boleh membawa mereka kepada kebaikan.
Adalah meninggalkan tanda tanya , bagaimana sistem pendidikan kita gagal membina semua rakyatnya untuk menghindari perbuatan maksiat dan mungkar.Pelajaran pengetahuan Ugama Islam telah pun diajar kepada pelajar-pelajar kita sejak sekolah rendah.Tetapi bagaimana pendidikan itu gagal membentuk sahsiah pelajar kita.Nampaknya yang berjaya disampaikan adalah ilmu tetapi akhlak yang baik tidak terbentuk dengan ilmu itu.Sesuatu yang lebih dari setakat menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata perlu dilakukan.Praktik ilmu adalah sesuatu yang perlu dililhat terlaksana serentak dan bersama-sama.
Peranan pihak bertanggung jawab.
Kementerian Pembangunan Wanita , keluarga dan Masyarakat perlu mengadakan lebih banyak inisiatif mendidik terutama golongan remaja membina sahsiah diri melalui pendekatan ilmu,iman dan amal.Skuad-skuad pengawal sahsiah perlu dibentuk dan bekerja bersama dengan badan-badan ugama disemua peringkat persekutuan dan negeri dalam menangani gejala sosial muda mudi kita.
Pandangan umum hendaklah disepakati bahawa pergaulan bebas adalah punca segala maksiat yang terjadi sekarang.Pergaulan bebas harus ditegah dan dilarang.Pandangan jijik kepada pergaulan bebas hendaklah menjadi norma masyarakat kita.
Masyarakat perlu mendidik diri masing-masing untuk berakhlak baik. Setiap anggotanya perlu bertanggong jawab untuk berpekerti mulia sejajar dengan kesopanan dan kesusilaan yang terdapat dalam Rukun Negara juga.
Pengaruh syaitan memusnahkan.
Para remaja perlu perlu menghargai dan menjaga kehormatan mereka dengan menyayangi diri serta menghargai "izzah" mereka.Tanpa itu semua para remaja akan menjerumuskan diri ke lembah kehancuran dan kehinaan.
Hanya iman yang teguh akan mengelakkan manusia dari diperdayakan syaitan.Syaitan akan sentiasa memperdayakan manusia dengan menggambarkan keburukan sebagai kebaikan dan menarik manusia untuk melakukan maksiat kerana maksiat itu dilihat sedap dan menyeronokkan.Hanya keimanan dan ketakwaan,serta keyakinan kepada Allah sahaja akan menyelamatkan insan dari didampingi dan ditunggangi syaitan.
Monday, November 28, 2016
DEWAN RAKYAT MALAYSIA KINI : GAMBARAN KRISIS TANPA PENYELESAIAN
Tan Sri Datuk Sri Panglima Pandikar Amin Mulia bersama timbalannya Roland Kiandee selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia sekarang semakin menghadapi tekanan tugas yang semakin berat dari satu persidangan dewan rakyat ke satu sidang dewan yang lain.Di tangannya sentiasa ada buku panduan mesyuarat dewan.Dari lidahnya sering keluar perintah dan amaran supaya anggota dewan patuh kepada peraturan dan akta yang telah disediakan.Sering sangat beliau berdua menggesa supaya anggota dewan bertenang,bersabar dan bersopan santun ketika berucap dan berkata-kata.Amaran untuk menggunakan Akta 144 yang membawa kesan penggantungan kepada anggota dewan sebagaimana terdapat dalam buku peraturan mesyuarat sering didengari sewaktu memberi peringatan supaya anggota perlimen lebih bertanggung jawab sewaktu berucap dan bertindak di dewan rakyat yang mulia itu.
Sejak mengambil tugas pada 29 April 2008 sehingga sekarang,Pandikar Amin Mulia dalam tanggung jawabnya mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat adalah begitu mencabar.Kita yang menyaksikannya dari luar amat terasa bagaimana peritnya tugas itu dilaksanakan oleh beliau.Dalam banyak kaadaan,jelas nampak beliau adalah seorang yang penyabar dan tenang.Walau bagaimana pun dalam beberapa kaadaan terutama apabila diasak dan dicabar secara keterlaluan oleh ahli-ahli parlimen, kesabarannya kelihatan runtuh dan rebah.
Keputusan pilihanraya Umum ke-13.
Persidangan Dewan Rakyat kelihatan mulai benar-benar hangat selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 tahun 2013 yang lalu.PRU ke 13 adalah digambarkan sebagai suatu pilihanraya yang sangat sengit dalam sejarah pilihanraya Malaysia.
PRU ke 13 telah diadakan pada 5 Mei 2013.Pada awal pagi 6 Mei 2013 keputusan telah dibuat bahawa Barisan Nasional kekal berkuasa memerintah Malaysia dan berkuasa untuk membentuk kerajaan baru.Walaupun BN berjaya mengekalkan kuasa dan membentuk kerajaan baru tetapi BN dilanda kejutan besar.Sesetengah pihak menggambarkan keputusan ini adalah suatu tsunami kepada BN .Ini berikutan daripada kekalahan BN dibanyak kawasan parlimen yang sebelum PRU 13 dimiliki oleh mereka.Keputusan PRU 13 tidak menghasilkan sorakan besar kepada pemimpin UMNO yang mengetuai Kerajaan BN.Kalau pun hendak senyum sedikit adalah kerana kejayaan BN menawan kembali Kedah dari PAS.
Mereka (BN) banyak kehilangan kerusi ke tangan pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Rakyat di bawah tiga tunggak kepimpinan yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim (Keadilan) dan disertai oleh Haji Hadi Awang (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP).
Dengan kekuatan solidariti mereka ,Pakatan Rakyat telah berjaya memperolehi 89 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan pada PRU tersebut.Ini bermakna mereka menguasai 40% kerusi di parliman.BN memperolehi 133 kerusi dengan peratusan sebanyak 6o%.
Kedudukan ini menunjukkan bahawa untuk pertama kalinya BN gagal untuk mengekalkan majoriti 2/3 kerusinya di Dewan Rakyat.Ini suatu pengalaman yang perit untuk dikunyah apa lagi untuk dihadam oleh BN bagi tahun-tahun selepas keputusan tersebut.Andaian ini sesungguhnya terbukti.
Apa yang juga menjadi lebih perit kepada BN berikutan keputusan PRU ke 13 itu ialah bila dilihat dari sudut undi popular (popular vote) yang menunjukkan BN memperolehi 5,237,699 undi (47.38%) sedangkan Pakatan Rakyat mendapat undi melebihi dari itu iaitu sebanyak 5,623,984 ) undi (50.87%).Isu ini sering dibangkitkan oleh pihak pembangkang dalam menunjukkan bahawa dalam PRU 13 mereka sebenarnya pemenang.Dakwaan ini agak menakutkan dan menimbulkan kecut perut kerajaan yang memerentah.Itu dakwaan yan menjadi racun dan tidak ingin didengar.
Keputusan PRU ke 13 dan suasana parlimen.

Kegagalan menguasai kedudukan 2/3 majoriti di parlimen sudah
membayangkan nasib sebuah parlimen yang akan berdepan dengan situasi dan pengalaman
baru yang samasekali berbeza daripada pengalaman Dewan Rakyat tahun-tahun sebelumnya.Siapa pun yang diangkat
menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat akan tetap merasai perubahan situasi
di dewan rakyat.Kedatangan dan kewujudan Lapan puluh sembilan calon pembangkang
yang berada di dewan Rakyat adalah merupakan satu ancaman besar kepada wakil
parlimen kerajaan.
Dengan kaadaan itu sebarang cadangan kerajaan tidak akan mudah untuk diterima apa lagi untuk diluluskan.Sebarang Rang Undang-Undang tidak semudah masa lalu untuk dibentang dan dibahaskan yang kemudian dengan mudah diluluskan pula.Dewan akan menjadi hangat dan setiap perdebatan akan menimbulkan hingar bingar,cabar mencabar sehingga kadang-kadang tidak terkawal.Ada sesetengah anggota dewan yang sampai tergamak menggunakan kata-kata tidak senonoh,kesat dan bersikap biadap.Tindakan yang menggambarkan suatu perlakuan yang tidak layak untuk dilakukan oleh seorang wakil rakyat yang terhormat dan dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka di dewan yang mulia itu turut terserlah dan diketahui umum.
Keputusan kerajaan untuk untuk menyiarkan perbahasan parlimen secara langsung ada baik dan buruk nampaknya.Keburukanya jelas dan kebaikannya juga jelas.Rakyat sendiri boleh mengukur dan menilainya dengan bebas.
Kebimbangan ramai orang awam dan pemerhati politik tanah air kita bila melihat kepada keputusan PRU ke 13 sebagaimana yang dinayatakan itu pada akhirnya sedikit demi sedikit terbukti menjadi realiti.Kehangatan politik terasa di dalam dan di luar parlimen.Kepanasan di luar, dalam masyarakat di bawa ke dewan rakyat untuk dihangatkan lagi.

Apa yang ditelah dan diduga ramai itu sebenarnya hari ini ia
menjadi kenyataan.Dewan Rakyat kita selepas PRU 13 adalah sebuah Dewan Rakyat
yang kecoh.Ia seolah-olah tidak terkawal.Arahan,amaran dan permintaan Yang
Dipertua Dewan Rakyat selaku pengerusi setiap sidang dewan seolah-olah tidak
diendahkan oleh sesetengah wakil parlimen terutama dari kalangan pembangkang.
Media atas talian juga media cetak terutama surat khabar sentiasa saja melaporkan kekecohan yang berlaku di parlimen dengan berbagai tajuk.Diantaranya Youtube.com 3 November 2009 mengeluarkan video (KECOH) Perbahasan Ahli Parlimen Barisan Nasional VS Pakatan.Pada 9 April 2009 Youtube menunjukkan Parlimen Kecoh: Azmin Dihalau keluar Dewan.Pada 17 Jun 2014 pula Youtube : Parlimen Kecoh : Dua MP PKR diarah keluar Dewan Rakyat.
19 Oktober 2015 Youtube: Ahli Parlimen DAP Seremban iaitu Anthony Loke Siew Fook bikin dewan Rakyat Kecoh berikutan tindakannya menggersa supaya soalan yang dikemukakan yang ditujukan kepada PM supaya dijawab sendiri oleh Perdana Menteri kerana PM sendiri berada di dewan untuk menjawabnya.Perkara ini ditegur oleh YB Speaker dengan alasan bahawa tidak terdapat dalam Akta Parlimen bahawa PM atau menteri sendiri yang mesti menjawab satu-satu soalan berkaitan kementerian masing-masing.Maka boleh dan biasa terjadi Timbalan Menteri atau Setiausaha Politik sahaja yang menjawabnya bagi pehak menteri berkenaan.Anthony tidak berpuas hati dan berhujjah lebih panjang dengan tuntutannya.
Pada 26 Mac 2016 WWW. Kongsiaje.net/ menunjukkan video wakil parlimen DAP bandar Kuching YB Chong Chien Jen enggan berbahasa Melayu di Dewan Rakyat telah menimbulkan kekecohan besar di Dewan Rakyat.Wakil rakyat ini mempertahankan keputusannya untuk terus berucap dalam Bahasa Inggeris kerana sebagai wakil dari Serawak yang mengutamakan penggunaan bahasa tersebut di Dewan Undangan negerinya maka pula oleh kerana Dewan Rakyat juga katannya telah membenarkan penggunaan bahasa asing itu;maka ia terus bercakap dalam bahasa Inggreris.Speaker menjelaskan memang Bahasa Inggeris boleh digunakan tetapi dengan izin beliau.MP ini tidak berpuashati,terus membantah sehingga dewan menjadi sangat kecoh.
Dewan Rakyat tak habis-habis kecoh.
Banyak lagi contoh-contoh lain bagaimana Parlimen menjadi kecoh misalnya peristiwa pada 22 Oktober 2015 ,sehari sebelum Perdana Menteri membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat.Dalam tindakan itu Wakil Parlimen DAP dari Gelang Patah ,Johor iaitu Lim Kit Siang telah menuduh Pandikar Amin Mulia selaku YDP Dewan Rakyat bertindak sebagai dikatator.Hal ini terjadi berikutan daripada keputusan yang diambil speaker Dewan Rakyat itu untuk menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) berikutan daripada ketiadaan pengerusinya YB Nur Jazlan Muhamad yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri setelah tyerjadinya rombakan kabinet.Lim mahukan mesyuarat itu terus diadakan kerana kepentingannya untu dibuat dengan segera.Atas tindakannya itu maka Lim Kit Siang telah digantung dari menghadiri sidang dewan selama enam bulan.Anggota pembangkang membuat kecoh dengan membantah keputusan tersebut.
Dalam sessi persidangan parlimen yang terakhir tahun 2016 yang berjalan selama 6 minggu sejak 0ktober dan baru berakhir pada 26 November baru-baru ini Dewan Rakyat Malaysia semakin heboh dan seolah-olah tidak terkawal.
Pada 2 November 2016,Dewan Rakyat turut menjadi kecoh isu soal siasat polis terhadap beberapa ahli parlimen.Ahli parlimen pembangkang meminta polis menghormati kekebalan yang diberikan kepada setiap ahli parlimen untuk bercakap dengan bebas segala isu di dalam parlimen.Gesaan ini terjadi berikutan dari beberapa wakil parlimen terutama pembangkang yang membahaskan ucapan belanjawan dengan menyentuh hal-hal berkaitan dengan isu 1MDB yang dikatakan sebagai isu sensitif dan subjudis kerana isu tersebut telah dibawa oleh mahkamah oleh DOJ (Department of Justice)Amerika .Ahli parlimen pembangkang menyuarakan tentangan mereka terhadap keputusan speaker sehingga terjadi kekecohan.
Dewan menjadi kecoh pada 4 November 2016 apabila Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) membidas ahli-ahli parlimen dari pehak kerajaan dengan mengatakan mereka buta mata dan berhati mati kerana tidak melihat dan gagal memikirkan sesuatu apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.Guan Eng menyelar tindakan polis untuk menyiasat YB Husni Hanazlah bekas Timbalan Menteri Kewangan yang meletak jawatan serta berucap di parlimem menyentuh hal-hal sensitif 1MDB .Guan Eng menegaskan polis sepatutnya menangkap penjenayah bukan menyoal siasat Husni yang hanya menyoal beberapa soalan tentang 1MDB .Bagi Lim dengan berbuat demikian di dewan rakyat tidak menjadi suatu kesalahan kerana ianya adalah hak setiap ahli parlimen.
Kekecohan yang cukup panas.
Isnin 21 November 2016 menjadi hari yang menyakitkan hati terutama ahli-ahli parlimen pembangkang.Peristiwa berbangkit seawktu YB Mahfuz Omar PAS Pokok Sena mengemukakan soalan kepada Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman yang bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi kemudian telah melencong dengan mengeluarkan kata-kata menghina terhadap Theresa Kok wakil DAP Seputeh.Perkataan "Kok" yang digunakan oleh Tajuddin itu menjadi kata-kata provokasi dan penghinaan besar kepada seorang ahli parlimen terutama diucapkan di dalam parlimen.Dewan menjadi gamat dan kecoh apabila YB Khalid Samad (Amanah Shah Alam) kemudian mengatakan Tajuddin sebagai "Menteri sial".Tajuddin bangun dan meninggalkan kerusinya di dewan rakyat kerana marah dan hilang sabar.Soalan yang dikemukakan ditinggalkan tidak berjawab.
Anak YB Tajuddin menyerang Khalid Samad.
Krisis "kok" tidak berakhir di dewan rakyat rupanya.Ia membawa kepada keputusan YB Tajuddin untuk membawa kes itu ke mahkamah.Soalan yang dikemukakan oleh wartawan dijawab oleh beliau dalam nada kesal dan marah kerana katanya wartawan yang mengemukakan soalan kepadanya adalah penyokong pembangkang dan kerana itu kenyataan beliau selalu diputar belitkan.
Kaadaan menjadi lebih gamat dengan berita 25 November 2016 apabila Malaysiakini melaporkan pada 24 November 2016 terjadi hal menggemparkan di depan lobi bangunan Parlimen.YB Khalid Samad diserang di depan bangunan Parlimen sewaktu beliau keluar dari keretanya untuk menghadiri sidang parlimen pada hari tersebut.
Dengan kejadian ini pehak polis menggesa Firdaus Abdul Rahman anak YB Tajuddin serta beberapa yang lain supaya menyerah diri kepada mereka.YB tajuddin turut mengesahkan bahawa anaknya terlibat dalam kejadian serangan itu.Sehingga artikel ini ditulis perkembangan hal tersebut belum diketahui.
Respon Timbalan Menteri Dalam Negeri.
YB Datuk Nur Jazlan Muhamad selaku Timbalan Meneteri Dalam Negeri menggesa mereka yangbertanggung jawab mewajarkan serangan di luar Lobi Parlimen ke atas YB Khalid samad supaya mengambil tanggung jawab sepenuhnya.Datuk Nur Jazlan menyebutkan kejadian tersebut sebagai pencerobohan serius terhadap kawasan keselamatan.Kes ini mengikut beliau sampai boleh disiasat mengikut undang-undang keganasan.
Dalam satu kenyataan yang lain berikutnya Speaker dewan Rakyat kemudiannya mengumumkan bahawa kes ini tidak menyebabkan YB Tajuddin di bawa ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen untuk dibincangkan.Ia juga menimbulkan pelbagai reaksi yang tidak senang dikalangan banyak pehak terutama kalangan pembangkang.
Keselamatan ahli parlimen kita.
Adalah menjadi pertanyaan bagaimana kawasan larangan dan zon keselamatan seperti kawasan parlimen boleh diceroboh masuk oleh mereka yang ingin membuat angkara.Apa yang berlaku kepada sistem kawalan parlimen dan pasukan pengawalnya yang hatta diberi kuasa untuk "menembak" kepada sesiapa yang menceroboh.Bagaimana kejadian serangan itu boleh berlaku sukar untuk dijawab.Bagaimana kalau pengganas masuk?.Ini sangat menakutkan.
Kejadian yang hampir serupa terjadi dalam tahun 2009 apabila ahli Parlimen Bukit Gelugor diserang di depan bangunan parlimen.Sepatutnya kejadian yang sama tidak mungkin berulang sekiranya SOP kawalan keselamatan parlimen diatur dengan begitu rapi selepas kejadian tersebut.Bila ia berulanglagi dalam tahun 2016 ,maka siri-siri seumpamanya yang lebih teruk dan menggemparkan mungkin akan berulang sekiranya persiapan yang serupa dikekalkan dalam mengawal keselamatan parlimen.
Cabaran nampaknya bukan sahaja kepada anggota parlimen tetapi juga kepada Speaker Dewan Rakyat sendiri yang sudah mulai dituduh sebagai berat sebelah dengan terlalu berpihak kepada kerajaan yang memerentah dalam membuat dan memberikan keputusannya di Dewan Rakyat.Tuduhan bahawa Pandikar bersikap pilih kasih dan pro kerajaan menjadi patanda yang kurang baik dalam menentukan suasana Dewan Rakyat kita pada masa akan datang.
Apakah tidak mungkin kalau sistem kawalan keselamatan tidak diperketatkan serangan juga akan turut berlaku kepada speaker samada datangnya dari penyerang luar atau "penyerang dalam" Dewan rakyat sendiri yang sangat marah dan tidak dapat mengawal emosi.Diharap ini tidak akan berlaku.Tetapi siapa boleh menjaminnya kalau sesuatu tidak dibuat dari sekarang.
Harapan
Berapa lama lagi kekecohan akan berterusan dalam persidangan Dewan Rakyat kita.Soalan ini sukar di jawab kerana pelbagai isu negara semakin menjalar berakar dan menjadi rimbun yang membesar.
Perdebatan dan perbalahan di Dewan Rakyat bukan sahaja diantara Melayu-Cina,Melayu- India tetapi juga antara Melayu-Melayu dari fahaman dan kelompok politik yang berbeza.Mereka yang mendokong fahaman dan perjuangan yang berbeza akan sukar untuk bertemu pada titik kesefahaman bersama.Ini menjadi punca krisis.Sesuatu yang bermula kecil kemudian menjadi besar kerana sesuatu tidak diselesaikan dalam semangat perpaduan dan setiakawan.
Sejauh mana Speaker Dewan Rakyat dan Timbalannya berupaya untuk kekal bersabar, bertenang dan sanggup terus bertahan dalam menjalankan tugasnya yang sentiasa ditekan dan dicabar itu sukar juga untuk dijawab.
Kalau dilihat kepada senario Dewan Rakyat sekarang.Kalau didasari kepada segala macam isu dan titik bengit yang hari ini gagal diselesaikan dalam korum Dewan Rakyat.Didasari kepada rasa sakit hati dan dendam mendendam antara seorang anggota parlimen dengan anggota parlimen yang lain ,maka tidak mustahil dewan rakyat musim akan datang menjadi berapi dan berasap.
Kita sebagai rakyat yang mengharapkan nasib kita dibela,benar-benar dibela di Dewan Rakyat yang mulia itu.Kita berharap di situ akan keluar sesuatu keputusan yang menyebelahi rakyat terbanyak.Kita mengharapkan pihak kerajaan dan pehak pembangkang akan bersatu fikiran untuk membela kepentingan rakyat yang semakin tertekan dan gelisah akhir-akhir ini.
Sekiranya suasana parlimen menampakkan kegawatan dan kecelaruan yang semakin berat dan membebankan bagaimanakah rakyat boleh meletakkan harapan dan kepercayaan mereka.
Pilihanraya Umum ke 14 tentunya akan menjadi sangat sengit dan mencabar.Semua suasana di dalam dan di luar dewan rakyat akan dirumuskan oleh semua pengundi Malaysia untuk menentukan siapakah bakal mewarisi sebuah kerajaan bernama Malaysia untuk suatu tempoh yang akan datang.
Kita berharap rakyat yang semakin matang dalam politik Malaysia yang matang akan memilih pemimpin yang juga bukan sahaja matang tetapi beriman,bersopan dan berintegriti untuk mewakili mereka sebagai pejuang rakyat di DewanRakyat.

Sunday, November 20, 2016
PERKEMBANGAN DAN PEMIKIRAN BARU MALAYSIA: SEJARAH SEPINTAS LALU
LAIN ulu lain parang,lain dulu lain sekarang.Itu kata Pepatah Melayu bagi menggambarkan perbedaan suasana kerana perubahan zaman dan waktu.Memang masa sering bertukar.Masa tidak pernah merasa penat untuk berubah.Yang penat dan sakit menerima perubahan adalah manusia.Kebanyakan manusia takutkan perubahan kerana perubahan itu boleh membawa kerugian.Ada pula manusia sukakan perubahan kerana perubahan banyak membawa perkara baru.Sesuatu yang baru itu tentu berbeza dengan yang lama.Sesuatu yang baru selalu dipandang sebagai lebih baik dari yang lalu.Kerana yang demikian kebanyakan masyarakat yang membangun meniru dan menggerakkan "renaissance" untuk negara masing-masing.Pemimpin yang cekap dan bertanggung jawab menggerakkan negara masing-masing dengan mengadakan pembangunan yang berguna dan berfaedah untuk kemajuan rakyatnya.Mereka mencipta pelbagai nama dan slogan untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat terhadap langkah dan dasar baru mereka.Itu adalah stail masing-masing mengikut minat masing-masing.Ada yang dinama dan menamakannya dengan "industrial revolution".Ada yang menamakannya dengan "transformasi".Ada pula yang lebih radikal menamakannya "reformasi". Semua jenama ini, ia juga menjadi sebuah slogan bagi seseorang pemimpin untuk memajukan negara masing bergerak ke depan setapak atau dua tapak untuk lebih maju dan lebih progressif.
Pertanian kepada industri.
Pada suatu ketika dulu Tun Dr Mahathir sewaktu meneraju kepimpinan Malaysia sebagai Perdana Menteri telah berjaya dengan "Wawasan 2020" yang membawa slogan "Malaysia Boleh".Kepimpinannya bertahan selama 22 tahun dengan Malaysia mencapai banyak perubahan keluar dari kotak pertanian tradisional memasuki gerbang industri.Pemikiran kreatif secara "Out of the box" ini berjaya mewujudkan kilang kereta Proton dalam tahun 1982 adalah bukti keupayaan dan perubahan yang dikatakan ini.
Seperti juga halnya Eropah yang telah dirombak oleh ledakan kemajuan industri telah menukarkan bukan sahaja sistem ekonominya,tetapi juga sosial dan budaya mereka.England sebagai negara pemula dalam ledakan industri ini telah mulai menghasilkan enjin wap keretapi yang berjaya mengubah sistem pengangkutan dari menggunakan tenaga binatang kepada menggunakan tenaga enjin.James Watt menjadi engineer yang mencetuskan kemajuan ini.Kemajuan ini menular kepada kemajuan lain dengan perubahan masa dan oleh desakan keperluan.Demikianlah kemudian kapal dengan enjin wap juga dicipta.Kemajuan ini rupanya merentas sempadan England apabila manusia mulai belajar meniru burung untuk terbang dan akhirnya dua bersaudara Orville &Wilbur Wright mencipta kapal terbang.Timbul pula di bumi Jerman apabila Guttenberg mencipta mesin cetak.Telekomunikasi manusia menjadi lebih mudah dan cepat dengan Graham Bell mencipta telefon dan wireless dengan Marconi kemudiannya menemui daya gelombang untuk mencipta radio.
Ledakan ciptaan jentera dan enjin ini merebak kepada penciptaan alat tenun bagi menggantikan tenunan tangan yang dilaksana secara "cottage" di rumah-rumah orang Inggeris pada masa itu.
Penciptaan alat dan jentera kemudian menghasilkan kilang-kilang yang menggunakan tenaga buruh untuk bekerja di dalam pelbagai perushaan yang wujud.Bandar telah wujud bersama wujudnya penempatan bandar dengan segala masalah sosialnya yang timbul serentak dengan itu.
Perindustrian dan penjajahan.
Demikianlah beberapa episod perubahan negara yang jauh daripada bumi kita telah berjaya mengubah seluruh cara dan gaya kehidupan kepada yang sama sekali baru.Yang lama ditinggalkan dengan penuh kenangan kemudian menjadi nostalgia bangsa.Perubahan yang terjadi itu memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada negera di mana perubahan itu mula berlaku sahaja, tetapi rupa-rupanya dengan perubahan itu ia meledakkan pelbagai perubahan lain rangkai berangkai yang juga merebak melintasi sempadan negara dengan dibawa menyeberang ke negara lain.Ini terjadi melalui berbagai cara.
Penjajahan membuka jalan dan pemikiran baru.
Perindustrian barat dengan penciptaan mesin dan kilang memerlukan bahan -bahan mentah pelbagai nama seperti bijih timah,besi,tembaga,arang batu,getah,kayu dan pelbagai barang lain yang tidak terdapat di negara-negara Eropah.Ini juga termasuk rempah.Dengan yang demikian penciptaan kapal laut memungkinkan mereka merentasi laut dalam yang jauh untuk sampai ke negara asing bagi mencari dan mendapatkan barang-barang tersebut.Eksplorasi dan perdagangan kemudian berjalan seiring atas desakan revolusi perushaan.Demikian pula penjajahan menurut tuntutan dan desakan perdagangan.
Francis Drake dan Ferdinand Magellan adalah diantara mereka orang-orang Eropah yang mulai meneroka perjalanan jauh merentas samudera untuk menjenguk negara asing melihat dan mencari peluang kehidupan baru.Penemuan ahli geografis Islam dan barat bahawa bumi ini bulat dan bukan terhampar serta penciptaan peta daerah,rantau,benua dan dunia baru kemudiannya mencabar lebih jauh manusia Eropah yang sudah celik akal dan terbuka mata untuk meneruskan penerokaan mereka.
Demikianlah pemodenan barat masuk ke bumi negara kita melalui penjajahan.Penjajahan barat dengan segala cara dan bentuknya mengetuk masuk ke jasad bangsa kita dengan membawa dan meninggalkan pelbagai kesan buruk baik yang sukar dihitung.Mudah disebut akan kesannya ialah bahawa rupa bentuk asal bangsa kita yang penuh ciri sopan santun Melayu-Islam telah berubah rupa dan warnanya setelah pendidikan British berjaya menggantikan peranan sekolah dan madrasah pondok yang pengajaran dan ilmunya berteraskan Islam. Anak-anak gadis Melayu mulai belajar meinggalkan ruang dapur dan tirai pemisah di rumah masing untuk tampil berjalan dikhalayak ramai atas nama "emansipasi". Kalau dulu mereka banyak disekat oleh sistem,adat dan aturan syariat sehingga bergelar "gadis pingitan" tetapi pemikiran gaya Inggeris telah berjaya melunturkan nilai islam dalam pandangan masyarakat Melayu ketika penjajahan itu terutama kaum mudanya yang baru terdedah dan termakan budaya barat itu.Ciri pergaulan bebas mulai disemai melalui sistem pendidikan dan kehidupan seharian.Gaya hidup Inggeris mulai menjadi gaya hidup yang pada mulanya hanya menguasai golongan pentadbir yang dilantik British membantu pentadbiran mereka mulai berkembang keluar kota menusuk ke daerah lebih luas ke desa.Pendidikan Inggeris telah berjaya menyemai bibit-bibit pergaulan bebas dan menyamaratakan taraf lelaki dan perempuan.Maka perempuan Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris tidak kekok lagi memakai skirt untuk menghadiri kelas sekolah dengan lelakinya memakai seluar pendek.Semakin jauh dan dalam pendidikan barat menguasai akal dan minda Melayu Islam maka semakin jauh mereka lari dari budaya asal mereka yang berteraskan Melayu- Islam itu.Maka pelbagai perubahan dan keperluan baru tumbuh dalam kehidupan baru itu.Maka kalau dahulunya zina itu dikecam dan dihina ia mulai kendur dan sedikit demi sedikit dibiarkan.Inilah yang menjadi asas kepada berleluasanya zina dan kejadian pembuangan anak-anak haram sekarang ini dalam masyarakat Islam kita.
Penjajahan dan kemajuan ekonomi.
Penjajahan barat di Tanah Melayu telah berjaya memperluas dan memajukan ekonomi Tanah ini.Itu tidak dinafikan.Tetapi semua kemajuan itu adalah dirangka dan dijayakan dalam kerangka faedah dan keuntungan untuk mereka semata-mata.Kemajuan yang diterima oleh bumi dan rakyat Tanah Melayu adalah hanya tempias dari sisa-sisa hasil mahsul negara yang ditinggalkan British.Kekayaan bijih timah dan getah seluruhnya di bawa pulang ke England untuk dijadikan bahan mentah bagi kilang dan perusahaan yang rancak berkembang di sana terutama menjelang kurun ke 20.Kekayaan hasil bumi tidak dapat dinikmati oleh orang kita tetapi menjadi pelampong membangunkan England dengan segala kemajuan hasil dari kekayaan tanah jajahannya.
Abad baru ini merancakkan penjajahan serta merancakkan pula eksploitasi ekonomi ke atas tanah jajahan.Ini bukan sahaja dilakukan British di Tanah Melayu tetapi oleh Belanda di Indonesia sejak lebih awal dari itu.Ia juga telah dilakukan oleh Perancis di Indo China,Sepanyol di Filifina serta juga yang sama British di India dan Burma.Bumi jajahan ini di korek dan di gerudi semahu mereka untuk mengaut dan mendapatkan sebanyak hasil yang ada untuk diangkut dan dibawa pulang ke negara asal masing-masing.Tangan-tangan kapitalis barat iaitu satu golongan baru yang muncul bersama dengan munculnya perkembangan perindustrian bersedia menadah tangan di pintu masuk negara England menunggu kedatangan segala bahan mentah dari tanah jajahan untuk mengisi mulut dan perut kilang-kilang mereka sebelum hasil keluarannya di dagangkan ke negara jajahan bagi mendapat hasil yang lumayan.Orang-orang tanah jajahan merasa begitu terikat dengan semua barang yang mempunyai tanda "Made in Britain".Ini trend pemikiran yang berjaya dipahat oleh penjajah dalam minda penduduk Tanah Melayu hatta sehingga sekarang pun!
Buruh asing dan pembentukan masyarakat Plural.
Eksploitasi hasil bumi Tanah Melayu dengan timah,getah,emas dan besi terutamanya memerlukan tenaga buruh yang semakin meningkat tahun demi tahun.Pembukaan ladang-ladang pertanian lain seperi kopi,gambir,lada hitam dan koko misalnya semuanya dilaksanakan oleh kaum penjajah dengan memerlukan "hamba abdi" sebagai buruh pekerja yang gagal diisi oleh orang-orang Melayu tempatan.Sebagai penduduk asal bumi ini orang Melayu kebanyakannya masih terikat dengan gaya "secukup hidup".Mereka berada dalam zon selisa dengan tidak mendapat galakan,dorongan dari British sebagai kerajaan pada masa itu.Barangkali semua itu sedia dirancang oleh British supaya Melayu kekal lena tidur dalam kelambu masing-masing dengan memeluk bantal busuk sejak sekian lama.
Buruh dari Benua China dan India di bawa masuk ke negara ini yang pada mulanya sedikit bilangannya kemudian bilangannya bertambah besar dengan bertambah kembangnya pelbagi perusahaan libatan Inggeris di negara ini.Kedatangan buruh-buruh asing dari India dan China ini memberikan warna dan rupa bentuk baru kepada bumi milik Melayu ini.Implikasi dan kesannya menjadi sangat signifikan dan sangat besar pengertian dan maknanya terutana dalam membentuk, mencorakkan dan menentukan rupa Malaya Merdeka.
Kedatangan buruh-buruh asing tanpa sebarang sekatan yang dilakukan secara sah dan tidak sah terjadi secara berleluasa.Dalam tempoh singkat negeri-negeri yang telah dimajukan Inggeris terutama di pantai barat mengalami pertambahan penduduk yang pesat.Sebahagian besarnya kerana kaum pendatang ini.Di sinilah bermulanya wujudnya masyarakat majemuk di Tanah Melayu.
Dasar "Divide and Rule" dan perpaduan.
British tidak bertujuan untuk menyatukan semua kaum yang ada di negara ini."Dasar Divide and Rule"(Pecah dan Perintah) dijadikan senjata untuk tidak menjadikan tiga bangsa terbesar antara penduduk asal dengan penduduk baru bersatu dan berpadu.Sementara bangsa Melayu menghuni kampong dan pesisiran pantai hanya menjadi petani dan nelayan,maka penempatan India tentunya di estet atau ladang-ladang getah yang bertuankan Mat Saleh dari England.Demikian pula orang-orang China dengan penempatan mereka di sekeliling kawasan lombong-lombong terutama timah utamanya di negeri pantai barat Tanah melayu.Demikianlah pusat lombong di Kuala Lumpur,Larut dan Ipoh di Perak segera kemudiannya menjadi pusat pertumbuhan pekan yang kemudian membesar menjadi bandar.Tempat ini dimonopoli oleh kaum Cina dengan menjalankan kegiatan perdagangan yang pelbagai selepas itu.Kebanyakan kemahiran berniaga dan bertukang dikalangan pendatang cina itu diwarisi dan di bawa dari negeri asal mereka.
Perbezaan budaya diantara ketiga-tiga bangsa ditambah pula dengan pemisahan lokasi dan persekitaran sosial tempat tinggal yang berbeza diantara bangsa Melayu,China dan India itu menjadikan tiga itu gagal menjadi satu hingga ke saat ini.Sistem persekolahan sebelum merdeka di mana setiap bangsa bebas mendidik bangsa mereka dengan sistem pendidikan dari negara asal masing-masing menjadikan pemisahan dan perbezaan bukan sahaja luas tetapi dalam.
Rupanya dasar Pecah dan Perintah British telah benar-benar berjaya memecah belahkan tiga kaum di negara ini kerana setiap satunya berbeza dalam segala perkara dari hujung rambut sampai hujung kaki.Dengan itu secara jelas British berhasrat untuk kekal memerintah Tanah Melayu hingga ke akhir dunia.Dengan perpecahan rakyat dan penduduk ianya menjadi penjajah semakin kuat.
Kemerdekaan dan penyatuan cita bangsa.
Kesedaran telah timbul untuk mencari kebebasan jiwa dan raga.Negeri dan negara yang asalnya bebas merdeka sebelum dijajah dan dijarah oleh bangsa Eropah adalah bertuankan Raja atau Sultan yang beradat dan berdaulat.Sistem yang diasaskan oleh kesultanan Melayu Melaka yang asal usulnya warisan Sumatera telah menjadi teras pemerentahan dan pentadbiran negeri-negeri Melayu sebelum merdeka.Negeri-negeri dari Perlis sampai Johor telah mempunyai sultan / Raja pemerentah masing-masing.
Kedatangan British dengan sistem Residen dan Penasehatnya telah bukan saja merombak tetapi meruntuhkan sistem beraja yang bertapak berkurun lama.Konsep Raja berkuasa mutlak telah dihapuskan.Kuasa raja dan Sultan,di zaman British mulai terhad kepada hal ehwal ugama sahaja.Sayangnya kuasa yang serupa dikekal dan dipelihara untuk di serah kepada raja-raja Melayu hatta selepas merdeka.British telah berjaya mengurangkan kuasa Melayu di tanah airnya sendiri secara tidak disedari melalui apa cara yang telah lama dirancang oleh mereka.Dan mereka berjaya menjadikan orang Melayu sendiri tidak selisa dengan kuasa yang ada pada tangan raja yang seagama dan sebangsa dengan mereka sendiri pula.Ini satu daripada antara kejayaan British yang terbesar di Tanah Melayu.Kesannya amat terasa sehingga sekarang dan sampai bila-bila.Kehilangan kuasa itu adalah untuk selamanya.
Kehangatan api kemerdekaan.
Di bawah pemerentahan Inggeris negara dan rakyat telah cuba di Inggeriskan sebanyak-banyaknya.Pendidikan Inggeris adalah sangat berkesan dalam mengubah dan mencorakkan pemikiran penduduk.Stail barat mulai diguna pakai dalam kehidupan sehari-hari.Orang Melayu mulai belajar makan nasi dengan sudu dan garfu sebagi contohnya.Kain pelikat dan sarung sudah diganti oleh seluar dan gaun.Pakaian yang menutup aurat sudah tidak selisa dan tidak cucuk lagi untuk terus dipakai.
Menyebut dan membandingkan nilai dan budaya baru dengan yang lama bukan sekadar untuk perbandingan antara yang baru dan lama tetapi untuk menyatakan betapa nilai lama yang lebih baik telah dibuang kerana taksub kepada nilai baru yang sebenarnya bukan sahaja tidak cucuk tetapi mengundang banyak nilai negatif dalam kontek Melayu dan Islam.Semuanya ini menimbulkan suasana dan peranan baru kepada setiap penduduk Tanah Melayu.
Mereka yang sudah diwarnai oleh pelbagai aliran pendidikan meskipun berbeza namun sudah mulai memikirkan makna keadilan dan kebebasan hidup.Mereka mulai berfikir untuk menjadi tuan bukan lagi menjadi abdi suruhan.Mereka mahu mengarah dan tidak mahu lagi diarah.Semangat Nasionalisma mulai membara di bumi yang lama dipenjara ini.Pemimpin-pemimpin kaum dari pelbagai latar belakang pendidikan mulai berbisik tentang harga diri dan nasib negara bangsa pada mesa depan.Mereka setiap satunya merasa penting untuk bersatu dan bersama dalam satu pasukan untuk mencari dan berpakat dalam menyebut dan menuntut kemerdekaan.Pada peringkat awalnya sebarang suara dari apa bangsa pun di negara-negara mana yang dijajah sekali pun takut untuk menyebut apa lagi menuntut kemerdekaan.Setiap satunya akan dihukum,disiksa atau di humban ke penjara.
Dalam kesempatan masing-masing pemimpin-pemimpin semua kaum di Tanah Melayu telah menyatukan kaum masing.Mereka yang berpendidikan ugama menubuhkan pertubuhan yang bercorak keagamaan.Demikian pula mereka yang berpendidikan barat menubuh,menamakan serta menetapkan mtalamat pertubuhan masing-masing dalam bentuk kebaratannya.Demikian pula yang lainnya.Tetapi semuanya bermatalamat yang sama:Untuk menyatukan dan memperjuangkan kepentingan bangsa,agama dan negara.
Tidak dapat tidak pada peringkat awal itu semangat kebangsaan rakyat adalah sangat bersifat sederhana dan kebanyakan persatuan di tubuhkan untuk menjaga kepentingan perniagaan serta mengukuhkan nilai budaya kumpulan masing-masing sahaja.Ketakutan kepada tindakan kasar penjajah menjadikan perjuangan politik hampir tidak kelihatan pada mulanya.Untuk menyebut kemerdekaan pun takut.
Tanah Melayu merdeka dan penyatuan bangsa-bangsa.
Pengisian Malaya Merdeka bukan semata-mata menjadi pengalaman yang seronok tetapi dalam sesetengah kaadaan perit serta menyakitkan.Masalah utama Malaya Merdeka umpamannya ialah "Pluralisma"(Kemajmukan).Jangan tidak sedar bahawa masyarakat berbilang kaum yang dicipta dan ditinggalkan British bukan menjadi legasi tetapi liabiliti kepada sebuah negara baru merdeka. Masyarakat Majemuk yang gagal diurus oleh sebuah negara terutama yang baru merdeka akan menjadi menjadi bom yang bakal menghancurkan.
Ia agak keterlaluan untuk dibimbangi kepada pluralisma sampai ke tahap itu.Tetapi itulah kenyataan yang mesti diharungi,diterima dan disesuaikan untuk penerusan sebuahTanah Melayu merdeka . Sangat perlu diingat bahawa British mensyaratkan penyatuan kaum terlebih dahulu sebelum tuntutan kemerdekaan boleh ditunaikan mereka.Adalah menjadi satu ironi bahawa selama British memerintah negara ini mereka dengan pecah dan perintahnya menjadikan penduduk negara ini berpecah belah.Memang itu rancangan mereka.Anehnya bila kemerdekaan dituntut syarat yang sukar itu diletakkan.Memang kerajaan British merancang untuk kalau boleh selamanya menjajah negara ini.
Makanya tanpa penyatuan tiga bangsa penduduk; Cina,India dan Melayu kemerdekaan itu mustahil boleh dicapai dan tanpa perpaduan mustahil pula kemerdekaan itu dapat bertahan lama.
YTM Tengku Abdul Rahman mengatur langkah bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Cina dan India untuk mengujudkan gabungan kerjasama hingga membentuk PERIKATAN.Sejauh mana Perikatan itu mengikat kuat ahli-ahlinya masih perlu dipersoalkan .Tetapi melalui usha itu nampaknya perpaduan antara kaum telah berjaya di bentuk .
Kemerdekan perlu diisi dengan kemajuan.Kemajuan bukan hanya kebendaan tetapi moral dan "perpaduan" itu yang terpenting. Usaha membina bangunan,jalanraya.jambatan.mesjid,kuil,pekan dan bandar semuanya mudah dilakukan tetapi membina penyatuan amatlah sulit,perit serta menyakitkan.
Menyatukan kaum Melayu sesama mereka pun kelihatan semakin sukar terutama era selepas merdeka.Sebelum merdeka dan hampir lebih setengah abad selepas Merdeka orang Melayu kelihatan patuh dan setia di bawah dua parti yang berbeza.Satu payung hijau Parti PAS (Parti Islam se Malaysia) .Satu lagi payung biru UMNO (United Malays National Organisation).Melayu yang pro dengan perjuangan Islam berteduh dibawah payung PAS sementara yang satu lagi berteduh di bawah payung UMNO.
Perjuangan kedua-dua parti ini berbeda dan kerana itu penyatuan Melayu dalam erti kata yang sebenarnya tidak wujud.Kaadaan perpaduan Melayu menjadi lebih terancam menjelang kurun ke -21.Ini ditandai oleh Kemunculan Parti Keadilan beberapa tahun sebelum itu. .Pada masa rencana ini dituliskan orang Melayu semakin berpecah apabila PAS sendiri kemudiannya berpecah dengan wujudnya parti AMANAH .Dari serpihan UMNO pula bukan sahaja Parti KEADILAN yang wujud 1998 tetapi muncul pula Parti Amanah Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam tahun 2016.Semuanya ini menunjukkan bahawa Melayu sudah berantakan dan berpecah belah.
Perubahan baru,pemodenan dan gaya pemikiran terbuka.
Pendidikan Inggeris di Tanah Melayu waktu itu terutama sebelum merdeka telah melahirkan dua golongan masyarakat Melayu.Satu golongan adalah terdiri dari mereka yang berpendidikan Inggeris dengan mengambil dan cukup selesa meniru cara hidup barat.Satu kalangan lagi yang bertahan dengan pendidikan berteraskan Islam di madrasah dan pondok-pondok berusha mengekalkan cara hidup Islam.Bilangan mereka semakin berkurang dengan bertambahnya perhatian masyarakat kepada pendidkan barat.Pengajian pondok tidak mendapat perhatian kerajaan penjajah dan kalau boleh mahu dihapuskan.Ia terus dihidup dan digerakkan hanya dengan semangat dan kekuatan jihad para ulamak dan Tok-Tok Guru yang kebanyakannya mendapat ilmu samada dari negara-negara Arab Timur Tengah atau negara serantau Pattani atau Indonesia.Mereka yang menuntut ilmu dari Mekah , Madinah dan kemudiannya dari Al Azhar Mesir menjadi guru-guru ternama di seluruh sekolah pondok dan madrasah di seluruh negara.Kebanyakan mereka mengajar dan memberikan ilmunya tanpa upah atau gaji.Kalau pun ada itu adalah ihsan dari para ibubapa.Itu pun datangnya pada masa-masa lebih lewat terutama selepas merdeka.
Walau apa pun status pengajian Islam melalui sistem pondok dan madrasahnya, meskipun terpisah dari aliran perdana namun ia kekal bertahan.Pengajian sekolah kerajaan dengan kurikulum barat melalui abjad ABC dan angka 123 kemudiannya dikenali sebagai pengajian sekular berjaya mengambil tempat mengisi peranan sekolah-sekolah bercorak ugama yang mengenal huruf Alif Ba Ta serta tulisan Arab dan Jawi.
Pergerakan dan persaingan ini terjadi dengan begitu sengit terutama selepas merdeka kerana beberapa dekad sebelum merdeka pun penjajah Inggeris telah menanamkan asas pendidikan barat yang kukuh di bumi Tanah Melayu ini.Penang Free School telah didirikan tahun 1918 di Pulau Pinang yang kemudiannya diikuti oleh sekolah-sekolah lain selepas itu satu demi satu.Tidak ada satu pun sekolah agama yang didirikan oleh kerajaan Inggeris apa lagi untuk dibiayai mereka pada zaman pentadbirannya.Ini jelas membayangkan betapa corak pentabdiran British berusaha mengikis nilai dan pengaruh Islam dari kalangan penduduknya.
Langkah meng"inggeris"kan penduduk Tanah Melayu dilakukan secara sistematik melalui pendidikan.Anak-anak Melayu yang di didik pula bukanlah untuk memberikan mereka pendidikan tinggi dan menjadi ketua pejabat tetapi untuk setingginya menjadi kerani atau penjaga pejabat.Itu sahaja.Sementara yang lain hanya diharapkan untuk menjadi petani yang tahu tulis baca.Itulah penjajahan.
Walau apapun dari perspektif politik,wujudnya dua jenis pendidikan ini kyususnya dikalangan orang Melayu telah menghasilkan dua kelompok pelajar yang kemudiannya menghasilkan dua jenis pemimpin yang menyemarakkan api kemerdekaan dan mengisi kerusi kepimpinan selepas merdeka.Pemimpin berpendidikan ugama menggerakkan politik atas landasan ugama sementara satu pehak lagi atas dasar nasionalisma sekular.
Dua kumpulan Melayu yang tidak sehaluan ini menemui jalan buntu sepanjang perjalanan mereka dari dulu hingga sekarang dalam politik Malaysia moden.
Penyatuan kekal mungkin sukar berlaku selagi matalamat dan asas perjuangan tidak serupa.PAS dan UMNO pernah bersatu dalam Barisan Nasional tetapi akhirnya pecah kerana perbedaan yang telah diketahui.
Kemerdekaan dan pengisiannya.
Pasca kemerdekaan diisi oleh watak-watak pemimpin terdiri dari gabungan Melayu,Cina dan India melalui persetujuan bersama yang telah disepakati.Kesepakatan yang disetujui bersama yang dikenali sebagai "Social contract" (Kontrak sosial) itu rupanya tidak selamanya kukuh untuk menjamin ianya tidak diganggu gugat oleh setiap penduduk terutama selepas berpuluh tahun kemerdekaan itu dikecapi.
Generasi baru yang hidup dan membesar di bawah kolong langit negara merdeka terutama kaum India dan Cina yang lahir selepas merdeka ,mereka yang samada tidak belajar sejarah tanah air ini ,tidak kenal sejarah negaranya dan tidak faham apa itu kontrak sosial dan apa itu Hak-hak Istimewa Orang Melayu.Mereka kebanyakannya pula gagal menguasai Bahasa Melayu walaupun tahu itulah Bahasa Kebangsaan setiap rakyat negara merdeka ini.Mereka inilah kemudianya yang membangkitkan pelbagai perkara sehingga menyentuh sensitiviti kaum Melayu yang sepatutnya terus dilayan sebagai pemilik asal Tanah Melayu yang merdeka ini.
Perubahan masa banyak mengubah fikiran dan tertutupnya persetujuan silam yang telah dibuat datuk nenek moyang kita sewaktu mereka dipaksa dan disyaratkan untuk bersatu oleh British sebelum diberikan taraf kemerdekaan.Menyoal kembali apa yang disetujui dulu itu telah menjadi bibit perpecahan baru dikalangan penduduk Malaysia berbilang bangsa ini. Orang Melayu merasa kedudukan mereka tergugat atau tercabar dengan beberapa tuntutan baru dari kaum cina dan India yang tidak sepatutnya diperjuangkan lagi oleh mereka kerana telah disepakati dalam kontrak sosial dulu .Keselamatan Malaysia kini akan ditentukan oleh sejauh mana kontrak sosial boleh terus dipelihara dan dikekalkan oleh semua penduduk negara ini.
Penjajahan barat dalam kontek serantau.
Penjajahan dan pembaratan bumi ini menjadikan Tanah Melayu termasuk rantau melayu yang lain bertukar wajah.Tanah Melayu dengan wajah Inggerisnya sementara Indonesia dengan Belandanya.Pertalian Tanah Melayu dengan Indonesia semakin lama menjadi semakin renggang oleh perbedaan-perbedaan yang mudah dicari pada mulanya tetapi menjadi semakin sukar pula untuk dilihat puncanya sekarang setelah masa,rakyat dan pemimpin bertukar ganti.Tetapi nampaknya kalau diteliti ia mesti berakar dari sejarah lampau penjajahnnya yang berbeza dengan pendidikan yang berbeda dan matalamat penjajahan yang tidak segaya dan serupa.
Dalam gerakan penerokaan dan penjajahan bangsa Eropah di alam Melayu kaum penjajah sering berebut tanah jajahan.Tetapi dikalangan mereka sentiasa ada usaha untuk tidak terus bermusuh kerana tindakan itu akan melemahkan mereka untuk terus kuat mengekalkan penjajahan.
Dalam kontek rantau Asia Tenggara, kaum penjajah sentiasa berusha untuk tidak merapatkan penduduk dan sempadan tanah jajahan masing-masing diantara satu samalain.Siam (Thailand) misalnya beruntung tidak dijajah oleh mana-mana kuasa barat bukan kerana mereka tidak mampu berbuat demikan tetapi untuk dijadikan negara itu sebagai sempadan pemisah (Buffer State) diantara kuasa Inggeris di Burma(Myanmar) dan India dengan kuasa Perancis di Indo China (Vietnam).
Gambaran yang sama dapat dilihat bagaimana Inggeris dan Belanda cuba mengelakkan pertembungan mereka dalam cara penguasaan kawasan jajahan ini.Sebenarnya terdapat beberapa kawasan di Indonesia yang telah lebih dahulu diduduki Inggeris misalnya Bangkahulu (Bengkhulen) di Sumatera yang suatu waktu pernah ditadbirkan oleh Sir Stanford Raffles yang kemudian mentadbir Singapura.Sementara di Tanah Melayu ,Belanda juga sudah menduduki Melaka sejak 1641 setelah berjaya mengalahkan Portugis yang mendudukinya sejak 1511.
Kedua-dua pehak kemudian mengambil langkah untuk menukar milik dua tempat ini.Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dimeterai oleh kedua-dua pihak untuk memuktamadkan pertukaran tersebut.Dengan itu selepas 1824 tidak ada lagi sebarang tanah jajahan Inggeris di Indonesia begitu juga Belanda di Tanah Melayu.Mereka mengambil langkah bijak untuk berdamai dan berfokus.
Penyatuan serantau menyatukan matalamat.
Era selepas merdeka diisi dengan pembangunan oleh semua negara selepas masing-masing mencapai kemerdekaan termasuk Malaysia.Ini juga termasuk para pemimpin memikirkan untuk diwujudkan "regional ties" (ikatan serantau).Ini seawal-awalnya digerakkan apabila MAPHILINDO ditubuhkan diantara Malaysia,Filifina dan Indonesia untuk meneguhkan ikatan kerjasama serantau.Permulaan ini membawa kepada usaha-usaha lain yang lebih bermakna dan strategik selepas itu.
Pengalaman penjajahan serta pengalaman memimpin negara sendiri dalam era kemerdekaan oleh pemimpin-pemimpin negara serantau telah bagaimana pun pada akhirnya membawa mereka ke dalam pakatan negara serantau yang lebih meliputi yang dikenali sebagai ASEAN.Pada asalnya dibentuk untuk mengadakan kerjasama dua hala dalam bentuk politik,ekonomi,sosial dan budaya .Usha kerjasama diperkukuh dan diperbaharui dari masa kesemasa.Demikian pun banyak masalah yang merantai kerana rambut sama hitam tetapi belum tentu hatinya serupa.Apa lagi kaki dan tangan hatta ibu jari jauh pula berbeza!.
Malaysia kini yang berubah rupa.
Selepas melewati lebih setengah kurun Tanah Melayu dan Malaysia merdeka ;negara ini telah banyak melalui pelbagai pengalaman.Ia telah ditadbirkan oleh tujuh Perdana Menteri selain negeri-negeri dalam kesatuannya bertukar Raja /Sultan. Demikian pula Yang Dipertua Negeri bagi setengah-setengah negeri / wilayah,juga Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menterinya masing-masingnya menjadi dewasa dengan pengalaman .Masing-masing matang dan berwibawa.
Penduduknya yang berbilang bangsa bebas menghirup udara merdeka di bawah sistem demokrasi berparlimen dan Institusi Raja berperlembagaan.Masing-masing penduduk dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan sejak merdeka dengan peruntukan-peruntukan yang jelas dan nyata.Hak masing-masing bangsa termasuk ugama dan budaya di kawal dan dijaga oleh undang-undang.Pada pandangan kasarnya rakyat hidup aman damai dan tidak berlaku huruhara.Mereka kelihatan hidup dengan aman dan damai.
Walaupun demikian dengan terjadikan provokasi serta hasutan-hasutan dari dalam dan luar isu perkauman sering menjadi api yangmemercikkan kemarahan kaum antara satu samalain. Kekacauan yang berpunca dari isu perkauman meskipun terjadi pada skala kecil masih memperlihatkan bahawa terdapat debu di bawah karpet.Hal ini bisa sahaja menular menjadi barah sekiranya gagaldiselesaikan dengan sebaik-baiknya.
13 Mei 1969 :detik cemas yang dikenang menjadi petanda.
Krisis perkauman bukan perkara baru dalam sejarah Tanah Melayu / Malaysia sebelum merdeka.Sebelum 1969 ia berskala kecil dan tidak merbahaya.13 Mei 1969 menjadi "benchmark" (Penanda aras) bahawa isu perkauman di Malaysia perlu ditangani secara bijak dan berterusan.Ia perlukan komitmen semua pehak secara jujur dan mencukupi.Masing-masing mesti menenerima hakikat dan kenyataan bukan sahaja kenyataan hidup tetapi kenyataan dan fakta sejarah.Tanpa itu semua krisis perkauman tidak akan selesai sehingga bila-bila dan bakal meruntuhkan Malaysia merdeka.
Untuk mengekalkan keamanan Malaysia, setiap bangsa mesti bersatu.Mereka mesti bersatu sesama bangsa mereka dan mereka mesti pula bersatu dikalangan semua bangsa yang menjadi penduduk negara ini tanpa mengira sebarang perbezaan.Mereka semua mesti mempunyai satu identiti;Identiti Bangsa dan Negara Malaysia.Mesti berpaksi pada jatidiri yang sama.Taat setia kepada raja,negara dan patuh kepada perlembagaan negara menjadi terasnya.
Sejauh mana Rukun Negara dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini?.Sejauh mana pula Konsep 1 Malaysia dapat menyatukan mereka?.Solana ini sukar di jawab tetapi masa akan memberikan jawapannya.
Dalam waktu negara meletakkan dasar-dasar yang demikian pun krisis perkauman masih wujud.Nada sumbang dan rasa kebencian masih mencelah di sana sini dan sering menimbulkan kegelisahan satu kaum yang terasa pedas dan panasnya atas sesuatu kritikan,cemuhan dan desakan.
Untuk semuanya biarkan 13 Mei 1969 dijadikan kenangan untuk kejadian seumpamanya tidak lagi berulang kerana sekiranya dibiarkan berulang ia mungkin menjadi matapetaka yang tidak boleh dikenang lagi kerana kehancurannya menamatkan segala harapan oleh sebuah negara yang boleh dipangil berdaulat lagi.
Dalam zaman mutakhir ini suasana Politik Malaysia sedikit panas dan meruap-ruap.Ia merebak dari kota ke desa.Perubahan cara berfikir anggota masyarakat yang menganggotai parti-parti politik yang berbeza-beza telah menimbulkan suatu senario baru dalam politik mutakhir Malaysia.
Rupa-rupanya dalam politik tidak ada sesuatu yang kekal begitu selamanya.Pada suatu dekad yang lalu dua pemimpin itu tidak boleh walau bertikam bayang tetapi sekarang sudah sudah berkawan rapat dan berpidato menggunakan rostrum, pentas ,mike dan speaker yang sama walaupun tidak makan sepinggan atau tidur sebantal.Dalam politik banyak perkara anih boleh-boleh saja berlaku.Demikian Tun Mahathir kembali bersalaman dengan musuh lamanya Lim Kit Siang.Demikian pula Anwar Ibrahim bersedia kembali berbaik dengan Tun Mahathir walaupun setelah 18 tahun bermusuh dan berenggang.Itulah politik.
Masa telah mengubah segalanya.Suatu waktu ia sangat mustahil pada akal tetapi pada satu waktu yang lain ia menjadi kenyataan yang mesti dipercayai dan diyakini.Pelik tetapi benar.Itulah politik.Ia tidak kekal dan tidak statik.Bukan sahaja pemimpin berbalah kemudian berbaik.Bukan sahaja satu parti kekal selama berkuasa ia akan jatuh dan digantikan oleh yang lain.Masa akan memberikan kputusan dan jawapannya.
Panas di luar panas di dalam.
Politik di dalam masyarakat sekarang cukup panas.Beberapa pemimpin tinggi kerajaan menyebutkan kehangatan ini membayangkan UMNO dan Barisan Nasional akan menghadapi PU (Pilihanraya Umum)nya yang ke 14 akan datang dalam kaadaan paling sengit dan mencabar.Ini mungkin benar kalau diukur kepada kekecohan Sidang Dewan Rakyat (Sidang Parlimen) sejak akhir-akhir ini. Hampir setiap kali berlangsung sidang parlimen ada-ada sahaja kekecohan kecil atau besar yang memeningkan kepala speaker Dewan Rakyat untuk menanganinya.Ahli-ahli parlimen bukan saja bertempik,melaung dan sewaktu-waktunya ada yang menggunakan kata-kata kesat antara satu samalain.Kita yang di luar dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya sudah berlaku di Parlimen .Rakyat kebanyakannya menggambarkan suasana di Parlimen adalah manifestasi dari situasi masyarakat di luar parlimen. Kehangatan suasana politik di Malaysia saat ini cukup membahang di kalangan pemimpin dan rakyat seluruh negara .Ini adalah kerana gambaran yang terjadi dalam parlimen adalah wajah rakyat,wajah negeri,bahagian dan tempat dari mana wakil parlimen itu datang dan dipilih.Tingkahlaku pemimpin di Parlimen ,kepanasan pemimpin di sana adalah lahir dari kepanasan rakyat yang dipmpinnya.Ia mewakili tempat dan rakyatnya!.
Inilah perkembangan,kemajuan dan trend pemikiran baru yang menunjukkan masyarakat Malaysia sedang berada pada titik kematangannya .Politik matang akan wujud dalam sebuah negara matang.Apakah benar begitu?.Sejauh mana kemajuan ini menguntungkan atau memudaratkan Malaysia?. Masa akan menjawab semuanya.
Akan Tetapi sebelum masa itu tiba ingatlah bahawa Allah bersumpah demi MASA bahawa "semua manusia akan rugi kecuali mereka yang beriman dan bertakwa serta beramal soleh juga mereka yang berpesan-pesan dengan kebaikan serta berpesan-pesan dengan kebenaran".
Apa kesudahannya Malaysia negara kita?
Bagaimanakah suasana parlimen kita 10 tahun dari sekarang sekiranya politik kita terus gawat dan genting.Apakah tidak sukar untuk mencari seorang speaker yang sanggup bertahan dan bersabar dengan kepanasan dan letusan perbalahan di parlimen.Pandikar Amin Mulia yang sekarang bertugas patut dipuji atas sifatnya yang masih bolegh bertahan.Tetapi berapa lama lagi ia sanggup.Kalau tidak ia sendiri mungkin boleh rebah oleh tekanan perasaan dan gangguanj jiwa yang bertambah-tambah.Semoga Allah memberikan kekuatan padanya.
Bagaimana pula perpaduan kaum di negara kita,bagimana kaadaan ekonomi kita,bagaimana nasib fakir miskin kita,bagaimana pula nasib anak cucu kita.Adakah kita mahu Masa juga akan menjawabnya tanpa kita berusha dan berikhtiar untuk melaksanakan sesuatu menyelamatkan negara kita.Tanda-tanda kelemahan yang membawa kemusnahan terdapat dimerata ceruk.Kita semua mesti mengambil langkah untuk menyelamatkan tanah air kita.
Bagaimana negara,rakyat dan politiknya selepas hari ini?.Pertanyaan ini mungkin boleh di jawap.Mungkin juga tidak kerana masa akan mencorakkan suasana.Ia akan menentukan segalanya dengan kehendak Allah jua.
Semoga Malaysia selamat dalam peliharaan Allah yang Maha Mengetahui segala-galannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)