Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usia lanjut 93 tahun masih sanggup bangun berjuang untuk membebaskan negaranya dari tangan penguasa kleptokrat yang dibahasakan olehnya.Beliau dengan lantang dan berani menyebut Dato' Seri Najib Perdana Menteri yang sedang berkuasa sekarang sebagai pencuri,penyamun dan perompak.
Keberanian Luar Biasa
Seorang bekas Perdana Menteri yang berkuasa selama 22 tahun;Tun Mahathir yang menerajui UMNO / Barisan Nasional dulu,sekarang dengan tangkas bangun di celah-celah kebangkitan rakyat Malaysia.Beliau yang merasa keciwa dengan pentadbiran DS Najib sedang memimpin sebuah pakatan pembangkang untuk katanya menjatuhkan kerajaan UMNO/BN pimpinan DS Najib.
Bukan semata-mata kehendaknya untuk menentang kerajaan yang berkuasa sekarang.Beliau sebagaimana dakwaannya telah cuba berbagai cara dalam kapasitinya untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan Dato' Seri Najib sebagai seorang Perdana Menteri.DS Najib telah cuba dinasehatinya supaya mendengar kritikan dan pandangan rakyat.DS Najib sepatutnya menghormati nasehat Tun Mahathir sebagai orang tua.Kebetulan pula orang tua inilah yang telah berusaha keras untuk mengangkatnya menjadi Perdana Menteri sewaktu iddah Tun Abdullah Badawi masih lagi berbaki.
Nasehat di tolak.
Nasehat Tun Mahathir ditolak begitu sahaja oleh DS Najib.Itulah yangdiberitau oleh Tun Dr Mahathir di mana-mana.Tiada siapa yang menjadi saksi untuk membuktikan kebenaran kenyataan ini melainkan Tun Mahathir dan DS Najib sahaja yang boleh mengesahkannya.
Tun Mahathir juga telah memberitau bahawa terdapat banyak pehak termasuk dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO sendiri yang telah datang berjumpa beliau supaya tolong berbuat sesuatu untuk menyelamatkan UMNO / BN berikutan daripada banyak tindakan yang dilakukan oleh DS Najib yang dipandang mereka perlu dihentikan atau perlu segera diperbetulkan.
Beberapa keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh DS Najib dipandang akan merosakkan imej UMNO dan sekaligus akan menghilangkan sokongan rakyat kepada sebuah parti yang menjadi teras utama kepada Barisan Nasional yang memerentah negara ini.
Demikianlah Tun Mahathir juga bimbang cara pentadbiran yang dilakukan DS Najib bakal mengikis kepercayaan rakyat kepada UMNO dan akan merosakkan negara.Kegagalan DS Najib dalam PRU 13 memperbaiki rekod dan prestasi PRU 12 semasa Tun Abdullah berkuasa menimbulkan kekeciwaan bekas Perdana Menteri yang berpengalaman mencipta kejayaan-kejayaan besar dalam semua Pilihanraya umum yang pernah dikendalikannya sebelum ini.
Keyakinan kepada "Cash is King".
Pendirian Tun Mahathir menolak penggunaan wang untuk membeli undi dan menarik penyokong bagi memilih kerajaan menimbulkan perbezaan pendapat antara mereka berdua.Seperti yang dikatakan oleh Tun Mahathir dalam ceramah-ceramahnya pendekatan "Cash is King" yang dipakai oleh DS Najib adalah salah.Penggunaan wang untuk membeli undi adalah salah.Itu adalah rasuah.Cara yang seperti ini pada pandangan Tun Mahathir tidak akan berjaya untuk menambat hati rakyat dalam jangka masa panjang.Pendekatan ini akan menghabiskan banyak wang.Suapan wang akan terus meningkat dari masa ke masa.Orang akan sentiasa meminta lebih mengikut waktu dan masa.Maka pendekatan menggunakan suapan selain dari dilihat salah dan ia juga adalah berdosa.Itu pandangan yang diberikan Tun Mahathir.Sepanjang pentadbirannya sebagai Perdana Menteri beliau tidak mengambil pendekatan demikian.Itu adalah hujjah dan dakwaannya.
Tiada siapa yang tahu apakah itu sebenarnya yang terjadi sehingga hal itu dijadikan bahan kempen pilihanraya Tun Mahathir ke mana-mana pun beliau pergi dalam kembara ceramahnya diseluruh negara.
Membuat hutang .
Tun Mahathir pula memberikan lojik yang baik.Bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai wang peribadi yang banyak.Gajinya dan elaunnya semata-mata tidak mampu untuk diberikan kepada semua pengikut dan pengundi bagi memilih UMNO / BN dalam setiap kali pilihanraya diadakan.Bagaimana wang yang begitu banyak mampu dicari,dikumpulkan dan diagihkan kepada rakyat dan pengundi.
Maka kerana itu DS Najid dikatakan memperolehi duit dengan cara membuat hutang.Wang dipinjamkan dari institusi kerajaan dan swasta dalam jumlah yang besar dan berkala.
Maka itu juga dikatakan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dibentuk dengan kaedah berhutang bagi tujuan mendapat dan membuat duit.Ini juga langkah untuk mengumpulkan sebanyak-banyak wang supaya boleh digunakan untuk mengekalkan kerajaan dalam pemerentahan.
Penentang-penentang DS Najib menuduh DS Najib menyalahgunakan wang negara untuk kepentingan diri sendiri serta kuncu-kuncu dan pengikutnya.Dalam bahasa yang lebih kasar Tun Mahathir serta pengikut-pengikutnya dalam pakatan pembangkang sekarang gemar membahasakan tindakan tersebut sebagai tindak penyangak,pencuri dan perompak.Tindakan pemimpin yang mencuri dan mengambil wang rakyat dan negara secara tidak sah seperti itu digelarkan dalam bahasa popular hari ini sebagai "kleptokrasi".Inilah suara pembangkang yang dibawa ke tengah-tengah masyarakat supaya rakyat membenci kerajaan.
Apakah tuduhan ini benar?.
IMDB dijadikan isu penting dalam gerakan pembangkang yang diketuai oleh Pakatan Harapan sekarang.Tun Mahathir yang mengetuai gerakan pembangkang sekarang telah,sedang dan akan meneruskan gerakan membuat "road show" ke seluruh negara untuk mengajak rakyat dan pengundi supaya menolak kerajaan UMNO / BN yang digelarkan kerajaan kleptokrasi itu.
Kerajaan UMNO / BN pimpinan DS Najib dikatakan rakus mengamalkan rasuah sehingga gagal untuk dibendung.Tindakan SPRM menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin kerajaan semua peringkat berkaiatn rasuah bukanlah kecil bilangan pelaku dan jumlah wang yang terlibat.Semuanya menjadi bukti bahawa amalan rasuah di dalam kerajaan Malaysia sekarang sudah sangat parah.
Tindakan DOJ (Badan Kehakiman Amerika) menyiasat dan mengemukakan bukti serta tuduhan kepada 1MDB sebagai tindakan menyalahgunakan wang kerajaan adalah jelas.Tuduhan sivil keatas kes ini telah lama berjalan.Kebelakangan ini terdengar pula bahawa tuduhan tersebut dipindahkan pula kepada tuduhan jenayah.Proses ke arah itu sedang berjalan sekarang.Dikatakan mereka yang dituduh, lambat bangat akan dihadapkan ke muka pengadilan Amerika Syarikat.Ini kerana banyak wang berpunca dari 1MDB dikatakan dilabur dalam pelbagai projek di bumi Amerika Syarikat.
Apakah Isu 1MDB sebuah spekulasi.
Adakah semua tuduhan ini benar.Kalau hanya mahkamah sahaja yang boleh menentukan kebenarannya maka setakat ini semua kes berkaitan 1MBD belum diputuskan lagi oleh mana-mana mahkamah.Maka semua tuduhan itu hanya menjadi spekulasi.Ia masih belum dibenarkan.Setakat ini mereka yang dituduh masih belum boleh dikatakan salah selagi mahkamah belum memutuskan mereka itu bersalah.
Mahkamah Malaysia menolak penglibatan DS Najib dengan penyelewengan wang 1MDB .Tuduhan itu tidak berasas serta tidak relevan.Peguam Negara yang baru dilantik mengatakan bahawa dakwaan yang dikemukakan untuk mensabitkan kesalahan DS Najib sebagai Perdana menteri berkaitan dengan 1MDB adalah tidak berasas.TS Mohd Apandi Ali Peguam Negara membebaskan DS Najib daripada sebarang salahgunakan kuasa berkaitan dengan 1MDB.
Pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO /BN menuduhkan samada DOJ atau pembangkang sengaja mencari alasan untuk melemahkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.DS Najib sentiasa menafikan dengan sekeras-kerasnya beliau telah menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.Apakah penafian ini benar.Itu juga dipersoalkan oleh pehak pembangkang.
Sementara mahkamah Malaysia menolak tuduhan ini dikenakan kepada DS Najib;DOJ tetap meneruskan penyiasatan dan mengumpulkan bukti untuk mungkin satu hari kes ini akan dibawa untuk pendakwaan.
Usaha memburukkan imej kerajaan.
Pakatan Harapan sebagai sebuah pakatan pembangkang akan mendedahkan segala keburukan dan kekurangan kerajaan yang memerentah.Dalam mana-mana demokrasi sewaktu menghadapi pilihanraya tugas kerajaan adalah untuk menunjukkan kepada rakyat dan pengundi bahawa mereka telah menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.Segala janji pilihanraya telah sepenuhnya dilaksanakan.Mereka mendakwa bahawa mereka adalah sebuah kerajaan paling bersih yang pernah wujud.Mereka menunjukkan segala kebaikan yang dilakukan sementara itu berusaha menutup semua keburukan dan kelemahan mereka.Mereka mendakwa tiada seumpamanya diseluruh muka bumi sebelum dan selepas mereka dilakukan oleh orang lain.Dialah yang terbaik.Dia mesti disokong.Dia mesti terus dipilih untuk meneruskan kemajuan rakyat dan negara.
Itulah cara dan kerajaan berkempen dimana-mana pun di atas muka bumi ini.Pembangkang pula bernati-matian mencari segala kekurangan kerajaan untuk menarik perhatian rakyat supaya menyokong mereka.Adalah menjadi tugas pembangkang untuk kadang-kadang memperbesarkan kesalahan kecil kerajaan dan memperkecilkan kebaikan besar yang dilakukan kerajaan.
Dengan yang demikian tindakan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) berkaitan 1MDB dkatakan suatu agenda negara asing untuk campurtangan urusan sebuah negara lain yang berdaulat dan merdeka.Ini yang dibawa oleh suara kerajaan untuk mempertahankan diri mereka.
Rakyat bertanggong jawab memilih.
Rakyat dan pengundi mesti menjadi rakyat yang bijak.Mereka mesti berpengetahuan dan berkeupayaan untuk menilai kerajaan dan pembangkang secara tepat.Mereka mesti memilih secara adil.Pengundi memilih bukan kerana prasangka atau dengan menggunakan emosi kemarahan.Rakyat yang berpengetahuan mesti melakukan perbandingan.Antara kekuatan kerajaan dan kelemahannya mana satu yang lebih banyak bahayanya untuk mereka ditolak.Demikian juga apakah kekuatan pembangkang untuk mereka dipilih.
Rekod lama masa berkuasa bukan ukuran.
Parti Kongress India yang berjasa memerdekakan India telah ditumbangkan setelah sekian lama menguasai India.Parti Nasional Indonesia pimpinan Sukarno juga telah berkubur di Indonesia.Banyak contoh-contoh lain boleh diberikan .Maka tidaklah menjadi mustahil kalau UMNO /BN boleh berkubur sama di Malaysia setelah lebih 60 tahun memerentah negara ini.
Maka tempoh lama masa berkuasa bukan menjadi ukuran untuk sesebuah parti yang berjasa memerdekakan sesebuah negara untuk terus selama-lamanya berkuasa.Sesebuah kerajaan yang berkuasa seperti yang ditulis oleh Ibn Khaldum sejarawan Islam yang terkenal;akan mengalami tiga masa yang berturutan.Ia bermula dengan cemerlang dan terus mencapai kemuncaknya dipertengahan kekusaannya.Ia kemudian mendatar dan terus menjunam jatuh pada satu peringkat yang lain selepasnya.Punca kejatuhan adalah pelbagai.Ia berlandaskan kelemahan dari hilangnya tanggung jawab pihak berkuasa kepada rakyat.Timbulnya rasa benci rakyat kepada pemerentah.Ia berakhir samada dijatuhkan secara revolusi rakyat atau melalui pilihanraya seperti yang dilakukan di zaman moden ini.
Kebangkitan kepimpinan baru.
Sejarah kebangkitan mana-mana negara digerakkan oleh pemimpin yang mempunyai visi dan misi.Disertakan dengan keberanian dan semangat waja mereka bangun berdiri dan berada di depan menyuarakan keinginan dan hasrat menyala dengan lantang dan jelas.Mereka selalunya berjuang dengan semangat dan keyakinan tinggi.Mereka melawan arus dan bersedia berani menghadapi dan menanggung risiko.Perjuangan yang berjaya oleh mana-mana pemimpin dunia adalah berlandaskan usaha mempertaruhkan harta dan nyawa untuk menjayakan matalamat perjuangan mereka.
Nabi Muhammad SAW memperjuangkan Islam ditengah-tengah kemusyrikan bangsa Arab jahilliah yang degil,angkuh dan sombong.Mereka kaum musyrikin yang berabad-abad diasuh oleh budaya nenek moyang dari dunia sesat telah menentang kedatangan Islam dengan harta dan nyawa juga.Dalam hal ini pula kemenangan adalah ketentuan Allah.
Sesungguhnya kemenangan itu adalah milik Allah.Kemenangan dijanjikan Allah untuk diberikan kepada yang hak dan layak menerimanya.Setiap manusia berhak merancang untuk kepentingan mereka,tetapi Allah juga sedang merancang untuk menentukan kesudahannya.Sesungguhnya perancangan Allah akan melemah dan mengalahkan perancangan manusia yang jahil dan angkuh serta sombong.
Krisis politik dan pertentangan antara kerajaan dan penentangnya adalah fenomena biasa dalam kehidupan manusia berkerajaan.Sistem demokrasi membenarkan perbezaan pendapat dan menetapkan kaedah serta cara bagaimana pemimpin dipilih.Pilihanraya dijadikan kaedah bagaimana rakyat yang layak mengundi diberikan pilihan secara bebas untuk menentukan siapa pemimpin yang mereka sukai bagi mewakili mereka.
Pilihan dan keputusan.
DS Najib mesti ditolak.Itu kempen pembangkang.Itu kempen Pakatan Harapan.UMNO / BN mesti digantikan oleh Pakatan Harapan.Itulah yang diperjuangkan oleh gerakan pembangkang utama yang dipimpin oleh Tun Mahathir sekarang.Pembangkang bertambah kuat dengan sokongan daripada bekas-bekas pemimpin UMNO terutama TS Muhyiddin Yassin yang telah disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri serta Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang juga disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Kedah.
Di negeri bawah bayu Sabah,kebangkitan penentangan oleh Dato' Seri Shafie Afdal dengan Parti Warisannya menimbulkan suatu fenomena baru dalam politik Sabah.UMNO /BN di Sabah merasa tergugat pula oleh kemunculan pembangkang baru ini.
UMNO / BN bekerja keras untuk mengekalkan status quo mereka.Mereka seperti biasa akan menggunakan segala apa cara yang ada termasuk kemudahan logistik,tenaga,pengalaman,wang dan harta untuk mempastikan mereka akan terus kekal berkuasa.Mengapa demikian.Ia tidak lain tidak bukan kerana kejayaan mengekal kuasa itu membolehkan mereka untuk kekal menikmati segala apa yang sedang mereka nikmati sekarang.Kegagalannya pula membawa mala petaka kepada mereka.Itu sesuatu yang sangat kritikal.
Mereka yang ingin mengambil kuasa juga ingin mendapat bahagian dari kekuasaan itu.Pertarungan antara kedua kumpulan ini akan diadili oleh rakyat ramai untuk menentukan siapa yang lebih layak untuk diangkat menjadi pemimpin.
Islam menggariskan banyak syarat untuk memilih seseorang pemimpin.Kepimpinan Islam meletakkan pegangan agama seseorang pemimpin sebagai asas utama.Seorang pemimpin yang baik untuk dicontohi ialah Nabi Muhammad SAW.Ia terbaik sebagai seorang Imam dalam sembahyang.Ia memimpin umatnya untuk tunduk dan sujud kepada Allah yang maha pencipta.Ia mengajar umatnya akan tujuan hidup dan menyiapkan diri untuk kematian.Ia mengajar umatnya bahawa dunia ini adalah permainan dan perhiasan semata.Tujuan hidup yang lebih utama ialah untuk hidup bahagia selamanya selepas kematian.Ia mengajak umat untuk melakukan amal makruf dan meninggalkan segala kemungkaran.
Siapa sahaja yang lebih banyak memiliki ciri ini maka dia lebih dahulu perlu dipilih.Bukan setakat itu sahaja.Ia juga mestilah seorang yang berilmu dan berkemahiran dalam kepimpinan dan pentadbiran.Ia cekap berkomunikasi dan merupakan seorang yang sangat berdedikasi.
Mengapa Mahathir ?
Mengapa pemimpin tua yang sudah berumur 93 tahun ini perlu kembali semula untuk aktif politik.Mengapakah beliau bersedia menerima cadangan Pakatan Harapan untuk menjadikannya Perdana Menteri .Apakah masih belum cukup masa dan peluang berkuasa selama 22 tahun bagi Tun Mahathir mentadbir dengan membuat segala anjakan paradigma kepada rakyat dan negara ini.Dari Malaysia Boleh hingga Dasar Pandang Ketimur,Dasar Persyarikatan Malaysia,membina bangunan ikonik KLCC dan menara berkembarnya dan seterusnya legasi besar membina lapangan Terbang KLIA dan bandar pentadbiran Putrajaya masih dirasakan masih belum cukup puas bagi Tun Mahathir untuknya sekrang membuat "come back" dalam politik Malaysia.
Kejayaan Tun Mahathir membawa Malaysia ke era perindustrian untuk negara ini merupakan suatu kejayaan yang sukar dipadamkan oleh sesiapa pun.Kejayaan Tun Mahathir merealisasikan projek Proton kereta nasional sekian lama menjadi kebangaan rakyat Malaysia.Disebalik kerugian Proton yang dihebohkan oleh pentadbiran DS Najib ;rakyat masih tertanya-tanya apa sebab sebenarnya yang menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menyerahkan proton kepada syarikat dari negeri China pula.
Mengapa pula Mahathir sangat tidak bersetuju dengan langkah kerajaan sekarang menjual kepentingan Poton kepada pehak lain itu.Tun Mahathir sering bertanya mengapa selama ini terutama semasa beliau masih menjadi pengerusi Proton operasi Proton dibiarkan dapat diteruskan seperti biasa walaupun dikatakan ianya mengalami kerugian.
Mengapa pula Tun Mahathir begitu beria-ia menubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam tahun 2016.Apakah benar penentangan Tun Mahathir terhadap DS Najib bermotifkan peribadi kerana mahu mengangkat anaknya Dato' Seri Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.Apakah pula benar Tun Mahathir menyertai Pakatan Harapan juga hanya untuk memenuhi kepentingan peribadinya.
Semua soalan ini sangat sukar untuk dijawab dalam suasana politik perebutan kuasa dan perselisihan politik yang kronik seperti sekarang.Lebnih-lebih lagi dalam suasana berdepan dengan pilihanraya untuk memilih kerajaan seperti yang sedang terjadi sekarang.Maka rakyat mesti menerima hakikat bahawa kepentingan peribadi kepada mana-mana pemimpin politik dipihak kerajaan atau pembangkang tidak dapat langsong dikecualikan.Apa yang rakyat harapkan supaya kepentingan peribadi tidak membunuh tujuan pemimpin untuk membela rakyat.
Berdepan dengan situasi ini rakyat mesti bijak memilih diantara kaca dengan intan.Seperti beras dan pasir yang bercampur dalam sebuah bekas,rakyat yang bijak sahaja tahu bagaimana beras juga pada akhirnya yang akan dipilih untuk ditanak dan dimakan.Pasirnya wajib dibuang.
Bukan masanya lagi untuk Tun Mahathir.
Banyak juga orang berpendapat bahawa sekarang bukan lagi masanya untuk Tun Mahathir bermain politik.Sekarang masanya untuk beliau berehat bersama anak cucu serta menumpukan perhatian kepada membuat ibadat di saat-saat terakhir hidup sewaktu masih bernyawa.
Bukankah lebih senang,lebih selesa untuk Tun Mahathir berehat dan bergembira di sisi keluarga selepas bersaranya.Apa lagi yang diinginkannya dengan pendapatan lumayan selepas bersara.Beliau diangkat pula oleh kerajaan memegang beberapa jawatan penting dengan imbuhan yang lumayan juga.Dengan status dan prestij yang diterima dan dinikmatinya sebagai seorang Perdana Menteri yang bersara apa lagi yang diinginkan oleh beliau bila sudah menjangkau umur 93 tahun.
Inilah keistimewaan yang ada pada Tun Dr Mahathir.Banyak yang ditanya orang tentang matalamatnya dan banyak yang masih tersembunyi dalam perjuangannya.Disitulah terletaknya besi berani yang mampu menarik orang mendekatinya.Sebahagian orang merasa heran dengannya.Sebahagian merasa kagum dan tertus menyanjungnya.Itulah kekuatan yang tidak ada pada mana-mana pemimpin politik lain di Malaysia saat ini.
Keyakinan Tun Mahathir.
Bagi Tun Mahthir pengertian ibadat itu luas dan merangkumi seluruh kerja yang dilakukan oleh seorang Islam. Ibadat itu tidak hanya terhad kepada ibadat wajib sebagaimana yang diwajibkan dalam Rukun Islam yang lima serta serta iman yang enam.Adalah benar pula bahawa ibadat itu adalah segala kerja buat yang dilakukan oleh setiap orang Islam untuk kebaikan diri dan semua orang lain.Sesuatu itu menjadi ibadat apabila ia dilakukan kerana Allah dan perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan syariat Islam.Maka bukankah berjuang menyelamatkan ugama,bangsa dan negara seperti yang sekarang dilakukan Tun Mahathir itu adalah suatu tuntutan Islam.Kalau membuang duri ditengah jalan laluan pun masih dikira suatu sedekah,masih dikira satu ibadat,maka apalah tidak ibadat apa yangsekarang dilakukan olehTun Mahathir.
Demikianlah banyak pehak yang menyokong tindakan Mahathir sekarang berhujjah berkenaan tindakanya.Maka kerana itu tindakan Mahathir bukanlah kerja yang dilarang ugama.Malah menentang kemungkaran itu itu adalah suatu tuntutan agama.
Disebalik persoalan itu, apa yang selalu difikirkan juga ialah benarkah yang berlaku sekarang di negara kita adalah suatu perbuatan yang dikatakan suatu kemungkaran.Apakah tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang suatu kemungkaran yang dilarang oleh ugama.Ini menjadi perdebatan serta kekeliruan ramai sejauh yang disedari bahawa pehak berkuasa ugama misalnya Mufti-mufti tidak melibatkan diri dalam menyorot dan menyentuh isu-isu kyusus dalam perdebatan politik semasa.Tidak ada fatwa kyusus dikeluarkan berkenaan salahlaku kerajaan oleh pehak-pehak yang berkenaan.Kerana itu kaadaan pro dan kon tentang banyak perkara menjadi tuduhan dan kadang-kadang menjadi fitnah serta menjadi bahan polemik dalam masyarakat kita.
Apa kesudahannya nanti.
Apa akan berlaku kepada Tun Mahathir bekas Perdana Menteri dan seorang negarawan ulung yang disegani di Malaysia dan di dunia sekiranya beliau kalah dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.Apakah beliau hanya setakat kalah begitu sahaja.Atau beliau bukan sahaja kalah tetapi akan menerima nasib seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Apa pula akan terjadi kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri yang sekarang sedang berkuasa.Apakah juga beliau bukan hanya setakat mendapat malu kalau kalah.Atau beliau juga seperti Tun Mathahir yang kalah menjadi seperti sudah jatuh di timpa tangga juga.
Ini sangat menarik untuk dilihat sebagai suatu akibat langsung daripada PRU 14 yang dinanti-nanti ini.Pehak pembangkang sentiasa menyebutkan bahawa sekiranya Putrajaya berjaya jatuh ke tangan Pakatan Harapan maka DS Najib akan dibawa ke mahkamah dan mungkin beliau akan dipenjarakan. Kesalahan dan penyelewengan yang sekarang lebat menjadi tuduhan akhirnya nanti mungkin terbukti di mahkamah
Demikian pula nasib malang akan menimpa Tun Mahathir apabila beliau kalah dalam PRU 14.Beliau bukan sahaja akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.Kes Forex sehingga saat ini masih belum ada penyelesaiannya lagi.RCI Memali mungkin juga akan ditubuhkan.Tun Mahathir sekali lagi akan dihadapkan kepada badan penyiasatan untuk sekali lagi beliau dipersalahkan dan disabitkan serta dijatuhkan hukuman.Apakah dengan semua kes yang dibawa ke mahkamah pada akhirnya dibuktikan bahawa beliau pada akhirnya didapati bersalah.
Lalu dengan sedihnya beliau akan di bawa untuk berehat dipenjara.Apakah juga di Penjara Sungai Buluh ditempat yang pernah menempatkan DS Anwar Ibrahim rakan seperjuangannya sekarang.Dan yang paling menyedihkan dalam umurnya yang selanjut itu beliau kemudiannya bukan sahaja tersiksa dipenjara tetapi akan menghabiskan riwayatnya dalam penjara.
Siapa pun tidak dapat membayangkan sekiranya ini nasib yang bakal menimpa seorang bekas Perdana Menteri yang demikian banyak menabur jasa untuk bangsa dan negaranya.Kita pasti ribuan rakyat akan menangisi dan meratapi seorang pejuang yang pada akhirnya menjadi seorang banduan.Tetapi sebagaimana kata Tun Mahathir beliau bersedia untuk segalanya.
Apakah itu kesudahannya nasib yang bakal ditanggung oleh seorang anak jantan tua yang dikatakan berketurunan Kutty dari Kerala India itu.Layak dan sesuaikah beliau yang begitu banyak berjasa untuk dibalas dengan sebuah penyiksaan seperti yang pernah dicadangkan oleh seseorang yang sedang berkuasa sekarang.
Dengan keyakinan pada perjuangannya dan kesediaanya untuk menerima segala akibat kemungkinan dari perjuangannya kita percaya Tun Mahathir tidak akan menangisi nasibnya.Beliau bersedia pulang kepada penciptanya dengan puas.
DS Najib akan keluar negara?
Ada dikatakan bahawa DS Najib akan berangkat keluar negara sebelum beliau dipenjara.Seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa mempunyai banyak peluang untuk menyelamatkan diri dan keluarga.Ada juga orang berkata hubungan baiknya dengan China sekarang akan memudahkan dirinya untuk selamat ke negeri China.Kalau tidak beliau juga mungkin akan memilih Arab Saudi kerana hubungan baiknya dengan Raja Abdullah pemerintah dua Tanah Suci Mekah dan Madinah itu.Atau paling tidak hubungan baiknya dengan Teyyeb Erdogan membolehkan beliau berlindung di Turki.
Semuanya ini adalah spekulasi.Tidak ada siapa yang tahu apa akan terjadi enam bulan dari sekarang.Kita hanya boleh meneka dan menduga.Ketentuannya adalah ditangan Allah yang maha berkuasa.Barangkali seorang pejuang keturunan Bugis yang berani menempuh sekuat mana pun badai dan ombak sekali-kali tidak akan meninggalkan negara untuk menyelamatkan diri.Seperti Mahathir,maka DS Najib juga akan bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang bakal datang.
Apapun halnya kita mesti berdoa supaya yang baik-baik sahaja akan terjadi kepada kedua-dua mereka.Kita berdoa supaya tidak ada sesiapa dari terutama mereka berdua yang akan menggunakan peluang menang dan berkuasa untuk membalas dendam.Rakyat terbanyak rasanya bencikan tindakan membalas dendam dari sesiapa pun yang menjadi pemenang selepas PRU 14 nanti.
Kerana semuanya ini maka PRU 14 sebenarnya menjadi ibu segala pilihanraya.Ia bukan sahaja sengit dan membara tetapi membakar dan kalau silap langkah ia akan membawa perkara-perkara yang tidak dijangka.
Semoga Allah menyelamatkan Malaysia negaraku tercinta.
Thursday, January 25, 2018
Sunday, January 14, 2018
PERHITUNGAN PAS : BENAR ATAU SALAH UNTUK PRU 14
PRU 14 mungkin akan datang seratus hari dari sekarang.Rasanya tidak mungkin ia akan dibuat dalam Jun bulan terakhir bagi penggal pilihanraya ini.Ia juga tidak mungkin selepas DS Anwar bebas dari penjara.Tidak juga ada kemungkinan untuk dibuat dalam bulan Mei kerana berdepan dengan puasa dan hari raya.Ia nampaknya sangat sesuai dalam bulan April.
DS Najib dan sebahagian besar keluarganya serta ahli rombongan yang lain pada saat ini dari 8 hingga 12 Januari 2018 sedang membuat lawatan kerja ke Saudi Arabia.Tentunya DS Najib akan pergi ke Mekah dan Madinah untuk turut mengerjakan umrah.Barangkali mengambil kesempatan dengan peluang memasuki Baitullah di Masjidil Haram maka berdoalah Dato' Seri Najib untuk mendapat ilham bagi menentukan tarikh yang sesuai bagi pilihanraya 2018 ini.
Bila pulang ke Malaysia dari Mekah dan Madinah barangkali ilham Perdana Menteri akan datang dan tarikh membubar parlimen akan diumumkan.Lalu tirai pilihan raya akan dibuka secara resmi.Ibu segala pilihan raya akan datang dan terjadi jua.Hari penamaan calon akan ditentukan.Hari mengundi akan turut ditetapkan.Malaysia akan memasuki ke dalam sebuah pilihan raya yang sangat bersejarah.
RANCAKNYA POLITIK MALAYSIA
Rakyat Malaysia sejak selepas sahaja berakhir PRU 13 menanti-nanti pula kedatangan PRU 14.Begitulah rancaknya suasana politik di Malaysia sejak tempoh satu dekad yang lalu.Politik Malaysia menjadi begitu rancak di zaman pentadbiran DS Najib sebagai Perdana Menteri.Ia kelihatan lain dari masa-masa lalu.Suasana politik Malaysia dari 2009 sehingga sekarang bukan sahaja rancak tetapi panas menggelepar.Itulah istimewanya zaman pemerentahan DS Najib Tun Abdul Razak ini.
Ada sesuatu yang dapat memanaskan suasana dan membakar perasaan rakyat Malaysia dalam dekad kedua kurun ke 21 ini.Kematangan politik rakyat lebih terserlah dan rakyat menjadi lebih terdedah kepada perkembangan semasa di dalam dan di luar negara melalui media sosial yang pintunya terbuka luas.
Dalam tempoh pentadbiran DS Najib ini telah wujud dua pakatan pembangkang yang diwujudkan untuk menentang kerajaan UMNO/BN.Sewaktu menghadapi PRU 13 Pakatan Rakyat (PR) telah dibentuk.Ianya terdiri dari gabungan parti-parti seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR),Parti Islam se Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).Tentangan PR terhadap kerajaan UMNO/BN begitu sengit sehingga pemimpin-pemimpin UMNO begitu gerun kepada ancaman PR.Ketakutan UMNO/BN kepada PR sehingga menamakan PRU 13 sebagai ibu segala pilihan raya.Demikianlah juga sekarang ini dalam tahun 2018 bila berdepan dengan kedatangan pilihanraya yang baru ketakutan kepada barisan pembangkang mulai jelas kelihatan.
BACAAN PRU 13
Mari kita menyorot ke belakang untuk kesekian kalinya membaca dan menganalisa keputusan PRU 13.Dalam PRU ini 222 kerusi parlimen dipertandingkan diseluruh Malaysia Barat, Sabah dan Sarawak.Dalam PRU ini Barisan Nasional berjaya menguasai 133 kerusi manakala Pembangkang yang bersatu dalam Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi.
Dalam Pakatan Rakyat mengikut pecahannya Parti Tindakan Rakyat (DAP) memperolehi kerusi yang terbanyak iaitu 38.Ianya diikuti oleh PKR sebanyak 30.Sementara PAS paling sedikit sebanyak 21 kerusi sahaja.Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya dengan mendapat 133 kerusi sahaja.Kejayaan BN menguasai hanya 133 kerusi itu bukanlah kemenangan yang bergaya untuk dapat dibuat kenduri besar.Ia jauh pula daripada untuk disorak sorai dengan tepukan gemurah pemimpin dan ahli-ahlinya sebagai sebuah kejayaan gemilang.Ia gagal memperolehi kembali majoriti 2/3 parlimen seperti yang kerap dicapai dan dipertahankan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu.
Apa yang lebih mendukacitakan UMNO/BN ialah apabila untuk kali pertama dalam sejarah PRU Malaysia ;pembangkang dapat menguasai 52 peratus undi popular.Nasib baik politik Malaysia tidak memakai sistem politik Amerika Syarikat.Kalau tidak Putrajaya telah beralih tangan kepada pembangkang.
Perbezaan 44 kerusi yang membeza dan menjarakkan kedudukan Pakatan Harapan dan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya membentuk kerajaan Malaysia bukanlah terlalu jauh.Batas dan kedudukan ini sangat mendukacitakan DS Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional kerana selepas PRU 13 tugasnya semakin berat untuk menghadapi situasi dan cabaran lebih besar yang bakal datang.
Prestasi pilihanraya umum ke 13 di bawah pimpinan DS Najib dikatakan lebih mengeciwakan berbanding dengan PRU 12 ketika Tun Abdullah Badawi menerajui kepimpinan negara.Dikatakan DS Najib lebih teruk dari prestasi yang ditunjukkan Tun Abdullah.Penyokong dan pemimpin UMNO / BN sangat keciwa.
BACAAN DAN PERHITUNGAN POLITIK PAS
PAS membawa agenda Islam.PAS bukan setakat berpolitik tetapi turut berdakwah dalam waktu berpolitik.Islam dan politik mesti bergerak bersama dalam satu aspirasi secara holistik dan inklusif.Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.Itu pegangan PAS sejak dulu.Malah TG Haji Hadi menghukum kafir kepada sesiapa yang berpegang dengan kata-kata "Islam suku politik suku" (Islam lain politik lain)
PAS bukan setakat untuk menguasai Putrajaya tetapi untuk Islam dapat ditegakkan bersama dalam satu kerangka pemerentahan negara.Itu yang sekarang ditegas dan diperjuangkan TG Haji Hadi Presiden PAS sekarang.
Kejayaan PAS memperolehi hanya 21 kerusi Parlimen tidak sampai ke mana-mana untuk menjayakan visi dan misi PAS menegakkan Islam sebagai cara hidup di Malaysia.Bila dihitung daripada 89 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat; kerusi yang dimenangi oleh ahli parlimen beragama Islam hanya sebanyak 39 kerusi sahaja (bila dicampur antara kerusi yang dikuasai PAS dan PKR).Ini jauh dari memadai untuk menggerakkan agenda Islam dalam pemerentahan di Malaysia.Ini sangat mengeciwakan PAS.
Bertolak dari kekeciwaan ini PAS terpaksa membuat perhitungan baru.Muhasabah segera dibuat selepas PRU 13.Reformasi dan transformasi perlu dilaksanakan dalam PAS kalau sekiranya visi Islamnya perlu dijayakan.Ini membawa kepada tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat perlu dikaji semula.
Memang semenjak urusan pembahagian kerusi sebelum menjelang pilihan raya ke 13 lagi pun telah timbul rasa tidak puashati berkaitan agihan kerusi yang diputuskan oleh Majlis Pakatan Rakyat.PAS terpaksa menerima keputusan berkenaan atas semangat kerjasama dalam Pakatan Rakyat.Agihan kerusi yang diperuntukan kepada PAS dikira tidak mencukupi dibandingkan dengan rakannya PKR dan DAP.
Timbul pula isu Hudud yang telah lama dibawa dan diperjuangkan PAS.Samada DAP atau PKR masing-masing tiba-tiba tidak menunjukkan semangat setiakawan dalam gabungan mereka dengan tidak menyokong perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Malaysia.Rancangan PAS untuk mengangkat Hudud tidak diperkenankan oleh rakan PKR dan DAP.Ini melukakan hati PAS.
Perbedaan pendekatan dan halatuju parti-parti dalam komponen PR menjadi penghalang besar untuk tidak membenarkan PR terus kekal lama dalam politik pembangkang.
Tentangan dari rakan-rakan PAS dalam PR membawa rasa tawar pemimpin-pemimpin PAS untuk terus kekal berpayung dibawah Pakatan Rakyat .Kekeciwaan ini dikibas pula oleh UMNO untuk memanaskan permusuhan antara PAS dan rakan-rakan komponennya yang lain itu.Media arus perdana memainkan peranan untuk melaga-lagakan antara mereka yang sudah mula naik tocang.Krisis dalam Pakatan Rakyat mula membengkak dan berdarah.
PECAHNYA PAKATAN RAKYAT
Dalam krisis yang sedang meuncak itu Presiden PAS menekankan bahawa telah " wujud kaadaan yang tidak seimbang pada kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam" sebagai hasil dari kerjsamanya bersama Pakatan Rakyat.Ini membawa kepada keputusan Presiden PAS untuk melakukan "muraja'ah" semula terhadap "tahaluf siyasi" bersama Pakatan Harapan.
Pada akhirnya PAS mengambil keputusan keluar dari menganggotai Pakatan Rakyat.PAS bukan tidak mengakui bahawa kerjsama mereka dengan Pakatan Rakyat hampir berjaya menjatuhkan UMNO /BN.Bukan PAS tidak menyedari kerjasama mereka bersama dalam PR telah berjaya memperolehi undi popular sehingga 52%.
Tetapi nampaknya kebencian PAS kepada DAP serta juga sangat sangsi kepada kejujuran PKR mendesak mereka untuk tidak lagi meneruskan lagi ikatan perkongsian untuk bergerak bersama di medan politik.
UMNO mengintai perkembangan dan cepat menghidu kelemahan musuh.Inilah pula waktunya UMNO mulai mendekati PAS.Mereka mulai menghulurkan tangan persahabatan dan menawarkan kerjasama.Bantuan dan pertolongan UMNO /BN mulai disebut dan diberikan kepada bukan sahaja pemimpin PAS tetapi kerajaan PAS.Hubungan UMNO - PAS mulai terjalin.Kemesraan mereka berdua mulai bertaut.Ini membawa kepada pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti boleh saling bertukar fikiran untuk kepentingan bersama.Ini membawa mereka untuk naik dan berdiri duduk di atas yang pentas sama dalam beberapa majlis.
Memang pula ada terdengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa selepas PRU 13 terdapat beberapa usaha dilakukan oleh UMNO untuk mengajak PAS berkongsi dengan mereka bagi menjatuhkan DAP dan PKR di Selangor.Apa yang dilakukan UMNO di Perak sehingga berjaya negeri itu dikuasai UMNO / BN ingin pula dijayakan di Selangor.Dikatakan Presiden PAS telah pernah berunding dengan pehak UMNO/BN bagi merealisasikan cita-cita tersebut.Bagaimana pun rancangan itu telahj gagal kerana gagalnya usaha membeli ADUN DAP atau PKR supaya berpaling tadah.
Semuanya itu membayangkan bahawa langkah kerjasama PAS-UMNO kelihatan telah berputik sejak selepas PRU 13.Ianya mungkin berlaku berikutan dari kekeciwaan PAS dalam banyak urusan bersama Pakatan Harapan.
UMNO / BN sangat menyedari tentang krisis yang melanda dalam rumahtangga Pakatan Rakyat.Pendek cerita UMNO/BN mencari jalan untuk memecahkan PR.Ini berjaya dilakukan apabila ramai pemimpin PAS dapat diyakinkan oleh UMNO untuk menerima cadangan-cadangan mereka.Peluang itu tiba apabila PAS mahu membawa Hudud untuk dibentangkan di Parlimen.Pada perhitungan UMNO Hudud terlalu besar dan didapati berat serta sukar untuk "diusung" dan di bentang serta dibahaskan di Parlimen.UMNO barangkali berbincang dengan PAS supaya satu bahagian daripada Hudud terlebih dahulu dibawa dan dibentang di parlimen.Di sinilah mula timbulnya perkara RUU 355.Ia nya adalah suatu cadangan peraturan untuk meminda dan menaikkan taraf hakim dan Mahkamah Syariah itu sendiri.Kedudukan dan status hakim serta institusi Mahkamah Syariah itu sendiri jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kedudukan Mahkamah sivil yang lain di negara ini.
Para pemerhati politik cenderung melihat langkah memberi laluan kepada PAS untuk membawa RUU 355 ke parlimen sebagai suatu muslihat.Ia bertujuan untuk menampakkan bahawa UMNO memang benar-benar ingin bekerjasama dengan PAS. Laluan itu diberikan kepada PAS walaupun PAS itu adalah pehak pembangkang.Ia dilakukan demikian katanya lebih bertujuan untuk mengambil hati PAS.Sebarang rang undang-undang yang dibawa untuk dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat sebelum ini semuanya dilakukan oleh wakil kerajaan.
Walau bagaimna pun wakil Marang selaku Presiden PAS diberikan tugas itu.TG Haji Hadi barangkali merasa begitu teruja dengan jemputan dan permintaan dari UMNO sehingga secara tergesa-gesa pula membawa RUU 355 untuk dibentangkan di parlimen.Dikatakan perkara tersebut masih diperingkat perbincangan dikalangan anggota panrel panel PAS yang membina Rang undang-undang tersebut.Dikatakan juga rang undang-undang itu perlu terlebih dahulu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu selaku ketua agama untuk diterima sebelum dibawa kepada parlimen.
Walaupun telah ditetapkan PAS akan membawa usul dan cadangan RUU 355 namun sebelum saat dibentang pun telah timbul bangkangan dan tentangan-tentangan dari pihak yang tidak bersetuju dengan perkara dan orang yang akan membentangkannya.Walaupun UMNO menampakkan sokongan kepada RUU 355 tetapi parti komponen BN yang bukan Islam jelas tidak bersedia memberi laluan untuk RUU 355 itu disenarai untuk dibentangkan.
UMNO kelihatan bersusah payah untuk meyakinkan PAS dalam usaha mengambil hati PAS terutama TG Haji Hadi.Usaha dilakukan UMNO supaya RUU mendapat laluan untuk dapat dibentangkan dahulu.Sekurang-kurangnya biarlah ianya itu dapat dibentangkan dulu.Perkara membahas,menerima atau menolaknya akan dikira kemudian.
Amaran yang diberikan oleh MCA terutamanya kepada DS Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional untuk tidak memberi laluan kepada RUU 355 bukan perkara remeh untuk dilanggar begitu sahaja.Sokongan MCA kepada UMNO penting untuk mengekalkan wibawa dan survival UMNO/BN.MIC yang kelihatan lebih banyak berdiam diri terhadap isu ini juga membimbangkan. .DS Najib takut kehilangan sokongan.
APAKAH UMNO YANG TIDAK IKHLAS.
Dipendekkan cerita pada akhirnya RUU 355 hanya berjaya dibentangkan oleh Tuan Guru Haji Hadi di Parlimen.Ia sama sekali tidak lagi diberikan ruang untuk dibahaskan.Walaupun RUU 355 diberikan sokongan oleh Taqiyuddin selaku Setiausaha Agong PAS melalui ucapan panjang selama dua jam yang disampaikan olehnya.Namun semuanya terhenti setakat itu.Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia tidak membuka lagi RUU 355 untuk dibahaskan.PAS masih mengharapkan ianya dapat di bahas dalam persidangan parlimen bersama dengan sessi pembentangan bajet 2018.Itu pun tidak menjadi.Perjalanan RUU 355 barangkali hanya setakat itu.
Timbullah pertanyaan adakah UMNO begitu ikhlas setelah beria-ia benar ingin membawa sendiri RUU 355 selepas ianya menimbulkan rasa tidak senang dari anggota-anggota parlimen bukan Islam di Dewan Rakyat.Benarkah UMNO sungguh-sungguh menyokong RUU 355 untuk dibentangkan sendiri oleh mereka pula.Bila pada akhirnya UMNO sendiri kelihatan mendiamkan diri maka setengah pemerhati melihat bahawa semuanya itu tidak lebih dari sebuah sandiwara yang dimainkan UMNO.Apa tidaknya PAS nampaknya tertipu.Banyak pehak berpendapat begitu.
Pengalaman PAS cuba berbaik dengan UMNO dengan keluar dari Pakatan Rakyat tak ubah untuk dikatakan seperti "burung terbang di pipiskan lada".Ia juga tak uban seperti "mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan".Sesudah semuanya maka PAS menerima nasinb malang. Nasib malang itu mungkin bertimpa-timpa .Ianya "bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga".
PAS INGIN BERJUANG SENDIRIAN
Barangkali PAS keciwa dengan sikap UMNO yang memperdayakan mereka dengan RUU 355.
UMNO bagaikan "jinak-jinak merpati mahu ditangkap ianya lari".PAS yang menaruh harapan pada UMNO untuk menjayakan RUU 355 sebagai langkah pertama untuk melaksanakan Hudud telah digagalkan oleh UMNO yang berpura-pura untuk membantu.PAS sebenarnya telah masuk perangkap UMNO.Bukan sahaja PAS perlu menyesal kerana keluar dari Pakatan Rakyat tetapi merasa lebih kesal kerana ditipu oleh UMNO pula.
Inilah yang pernah ditegaskan oleh allahyarham TG Nik Aziz supaya jangan sekali-kali cuba berbaik dengan UMNO.Jangan PAS memasuki lubang yang sama untuk kedua kalinya.Ular pasti akan mematuknya.Ini yang terjadi.Pengalaman PAS bersama UMNO dalam Barisan Nasional dulu cukup menjadi pengajaran.Sejarah telah berulang kembali.Ia sekali lagi mengajar PAS.
Sejak kegagalan RUU 355 di Dewan Rakyat sikap pemimpin PAS terhadap UMNO /BN kelihatan sedikit kendur.Meskipun demikian untuk PAS berterus terang menunjukkan rasa benci kepada UMNO pada ketika ini adalah sangat tidak bijak.Kerana itu PAS lebih banyak memendam rasa.Pemimpin PAS mulai sedar betapa kesilapan mereka perlu ditutup supaya tidak dipandang oleh penyokong mereka.Kalau itu terdedah mereka akan dikutuk oleh penyokong mereka.PAS mungkin bakal kehilangan penyokong kerananya.
Bertolak dari semua senario itu akhirnya PAS mengambil keputusan untuk memasuki PRU 14 secara sendirian.Mereka berkeyakinan tinggi bahawa mereka mempunyai cukup perkakas dan jentera untuk berjuang sendirian.
PAS DAN PAKATAN HARAPAN
Runtuhnya Pakatan Rakyat digantikan oleh Pakatan Harapan dalam tahun 2016..Apabila PAS keluar dari PR dua anggota komponen PR yang terus kekal adalah PKR dan DAP.Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan ini menggabungkan dua anggota baru iaitu AMANAH yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan dari PAS serta Parti BERSATU (PPBM) di Pengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pakatan Harapan sangat berharap supaya PAS masih bersetuju untuk bersama mereka dalam PH.Usaha-usaha dilakukan untuk mengajak serta memujuk PAS menyertai PH.Keenggana pucuk pimpinan PAS untuk bersama PH telah menamatkan sebarang usaha lanjut untuk berbaik-baik dengan PAS.Pakatan Harapan melalui kenyataan Tun Mahathir pada akhirnya mengambil langkah berpatah arang dan berkerat rotan dengan PAS.Krisis PAS -Pakatan Harapan mulai panas membara.Cabar mencabar antara pemimpin kedua pehak mulai terjadi secara meluas
Krisis PAS-Pakatan Harapan di panaskan lagi dengan peranan UMNO/BN untuk menangguk di air keruh.Pada UMNO biar krisis itu membesar dan membuak.Di akhir-akhir ini senapang PH tidak banyak ditujukan kepada UMNO/BN tetapi banyk pula ditujukan kepada PAS.Ini waktunya UMNO / BN dapat menarik nafas lega.Itulah permainan politik.
Sikap mesra yang ditunjukkan PAS terhadap UMNO ditafsirkan sebagai PAS dan UMNO sedang dilamun asmara dana .Walau bagaimana pun tidak ada sebarang perjanjian yang ditanda tangani antara kedua pehak bagi menjelaskan sebarang pakatan atau kerjasama antara kedua-duanya.
Walau apa pun kemesraan yang pernah ditunjukkan oleh PAS terhadap UMNO mungkin juga dipengaruhi oleh rasa bosan PAS yang berpuluh tahun berjuang tetapi masih juga gagal untuk menguasai kerajaan.PAS barangkali berpegang pada kata-kata "when you cannot beat him joint him" (Bila kamu tidak dapat mengalahkannya maka berbaiklah dengannya).Mungkin dengan cara ini kedua-dua pihak akan saling bergantung untuk mempastikan kemenangan itu pada akhirnya menjadi milik UMNO /BN.Bila PAS telah begitu berbudi pada UMNO takkanlah UMNO akan melupakan PAS samasekali.Tentu ada ganjaran dan upah yang berbaloi selepas PRU nanti diberikan kepada PAS.
CITA-CITA KEMENANGAN PAS
TG Haji Abdul Hadi Presiden PAS acapkali menyebutkan bahawa tujuan PAS berpolitik bukan semata-mata untuk mendapat majoriti 112 kerusi yang membolehkan mereka untuk memerintah negara.Tugas PAS lebih jauh daripada itu iaitu terutamanya untuk membawa wadah Islam bagi menggantikan sistem sekular yang membawa kerusakan kepada pentadbiran negara selama ini.Kalau tidak lagi berjaya menguasai Putrajaya pun tidak mengapa asalkan beberapa negeri dapat dipewrintah sepenuhnya oleh PAS.
Lalu pada akhirnya dengan slogan politik matang dan sejahtera PAS memberikan fokus untuk mengekalkan pemerentahan mereka di Kelantan.PAS akan berusha untuk merampas kembali Terengganu dan juga Kedah yang pernah mereka kuasai sebelum ini.
Apakah cita-cita ini akan menjadi kenyataan tatkala PAS merasa begitu kuat dan yakin untuk mengharungi PRU 14 kali ini dengan diri sendiri sahaja.Pengalaman PAS di masa lalu menunjukkan pada waktu mereka bersendirian tidak banyak kerusi yang berjaya mereka tawan.Sewaktu mereka bekerjasama dengan Barisan Alternatif bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan Semangat 46 maka Kelantan dapat ditawan dari Barisan Nasional tahun PRU 1990.PAS berjaya menguasai Kedah sewaktu mereka bersama dalam Pakatan Rakyat contohnya.
Adakah dengan bersendirian untuk memasuki PRU 14 PAS akan dapat mencapai cita-citanya.Atau dengan pendekatan itu PAS akan kalah teruk dalam PRU 14 ibus segala PRU tahun 2018 ini.Adakah langkah PAS untuk kekal bersendirian itu merupakan langkah yang benar-benar bijak untuk menjayakan semua matalamat terutama matalamat menjayakan agenda besar memartabatkan Islam dalam pemerintahan di Malaysia akan benar-benar menjadi kenyataan.
PRU 14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi dari sekarang akan menjawap semua teka-teki ini,Samada UMNO / BN akan kekal berkuasa atau Pakatan Harapan berjaya menumbangkannya juga menjadi sesuatu yang sangat ditunggu dan dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia.
Apa yang lebih nyata ialah apabila Pakatan Harapan telah pun menamakan bakal Perdana Menteri dan Timbalannya dalam Konvensyen PH di Shah Alam beberapa hari lalu ianya menunjukkan bahawa PAS samasekali tidak ada lauian lagi untuk bersama PH.Apalagi dalam konvensyen yang sama pembahagian kerusi antara parti-parti komponen dalam PH juga telah dibuat dan ditentukan.
Peluang yang masih terbuka kalau PAS ingin membentuk gabungan adalah dengan UMNO.Apakah ini sesungguhnya akan terjadi?.Sekiranya sehingga apabila parlimen dibubarkan sedang PAS masih belum menentukan siapa kawannya untuk bersama bertarung dalam PRU 14 maka ini bermakna PAS bakal jalan berliku yang sangat sarat dengan risiko.
PAS DAN PERTANDINGAN TIGA PENJURU
Kalau sekiranya PAS tetap istiqomah dengan pendiriannya untuk tidak mencari rakan kongsi selain dari berharap kepada Gagasan Sejahtera dan sokongan NGO semata-mata untuk menjamin kemenangannya adalah penuh risiko.Banyak pihak tidak yakin bahawa Gagasan Sejahtera yang menggabungkan ikatan PAS dengan parti pimpinan Kadir Sheikh Fadzir adalah tidak seberapa kalau dibandingkan dengan peranan yang telah dimainkan oleh Pakatan Rakyat dalm melonjakkan kemenangan PAS seperti dalam PRU 13.
Dengan pendirian semasa yang diambil PAS sekarang maka sahlah bahawa PRU 14 yang akan datang tak lama lagi itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru .UMNO dan Dato'Seri Najib akan mengetuai 13 parti-parti komponen yang membentuk Barisan Nasional akan berdepan dengan dua buah pakatan pembangkang.
Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohammad akan memimpin tiga buah parti politik dibawahnya yang terdiri dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia,PakatanRakyat dan Amanah.Pakatan Harapan mempunyai kekuatannya sendiri kerana memiliki Tun Mahathir,Tan Sri Muhyiddin Yasin,DS Anwar Ibrahim (walaupun masih dalam penjara).Demikian juga pengaruh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang akan berjaya menarik sokongan kaum cina.Amanah juga dipercayai akan berjaya menarik sokongan ahli-ahli PAS yang keciwa dengan pendekatan PAS pimpinan TG Haji Hadi sekarang.PKR mempunyai kekuatan dan kedudukannya yang tersendiri kerana telah berpuluh tahun berjuang dan bergerak atas platform reformasi yang disokong rakyat pelbagai kaum.
PAS JADI PENENTU KERAJAAN.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS menjangkakan bahawa tidak ada satu pun parti yang akan dapat kerusi yang mencukupi dalam PRU 14 sehingga boleh membentuk kerajaan dengan sendiri.Dengan yang demikian beliau turut berpendapat bahawa sekiranya PAS berjaya mencapai sasarannya untuk menang 40 kerusi parlimen ,maka PAS akan menjadi tempat pergantungan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.Ini adalah kerana untuk membentuk kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi.
Bersama dengan Gagasan Sejahtera yang tidak begitu menyerlah apakah boleh diharapkan PAS akan mencapai cita-citanya.Apakah PAS akan berjaya menjadi "King Maker" dengan strategi dan segala macam kelemahan yang dimilikinya sekarang.Rakyat sahaja yang berkuasa untuk menentukannya.
Dalam PRU 13 PAS bersama Pakatan Rakyat bertanding 65 kerusi parlimen tetapi hanya berjaya memperolehi 21 kerusi parlimen sahaja.Kita menunggu PRU 14 dengan seribu pertanyaan.Hanya keputusan PRU 14 akan menjawab semua pertanyaan yang sekarang dikemukakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, January 9, 2018
SENARIO POLITIK MALAYSIA SELEPAS PRU 13:
Soalan apakah UMNO / BN akan kalah dalam pilihanraya umum (PRU) ke 14 tahun 2018 masih menjadi tanda tanya bagi banyak pehak.Dia ditunggu oleh banyak orang di dalam dan di luar Malaysia.PRU 14 dikatakan ibu segala pilihanraya.PRU 13 yang berlangsung tahun 2013 juga pernah dikatakan sebagai ibu segala pilihanraya.Nampaknya cuaca politik Malaysia di zaman pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri berada dalam suatu suasana yang tidak menyenangkan.Ia panas dan kedudukannya sebagai seorang Perdana Menteri adalah tergugat.
KESAN PRU 13
PRU 13 datang dalam suasana kebangkitan Pakatan Rakyat (PR) .PR yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat,PAS.dan DAP.Pakatan ini memberikan persaingan kuat kepada kerajaan UMNO /BN yang dipimpin DS Najib Razak.DS Najib Razak baru berada di kerusi Perdana Menteri selama hampir empat tahun ketika PRU itu diadakan apabila dikira tempoh jawatannya bermula April 2009.
Tun Abdullah Badawi diminta untuk melepaskan jawatanya lebih awal dari masanya.Ini didorong oleh beberapa faktor.Faktor utamanya adalah kekalahan teruk UMNO / BN dalam PRU 12 tahun 2008.Kerajaan hilang dua pertiga majoriti dalam Parlimen.Pentadbiran Tun Abdullah Badawi dikatakan lembik dan kurang berwibawa.Barangkali juga beliau kurang sehat kerana sering dilihat be sering tertidur dalam banyak majlis di dalam atau luar negara.Pengaruh menantunya Khairy Jamaluddin yang kuat ke atas pentadbiran Tun Abdullah juga dijadikan alasan.
Kekalahan teruk yang dialami oleh Tun Abdullah dalam PRU 12 juga senasib diterima DS Najib dalam PRU 13. Sekali lagi kerajaan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.Kemenangan UMNO / BN yang tidak bergaya itu menimbulkan bukan sahaja kritikan dari dalam dan luar UMNO / BN.Tun Dr Mahathir bekas Perdana Menteri yang pernah turut memainkan peranan mengangkat Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri merasa keciwa.Demikian keciwa Tun M pada Tun Abdullah demikian juga keciwanya beliau dengan pencapaian DS Najib dalam PRU 13 ini.Kritikan Tun Mahathir kepada kelemahan DS Najib bermula lebih rancak setelah nasehatnya secara baik kelihatannya tidak dipedulikam Najib.

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO.
Tindakan Tun Dr Mahathir meninggalkan UMNO bukan perkara baru baginya.Ia telah pernah dipecat dari UMNO dalam zaman pentadbiran YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj.Tun M juga pernah keluar UMNO di zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi walaupun kemudiannya kembali menyertai UMNO selepas itu.Kembalinya beliau kepada UMNO dalam kaadaan jiwa yang luka dan kekeciwaan yang kian menekan.
Berbeza di zaman pentadbiran DS Najib apabila Tun Mahathir bukan sahaja meninggalkan UMNO tetapi lebih parah kesannya kepada UMNO / BN apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.Mereka tiga serangkai ini merupakan harimau luka.Mereka adalah bekas-bekas pemimpin UMNO yang telah lama berada dalam tampok kekuasaan UMNO terutama Tun M dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KRISIS POLITIK MALAYSIA
Tempoh kedua pentadbiran DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia (2013-2018) adalah suatu tempoh kritikal dalam politik Malaysia.Kejayaan pembangkang yang dipimpin Pakatan Rakyat dalam PRU 13 di mana PR menguasai sehingga 52% undi popular adalah sesuatu yang sangat mengejutkan UMNO /BN.Suasana mesyuarat Parlimen sentiasa kecoh dengan siri-siri pertikaman lidah antara ahli parlimen kerajaan dengan pembangkang.Sesuatu isu yang dibangkitkan sering menjadi panas.Speaker Dewan Rakyat sentiasa tertekan dengan suasana hingar bingar dan sesuatu perdebatan seolah-olah berlaku di luar kawalan.Pengalaman ahli-ahli pembangkang keluar meninggalkan dewan juga bukan terjadi sekali dua malah acap kali.Parlimen kadang-kadang kelihatan riuh rendah seperti di pasar ikan.Budi bahasa sesetengah ahli-ahli parlimen pembangkang atau kerajaan sudah menurun rendah dan kelihatan tidak sopan dalam berhujjah.Dewan yang mulia itu sudah hilang kemuliaannya.
Serangan peribadi seorang Timbalan Menteri kepada Ahli Parlimen PKR Teresa Kok satu waktu yang lalu telah menjadi isu panas.Ia serangan peribadi yang dilihat oleh kebanyakan orang yang bermoral sebagai sesuatu yang keterlaluan.Seorang menteri sebuah kerajaan yang bermoral tidak sepatutnya berbuat demikian.Ia kelihatan merendahkan martabat parlimen yang dipandang mulia itu.Seorang ahli parlimen pembangkang kemudian menuduh Timbalan Menteri berkenaan sebagai biadap dan "sial".Peristiwa itu tidak habis di situ sahaja apabila kumpulan yang menyokong Timbalan Menteri berkenaan kemudiannya datang ke kawasan parlimen untuk mengambil tindakan secara tidak sepatutnya kepada ahli parlimen yang mengeluarkan kata-kata demikian.Semuanya ini adalah sejarah baru yang dirakamkan dalam sejarah Parlimen Malaysia.
BENCANA ALAM DAN MALA PETAKA.
Setahun selepas pilihanraya 2013 banjir besar melanda negeri-negeri pantai timur semenanjung.Banjir besar akhir tahun 2014 yang melanda negeri Kelantan merupakan banjir terbesar selepas banjir air merah tahun 1927 yang pernah menyerang Kelantan.Rumah,harta benda dan nyawa telah menjadi mangsa banjir dengan menelan kos beratus juta ringgit.Kerja-kerja pemulihan banjir bukan sahaja mengambil masa lama tetapi menelan belanja yang juga besar.Kerja-kerja pemulihan banjir oleh kerajaan sehingga saat ini pun masih belum selesai semuanya.Rumah-rumah yang dicadang untuk dibangunkan kerajaan kepada rakyat miskin yang dipindahkan dari kawasan bencana masih belum sepenuhnya dapat disiapkan sehingga sekarang.
Dalam kaadaan politik negara yang panas di sana sini Malaysia dikejutkan pula dengan kehilangan kapal terbang MAS yang dipandu tidak sampai pada destinasinya Beijing.Kehilangannya menjadi misteri kerana sehingga saat ini bangkai pesawat dan semua penumpang serta anak-anak kapalnya hilang ghaib begitu sahaja.Tekanan dari waris-waris penumpang serta kos yang ditanggung oleh MAS dan kerajaan Malaysia dalam mengendalikan segala urusan berkaitannya bukan sahaja menelan belanja ratusan juta lagi tetapi tekanan-tekan psikologi yang lain menjadikan Malaysia yang sudah tertekan menjadi lebih terhimpit.
Tidak berakhir di situ apabila kemudiannya Malaysia mendapat kejutan yang lebih besar dengan penerbangan MAS dari Belanda ke Kuala Lumpur melalui ruang udara yang sedang bergolak perang di angkasa Ukraine Russia.Kapal terbang MAS dengan lebih 280 penumpang dan anak kapal itu ditembak jatuh pecah bertaburan di ladang gandum di daerah yang dilanda perang itu. Peristiwa malang itu bukan hanya kesedihannya ditanggung oleh Malaysia tetapi seluruh negara di mana rakyat masing-masing menjadi korbannya.Apalah malangnya nasib Malaysia untuk sekali lagi menerima ujian besar ini.Tidak sedikit pula beban kewangan dan tekanan-tekanan psikologi yang terpaksa di tanggung oleh pihak-pihak yang terlibat dengannya secara dekat.
Sesungguhnya tempah lima tahun selepas PRU 13 adalah tempoh yang sangat mencabar dalam kehidupan Malaysia.Ia bukan sahaja berkaitan politik tetapi ekonomi dan sosialnya.Ia melibatkan hal -hal antarabangsa yang perlukan penyelesaian tuntas untuk menghadapinya.
CABARAN POLITIK
UMNO sangat menginsafi bahawa kekuatan pembangkang dan barisannya adalah kerana wujudnya Pakatan Rakyat sehingga berjaya memperolehi 52% undi popular dalam PRU 13.Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS,DAP dan PKR itu memberikan goncangan kuat kepada UMNO / BN dalam PRU 13.
Politik Malaysia memasuki kurun ke 21 dengan kemunculan parti-parti pembangkang yang dari masa ke semasa menjadi semakin kuat dan matang dalam menghadapi UMNO / BN. Karenah dan kelemahan kerajaan dicari dan didedahkan dengan seluas-luasnya.Setiap kelemahan kerajaan dipergunakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat supaya kerajaan pemerentah segera perlu ditukar.Slogan "Ini kalilah" menjadi satu slogan supaya dalam PRU 13 dulu dijadikan masanya supaya rakyat jatuhkan kerajaan pimpinan DS Najib.UMNO / BN di katakan telah lama memerentah.Kerana lamanya berkuasa sejak merdeka ia dituduh sebagai tidak lagi mempedulikan rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO dituduh mengamalkan rasuah dan tidak lagi memperjuangkan kepentingan Melayu.UMNO / BN dikatakan tidak lagi relevan untuk membawa Malaysia maju ke depan terutama dalam memenuhi aspirasi rakyat yang semakin maju dan berubah.
UMNO sangat-sangat menyedari dan menginsafi akan kekuatan barisan pembangkang yang bernama Pakatan Rakyat itu.Kekuatan tokoh-tokoh terbilang dalam Pakatan Rakyat seperti DS Anwar Ibrahim Penasehat Umum PKR,TG Nik Aziz (allahyarham) sebagai Mursyidul Am PAS,TG Haji Abdul Hadi Presiden PAS serta beberapa pemimpin DAP seperti Karpal Singh (mendiang),Gobind Singh Deo (anak Karpal),Lim Kit Siang (veteran pejuang DAP yang lama berjuang),anaknya Lim Guan Eng merupakan tunggak kukuh yang mengancam masa depan UMNO / BN di Malaysia.
UMNO mengambil segala langkah untuk bukan sekadar mengekang kebangkitan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 14 tetapi untuk berusaha sekurang-kurangnya melumpuhkan kalau pun gagal untuk menghapuskannya.Pasukan pemikir UMNO / BN berusaha keras memikirkan sehingga terhasil beberapa pendekatan yang munasabah.
Ungkapan DS Najib "Tsunami Cina" bagi menggambarkan merudumnya sokongan masyarakat Cina Malaysia kepada UMNO / BN dalam PRU 13. Ungkapan itu menimbulkan rasa tidak senang hati kepada seluruh masyarakat cina Malaysia terhadap PM.Apa pun tsunami cina terjadi kerana masyarakat cina sudah bosan dengan peranan MCA yang hanya bersikap "Yes Man" kepada apa sahaja yang dibuat oleh UMNO.MCA dituduh oleh orang cina Malaysia sebagai sudah tidak relevan lagi untuk memperjuangkan aspirasi kaum mereka sendiri.Mereka beralih dengan menyokong Pakatan Rakyat yang lebih segar dengan idea dan pendekatan politik baru yang lebih mesra ke arah perpaduan kaum serta tidak bernada rasis.Sebahagian besar cina penghuni bandar tidak lagi percayakan MCA / BN.Dalam PRU 13 mereka beralih arah.
Pendekatan PAS "PAS For All" lebih menjiwai keinginan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.Masuknya PAS dalam Pakatan Rakyat menjadikan orang Cina dan Siam pun mengundi dan percayakan PAS lebih dari UMNO / BN.Perbezaan ugama nampaknya tidak menjadi halangan dalam PRU 13.Itulah rashia kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU 13.Mereka memahami selera rakyat pelbagai kaum di Malaysia melebihi dari sikap UMNO yang kelihatan mengamalkan dasar perkauman yang menebal.Ternyata rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah bosan dengan sentimen perkauman yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.
Sebebarnya keinginan UMNO/BN untuk memecahkan bentang Pakatan Rakyat sudah bermula sejak seawal selepas PRU 13 lagi.Tun Mahathir yang masih lagi ahli UMNO ketika itu manyatakan rasa keciwa yang amat sangat dengan merudumnya kepercyaan rakyat kepada UMNO / BN.Beliau mengeluarkan kenyataan yang cukup pedas dalam membandingkan kegagalan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dalam PRU 12 dengan kegagalan DS Najib dalam PRU 13.Kalau dulu prestasi Tun Abdullah sudah begitu teruk dalam PRU maka DS Najib dengan PRU 13 nya adalah lebih teruk.Demikian kata Tun Mahathir.Ia terjadi diluar dari jangkaan nya sendiri walaupun beliau telah memberi amaran bahawa hal-hal seperti itu perlu diberikan kewaspadaan sebelum itu.Ini sangat mengeciwakan pemimpin veteran itu.
USAHA PECAH DAN BELAHKAN PAKATAN RAKYAT.
Dalam PRU 13 sewaktu PAS berada dalam Pakatan Rakyat dengan slogannya PAS for All;parti itu mengambil pendekatan yang sangat lembut terhadap kaum Cina dan India di Malaysia.Isu agama tidak lagi dijadikan alasan untuk bekerjasama dengan penduduk bukan Islam Malaysia.Mereka mengambil pendirian " dakwah merentasi ugama,kepercayaan dan bangsa".Mereka juga memakai kaedah " bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam semua perkara berkaitan hubungan dan kepentingan bessama dalam Pakatan Rakyat.Ini berjaya meraih sokongan bukan Melayu kepada parti mereka.Inilah jalan yang sangat disenangi oleh TG Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS ketika itu.Nik Aziz sedia berjabat tangan tangan dan berpelukan dengan Kit Siang dan sehingga sanggup datang untuk meraikan sambutan hari jadi Karpal Singh di Pulau Pinang.
Sesungguhnya kematian Karpal Singh dan TG Nik Abdul Aziz barangkali diraikan oleh UMNO / BN.Ini dari segi politiknya; kerana kedua-dua mereka adalah tokoh besar yang telah berjaya memainkan peranan penting menggerak dan menentukan halatuju parti masing-masing dalam menentang UMNO/BN.
UMNO / BN sangat cemburu akan kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat.Sejak dalam kempen PRU 13 pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada PAS tentang kesediaan mereka bergabung dalam Pakatan Rakyat yang disertai oleh DAP.DAP diwarwarkan sebagai parti chauvinis anti Melayu dan anti Islam .UNMO menuduh DAP anti Raja-Raja Melayu dengan menegakkan konsep Malaysian Malaysia.UMNO hairan bagaimana PAS boleh dibeli dan diperkudakan oleh DAP.Gambar-gambar kartun menghina Haji Hadi dan TG Nik Aziz disebarkan di mana-mana untuk menunjukkan pakatan PAS-DAP-PKR adalah sebuah pakatan tanpa hala.Ia tidak akan sampai ke mana kerana ketua masing-masing mempunyai pendirian yang jauh berbeza.Dalam kaadaan yang sama UMNO sangat takutkan pakatan itu akan berterusan.UMNO sangat takut pakatan itu akan menjadi bertambah kuat dan ini akan menamatkan penguasaan mereka di Putrajaya.
Hudud adalah undang-undang Islam yang diperintahkan Allah untuk dilaksanakan.Ia mesti menggantikan undang-undang sekular bagi sebuah negara yang mendaulatkan Islam sebagai Ugama Persekutuan.PAS telah lama memperjuangkan Hudud untuk dilaksanakan.Ia gagal dilaksanakan kerana UMNO / BN tidak berusha untuk membawanya ke parlimen untuk dibentang dan dibahaskan.Dari segi peraturan parlimen sebarang Rang Undang-undang kebiasaannya hanya di bawa oleh anggota dari pehak kerajaan.
Tiba-tiba timbul suatu Rang Undang yang bernama RUU 355 berkenaan dengan keputusan untuk meminda peraturan mahkamah Syariah di bawa untuk dibentangkan di Parlimen.RUU 355 adalah untuk menambah baik dan meningkatkan status Mahkamah Syariah.Ia bakal diberikan lebih kuasa untuk mendenda dan menghukum pesalah-pesalah Islam melalui keputusan hakim-hakim di Mahkamah Syariah.
Ura-ura pembentangannya di Parlimen menjadi gegak gempita seluruh negara.Setiap pemimpin dan rakyatnya memberikan pelbagai respon pro dan Kon.Pemimpin UMNO kerana Melayu dan Islamnya rata-rata menyokong walau ada juga yang menentangnya.MCA menentang habis-habisan RUU itu untuk di bawa ke Parlimen apa lagi untuk dilaksanakan.MCA dan orang-orang Cina bimbang akta itu adalah suatu permulaan kepada pelaksanaan hukum Hudud yang sejak lama ditentangnya.
Dalam Pakatan Harapan sendiri pun RUU 355 tidak begitu jelas disetujui atau tidak oleh anggota-anggota komponennya.PKR tidak jelas menyokong atau menolaknya.DAP lebih banyak mendiamkan diri pada peringkat awal.Pada akhirnya seperti yang selalu dikatakan oleh mendiang Karpal Singh; langkah dulu mayatnya sebelum Undang-Undang Hudud hendak dilaksanakan.Pada akhirnya DAP tidak bersetujui dengan RUU 355 itu dilaksanakan.
Benarkah ini suasana yang ditunggu-tungga oleh UMNO.Apakah UMNO bersandiwara dalam isu RUU 355 ini.Apakah jelas kelihatan bahawa UMNO benar-benar inginkan RUU 355 atau sesuatu yang berkaiatan dengan hukum Hudud itu benar-benar dilaksanakan di Malaysia.Adakah UMNO mengatur semuanya ini sebagai suatu strategi politik untuk sengaja menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat.Apakah bermula dengan isu ini maka UMNO akan mengatur langkah seterusnya untuk menghapuskan pakatan pembangkang itu pula.
Cuba lihat perkembangan selepas itu untuk melihat lebih jauh perjalanan isu ini.Selepas pembentangan pertama yang dilaksanakan oleh TG Haji Hadi di Parlimen.Riak-riak penentangan terhadap usul persendirian dari wakil Kemaman itu sedang terdedah.Ramai kalangan ahli dewan tidak selesa dengannya.Kemudian mereka yang bukan Melayu Islam itu secara terbuka menentangnya di media kalau pun merasa kekok untuk melakukannya di Parlimen.MCA secara lantang apabila Presiden MCA Liow Tiong Lai secara terbuka menentangnya.MIC juga walau tidak lantang bersuara tetapi tetap menampakkan tidak setuju mereka.
Untuk menampakkan bahawa UMNO bersetuju dengan PAS dan TG Haji Hadi; UMNO kemudiannya melangkah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa isu pembentangan RUU 355 akan diambil alih oleh kerajaan sendiri.Oleh UMNO sendiri.Tetapi langkah itu kemudian terhalang oleh penentangan yangsemakin kuat dari anggota komponen BN.Langkah UMNO dimatikan setakat cakap itu.Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berhenti dari memberikan sebarang kenyataan selepas itu.Sehingga ke masa TG Haji Hadi membentangnya untuk kali kedua dengan pindaan dan kemudiaanya di golong oleh Haji Taqiyuddin Hassan Setiausaha Agong PAS merangkap Ahli Parlimen Kota Bharu selepas itu.Ia nampaknya terhenti setakat itu.Ia gagal dibuka apa lagi untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Dalam sidang parlimen yang terakhir sewaktu sessi membincangkan Bajet 2018,Parlimen tidak menyenaraikan RUU 355 untuk dibahaskan.Dengan berakhirnya sessi tersebu sedangkan RUU masig belum dibahaskan maka dengan itu RUU 355 menutupkan kisahnya.Sebuah sandiwara nampaknya berjaya dipentaskan tetapi tiada kesudahan untuk dilihat kesimpulan dan natijahnya.Ia nampaknya bakal terkubur tanpa tanda tanpa nisan.Itulah nasib sebuah aginda Islam ditangan UMNO / BN.
Gambaran yang terbesar dari semuanya ini ialah bahawa Pakatan Rakyat berjaya dipecahkan.Ia berjara dipecahkan oleh UMNO /BN.Apabila DAP kelihatan mulai menentang sebarang pelaksanaan hukum Islam yang di bawa oleh PAS,maka pemimpin-pemimpin PAS melihatnya sebagai suatu pengkhianatan kepada kepada semangat perkongsian dalam pakatan itu.Ding dong yang berjalan bertahun-tahun selepas itu dalam hubungan yang tidak menentu tentang perhubungan PAS-DAP akhirnya menemui jalan buntu.
Muktamar PAS yang berlangsong di Kedah mengambil keputusan untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana keciwa dengan sikap anggota komponen yang lain yang tidak turut sama mendukung perjuangan yang di bawa PAS rakan komponennya.Keputusan PAS Keluar dari Pakatan Rakyat tidak pula dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak sebagaimana yang diura-ura sebelumnya dalam mencari penyelesaian kemelut berkenaan.
Agenda UMNO telah berjaya dilaksanakan.Ia bukan sahaja memusnahkan Pakatan Rakyat tetapi berjaya juga menghuruharakan PAS dari dalam.Ini kejayaan UMNO yang tidak boleh dinafikan dalam usahanya untuk melemahkan tenaga musuh.Suatu kumpulan pemimpin dalam PAS yang kuat menyokong kepimpinan DS Anwar Ibrahim dan PKR telah berjaya disingkir keluar dari menganggotai kepimpinan pusat PAS. Muktamar PAS terakhir setakat ini yang berlangsung di Kedah itu banyak membuat keputusan penting dalam menentukan halatuju baru PAS menghadapi PRU 14.Mohamad Sabu dan beberapa rakannya yang lain yang digelarkan Kumpulan Anwarinas telah dirancang untuk disingkirkan dalam muktamar berkenaan.Dengan hasrat untuk mengembalikan kepimpinan Ulamak dalam PAS maka semua kumpulan professional itu tersingkir keluar dari jamaah pusat PAS.
Dengan perkembangan itu politik Malaysia menjadi bukan sahaja lebih celaru tetapi barangkali semakin dewasa bersamanya..Hilangnya Pakatan Rakyat tidak samasekali bermakna UMNO /BN hilang pencabar malah dengan ketiadaan Pakatan Rakyat kedudukan UMNO /BN menjadi lebih mencabar selepas itu dengan perkembangan lain di luar jangkaan yang berlaku.
ISU 1 MDB ,KLEPTOKRASI DAN RASUAH.
PRU 13 menjadi garis bermulanya ketegangan politik yang lebih ketara di Malaysia.Tindakan DS Najib menubuhkan IMDB sebagai sebuah badan untuk UMNO / kerajaan menjalankan perniagaan adalah suatu langkah yang nampaknya membawa kerugian lebih besar daripada faedah untuk dirinya sebagai Perdana Menteri apa lagi untuk rakyat keseluruhannya.
1MDB menjadi isu besar yang dibawa pembangkang. Gerakan dan usaha menentang DS Najib dan UMNO /BN menjadi semakin hangat dan rancak."Campurtangan" Amerika Syarikat dalam isu ini menjadikan kes 1MDB meletop dan membakar lantai dan pentas politik Malaysia.Peranan Department Of Justice Amerika Syarikat yang membongkar penyelewengan 1MDB telah menjadi berita dunia dimana Malaysia sedang dikerumuni oleh pemerhati politik dan orang awam seluruh dunia.
Kedudukan Perdana Menteri menjadi semakin gergugat apabila beberapa keputusan pentadbiran dalaman yang diambilnya dinilai oleh puak pembangkang sebagai usaha untuk menutup kelemahan dan kekurangan pemerentahannya.Tindakanya menamatkan khidmat Abdul Gani Patail sebagai Ketua Hakin Negara menimbulkan banyak pertanyaan mengapa dan kenapa.Alasan bahawa Abd Gani Patail sakit dan tidak dapat menjalankan tugas tidak boleh diterima ramai.Ini adalah kerana keputusan itu tidak dibuat melalui cadangan Lembaga Perubatan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menilai tahap kesihatan pegawai berkenaan.Keputusannya tidak menyambung khidmat Tan Sri Zeti Aziz Gobnor Bank Negara,perlantikan Ketu Polis Negara yang tidak mengikut hiraki semuanya dibaca oleh pehak pembangkang sebagai usha kerajaan untuk menutup kelemahan kerajaan dalam urus tadbir negara selain dari bertujuan untuk mengekalkan kuasa kerajaan yang ada dan untuk terus berkuasa.
Pengenalan beberapa undang-undang Baru terutama SOSMA dituduh pembangkang sebagai suatu usaha UMNO / BN untuk mengukuhkan dan mempertahankan kuasa.Sejauh mana ianya benar sukar ditentukan.Ia menjadi perdebatan antara pehak berkuasa yang berusaha untuk mengekalkan kuasanya dengan pembangkang yang sedaya upaya berusaha untuk mengambil alih kuasa.Pergelutan ini hanya akan diredakan apabila keputusan piliharaya ke 14 akan diumumkan nanti.Sementara tarikh PRU 14 masih belum diumumkan pemimpin dan rakyat akan berada dalan ketidaktentuan politik yang penuh dengan debaran dan jangkaan tanpa kesudahan.
Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri yang tidak amanah terdengar setiap hari di pentas-pentas ceramah pembangkang di seluruh negara.Tuduhan bahawa PM tidak amanah dan PM dituduh mencuri wang rakyat dijadikan perang besar menentang UMNO / BN.Kedudukan UMNO / BN menjadi sangat tergugat dengan goncangan ini.
Suara pembangkang yang di bawa ke ruang udara melalui media sosial internet sangat meluas liputannya menembusi bukit,.gunung ganang,badar dan luar bandar.Ia meredah segala halangan fahaman,agama dan kepercayaan dari Perlis sampai ke Sabah.Kerajaan dalam usahanya untuk membendung serangan ini kelihatan kurang bertenaga untuk menutup apa lagi untuk menyekat atau menghapuskannya.Peranan media sosial dalam alaf baru ini memberikan cabaran besar kepada pentadbiran DS Najib mempertahankan status quonya dewasa ini.
Usha menjejak perasuah yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menemui sekian banyak kes rasuah yang diamalkan oleh sejumlah pegawai tinggi kerajaan semuanya menolak markah untuk diberikan kredit kepada UMNO /BN.
Isu-isu lain yang dikaitkan sebagai kelemahan urus tadbir kerajaan banyak pula berlaku.Pengurusan FELDA yang dikaitkan dengan pelbagai isu pecah amanah dan kegagalan mentadbir dijaja pembangkang untuk menentang kerajaan.Demikian pula isu berkaitan dengan tindakan 1MDB /Kerajaan meminjam wang dari KWSP dan KWAP dinilai sebagai langkah yang tidak wajar kerana kepentingannya sebenar tidak diutamakan.Penggunaan wang Tabung Haji untuk urusan 1MDB juga dilihat dalam perspktif yang sama.Semuanya menampilkan sikap kerajaan yang tidak boleh diterima oleh rakyat umum.
TUN MAHATHIR MEMBUAT "COME BACK"
Kesan kemerosotan parah undi rakyat kepada UMNO /BN dalam PRU 13 membawa kegelisahan kepada TUN Mahathir .Inilah pula waktunya seperti yang sering diutarakan oleh Tun Mahathir sendiri ,bahawa beliau dikunjungi ramai oleh mereka yang terdiri dari kalangan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang meminta Tun Mahathir supaya berusaha bagi mengembalikan maruah UMNO / BN.Tun Mahathir cuba mendekati PM DS Najib untuk memberi nasehat dan pandangan bagi memulihkan kaadaan.Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Tun M dan DS Najib itu.Apa yang selalu diucapkan oleh Tun Mahathir ialah bahawa DS Najib enggan menerima nasihatnya sebaliknya mempunyai pandangan lain bagaimana rakyat boleh ditarik untuk terus kekal menyokong kerajaan.
Keputusan DS Najib membuang Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta memecat semua jawatannya dari UMNO adalah suatu kesilapan besar.Ia kelihatan lebih besar daripada kesilapan Tun Mahathir membuang DS Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 dahulu.Tersingkirnya Anwar Ibrahim hanya membawa kepada "bermulanya" kebangkitan reformasi serta wujudnya Parti Keadilan Negara. Kemudian namanya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat.
Zaman Mahathir kedudakan Perdana Menteri adalah kukuh.Tun Mahathir berjaya memperolehi sokongan kebanyakan rakyat terhadap tindakannya.Tun Mahathir tidak mempunyai banyak masalah peribadi sebagaimana yang dihadapi oleh DS Najib Tun Razak.Stail kepimpinan Tun Mahathir yang dengan caranya tersendiri masih dapat menarik keyakinan rakyat untuk menyayanginya walau ada kesilapan yang dilakukannya.Ia berbeza dengan DS Najib sekarang.
Dengan yang demikian langkah membuang TS Muhyiddin Yassin dari kerusinya serta pula langkah menggantung DS Shafie Afdal dari anggota Majlis tertinggi UMNO sangatlah memberi inpak besar menggugat UMNO /BN.
Langkah TS Muhyiddin Yassin menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Rakyat Malaysia (PPBM) bersama dengan Tun Mahathir dan Mukhriz adalah suatu kejutan Besar kepada UMNO /BN.Kejutan ini kelihatannya lebih menakutkan UMNO .Hilangnya Pakatan Rakyat diisi pula oleh cabaran baru yang lebih mengancam.Tetubuhnya PPBM dengan kemunculan semula Tun M dalam kancah politik Malaysia menimbulkan kejutan besar kepada UMNO / BN.UMNO /BN seolah terpaksa menamatkan ketawa besarnya dengan tiba-tiba apabila berita wujudnya PPBM menjadi kenyataan.
Kedudukan DS Najib dan UMNO /BN menjadi terganggu dengan munculnya Pakatan Harapan.Sebelum itu kumpulan Anwarinas yang keluar dari PAS telah menubuhkan Parti AMANAH.Parti yang dipimpin oleh Haji Mohammad Sabu (Mat Sabu) serta beberapa bekas pucuk pimpinan PAS yang lain itu bukan sahaja memberikan persaingan kepada PAS kerana ianya adalah serpihan dari PAS tetapi lebih dari itu ia menentang UMNO / BN .Amanah mendakwa mereka memikul amanah yang ditinggalkan TG Nik Aziz .Perjuangan TG Nik Aziz yang mulai ditinggalkan PAS diambil oleh Amanah dalam melakar perjuangannya.Ia mengambil dan mengisi peranan yang dulu dimainkan PAS dengan jayanya dalam PRU 13 bersama Pakatan Rakyat.Baton itu sekarang Amanah untuk dijayakan bersama Pakatan Harapan.
HALA TUJU PAS SEBAGAI PEMBANGKANG
Apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat ( atas laluan yang diusahakan oleh UMNO ?) maka yang masih kekal dalam PR itu ialah PKR dan DAP.Mat Sabu yang menubuhkan Amanah adalah penyokong kuat Anwar-Wan Azizah tidak memilih laluan lain selain daripada memohon untuk menyertai kerjasama antara PKR dan DAP. Langkah ini diambil untuk memperkukuhkan kedudukan dan perananya.Sebagai sebuah parti baru ia tentu tidak mampu untuk berdikari.Langkahnya untuk bersama dengan PKR dan DAP dilihat sangat sesuai.
Langkah inilah yang kemudiannya membawa kepada pembentukan sebuah pakatan pembangkang yang baru dengan nama Pakatan Harapan.Ianya bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah terbubar tanpa PAS di dalamnya itu.
Demikian langkah yang diambil oleh Mat Sabu dengan Amanahnya menyertai Pakatan Harapan begitulah juga jalan yang dikuti olehTun Mahathir dan pimpinan BERSATU / PPBM yang lainnya untuk bersama dalam pakatan pembangkang itu.Tun Mahathir berkali-kali menegaskan bahawa UMNO / BN tidak mungkin dapat digugat selagi parti-parti pembangkang mengambil pendekatan melawannya secara sendirian.Parti-parti pembangkang perlu bersatu di bawah sebuah pasukan yang kuat bersatu dan berstrategi untuk menjatuh dan menumbangkan UMNO / BN.Kalau tidak demikian parti kerajaan yang telah berdekad-dekad menguasai Malaysia itu tidak mungkin dapat ditolak.
PAS meninggalkan Pakatan Harapan untuk kononnya bersendirian.Sejarah perjuangan PAS selama berdekad-dekad menunjukkan tanpa bekerjasama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain mereka tidak mungkin akan berjaya menjatuhkan kerajaan pusat.Suatu waktu dulu dalam tahun 1973 PAS pernah bergabung dengan UMNO dalam membentuk Barissan Nasional selepas tragedi 13 Mei 1969.Allahyarham Tun Abd Razak berjaya meyakinkan Presiden PAS Dato' Asri Muda untuk bergabung dalam BN.Kerjasama politik itu tidak bertahan lama apabila PAS mengundur diri akibat krisis politik yang terjadi.
Sebenarnya selepas PAS keluar dari BN luka PAS dengan UMNO tidak pernah pernah sembuh.Usaha-usaha UMNO mengajak PAS untuk kembali bersama mereka sentiasa ada.Tetapi idea itu ditolak.TG Nik Aziz terutamanya sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan dan memegang jawatan Mursyidul Am PAS sentiasa menolak keras sebarang usaha penyatuan PAS dengan UMNO.TG Nik Aziz sangat meluat dengan UMNO sehingga pernah berkata beliau akan meludah "UMNO" yang datang mendekatinya untuk minta bekerjasama antara dua parti yang berseteru itu dilakukan.Begitulah pendirian TG Nik Aziz sehingga ke akhir hayatnya sangat bencikan UMNO.Kesalahan UMNO kepada PAS semasa bergabung dulu tidak boleh dimaafkan sampai bila-bila.
Tun Mahathir dan pimpinan dalam Pakatan Harapan yang lain sekian lama berusaha untuk mengajak PAS menyertai Pakatan Harapan.Tun Mahathir berharap supaya sebuah Parti pembangkang yang solid dan kuat dapat dibangunkan untuk menumbangkan UMNO /BN.Usha ini gagal apabila Haji Hadi Presiden PAS menolaknya.Kebencian Haji Hadi kepada DAP musuhnya dalam Pakatan Rakyat dulu , yang sekarang turut bersama dalam Pakatan Harapan menjadi penghalangnya.
Semakin lama PAS berada di luar Pakatan Harapan maka wajah sebenarnya PAS semakin terserlah dan nyata kelihatan.Ramai dikalangan pemerhati politik membaca bahawa PAS sekarang sudah "dibeli" oleh UMNO / BN.Sikap pemimpin PAS yang tidak lagi lantang menentang UMNO / BN dalam ceramah-ceramah mereka dikatakan sebagai tanda bahawa PAS sudah bertunang dengan UMNO dan menunggu saat sahaja untuk berkahwin meskipun mereka tidak akan tinggal serumah.
Sikap PAS tidak menentang isu yang ditentang oleh Pakatan Harapan sejauh yang berkenaan dengan kelemahan UMNO / BN dijadikan ukuran bagaimana PAS sekarang menyokong UMNO.Ia tidak menunjukkan sikap terbuka menyokong UMNO tetapi juga tidak menentang kesilapan UMNO.Itulah hakikatnya.Sawaktu Pakatan Harapan menentang isu 1MDB ,PAS tidak pula demikian.Sewaktu Pakatan Harapan menentang isu rasuah kerajaan UMNO /BN ;pemimpin-pemimpin PAS juga tidak berkata apa-apa.Meskipun mereka tidak bersetuju dengan GST tetapi kebanyakan pemimpin PAS tidak pula lantang berhujjah menentangnya.
Dalam kaadaan demikian PAS dengan slogan "Politik Matang Dan Sejahtera"nya kelihatan menolak anggapan yang mengatakan mereka bersepakat dengan UMNO / BN.Hal ini menyebabkan sikap PAS sukar dibaca.Tidak jelas ia ke kanan.Tidak terang ia ke kiri.
Katanya dengan politik matang dan sejahteranya PAS mengambil langkah untuk menghadapi PRU 14 ini secara sendirian.Mereka bercadang untuk mencalonkan 100 kerusi parlimen dan mereka
berhasrat untuk memenangi 40 kerusi parlimen.
Beberapa pandangan ganjil pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin tertinggi PAS misalnya Dato Amar Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan pernah mengatakan tidak mustahil calon PAS akan diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya dikendaki Allah walaupun PAS hanya ada 40 kerusi parlimen itu.Kes Perak dirujuknya sebagai contoh untuk itu.
Kebersamaan PAS dengan UMNO boleh dilihat dalam beberapa majlis negara anjuran UMNO.Misalnya TG Haji Hadi berada bersama DN Najib di majlis membantah kekejaman Myanmar terhadap ethnik Rohingya di Kuala Lumpur.Mereka bersama lagi di majlis UMNO di pelancaran Food For Rohingya di Pelabuhan Klang.
Bagaimana pun kegagalan Haji Hadi untuk turut bersama di majlis pelancaran menentang Amerika Syarikat-Israel berkaitan Isu Baitulmuqaddis dijadikan ibu negeri Israel menjadi tanda tanya apa sudahnya keakraban hubungan UMNO-PAS yang sudah terjalin itu.Apakah TG Haji Hadi mulai merasa bahawa menyampaikan kuliah Dhuha di Mesjid Rusilanya lebih berguna daripada menghadiri satu majlis bersama DS Najib dan UMNO / BN di Mesjid Putrajaya.Kita sangat mengetahui bahawa isu Palestin adalah sangat dekat di hati Haji Hadi .Selain presiden PAS Haji Hadi juga adalah Timbalan Ketua Ulamak Sedunia.Ketiadaannya dalam majlis penting itu menjadi tanda tanya banyak pihak.
Apakah kegagalan RUU 355 yang dipermainkan oleh UMNO di Parlimen mengubah pendirian Haji Hadi akhir-akhir ini terhadap UMNO..Perkembangan dalam tempoh dua tiga bulan yang akan datang ini akan menjawap soalan ini.Apa pun yang akan terjadi tiada siapa dapat menolak bahawa penyertaan PAS untuk bersama UMNO atau untuk bersama Pakatan Harapan semuanya akan menentukan siapa akan berkuasa di Putrajaya selepas PRU 14 nanti.PAS mempunyai kekuatan pimpinan dan penyokongnya sendiri walaupun tidak bersama dengan pehak lain.Sokongannya kepada sesiapa pun dalam PRU akan datang adalah sangat signifikan dalam menentukan percaturan politik Malaysia di masa akan datang..
Sejauh mana PAS akan menjadi "King Maker" dalam menentu penguasa Putrajaya akan terjawab melalui keputusan mengenai sikap terakhir yang akan ditentukan mereka.Barangkali juga tidak mustahil untuk PAS bertindak secara "Play Safe".Mereka mungkin mengambil keputusan untuk berpehak kepada mana-mana kumpulan politik yang pada akhirnya menguasai dan memperolehi majoriti undi dalam PRU 14 nanti.Kalau inilah yang bakal berlaku pada PAS maka kenallah kita siapa PAS dalam perjuangan dan pendiriannya sebagai sebuah parti yang sebenarnya.Apakah ianya sebenar parti pembela rakyat atau parti yang tiada pendirian atau parti yang semata mata mencari kepentingan diri.
Biarkanlah dan berikan pada masa untuk menjawabnya.

Thursday, January 4, 2018
UCAPAN POLITIK TAHUN BARU PERDANA MENTERI
Tahun 2017 sudah melabuhkan tirainya.Tahun baru 2018 menjelang tiba.Beberapa hari sebelum tahun baru seluruh penduduk dunia sudah bersiap sedia untuk meraikan kedatangannya.Demikian kadaan yang berlaku di negara kita Malaysia.Banyak pula orang bercakap untuk meletakkan azam tahun baru.Mereka merasakan tibanya tahun baru seperti tibanya dunia baru yang bukan sahaja perlu diraikan tetapi juga mesti disusun dan disediakan suatu perancangan baru bagi memasukinya.
TAHUN BARU PERANCANGAN BARU.
Tahun baru mesti di masuki dengan minda baru.Perancangan untuk memasuki tahun baru mestilah untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Bila tahun lalu berakhir banyak jugalah perancangan yang belum siap.Maka satu dari perkara yang perlu diselesaikan dalam tahun baru adalah untuk menyiapkan sisa-sisa kerja tahun lepas.Barangkali itu membosankan.Kena buat jugalah.Manusia di zaman moden ini akan berusaha sedaya upaya supaya urusan tahun lalu pantang di bawa ke tahun baru untuk disudahkan.Kegagalan menyelesaikan sesuatu tugas dalam tahun semasa adalah kegagalan besar yang perlu dielakkan.Demikianlah perancangan syarikat yang menguruskan pelbagai bidang perniagaan.Demikian juga kerajaan dengan segala perancangan negara,kementerian,jabatan dan semua institusi negara dan negeri menyediakan perancangan rapi supaya tidak berlakunya kerja tertunggak.
Bila datang tahun baru kalendar lama digantikan dengan kalendar baru.Perancagan lama digantikan dengan perancangan baru.Manusia moden membuat azam tahun baru masing-masing.Ada sesuatu matalamat besar yang dijadikan matalamat utama.Ia mesti dicapai dengan segala cara.Selain individu,pihak kerajaan dan puak-puak pembangkang juga menyediakan pelan tindakan untuk menghadapi tahun baru masing-masing.Mereka menetapkan "goal" dan "target " politik utama masing-masing pada awal tahun untuk dicapai dalam tahun tersebut.Demikian ramai orang membuat perancangan baru masih juga terdapat ramai orang yang tidak membuat sebarang perancangan baru meskipun tahun bertukar ganti.Jenis manusia seperti ini adalah manusia mundur dan ketinggalan zaman.Adalah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang gagal adalah berpunca dari perancangannya yang gagal.Kegagalan yang lebih parah adalah hidup tanpa sebarang perancangan.
TAHUN BARU MALAYSIA BARU
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia juga menyambut tahun baru.Sebagai seorang Perdana Menteri beliau menyambut tahun baru dengan semua rakyat Malaysia.Demikian dilakukan oleh semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.Bukan setakat PM menyambut tahun barunya dengan rakyat tetapi beliau juga berpeluang bagi menyambut pelbagai hari-hari kebesaran lain.Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum.Ada pelbagai perayaan disambut sepanjang tahun.. Demikianlah disambutnya hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri untuk orang Islam,Perayaan Tahun Baru China bagi kaum Tionghua dan Deepavali bagi kaum India misalnya.
Sejak adanya siaran radio dan TV maka media baru ini mengambil alih peranan akhbar yang memainkan peranan sama untuk menyiarkan ucapan selamat.Di zaman siber ini pula internet memainkan peranan lebih meluas.Ucapan tahun baru dan apa-apa jenis ucapan mulai menggunakan media canggih yang laju dan mudah ini samada menyampaikan sesuatu dalam bentuk audio atau video.Zaman menjadi lebih rancak dan sesuatu menjadi lebih terbuka dengan teknologi ini.
sesuatu yang nampak betul-betul baru bagi ucapan selamat tahun baru PM pada tahun ini ialah betapa isi kandungan ucapan Dato' Seri Najib adalah jauh berlainan dari lain-lain PM sebelumnya.Pada ingatan penulis tidak ada mesej politik yang sarat dalam ucapan tahun baru seperti yang berlaku dalam ucapan DS Najib tahun ini.Ucapan tahun barunya pada tahun ini tak sarat dan padat dengan kandungan politik yang menyeru rakyat menyokong kerajaan.Ia kelihatan seperti sebuah kempen pilihanraya.Ia tidak cukup membawa mesej sebagai sebuah perutusan tahun baru Perdana Menteri.Ia menjadi sebuah perutusan tahun baru yang luar biasa.Ia sesuatu yang baru dan tidak pernah berlaku seumpamanya.
Penulis melihat pendekatan itu kurang sesuai.Mengapa tidak sesuai.Ini adalah kerana khalayak Malaysia yang menonton siaran bagi mendengar ucapan tahun baru bukan semua memikirkan soal politik negara terutama diwaktu fikiran rakyat bertumpu kepada untuk menyambut tahun baru.Sepatutnya PM bercakap soal yang berkaitan dengan hal-hal menyambut tahun baru.Perlu diperjelaskan tentang keinginan negara untuk bersatu padu.Perlu adanya sikap saling memahami budaya masing-masing kaum.Perlunya diwujudkan integrasi sosial yang lebeh tahan supaya keamanan Malaysia dapat dikekalkan.Isu perpaduan kaum merupakan isu besar yang masih gagal diatasi sehingga saat ini.Dalam suasana riang tahun baru isu seperti ini sesuai dibawa selain dari isu memupuk kasih sayang dalam membina keluarga bahagia seluruh negara.Isu pem,bangunan negara masih boleh dibawa secara santai.Perkara menyindir pehak lawan dalam kancah politik sangat tidak sesuai seperti yang dilakukan dalam perutusan tahun baru kali ini.Menyindir seseorang pemimpin yang menjadi musuh politik tidak sepatutnya terjadi dalam perutusan perayaan atau menyambut tahum baru.
Isu-isu politik samasekali terasa sangat janggal menjadi fokus utama menjadi isi kandungan sebuah ucapan selamat tahun baru Perdana Menteri.Kita tidak pasti apa yang mendasari tindakan PM berbuat demikian.Barangkali kurang tepat untuk berkata bahawa PM menjadi begitu tertekan sejak akhir-akhir ini apabila kumpulan pembangkang menjadi semakin lantang menentang kerajaan.Menasuki tahun 2018 adalah memasuki gelanggang pertarungan apabila pilihanraya akan menjelang pada tahun ini.Waktunya semakin hampir.Sehingga setiap saat di tahun baru mesti diisi dengan langkah dan usaha untuk kerajaan kembali berkuasa di Putrajaya.Gendang perang pilihanraya mesti mula dipalu seawal tahun baru sehingga terpaksa dilakukan dalam ucapan tahun baru sekalipun.
Kalau pun langkah berbuat demikian dikatakan sebagai langkah terdesak ia adalah hak kerajaan untuk melakukannya.Ia bukan salah.Ia tidak melanggar perlembagaan pun.Cumanya ia luarbiasa dan tidak berlaku pada lain-lain Perdana Menteri sebelum DS Najib Tun Razak.
GENDANG SUDAH DI PALU DAN BENDERA PERANG SUDAH DIKIBAR.
Dalam Perhimpunan Agong UMNO yang terakhir di PWTC akhir November 2017 yang lalu,DS Najib sudah pun mengistiharkan perang pilihanraya.DS Najib serta lain-lain pemimpin UMNO masing-masing bercakap dan berbahas atas tajuk pilihanraya.Dalam perhimpunan ini pembangkang diselar dengan pelbagai kata pedas dan pahit.Sindiran sakit dan pedih sudah digunakan untuk menghentam puak-puak pembangkang.Itulah perang dalam politik Malaysia.Semakin hampir dengan tarikh pilihan raya maka pemimpin-pemimpin politik kedua-dua belah pihak menjadi semakin tidak dapat mengawal emosi masing-masing.Itulah perang politik.Sengit dan jerih.
2018 TAHUN YANG SEMAKIN MENCABAR
Hanya Perdana Menteri seorang sahaja yang tahu tarikh pilihanraya.Kuasa menentukan pembubaran dewan adalah kuasa "prerogative" Perdana Menteri.PM akan mencadangkan tarikh pembubaran dewan.Tarikh tersebut akan diangkat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk diperkenankan.
Hari pilihanraya umum sudah semakin dekat.Tentunya dan nampaknya begitu.Penggal parlimen musim ini akan berakhir pada bulan June 2018.Pertengahan Mei dan awal Jun adalah bulan puasa.Nampaknya bulan Mei dan Jun tidak sesuai untuk diadakan pilihanraya.Waktu yang agak selesa adalah dikira bulan April 2018.Dengan yang demikian masa sudah tersangat suntuk.
Dalam mingu lepas portal Perdana Menteri Najib Razak telah mendapat wajah baru.Itu juga bagi menyambut tahun baru.Sebetulnya pula untuk portal tersebut kelihatan lebih segar,elegan dan lebih mempesonakan untuk diikuti oleh netizen.Ia suatu persiapan bagi menghadapi cabaran baru di saat-saat negara sedang hampir dengan pilihanraya tentunya.Kini pula portal eRakyat dilancarkan di PWTC oleh Perdana Menteri.Semuanya persiapan pilihanraya.Peperangan mulut akan berlaku dengan sengit di ruang siber antara penyokong kerajaan dengan pembangkang.Adalah digambarkan bahawa langit akan berasap oleh debu peperangan akibat bom mulut yang masing-masing punya alasan sendiri untuk menyokong bagi mengekalkan kuasa atau menurunkan kuasa yang ada.Pertentangan dan pertengkaran di alam siber akan menjadi hangat dan panas.Kualiti perkhidmatan internet yang ada di Malaysia sekarang barangkali gagal untuk mengekalkan kualiti sehingga pengguna mendapat bekalan terbaik terutama dalam waktu kritikal dan tenat perang siber pilihanraya.Netizen berharap tidak terdapat banyak kelemahan bekalan internet yang mengganggu segala akses dan capaian.
Kesimpulannya bila Perdana Menteri sudah memalu gendang perang maka bendera perang pun mula berkibar,Nyanyian perang pun akan turut bergema di seluruh pelusuk negara.Bersiaplah rakyat untuk memilih pemimpin yang layak memerintah negara.Pastikan tangan kita tidak tersalah pangkah.Pastikan hati kita tidak tersalah pilih.

Subscribe to:
Posts (Atom)