Perhimpunan Agung UMNO tahun 2020 sudah berlalu.Kesan dari perhimpunan itu sekarang dirasakan dimana-mana dalam landskap politik Malaysia.Ada pehak yang merasa gembira.Ada pula pehak yang merasa dukacita.Ada yang marah dan mencemuh.Ada yang mengatakan PAU yang berlangsung dalam normal baru di PWTC itu gagal.Ia menghasilkan natijah yang tidak sepatutnya begitu.
Dua hari yang singkat 27 dan 28 Mac 2021 membuat keputusan-keputusan besar untuk kononnya membangunkan parti kearah menghadapi PRU 15 secara tersusun dan terancang.Kononya PAU 2020 itu untuk menyusun gerakan baru yang lebih padu dan bertenaga dalam memperkukuhkan UMNO disemua peringkat.
Pada hemat saya PAU 2020 gagal mencapai matalamatnya yang sebenar.Apa yang sebenarnya diharapkan tidak menjadi.Malah apa yang berlaku perpecahan dan perseteruan dalam UMNO semakin parah.
Isu bahawa Majlis Tertinggi UMNO telah lama bermesyuarat dan telah lama mengambil keputusan bahawa UMNO tidak lagi mahu bekerjasama dengan BERSATU /PN dalam menghadapi PRU 15.Keputusan ini mahu pula dibawa dan disahkan dalam PAU yang merupakan kuasa tertinggi untuk meluluskan sesuatu keputusan besar parti.
Dikatakan sebelum ini telah diadakan mesyuarat-mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO seluruh negara.Dikatakan 145 daripada 199 cawangan UMNO seluruh negara telah bersetuju dengan keputusan MKT untuk UMNO tidak bekerjasama dengan BERSATU /PN dalam PRU 15.
Apakah pendirian PAS dengan langkah berani UMNO ini.
Apakah pendirian rakan-rakan kongsi lain dalam Barisan Nasional terhadap keputusan UMNO ini.Apakah MCA dan MIC menyokong langkah ini.Dikatakan keputsan UMNO untuk berbuat demikian tidak terlebih dahulu dirundingkan dengan rakan-rakan koalisinya yang lain-lain itu.Nampaknya UMNO mengambil keputusan itu atas nama dirinya sendiri.Maka apakah bermakna selepas ini MCA dan MIC serta parti-parti lain dalam gabungan Barisan nasional juga boleh membuat keputusan sendiri terutama dalam hubungan kerjasama dengan Bersatu /PN.
Dalam sehari dua ini ada kedengaran MIC membuat penegasan untuk meneruskan kerjasama dengan kerajaan PN pimpinan TS Muhyiddin / Mahiadin.Apakah ini tidak menggambarkan BN mengalami keretakan dari dalamannya.
Kita belum tahu pendirian Wee Ka Siong Presiden MCA berkenaan dengan perkara ini.Mungkin mereka akan mengambil pendekatan yang sama dengan MIC.Kita perlu melihat semula kebelakangan untuk membaca kaadaan ini.
Selepas UMNO/BN tewas dalam PRU 14 yang lalu banyak parti-parti komponen BN yang keluar meninggalkan BN kerana hilang keyakinan kepada pimpinan UMNO sebagai "Big Brother" tersebut.Ini juga termasuk MCA dan MIC yang berura-ura untuk mengambil langkah sama.Walaupun ia belum menjadi kenyataan sebelum ini, adalah tidak mustahil untuk ianya berlaku sekiranya UMNO gagal menyakinkan parti-parti komponen bahawa mereka akan selamat dalam percaturan politik Malaysia yang sekarang sedang berada dalam turbulasi.
Satu waktu yang lalu MCA dan MIC dalam BN merasa geli gelemam dengan pembentukan Muafakat Nasional (MN) pada 14 September 2019 yang membawa kerjasama politik (Ta'awun) antara UMNO dan PAS.Idea kerjasama yang diwarwarkan berasaskan semangat penyatuan Melayu-Islam dirasakan sebagai cabaran kepada kedudukan MCA dan MIC dalam komponen BN itu.
MCA dan MIC merasa lebih tenteram apabila UMNO /BN mengambil keputusan bersama menyertai Langkah Sheraton sehingga terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional yang menabalkan TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada akhir Febuari 2020.
Selain UMNO/BN yang menyertai kerajaan "Tebuk Atap"ini;PAS juga turut serta.Dengan terbentuknya kerajaan ini bagi mengggantikan Kerajaan Pakatan Harapan yang dikatakan sebagai kerajaan gagal maka kabinet baru dibentuk.Ramai ahli-ahli parlimen dari semua parti yang mengikuti Langkah Sheraton telah dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri bagi menggantikan mereka dari Pakatan Harapan yang telah dijatuhkan itu.
Pemimpin-pemimpin UMNO dari kluster mahkamah sama sekali tidak dilantik memegang sebarang jawatan dalam kerajaan PN yang baru ini.Apakah keputusan Perdana Menteri ini mengembirakan mereka dari kluster mahkamah itu.
Pada peringkat awal mereka dari kluster mahkamah itu mungkin merasakan bahawa dengan menyertai Muhyiddin dalam pembentukan kerajaan baru ini akan memberi sinar baru kepada mereka dalam menghadapi berpuluh kes mahkamah yang dihadaopi mereka.Pada perhitungan mereka; setelah ditekan dan disiksa oleh Kerajaan PH selama 22 bulan itu maka sokongan kepada Muhyiddin akan memberi cahaya baru dihujung terowong.Malangnya itu tidak terjadi.
Muhyiddin bukan sahaja tidak melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri,namun jawatan menteri-menteri kanan bagi menggantikanya hanya memberikan satu jawatan dari kalangan UMNO.Zahid Hamidi Presiden UMNO,Najib Razak bekas PM,Teuku Adnan Teuku Mansor,Bung Mukter Radin disisihkan sama sekali.
UMNO sering membangkitkan bahawa mereka mempunyai "nombor" yang terbanyak dalam anggota parlimen menyertai PN.UMNO menuntut hak mereka untuk diutamakan dalam kerajaan PN.UMNO tidak pernah merasakan mereka berasal dari sebuah parti yang kalah dalam PRU 14.Ego UMNO sebagai sebuah parti yang lama memerentah negara tidak boleh direndahkan apalagi dihapuskan selama berada dalam kerajaan PN.
UMNO berharap untuk menjadi "Abang Besar" dalam kerajaan PN.Mana boleh jadi begitu bagi Muhyiddin kerana kerajaan baru ini adalah "buatan dan hasil usha " utama beliau dan rakan-rakan yang berasal dari kerajaan PH yang lalu.
Dalam kaadaan yang lain UMNO berharap PAS akan terlebih dahulu merujuk kepadanya dalam membuat sesuatu keputusan untuk bekerjasama dengan TS Muhyiddin.UMNO nampaknya berhasrat untuk mengikat PAS dalam Muafakat Nasional sedangkan MN adalah sebuah gabungan yang sangat longgar dalam pembentukan kerjasama meskipun punyai piagam yang dimetrai bersama.
MN tidak mahu didaftarkan sebagai sebuah gabungan parti politik.Barangkali ini menjadi kesilapan besar bagi UMNO kerana tidak didaftarkan dibawah ROS sebagai sebuah gabungan politik yang sah.
Maka nampaknya tidaklah menjadi kesalahan pula bagi PAS untuk mencari rakan baru yang lebih menyakinkan untuk survival mereka.UMNO pula pada masa yang sama berkeras untuk terus tidak menjadi komponen resmi PN sewaktu PAS bersedia berbuat demikian.Maka tidaklah adil untuk UMNO menyalahkan PAS apabila mereka menyokong kerajaan PN kerana mereka adalah rakan kongsi resmi PN sedangkan UMNO tidak.
UMNO /BN kelihatan lebih bercelaru apabila TS Annuar Musa dipecat dari menjadi SU UMNO dan MN.Krisis yang terjadi antara DS Zahid Presiden UMNO dengan TSِ Annuar Musa membawa perpecahan yang lebih mendalam kepada UMNO.
Dalam kaadaan inilah PAU 2020 diadakan di PWTA pada 27 dan 28 Mac 2021 yang lalu.Banyak isu-isu yang lebih penting dalam memeperkukuhkan UMNO yang perlu dibawa dalam persidangan tahunan itu.Usha penyatuan UMNO perlu disuara dan diketengahkan.Cadangan-cadangan baru untuk memulihkan negara yang katanya dimusnahkan oleh kerajaan PN kini perlu disuarakan untuk dibincang dan dibahaskan.
Rakyat seluruh negara yang dikatakan keciwa dengan PN perlu diberikan harapan baru oleh UMNO kalau sebenarnya ia mahu menduduki Putrajaya kembali.Tetapi itu tidak berlaku dalam PAU 2020 baru-baru ini.
Ucapan pemimpin utama dan pemimpin sayap-sayap parti adalah berlegar kepada melepaskan kemarahan kepada PAS yang kononya tidak setia dan berkhianat kepada UMNO.Apabila Presiden PAS TG Abd Hadi Awang seperti dijatuh dan dimalukan dengan ucapan dan cabaran dari DS Ahmad Zahid Hamidi,maka apabila PAS bertindak balas kesan darinya tentulah ia bukan diluar jangkaan.
Acap kali UMNO menggesa PAS untuk menyatakan pendirian samada bersedia bersama UMNO dalam MN atau bersama TS Muhyiddin dalam PN.Hairan memikirkan bagaimana UMNO kurang faham dalam membaca sepak terajang politik.Bukankah PAS telah menjadi anggota resmi kerajaan PN sebagi sebuah gabungan politik sah dan resmi.Jangan disalahkan PAS yang berbuat demikian sedang mereka enggan kerana pelbagai faktor.
PAS telah berkahwin dengan PN secara resmi sedangkan dengan UMNO hanya bertunang dan nampaknya tidak mungkin untuk berkahwin.Itu analoginya.Maka desakan UMNO untuk memujuk PAS berpihak kepadanya adalah sesuatu yang mustahin akan berlaku.
Nampaknya UMNO perlu dijenamakan semula.Ia perlukan "new invention".UMNO perlukan kerangka dan bingkai baru untuk mempstikan ia terus relevan dalam persada politik tanah air kini dan masa depan.
Apabila PAS secara jelas lagi bersuluh menyatakan keputusannya untuk bersama kerajaan PN TS Muhyiddin Yasin maka apakah pilihan yang ada kepada UMNO terutama dalam melewati masa-masa dingin sejuk dan membeku pasca PAU 2020 yang gagal itu.
Kedudukan UMNO semakin bercelaru.Menteri dan timbalan menteri UMNO dalam kerajaan PN tidak bersedia untuk melepaskan jawatan sebagaimana yang dikehendaki DS Zahid Hamidi.Mereka beramai-ramai telah bertemu dengan Perdana Menteri.Apabila dinasehati dan diminta oleh PM supaya masing-masing kekal dalam kabinet mereka telah bersetuju setelah menyedari bahawa tugas mereka kepada negara dan rakyat lebih besar dari memenuhi arahan seorang presiden dari parti mereka yang berada dalam dilema dan kekalutan.
Keputusan mahkamah kepada kluster mahkamah akan memberikan impak besar pula kepada kedudukan UMNO pada hari-hari yang akan datang.
Kalau benar DS Najib telah dihantar surat istihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kes rayuan SRCnya gagal maka jalan yang seterusnya bagi UMNO adalah untuk terus bermuhasabah.Apabila pula kes DS Zahid diputuskan mahkamah kaadaan akan menjadi lebih parah bagi UMNO.
Semua senerio ini membuka laluan dan memberi peringatan kepada PAS untuk menentukan hala tuju dan perjuangan masa depan partinya.Langkah yang silap dalam percaturan politik bukan sahaja membawa krisis dan kekalutan dalam parti dan penyokongnya malah ia akan menentukan hidup mati seesebuah organisasi tersebut.