Thursday, May 27, 2021

KRISIS PALESTINA : PERMASALAHAN & PEMIKIRAN BARU BERKENAANYA.

 Sekadar memetik sedikit pandangan dari TG Haji Abd Hadi Awang Presiden PAS merangkap Duta Malaysia ke Asia Barat Bertaraf Menteri yang menyebut bahawa Israel dan pelindungnya iaitu Amerika Syarikat sebagai dua negara yang memiliki wajah yang serupa.

Sudah diketahui umum bahawa dunia cukup menyedari bahawa Amerika adalah pendukung kuat yang sangat setia melayan semua permintaan Israel.Semua presiden Amerika kelihatan seperti tunduk dan menyembah Israel.Bagi Amerika tidak suatu pun yang salah dilakukan Israel.

Apa sahaja yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel pasti disokong oleh Amerika.Tidak ada suatu pun yang dilakukan oleh tentera zionis Israel diterima Amerika sebagai perbuatan dan perlakuan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang dicanang dan didukung oleh Amerika.

Israel merasionalkan semua perbuatan zalim dan tidak berperi kemanusiaannya ke atas rakyat Palestin dengan pelbagai alasan yang menampakkan bahawa mereka tidak pernah bersalah.Pelbagai alasan yang diberikan Israel disokong kuat pula oleh Amerika.Sering dikatakan bahawa Israel menyerang wilayah Palestin adalah sebagai usaha untuk mempertahankan diri dari serangan yang dimulakan oleh orang Palestin sendiri.

Alasan tersebut tidak dapat diterima kerana tindakan  yang dilakukan oleh tentera regim Israel adalah melampaui matalamat tindakbalas terutama kerana terjadikan tindakan diluar peri kemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Sejarah menyaksikan bahawa sepanjang pendudukan Israel dibumi Palestin bukan sahaja rakyatnya dibunuh dengan sewenang-wenangnya malah tanah dan harta benda mereka dirampas dan diduduki oleh orang-orang Israel secara paksa dan tidak sah menurut undang-undang antarabangsa.Sayangnya Amerika dan negara-negara sekutunya di Eropah boleh menutup mata mereka di atas segala salah laku yang diperlakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin.Ini berlaku sejak sekian lama.

Adalah sangat disedari bahawa negara Israel adalah projek England.Sekian lama orang-orang Yahudi menjadi beban kepada Eropah.Yahudi adalah suatu bangsa yang tidak bernegara.Dalam perang kedua kedua Hitler di Jerman telah berusaha untuk menghapuskan kaum Yahudi di German dengan tindakan pembunuhan dan pengusiran orang-orang Yahudi di negaranya.Ratusan ribu orang Yahudi yang tinggal di German disiksa,dipenjara dan dibunuh.Sekian ramai yang lari meninggalkan German untuk menyelamatkan diri memasuki negara-negara Eropah yang lain.Englad tidak terkecuali dari menerima kesan buruk dengan kemasukan sekian ramai pelarian Yahudi dari German.

England perlu diselamatkan dari kesan kedatangan orang Yahudi.Bersama-sama dengan jatuhnya kekuasaan dan pengaruh Kerajaan Uthmaniah di Asia Barat pada tahun-tahun yang lebih awal ; maka negara-negara Eropah mulai menyebarkan pengaruhnya di bumi Arab.British yang menguasai Palestin mengambil peluang ini untuk menyelesaikan krisis dalaman mereka.

British sebenarnya telah berjaya melakukan suatu keputusan besar untuk menyelamatkan negaranya dari kesan kedatangan Yahudi.Namun pada masa yang sama sejarah mencatatkan bahawa British telah melakukan suatu keputusan besar yang menjahanamkan masa depan bumi Arab terutamanya Palestin dengan keputusanya menubuhkan negara Israel untuk orang Yahudi di negera tersebut.

Semua kesan-kesan buruk yang terjadi sejak penubuhan negara tersebut dari tahun 1948 sehingga sekarang membuktikan kenyataan ini benar belaka.Perluasan kuasa orang Yahudi di Palestin dilakukan dengan perancangan yang cukup teliti.

Perselisihan antara Islam dan Keristian telah lama terjadi.Perang Salib telah berlaku di bumi Palestin yang meninggalkan dendam dan sakit hati kuasa Eropah yang pernah mengalami kekalahan yang memalukan ditangan Salahuddin Al Ayyubi suatu ketika dulu.Dendam itu tidak padam dengan berakhirnya perang.

Penjajahan negara barat yang berlaku sepanjang abad 15 sehingga abad ke 19 terbukti didorong oleh dendam barat kepada Islam.Demikianlah terlihat bahawa sebahagian besar penjajahan barat  adalah terjadi ke atas negara-negara Islam di seluruh dunia.Walaupun mereka gagal mengkeristiankan seluruh tanah jajahan mereka namun kejayaan mereka adalah berjaya melemahkan ekonomi orang Islam selain berjaya merosakkan sistem sosial dan budaya yang berasaskan Islam di semua tanah jajahan mereka.

Langkah yang diambil British menubuhkan Israel adalah juga sebuah penjajahan.Ia sebuah penjajahan bentuk baru .England kaya dengan pengalaman penjajahanya di seluruh dunia .Penjajahan ke atas Palestin sebuah bumi orang Islam dilakukan secara proksi apabila orang Yahudi dijadikan penguasanya.Kerana Israel adalah idea dan program British maka orang Yahudi Israel tidak akan pernah melupakan jasa besar British ini kepada mereka.Kerana itu selain Amerika maka British adalah rakan sekutu rapat Israel.

Yahudi adalah suatu bangsa yang dikurniakan Allah dengan kebijaksanaan namun licik dan tidak boleh dipercayai.Mereka menjadi bangsa yang angkuh dengan kelebihan mereka dan menyakini hanya mereka manusia yang paling dikasihi Tuhan.Mereka yakin mereka adalah manusia pilihan Tuhan.Namun inilah bangsa yang dihalau oleh Nabi Muhammad SAW di bumi Madinah kerana kejahatan mereka menentang Nabi Muhammad SAW.Mereka melanggar semua perjanjian taat setia yang dibuat mereka dengan Nabi.Mereka kemudian diperangi dan dihalau dari bumi Madinah.Peristiwa ini menimbulkan dendam meraka terhadap Nabi Muhamad SAW dan orang-orang Islam yang diungkit dan dibangkitkan sehingga kini.

Yahudi adalah suatu bangsa yang bersedia menentang siapa sahaja yang menentang pendirian dan fahaman mereka.Mereka telah membunuh sekian ramai nabi-nabi yang tidak sealiran dengan fahaman mereka.Mereka akhirnya membunuh Nabi Isa yang membawa Keristian dan bible yang berbeza dengan Taurat pegangan mereka.Namun Nabi Isa diselamatkan Allah dan diangkat ke langit.

Taurat telah dipinda dengan sewenang-wenang untuk kepentingan nafsu mereka.Mereka tidak memiliki budaya untuk patuh kepada undang-undang yang dibuat oleh orang lain.Nyawa orang lain tidak penting selain dari nyawa manusia bangsa mereka.Undang-undang antarabangsa atau apa-apa undang-undang pun boleh dilanggar begitu sahaja oleh mereka.Yahudi terkenal sebagai bangsa yang tidak boleh dipercayai.

Hari ini peperangan,penjarahan dan pembunuhan adalah pengalaman pahit untuk Palestin.Ia menjadi derita tidak tertanggung oleh umat Islam yang hampir satu abad dilapah penderitaan akibat kerakusan dan kekejaman pendatang dan penjajah Israel di tanah air mereka.

Sekian lama hak orang Islam Palestin dinafikan.Nyawa mereka seperti tidak berharga.Tanah mereka dirampas secara paksa untuk diduduki oleh pendatang Yahudi.Setiap terjadinya perang maka semakin banyak bumi Palestine dirampas dan dikuasai Yahudi.

Sekarang orang Islam Palestin hanya memiliki Gaza.Ia menjadi satu jaluran tanah berhadapan dengan Laut Meditteranean yang sekarang bagai dikepong oleh Israel disekelilingnya.Gaza dari satu sudut bagai menjadi sebuah penjara besar untuk dihuni oleh orang Islam Palestine dengan segala macam sekatan dan halangan yang dilakukan oleh Israel untuk menyusah dan melemahkan mereka.

Lebih malang bagi Palestin adalah kerana mereka tidak mempunyai sekutu setia dari negara-negara Arab sendiri.Negara-negara jiran enggan memberi bantuan dan sokongan kepada Palestin walaupun mereka mempunyai ugama,budaya dan bahasa yang sama.Malang bagi Palestin apabila Mesir ,Arab Saudi dan United Arab Emirate tidak bersedia menyokong dan meringankan beban mereka.

Sesungguhnya Allah menguji umat Islam seluruh dunia dengan menimbulkan krisis Palestin.Ada orang Islam yang patuh kepada Allah Tuhannya dan Nabi Muhammad SAW Nabinya.Ada sebahagian lain tidak.Ada orang Islam yang hanya tahu mencetak jutaan kitab Suci Al Quran dan menjualnya dengan keuntungan besar tetapi tidak membaca apalagi memahami dan beramal dengan ajarannya.Ada pula kalangan negara Islam yang lena dengan kekayaannya dengan hasil mahsul berlimpah ruah dan hanya memandang Palestin sebagai masalah bagi negara mereka.

Sementara United Nation menjadi kaku dan Negara pertubuhan Islam (OIC) turut menjadi bisu;maka dimanakah  dan siapakah tempat bergantung kepada sekian juta penduduk Islam Palestin yang tertindas dan teriniaya itu.

Allah mencetuskan krisis Palestin untuk menguji umat Islam seluruh dunia.Allah ingin mempastikan siapakah dikalangan hambanya yang patuh dan siapakah hamba-hambanya yang rugi dan berdosa.

Sehubungan dengan itu ;Allah berfirman dalam ayat 2dan 3 surah Al- Ankabut yang membawa maksud 

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "Kami Beriman".sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)." (2)

" Dan demi sesungguhnya ! kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka maka (dengan ujian demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdosa" (3)

Krisis Palestin mengajak dunia untuk berfikir secara logik serta munasabah dengan meletakkan keadilan dan kewarasan menjadi neraca timbang.Krisis Palestine mengajak manusia seluruh dunia untuk berfikir dalam kerangka baru kemanusiaan untuk melepasi dan tidak dikurung oleh kerangka keagamaan dan bangsa yang menyempitkan sudut pandang dunia.

Manusia yang waras bukan sahaja mendokong demokrasi tetapi mendokong hak-hak kemanusiaan dan meletakkan nilai manusiawi dengan tidak mengambil sikap syaitan dan kebinatangan dalam menentukan keputusan dan tindakan.

Sekarang masanya manusia sejagat seluruh dunia perlu melihat semula krisis Palestine dengan hati dan mata dari sudut pandang yang baru. Ini bertujuan supaya perspektif ini dapat memberikan hak dan keadilan bagi orang Palestine yang selama ini dipandang secara salah,tidak adil dan kerana itu mereka tidak dipedulikan dunia.

Alhamdulillah pemikiran baru dunia tentang Palestina telah mulai bertunas.

Pemikiran penduduk Amerika sekarang lebih terbuka dibandingkan pada abad-abag yang lalu.Masyarakat Amerika yang pelbagai kaum di negara Uncle Sam itu mulai memiliki pandagan baru tentang dunia luar termasuk melihat semula tentang hakikat Palestine yang dijajah.

Boston Globe salah satu akhbar terkemuka Amerika mulai tidak segan untuk membawa tajuk muka depan akhbarnya dengan " US aid to Israel should be a force for peace".Ia memeranjatkan banyak pehak.Tetapi itulah sebuah tunas baru yang cuba dibawa, dikembang dan dihidupkan terutamanya kepada pembaca Amerika yang lebih terbuka.Dalam rencana ini wujud cadangan supaya bantuan kewangan Amerika yang berbillion dollar disalurkan kepada Israel setiap tahun itu perlu dikaji semula.Bantuan itu pula janganlah untuk peperangan dan penjajahan.

Bantuan Amerika kepada Israel selama ini telah digunakan untuk menjajah bumi Palestine.Kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat awam Palestine termasuk wanita,orang tua dan kanak-kanak telah membawa kemusnahan yang banyak.

Tunjuk-tunjuk perasaan yang menyokong Palestine telah terjadi dibanyak bandar terkemuka di Amerika.Ini suatu perubahan baru yang belum terjadi sebelumnya.Ia terjadi di New York City,Houston,Texas,Los Angeles dan California.Ribuan yang mengadakan tunjuk perasaan memprotes cara Israel melayan Palestine.Mereka memprotes sikap Biden Presiden baru Amerika yang meneruskan usaha Amerika membantu Israel

Slogan "Bebaskan Palestine- Palestine untuk Palestine- Tiada lagi duit untuk jenayah Palestine " menjadikan teriakan penunjuk perasaan selain mengisi plakad yang dibawa mereka.

Mariam Abon -Ghazala aktivis Palestin-Amerika bersuara dengan menyatakan bahawa " Palestin mahu melihat penunjuk perasaan untuk menjadi berani dan lebih matang.Seruan seumpama ini bakal membuka ruang untuk melambai sokongan yang lebih ramai pada masa depan.

Martha Allen menyuarakan kemarahannya dengan kenyataan " sokongan Amerika Syarikat kepada Israel adalah memalukan".

Penunjuk perasaan ini sedar bahawa mereka tidak akan mampu untuk bebaskan Palestin hanya dengan demonstrasi mereka.Namun mereka sedar"suara" mereka serba sedikit dapat menggerakkan usaha panjang ke arah pembebasan Palestin.

Sarah Nahar seorang aktivis Afrika-Amerika memberitahu tentang gerakan "Black Internationalism"yang diasaskan sejak 1960 mulai aktif semula sejak 2015.Terdapat ramai kaum kulit hitam Amerika yang membuat perjalanan sendiri ke Palestin dan melihat dengan mata sendiri situasi Palestin.Perhubungan serta jalinan komunikasi yang terjadi diantara orang Palestine dengan kumpulan Black Amerika ini seterusnya membuka minda baru untuk dikongsi kepada lebih ramai rakyat Amerika tentang apa sebenarnya yang terjadi di bumi Palestine.

Buku yang ditulis oleh Marc Lemon Hill berjudul "Except Palestine" mengocak jiwa libral Amerika yang selama ini mengecualikan sokongan mereka terhadap Palestine untuk berbuat demikian sekarang.Ini diantara beberapa perkembangan yang cukup menarik untuk dikongsi saat ini.

Lebih dari itu seorang Senator Amerika Bernie Sanders turut menyokong hak-hak palestine.Kenyataan yang keluar dalam New York Times itu menjadi perkembangan baru yang menarek untuk diikuti.

Sementara itu beberapa kumpulan yang terdiri dari ahli kongres lelaki dan wanita dari kumpulan New York Progressive  yang diketuai oleh Alexandria Ocasio-Cortez bersama-sama dengan Rashida Tlaib seorang ahli Democrat keturunan Palestine-Amerika dengan berani dan tidak segan silu lagi menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan Palestin.

Banyak kalangan berpendapat bahawa masa sepenggal pentadbiran Donald Trump di Amerika telah membawa perpecahan dalam suara politik Amerika tentang Palestin.Telah timbul kesedaran baru dikalangan pimpinan politik Amerika bahawa Palestine perlu dilihat dari sudut yang berbeda dari kadaan sebelumnya.

Khalid Elgindy,orang kanan dan Pengarah Program Palestine di Middle East Institute percaya tentang  berlakunya perubahan dalam pemikiran dikalangan rakyat Amerika tentang Palestrine .Hal ini tentunya juga akan mempengaruhi politik Amerika secara amnya.

Khalid turut berkata bahawa " We see that in the current split inside the Democratic Party;there ara progressives who are willing to be more vocal about Palestinian rights and Israel abuses".

Khalid percaya bahawa Joe Biden adalah Presiden Amerika terakhir dari Parti Conservative yang akan menentang Palestine dengan terus menyokong Israel .

Khalid Elgindy menambah " walaupun perubahan ini tidak akan menghasilkan perubahan polisi tetapi mulai sekarang untuk pertama kalinya ia menjadi permulaan kepada timbulnya perdebatan atas isu-isu Palestin yang selama ini tidak wujud.Sekurang-kurangnya mereka akan "memikirkan semula " bantuan kepada Israel.

Dan Kurtzer,bekas Duta Amerika ke Syria,Israel dan Mesir memberikan kenyataannya kepada media Arab bahawa kesedaran baru dan simpati masyarakat Amerika kepada Palestine mulai timbul sejak 2014 lagi.

Konflik yang terjadi di Palestine sekarang adalah diantara pehak Israel dan Hamas .Mereka berbeda pendapat tentang sekatan Israel ke atas Palestine terutama ke atas Gaza yang diduduki rakyat Palestine.Hamas berjuang mempertahankan hak dan kepentingan Palestine yang dirampas oleh regim Israel.

Konflik yang sudah memasuki Sheikh Al-Jarrah dan telah melepasi batas Jurusalem.Hamas berjuang mempertahankanhak milik rakyat Palestin  serta mempertahankan kesucian Haram Al-Sharif dengan Masjid Al Aqsanya.

Gencatan senjata yang menamatkan perang sekarang nampaknya bukan menjadi penamat kepada krisis Palestine yang begitu panjang tetapi belum ada peyelesaiannya itu.Sikap Israel yang sering melanggar gencatan senjata bukanlah perkara baru.Kerana itu gencatan senjata itu hanya sebuah transit.

Kita masih menaruh harapan kepada perkembangan lain iaitu kesedaran awam diseluruh dunia untuk menaruh simpati dan menyokong penderitaan palestine.Perubahan demografi penduduk Amerika yang sekarang membentuk masyarakat mejemuk pelbagai kaum memberikan impak besar kepada perubahan pemikiran Amerika.

Kumpulan Democratic Amerika mengumpul penyokong-penyokong dari bangsa kulit hitam,orang-orang keturunan Latin,orang-orang Asia.Orang-orang muda dikalangan mereka termasuk para wanita yang berpelajaran tinggi adalah berada dalam kmpulan ini.

Kumpulan republik pula terdiri mereka yang berkulit puteh,kumpulan menengah Amerika,terdiri dari mereka yang berpelajaran tinggi serta kumpulan penganut Keristian baru  "born again christians".

Kedua-dua golongan rakyat ini mempunyai pendirian yang berbeda satu samalain.Pandangan mereka ke atas isu-isu dalam dan luar Amerika akan mencerminkan sikap sebenar mereka di atas satu-satu isu.Perbezaan pandangan ini "will continue to grow".

Ada pehak yang berhujjah bahawa teknologi baru berjaya memainkan peranannya yang besar dalam mengubah persepsi dan pandangan manusia sejagat termasuk di Amerika.

Jamal Dajani,Bekas Ketua Perhubungan di Pejabat Perdana Menteri Palestine memberitahu Arab News bahawa teknologi "made it easier for Palestinian to share image of their suffering in real time,using mobile cameras and social-media platform".Ini membolehkan masyarakat dunia bukan hanya di Amerika untuk tidak lagi bergantung kepada berita resmi dari kerajaan atau agensi-agensi tertentu untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dilapangan.Kaadaan ini menyebabkan Israel tidak lagi boleh mengawal gambar dan berita apa yang sebenarnya berlaku untuk dikongsi ramai penduduk dunia.

The Human Rights Watch mengeluarkan laporan tentang kejadian yang terjadi di Plestine pada 27 April 2021 telah membuka kejahatan Israel dengan amalan apartheid mereka ke atas rakyat Palestin.Ini berjaya mengubah sentimen dan persepsi msyarakat dunia terhadap perlakuan sebenar regim Israel yang selama ini didakwanya sebagai tindakan mereka adalah berperkemanusiaan terhadap Palestin.

Fadi Elsalameen  Fellow Institut Polisi Luar di  School Of Advanced International Studies, John Hopkins mengeluarkan kenyataannya kepada Arab News bahawa telah terjadi untuk pertama kalinya apabila kumpulan pro-Palestine dan mereka yang anti Netanyahu telah bergabung dan mengambil pendirian untuk mengubah sikap dan pendirian lama mereka tentang isu Palestine.

Dinamika baru ini telah bermula dan berkembang.Dunia dan khususnya Amerika menerima getaran baru tentang Palestine.Namun persoalan yang selalu timbul ialah apa yang akan berlaku selepas ini.Dan apakah kesedaran baru ini bakal mengubah lanskap pemikiran dunia khususnya Amerika untuk dapat mengubah nasib rakyat Palestine yang hampir seabad dijajah dan diiniayai.

Sejauh mana pula kesedaran baru masyarakat dunia ini berjaya mengubah orang politik untuk sebenarnya menamatkan kekejaman dan menegakkan keadilan untuk manusia sejagat.




Tuesday, April 6, 2021

APABILA PAS MEMBUAT KEPUTUSAN.

 Perhimpunan Agung UMNO tahun 2020 sudah berlalu.Kesan dari perhimpunan itu sekarang dirasakan dimana-mana dalam landskap politik Malaysia.Ada pehak yang merasa gembira.Ada pula pehak yang merasa dukacita.Ada yang marah dan mencemuh.Ada yang mengatakan PAU yang berlangsung dalam normal baru di PWTC itu gagal.Ia menghasilkan natijah yang tidak sepatutnya begitu.

Dua hari yang singkat 27 dan 28 Mac 2021 membuat keputusan-keputusan besar untuk kononnya membangunkan parti kearah menghadapi PRU 15 secara tersusun dan terancang.Kononya PAU 2020 itu untuk menyusun gerakan baru yang lebih padu dan bertenaga dalam memperkukuhkan UMNO disemua peringkat.

Pada hemat saya PAU 2020 gagal mencapai matalamatnya yang sebenar.Apa yang sebenarnya diharapkan tidak menjadi.Malah apa yang berlaku perpecahan dan perseteruan dalam UMNO semakin parah.

Isu bahawa Majlis Tertinggi UMNO telah lama bermesyuarat dan telah lama mengambil keputusan bahawa UMNO tidak lagi mahu bekerjasama dengan BERSATU /PN dalam menghadapi PRU 15.Keputusan ini mahu pula dibawa dan disahkan dalam PAU yang merupakan kuasa tertinggi untuk meluluskan sesuatu keputusan besar parti.

Dikatakan sebelum ini telah diadakan mesyuarat-mesyuarat  Cawangan-cawangan UMNO seluruh negara.Dikatakan 145 daripada 199 cawangan UMNO seluruh negara telah bersetuju dengan keputusan MKT untuk UMNO tidak bekerjasama dengan BERSATU /PN dalam PRU 15.

Apakah pendirian PAS dengan langkah berani UMNO ini.

Apakah pendirian rakan-rakan kongsi lain dalam Barisan Nasional terhadap keputusan UMNO ini.Apakah MCA dan MIC menyokong langkah ini.Dikatakan keputsan UMNO untuk berbuat demikian tidak terlebih dahulu dirundingkan dengan rakan-rakan koalisinya yang lain-lain itu.Nampaknya UMNO mengambil keputusan itu atas nama dirinya sendiri.Maka apakah bermakna selepas ini MCA dan MIC serta parti-parti lain dalam gabungan Barisan nasional juga boleh membuat keputusan sendiri terutama dalam hubungan kerjasama dengan Bersatu /PN.

Dalam sehari dua ini ada kedengaran MIC membuat penegasan untuk meneruskan kerjasama dengan kerajaan PN pimpinan TS Muhyiddin / Mahiadin.Apakah ini tidak menggambarkan BN mengalami keretakan dari dalamannya.

Kita belum tahu pendirian Wee Ka Siong Presiden MCA berkenaan dengan perkara ini.Mungkin mereka akan mengambil pendekatan yang sama dengan MIC.Kita perlu melihat semula kebelakangan untuk membaca kaadaan ini.

Selepas UMNO/BN tewas dalam PRU 14 yang lalu banyak parti-parti komponen BN yang keluar meninggalkan BN kerana hilang keyakinan kepada pimpinan UMNO sebagai "Big Brother" tersebut.Ini juga termasuk MCA dan MIC yang berura-ura untuk mengambil langkah sama.Walaupun ia belum menjadi kenyataan sebelum ini, adalah tidak mustahil untuk ianya berlaku sekiranya UMNO gagal menyakinkan parti-parti komponen bahawa mereka akan selamat dalam percaturan politik Malaysia yang sekarang sedang berada dalam turbulasi.

Satu waktu yang lalu MCA dan MIC dalam BN merasa geli gelemam dengan pembentukan Muafakat Nasional (MN) pada 14 September 2019 yang membawa kerjasama politik (Ta'awun) antara UMNO dan PAS.Idea kerjasama yang diwarwarkan berasaskan semangat penyatuan Melayu-Islam dirasakan sebagai  cabaran kepada kedudukan MCA dan MIC dalam komponen BN itu.

MCA dan MIC merasa lebih tenteram apabila UMNO /BN mengambil keputusan bersama menyertai Langkah Sheraton sehingga terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional yang menabalkan TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada akhir Febuari 2020.

Selain UMNO/BN yang menyertai kerajaan "Tebuk Atap"ini;PAS juga turut serta.Dengan terbentuknya kerajaan ini bagi mengggantikan Kerajaan Pakatan Harapan yang dikatakan sebagai kerajaan gagal maka kabinet baru dibentuk.Ramai ahli-ahli parlimen dari semua parti yang mengikuti Langkah Sheraton telah dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri bagi menggantikan mereka dari Pakatan Harapan yang telah dijatuhkan itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO dari kluster mahkamah sama sekali tidak dilantik memegang sebarang jawatan dalam kerajaan PN yang baru ini.Apakah keputusan Perdana Menteri ini mengembirakan mereka dari kluster mahkamah itu.

Pada peringkat awal mereka dari kluster mahkamah itu mungkin merasakan bahawa dengan menyertai Muhyiddin dalam pembentukan kerajaan baru ini akan memberi sinar baru kepada mereka dalam menghadapi berpuluh kes mahkamah yang dihadaopi mereka.Pada perhitungan mereka; setelah ditekan dan disiksa oleh Kerajaan PH selama 22 bulan itu maka sokongan kepada Muhyiddin akan memberi cahaya baru dihujung terowong.Malangnya itu tidak terjadi.

Muhyiddin bukan sahaja tidak melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri,namun jawatan menteri-menteri kanan bagi menggantikanya hanya memberikan satu jawatan dari kalangan UMNO.Zahid Hamidi Presiden UMNO,Najib Razak bekas PM,Teuku Adnan Teuku Mansor,Bung Mukter Radin disisihkan sama sekali.

UMNO sering membangkitkan bahawa mereka mempunyai "nombor" yang terbanyak dalam anggota parlimen menyertai PN.UMNO menuntut hak mereka untuk diutamakan dalam kerajaan PN.UMNO tidak pernah merasakan mereka berasal dari sebuah parti yang kalah dalam PRU 14.Ego UMNO sebagai sebuah parti yang lama memerentah negara tidak boleh direndahkan apalagi dihapuskan selama berada dalam kerajaan PN.

UMNO berharap untuk menjadi "Abang Besar" dalam kerajaan PN.Mana boleh jadi begitu bagi Muhyiddin kerana kerajaan baru ini adalah "buatan dan hasil usha " utama beliau dan rakan-rakan yang berasal dari kerajaan PH yang lalu.

Dalam kaadaan yang lain UMNO berharap PAS akan terlebih dahulu merujuk kepadanya dalam membuat sesuatu keputusan untuk bekerjasama dengan TS Muhyiddin.UMNO nampaknya berhasrat untuk mengikat PAS dalam Muafakat Nasional sedangkan MN adalah sebuah gabungan yang sangat longgar dalam pembentukan kerjasama meskipun punyai piagam yang dimetrai bersama.

MN tidak mahu didaftarkan sebagai sebuah gabungan parti politik.Barangkali ini menjadi kesilapan besar bagi UMNO kerana tidak didaftarkan dibawah ROS sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

Maka nampaknya tidaklah menjadi kesalahan pula bagi PAS untuk mencari rakan baru yang lebih menyakinkan untuk survival mereka.UMNO pula pada masa yang sama berkeras untuk terus tidak menjadi komponen resmi PN sewaktu PAS bersedia berbuat demikian.Maka tidaklah adil untuk UMNO menyalahkan PAS apabila mereka menyokong kerajaan PN kerana mereka adalah rakan kongsi resmi PN sedangkan UMNO tidak.

UMNO /BN kelihatan lebih bercelaru apabila TS Annuar Musa dipecat dari menjadi SU UMNO dan MN.Krisis yang terjadi antara DS Zahid Presiden UMNO dengan TSِ Annuar Musa membawa perpecahan yang lebih mendalam kepada UMNO.

Dalam kaadaan inilah PAU 2020 diadakan di PWTA pada 27 dan 28 Mac 2021 yang lalu.Banyak isu-isu yang lebih penting dalam memeperkukuhkan UMNO yang perlu dibawa dalam persidangan tahunan itu.Usha penyatuan UMNO perlu disuara dan diketengahkan.Cadangan-cadangan baru untuk memulihkan negara yang katanya dimusnahkan oleh kerajaan PN kini perlu disuarakan untuk dibincang dan dibahaskan.

Rakyat seluruh negara yang dikatakan keciwa dengan PN perlu diberikan harapan baru oleh UMNO kalau sebenarnya ia mahu menduduki Putrajaya kembali.Tetapi itu tidak berlaku dalam PAU 2020 baru-baru ini.

Ucapan pemimpin utama dan pemimpin sayap-sayap parti adalah berlegar kepada melepaskan kemarahan kepada PAS yang kononya tidak setia dan berkhianat kepada UMNO.Apabila Presiden PAS TG Abd Hadi Awang seperti dijatuh dan dimalukan dengan ucapan dan cabaran dari DS Ahmad Zahid Hamidi,maka apabila PAS bertindak balas kesan darinya tentulah ia bukan diluar jangkaan.

Acap kali UMNO menggesa PAS untuk menyatakan pendirian samada bersedia bersama UMNO dalam MN atau bersama TS Muhyiddin dalam PN.Hairan memikirkan bagaimana UMNO  kurang faham dalam membaca sepak terajang politik.Bukankah PAS telah menjadi anggota resmi kerajaan PN sebagi sebuah gabungan politik sah dan resmi.Jangan disalahkan PAS yang berbuat demikian sedang mereka enggan kerana pelbagai faktor.

PAS telah berkahwin dengan PN secara resmi sedangkan dengan UMNO hanya bertunang dan nampaknya tidak mungkin untuk berkahwin.Itu analoginya.Maka desakan UMNO untuk memujuk PAS berpihak kepadanya adalah sesuatu yang mustahin akan berlaku.

Nampaknya UMNO perlu dijenamakan semula.Ia perlukan "new invention".UMNO perlukan kerangka dan bingkai baru untuk mempstikan ia terus relevan dalam persada politik tanah air kini dan masa depan.

Apabila PAS secara jelas lagi bersuluh menyatakan keputusannya untuk bersama kerajaan PN TS Muhyiddin Yasin maka apakah pilihan yang ada kepada UMNO terutama dalam melewati masa-masa dingin sejuk dan membeku pasca PAU 2020 yang gagal itu.

Kedudukan UMNO semakin bercelaru.Menteri dan timbalan menteri UMNO dalam kerajaan PN tidak bersedia untuk melepaskan jawatan sebagaimana yang dikehendaki DS Zahid Hamidi.Mereka beramai-ramai telah bertemu dengan Perdana Menteri.Apabila dinasehati dan diminta oleh PM supaya masing-masing kekal dalam kabinet mereka telah bersetuju setelah menyedari bahawa tugas mereka kepada negara dan rakyat lebih besar dari memenuhi arahan seorang presiden dari parti mereka yang berada dalam dilema dan kekalutan.

Keputusan mahkamah kepada kluster mahkamah akan memberikan impak besar pula kepada kedudukan UMNO pada hari-hari yang akan datang.

Kalau benar DS Najib telah dihantar surat istihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kes rayuan SRCnya gagal maka jalan yang seterusnya bagi UMNO adalah untuk terus bermuhasabah.Apabila pula kes DS Zahid diputuskan mahkamah kaadaan akan menjadi lebih parah bagi UMNO.

Semua senerio ini membuka laluan  dan memberi peringatan  kepada PAS untuk menentukan hala tuju dan perjuangan masa depan partinya.Langkah yang silap dalam percaturan politik bukan sahaja membawa krisis dan kekalutan dalam parti dan penyokongnya malah ia akan menentukan hidup mati seesebuah organisasi tersebut.




Wednesday, March 31, 2021

POLITIK MALAYSIA : SENARIO YANG CELARU SEJAK MERDEKA

 Malaysia telah enam puluh empat tahun merdeka .Dia telah cukup dewasa dan matang dengan pengalaman menempuh kehidupan sebagai sebuah negara.

Selama 64 tahun merdeka rakyat dan negara ini berkembang di bawah kerajaan PERIKATAN. Perikatan adalah sebuah koalisi politik mewakili tiga kaum terbesar di negara ini. Orang Cina membentuk MCA (Malayan Chinese Association),India membentuk MIC (Malayan Indian Congress) sementara orang Melayu membentuk UMNO (United Malayan National Organisation).

Selama berpuluh tahun PERIKATAN memerintah Malaya /Malaysia dengan aman damai dan negara ini telah mencapai pembangunan yang sepatutnya sedikit demi sedikit.

Beberapa tahun selepas Tanah Melayu (Malaya) mencapai kemerdekaan timbul idea dan gagasan yang enam tahun selepas merdeka sebuah negara Pesekutuan bernama Malaysia diwujudkan.

Malaysia adalah sebuah idea yang dibangunkan oleh Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaya yang pertama.Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Singapura dicantumkan di bawah satu persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur

Dengan terbentuknya Malaysia senario negara ini telah berubah pula.Kawasan pentadbiran dan pemerentahan menjadi bertambah rencam dan luas dan masalahnya pula turut bertambah.

Parti-parti politik di Sabah dan Sarawak turut terlibat dengan politik dari semenanjung dalam membentuk dan membina kerangkanya.Jajaran baru perlu dibentuk untuk diseimbangkan dengan keperluan kaadaan dan masa.

Demikianlah selepas enam tahun Malaysia dibentuk,negara ini dikejutkan dengan kejadian tsunami politik pada 13 May 1969.Pilihanraya Umum Malaysia pada tahun tersebut telah mencetuskan pertumpahan darah apabila krisis perkauman gagal dikesan dan gagal dibendung oleh pemerentah terutamanya PERIKATAN (UMNO + MCA + MIC).

Parti DAP (Democratic Action Party) mengambil keputusan untuk merayakan kemenangan besar mereka dalam PRU tahun itu dengan mengadakan perarakan di beberapa tempat terutama di Kuala Lumpur.Laungan dan pekikan dari kaum Cina dalam perarakan tersebut serta slogan dalam sepanduk yang dibawa dirasakan menghina,mencabar dan mengancam maruah orang Melayu.

Kebangkitan orang Melayu melawan tindakan yang sangat provakasi sifatnya itu mencetuskan tumpah darah.13 May membawa kepada diistiharkan darurat seluruh negara untuk tempoh dua tahun berikutnya dengan diperintah oleh sebuah majlis pentadbiran yang dinamakan Majlis Tindakan Negara (MAGERAN).

Tun Abdul Razak dilantik menjadi Pengarah MAGERAN.Langkah-langkah untuk menyelamatkan Malaysia telah diambil berdasarkan dari pengalaman dan sejarah negara ini.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disusun untuk dilakukan "check and balance" kedudukan ekonomi dan sosial antara perlbagai kaum di negara ini.Matalamat untuk mengagihkan 30% kekayaan negara ini kepada kaum Melayu dan bumiputera dikatakan diberi tumpuan oleh kerajaan.Namun pada akhirnya cita-cita tersebut hanya dapat dicapai di atas kertas tulisan yang dibukukan dengan sempurna dalam dokumen-dokumen perancangan sahaja.

Pemimpin UMNO yang katanya berjuang untuk membela orang Melayu bersama PERIKATAN telah gagal membangunkan Melayu seperti yang dihasratkan oleh negara.Sementara UMNO yang mewakili kaum Melayu gagal membela kepentingan Melayu. Lain pula halnya dengan MCA yang berjaya mengangkat kaum Cina .Mereka berjaya dan berupaya merebut segala peluang terutama ekonomi yang disediakan kerajaan.

Dalam mencari kegagalan DEB atau mengesan kegagalan orang Melayu bersaing merebut peluang ekonomi negara ini;terdapatlah ungkapan yang mengatakan "orang Melayu malas"  bekerja untuk merebut peluang yang ada.Kata-kata ini bukan boleh membantu Melayu apalagi kalau ungkapan itu datangnya dari seorang Perdana Menteri Melayu !.Memanglah mencari alasan mudah itu mudah kerana ia tidak perlu lagi bersusah payah untuk segera mengambil langkah mengatasi masalah.

Senario politik Malaysia pra dan pasca merdeka sangat diwarnai oleh masalah perkauman penduduknya.Hal itu nampaknya diberikan ruang untuk berlarutan kerana pendekatan pemerentahan "divide and rule" yang diamalkan penjajah dirasakan masih sangat berguna untuk terus dipakai dalam pentadbiran negara merdeka demi mencapai kepentingan diri terutamanya ahli-ahli politik dalam mengekalkan kuasa dan "status quo" politik mereka.

Kelihatanya selagi jurang ekonomi dan sosial antara kaum gagal diperbaiki untuk menuju titik keseimbangan maka selama itulah krisis politik Malaysia tidak akan dapat diselesaikan.

Gagalnya DEB diikuti pula oleh gagalnya Wawasan 2020.Kedua-duanya mempunyai idealisma yang sangat baik namun pelaksanaanya yang lemah membawa kegagalan.Di bawah UMNO yang gagal banyak perancangan yang baik tidak dilaksanakan dengan baik serta bersungguh-sungguh.Halangan yang ada tidak diselesaikan dengan secukupnya .Ini membunuh matalamat dan menggagalkan seluruh rancangan.

Isu perkauman yang gagal ditangani sejak awal oleh UMNO menjadi  punca utama kepada banyak masalah Malaysia.UMNO dari mula terlalu sangat lemah untuk membela kepentingan Melayu di Tanah Melayu ini.Mereka kelihatan lebih banyak mengalah sehingga orang Cina dan India dapat melaksanakan sistem pendidikan vernakular sendiri.Ini isu sebenar yang menguatkan krisis perkauman kerana masyarakat yang dibentuk dari sistem pendidikan berbeza melahirkan idealisma dan citarasa yang jauh berbeza dikalangan pelbagai bangsa penduduk majemuk negara ini.

Masalah politik Malaysia kurun ke 21 menjadi lebih ketara.Masalah perkauman bagai tidak ada jalan penyelesaiannya.Setiap kaum nampaknya berada dalam sangkar kehidupan masing-masing.Parti-parti politik terbentuk kebanyakanya untuk kepntingan kaum masing-masing.

UMNO dengan prinsip sekular-nasionalisma Melayunya.Demikan MCA dan MIC dengan perjuangan kapitalisma mengumpul kekayaan untuk kaumnya sendiri.Untuk sekian lama berada di negara ini dari sifatnya asalnya sebagai kaum pendatang sehingga menjadi rakyat negara ini; mereka orang Cina menumpukan sepenuh tenaga mengumpulkan kekayaan melalui peluang ekonomi dan perniagaan.Dari buruh lombong orang-orang Cina mengembangkan perniagaan bermula secara kecil-kecilan.Apabila pekan dan bandar berkembang mereka telah menjadi pemain utama di situ.Demikianlah akhirnya sektor bandar dikuasai oleh kaum yang asalnya pendatang itu.

PAS dengan "Islamic centric"nya berjaya membungkus penyokongnya dalam pemikiran fanatik ugama sejak sekian lama.Pengalamanya yang dikatakan sanggup "menunggang ugama"telah lama dijayakan sehingga kekal berkuasa dan bertahan dalam politik negara.

PAS dikatakan menggunakan agama sebagai alat untuk "membius" penyokongnya sehingga timbulnya fanatisma agama yang menjadi stigma dalam komunikasi dan perhubungan sesama penduduk samada dalam kelompok sebangsa apa lagi dikalangan penduduk pelbagai bangsa di negara ini.Kerana hal yang demikian PAS hanya disokong oleh orang Melayu -Islam dan secara amnya ditolak sepenuhnya oleh kaum-kaum lain di negara ini dari dulu hingga sekarang.

 Malaysia meninggalkan kurun ke-20 untuk memasuki kurun ke -21 dengan pelbagai masalah yang belum selesai.

Kurun ke-21 membawa kegemparan kepada UMNO /BN dan Malaysia keseluruhannya apabila pada 22 Jun 2002 Perdana Menteri ke-4 Dr Mahathir Muhamad (Tun) meletakkan jawatan Perdana Menteri dan semua tugas-tugasnya dalam UMNO /BN.

Tidak begitu pasti mengapa keputusan itu dibuat secara serta merta itu terutama disaat penggulungan ucapan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada tahu itu.Namun setelah dipujuk Tun M kembali menerima jawatan itu untuk berakhir pada tahun 2003.

Tun Abdullah Badawi mengambil alih kuasa yang diserahkan oleh Tun M.Malangnya pentadbiran Tun Abdullah dilihat gagal mencapai matalamat negara.Lebih-lebih lagi ia gagal mememenuhi selera Tun M .Sebenarnya tidak wajar untuk Tun M membandingkan kejayaan dan pencapaianya dengan pengantinya itu.

Benar dengan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah telah menaikkan imejnya sebagai seorang pemimpin  Melayu-Islam dan kerana itu melonjakkan sokongan rakyat kepada kerajaannya sehingga dalam PRU 2004 UMNO /BN telah mencapai kemenangan yang cemerlang.Namun bila UMNO /BN pimpinan Tun Abdullah kalah teruk dalam PRU 2008 dengan kehilangan majoriti dua pertiga dalam dewan sangat engeciwakan Tun M.Kritikanya bermula dan pentadbiran Tun Abdullah menjadi goyah.

Prestasi buruk ini dijadikan bahan kritikan terbuka terhadap pentadbiran Tun Abdullah. Kelemahan peribadi lain tentang Tun Abdullah diperbesarkan sehingga dikata dan dinista bahawa Tun Abdullah adalah seorang PM yang selalu tertidur dan terlena meskipun ketika berada dalam mesyuarat dalam dan luar negara.Tun M turut menekan Tun Abdullah.Ura-ura Tun Abdullah diminta berundur terdengar di sana sini.Turut juga dituduh bahawa kelemahan Tun Abdullah kerana banyak memberi laluan kepada Khairy Jamaluddin menantunya untuk mengambil kesempatan mempengaruhi pentadbiran kerajaan bapa mentuannya.

Tun Abdullah melepaskan jawatannya untuk digantikan oleh DS Najib Tun Razak.Tun Mahathir memainkan peranannya sehingga DS Najib dapat mengambil jawatan dan kuasa negara.Malangnya dalam pandangan dan seperti yang diakui sendiri olehTun M;DS Najib tidak boleh dipandu olehnya mengikut kemahuannya.Tun M pada akhirnya menyesal kerana melobi untuk Najib.Tun M selalu mengatakan keterhutangan budinya pada Tun Razak yang membelanya perlu ditebus dengan langkahnya mengangkat Najib.Namun itu tidak berkekalan.Pada akhirnya sokongan Tun M pada DS Najib telah ditarik.Dengan itu dikuti oleh Tun M keluar UMNO dan berkempen menentang DS Najib secara terbuka.

Tun M kemudianya kembali memasuki gelanggang politik sewaktu pentadbiran Najib dengan UMNOnya semakin terancam.Bersama TS Muhyiddin Yassin dan rakan-rakan yang lain Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM / BERSATU)dibentuk.Parti ini kemudiannya bergabung dengan Pakatan Harapan yang sedang dianggotai oleh PKR,AMANAH dan DAP dalam tahun 2016.

Bahang dari kepanasan PRU 2018 membakar negara dengan Isu  1 MDB ( 1 Malaysia Development Berhad). Slogan " Cash Is King" membakar  pentas-pentas politik dengan api kemarahan kepada DS Najib yang dikatakan merosak dan menjahnamkan negara.Pakatan Harapan yang dijulang oleh Tun M,Dr Wan Azizah dan Mohamad Sabu menjadi pilihan baru rakyat sebagai sebuah parti yang bakal menyelamatkan Malaysia dari kehancuran.

Dengan segala sokongan rakyat dari semua bangsa di Malaysia;sejarah baru tercatat kukuh apabila pada 5 Mei 2018 dalam PRU ke -14 tumbanglah UMNO/BN sebagai sebuah rejim yang berpuluh tahun menguasai negara ini tanpa pernah dikalahkan.

Sejarah besar yang sepatutnya dirakam dengan tulisan emas itu tidak memberikan kenangan manis yang lama kepada rakyat Malaysia kerana sepanjang 22 bulan pentadbirannya Kerajaan Pakatan Harapan telah gagal memenuhi selera dan kehendak seluruh rakyat yang telah berkorban memilihnya dalam PRU 14.

Sejak kekalahan UMNO/ BN  dalam PRU 14,ia menjadi sebuah parti yang dilupakan setelah begitu dibenci sepanjang tempoh kempen PRU 14.Tun M yang diangkat menjadi PM ke-7 dengan bangga dan yakin selalu berkata bahawa UMNO sudah menjadi begitu rosak,busuk dan tidak berguna lagi !.

Kekalutan,kecelaruan dan perselisihan sesama sendiri dalam Pakatan Harapan menjadikan pemimpin-pemimpin mereka hanya mampu tidur sebantal tetapi mempunyai mimpi masing-masing.Kata mengata sesama sendiri sudah bermula tidak lama selepas kerajaan dibentuk.Dipersoalkan keputusan Perdana Menteri melantik kabinet yang gagal memenuhi kehendak dan permintaan pemimpin dari ahli-ahli gabungan parti yang berbeza dalam PH.

Krisis politik dalam PH menjadi lebih ketara apabila DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara melalui pengampunannya oleh DYMM Sri Paduka Baginda YD Agung.DS Anwar mulai memperkukuhkan kedudukannya dalam politik dengan memenangi PRK Parlimen Port Dickson.Ia diikuti dengan kejayaannya mengambil jawatan Presiden PKR yang diserahkan kepadanya oleh isterinya Dr Wan Azizah yang juga selaku Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

Janji Pakatan Harapan yang telah dipersetujui semasa menghadapi gelombang PRU 14 untuk memberikan jawatan  kepada DS Anwar Ibrahim menjadi PM ke-8 selepas Tun M; menjadi duri dalam daging sepanjang tempoh 22 bulan pentadbiran Tun M dalam kerajaan PH.

Isu PM ke -8 menjadi pemangkin kepada perpecahan Kerajaan PH.Fakor ini secara solo menjadi faktor utama runtuhnya kerajaan PH.Keberahian DS Anwar untuk segera mengambil jawatan PM dengan sokongan kuat dari PKR,DAP dan AMANAH memberi tekanan kepada PPBM /BERSATU pimpinan Tun M untuk selisa bekerja dan meneruskan tugas.

Langkah Sheraton memberikan pukulan maut kepada kerajaan Pakatan Harapan apabila satu jajaran baru politik mulai disetujui untuk dibentuk bagi menggantikan PH yang sudah mulai dipandang gagal menyelamatkan negara.

UMNO telah lama memainkan peranannya untuk memburuk-burukan kerajaan PH.Itu tugas mereka untuk kembali berkuasa di Putrajaya.UMNO sangat merasa perit bergelar pembangkang.Dengan apa cara mereka perlu engambil langkah untuk kembali mengambil kuasa.

Muafakat Nasional dibentuk dan dimeteraikan piagamnya bersama UMNO pada 14 September 2019 dalam kerangka besar membina jajaran baru politik untuk mengambil kembali kuasa negara.Dengan MN mereka mencapai kejayaan demi kejayaan dalam tujuh PRK yang diadakan semasa kerajaan PH mulai kehilangan kepercayaan rakyat.

MN berjaya membawa sentimen Melayu-Islam sebagai faktor penyatu dan penolak.Ia berjaya menawan sokongan Melayu dan menolak DAP yang dikatakan menunggang Tun M dan menentukan dasar-dasar kerajaan PH.

Tun M yang pernah meletakkan jawatan PM pada 2003 semasa mentadbir di bawah UMNO/BN telah mengulangi perbuatan yang sama pada 24 Febuari 2020 semasa memegang jawatan PM di bawah kerajaan PH.

Kejutan besar ini membawa pada akhirnya DYMM Sri Paduka Baginda melantik TS Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ke-8 setelah baginda yakin ahli parlimen tersebut  mendapat sokongan majoriti ahli dewan.Ini terjadi apabila AP UMNO dan PAS serta beberapa parti Sarawak turut menyokong TS Muhyiddin.

TS Muhyiddin kemudiannya mentadbirkan sebuah kerajaan baru yang kemudiannya dinamakan Perikatan Nasional (PN).Ia kemudiannya didaftarkan di bawah ROS sebagai gabungan politik yang resmi.

Apa pun yang sangat menarik perhatian serta menjadi perbualan rakyat ialah  apabila PAS yang telah pun bekerjasama dengan UMNO /BN (walau pun tidak resmi ) dalam Muafakat Nasional sebelum itu,sanggup pula "berkahwin" dengan PN.Dikatakan "perkahwinan" ini dibuat secara senyap-senyap tanpa dirunding terlebih dahulu dengan UMNO/BN.Ini menimbulkan krisis baru UMNO-PAS yang baru sahaja berbaik-baik itu.

Tindakan PAS untuk bergabung secara resmi dengan PPBM (BERSATU) dalam Perikatan Nasional nampaknya akan meruntuhkan Muafakat Nasional.PAU (Perhimpunan Agung UMNO) yang berlangsung pada 27 dan 28 Mac 2021 yang lepas secara resmi UMNO mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PN dan TS Muhyiddin Yassin dalam PRU 15 yang akan datang. Keberadaan UMNO / BN seperti yang telah ditetapkan sebelum ini adalah bersifat sementara.Itulah yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO sekarang terutama mereka dari kluster mahkamah.

Ucapan pemimpin-pemimpin utama UMNO dalam PAU yang baru berakhir itu banyak yang menyindir dan menyalahkan PAS sebagai tiak jujur dalam persabatan dan muafakat diantara mereka.DS Ahmad Zahid selain dari mengingatkan PAS supaya menjaga hati dan sensitiviti UMNO turut juga memberi amaran kepada pemimpin utama PAS yang dijemput hadir dalam PAU tersebut.

Gesaan dan arahan DS Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO kepada menteri-menteri UMNO dalam kabinet PN sekarang supaya segera melepaskan jawatan masing-masing;  bukan sahaja memberikan pukulan kepada mereka yang berkenaan tetapi kepada TS Muhyiddin sendiri selaku Perdana Menteri.

Politik Malaysia menjadi begitu kacau bilau bukan sahaja kerana serangan pembangkang kepada kerajaan TS Muhyiddin tetapi juga serangan dari dalam PN sendiri.Seperti disedari umum kalaulah UMNO tidak bersekongkol dengan Muhyiddin membentuk PN bersama PAS dan lain-lain sejak awal mana mungkin TS Muhyiddin boleh menjadi PM dan PN boleh terbentuk.

Mengapa sampai sekerat jalan UMNO menjadi gunting dalam lipatan sedangkan PAS tidak.PAS sentiasa berusaha untuk memujuk UMNO supaya kekal dalam PN demi penyatuan Melayu-Islam sebagaimana yang dibina bersama UMNO sebelum itu.

Sikap UMNO yang masih menebal dengan egonya dengan merasa tidak pernah kalah menjadikan mereka tidak boleh berada di bawah .UMNO perlu menjadi tuan bukan menjadi hamba yang boleh diperintah dan disuruh.Perangai pemimpin UMNO yang tidak ingin belajar dari kekalahan dan kejatuhan mereka akan menjatuhkan mereka lebih dalam selepas ini.

PAS sudah pun pasti mengambil keputusan untuk bersama BERSATU dan PN.Demikian pula menteri-menteri UMNO dalam kerajaan PN sudah pun mengambil keputusan untuk kekal dalam kerajaan PN sehingga PRU 15.Mereka ini berbuat demikian samada untuk kepentingan  menyelamatkan negara atau peribadi tidak begitu penting lagi.Yang lebih penting mereka menolak arahan presiden mereka.Ia memberi pukulan kepada DS Zahid terutamanya.

Melihat kepada kedudukan UMNO yang semakin kacau dan keliru telah mempengaruhi Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains dan Inovasi untuk berani keluar mencadangkan supaya pemilihan pucuk pimpinan UMNO perlu segera dibuat sebelum PRU 15.UMNO perlu dibina semula dengan kerangka baru oleh pemimpin baru supaya UMNO lebih fresh dan segar untuk berdepan PRU.

Dari satu sudut yang lain kekacauan politik Malaysia masakini diwarnai pula oleh pengistiharan darurat.Parlimen dan DUN tidak dibenarkan bersidang.Wakil-wakil rakyat ditakrifkan sebagai makan gaji buta dan demokrasi telah dimatikan.

Kaadaan politik yang tidak stabil ini tidak menyenangkan pelabur asing bilamana beberapa syarikat pelaburan asing yang telah lama bertapak di negara ini lari meninggalkan Malaysia.Pelabur asing yang baru tidak lagi berani masuk untuk mencuba nasib kerana iklim politik yang kacau serta tidak stabil.

Keabsahan Perdana Menteri dipertikai dikalangan pembangkang.Langkah Kerajaan PN yang dikatakan memancing dan membeli ahli parlimen dari kalangan pembangkan untuk menyokong Perdana Menteri menimbulkan tambahan krisis baru yang tidak sedikit.

Rakyat menunggu bila darurat akan ditamatkan.

Rakyat menunggu bila parlimen dan DUN akan dibuka untuk membolehkan "check and balance" kepada kerajaan dapat dilakukan.

Rakyat menunggu bila parlimen akan dibubarkan dan PRU 15 akan berjalan.

Sebahagian rakyat menunggu kerajaan PN akan dapat digantikan oleh sebuah kerajaan baru yang stabil serta yakin dapat membela rakyat.

Untuk semua penunggu ini bolehlah anda menyebut  siapakah PM Malaysia selepas ini.Apakah parti politik atau gabungannya yang akan memerentah negara  ini selepas jatuhnya PN nanti.

Masa dengan sabar akan berlalu dan datang untuk memberikan jawapannya.

Jangan lagi rakyat membuat pilihan yang salah untuk kemudiannya menyalahkan orang lain bersalah menyusahkan kita.

Masa depan Malaysia terletak ditangan rakyatnya yang matang dan dan tidak membiarkan mereka ditipu oleh ahli-ahli politik yang keliru.





Monday, January 11, 2021

PENDEKATAN UMNO : KEBIJAKAN YANG MEMAKAN DIRI

 Sehingga saat ini UMNO berada dalam dilema.Kita tidak pasti adakah pemimpinnya dari peringkat atas sehingga peringkat bawah benar-benar mahukan UMNO keluar dari mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan TS Muhyiddin Yassin.

2. Kita juga tidak begitu pasti apakah benar-benar UMNO mahukan supaya Pilihanraya Umum ke 15 perlu segera diadakan sekarang.

4. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada malam 6 Januari yang lepas tidak berani membuat cadangan untuk mengangkat kedua-dua cadangan di atas.Ahli MKT hanya akan bersedia membawa cadangan itu terus kepada mesyuarat agung parti yang akan diadakan pada 31 Januari 2021 yang akan datang.

5. Kalau UMNO dan anggota MKT benar-benar serius sewajarnya kedua-dua hasrat itu diputuskan dalam mesyarat MKT.Apa yang perlu dibawa kepada mesyuarat adalah cadangan keputusan yang telah pun dibuat lebih awal.Itu baru namanya anggota MKT kelihatan lebih serius dan lebih bertanggung jawab.Lagi pun kalau MKT telah buat keputusan awal ia mungkin dapat memendekkan masa untuk semuanya diputuskan dalam mesyuarat agung tersebut.

6. Sehingga saat ini kita melihat UMNO begitu giat menggertak Perikatan Nasional dan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin dengan ancaman untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN.

7. Kita faham kerajaan PN sekarang seperti berada di hujung tanduk.TS Muhyiddin mendapat dokongan lemah apabila mengikut perkiraan sekarang ini beliau hanya mempunyai bilangan 110 ahli perlimen yang menyokong dan mendukung kerajaannya.

8. Selepas Dato' Ahmad Jazlan Yaakub meletak jawatan Pengerusi Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) serta menarik sokongannya kepada Muhyiddin kedudukan kerajaan Muhyiddin semakin terancam.Ini untuk dikira pula dengan wujud lagi beberapa pemimpin UMNO lain yang akan mengambil langkah serupa dalam waktu terdekat ini.

9. Persoalannya pula apakah kerajaan PN -TS Muhyiddin akan tumbang dengan hanya kehilangan majoriti itu.Dalam krisis corvid 19 yang mengancam nyawa dan negara sekarang ini apakah semudah itu pula YDAgong bersedia untuk membubarkan parlimen lalu mengadakan PRU seperti yang didesak UMNO itu.

10.Ancaman corvid 19 yang mencanak kenaikan angka pesakit tidak memungkinkan semua kehendak UMNO dapat dijayakan dengan mudah.Masa dan kaadaan sangat tidak berpihak kepada UMNO.Desakan UMNO supaya palimen segera dibubar dan segera pula diadakan pilihanraya umum adalah desakan yang sangat tidak bijaksana.

11. Kenyataan Tan Sri Nur Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa PRU sangat tidak sesuai untuk diadakan saat pandemik corvid tengah merebak ini nampaknya dipandang sepi oleh sesetengah pemimpin UMNO.Pengalaman PRK Sabah akhir tahun lepas yang membawa kepada penularan besar wabak berkenaan seharusnya dijadikan ukuran.Ia sepatutnya juga menjadi pengajaran kepada tokoh-tokoh UMNO yang membuat desakan berkenaan.

12.Kita melihat kuatnya aginda tersembunyi (hidden agenda) dalam langkah UMNO untuk tidak menyokong Kerajaan PN dan untuk mendesak PRU diadakan.

13. Faktor DS Zahid dan Faktor DS Najib adalah menjadi faktor utama dalam gerakan ini.Banyak pula pemerhati yang melihatnya dalam  faktor "Kluster Mahkamah " yang menjadi pemangkin untuk mengerakkan tekanan dan desakan kepada kerajaan.

14. A.Kadir Jassin bekas Penasehat Media mantan PM ke 7 berpendapat bahawa ketakutan kluster mahkamah masuk penjara mendorong mereka mengambil segala peluang yang ada dengan menggunakan segala kebijakan yang terfikir untuk melepaskan diri dari bahaya itu.Manusia akan bersedia untuk masuk ke lubang najis sekalipun kalau itu dapat memanjangnya nyawa dan dapat melepaskan diri dari bahaya yang ditakuti.

15. DS Najib sudah pun dibuktikan bersalah oleh mahkamah.Beliau belum dimasukkan ke penjara kerana menunggu keputusan mahkamah rayuan .Namun banyak pula lagi kes-kes lain yang bakal dibawa dan dihadapinya di mahkamah.Pastinya ini sangat mencemaskan dan menakutkan.Demikian juga DS Ahmad Zahid dengan kes-kes mahkamahnya.

16. Tidak terkecuali Dato' Ahmad Maslan SU Agung BN yang baru dilantik mengambil tempat TS Annuar Musa yang baru dipecat.Kenyataannya  yang dipetik media menyebut bahawa UMNO mengambil pendekatan untuk tidak menyokong kerajaan PN- TS Muhyiddin adalah kerana "Kluster Mahkamah " telah dizalimi sedemikian rupa.

17. Apakah maksud Ahmad Maslan dengan perkataan mereka yang melakukan salahlaku itu sedang dizalimi.Apakah keadilan yang cuba ditegakkan oleh kerajaan sekarang melalui mahkamah itu suatu tindakan menzalimi.Apakah perbicaraan di mahkamah tidak membenarkan mereka yang dituduh melantik peguam-peguam yang handal bagi membela mereka.Apa yang kita perhatikan mahkamah telah menjalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggung jawab.

18. Negara kita mempunyai undang-undang untuk melaksanakan keadilan kepada rakyat.Rule of law perlu dilaksanakan.Perdana Menteri tidak harus campurtangan dalam urusan mahkamah.Biarkan mahkamah bebas menjalankan tugas dan menjatuhkan sesuatu hukuman dengan adil dan saksama tampa diganggu gugat.

19. UMNO melalui pemimpin-pemimpinnya seolah-olah  mengajar ahli-ahlinya supaya bukan sahaja menentang kerajaan tetapi dengan sewenang-wenang pula membelakangi undang-undang yang digunakan untuk menjaga keselamatan negara.

20. Zahid Hamidi telah dilihat gagal mentadbir UMNO.Pendekatan termasuk arahan-arahan yang keluar dari hati dan mulutnya tidak membayangkan kebijaksanaan telah digunakan..TS Anwar selepas dipecat membuat kenyataan bahawa bekas bossnya itu tidak berada dalam "right frame of mind" berikutan tekanan kes mahkamah yang dihadapinya sekarang.

21. Dengan kegagalannya sekarang besar kemungkinan akan timbul desakan supaya beliau melepaskan jawatan untuk diganti oleh mereka yang lebih bijak,matang dan rasional.Sampai masanya untuk UMNO mengadakan reformasi kepimpinan di mana pemimpin muda perlu ditolak ke atas dan pemimpin yang bermasalah ditarik turun secara baik atau secara paksa.

22. Pemimpin baru UMNO perlu lebih berani menongkkah arus kalau mereka berhasrat untuk melihat UMNO kembali bangkit secara bermaruah.Kalau tidak dan dengan masih mengekalkan status quo pemimpin sekarang ;UMNO bakal ditolak untuk kesekian kalinya.

23. Pendedahan TS Annuar Musa bahawa pendekatan DS Zahid yang bersekongkol dengan DS Najib memberi sokongan kepada DS Anwar Ibrahim dan DAP dalam usaha membentuk jajaran baru adalah satu lagi tamparan besar untuk survival kedua-dua pemimpin veteran UMNO itu.

24. Dengan segala perkembangan yang berlaku janganlah UMNO berfikir bahawa kerajaan PN dan TS Muhyiddin tidak berbuat sesuatu untuk menolak ombak yang sudah mulai naik tebing.Bila cacing sudah naik ke mata ia bukan lagi masanya  untuk TS Muhyidin membuang masa untuk bermain golf kegemarannya.

25. Dalam masa yang sama PAS telah mengambil langkah yang sangat bijaksana.Benar PAS telah melangkah secara "play safe".Itu hak mereka.Dalam berpolitik pemimpin mesti mengambil pendekatan bijak untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan.Bagi PAS peduli apa pada orang kata.Ustaz Mokhtar Senik dari PAS menyokong tindakan pemimpin mereka dengan mengatakan sahkan masuk dua kolam kalau 100 kolam pun PAS sedia masuk untuk kebaikan mereka bila enyentuh tentang PAS bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Rakyat kemudian pada masa sama bersatu pula dengan Perikatan Nasional menyokong TS Muhyiddin.

24. PAS sekarang nampak lebih yakin kepada PN daripada lebih melayan UMNO dalam MN.Karenah UMNO tidak begitu disetujui oleh PAS.Kerana itu PAS kelihatan mengambil langkah berdiam diri sewaktu UMNO menikam TS Muhyiddin dari belakang.Dalam krisis Perak bulan lepas PAS pada peringkat awal mengambil pendekatan untuk tidak menyokong UMNO menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu sebagai MB Perak.Walaupun mereka menyokong kemudian kelihatan itu bagai terpaksa juga kerana "play safe" itu.

25. Tindakan PN dan TS Muhyiddin melantik pemimpin-pemimpin PAS untuk menjadi  Pengerusi Perhubungan PN di empat negeri Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu menambat kukuh sokongan PAS kepada PN bukan kepada UMNO.

26. Dari segi ikatan dan aku janji nampaknya PAS lebih terikat kepada PN berikutan daripada Perikatan Nasional telah didaftarkan dengan ROS sebagi sebuah sebuah gabungan rasmi di mana PAS menjadi salah satu anggota koalisinya bersama BERSATU dan GRS.Sedangkan PAS bersama UMNO dalam Muafakat Nasional kelihatan tidak lebih dari ikatan setakat bertunang namun tidak bersedia untuk kahwin pun.

27. Kalaulah benar UMNO menarik diri dan PN dan tidak lagi menyokong TS Muhyiddin apakah mereka yakin bahawa UMNO akan dilayan sebagai "abang besar" bila berpakat dengan Pakatan Harapan dan DS Anwar Ibrahim.Apakah tidak menjadi keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya.Apakah UMNO fikir mereka akan diberikan layanan istimewa termasuk akan diberikan jawatan-jawatan penting sesuatu yang gagal mereka dapat dari TS Muhyiddin.

28. Ramailah pemerhati dan rakyat melihat langkah keluar UMNO meninggalkan PN adalah langkah menuju kemusnhan untuk UMNO.Kalau ini terjadi sekali lagi seorang Presiden UMNO mengambil langkah bodoh untuk menamatkan riwayat UMNO.Kalau dulu Najib melakukannya dengan 1 MDB maka sekarang Zahid dengan Kluster mahkamahnya yang menarik UMNO keluar dari PN.

29. DS Zahid dan DS Najib yang menasehatinya mengambil pendekatan yang dikira bijak untuk menyelamatkan dirinya malangya kebijakan itu memakan diri sendiri.

Sunday, January 10, 2021

KEMANA LAGI ARAH TUJU UMNO

 Asal usul tatkala mula UMNO bergabung dengan PAS adalah atas dua cabang sentimen.Satu sentimen Islam dan keduanya sentimen Melayu.Sentimen Melayu-Islam menjadi asas dan dasar kerjasama yang dirintiskan oleh kedua parti yang utama ini dalam arena politik Malaysia ini.

2. Kedua-dua parti terbesar dan telah lama berpengalaman dalam selok belok politik Malaysia ini adalah dua musuh tradisi yang selama berpuluh tahun enggan bekerjasama.Malah mereka serang menyerang antara samalain.Tidak pernah siapa pun menduga bahawa pada suatu waktu mereka bakal berdamai dan bersatu hati.

3. Namun kedua-dua parti ini nampaknya sering bermain mata dalam saat negara sedang menghadapi PRU 14 yang lalu.Mereka berdua sering berada sepentas bilamana Presiden UMNO DS Najib Razak dan Presiden PAS DS Abd Hadi Awang menghadiri beberapa majlis yang danjurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

4. Sepanjang tempoh kempen PRU 14 kedua-dua parti nampaknya sudah tidak lagi serang menyerang antara satu samalain.Nampaknya pula sepanjang tempoh selepas PRU 13 hubungan kedua-dua parti ini semakin rapat dan semakin ngam satu samalain.Sepanjang tempoh menghadapi PRU 14 kedua-dua parti ini dikatakan sedang "dilamun cinta".

5. Sebagaimana orang dilamun cinta keburukan pasangan antara keduanya sudah tidak diungkit lagi; sehingga kurap dikatakan panau.Sebesar mana isu 1MDB dibangkitkan oleh pembangkang, PAS tidak percaya itu perbuatan yang dilakukan oleh DS Najib.PAS menganggap itu hanya fitnah.PAS kata itu suatu konspirasi untuk menjatuhkan Najib.Segala keburukan yang dilakukan UMNO tidak lagi diungkit oleh PAS dalam menghadapi PRU 14.Demikian juga sebaliknya.

6. Meskipun PAS tidak bergabung dan bekerjasama secara resmi dengan UMNO dalam PRU 14 namun mereka secara tidak resmi telah mengadakan persafahaman untuk tidak menyerang satu samalain.

7. Maka terjadilah pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14. Pakatan Harapan sebuah gabungan pembangkang yang baru dibentuk mendapat sokongan kuat daripada rakyat.Di bawah pimpinan Tun Mahathir,Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal di Sabah gabungan pembangkang ini berjaya menawan hati rakyat dengan isu 1MDB yang dibagkitkan mereka.Populariti Najib selaku Perdana Menteri jatuh merudum.Rakyat menjulang Tun Mahathir dan Pakatan Harapan dengan menolak UMNO-BN pimpinan DS Najib.

8. Walaupun PAS tidak menyokong Pakatan Harapan dan lebih condong kepada menyokong DS Najib namun kebangkitan rakyat yang bencikan kepada DS Najib masih gagal menyelamatkan UMNO-BN .

9. PAS berhasrat untuk menjadi "King Maker " dalam PRU 14.Namun Pada suatu masa ia kelihatan seperti bersedia dipujuk untuk menyertai PH.Usaha dilakukan berkali-kali apabila Presiden PAS ditemui untuk mengajak PAS menyertai gabungan pembangkang dalam PH.Namun itu ditolak sehingga Tun Mahathir merasa sangat keciwa dengan sikap PAS yang demikian itu. Hati PAS sebenarnya telah dibeli dan di tawan oleh UMNO.Timbulnya pula cerita bagaimana katanya sikap PAS telah berubah terhadap UMNO berikutan daripada "habuan " RM 90 juta yang diterima PAS dari dana UMNO.

10. UMNO-BN tumbang dalam PRU 14 pada 9 Mei 2018.Ia jatuh tersungkur bertabur dilantai negara.Ia membawa kedukaan dan kecelakaan besar untuk seluruh ahli UMNO.Menteri-menteri UMNO-BN  yang memegang jawatan terpaksa melepaskan jawatan masing-masing.Mereka bukan sahaja hilang jawatan tetapi hilang pendapatan.Mereka hilang kuasa dan hilang kepentingan.Ini sesungguhnya sangat menyakitkan.Ia sangat memalukan.DS Najib melepaskan jawatan Presiden UMNO untuk kemudiannya digantikan oleh DS Zahid Hamidi.

11. Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri kerajaan PH menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang busuk sampai ke akar-akarnya.Bagi Mahathir dengan kekalahan UMNO dalam PRU 14 itu maka tamatlah riwayat UMNO.

12. Namun demikian UMNO belum patah retah.Ia tidak hancur habis Sedikit demi sedikit ia mula bangun dari rebahnya.Bagai bayi ia mula bertatih untuk kembali berjalan dan berlari di padang politik Malaysia.

13. Perpecahan dalam Pakatan Harapan memberi harapan baru kepada UMNO.Memang benar Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan lemah yang didirikan dengan ikatan tali yang rapuh.Mereka dikatakan hanya "tidur sebantal tetapi mimpi berlainan".Mereka membina matalamat bersama untuk menjatuhkan sebuah kerajaan UMNO-BN yang digelarkan kerajaan kleptokrasi.Kerajaan ini digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

14. Namun apabila Pakatan Harapan  mengambil alih kuasa pemerentahan Malaysia;mereka juga dilihat sebagai gagal.PH kemudian turut dilabel sebagai sebuah  kerajaan gagal pula.Ia dikatakan gagal kerana beberapa faktor yang disebut oleh pembangkang terutama UMNO dan PAS sebagai sebuah kerajaan yang dikuasai oleh DAP. 

15. DAP dikatakan menguasai Perdana Menteri.Tun Mahathir diwarwarkan sebagai "kalah" kerana terlalu tunduk kepada semua kehendak DAP.Lihat sahaja katanya jawatan-jawatan penting dalam kabinet diberikan kepada Ahli parlimen DAP.Lihatlah Lim Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan.Gobind Singh Deo juga dari DAP menjadi Menteri Penerangan dan Komunikasi.Banyak pula contoh-contoh lain yang menunjukkan DAP menguasai kerajaan.

16. Peralihan jawatan Perdana Menteri dari Tun Mahathir kepada DS Anwar Ibrahim semakin membara dan semakin membakar.Ia membakar dan memusnahkan rumah gabungan Pakatan Harapan yang sememangnya didirikan dengan bahan binaan yang tidak kukuh di atas tapak tanah yang lembut.Keempat parti gabungan kelihatan semakin lama semakin tidak ngam.Atas isu peralihan kuasa DS Anwar memainkan peranan bersama PKR partinya untuk menarik sokongan dari DAP dan AMANAH bagi mengenakan tekanan kepada Tun Mahathir dan PPBM (BERSATU) supaya segera melepaskan jawatan Perdana Menteri untuk diserahkan kepada DS Anwar.

17. BERSATU merasa bukan sahaja tertekan dalam mempertahankan Tun Mahathir sebagai PM tetapi pada masa yang sama merasa tertekan dengan pakatan tiga rakannya yang lain itu setelah mengadakan pakatan lain di luar BERSATU.

18. Pada satu ketika kelihatan bagai tidak ada persafahaman diantara Tun M dengan Muhyiddin dalam BERSATU.Wujudnya dua jawatan penting dalam sebuah parti seperti BERSATU dengan hiraki yang kelihatan seimbang ada bahayanya  yang membawa kepada keburukan. Jawatan Presiden dan Pengerusi yang diwujudkan menimbulkan pertelingkahan kepentingan dalam keputusan parti.

19. UMNO yang melihat krisis dalam PH berjaya menggunakan peluang ini untuk membangunkan imej dan reputasinya.Ia membina halatuju yang baru dengan yakin untuk bangun dan menentang PH yang dilanda pelbagai krisis dalaman itu.

20. Sewaktu PH sudah mulai rabak dan robek dengan krisis dalaman mereka UMNO dan PAS mulai mengambil keputusan untuk "bernikah". Ini dilangsungkan di atas rumah Muafakat Nasional pada 19 September 2019.Dengan pernikahan itu UMNO menjadi lebih segar untuk mengangkat muka dan kepada membina semula legasinya yang telah hilang.

21. Sesungguhnya kelemahan PH berjaya digunakan semula oleh UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PH.UMNO berjaya mengajak PAS untuk bersama mereka mengukuhkan matalamat dan tujuan bagi mengambil semula Putrajaya.

22. Langkah Sheraton pada 23 September 2020 membuka ruang baru kepada UMNO bersama rakannya PAS untuk kembali berkuasa bagi membenamkan Pakatan Harapan dan sekaligus merintis laluan singkat untuk kembali berkuasa.

23. PAS turut melihat ini peluang terbuka dan terbaik untuk masuk sekaki dan tumpang semangkuk.

24. Dikatakan pengkhiatan yang dicetuskan TS Muhyiddin dengan membawa keluar BERSATU dari PH menjadi pemula kepada kejatuhan kerajaan PH dan permulaan kepada wujudnya sebuah kerajaan "Tebuk Atap" yang dipimpin olehnya pula.Perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai PM adalah hanya melengkap dan melicinkan laluan untuk perjalanan rancangan Muhyiddin dan sekutunya yang telah lama diatur.

25. Adalah dikatakan bahawa cara dan kaedah Muafakat Nasional dibentuk adalah bersamaan dengan cara Pakatan Harapan dibentuk dahulu. Pakatan Harapan itu dibentuk kerana mempunyai matalamat yang sama iaitu untuk menjatukan UMNO-BN .Meskipun demikan setiap parti kekal berpegang teguh kepada tradisi dan prinsip perjuangan parti yang jauh berbeza satu samalain.Mereka akhirnya bakal berpecah kerana dasar utama parti yang jauh berbeza-beza.Mereka hanya menggunakan gelas dan pinggan yang sama tetapi minuman dan makanannya jauh berbeza.

26. Demikianlah Muafakat Nasional yang menyatukan kersama politik UMNO-BN-PAS mulai menjadi berantakan tidak lama selepas mereka bersetuju untuk bersama.Perceraian belum berlaku tetapi krisis sudah membunga.Kalau BERSATU akhirnya bercerai dengan PH apa pula tidak ada kemungkinan PAS turut boleh berserai dengan UMNO.

27. Perceraian UMNO dengan PAS hanya boleh dijayakan dengan wujud orang ketiga yang berjaya mengkucar kacirkan perhubungan mereka.Sejauhmana DAP,PKR dan AMANAH dari Pakatan Harapan boleh memainkan peranan yang berkesan dalam usaha ini hanya akan ditentukan oleh masa.

28. Sewaktu beberapa pimpinan tertinggi UMNO mengambil pendekatan untuk berbaik dengan DS Anwar Ibrahim dan PKR bagi membentuk "Jajaran Baru " ia menampakkan bagaimana wujud usaha untuk mencari pintu sendiri dalam menyelamatkan diri (?) atau membawa Parti bagi kembali berkuasa.

29. Apabila TS Annuar Musa dipecat sebagai SU Agung BN dan SU Muafakat Nasional ia memberi dan membuka banyak pintu-pintu baru untuk dimasuki oleh orang-orang politik.

30. Pendedahan Annuar  Musa tentang laluan pintu belakang yang digunakan oleh beberapa pemimpin UMNO dari "Kluster Mahkamah" bukan sahaja mengejutkan tetapi ia mampu mencetuskan satu fenomena baru dalam pemikiran politik Malaysia.

31. Apakah PAS tidak perlu membuat perhitungan baru apabila jajaran politik telah berubah.Apakah BERSATU juga hanya berpeluk tubuh melihat perkembangan ini.Apakah TS Muhyiddin Yassin boleh menerima pengkhiatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO sedangkan mereka sendiri adalah rakan bersama dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

32. Kenyataan DS Ahmad Maslan yang menggantikan TS Anwar Musa yang membuka pekung didada UMNO dengan berkata kemarahan UMNO kepada TS Muhyiddin bukan sangat kerana pengagihan jawatan tetapi lebih kepada "kluster mahkamah" yang tidak diurus dengan adil dan saksama.Ahmad Maslan menuduh kerajaan Perikatan Nasional danTS Muhyiddin masih mengamalkan kezaliman dan mengenakan tindakan mahkamah secara terpilih.Dikatakannya dasar Muhyiddin masih mengekalkan dasar Mahathir dalam Pakatan Harapan.

32. Percaturan baru sedang bermula.Kemana lagi arah UMNO selepas ini.Masa sedang menunggu.Rakyat sedang memerhati untuk mengadili.

33. Desakan UMNO supaya PRU 15 perlu disegerakan sebagai ubat untuk menyembuh krisis politik Malaysia dilihat oleh kebanyakan rakyat sebagai cadangan yang sangat terdesak.Ia bukan sahaja tidak wajar tetapi kelihatan lebih didorong oleh nafsu yang perlu dielakkan.Dalam waktu negara juga sedang berdepan dengan krisis wabak Corvid 19 banyak pihak melihat PRU 15 kalau segera diadakan sekarang akan menimbulkan satu krisis baru yang sangat-sangat perlu dielakkan.

34, UMNO perlu menunjukkan kebijaksanaan dalam cara berfikir dan betindak.Memang UMNO berhak dan perlu kembali bangkit dan berkuasa di Malaysia tetapi dengan cara yang betul dengan niat yang betul.


Saturday, January 9, 2021

LEBIH BAIK DIAM KALAU TIDAK DIKETAHUI BODOHNYA.

 Bijak pandai berkata kalau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah;lebih baik diam.Lebih baik tidak berkata apa-apa daripada membuat kenyataan yang ditafsirkan oleh orang lain bahawa kita kurang matang.Itu masih tak mengapa.Tetapi kalau dengan kita bersuara yang dengannya kita dilabelkan sebagai bodoh,itu bahaya.

2. Pemimpin mesti seorang yang cerdik.Ia mesti berpandangan jauh.Seorang pemimpin yang cerdik bukan sahaja boleh memimpin dirinya tetapi juga boleh memimpin orang lain.Pemimpin yang cerdik sering dirujuk kata-kata dan perbuatannya.

3. Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Nabi dan Rasul adalah kerana kecerdikannya.Ia dicirikan dengan beberapa sifat yang unggul.Secara umumnya para nabi utusan Allah mempunyai kecerdikan masing-masing.

4. Sifat-sifat seperti  Siddiq,Amanah,Tabligh dan fathonah adalah ciri-ciri yang bukan sahaja perlu ada para rasul dan nabi tetapi perlu ada pada setiap mereka yang bergelar pemimpin.

5.Sifat siddiq adalah sifat "benar".Sifat ini akan mencirikan diri seorang pemimpin yang beriman.Pemimpin yang benar itu akan sentiasa berkata sesuatu yang tidak lain dari benar dan betul belaka.Kelakuan dan perbuatannya juga benar.Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dari kebenaran.Misalnya dia tidak berbohong dan tidak menipu kerana dua perbuatan itu tidak benar dan ianya palsu.

6. Amanah bermakna "benar-benar boleh dipercayai.".Sesorang yang amanah apabila diberikan sesuatu tugas kepadanya maka dijayakan tugas itu dengan sebaik-baiknya mengikut kehendak orang yang memberikan tugas itu kepadanya.Seorang nabi melaksanakan semua tugas yang diamanahkan oleh Allah kepadanya.Seorang pekerja amanah kepada tuannya.Seorang pemimpin kepada pemimpin tertingginya.Demikianlah seterusnya.

7. Tabligh bermaksud "menyampaikan".Seorang Rasul bertanggung jawab untuk menyampaikan risalah Allah kepada umat-umatnya.Ia perlu melaksanakan tugas dakwah dan tugas mengajar serta mendidik.Seorang guru menyampaikan ajaran dan didikannya kepada murid sehingga murid-murid mendapat kefahaman dan pengetahuan tentang sesuatu ilmu.Pemimpin juga demkian dengan menyampaikan dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi atau kerajaan kepada rakyat di bawah.

8.Pemimpin juga dicirikan dengan sifat fathonah iaitu (bijaksana).Tidak layak diangkat menjadi pemimpin seorang yang tidak berilmu.Kejahilan (jahlun)  menutup peluang seseorag untuk layak menjadi pemimpin yang dikehendaki rakyat.Pemimpin yang jahil lebih banyak membuat kerosakan daripada kebaikan dari hasil kerjanya.

9. Pemimpin yang bijaksana kaya dengan idea dan sarat dengan kreativiti dalam pentadbirannya.Ia cekap mengendali dan menyelesaikan masalah.Sesuatu dapat dijelaskan dengan pertimbangan aqal serta hujjah yang berfakta .Pemimpin yang bijaksana dapat berhujjah dengan tertib dan tidak menimbulkan pertengkaran yang tidak dikehendaki.Sesuati idea dapat dihuraikan dengan sebaik-baiknya dan tidak meninggalkan keraguan kepada pengikut.

10. Apakah empat sifat di atas dapat mencirikan pemimpin politik maskini kita di Malaysia ini.Krisis politik yang berlarutan dan tidak selesai-selesai sehingga saat ini menggambarkan bahawa pemimpin politik kita gagal dicirikan dengan sifat-sifat tersebut.

11. Sebahagian besar pemimpin politik kita berbangsa Melayu dan beragama Islam.Kalau peribadi dan akhlak nabi Muhammad tidak dijadikan panduan dan ikutan siapa lagi untuk diikut.

12. Perdebatan dengan hujjah dan kata-kata kasar bukan sahaja dapat didengar dalam ceramah-ceramah politik,dalam media sosial malah kata-kata kesat turut diucapkan oleh sesetengah ahli parlimen sewaktu berhujjah di Dewan Rakyat (Parlimen).Dewan rakyat menjadi riuh rendah sehingga gagal dikawal oleh speaker dewan.Ada masanya speaker dewan turut dicaci dan tidak dihormati.

13.Ada pemimpin politik merasa bodoh kalau tidak bercakap di dewan rakyat.Rakyat yang memilihnya akan mempersoalkan mengapa pemimpinnya hanya berpeluk tubuh di dewan rakyat.Tetapi kalau tidak ada idea atau cakapnya hanya menunjukkan kebodohan lebih baik duduk diam sahaja.

14. Pemimpin yang berjawatan tinggi atau menjadi menteri sekalipun kalau tidak memiliki empat ciri yang tersebut di atas tidak akan mampu menjadi pemimpin yang boleh diharapkan.Banyak contoh boleh disebut.Ada menteri yang memberikan idea-idea yang tak boleh dipakai samasekalipun.Menteri yang baru dilantik tanpa pengalaman sebagai menteri pun menjadi satu hal.Dia samada tidak menjalankan tugas atau membuatnya untuk tidak memenuhi tujuan.Kerosakan darinya adalah lebih banyak dari kebaikan.

15.Pemimpin yang tidak bijaksana gagal memahami antara rashia dengan sesuatu perkara yang boleh diwar-warkan secara terbuka.Dalam dunia persaingan banyak perkara perlu disenaraikan sebagai rashia.Ada rashia kecil ada rashia besar.Rashia yang besar hanya perlu dikongsikan dengan sedikit sahaja orang-orang yang sangat tertentu.

16.Membuka rashia suatu taktik dalam perjuangan sebuah parti politik yang bersaing dengan beberapa parti politik lain adalah suatu kebodohan seorang pemimpin perancang organisasi.Mana mungkin senjata untuk menjatuhkan lawan ditunjukkan kepada lawan .

17. Ada pemimpin yang kurang masak merasa dia cukup penting dalam satu-satu organisasi.Ia menjadi tayar yang lebih laju dari keretanya.Ketuanya kelihatan terpinga-pinga apabila sesuatu yang dirashiakan dibocorkan kepada media untuk semata-mata menunjukkan dirinya hebat dan terkedepan.

18.Inilah yang berlaku hari ini apabila seorang pemimpin politik mendedahkan rashia perjuangan partinya sehingga orang membaca kelakuannya itu kurang masak.Kalau tidak cerdik apa lagi untuk dikatakan kepada perbuatan yang seperti itu.

19. UMNO sebagaimana diketahui umum adalah rakan bersama dengan BERSATU ,PAS dan Gabungan Parti Sarawak dalam membentuk Perikatan Nasional (PN).Adalah sesuatu yang anih apabila Presiden UMNO mendakwa penyertaan mereka dalam kerajaan PN hanya berdasarkan sokongan individu bukan mewakili parti.Kata-kata yang seperti ini sukar untuk difahami kalau sebenarnya ia datang dari seorang pemimpin yang bijaksana.Mana mungkin seorang Ahli Parlimen boleh menjadi ahli parlimen kalau mereka tidak dipilih brdasarkan sesuatu parti politik.Maka kerana itu setiap kata dan gerak mereka sepatutnya mewakili parti mereka.Mereka tidak boleh berdiri sendiri tanpa parti yang diwakili mereka 

20. Maka lebih baik tidak berkata-kata kalau tidak diketahui orang bodohnya.

21. Kalau sejak dari awal UMNO tidak bersetuju dengan BERSATU parti yang dipimpin Muhyiddin yang memainkan peranan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan melalui "Langkah Sheraton " tentulah politik Malaysia tidak menjadi kacau bilau seperti sekarang.

22. Mengapa pula selepas bersekongkol dengan BERSATU menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan maka UMNO seolah-olah seperti lempar batu sembunyikan tangan.Selain daripada Presiden UMNO berkali-kali menyuarakan untuk UMNO tidak akan menyertai PN sebagai anggota gabungan PN yang sah;Zahid Hamidi pula nampaknya bertindak menikam belakang TS Muhyiddin Yassin dengan menggesa supaya disegerakan PRU 15.

23. Di manakah adanya setiakawan sejak mula bersekongkol membina kerajaan "Tebuk Atap " ini yang kemudiannya  kelihatan seolah-olah cuba mencuci tangan.

24. Tiba-tiba pula TS Annuar Musa dipecat dari jawatan SU UMNO  dan SU MN.Presiden UMNO yang sudah tidak sefahaman lagi dengan Annuar Musa telah dengan seberani itu bertindak.Kalau ini merupakan keputusan yang bijak yang telah dilakukan oleh DS Zahid Hamidi tentulah TS Annuar tidak melangkah sejauh mengadakan sidang Media untuk membuka sesuatu yang selama ini dipendam dan dipelihara menjadi rashia besar parti oleh bekas SU itu.

25. Apakah pula langkah TS Annuar Musa membuka rashia DS Zahid bersama DS Najib dengan mengadakan pertemuan dan percintaan sulit dengan DS Anwar Ibrahim merupakan pendekatan yang sesuai dalam menyelamatkan UMNO parti yang masih mereka dukung itu.

26.Lebih hebat lagi apabila SU baru yang mengambil alih tempat TS Annuar Musa membuat kenyataan tentang pendirian sebenar UMNO dalam hubungannya dengan BERSATU dan TS Muhyiddin.

27.  UMNO marah kepada kerajaan PN kerana tidak menggugurkan kes mahkamah terhadap UMNO dan beberapa pemimpinnya yang sedang dihadapi mereka.Ini kenyataan buka pekung didada yang dibuat oleh Dato' Ahmad Maslan belum pun cukup semingga memegang jawatan yang dikosongkan oleh Annuar Musa..Barangkali Dato Maslan lebih berani dari Annuar Musa.Itulah kecerdikan.Itukah kebijaksanaan ?.

28. Kata-kata berani dari setiausaha baru ini  dengan mengatakan bahawa UMNO bukan sangat tidak puashati dengan perlantikan jawatan dalam kerajaan tetapi marahnya UMNO kepada PN sekarang keraba meneruskan kezaliman kerajaan terdahulu (PH) yang mendakwa dan mengheret ramai pemimpin UMNO ke mahkamah.

29. Apakah semua ini memberi keuntungan kepada UMNO untuk keluar PN.Apakah kenyataan-kenyataan tersebut menjadi asset untuk memenangkan UMNO dalam PRU yang diminta itu.Tidakkah ia menjadi liabiliti untuk ditanggung oleh UMNO sehingga wibawanya dipersoalkan pengundi.

30. Pemimpin yang bijak pandai mendiamkan diri pada waktu ia patut mendiamkan  diri.Lebih baik berbuat begitu daripada berkata-kata yang bukan sahaja nampak bodoh tetapi memusnahkan diri dan oraganisasi.



Saturday, December 19, 2020

LANGKAH-LANGKAH KE HADAPAN POLITIK PEMBANGKANG : SATU SOROTAN AWAL

Dalam seminggu ini beberapa peristiwa besar dan panas telah mengisi landskap politik Malaysia .Peristiwa yang terjadi telah memberi kejutan kepada ahli-ahli politik.Ia memberi bukan sekadar kejutan kepada sesetengah ahli politik tetapi sebuah peringatan yang juga sarat dengan amaran.

2. Bermula pada 14 Disember 2020 secara tidak terduga bekas Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan sidang media bersama Pengerusi Penasehat UMNO YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Hamzah.Mereka berdua menawarkan diri mereka untuk kembali berkhidmat membawa kemajuan politik dan ekonomi kepada Malaysia yang berada dalam kaadaan haru biru sekarang.

3. Nampaknya mereka berdua bergabung tenaga untuk membentuk sebuah gabungan baru politik pembangkang setelah merasa keciwa dengan kedudukan dan kelemahan blok pembangkang yang sedia ada.

4. Sebelum itu Timbalan Presiden AMANAH ;Salahuddin Ayub telah menyuarakan tentang perlunya pembentukan sebuah "gabungan besar blok pembangkang" terutama untuk menghadapi PRU 15 yang akan tiba.Cadangan ini timbul sewaktu parlimen masih lagi hangat berdebat tentang bajet 2021.Ia ditimbulkan nampaknya kerana kurang keyakinan kepada kekuatan pembangkang yang semakin hilang tenaga dan wibawa.

5. Bukan hanya pehak pembangkang yang mengatur langkah untuk moving forward tetapi demikian juga dengan Kerajaan Perikatan Nasional yang sedang memerintah.Tan Sri Anuar Musa selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional turut sama menyuarakan cadangan supaya sebuah gabungan besar parti pemerentah perlu segera dibentuk untuk memelihara dan memanjangkan kuasa.Dirasakan bahawa kerajaan yang ada sekarang belum cukup kuat untuk menghadapi turbulasi dan mehnah politik sekarang dan akan datang.Sebuah gabungan kerajaan yang cukup kuat dan meyakinkan sahaja mampu mempertahankan kerajaan yang ada ini.

6. Meskipun cadangan Tan Sri Anuar Musa disanggah oleh Timbalan Presiden UMNO Dato' Mohammad Hassan tetapi ia cukup membuktikan adanya kegelisahan dikalangan pemimpin UMNO bahawa pembangkang yang kuat akan menggugat dan mengambil peluang di atas kelemahan kerajaan untuk menjatuhkannya.

7. Minggu ini juga menyaksikan cadangan yang pernah dibawa oleh UMNO dalam bulan Mach yang lalu sewaktu kerajaan "tebuk atap " itu baru ditubuhkan.Cadangan itu dalah untuk merealisasikan "Penubuhan Majlis Presiden Perikatan Nasional".Ini adalah dirasakan begitu mendesak untuk segera diwujudkan.

8. Perkembangan yang menarik ini juga terjadi berikutan kesedaran yang timbul dikalangan ahli politik kerajaan yang merasakan kekeliruan dan perbezaan sesama sendiri perlu diselesaikan dalam pasukan secara sepakat dan sepadu.

9. Kerajaan PN menyedari bahawa perbezaan pandangan dan pendekatan politik diantara parti  komponen dan penyokong kerajaan perlu diselesaikan secara bersama dengan cara yang paling baik.Mengelakkan persengkitaan sesama sendiri adalah sangat penting kerana sebarang kelemahan kerajaan akan menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang.

10. Minggu ini juga menyaksikan Bajet 2021 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga untuk diterima atau ditolak.Ia berlaku pada 15 Disember sehari selepas Tun M dan Tengku Razaleigh mengadakan sidang media bersama untuk bergabung dalam satu gerakan politik demi menyelamatkan Malaysia.

11. Satu-satunya blok pembangkang yang ada sekarang  di Malaysia adalah Pakatan Harapan.Selepas jatuhnya PH sebagai sebuah kerajaan pada bulan Mac 2020 maka PH bertukar menjadi pembangkang pula.Sekarang Pakatan Harapan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

12. Beberapa parti lain yang masih berada di bawah PH adalah AMANAH (Parti Amanah Negara) pimpinan Mohamad Sabu dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pimpinan Lim Guan Eng.BERSATU di bawah TS Muhyiddin telah meninggalkan PH untuk menubuhkan Perikatan Nasional bersama dokongan UMNO,PAS dan Gabungan Parti Sabah.

13. Dari sebuah blok parti pemerentah Pakatan Harapan telah di gulingkan melalui "Langkah Sheraton".Perpecahan dalam PH telah lama dikesan terutama kerana isu peralihan kuasa Perdana Menteri dari penyandang Tun Mahathir kepada PM in waiting DS Anwar.

14. Kemuncak perpecahan terjadi apabila BERSATU meninggalkan PH.Ia disusuli dengan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun M.Langkah DS Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh-tempoh gawat itu gagal dicapai sehinggalah TS Muhyiddin Yassin dapat meyakinkan YDAgung bahawa beliau memperolehi cukup majoriti sokongan ahli parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

15. Di bawah pimpinan Anwar Ibrahim PH nampaknya tidaklah bertambah kuat.Kekeciwaan yang ditanggung oleh pemimpin-pemimpin PH yang dulunya berjawatan disemua peringkat melemahkan semangat perjuangan parti.Banyak yang terduduk dan sekian lama pula berada dalam kaadaan samada menggeleng kepala atau pusiang kepala. 

16. Kesan psikologi dan rasa lemah semangat sangat dirasakan oleh pemimpin dan penyokong PH  dari peringkat atas sehingga peringkat ahli parti di bawah.Ada yang keciwa.Ada yang sangat marah.Ada yang mulai hilang tujuan dan arah.

17. UMNO dan PAS semasa PH memerentah memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menentang PH.Mereka lantang di Parlimen dan aktif di luar dalam mencari titik-titik kelemahan kerajaan PH.

18.UMNO dan PAS yang sudah nampak begitu serasi dalam matalamat dan perjuangan bersama sejak sebelum PRU 14 pada akhirnya telah berpakat dengan menubuhkan Muafakat Nasional sebagai blok pembangkang pada 19 September 2019.

19.Muafakat Nasional dengan Piagam Penyatuan Ummah yang ditanda tangani pemimpin kedua parti telah berjaya menyatukan hati dan perjuangan kedua-dua parti untuk berdepan dengan PH.

20. Muafakat Nasional  sebagai sebuah blok baru mendukung hasrat untuk menguasai Putrajaya dengan membawa slogan  berjiwa Melayu-Islam.Dikatakan Melayu dan Islam terancam di negara ini dibawah pentadbiran kerajaan PH.

21. Dimomokkan secukupnya dengan rempah dan perasa sentimen dan provokasi bahawa kerajaan PH dikuasai oleh chauvinist Cina dalam DAP.Dibawanya contoh dan bukti bahawa Tun Mahathir dijadikan kuda tunggangan oleh DAP.

22. Contoh-contoh menteri kanan dalam kerajaan PH semuanya diserahkan kepada orang bukan Islam menimbulkan kebimbangan kepada orang Islam bahawa kepentingan mereka akan tersisih di bawah pentadbiran kerajaan PH.Menteri kewangan dan Menteri Komunikasi yang diserahkan kepada pemimpin DAP dijadikan contoh utama bahawa wang dan media negara dikawal oleh orang bukan Islam.

23. Ditambah lagi dengan Tommy Thomas yang dilantik menjadi peguam Negara lebih menimbulkan kegelisahan orang Melayu.Ditambah pula dengan isu LGBT dan sentimen agama dan isu raja dan bahasa kebangsaan yang lain sudah cukup untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dan kerajaan PH yang dipimpinnya.

24. Pengukuhan Muafakat Nasional memberi tamparan hebat kepada kerajaan PH.Kerajaan PH semakin tertekan apabila kalah dalam beberapa PRK yang diadakan sepanjang tempoh 22 bulan pemerentahannya.Kekalahan calon PH di Tanjung Piai Johor menjadi semacam pukulan KO kepada PH.Keretakan dalam PH menjadi semakin ketara apabila terjadi salah menyalah diantara anggota komponen PH berikutan kekalahan PRK itu.

25. Sejak lebih sebulan yang lalu Dewan Rakyat menjadi tumpuan media dan rakyat kerana sessi persidangan kali ini adalah untuk membentang dan membahaskan bajet bagi tahun 2021.Sebagai Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah membentangkan bajet 2021 untuk bacaan pada kali pertama pada jam 4.00 petang 6 November 2020.

26.Sebenarnya sepanjang tempoh kerajaan PN ini memerintah Malaysia kritikan dan penentangan terhadap kerajaan ini terdengar di mana-mana.Pembangkang menggelarkan kerajaan PN TS Muhyiddin sebagai kerajaan belakang sebelum kemudiannya lebih popular disebut "Kerajaan Tebuk Atap" berasaskan kepada asal usul kerajaan ini diwujudkan.

27. Kerajaan PN diwarwarkan oleh PH sebagai pembangkang sebagai kerajaan yang tidak sah.Pembangkang menuduh penubuhannya melalui pengkhianatan dan sama sekali tidak menurut lunas-lunas demokrasi.Adalah dipercayai pula bahawa TS Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti yang kukuh di Parlimen untuk menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang kukuh dan diyakini oleh ramai anggota parlimen.

28. Usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah berkali-kali cuba dibawa di bahas di Parlimen.Tun Mahathir dan rakan-rakan anggota parlimen yang bersamanya telah juga membawa usul tersebut.Meskipun usul diterima tetapi tidak diberikan laluan utama untuk dibahaskan.

29. Dalam hal ini YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga telah membawa usul yang serupa dengan tujuan untuk mendapatkan keabsahan TS Muhyiddin sebagai PM yang sah setelah diterima secara majoriti oleh anggota dewan..

30. Blok Pembangkang terutama PH telah sepakat untuk menolak bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan berikutan dari dakwaan bahawa bajet itu gagal membela kepentingan rakyat dalam waktu berdepan dengan serangan wabak corvid 19.Isu JASA dihidupkan kembali setelah dikuburkan oleh Kerajaan PH yang lalu juga menimbulkan kemarahan pembangkang.Peruntukan besar lebih dari RM 80 juta yang diperuntukkan dalam cadangan belanjawan ini untuk JASA juga menimbulkan tentangan.Isu moratorium dan pengeluaran wang pencarum dari KWSP juga menjadi persoalan dipihak pembangkang.

31. Malangnya bila dibuat cadangan untuk undi belah bahagi dilakukan;hanya 13 anggota parlimen pembangkang yang bangun untuk menolak belanjawan.Apa yang telah berlaku.Dimana perginya keputusan untuk menolak belanjawan yang dicanang keseluruh negara sebelum ini.Mengapa seluruh anggota pembangkang yang lain selain dari "geng tiga belas" itu tidak turut bangun untuk sekurang-kurangnya mencukupkan angka 15 bagi membolehkan undi belah bahagi dilaksanakan.

32. Jawapannya ditemui selepas itu bahawa arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim disaat-saat akhir supaya undi belah bahagi tidak dilaksanakan!.Anggota parlimen pembangkan diarah supaya menyokong dan meluluskan bajet.

33. Peristiwa ini menimbulkan kejutan besar kepada pemimpin dan penyokong PH di dalam dan di luar dewan.Apa sudah jadi dengan Anwar Ibrahim.Mengapa dilakukan U Turn sebegitu rupa.Peristiwa ini melunturkan kepercayaan pembangkang kepada Ketua Pembangkang itu.Selaku ketua pembangkang Anwar telah dikira gagal untuk memainkan peranannya.Anwar dihukum gagal.Ini membawa kepada timbulnya satu senario dan imbangan baru dalam politik pembangkang.

34.Suara-suara pembelaan kepada Anwar Ibrahim nampaknya mudah dipadamkan oleh suara-suara baru yang lebih lantang dengan mencadangkan supaya Anwar melapskan jawatan ketua pembangkangnya di Dewan Rakyat.

35. Rasa tidak puashati kepada Anwar Ibrahim kerana memilih laluan lain daripada jalan yang telah bersama dipersetujui dalam Majlis Presiden PH untuk hanya menolak bajet telah membawa kepada dua Presiden dari dua parti komponen PH untuk memberikan satu kenyataan terbuka tidak lama selepas berakhir sidang parlimen bagi mesyuarat ketiga penggal ketiga itu.

36. Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (AMANAH) telah menyuarakan supaya PH jangan lagi berharap kepada bayang-bayang dalam usaha untuk mengembalikan mandat rakyat kembali ke tangan PH.Sebaliknya PH perlu mengorak menyusun langkah sendiri maju ke depan untuk menghadapi PRU 15.

37. Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dijadualkan untuk diadakan di parlimen pada petang yang sama telah dibatalkan.Ini adalah kesan langsung pertama yang dirasai oleh PH berikutan dari langkah ke depan Lim Guan Eng bersama Mohamad Sabu.

37. Kita sedang menunggu Tun Mahathir bersama Tengku Razalegh untuk memberi reaksi kepada perkembangan terbaru ini.Mungkin tidak timbul Tun Mahathir perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.Yang mungkin timbul adalah gerakan baru dalam blok pembangkang untuk berdepan dengan PN dalam menghadapi PRU 15.

38. Kerajaan PN bukan berada dalam kaadaan kukuh walaupun bajet diluluskan.Gerakan yang sedang dimainkan oleh UMNO menguji BERSATU dan TS Muhyiddin tidak akan berakhir dengan krisis politik Perak yang menggulingkan Ahmad Faizal dari kerusi MBnya sahaja.

39. Suasana politik Malaysia menjadi semakin menarik dalam kekusutan yang ada bagi membolehkan segala yang mustahil menjadi nyata.Politik adalah seni untuk segala kemungkinan (Politic is the art of possibility)