Friday, August 10, 2018

KALAULAH ITU SATU KEJAYAAN

Persidangan Parlimen penggal pertama PRU 14 yang berlangsung pada pagi 16 Julai 2018 mencatat sejarahnya yang tersendiri.Semua anggota Parlimen BN kecuali dua orang telah mengambil keputusan keluar dewan.

2.Mereka membantah perlantikan Datuk  Mohamad Ariff  Yusoff sebagai Yang Dipertua  Dewan Rakyat.Mereka menolak kerana faktor masa.Sepatutnya Mohamad Ariff dilantik memegang jawatan tersebut selewat-lewatnya sebelum dua minggu dari tarikh 16 Julai.

3. Ahli Parlimen dari PAS juga bertindak selari dengan AP Barisan nasional.Mereka nampak seperti sepakat dan seperti telah sekian lama berpakat.Apakah ini benar.Sejarah politik Malaysia dimasa muatkhir ini memperlihatkan sikap sebatinya fahaman dan perjuangan kedua-dua parti pembangkang ini.

4. Mari kita melihat ke masa lepas.Selepas PRU 13,PAS telah menarik dirinya keluar dari Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat adalah sebuah pakatan pembangkang  di mana PAS  bersama dengan DAP dan PKR menjadi anggotanya.Mereka memasuki PRU 13 dengan tiket itu.Kejayaan PAS atas tiket Pakatan Rakyat adalah sangat membanggakan.ADUN PAS berkesempatan menjadi exco di Selangor.

5. Ada pemerhati politik melihat bahawa keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat adalah kerana permainan UMNO yang berjaya memujuk kepimpinan PAS supaya membenci DAP.Kematian Tuan Guru Nik Aziz Febuari 2015 yang kuat menyokong Pakatan Rakyat  turut menjadi faktor .Dari situ pulalah bermulanya kebencian PAS kepada  DAP.

6.Selepas meninggalkan Pakatan Rakyat ,PAS perlu mencari rakan baru dalam persaingan politik Malaysia.Pemimpin PAS faham juga bahawa tanpa sebuah pakatan mereka tidak mungkin akan berjaya dalam politik Malaysia.Kali ini mereka cuba mendekati UMNO /BN.

7. Corak sesetengah pemimpin UMNO yang bercakap dan berwawasan dengan prinsip Islam mulai mendapat perhatian dari pemimpin-pemimpin PAS.Bila Dato' Seri Zahid Hamidi kerap berjubah dan berkopiah mengikut trend sifunya Dato Seri Najib  ini juga dilihat bahawa pemimpin tertinggi UMNO sudah bersedia untuk membela Islam di Malaysia.Bila pula pemimpin tertinggi UMNO itu mulai petah menggunakan beberapa istilah Arab untuk menjenamakan program-program politik band beberapa dasar negara nampaknya ia  dapat menarik perhatian PAS.

8. Bila UMNO nampaknya menyokong RUU 355 dan Haji Hadi diberi kesempatan untuk membentangkangnya di Parlimen nampaknya semakin jelas bahawa UMNO sejalan dengan PAS.Itulah nampaknya.Pada akhirnya semuanya itu adalah sebuah muslihat.Kerana itulah pula PAS masih belum bersedia untuk berada dalam sebuah pakatan sama dengan UMNO bila menghadapi PRU 14.Barangkali itu faktornya.Pulanya apabila RUU 355 hanya berjaya dibentang tetapi gagal untuk dibincang dan dibahas.Apa lagi ia tidak mungkin dapat diluluskan dengan sokongan UMNO!

9. Pencapaian PAS dalam PRU 14 jauh lebih merosot dari pencapaian mereka bersama Pakatan Rakyat sebelumnya.Dalam PRU 14 PAS mengambil pendekatan untuk bersendirian.Walaupun mereka berada dalam Gagasan Sejahtera tetapi pakatan tersebut jauh menepati sebuah gabungan pembangkang dalam erti yang sebenarnya.PAS mengambil pendekatan untuk bersendirian mungkin sebagai suatu ujian untuk mengetahui kekuatan sendiri tanpa pengaruh luar.

10. Barangkali PAS mulai sedar bahawa tanpa berada dalam sebuah pakatan bersama yang utuh kejayaan besar dalam politik mustahil dapat dicapai.PAS telah keluar dari Pakatan Rakyat.PAS juga telah menolak pelawaan untuk bersama Pakatan Harapan kerana DAP Masih berada di dalamnya.Bagi PAS selagi ada DAP dalam mana-mana pakatan maka mereka tidak akan menyertainya.

11. Semasa PRU 14 sedang rancak berkempen terdapat usaha-usaha dari Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat untuk mengajak PAS menyertai mereka.PAS menolaknya kerana faktor DAP.UMNO juga berusaha mempelawa PAS untuk bekerjasama dengan mereka secara pakatan politik yang resmi.PAS menolaknya .Meskipun demikian sikap PAS kepada UMNO /BN tidak serupa dengan Pakatan Harapan sebagai pembangkang yang keras menentang BN.PAS menunjukkan sikap yang sangat lembut seolah-olah mereka adalah UMNO itu sendiri. Walaupun tidak pernah ada pakatan atau kerjasama antara kedua mereka secara resmi tetapi mereka seperti sebulu.Dikatakan mereka sedang dilamun cinta satu samalain hanya kahwin yang belum.

12.Nampaknya sekarang apabila Ahli Parlimen BN dan PAS sama-sama keluar Dewan Parlimen dengan alasan yang serupa nampaknya semakin serasi kedua-dua parti pembangkang ini sekarang.Apakah mereka selepas ini akan sedia bersatu di bawah satu perjuangan untuk bersatu dan bersepakat menentang kerajaan Pakatan Harapan .Ia masih menjadi tanda tanya.Tetapi kata orang kalau tak ada apa-apa takkan tempua bersarang rendah.

13.Kalau spekulasi ini akhirnya menjadi kenyataan ia tetap memberikan kebaikan kepada kedua-dua parti terbesar yang disokong oleh orang Melayu itu.Sewaktu BN sudah semakin mengecil dengan banyak parti komponennya meninggalkan BN selepas kalah PRU 14;inilah masa yang terbaik untuk PAS melihat semula dan menyusun masa  depannya.Kali ini sepatut dan sewajarnya dengan UMNO.

14.Masanya sekarang di mana Malaysia memerlukan suara pembangkang yang kuat dan mantap di Dewan Rakyat.Kerajaan yang wujud sekarang adalah sebuah kerajaan yang baru mengambil alih dari tangan kerajaan lama yang berkuasa lebih dari 60 tahun.Sesuatu yang baru banyak kelemahannya walaupun mereka mempunyai manifesto pilihanraya yang berjaya menawan undi rakyat.Periksa dan imbang dari kerajaan lama yang sekarang berada di barisan pembangkang sangat diperlukan untuk membetul dan memperingatkan sesuatu langkah yang gagal atau tidak tepat oleh kerajaan baru     untuk kepentingan negara.

15.Sekiranya pendekatan yang diambil oleh PAS dan UMNO untuk berpakat merupakan pendekatan untuk terus menyelamatkan Malaysia maka itu adalah sesuatu yang patut dialu-alukan.Malaysia perlukan lebih ramai dari warganya yang terus memikirkan bahawa negara yang ditadbirkan oleh pemimpin berbilang bangsa ini perlu diselamatkan hanya oleh wargannya sendiri.

16. Sekiranya PAS bersedia untuk membina semula BN, ianya adalah langkah yang tepat dan sesuai sekarang.Bahwa Melayu perlu bersatu sewaktu bangsa-bangsa lain kelihatan begitu bersatu untuk kepentingan mereka adalah patut difikirkan dengan bersungguh-sungguh. Sewaktu semakin mengalah kepentingan Melayu untuk terpaksa diserahkan demi kepentingan orang lain yang dibayar dengan harga yang sangat murah, mengapa orang Melayu masih perlu berkelahi dan bersuku-suku.

17. Sekiranya bersatu dan bersama atas nama Melayu dan Islam itu suatu keperluan yang mendesak mengapa itu tidak dilakukan.Atas hakikat itu bila PAS dan UMNO nampaknya menuju ke arah itu tentulah ia merupakan langkah menuju kejayaan untuk sebuah bangsa dan sebuah agama demi Malaysia yang perlu dipelihara dan diselamatkan.




Saturday, July 14, 2018

UJIAN PERTAMA KEWIBAWAAN ZAHID HAMIDI

Beliau dilihat gagal.Itulah kata-kata spontan yang keluar dari mulut seorang penyokong Pakatan Harapan bila berdepan dengan soalan mengapa DS Zahid Hamidi selaku Presiden baru UMNO telah melantik bekas Peguam Negara yang gagal sebagai anggota  Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dalam demikian banyak lagi pemimpin UMNO yang lebih layak dilantik mengapa  sampai " tergamak" DS Zahid melantik seorang insan yang terpalit dengan kontroversi paling hangat dalam sejarah Malaysia.

Semua orang Di Malaysia tahu penglibatan Tan Sri Apandi Ali yang berjaya membebaskan bekas Perdana Menteri Malaysia dari sebarang salah laku yang berkait dengan kes 1 MDB.Jasa dan tindakan TS Apandi Ali semasa beliau menjawat jawatan sebagai Peguam Negara menutup kesalahan DS Najib dengan beberapa tuduhan menjadikan sosok ini bahan kemarahan kebanyakan orang.Ini bukan sahaja pihak pebangkang yang sentiasa mengintai kelemahan kerajaan tetapi juga datangnya dari penyokong-penyokong tegar UMNO.

Mengapa DS Najib dengan segala cara cuba  dilindungi oleh TS Apandi.Mungkin untuk membalas jasa kerana tanpa DS Najib beliau mungkin tidak akan dilantik menjadi Peguam Negara.Jadi mungkin kerja membalas budi memainkan peranan sehingga bekas Peguam  Negara ini kelihatan tiada pilihan lain lagi untuk melindungoi DS Najib walaupun itu akan menjerat dirinya sendiri.Di situlah letaknya apabila TS Apandi Ali menjadi tidak popular kerana melindungi DS Najib yang lebih tidak popular di mata rakyat negara ini.

Kejatuhan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam PRU 14 pada 9 Mei 2018 adalah juga kejatuhan TSِِ ِApandi Ali sebagai Peguam Negara Malaysia.Ia berkait dan begantung antara satu sama lain.

Apakah faktor dan senario ini tidak sempat difahami oleh DS Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang bertanding jawatan Presiden UMNO dengan tujuan untuk menyelamat dan menghidupkan semula UMNO setelah begitu nazak selepas PRU 14.

Apakah DS Ahmad Zahid tidak dapat menghidu akan bahaya yang akan datang kepada UMNO dengan hadirnya sosok ini dalam kepimpinan UMNO.Apakah tujuan sebenar DS Zahid meminta lalu mengangkat TS Apandi Ali untuk bersama-sama menyelamatkan UMNO.

Apakah mereka yang telah rebah dan terus direbahkan akan dipercayai boleh mendapat kepercayaan dari mereka yang sedang bangun berlari dan tidak memikul sebarang beban dalam UMNO.Kegagalan DS Zahid membuat pertimbangan dalam hal-hal seperti ini memberi pukulan kuat akan kewibawaannya untuk memulihkan UMNO yang sedang tenat kesakitan.

Ternyata dari pengalaman ini DS Zahid bukanlah seorang seorang pakar yang mengetahui punca penyakit pesakitnya.Kejahilan ini akan memberikan kegagalannya untuk mengubati penyakit UMNO.Kerana itu jangan takut untuk menjangkakan bahawa UMNO di bawah pimpinan DS Zahid akan sukar untuk dipulihkan .

Pemimpin yang baik bukan sahaja cekap membaca situasi tetapi cepat mencari cara dan kaedah untuk mengatasi.Pemimpin perang yang baik perlu cepat mengenali senjata untuk dimiliki selain mengetahui kekuatan musuh untuk dihadapi.Kegagalan membaca dan memahami situasi sebanr akan mengalami kalah perang.Ini perlu difahami oleh DS Zahid.

Lalu bagaimana beliau boleh diharapkan untuk menghadap Pakatan Harapan yang dipimpin Tun Mahathir yang selepas ini akan diganti pula oleh DS Anwar Ibrahim.Mereka berdua ini dikenali sebagai pakar strategi yang telah terbukti menjadi.

Sementara Tun Mahathir berjaya membuktikan bahawa beliau pernah berjaya memimpin Malaysia selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dengan menempa kejayaan gemilang untuk Malaysia maka apa kurangnya DS Anwar Ibrahim yang berjaya mengangkat agenda reformasi yang pada akhirnya dapat merebahkan pemerentahan 61 tahun UMNO.Agenda reformasi yang turut didokong Mahathir telah berjaya mebawa musuh-musuhnya untuk kembali bersamanya yang akhirnya terbukti pula berjaya menamatkan rejim UMNO.

DS Zahid tidak teruji seperti itu.Beliau tidak pernah diuji oleh kepahitan perjuangan.Beliau berada dalam kesenangan UMNO untuk banyak "menangguk emas" dari limpahan kekayaan negara di bawah pemerintahan DS Najib yang bergaya.Ia berkuasa dalam kaadaan penuh selisa hanya untuk menyokong dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan Perdana Menteri.Beliau sentiasa selisa menjadi pembantu setia kepada DS Najib sehingga enggan untuk menegur atau sedikit menderhaka.
Beliau seperti Hang Tuah kepada Sultan Melaka.Setianya tidak terkira.Tetapi itulah kesetiaan buta yang membawa kejatuhan Melaka.

Itulah sejarah kebersamaan DS Zahid dan bekas bosnya DS Najib Tun Razak.Beliau kuat berpegang kuat kepada pelan dan tiori kesenimbungan untuk memperagakan dirinya dalam kempen pemilihan sebagai Presiden UMNO baru-baru ini.Dengan tiori itu jugalah barangkali ia masih mendapat kepercayaan dari pengikut-pengikutnya.

DS Zahid sahlah sekarang Presiden UMNO .Adalah juga sah sekarang yang beliau telah melantik TS Apandi Ali bekas Peguan Negara yang penuh kontroversi itu pula untuk menjadi anggota MKT UMNO.Tidakkah disedari bahawa langkah ini akan membuka pekong di dada setelah sekian lama orang menduga bahawa TS Apandi Ali adalah penyokong UMNO setia.Kerana itulah pandangannya pada kes 1MDB dan DS Najib adalah dalam kacamata UMNO.Beliau "bias" kepada UMNO.Ini dulunya dinafikan.Sekarang bagaimana ?.Pekong hampir terbuka.

Pastilah dalam beberapa minggu yang akan datang ramai orang Malaysia akan bercakap tentang perkara ini.Apakah pendekatan yang diambil ini wajar atau tidak wajar akan dibahaskan oleh penyokong dan penentang UMNO seluruh negara.

TS Apandi nampaknya lebih bijaksana.Untuk "menyelamatkan" UMNO beliau telah menolak tawaran ini.Tetapi penolakannya tidak boleh menjadi noktah untuk masyarakat menilai dan mentafsirkan fakta ini dari sudut pandang yang pelbagai dan tentunya berbeza.

Walau apa pun dalam mengatur strategi; seorang pemimpin yang baik itu kadang-kadang kelihatan berundur setapak ke belakang untuk melompat sepuluh tapak ke depan.Apakah DS Zahid berada dalam situasi ini dalam menyusun barisan perangnya.Bersama kita menunggu dan melihatnya.

Friday, July 13, 2018

UMNO:HALATUJU PERJUANGAN SELEPAS KEKALAHAN.

9 Mei 2018 menjadi tarikh hitam yang dicatat sejarah sebagai hari malang bagi sebuah pertubuhan bernama UMNO yang didukung sekian lama oleh orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Setelah memerentah negara ini selama 61 tahun ia pada akhirnya ditolak dan  dinafikan oleh sebahagian besar rakyat pelbagai kaum negara ini untuk kekal menjadi kerajaan.Dengan kegagalannya mendapat majoriti mudah dalam PRU 14 yang lepas maka terlepaslah peluang UMNO yang mengetuai BN untuk terus berkuasa di Putrajaya,pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.

Sejarah UMNO.

UMNO mempunyai sejarah yang panjang.Parti ini telah melalui pelbagai liku,onak dan duri sepanjang 71 tahun kehadirannya sebagai sebuah parti politik di persada sebuah negara bangsa yang kemudiannya dinamakan Malaysia ini.

United Malay National Organisation (UMNO) atau PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) bermula dengan berlakunya Kongres Melayu se malaya yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor bertempat di Padang Kelab Sulaiman,kampong Baru Kuala Lumpur.Ianya berlaku pada 1-4 Mac 1946. Kongres ini didatangi oleh wakil-wakil dari 41 pertubuhan Melayu yang wujud ketika itu di seluruh Tanah Melayu.

Dato' Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres tersebut.Tiga usul atau resolusi telah dikeluarkan di akhir sidang iaitu untuk menubuhkan UMNO,menentang Malayan Union dan mengadakan derma untuk membantu pelajaran orang-orang Melayu.Sebuah jawatankuasa menyediakan perlembagaan UMNO ditubuhkan dipengerusikan Dato' Onn.

Kebangkitan Melayu menentang Malayan Union.

1 April 1946 Malayan Union diistiharkan dalam bantahan orang-orang Melayu.Raja-Raja Melayu diajar oleh pemimpin-pemimpin Melayu dalam PEKEMBAR / UMNO supaya memboikot majlis pengistiharan Malayan Union.

Jasa pertama UMNO terlihat di sini apabila pada akhirnya British menarik balik PerlembagaanMalayan Union yang meletakkan pentadbiran Tanah Melayu sebagai sebuah "crown colony British"untuk digantikan dengan sebuah perlembagaan baru yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 11 Mei 1946 Kongres Melayu se Malaya ke 3 dan Perhimpunan Agung PEKEMBAR yang pertama diadakan di Istana Besar Johor Baharu.Perlembagaan UMNO diluluskan.Bermulalah secara resmi UMNO sebagai sebuah parti untuk orang-orang Melayu.Dari saat itulah pengaruhnya makin membesar untuk wuju menjadi sebuah parti yang banyak berjasa untuk negara ini.

Dato' Onn kemudian terpaksa meninggalkan UMNO  setelah cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua bangsa ditolak oleh kebanyakan pemimpin lain dalam UMNO.26 Ogos 1951 Dato'Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

UMNO dan pembentukan PERIKATAN.

Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj dilantik menjadi Presiden UMNO kedua menggantikan Dato' Onn.Beliau melangkah lebih jauh dengan mengusahakan untuk mengadakan pakatan politik dengan MCA ( Malayan Chinese Association) dan MIC (Malayan Indian Congress) yang juga telah wujud pada waktu tersebut bagi masing-masing  menjaga kepentingan kaum Cina dan India.Sebuah parti gabungan   dengan nama PERIKATAN telah dibentuk yang diusahakan oleh Tengku Abdul Rahman.

Parti PERIKATAN telah mengatur langkah dan mengusahakan kemerdekaan untuk diperolehi dari penjajah Inggeris.Kejayaan memperolehi kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 adalah merupakan kejayaan UMNO seterusnya untuk dirakam oleh sejarah tanah air ini.

Tengku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama Tanah Melayu merdeka dan Timbalan Perdana Menteri adalah Tun Abdul Razak Hussin.

Kejayaan penting Tengku Abdul Rahman ialah apabila gagasan Malaysia yang dicadang oleh beliau akhirnya dapat direalisasikan dengan penubuhan Malaysia bagi menggantikan Tanah Melayu pada 16 September 1963.Ia terjadi hanya tidak sampai satu dekad selepas Tanah Melayu merdeka


13 Mei 1969.

Cabaran pertama dihadapi oleh sebuah negara yang baru merdeka ini adalah berpunca dari ketegangan kaum.12 tahun selepas merdeka Tanah Melayu yang mempunyai masyarakat berbilang kaum tiba-tiba dikejutkan dengan tragedi berdarah 13 Mei.

Keputusan  pilihanraya ketiga Mei 1969 memberikan keputusan yang merosot kepada Perikatan dimana DAP pula mencapai keputusan yang memberansangkan.Perarakan kemenangan DAP dengan mengeluarkan kata-kata yang mencabar bangsa Melayu telah mencetuskan pertumpahan darah dibebarapa bandar di negara ini.PERIKATAN menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menangani krisis tersebut.

Ini pengalaman pahit dalam sejarah PERIKATAN dan sejarah negara ini.Ini pula membawa kepada berakhirnya pentadbiran Tengku Abdul Rahman untuk digantikan oleh Tun Razak tahun 1971.

Pembentukan kerajaan Barisan Nasional.

Kesan tragedi 13 Mei kepada Malaysia sangatlah besar.Perbalahan kaum terutama orang Melayu dan Cina mempunyai sejarah yang panjang di negara ini.Dasar Pecah dan Perintah British yang mengasingkan tempat tempat duduk setiap kaum yang berbeza ini menjadi faktor pemecah.Sementara Melayu tinggal di kampong-kampong dengan aktiviti pertanian sarahidup mereka,orang-orang Cina menetap dibandar-bandar dengan aktiviti perdagangan dan perniagaan.India dijadikan buruh-buruh menoreh getah di ladang-ladang besar kepunyaan Inggeris.

Tiga kaum terbesar ini tidak bercampur gaul satu samalain.Mereka dibiarkan untuk membina kehidupan sendiri dengan cara hidup serta membesarkan budaya masing-masing.Ketuanan mereka bukan kepada negara ini tetapi kepada negeri asal masing-masing.Kaadaan ini berlangsung sepanjang pemerentahan Inggeris.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan unsur perpecahan dan semagat perkauman diantara tiga kaum terbesar ini memang ternyata.Orang Melayu merasa tidak puas hati terhadap orang Cina yang datang ke negara ini dengan diberikan lebih kemudahan oleh Inggeris sedang orang Melayu tidak demikian.Orang-orang Inggeris yang banyak terlibat dengan kegiatan ekonomi perdagangan di negara ini tentunya banyak bergaul dengan masyarakat Cina di bandar-bandar yang menjalankan perniagaan.

Jurang pendapatan antara kaum Cina dan Melayu tentunya sangat ketara.13 Mei 1969 hanya terjadi selepas 12 tahun Tanah Melayu memperolehi kemerdekaannya.Sebuah negara merdeka yang masih muda terpaksa menghadapi huruhara berpunca dari krisis perkauman.

Kejayaan Kerajaan UMNO terserah di sini apabila Tun Razak dengan Majlis Gerakan Negaranya (MAGERAN) dapat menjadikan peristiharan darurat sebagai usaha untuk membendung kaadaan.Parlimen telah digantung dan negara ditadbir dengan undang-undang darurat.

UMNO di bawah Tun Razak.

Dasar Ekonomi baru diperkenalkan oleh Tun Razak dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbedaan pendapatan yang menjadi jurang antara Melayu dengan bukan Melayu.FELDA dibuka dengan membahagikan tanah kepada orang Melayu yang tidak bertanah misalnya.

Pembangunan luar bandar dipesatkan oleh Tun Razak sehingga beliau dikenali dengan nama jolokan Bapa Pembangunan Luar Bandar

Kejayaan besar Tun Razak dalam bidang politik ialah apabila beliau berjaya memujuk PAS untuk menyertai PERIKTAN dengan membentuk Barisan Nasional tahun 1973.Krisis politik UMNO-PAS menjadi terkawal setelah sekian lama dihangatkan oleh isu kafir mengkafir apabila PAS mengatakan UMNO kafir kerana berpakat dengan orang-orang bukan Islam dalam mentadbir negara.

UMNO tidak lama berpeluang untuk dipimpin Tun Razak sebagai Perdana Mentri berikutan meninggalnya Tun Razak di London kerana Leukimia yang lama ditanggungnya.Zaman pentadbiran Tun Hussin Onn menyaksikan PAS keluar dari Barisan Nasional dalam tahun1978 untuk kembali kepada tapak perjuangan asal mereka yang menjadikan Quran dan sunnah sebagai asas.

Malaysia gemilang dengan 22 Tahun pemerentahan Tun Mahathir.

Tun Mahathir mengambil Malaysia dari tangan Tun Hussin Onn dalam tahun 1983.Pentadbirannya meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia baru berdepan dengan dunia baru.Rakyat dibawa dengan Wawasan 2020 dan Dasar Pandang Ke Timur yang membuka mata rakyat untuk mengejar kemajuan.Malaysia berjaya dipacu oleh Tun Mahathir sehingga menjadi sebuah negara yang digelar "Tiger Asia".

Di bawah Tun Mahathir slogan "Malaysia Boleh" diperkenalkan.Rakyat Malaysia begitu termotivasi untuk mencipta kejayaan yang pelbagai samada secara individu atau berpasukan.Demikianlah ada pelayar yang secara solo belayar mengelilingi dunia.Gunong dan puncak Everest di tawan Malaysia di zaman Mahathir.

Malaysia berjaya memasuki bidang industri berat apabila kilang kereta Proton dapat didirikan di negara ini dengan pemindahan teknologi dari negara Jepun.

UMNO dan krisis politik di zaman Mahathir.

22 tahun pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri ianya tidak sunyi dari masalah dan krisis yang melanda parti dan kepimpinannya.Tun Mahathir menghadapi krisis dengan Timbalanya dalam beberapa contoh.Bersama dengan Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pertama di zamannya pada akhirnya membawa kepada Tun Musa meninggalkan jawatan dengan rasa keciwa dan menuding jari kepada Tun Mahathir.Demikian  semasa Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalannya.Krisis telah timbul antara keduanya yang kemudian membawa kepada Dato Seri Anwar bukan sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi juga dibuang ahli UMNO.

Politik jalanraya dan reformasi panas.

Kekeciwaan Dato Sri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan cita-citanya menjadi Perdana Menteri di bawah sayap UMNO membuka jalur baru dalam politik Malaysia apabila pemimpin yang berkaliber dan mempunyai rangkaian luas dalam rangka persahabatan dengan dunia mengasaskan penubukan PKR (Parti Keadilan Rakyat).

PKR bangun bersama Anwar Ibrahim dengan memberikan saingan hebat kepada UMNO di bawah pimpinan Tun Mahathir.Walau bagaimana pun kekuatan dan kehebatan gaya dan  daya kepimpinan Tun Mahathir menjadikan UMNO masih kekal memerintah Malaysia.

Pengunduran Tun Mahathir meninggalkan legasi yang gagal diteruskan .

Tahun 2003 Tun Mahathir meninggalkan tampuk pemerentahan Malaysia kepada Timbalannya Tun Abdullah Badawi.Dalam pandangan Tun Mahathir pemerentahan penggantinya itu tidak mencapai tahap seperti yang diharapkannya.Banyak pula orang UMNO yang datang berjumpa dengan Tun Mahathir untuk berbuat sesuatu bagi meletakkan Malaysia pada asas yang telah diletakkannya dahulu.

Semuanya ini menggambarkan bahawa Tun Mahathir yang telah mengambil keputusan untuk bersara dari politik itu masih tidak boleh bersara sepenuhnya kerana rakyat di bawah meminta dan mendesaknya untuk  kembali campurtangan menyelamat dan mengembalikan Malaysia pada kehebatanya seperti dulu-dulu ketika Tun Mahathir berkuasa.

Inilah perjalanan Tun Mahathir kembali berkuasa.

Inilah perjalanan karier diri dan politik seorang insan yang bernama Mahathir.Ia kembali menduduki Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebuah kota mewah pentadbiran kerajaan Malaysia yang juga telah dicipta oleh tangannya sewaktu 22 tahun pemerentahanya yang lalu.

Tun Mahathir tidak menduga pada awalnya bahawa Tun Abdullah Badawi yang dipilihnya akan hanya berkuasa dalam waktu yang singkat sebagai Perdana Menteri.Apabila Tun Abdullah Badawi terpaksa lebih awal meninggalkan jawatanya kerana dikatakan terlalu "mengantuk" untuk mentadbir Malaysia maka sekali lagi Tun Mahathir memainkan peranannya memilih Dato Seri Najib Tun Razak untuk enggantikan Tun Abdullah Badawi.,

Kelihatanya Tun Mahathir menjadi pemain dengan peranannya  sebagai "Man behind the throne" apabila sahaja beliau meninggalkan kerusi Perdana Menterinya dalam tahun 2003.Meski pun tidak lagi berjawatan tetapi masih berkuasa.Rakyat seolah-olah masih memberikannya kuasa.Ia ternyata masih berkuasa meskipun hanya memegang nama sebagai bekas Perdana Menteri.Itulah kekuatan seorang insan yang bernama Mahathir.

Legasi yang ditinggalkan beliau bukan sahaja perlu diikut tetapi mesti diperkukuhkan.Sesiapa pun yang cuba menolak legasi ini bukan sahaja akan kesakitan tetapi terpaksa merana kerana rakyat terbanyak tidak inginkan demikian.Menafikan jasa-jasa Tun Mahathir oleh pemimpin-pemimpin yang menggantikannya di belakang akan membawa kebaikan.Sepatutnya Tun Abdullah meneruskan legasi kepimpinan Tun Mahathir,demikian juga Dato Seri Najib Razak.Kesilapan kedua mereka barangkali terpaksan dibayar dengan harga yang mahal dengan kegagalan mereka pula.

Kesombongan dan keyakinan lebih UMNO.

UMNO tidak pernah percaya bahawa kehebatan dan rekod kejayaan 61 tahunnya memerintah Malaysia akan lenyap sekelip mata.Nasehat Tun Mahathir kepada Dato Seri Najib untuk menguatkan UMNO dengan kepimpinan dinamik dan menolak rasuah dalam kepimpinan bukan ditolak tetapi dengan yakin pula percaya sesungguhnyan UMNO akan terus kekal berkuasa di Putrajaya selamanya.

Tidak dinafikan kejayaan DS Najib adalah kejayaan mengikat pemimpin-pemimpin UMNO seluruh negara terutama menteri-menterinya untuk patuh dan setia kepada kepimpinanya.Ia kejayaan yang tidak boleh dinafikan.Tetapi kegagalanya yang nyata pula ialah apbila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri mereka yang dulu menjadi Yes Man sepenuh masa mula membuka mulut dengan menunjukkan dan menyalahkan DS Najib dengan kekalahan UMNO.

Pada akhirnya seorang hero yang bernama Mahathir dengan usia hampir satu abad yang dikeji dan dinista oleh UMNO telah diangkat kembali oleh rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Ia menjadi mimpi ngeri kepada DS Najib dan seluruh menteri UMNO yang selama ini yakin mereka pasti tidak akan dikalahkan dalam PRU 14.UMNO pasti tidak akan kalah ditangan seorang yang dikatakan nyayuk dan membuang tabiat itu.Tetapi itulah kehendak Allah.

Sesungguhnya kejatuhan  kerajaan UMNO / BN dalam PRU 14 memberikan kejutan bukan sahaja kepada Malaysia tetapi dunia.Bahawa Mahathir sedang memahat dunia untu namanya dirakam kukuh sebagai seorang insan tertua yang pernah menjadi seorang Perdana Menetri untuk kedua kalinya pula memerintah sebuah negara merdeka di atas muka bumi ini.

Implikasi daripada kejatuhan UMNO /BN ini bukanlah sedikit.Sejarah akan merakamnya untuk hari-hari yang akan  bagaimana banyaknya perubahan pada lanskap politik,sosial dan ekonomi negara ini akan terjadi.Perubahan ini mungkin menjadi lebih baik dari semalam.Perubahan ini mungkin pula akan menjadi lebih buruk dari sebelumnya.

Malaysia baru mesti dipimpin oleh mereka yang jujur,ikhlas dan berjuang untuk membela rakyat.Sebarang usaha untuk mengulang kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin lalu akan lebih merosakkan Malaysia dan rakyatnya.

Apa sudahnya UMNO selepas ini.

Apabila DS Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO,bukanlah bermakna akan tamat di situ.Perhimpunan Agung UMNO telah memilih pimpinan baru untuk menerajui UMNO.Apakah mampu pepimpin "kesinambungan" DS Zahid Hamidi membawa UMNO menghadapi tugas barunya sebagai parti pembangkang di negara ini.Mampukah DS Zahid memimpin 52 anggota Barisan nasional yang masih berbaki di Parlimen untuk menolak hujjah-hujjah kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen nanti.

Mampukah kepimpinan baru UMNO di mana sayap pemudanya bergantung pada Dato' Asyraf Wajdi dan sayap wanitanya Dato' Noraini untuk mendayung bahtera UMNO menjadi pembangkang yang berwibawa.

Mampukan UMNO bangkit kembali atau semakin hanyut dibawa arus kekalahan PRU 14.Apakah UMNO boleh menahan sekian banyak penyokong-penyokong tegar UMNO satu demi satu mengistiharkan diri meninggalkan parti itu.

UMNO perlu dijenamakan semula.Ia perlu diberikan pakaian baru dan senjata baru untuk bersedia masuk gelanggang baru bagi berdepan dengan musuh-musuhnya Pakatan Harapan yang semakin memperkukuhkan kuasa dan cengkamannya hari demi hari.







Tuesday, July 10, 2018

UEC (UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE): ISU BARU MALAYSIA YANG PANAS.

GESAAN Teo Nie Ching dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang baru dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Pendidikan baru di bawah kerajaan Pakatan Harapan supaya Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate)(UEC)  segera diiktiraf menjadi satu berita hangat sejak seminggu yang lalu.

Apakah itu UEC.

UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah-sekolah persendirian Cina di seluruh Malaysia.Sekolah-sekolah persendirian Cina di negara ini mempunyai sistem pendidikannya sendiri di luar kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.Ianya berada dibawah kawalan dan seliaan sebuah badan yang ditubuhkan oleh orang-orang Cina dengan nama  Dong Zhong (Badan Penyeliaan Pendidikan Cina).

Secara keseluruhannya sekolah-sekolan persendirian Cina tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Walau bagaimana pun  ada juga terdapat  sekolah-sekolah persendirian tersebut yang menjalankan subjek-subjek Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi pada kadar yang tidak memadai.Tujuan berbuat demikian hanya sebagai melepas batuk ditangga hanya untuk  memenuhi kriteria dan melepas risiko tiada SPM untuk memohon jawatan dengan kerajaan.

UEC tidak diiktiraf kerajaan.

UEC telah lama dipraktikkan di sekolah-sekolah persendirian Cina di negara ini.Meskipun tidak diperakui dan ditolak oleh kerajaan pada masa itu tetapi malangnya masyarakat Cina telah membelakangkan kerajaan untuk terus melaksanakan dan mempraktikkannya.

Usaha itu bukan sahaja tidak disetujui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebagai Perdana Menteri waktu itu tetapi juga tidak disokong malah ditentang oleh pemimpin-pemimpin politik Cina yang sewaktu dengannya seperti  Tun Tan Cheng Lock danTun Tan Siew Sin dari parti MCA (Malayan Chinese Association).

Tokoh-tokoh Cina tersebut pada masa dulu itu adalah sangat patriotik serta memiliki semangat kebangsaan tulin yang tinggi.Walaupun beliau seorang Cina dan beramal dengan budaya Cina tetapi beliau menolak penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah yang didirikan dan beroperasi di Malaysia itu terutama kerana ianya tidak sesuai dengan keperluan tempatan.

Tindakannya yang patriotik itu tidak disenangi oleh aktivis-aktivis pendidikan Cina.

Gerakan mendaulatkan bahasa cina dalam pendidikan.

Ia dikatakan bermula apabila Lim Lian Geoh seorang kelahiran negeri China berhijrah ke negara ini atas desakan hidup di negeri asalnya.Ia kemudian menjadi guru di sekolah Cina dan pada akhirnya menjadi penggerak utama dengan mencetuskan usaha menuntut supaya kerajaan menjadikan bahasa Cina diiktiraf sebagai satu bahasa resmi di Malaysia.

Usaha yang keterlaluan itu membawa ketegangan dalam masyarakat sehingga Lim Lian Geoh ditarik kerakyatannya oleh kerajaan.Tindakanya telah menggugat ketenteraman masyarakat serta menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau telah meninggal dunia tetapi tugunya dibangunkan oleh masyarakat Cina di Jalan Maharajalela  Kuala Lumpur.Namanya terus dipuja menjadi ikonik dalam perjuangan bahasa Cina.Tugu itu menjadi tempat ziarah wajib tahunan oleh pelajar-pelajar sekolah persendirian Cina di negara ini.Beliau kekal menjadi hero kepada pejuang dan aktivis pendidikan Cina di negara ini.

Kaadaan sekolah-sekolah persendirian Cina di Malaysia

Sekolah-sekolah persendirian Cina tidak mendapat bantuan modal dari kerajaan.Kerajaan tidak memberi bantuan kerana itu bukan sekolah kerajaan.Itu tidak menjadi  tanggong jawab kerajaan.Meski pun demikian sekolah-sekolah persendirian China kelihatan jauh lebih mewah dan lebih sempurna daripada sekolah-sekolah yang didirikan oleh kerajaan.Kaadaan infrastruktur dan fasilitinya meninggalkan jauh apa yang ada dan dimiliki oleh sekolah-sekolah kerajaan.

Sekolah-sekolah persendirian Cina ini didirikan atas sokongan dan dokongan masyarakat Cina dalam dan luar negara.Peniaga-peniaga Cina yang kebanyakannya kaya raya bersedia memberikan bantuan atas semangat kecinaan yang tinggi dengan kesediaan berkorban untuk mendaulat dan memartabatkan budaya dan pendidkan Cina mereka melalui sekolah-sekolah ini.

Medium pengajaran utama sekolah-sekolah persendirian ini adalah bahasa Cina.Ada diajar subjek Bahasa Melayu yang mudah dan tidak setaraf dengan subjek Bahasa Melayu SPM.Ia seolah-olah terpaksa diajar untuk mencukupkan syarat sahaja.Demkian juga dengan nasib subjek sejarah yang turut diajar.

Pelajar-pelajar sekolah ini sebahagian besar adalah terdiri dari murid-murid Cina yang datangnya dari keluarga berkemampuan serta kaya.Meskipun sijil mereka tidak diiktiraf kerajaan mereka tidak bermasalah besar untuk menyambung pengajian kerana kemampuan keluarga masing-masing untuk menghantar anak-anak  belajar di tanah besar China atau pun ke Taiwan negara asal di mana silabus sekolah-sekolah persendirian itu diambil dan diperolehi.

Mengapa sehingga kini sukar UEC dikitiraf kerajaan .

UEC  tidak wajar diiktiraf oleh kerajaan yang memerintah negara pelbagai bangsa dan pelbagai suku kaum dan etnik ini bukan sahaja kerana silabusnya berasal dari Taiwan.Bukan kerana ianya berasal dari luar negara .Bukan itu pun sebab utama kerana datangnya dari negara asing.Banyak sebab- sebab lain yang lebih dominan.Banyak sebab lain yang lebih mendesak.

Bahayanya  mengiktiraf UEC dalam sistem pendidikan Malaysia bakal mendatangkan mudarat dan perpecahan kaum.Itulah yang ditakuti.Itulah yang lebih penting dan itu faktor terbesar yang menghalang tangan Perdana Menteri selama ini untuk  menandatangani keputusan dan menyetujuinya.

UEC sangatlah tidak selaras malah kelihatan jelas bertentangan dengan dasar pendidikan kebangsaan.Ia juga tidak selaras dengan dasar-dasar utama negara ke arah membina masyarakat bersatu dengan mendukung cita-cita satu negara dengan mendukung cita-cita bersama.

Kerajaan mempunyai lebih tanggung jawab untuk melindungi dan memelihara keistimewaan sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai syarat utama kemasukan pelajar ke IPTA negara ini.

Kerajaan berusaha mengelak supaya tidak wujud dua atau tiga jenis sijil yang langsung tidak selaras antara satu samalain.Apa yang lebih tidak diingini ialah akan wujudnya  pertandingan dan persaingan yang tidak sehat diantara mereka yang memiliki sijil-sijil yang berbeda ini.

Adalah dipandang sangat tidak wajar pula mereka yang memperolehi sijil UEC dengan tidak perlu lagi menduduki SPM dengan silibus yang jauh berbeza dari apa yang ada untuk memperoleh UEC.Ini dikira sangat tidak adil.

UEC dikendalikan sepenuhnya di sekolah-sekolah persendirian Cina di mana 99% pelajarnya adalah terdiri dari orang-orang Cina.Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah ini dengan mengikuti silibus mereka yang asing ini seolah-olah berada dalam sebuah komuniti asing disebuah negara asing sedangkan ianya berada di bumi Malaysia.Pergaulan mereka dengan masyarakat dari kaum lain sangat terhad dan terbatas.Orientasi mereka juga berbza dari orientasi pelajar-pelajar bangsa lain di luar yang kebanyakannya mengikut kurikulum kebangsaan.

Assimilasi antara kaum, perpaduan serta perkauman.

Mengiktiraf UEC samalah ertinya  dengan berusaha untuk melahirkan generasi Cina yang totok menganut budaya kecinaan yang pada akhirnya menolak idea melaksanakan asimilasi antara kaum..Pergaulan antara kaum-kaum di negara ini akan menjadi sangat terbatas.Pada akhirnya jarak perhubungan dan pergaulan menjadi jauh yang pada akhirnya menjadi putus.Apakah ini yang kita kehendaki.Apakah  ini matalamat aktivis pendidikan Cina yang begitu gigih memperjuangkan cita-cita ini.

Mengiktiraf UEC adalah langkah untuk mengiktiraf usaha bagi menggagalkan cita-cita membina sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu.Langkah tersebut adalah langkah kebelakang yang akan merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.Langkah itu akan merosakkan masadepan Malaysia.

Apakah kita tidak menjangkakan bahawa pengiktirafan UEC akan menyebabkan semakin bertambahnya bilangan sekolah-sekolah persendirian Cina yang bakal dibangunkan di negara ini.Medium bahasa Cina akan digunakan sepenuhnya.Mungkin pula silibus kebangsaan yang sekarang hanya secebis itu digunapakai oleh akan dibuang terus untuk sepenuhnya digantikan dengan silibus UEC.Bahasa Mandarin akan menjadi bahasa yang dengan beraninya digunakan dengan meluas tanpa segan silu.Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi Malaysia yang berhasrat menjadi bahasa penyatuan kaum-kaum di negara ini akan dilupakan terus oleh mereka.

Kalau demikian jadinya apakah akan berlaku kepada bumi asal yang kononnya dimiliki oleh orang Melayu.Apakah maknanya lagi kepada sebuah negara yang kononya dulu asalnya bernama Tanah Melayu ini.

Apakah tidak ada kemugkinan pula satu hari nanti bermula dengan pengiktirafan UEC ini; maka bahasa Mandarin akan diperjuangkan oleh masyarakat Cina di negara ini untuk dijadikan bahasa resmi yang kedua pula.Kaadaan akan menjadi lebih kacau dan perbalahan kaum tidak mungkin dapat dibendung lagi.Ini sesuatu yang mesti dielakkan. Tragedi berdarah  13 Mei 1969 jangan diusahakan untuk berulang lagi.

Walau apa pun semuanya itu telah lama diperjuangkan oleh Dong Zhong ,hatta sejak sebelum merdeka.Semuanya ini sepatutnya menjadi bahan fikir dan batu tanda membina batas dan sempadan supaya Malaysia kekal wujud sebagai negara yang kekal selisa dalam keamanan dan kesentosaan semua kaum yang menjadi rakyatnya.

UEC bukan isu kecil atau terpencil.

UEC adalah isu besar.Ia juga isu yang kritikal.Ia bangkit kembali bersama bangkitnya sebuah kerajaan baru menerajui kerajaan baru.Wajah kerajaan baru tidak semestinya diperbaharui dengan segala yang baru.Perubahan boleh sahaja dilakukan sekiranya ia boleh menjamin keselamatan negara.Sesuatu yang bakal merosakkan masa depan negara mesti dihalang dan disekat.Idea-idea yang terlalu rasis sifatnya tidak akan menyelamatkan masa depan Malaysia.Kebangkitan golongan cauvinis dari mana-mana bangsa penduduk Malaysia mesti tidak boleh disokong.Ia mesti dipatahkan kerana ciri-ciri demikian bukan ciri bangsa Malaysia untuk sesuai dalam persekitaran negara ini.Sesuatu yang asing dari jati diri dan budaya Malaysia mesti tidak boleh diterima.

Malaysia mesti terbina dengan akal budi yang seimbang.Setiap kaum menerima kepentingan orang dari kaum lain dengan adil dan seimbang supaya kepentingan mereka juga boleh diterima.Sikap bertolak ansur antara kaum perlu terus dipelihara.Sejarah asal usul setiap kaum jangan ditolak dan dinafikan.Rasa hormat antara kaum perlu terus dipupuk ,dijaga dan dipelihara.Ini sahaja jaminan untuk survival negara.

Respon masyarakat kepada UEC.

Banyak pihak terkejut apabila isu ini dibangkitkan  semula.Bila ia disebut sewaktu kempen PRU 14 baru-baru ini pun sudah timbul keresahan sesetengah pihak berkenaanya.

Dr Mohamad Saleeh Rahamad,PresidenPersatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)  tidak bersetuju UEC diiktiraf.Bagi beliau Bahasa Melayu perlu dipertahankan sebagai medium utama dalam pendidikan sedangkan taraf subjek Bahasa Melayu dalam UEC adalah sangat rendah.Bagi beliau sijil peperiksaan sedia ada mesti kekal sebagai syarat memasuki IPTA dan perkhidmatan awam.

Beliau juga berpendapat bahawa sekiranya UEC diiktiraf maka akan timbul desakan dari kaum-kaum lain di negara ini seperti Tamil,Iban dan Punjabi supaya sijil dari sekolah vernakular mereka juga turut diiktiraf supaya agenda kaum masing-masing dapat dimartabatkan.

Bagi Dr Mohamad negara bangsa Malaysia akan hancur dengan pengiktirafan UEC.

Cadangan ini juga ditentang oleh Pemuda UMNO apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya Dr Ashraf Wajdi Dusuki mendesak kerajaan supaya tidak menerima cadangan dan desakan kaum Cina ini kerana kesan buruknya kepada negara jelas kelihatan.

Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah memberikan respon yang pedas yang mengatakan cadangan yang berupa desakan untuk mengiktiraf UEC adalah sebagai suatu perbuatan tidak bertamaddun.

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong felo Utama Institut Kajian Ethnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia melihat UEC sebagai usaha merampas peluang pelajar lain yang berada dalam sistem sedia ada (terutamanya pelajar kaum Cina sendiri).Bagi beliau tindakan mengiktiraf UEC sebagai langkah "menyusukan kera di hutan sedang anak dipangkuan mati kelaparan".
Prof Kok Seong menegaskan bahawa walau apa pun desakan yang timbul ; Bahasa Melayu mesti terus menjadi bahasa ilmu di negara ini.
Dengan tegas Prof Kok Seong menyatakan bahawa  mengiktiraf UEC adalah satu penderhakaan kepada rakyat.

Muhammad Lukman Al Hakim Muhamad AJK pusat Ikatan Muslimin Malaysia mentafsirkan usaha supaya UEC diiktiraf adalah langkah aktivitis Cina untuk meningkatkan majoriti orang Cina lulusan UEC untuk masuk ke IPTA dan mendapatkan peluang kerja dalam sektor awam yang selama ini didominasi oleh orang Melayu serta bumiputera.Itu tidak salah asalkan mencukupi syarat-syarat seperti yang ditetapkan kerajaan dan di guna pakai selama ini.

Apakah makna semuanya  ini.

Apakah kerajaan baru Melaka pimpinan Ketua Menteri barunya Adly Zahari tidak faham apa itu UEC apabila dirinya sebagai seorang Melayu tidak sensitif terhadap nasib bahasanya sendirisehingga mengatakan kerajaan Melaka mengiktiraf UEC.Mengapa kelihatan kerajaan Negeri Melaka menjadi laju tayar dari kereta.Belum lagi berlaku pengiktirafan dari Putrajaya tetapi Melaka telah mendahuluinya.Apakah maknanya ini.

Apakah maknanya pula apabila DAP melalui menterinya dan disokong pula oleh MCA dari komponen BN begitu pula GERAKAN yang kelihatan bersatu mengangkat perjuangan UEC.Apakah pemimpin-pemimpin politik dari kaum Cina tidak memahami realiti politik dan masyarakat Malaysia negara semua kaum ini.Apakah untungnya mendapat kuasa yang sebentar dalam politik sedangkan kesan kerosakan kepada negara meninggalkan kesan yang lama untuk ditanggung oleh semua rakyatnya.

Apakah mereka yang memperjuangkan UEC untuk diiktiraf terutamanya Dong Zhong tidak memahami klausa Perlembagaan Malaysia seperti yang disebutkan oleh Prof. Shad Saleem Faruqi bahawa "perlembagaan hanya memberikan hak untuk belajar bahasa ibunda.Perlembagaan bukannya memberi hak belajar dalam bahasa ibunda".

Harapan kita.

Kita sangat berharap supaya orang-orang politik,terutama pemimpin-pemimpin atasan yang mempunyai kuasa pemutus janganlah hanya mencari dan mengukuhkan kuasa dengan mengorbankan kedaulatan,keharmonian dan keselamatan negara.

Penegasan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan Pakatan Harapan pertahankan perlembagaan,hak istimewa Melayu dan identiti teras negara akan menjadi tukul menjatuhkan hukum seorang hakim dalam kes pembicaraan di mahkamah.Kata-kata PM itu seharusnya difikir dengan sedalam-dalamnya sebelum berani mengemukakan sesuatu yang bercanggah.Perdana Menteri bercakap untuk masa depan Malaysia.Beliau bercakap untuk menyelamatkan Malaysia.

Sesiapa pun kalau sebenarnya mereka sayangkan negara ini;elakkanlah dari meminta apa lagi mendesak kerajaan untuk menunaikan sesuatu yang tidak menjadi tuntutan dan keperluan bersama semua rakyatnya.Setiap rakyat mesti bersedia berkorban dan bertolak ansur satu samalain.Setiao rakyat bahawa mereka mesti mempertahankan konsensus yang dibuat oleh semua kum sejak sekian lama.Setiap rakyat mesti sesungguhnya menumpukan taat setianya kepada negara ini serta bersedia menerima warisan bangsa dan negara ini dengan hati rela dan terbuka.

Mempertikaikan keputusan ini akan membawa implikasi besar dan menggugat perpaduan dan keharmonian kaum.Ini cabaran besar kepada keamanan Malaysia.Ini cabaran besar kepada sebuah kerajaan yang baru dibentuk.Kegagalan menangani isu ini bersama-sama dengan pelbagai isu lain yang telah timbul akan menggugat seluruh keyakinan rakyat kepada kerajaan yang diberikan mandat untuk menyelamatkan negara yang tercinta ini.








Monday, July 9, 2018

APAKAH PUSAT TAHFIZ KITA PERLU DIHAPUSKAN

Tulisan bekas Menteri Penerangan kita Zainudin Maidin dalam blognya Zamkata.blospot menjadi perbincangan ramai.Ada yang bersetuju dengan pandangannya.Ada menentangnya.Ada yang habis-habisan menentangnya termasuk menyumpah seranah kerana katanya bekas menteri itu sudah tidak siuman.Ada pula yang sampai menuduhnya menjadi agen islam libral.Ada pula mengatakan tindakannya itu tidak islamik.

Masyarakat kita sangat sensitif.

Masyarakat kita terlalu sensitif dengan teguran.Masyarakat kita enggan dan malas berfikir panjang untuk memikir apakah hujjah luar biasa yang dikemukan oleh orang lain itu boleh digunakan.Mereka mudah menolak pandangan baru yang membawa perubahan pemikiran.

Supaya berlaku adil kepada penulis blog mari kita melihat kembali hujjah-hujjah yang telah dikemukakan Zam dalam usahanya untuk membela dan menegur satu-satu pihak dalam tulisannya itu.

Meneliti hujjah.

Beberapa pengalaman buruk dan kekurangan sekolah-sekolah tahfiz persendirian telah lama diperkatakan oleh banyak pihak di negara kita ini.
Tragedi kebakaran sekolah-sekolah tahfiz bukanlah hanya bermula di Kuala lumpur dengan mengorbankan 20 anak-anak tahfiz.Ia sudah acap kali berlaku di Kedah,Perak,Kelantan dan di negeri-negeri lain juga.

Ia mungkin bukan tamat di situ.Ia mungkin akan berlaku lagi jika kawal selia oleh kerajaan dan pihak berwajib yang dituntut oleh masyarakat masih terus tidak dilaksanakan maka akan ada lagi kejadian malang seperti itu akan berlaku di tempat lain di negara kita..

Dalam aspek yang lain ketiadaan kawalan kepada penubuhannya menyebabkan sekolah-sekolah tahfiz persendirian itu akan tumbuh dimerata tempat oleh pengusaha-pengusaha yang berbeza.Setiap sekolah tahfiz yang didirikan ini menggunakan pelan dan kaedah pebinaan mengikut cara masing-masing.Belum ada ada suatu standard tertentu dalam membinanya kerana belum ada satu badan khas yang beroperasi secara resmi untuk mengawal dan menetapkan cara dan kaedahnya.

Setakat ini operasinya adalah secara persendirian,bebas dan tidak terkawal.Ia tidak dikawal oleh Kementerian Pelajaran .Ia tidak dikawal oleh mana-mana badan agama persekutuan atau negeri.Inilah yang menyebabkan banyak terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Sekolah-sekolah tahfiz persendirian ini terletak di luar bidang kuasa kerajaan.Ia berada di luar kotak sistem pendidikan kebangsaan dengan teras-teras pendidikan yang telah ditetapkan.Antara sau pusat dengan pusat yang lain kurikulum dan pedagoginya pula mungkin berbeda antara satu samalain.Tujuan dan matalamat penubuhannya juga mungkin berbeda satu samalain.Mungkin tidak terdapat matalamat untuk membina satu masyarakat Malaysia yang cintakan negara atau memupuk perpaduan sebagai satu teras utama dalam pembentukan bangsa Malaysia.

Kebimbangan dan ketakutan masyarakat.

Kejayaan sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang sangat terpencil dan sedikit dalam kejayaan melahirkan huffaz  yang professional juga menjadi rungutan sesetengah rakyat.
Kebimbangan pada anak-anak yang menjadi korban kerana dimomokkan dengan sesuatu pandangan agama yang sempit akan kebaikan dan kelebihan mengikuti pendidikan gaya mereka oleh pihak-pihak yang berkepentingan menjadi satu hal pula.

Banyak pula dikalangan masyarakat kita yang berhujjah bahawa sekolah-sekolah tahfiz persendirian itu dijadi satu peluang perdagangan untuk mencari keuntungan dan mengumpulkan kekayaan dikalangan ustaz-ustaz yang sukar mendapat pekerjaan setelah lama terpaksa menganggur.

Mungkin banyak pula penipuan yang timbul bila wujud banyak page dan portal serta laman web yang dibina di ruang maya untuk mencari dan mengutip dana beratus ribu malah berjuta untuk pembinan sekolah-sekolah tahfiz dimerata tempat.Gambar kawasan serta tanah tapak tapak pembinaan ditujukkan untuk mendapatkan keyakinan masyarakat bagi memberikan bantuan dan derma.Apakah semuanya itu benar.Apakah benar wang yang berjaya dikutip itu benar-benar digunakan untuk membina kerja yang diwarwarkan.

Ada pula terdapatnya kes tanah yang diwakaf dan diinfakkan untuk membina sekolah tahfiz tiba-tiba ditukar milik menjadi milik individu ustaz yang mencadang untuk mendirikan sekolah tahfiz itu.

Apa yang lebih malang ialah terdapatnya anak-anak murid sekolah tahfiz yang seolah-olah menjadi pengemis mengutip derma dimerata tempat.Acap terjadi murid-murid sekolah tahfiz yang katanya dari Kedah,Perak dan Perlis yang datang sampai ke Kelantan mengutip derma dengan menjual buku-buku agama,risalah-risalah doa,ubat-ubatan dan lain-lain barang untuk katanya bagi membaiki atau memperbesarkan sekolah-sekolah tahfiz mereka.

Mereka berkeliaran di bank-bank,di stesyen bas atau stesyen teksi di bandar-bandar atau berada di stesyen minyak untuk bertemu pelanggan bagi mengutip derma untuk tujuan yang demikian.Mereka berbuat demikian pada waktu murid-murid lain di sekolah-sekolah  kerajaan sedang tekun belajar di sekolah masing-masing.Mengapa hal ini terjadi.Ini dipandang banyak pihak sebagai suatu bentuk eksploitasi.Anak-anak remaja yang belum matang ini dipergunakan dengan suntikan motivasi agama yang rasanya salah sehingga mereka sanggup diperalatkan sedemikian rupa.Apakah ini bukan suatu bentuk perhambaan kanak-kanak.Mereka dalam banyak kejadian adalah terdiri dari jantina perempuan.Kesian mereka.Jihad apa ini.

Sekolah-sekolah tahfiz persendirian begitu juga sekolah-sekolah agama Arab persendirian yang ditubuhkan secara bebas tanpa kawalan atau separa kawalan oleh pihak-pihak berkuasa kelihatan tidak begitu bertanggung jawab.Terjadinya kes-kes penderaan dan hukuman tidak wajar di luar kawalan peraturan dan disiplin yang digariskan secara resmi .

Tenaga pengajar sekolah-sekolah ini samasekali tidak terlatih atau hanya terdiri dari mereka yang dilantik secara sementara untuk mengisi kekosongan jawatan guru.Ramai terdapat diantara guru-guru tersebut memohon kerja menjadi guru secara sementara sebelum mendapat kerja tetap yang lain.Komitmen mereka ini bolehlah dijangkakan.Ini menjadikan pendidikan terabai.

Sistem pendidikan,situasi sekolah,peluang pendidikan terkini samasekali tidak terdapat untuk dinikmati di sekolah-sekolah persendirian ini.Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum terkini sama sekali tidak wujud di sini.

Ada pula tuduhan yang menyebutkan bahawa sekolah-sekolah tahfiz itu masih mengamalkan sistem pengajaran pondok yang katanya ketinggalan zaman.

Apakah penyelesaiannya kepada kebimbangan ini.

Ternyata sekolah-sekolah tahfiz telah banyak didirikan diseluruh negara oleh mereka yang berjihad di jalan pendidikan.Apa yang diharapkan ialah supaya niat mereka dan jihad mereka yang mendiri dan menubuhkan sekolah-sekolah demikian bukan untuk memperalatkan agama bagi mencari keuntungan dunia.

Masyarakat mengharapkan supaya kerja melaksanakan perintah Allah itu dijunjung sepenuhnya dalam melaksanakan sistem pendidikan ini.Masyarakat juga mengharapkan supaya sistem pendidikan yang dijalankan di sekolah-sekolah ini perlu digabung jalin dengan sistem pendidikan semasa supaya muris-murid akan menguasai pelbagai disiplin ilmu terutama ilmu terkini untuk kemaslahatan membangun umat sejahtera di dunia dan akhirat.

Pendidikan bersepadu perlu diutamakan.Kita perlu melahirkan ilmuan yang bukan sahaja menjadi hufaz tetapi pakar-pakar dalam bidang-bidang lain seperti matematik dan perubatan misalnya.Inilah corak ilmu yang dimiliki oleh cendekiawan masa lalu di Baghdad atau Cordova Sepanyol sehingga berjaya mengangkat Islam menjadi agama yang dapat memimpin dunia oleh cedekiawan-cendekiawan Islam contohnya seperti Ibn Rusd,Ibn Sinna,Ibn Khaldum dan ramai lagi.

Masyarakat berharap Malaysia baru akan berhujjah dengan fikrah baru.Masyarakat menunggu untuk setiap kekurangan masalalu diperbaiki.Orang-orang Islam di Malaysia menunggu banyak kelemahan pengurusan Islam masa lalu dapat diperbaiki dan diperbetulkan.Kita perlu kembali kepada ajaran Islam yang betul,soheh dengan mengikut peredaran zaman.Kita mahukan orang Islam dapat keluar dari kepompong kejumudan dan taklid yang membuta tuli kepada kecerdikan aqal dengan nas dan dalil yang soheh.

Kementerian Pendidikan serta lain-lain kementerian yang berkaitan dengan urusan agama serta pelbagai agensi kerajaan yang ada perlu diberikan peranan yang jelas untuk menyelia dan memantau semua jenis sistem pendidikan yang ada supaya matalamat pendidikan nasional tidak ditinggalkan oleh sesiapa.

Semuan jenis sekolah yang wujud dan bakal ditubuhkan perlu mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.Kerajaan perlu tegas menguatkuasakan dasar dan peraturan yang telah ditetapkan.

Kita juga pada masa yang sama mengajak masyarakat Islam seluruhnya untuk kembali kepada BACA-FAHAM-AMAL Al Quran.Insya Allah kita akan selamat dunia dan akhirat.


Sunday, July 8, 2018

DARI TAHALLUF SIYASI KE POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

Di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abd Hadi  PAS telah melalui beberapa fasa politik yang penting.Tetapi lama sebelum itu Tuan Haji Yusoff Rawa sebagai pemimpin tertinggi PAS telah mengasaskan kepimpinan Ulamak dalam PAS.Mereka yang berpendidikan agama di luar atau di dalam negara disyaratkan layak untuk menerajui kepimpinan tertinggi PAS .Ia berlaku diperingkat pusat dan negeri-negeri.

Ubah suai corak kepimpinan.

Di zaman pentadbiran Ustaz Fadhil Nor dasar dasar kepimpinan Ulamak terus subur dan kekal berkembang.Ia didokong kuat oleh Mursyidul Am seperti Tuan Guru Bentara Setia Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat juga Tuan Guru Haji Abd Hadi sendiri.Demikian juga Dato' Haron Din memberikan kekuatan menyokong kuat gaya kepimpinan ini.Dewan Ulamak diperkukuhkan dengan peranan dan fungsi untuk mengawal supaya perjalanan politik dapat ditentukan berjalan selaras dengan gaya kepimpinan yang dipilih.

Meskipun demikian selepas PAS dapat menguasai Kelantan berikutan dari Piliharaya 1991 corak pemerintahan yang berteraskan kepimpinan ulamak telah mengalami akomodasi dan asimilasi.

Kemasukan calon-calon kalangan professional dalam pilihanraya dan kemudian menang telah membawa masuk wakil-wakil rakyat dari kalangan ini ke Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi mewakili PAS.Ini perkembangan baru yang menarik.Bagaimana mereka boleh diterima dalam kepimpinan ulamak sedang mereka dikatakan berpendidikan sekular.Bagaimana pun alasan yang dibawa untuk memasukkan mereka adalah kerana dirasakan kebolehan dan kemampuan mereka tentang hal ehwal pentadbiran negeri dan negera turut diperlukan .Untuk mentadbir sebuah negara diperlukan ilmu dan pengetahuan lain selain dari pengetahuan ugama yang berpaksikan Quran dan Hadis sahaja.Ilmu dunia turut perlu dalam mengurus sebuah negara moden yang pelbagai dan rencam ini.

Demikianlah kelihatan Mohamad Sabu,Husam Musa,dan Nasruddin Ayub memasuki gelanggang politik PAS di Kelantan.Mereka kemudian bertapak kukuh dengan dokongan kuat dari Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz.Peranan mereka berjalan seiring dengan sahabat-sahabat wakil rakyat yang lain dari kalangan ulamak.
Diantara mereka Husam Musa mendapat tempat yang kukuh apabila berjaya mendapat perhatian Tuan Guru Menteri Besar apabila berjaya melangkah naik dari satu jawatan ke jawatan yang lebih tinggi dalam hiraki kepimpinan di Kelantan.

Kekeliruan dan kebimbangan.

Kedudukan Husam Musa dari kalangan orang professional dan kejayaannya mendapat perhatian Menteri Besar Tuan Guru Nik Abd Aziz mungkin dipandang secara berbeza dikalangan wakil rakyat ulamak di Kelantan.Ini kemudiannya menimbulkan sesuatu yang impaknya kurang positif.Perpaduan antara terutama exco dari kalangan ulamak dan professional yang menganggotai Dewan Undangan Negeri kemudian menjadi berpuak.Mereka bersuku-suku.Ini kemudian membawa perpecahan dan irihati yang sepatutnya perlu dielak dalam sebuah perjuangan memertabatkan Islam dalam PAS.Wujud perasaan bimbang serta rasa tidak yakin dan tidak percaya sesama mereka.Ini membawa perpecahan dalam PAS.

Politik PAS 1990-1997

Dalam PRU ke 8 tahun 1990 PAS sempat bekerjasama dengan YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah yang menubuhkan Semangat 46.Tengku Razaleigh telah keluar dari UMNO berikut krisis yang berlaku diantara beliau dengan Dato Sri Dr Mahathir(Tun) selaku Perdana Menteri waktu itu.Kekalahan tipis Tengku Razaleigh dengan 43 undi dalam pertandingan merebut jawatan Presiden waktu membawa perpecahan besar kepada UMNO waktu itu.Ini terjadi  apabila Kem-kem politik yang dibina oleh kedua-dua pemimpin semasa pertandingan mulai menyokong pemimpin mereka masing-masing.Meskipun yang menang tidak menang semua tetapi yang kalah merasa sangat keciwa dan memakan hati.

Ini membuka suatu ruang baru dalam politik Malaysia apabila Tengku Razalegh Hamzah memutuskan untuk menubuhkan Semangat 46 .Di belakang Tengku Razaleigh berdirinya YTM Tengku Abdul Rahman Perdana Menteri pertama yang masih hidup ketika itu.Demikian juga turut disokong oleh Tun Hussin Onn Perdana Menteri ketiga.Masing-masing mereka tidak bersetuju dengan Tun Dr Mahathir mentadbir Malaysia.

Kerjasama politik PAS-Tengku Razaleigh dengan Semangat 46 dalam mengharungi PRU ke 8 tahun 1990 membawa kejayaan besar kepada PAS. PAS berjaya mengambil alih semula pentadbiran Kelantan yang sejak 1978 dikuasai UMNO / BN.Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik menjadi Menteri Besar yang baru.Corak kepimpinan ulamak gagasan yang dibawa oleh Tuan Guru Haji Yusoff Rawa mulai mendapat dokongan yang baik di Kelantan.

Satu lagi kejayaan kerjasama itu ialah apabila Negeri Terengganu juga dapat dirampas oleh PAS dari tangan UMNO untuk menamatkan penguasaan Dato Sri Wan Mokhtar sebagai Menteri Besar negeri itu.Dato' Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar PAS.
Dalam PRU ke 8 itulah juga PAS berjaya memenangi 7 kerusi Parlimen suatu pencapaian terbaik selama diadakan pilihanraya di negara ini.Ini adalah hasil perkongsian politik.

Senario politik Malaysia selepas 1997.

Kemelesetan ekonomi 1997 membawa suasana redup kepada politik Malaysia di zaman pentadbiran Tun Mahathir.Pertelingkahan Mahathir -Anwar menjadi semakin parah apabila dikatakan Anwar merancang untuk menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana menteri.Pendekatan yang berbeza antara Mahathir dan Anwar dalam menyelesaikan krisis kewangan 1997 menjadikan krisis antara keduanya menjadi bertambah buruk.

Politik Malaysia mengalami perubahan drastik selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan tuduhan berkaitan skandal seks kemudiannya.Ia kemudiannya telah dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilucutkan pula keanggotaan UMNOnya.Inilah ketika bermulanya suara reformasi yang mana jalanraya mula digunakan untuk menentang pemerentah yang dituduh melakukan kezaliman.Anwar dijadikan ikon reformasi.Untuk menutup pergerakan Anwar maka beliau kemudiannya dipersalahkan oleh mahkamah untuk menerima hukuman penjara.

Parti Keadilan Nasional (PKN) (Kemudiannya ditukar menjadi Parti Keadilan Rakyat)telah ditubuhkan untuk menghadapi UMNO / Barisan Nasional oleh DS Anwar Ibrahim.Apabila Anwar Ibrahim dipenjarakan maka Dato Sri Wan Azizah telah mengambi alih tempat Anwar suaminya untuk meneruskan perjuangan PKR.Nurul Izzah selaku anak sulung Anwar juga mulai dididik untuk turut mendokong dan memberikan kekuatan kepada PKR.

Dari Barisan Alternatif  ke Pakatan Rakyat

Dalam menghadapi PRU ke 10 tahun 1999; PAS telah mengadakan kerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) yang diterajui Anwar.Kemudiannya DAP turut serta dalam gabungan ini untuk membentuk Barisan Alternatif.Kerjasama ini dicanangkan oleh pemimpin PAS sebagai suatu pakatan atau kerjasama politik yang dipopularkan oleh mereka sebagai Tahaluf Siyasi.Suatu kertas konsep dikeluarkan bagi menjelaskan tujuan dan rasionalnya kerjasama tersebut kepada rakyat seluruh di negara ini.

Dengan pendekatan tahaluf siyasi tidak lagi isu halal haram yang ditimbulkan berkenaan kerjasama diantara orang Islam dan bukan Islam.Perjuangan PAS yang totok Islam sejak 1959 dikatakan oleh pemerhati politik mulai lebih bijak,rasional dan matang.Isu kafir mengkafir sudah cuba dilenyapkan.

Melalui Barisan Alternatif parti pembangkang ini memperolehi 27 kerusi parlimen merupakan pencapain yang sedikit baik dari PRU sebelumnya.

Dalam PRU II tahun 2004 DAP tidak lagi menyertai Barisan Alternatif.Bersama dengan PKR pada waktu itu PAS hanya berjaya mendapat 7 kerusi parlimen sahaja. PKR adalah nama baru dari asalnya PKN. PKR dilahirkan pada 3 Ogos 2003.

DAP kembali menyertai Pakatan Rakyat (menggantikan Barisan Alternatif) dalam PRU 12 (2008) bersama PAS dan PKR.Dalam PRU ini PAS berjaya mendapat 23 kerusi Parlimen.PAS juga nampaknya masih berjaya mempertahankan momentumnya dalam PRU 13(2013) dengan pakatan yang baik  dan mencapai kejayaan 21 kerusi parlimen.

Berakhirnya Tahaluf Siyasi PAS.

Kematian TG Nik Abdul Aziz pada 2 Feb 2015 dan bertukarnya kepimpinan Ketua Dewan Ulamak PAS pusat dari tokoh itu kepada seorang pengganti yang baru nampaknya membawa perubahan baru dalam arah perjuangan PAS di Malaysia.

Kekeciwaan PAS selama berada sekapal dengan DAP sejak sekian lama dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat tidak dapat diubati sehingga PAS mengambil jalan keluar dari pakatan tersebut pada akhirnya.Perjuangan Islam yang dibawa PAS secara ikhlas tidak dapat diterima oleh DAP.Kenyataan pemimpin DAP yang keras dan tidak mempertahankan "Tahalus Siyasi" yang disepakati bersama menjadi pemangkin yang memecahkan pakatan tersebut akhirnya.

PAS tidak lagi mempunyai pilihan apabila RUU 355 yang dibawa oleh PAS ke Parlimen mendapat tentangan kuat. Ia bukan sahaja dari MCA parti gabungan Barisan nasional tetapi dari DAP sendiri iaitu parti Gabungan Pakatan Harapan di mana PAS bersamanya.Ini tidak lagi boleh dikompromi,Ia sudah dikira melampau.Cacing sudah ke mata..

Apa yang tetapinya ialah terdapat pula dikalangan sesetengah pemimpin PAS pusat tetap bersuara  tidak bersetuju dengan keputusan membawa keluar PAS dari Pakatan Rakyat.Inilah yang dikatakan kumpulan "Anwarinas" atau juga lebih popular disebut puak-puak "Jebon".Mereka terdiri dari antaranya  Muhamad Sabu,Sallahuddin Ayub,Husam Musa,Khalid Samad dan kemudiannya Mahfuz Omar.

Apa pun perkembangannya;Muktamar PAS di Kedah mengambil keputusan supaya PAS keluar dari Pakatan Harapan.Dewan Ulamak juga telah mengesahkannya lebih awal.

PAS terpaksa keluar dari Pakatan Harapan walau pun ia begitu berjasa membawa banyak kejayaan kepada PAS dalam dua dekad lalu.Tiada lagi tahaluf siyasi.Good bye tahaluf siyasi.PAS kemudiannya menjenamakan semula produknya dengan label baru "Politik Matang dan Sejahtera".

Malaysia kemudiannya menyaksikan kumpulan Anwarinas atau geng Jebon dikeluarkan semuanya dari menduduki jawatan-jawatan tertinggi dalam kepimpinan pusat PAS.Kumpulan Jebon berjaya dikalahkan dalam muktamar tersebut apabila langkah menyusun semula kepimpinan ulamak dalam PAS diperbaharui semula.Mereka dari golongan professional dalan geng Jebon seolah-olah tidak diperlui lagi dalam PAS.

Inilah permulaan baru politik Malaysia apabila tumbuhkan PAN (Parti Amanah Negara)yang digerakkan oleh Muhamad Sabu untuk menghidupkan gagasan tahaluf siyasi yang didokong kuat oleh allahyarhan TG Nik Aziz.Parti ini memandang lunak kepada DAP dan banyak berguru kepada PKR.

Politik matang dan sejahtera memasuki gelanggang PRU 14.

Ini tarian baru bagi PAS.Dengan pencak silat yang baru maka gendang serunai juga perlu ditukar baru.Itulah analogi kepada politik PAS memasuki gelanggang PRU 14 selepaskan meninggalkan agenda tahaluf siyasi dokongan allahyarham TG Nik Abd Aziz.

Politik matang dan sejahtera menolak kerjasama dengan terutamanya DAP rakan lama mereka dalam Pakatan Rakyat .Mereka juga pada akhirnya menolak PKR yang kekal lunak dan katanya bersekongkol dengan DAP menentang RUU 355 apa lagi agenda memperkenalkan Hudud.

Lebih selesa & yakin bersendirian.

Selepas PRU 13 PAS sedang menikmati 21 kerusi parlimen yang dimenanginya bersama Pakatan Rakyat.Pemimpin-pemimpin PAS yakin bahawa kemenangan itu bukan disebabkan kekuatan jentera DAP atau PKR sebaliknya kedua-dua rakan kongsinya itu turut menang kerana jentera yang dimiliki PAS.

Atas rasional tersebutlah pemimpin PAS yakin bahawa dengan meninggalkan Pakatan Rakyat kedudukan PAS tidak akan tergugat.Mereka juga yakin bahawa semua -penyokong PAS atau sebahagian besar dari mereka sebenarnya menyokong corak kepimpinan ulamak yang mula diperkasakan selepas PRU 13 itu.

Mereka juga mengambil sikap berlembut dan agak lunak dengan UMNO / BN. Ini menyebabkan parti-parti pembangkang yang lain menuduh PAS bersedia untuk bekerjasama dengan BN pula.Dalam waktu kelunakan itulah timbulnya pelbagai tuduhan dan tohmahan akan perubahan sikap PAS lewat itu  adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor.

PAS menghadapi kekurangan dana untuk menggerakkan PRU 14.Selama ini golongan professional yang berada dalam PAS memainkan peranan besar mendapatkan dana dari pelbagai sumber dari sana dari sini untuk PAS.Ketiadaan mereka dalam PAS kerana katanya sengaja dirancang akan kekalahan mereka dalam muktamar pemilihan, menyebabkan sumber dana baru gagal diperolehi.

Adalah dikatakan bahawa PAS mencari sumber baru untuk dana PRU nya.Demikianlah dikatakan sikap lunak PAS kepada UMNO selepas PRU 13 adalah kerana PAS telah termakan "dedak" UMNO / BN.Itulah tuduhan yang dikatakan oleh puak pembangkang yang tidak sekapal dengan PAS.

Kalau boleh dilihat kepada perkembangan yang lebih awal dari itu sebenarnya kelihatan UMNO berusaha keras  untuk memecahkan Pakatan Rakyat.Usaha menghasut PAS untuk menolak DAP dilakukan dengan pelbagai cara.

RUU 355 adalah perangkap.

Adalah dilihat oleh oleh banyak penganalisis politik bahawa langkah UMNO / BN menyokong RUU 355 adalah untuk memenangi hati Haji Hadi dan pemimpin PAS supaya yakin akan kejujuran UMNO / BN untuk menyokong perjuangan Islam PAS.Tidak pernah ada dalam sejarah parlimen Malaysia dimana suatu Rang Undang diberikan kepada pehak pembangkang untuk membentangkannya di Parlimen.Tetapi kali ini berlaku.Ia dilihat sebagai perangkap UMNO untuk mengikat PAS supaya lunak atau condong berpehak kepada mereka.Nampaknya jadilah kerana budi tergadai body.

Itulah yang terjadi sehingga apabila sehingga hampir menjelang PRU 14 pun RUU 355 masih tidak dibahaskan di parlimen.PAS mungkin menyedari mereka telah ditipu tetapi perangkap yang mengena sukar dilepaskan.

Ini juga mempengaruhi sikap PAS untuk bertarung di gelanggang PRU 14 secara sendirian.Sebenarnya bukan secara total bersendirian.Masih juga ada seperti kerjasama dengan Parti Cinta Malaysia pimpinan Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil  untuk membentuk Pakatan Sejahtera dengan katanya disokong oleh sekian banyak NGO yang pro perjuangan PAS.

PAS Menolak kerjasama : enggan sekapal dalam Pakatan Harapan.

Pada akhirnya PAS bukan sahaja tidak mengadakan pakatan secara sah dengan UMNO /BN tetapi lebih dari itu menunjukkan sikap permusuhan yang jelas dan terang kepada Parti BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang diasaskan penubuhannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.Demikian juga sikap PAS kepada Parti AMANAH yang ditubuhkan oleh Mat Sabu selaku ketua geng Jebon yang lebih dahulu ditendang keluar dari kepimpinan pusat PAS seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Barangkali kalau bukan kerana merasa tertipu oleh UMNO yang memberikan dokongan pura-pura kepada RUU 355:PAS mungkin akan berkongsi lebih rapat dengan UMNO /BN dalam PRU 14.Tetapi kepura-puraan UMNO pada akhirnya lebih terserlah untuk pada akhirnya mereka juga dikecam dan dibenci oleh PAS meskipun tidak secara terbuka.

Pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.

Kehilangan PAS dari bahtera  Pakatan Rakyat telah berjaya membawa dua rakan baru tanpa diduga oleh sesiapa pun sebelum tertubuhnya kedua-dua parti serpihan itu.PPBM (BERSATU) adalah serpihan dari UMNO sementara AMANAH adalah serpihan PAS.

Tun Mahathir tidak pernah berfikir untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Rakyat Malaysia(PPBM).Ia berlaku berikutan kegagalan bekas Perdana Menteri itu untuk mengajak DS Najib selaku Perdana Menteri pada masa itu untuk memperbaiki UMNO yang telah dirosakkan oleh DS Najib.

Apabila kerosakan UMNO dan institusi negara sudah dipandang semakin teruk oleh Tun Mahathir ia mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya.Ini termasuk pada satu ketika mendesak DS Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada saat itu krisis antara Tun Mahathir dengan DS Najib seperti  berpatah arang berkerat rotan.Tidak boleh disambung lagi.Inilah waktunya sewaktu segala langkah lain untuk menamatkan kekuasaan Najib gagal dilakukan telah mendesak Tun Mahathir menubuhkan Parti Pribumi (BERSATU)  dengan tujuan untuk menjatuhkan Najib melalui pilihanyara.Tum Mahathir berusaha mempengaruhi dan menjelaskan kepada rakyat mengapa Najib sebagai Perdana Menteri tidak lagi boleh dipertahankan lebih lama.

AMANAH yang terlebih dahulu ditubuhkan oleh Mohamad Sabu dengan untuk juga menjatuhkan DS Najib adalah sehaluan dengan pendirian Tun Mahathir dan rakan-rakannya yang lain dalam mengusahakan penubuhan Parti BERSATU.

Kedua-dua parti ini kemudian menjadi sekapal dalam Pakatan Harapan yang ditubuhkan apabila Pakatan Rakyat dibubarkan.Dengan kemasukan Parti Bersatu ke dalam Pakatan harapan menjadilah PH komponen empat parti yang terdiri dari PKR,DAP,AMANAH dan BERSATU.

Inilah element baru dalam politik Malaysia yang digembelingkan dengan jayanya oleh Tun Dr Mahathir dengan semangat pembangkang yang jitu.Cita-cita yang satu untuk menyelamatkan Malaysia dan menjatuhkan DS Najib akhirnya mendapat sokongan rakyat.

PAS terus istiqomah mengambil sikap sendirian dan yakin menang.

Sewaktu Pakatan Harapan semakin mendapat sokongan rakyat, PAS pula semakin yakin akan kekuatan diri sendiri untuk juga mendapat sokongan rakyat.PAS yakin akan sokongan Melayu kepada mereka.Mereka cukup yakin beberapa negeri akan dapat dikuasai mereka.

Kajian INVOKE sebuah badan pengkaji trend PRU 14 yang diasaskan oleh bekas YB Pandan Rafizi Ramli tidak sedikit menggugat keyakinan PAS.Kajian INVOKE yang menyebut bahawa PAS kehilangan total sokongan pengundi dalam PRU 14 jelas tidak benar samasekali sebagaimana yang diyakini oleh pemimpin dan penyokong PAS sewaktu gelora PRU bergelegak.

Jelas kemudiannya dengan visi politik matang dan sejahteranya PAS sekali lagi dapat menguasai Kelantan dengan kemenangan bergaya.Berjaya pula menguasai Terengganu semakin memaniskan lagi kejayaan PAS 8untuk PRU ini.

Kegagalan PAS menjadi kerajaan melalui PRU 14 bukan semata-mata bermakna kegagalan.PAS masih memperolehi 18 kerusi parlimen walaupun bergerak secara sendirian.Kedudukan ini hanya kurang tiga kerusi dari pencapaiannya dalam PRU 13 sewaktu bersama Pakatan Rakyat.PAS juga mampu mengangkat  kegagalannya sebagai kejayaan di Kedah dengan 3 kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN.Demikian pencapaian 8 kerusi DUN oleh PAS di Pahang cukup menjadi asas untuk tapak PAS dalam PRU akan datang.

Harapan dan kemungkinan.

Sejauh mana Politik matang dan sejahtera PAS akan kekal digunakan sebagai visi untuk PRU 15 masih belum dapat ditentukan.Sementara persaingan dari UMNO yang semakin padam dan imej PAS yang semakin meningkat,harapan PAS untuk memberikan cabaran yang lebih besar kepada kerajaan Pakatan Harapan adalah sangat tinggi.

Sementara UMNO dalam  BN yang telah kembali kepada pokok asal dengan hanya tinggal tiga parti termasuk MCA Dan MIC ;barangkali harga BN semakin menurun pada masa akan datang.Pemilihan DS Dr Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan baru-baru ini nampaknya tidak memberikan harapan besar untuk parti itu dapat berkembang dengan baik untuk mampu mencabar kerajaan PH.

Politik Malaysia semakin menarik untuk ditulis dan diperkatakan.Segalanya masih baru bercaturan di pentas negara dan dunia..Demikianlah barunya  kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih kelihatan terkial-kial untuk melunaskan janji 100 hari kemenangannya.

Sebuah kerajaan baru mengisi sebuah lubang besar yang telah diduduki lebih dari setengah abad oleh penguasa yang lalu tidaklah semudah itu untuk diisi apa lagi dikuasai oleh penguasa yang baru.Berilah mereka peluang untuk membuktikan kemampuannya membina dan membaiki kerosakan yang dijanjikan.

PAS mesti mengintai peluang ini untuk bertindak dan mencari jalan untuk mengambil kuasa.Mampukah PAS mengatur langkah ke arah itu.Sejarah akan merakam semuanya.Allah akan menentukannya.







Friday, April 20, 2018

SELEPAS PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA DINAFIKAN

5 Mei 2018 menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Pakatan Harapan.Ia satu tarikh dimana Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Mahathir telah ditolak pendaftarannya oleh ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).Dengan pengharaman tersebut menjadikan bukan sahaja parti itu dilarang beroperasi tetapi juga Pakatan Harapan (PH) sebuah gabungan parti-parti pembangkang turut ditolak kewujudannya.

Pahitnya jadam.

Ini pengalaman pahit bagi PPBM.Ia satu pukulan berat kepada Pakatan Harapan yang sepatutnya menggabungkan empat parti utama dalam gabungan tersebut iaitu PPBM,DAP,AMANAH dan PKR.Dengan ketiadaan Pakatan harapan sebagai sebuah pakatan pembangkang sedikit sebanyak ia memberikan sedikit masalah kepada pakatan itu itu dalam menyusun dan mengatur strateginya untuk menentang Barisan Nasional yang menggabungkan 13 parti komponen di dalamnya.

Melangkah halangan.

Bagi pembangkang mereka melihat ini sebagai suatu percubaan yang mesti dihadapi dengan segala kekuatan yang ada pada mereka.Bukankah sepahit-pahit jadam adalah ubat.Sedang semanis-manis gula pula adalah racun.Tun Dr Mahathir yang telah dilantik oleh pakatan pembangkang sebagai Pengerusi mereka telah lama menduga bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pasti tidak akan dengan semudah itu memberi laluan  kepada PH untuk melaksanakan agendanya.Pelan alternatif telah lama difikirkan oleh PH.Kerana itu selepas sahaja PH tidak diluluskan pendaftarannya maka penyelesaianya segera dapat diumumkan.

Tiket Parti Keadilan Rakyat.

Sebagai sebuah agensi kerajaan ROS dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) telah menjalankan tugasnya.Sejauh mana tugas itu berjalan secara patut dan adil sukar untuk ditentukan.Walau bagaimana pun tuduh menuduh telah berlaku apabila pihak pembangkang melihat tindakan mengharamkan PPBM dan menyekat pendaftaran PH sebagai sebuah gabungan parti pembangkang adalah satu tindakan keterlaluan.Ia dikatakan pembangkang sebagai tidak adil.Lebih jauh mereka  menuduh kerajaan BN tidak demokratik.

Kekeciwaan puak pembangkang begitu terasa apabila pengharaman itu dibuat pada masa yang sangat kritikal sewaktu pilihanraya sudah sangat dekat.PPBM dan PH dinafikan oleh ROS sehari sebelum Parlimen ke 13 dilabuhkan tirainya untuk menghadapi PRU 14.Pakatan Pembangkang bagai mati akal dengan tindakan tersebut kalau mereka sebenarnya tidak menduga akan sejauh itu tindakan bakal diambil dan dikenakan ke atas mereka.

Jangkaan awal dan perancangan awal yang dibuat barangkali menjadi pulangnya paku buah keras kepada kerajaan BN apabila segera diumumkan bahawa gabungan pembangkang  sepakat bersetuju untuk menggunakan Lambang dan logo parti Keadilan Rakyat untuk PRU 14.

Apa pula sekatan selepas ini.

Apakah akan timbul pula apa-apa sekatan baru terhadap penggunaan logo dan Lambang PKR bagi pakatan pembangkang ini.Masa akan menentukannya.Kalau ini juga terjadi maka mungkin suatu kekecohan besar akan berlaku.Sukar untuk diduga apa mungkin akan terjadi.Apa yang boleh dikatakan apakah Kerajaan BN akan bertindak sejauh itu untuk mengekang kemaraan pembangkang dalam PRU 14 kali ini.

Reaksi Rakyat.

Adalah sesuatu yang tidak diduga apabila sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang bertambah dengan mendadak selepas pengharaman PPBM dan PH.Barangkali kebangkitan ini datangnya dari rasa simpati rakyat terhadap nasib yang menimpa bekas Perdana menteri yang telah lanjut usia itu.Ketekunan dan kegigihan beliau bergerak keserata negeri di Semenanjung tanpa mengira letih,penat dan sakit menarik simpati rakyat kepada perjuangannya.Barangkali itu yang terjadi.Lihat sahaja setiap majlis perhimpunan dan syarahan yang ditampilkan Tun Mahathir sambutan rakyat adalah di luar jangkaan.

Ada orang berkata bilangan kedatangan ke satu-satu majlis penerangan atau syarahan tidak menggambarkan sokongan rakyat kepada satu-satu pihak.Apakah ini benar.Fikirkan bagaimana dalam PRU 13 yang lalu setiap ceramah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang menampilkan Sdr Anwar Ibrahim dikunjungi oleh begitu ramai penyokong.Hasilnya dapat dilihat apabila PRU 13 memberikan 52 % popular vote kepada Pakatan Rakyat ketika itu.

Sekiranya PRU 13 magnetnya terletak pada Sdr Anwar Ibrahim maka PRU 14 magnetnya terletak pada Tun Mahathir Mohammad bekas Perdana menteri yang telah berkuasa selama 22 tahun di atas tampuk pemerentahan Malaysia.Apakah ini tidak membayangkan kejadian yang sama akan berulang.Tambah lagi senario politik terkini Malaysia jauh lebih rencam dan lebih kronik dibandingkan dengan senario PRU 13 yang lalu.

Tsunami Melayu.

Tsunami ini menjadi tanda tanya.PRU 13 yang lalu menyaksikan terjadinya tsunami Cina .Orang cina di bandar-bandar seluruh Malaysia beralih sokongan apabila tidak lagi memberikan undi mereka kepada BN.Barngkali trend pengundi cina masih kekal seperti dulu pada hari ini.Mereka masih tidak percaya kepada MCA mampu mengangkat kepentingan mereka.

Perpecahan dalam UMNO dengan lahirnya Mahathir sebagai satu lagi hero baru menentang BN akan memberikan pukulan baru kepada BN.Ketiadaan Anwar Ibrahim di atas gelanggang kerana masih lagi dipenjara diisi oleh kelibat Mahathir yang bewgitu bersungguh-sungguh mencabar PM Najib dan BN.

Inilah yang dibayangkan akan wujudnya tsunami Melayu.Kalau ini terjadi barangkali sokongan PAS kepada BN dengan sikap dolak daliknya selama ini masih belum mampu untuk menongkat BN dari rebahnya.

Menariknya PRU 14.

Dengan senario yang ada serta perkembangan -perkembangan baru yang datang bercambah semuanya menjadikan PRU 14 kian hangat dan panas.Siapa yang bakal menang nanti sukar untuk ditentukan.Sementara BN sebagai kerajaan yang berkuasa sedang berhempas pulas memulihkan calar dan imejnya yang tercemar pehak pembangkang juga berusha mencari dan mendedahkan segala kelemahan kerajaan untuk memetik keyakinan dan sokongan rakyat kepada mereka.Sesiapa yang lebih dipercayai dan diyakini akan memenangi pilihan raya kali ini.




Sunday, February 4, 2018

KERJASAMA PAS-UMNO : SEBUAH PERMAINAN POLITIK

Benarkan PAS sudah bekerjasama dengan UMNO?.Jawapnya adalah tidak.Ia jawapan yang diberikan oleh Dato' Nik Amar Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan.Beliau juga adalah Naib Presiden PAS pusat.Jawapannya boleh diambil diguna kalau pun bukan untuk dipakai.Apa pula jawapan Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang tentang isu ini.Beliau kelihatan tidak memberikan jawapan yang tegas dan jelas.Timbalannya YM Tuan Ibrahim Tuan Man lebih tegas kerana memberikan jawapan yang senada dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Apa yang sebenarnya.

Banyak pemerhati politik mengatakan bahawa PAS berada dalam dilema sekarang.Keluarnya kumpulan professional dari PAS yang diketuai oleh Mat Sabu serta beberapa rakannya yang lain memberikan kesan besar kepada PAS.Tertubuhnya pula PAN (Parti Amanah Negara) yang diasaskan oleh Mat Sabu memberikan kejutan besar kepada PAS.PAS menjadi kelam kabut sehingga memberikan kenyataan yang pelbagai berkenaan dengannya.

Sikap Dato' Husam Musa yang mendedahkan pelbagai rashia pentadbiran kerajaan PAS kelantan menjadikan kerajaan PAS Kelantan terutamanya sangat tidak selesa.Husam Musa dikatakan seorang pemimpin PAS Kelantan yang berwibawa.Ia juga seorang yang kelihatan "ambitious" dan bekerja kuat.Ia dilihat mempunyai banyak idea untuk kemajuan dan pembangunan negara.Ia juga seorang yang lantang berbicara.

Husam Musa pernah menjadi orang kepercayaan TG Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Kelantan.Beliau pernah menjadi exco kerajaan PAS melalui keyakinan Menteri Besar kepadanya.Banyak tugas-tugas penting kerajaan PAS Kelantan terletak ditangannya.Banyak rashia kerajaan Kelantan ada dalam pengetahuan dan ingatannya sehingga sekarang kerana beliau begitu rapat dengan arwah TG Nik Aziz selama tempoh pentadbirannya.

Tindakan kekeciwaan.

Banyak pemimpin yang rosak kerana keciwa.Kekeciwaan manusia membawa kepada kemarahan. Kemarahan selalunya membuahkan tindakan  di luar kebiasaan manusia.Inilah yang selalu berlaku kerosakan dan kemusnahan.Kesannya ialah kepada individu dan juga organisasi yang pernah diwakilinya.

Sikap Husam Musa banyak berubah dalam PAS selepas beliau tidak lagi dilantik menjadi exco kerajaan PAS Kelantan bila sahaja berakhir zaman TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan.Ia kehilangan tempat dan kehilangan peranan seperti juga TG Nik Aziz yang tidak lagi dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU 13.Bagi TG Nik Aziz walaupun beliau hilang jawatan MB Kelantan tetapi masih boleh terus berpengaruh dalam parti dengan jawatan tinggi dalam kepimpinan parti iaitu kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS.

Bagi banyak pemimpin PAS Kelantan Husam Musa dikatakan sebagai singa yang luka.Sebagai seorang ahli politik yang pintar serta berpandangan jauh,Husam Musa perlu mebina tapak baru dalam perjuangan politiknya.Kekeciwaannya membawa dan mencorakkan tindakannya sekarang.

Husam pada akhirnya menyertai rakan-rakannya yang lain yang telah menubuhkan Parti Amanah Negara.Ia telah lama dijangkakan.Ia sekarang bersatu dalam gerakan PAN bersama dengan Mat Sabu,Sallahuddin Ayub serta yang lain .Pemimpin PAN semuanya dari mereka yang berlatarbelakangkan kekeciwaan bersama PAS.

Perpecahan dalam PAS.

Dalam PRU 13 PAS  dalam Pakatan Rakyat bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Rakyat (Democratic Action Party) (DAP).PAS mencanangkan tindakannya bersama DAP sebuah parti Cina totok yang dikatakan sangat anti Melayu dan anti Islam sebagai suatu "tahaluf siyasi" yang penuh hikmah.Dikatakan Islam mementingkan perpaduan antara pelbagai agama.

Pakatan Rakyat memasuki PRU 13 dengan beberapa kejayaan yang membanggakan.TG Nik Aziz merasakan pendekatannya bekerjasama dalam Pakatan Rakyat telah mencapai matalamatnya.Namun pada akhirnya perhubungan PAS dengan PKR dan lebih-lebih lagi dengan DAP menjadi kacau kerana beberapa perbezaan pandangan dan sikap tentang pendekatan Islam yang diutarakan oleh PAS.

Selama dalam Pakatan Rakyat,golongan professional dalam PAS yang nampaknya diketuai oleh Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS sangat rapat dengan DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR.Mereka terutama Mat Sabu,Sallahuddin Ayub,Hussam Musa dan Dr Zulkifli Ahmad adalah antara pemimpin tertinggi PAS yang dikatakan sentiasa mendampingi dan mendapat tunjuk ajar dari Anwar Ibrahim.Mereka ini kemudiannya dikenali sebagai golongan Anwarinas Mereka dituduh lebih banyak berkiblat kepada Anwar Ibrahim daripada Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden PAS.

Perpecahan dalam PAS yang baru ini nampaknya bermula dengan pembentukan Pakatan Rakyat.Apakah pembentukan Pakatan Rakyat yang diusahakan oleh Anwar Ibrahim merupakan satu pendekatan Anwar Ibrahim untuk memusnahkan PAS ?.Soalan ini barangkali keterlaluan.Tetapi mungkin tidak kalau difikirkan bahawa Anwar Ibrahim bermatalamat untuk menjadikan PAS sebagai batu loncatan bagi mencapai cita-citanya untuk ke Putrajaya selepas PRU 13.Cita-citanya hampir tercapai dengan mendapat sekurang-kurangnya 89 kerusi Pakatan Harapan serta memperolehi 52 % undi popular rakyat.Ini kejayaan Anwar Ibrahim yang sangat besar.

Kehilangan TG Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

Febuari 2015 TG Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah.Kelibat dan pengaruhnya telah hilang.DS Anwar Ibrahim telah lebih dulu dari itu dipenjarakan.Anwar berkata beliau dipenjarakan kerana suatu konspirasi politik.TG Nik Aziz telah membela dan mempertahankannya.

Ketiadaan mereka berdua dalam kepimpinan telah memberikan kesan besar kepada kepimpinan masing-masing.Jawatan Menteri Besar Kelantan yang diambil alih oleh Ustaz Ahmad Yaacob gagal mengisi peranan yang telah diberikan oleh TG Nik Aziz selama 21 tahun itu.Selepas kematiannya pula kedudukan PAS menjadi semakin tidak menentu.Dasar PAS sedikit demi sedikit telah mengalami perubahan berikutan beberapa perkembangan baru dalam politik tanah air.

Suara DS Anwar dari penjara gagal untuk menenteramkan beberapa krisis baru dalam Pakatan Rakyat yang dibentuknya.Ini membawa perpecahan dalam Pakatan Rakyat.Ini pula membawa perpecahan dalam PAS.

Kembali kepada kepimpinan Ulamak.

Barisan pemimpin baru PAS tahun 2016 adalah berteraskan kepimpinan Ulamak.Keputusan parti seluruhnya menjadi keputusan mereka yang berkelulusan sekolah agama dan Islam menjadi landasan perjuangan totok.Pimpinan ulamak yang baru ini menamatkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.Yang anihnya bayak pemerhati politik melihat PAS lebih cenderung berbaik-baik dengan UMNO / BN pula.Ia sesuatu yang kelihatan sangat berbeza dengan dasar anti UMNO / BN yang diperjuangkan PAS sejak mereka keluar dari Barisan Nasional 1978 dulu.

Politik matang dan sejahtera.

PAS dengan politik matang dan sejahteranya sekarang tidak menentang 1MDB dan tidak turut menyelar kerajaan sekarang yang penuh penyelewengan dan rasuah.PAS tidak lantang menyuarakan kebencian kepada UMNO selari dengan pembangkang yang lain di negara ini.

Apa yang lebih menghairankan PAS tidak sanggup bersama barisan pembangkang yang lain terutama bersama Pakatan Harapan yang dibentuk bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang hancur sebelumnya..

Kesediaan PAS untuk hadir bersama di majlis-majlis anjuran UMNO / BN walaupun beberapa kali sahaja dibaca ramai sebagai bukti keakraban hubungan PAS-UMNO sekarang ini.Ini dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS.Berada di atas pentas yang sama terutama bagi membela kepentingan Islam sedunia dengan berpakaian sama masih belum boleh dituduh bahawa PAS telah bekerjasama politik dengan UMNO.Itu kata-kata pemimpin PAS.Pemimpin PAS tetap menafikan mereka berpakat dengan UMNO dalam menghadapi PRU 14 ini.

PAS bukan bersendirian.

Pemimpin PAS menegaskan mereka tidak bersendirian.Mereka bersama dalam satu pakatan pembangkang yang lain.Mereka dalam Gagasan Sejahtera.Katanya bersama dengan Parti Cinta Malaysia dan Parti Berjasa serta dengan  lebih daripada 200 kumpulan NGO di seluruh negara.PAS berani mendabik dada bahawa mereka yakin dengan kekuatan mereka sendiri dengan anggota,organisasi dan jentera yang tersusun disemua peringkat.

PAS mendakwa bahawa dalam PRU 13 yang lalu kekuatan organisasi dan jentera PASlah yang telah menggerakkan banyak kejayaan Pakatan Rakyat.Parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat semuanya bergantung kepada kekuatan jentera PAS untuk mencapai kemenangan itu.

Sekarang dalam PRU 12 PAS mahu mencuba nasib dengan keyakinannya sendiri.Perhitungan PAS mungkin benar.Ia akan membawa kejayaan.Tetapi pada masa yang sama banyak pemerhati politik memberikan pandsangan yang sebaliknya.

King Maker atau opportunist.

Kenyataan pemimpin-pemimpin PAS sentiasa berubah-ubah tentang bilangan kerusi parlimen yang akan dipertandingkan dalam PRU kali ini.Pada satu masa dikatakan akan hanya bertanding dalam bilangan yang kecil sahaja.Sekarang bilangan menjadi 130.Mereka berkata akan berusaha untuk memenagkan 40 kerusi .Mereka berhasrat untuk menjadi orang rebutan.Jangkaan mereka tidak akan ada antara UMNO/BN atau  Pakatan Harapan yang akan mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.Di sinilah pada pendapat mereka,PAS akan menjadi sangat berharga untuk di temui dan dirundingkan oleh kedua-dua belah pehak bagi mendapatkan persetujuan membentuk kerajaan di Putrajaya.

Maka katanya PAS akan berperanan besar untuk menentukan kerajaan Malaysia dapat dibentuk.Apakah hanya setakat itu sahaja peranan PAS.Ia tidak lebih kelihatan seperti tindakan kumpulan oppotunis.Itu kata banyak pihak.

Dengan yang demikian perhitungan PAS menjangkakan sebuah kerajaan dua parti akan terpaksa diwujudkan selepas PRU 14 nanti.Bagaimana kalau perhitungan mereka ini tidak benar.PAS akan keciwa atau mungkin terpaksa menyusun semula dasar perjuangannya untuk hidup semula selepas PRU nanti.

Apakah pula mampu PAN yang merupakan serpihan PAS menggantikan PAS.Apakah cukup beberapa kerat pemimpin yang bertaraf ulamak dalam PAS mampu membawa aginda Islam di dalamnya untuk melestarikan dasar Rahmatal lil 'alamin yang menjadi dasar perjuangan mereka sekarang.

Sikap penyokong PAS.

Diperingkat akar umbi sebahagian besar pengundi PAS tidak bersetuju dengan sikap lemah lembut PAS kepada UMNO / BN seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin mereka sekarang.Pengundi-pengundi terutama di Kelantan masih terikat kepada pegangan TG Nik Aziz yang sangat bencikan UMNO /BN.Pesanan Tok Guru Nik Aziz masih terngiang-ngiang ditelinga kebanyakan pengundi PAS bukan hanya di Kelantan.

Jadi sementara pemimpin-pemimpin PAS bermain " cit ku cat" (Loghat Kelantan) (sekali begitu sekali begini) dalam hubungannya dengan UMNO/BN;apakah ini tidak melunturkan keyakinan pengundi terhadap mereka.

Mereka sangat perlu berhati-hati dalam sandiwara ini supaya mereka masih terus relevan dalam politik negara.Jangan jadi seperti kata perumpamaan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.Kalau silap melangkah nanti banyak rashia terdedah dan ini akan merosakkan imej PAS itu sendiri pula.

Tempua bersarang rendah.

Sesiapa pun melakukan sesuatu tindakan berlandaskan situasi.Seperti kata pemimpin PAS mereka telah lama menjadi pembangkang.Selama berpuluh tahun PAS telah menjadi pembangkang yang totok kepada UMNO /BN.Hanya sebentar dalam tempoh menyertai BN beberapa pemimpin PAS dapat merasai empuknya kerusi menteri.Barangkali itu diidamkan kembali.Pemimpin PAS terkini mencari politik matang dan sejahtera untuk kembali engambil peluang tersebut.

Kalau tak ada apa-apa takkan tempua bersarang rendah.PAS mengambil sikap lebih berlembut dan bersedia menyandarkan kepala ke bahu UMNO /BN kerana ada sesuatu.UMNO juga berbuat baik kepada PAS kerana ada sesuatu.

Dilema UMNO / BN.

UMNO /BN juga dilanda krisis.Kebangkitan Tun Mahathir lalu menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan malapetaka kepada DS Najib dan UMNO/BN.Pembentukan Pakatan Harapan yang menggabungkan DAP,PKR,PPBM adalah gambaran yang menunjukkan bahawa UMNO perlu menambahkan bilangan sekutu mereka selain daripada berbelas-belas yang dipunyai sekarang

UMNO / BN sekarang sudah tidak lagi menyerang PAS.Haji Hadi lebih selisa tidur sekarang dibandingkan semasa PRU 13 dulu.Tempat Haji Hadi digantikan oleh Tun Mahathir dan rakan-rakan Pakatan Harapannya yang lain sekarang.Ini senario baru poltik Malaysia.

UMNO bersungguh-sungguh berusaha untuk memarek PAS mendekati mereka.Usaha UMNO lebih ketara dari usaha PAS sendiri ke arah itu.PAS kelihatan teragak-agak.Mereka sangat mahu tetapi ketakutan menghalang mereka.Apakah PAS berada dalam cinta gelap.

Lawatan DS Najib ke Kelantan minggu lepas dengan mengungkitkan sumabangan kerajaan pusat kepada Kelantan sesungguhkan bukan sahaja memalukan pemimpin PAS Kelantan tetapi menyakitkan hati.Kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal mentadbir Kelantan sehingga gagal untuk membayar gaji kakitangan sekalipun.Hal itu tidak sepatut diungkit kerana sudah termaktub kerajaan pusat bertanggung jawab membantu semua kerajaan negeri yang berada dalam federasi Malaysia.

Dalam suatu kaadaan lain pemimpin-pemimpin  UMNO Kelantan mewarwarkan bahawa UMNO akan mengambil kembali Kelantan dalam PRU kali ini.Ini menjadi ketakutan kerajaan PAS Kelantan.Kalau boleh dibuat persetujuan dalam win-win situation barangkali PAS akan sanggup tunduk kepada UMNO asalkan PAS tidak diganggu dan terus dibiarkan untuk kekal di bawah PAS.

PRU 14 akan memberikan semua jawapannya.