Thursday, December 22, 2016

PERKARA 153 : MENGAPA HAK MELAYU MESTI DIPERTAHANKAN.

Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia adalah berkenaan dengan Hak Istimewa orang Melayu.Perkara ini telah lama termaktub dan terpasak kukuh di dalam perlembagaan Malaysia tersebut.Ia menjadi sebahagian daripada Kontrak Sosial yang telah pun disetujui oleh semua kaum melalui wakil masing-masing sewaktu Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) hendak diberikan taraf kemerdekaan oleh penjajah British.

Tanah Melayu Hak Melayu.

Perkara ini telah menjadi sebahagian syarat untuk taraf kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu.Tanah ini sejak sekian lama dinamakan Tanah Melayu kerana bangsa pertama yang menduduki dan berhak sepenuhnya mewarisi tanah ini adalah bangsa Melayu yang berkulit sawo matang dan pesek hidungnya.

Orang Melayu memiliki budaya melayu dari rumpun Melayu yang telah menduduki daerah Nusantara sejak ribuan tahun yang lalu.Mereka telah membina tamaddun mereka sendiri melalui pelbagai assimilasi dan akomodasi dengan pelbagai pengaruh asing yang didatangkan kepada mereka dari luar.

Melayu dan Budaya Melayu.

Mereka orang Melayu yang pada asalnya dipercayai penganut faham animisma ( kepercayaan bahawa tiap sesuatu ada penunggu) mulai dipengaruhi oleh fahaman Hindu berabad lamanya.Proses yang dikenali sebagai indianisasi ini telah mulai berakar umbi dalam masyarakat Melayu setelah bergabung dengan kepercayaan animisma asal mereka membina manusia Melayu yang baru.

Islam dan pengaruhnaya kepada orang Melayu.

Kedatangan Islam dalam zaman yang lebih lewat sekali lagi mencorakkan manusia Melayu Nusantara dengan warna Islam yang lebih murni dan segar.Kepercayaan antara animisma dan Hindu mulai di cerobohi oleh faham baru yang lebih radikal dan realistik.

Islam yang datang bersama pedagang mudah menguasai bukan sahaja pasaran tetapi dengan mudah ula dapat menawan hati sang pemerentah.Apabila Raja / Sultan memeluk Islam ia menjadi ikutan rakyat kerana pendewaan Melayu kepada raja yang diasaskan dari pengaruh Hindu begitu kuat.Setiap yang dilakukan raja adalah benar.Konsep Raja sebagai dewa dari pengaruh Hindu masih kekal sekian lama meskipun Islam datang dengan konsep yang sedikit berbeza.

Sejak zaman Kerajaan Melaka dan sejak Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 Islam mulai bertapak di bumi Melayu ini.Dari Melaka Islam dapat disibarluaskan ke daerah-daerah lain samada melalui perdagangan ,perkahwinan juga melalui penaklukan.Demikianlah negeri-negeri lain di Tanah Melayu mulai mengambil dan mengamalkan Islam dalam pemerentahan dan kehidupan seharian.

Islam menjadi begitu kukuh dimulai dengan sistem pemerintahan yang berpaksikan Islam sehingga undang-undang yang berteraskan Islam mulai digubal.Hukum Kanun Melaka menjadi permulaan dalam perkara ini di Tanah Melayu.

Islam dan Pendidikan orang Melayu.

Islam datang dengan Iqra'.Setiap orang Islam diperintah untuk menguasai tulis baca.Dengan mengasai ilmu,Islam telah menjadi kuat sehingga mereka berjaya menguasai sebahagian besar darat dan laut di muka bumi ini.

Itu adalah sejarah kemenangan Islam yang diwarisi dan dituruti oleh seluruh umat Islam di dunia ini.Dan ia tidak terkecuali dan sama sekali tidak terpisah dari pegangan orang Melayu di Nusantara khususnya di Tanah Melayu ini.

Pendidikan Islam yang berkembang melalui sistem pondok pengajian yang dikenali juga sebagai pasentren di Indonesia melakar sejarah pembangunan insan Melayu Islam dengan kukuh dan bertahap.Kemajuan ini sangat memberangsangkan sehingga tamaddun baru dengan cara hidup Islam dapat membina manusia Melayu menjadi berbudi bahasa,beradap sopan,bersabar,redha dan 
penuh kerajinan.

Bersama-sama dengan ciri tersebut Islam datang dengan membawa keimanan dan ketakwaan dengan mengesakan Tuhan Allah yang satu serta mengakui Nabi Muhammad sebagai Rasul dan pesuruhNya.Manusia Melayu yang bertauhidkan Allah yang satu menerima Rukun Islam dan Rukun Iman sebagai pegangan hidup untuk keselamatan di dunia dan keselamatan di akhirat.

Inilah sebenarnya jati diri orang Melayu.Jati diri ini telah berakar umbi dalam jiwa orang Melayu khususnya di Tanah Melayu ini sejak berabad-abad lamanya.

Kedatangan penjajah di Alam Melayu khususnya di Nusantara telah memberikan corak baru kepada dunia rantau ini.Samada datangnya Belanda ke Indonesia atau datangnya pelbagai bangsa penjajah ke Tanah Melayu semuanya telah berjaya mencorakkan semula jati diri Melayu yang sekian lama berteraskan Islam kepada suatu warna baru yang berbeza samasekali.

Penjajahan dan perubahan landskap bangsa.

Di Tanah Melayu British telah berjaya mengubah seluruh lanskap politik,sosio dan ekonominya menjadi samasekali baru.Selira barat telah menambil alih selira Islam sehingga pak lebai di kampong-kampong pada akhirnya lebih percaya bahawa sekolah Inggeris lebih baik dan lebih menjamin masa depan anak-anak mereka dibandingkan untuk terus kekal dalam sistem pendidikan Islam yang dipandang lapuk dan ketinggalan zaman!.

Dengan perubahan jati diri orang Melayu inilah British berjaya menguasai dan memerentah Tanah Melayu yang dipanggil mereka "Malaya"bukan lagi Tanah Melayu.

Perkembangan dan dasar eksploitasi ekonomi British di Tanah Melayu telah membawa masuk begitu ramai buruh-buruh dari tanah jajahan mereka India ke Tanah Melayu.Mereka juga mengimpot masuk buruh-buruh Cina dari selatan negeri China untuk tujuan yang sama.Semuanya ini menjadikan Malaya  sebagai sebuah negeri pelbagai kaum dalam masa lebih kurang setengah
abad.

Penjajahan dan natijahnya.

Natijah daripada perjalanan sejarah Tanah Melayu ini ialah bahawa bahananya adalah dirasakan oleh sebuah negara yang sekarang bernama Malaysia ini.Bahawa sejak Malaya merdeka dari British tahun 1957 sehingga sekarang krisis perkauman di Malaysia tidak pernah berjaya disurutkan.Perbalahan kaum hampir menjadi suatu fenomina di negara ini.Ia menjadi kendur dan tenang pada suatu masa tetapi menjadi tegang dan panas pada suatu masa yang lain.Perubahan pucuk pimpinan yang mewakili setiap kaum di negara ini menjadi salah satu punca wujudnya ketegangan kaum.Kaadaanya seperti dikatakan sekali air bah sekali pasir berubah.Demikianlah kepimpinan baru dengan dasar baru yang  dibawa mulai berbeza ia menghasilkan perjuangan yang berbeza.

Malaysia telah merdeka selama 59 tahun.Tahun depan Malaysia akan meraikan hari kemerdekaannya yang ke 60.Sejarah 60 tahun kemerdekaan Malaysia sebennrnya telah dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969.Negara disytiharkan darurat dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dibentuk untuk mengambil alih sementara pemerintahan apabila Parlimen sudah tidak berfungsi lagi pada saat itu.

Krisis budaya ,bangsa dan kaum.

Selepas 13 Mei krisis perkauman sebenarnya masih belum sepenuhnya reda.Api perkauman masih terus terpercik di mana-mana.Adalah dilihat bahawa selagi setiap kaum tidak mempunyai satu jati diri yang serupa maka api perkauman akan terus menyala sampai bila-billa di Malaysia ini.

Memang benar dasar Divide and Rule British sewaktu menjajah Tanah Melayu telah begitu sebati dengan cara dan amalan hidup masyarakat Malaysia sehingga terbawa-bawa selepas zaman merdeka.Ia terlihat dalam dasar pendidikan yang diperkenalkan British bahawa setiap bangsa dibenarkan mendapat pendidikan dengan  sistem masing-masing.Ternampak bahawa orang Melayu dengan sekolah melayunya demikian orang India demikian pula orang cina.Orang Melayu dengan bahasa ,ugama dan budayanya,orang India dan cina demikian pula.Masing-masing bangsa kukuh dan liat berpegang kepada budaya dan pegangan yang sangat jauh berbeza antara satu sama lain.Mereka tinggal di atas bumi dan dipayungi oleh awan dan langit yang sama tetapi fikiran dan rohani mereka berbeza.Malah sangat jauh berbeza antara satu sama lain.Mereka pula hidup dengan rasa prasangka dan tidak mempercayai satu samalain.

Malaysia merdeka belum cukup matang untuk mencari formula bagaimana kaum-kaum utama di negara ini dapat di satu dan diharmonikan.Pemikiran dan idea yang dikemukakan untuk menyelesaikannya kadang-kadang dianggap terlalu merombak apa yang telah lama diamalkan.Dasar kerajaan yang terlalu berlembut kepada tekanan politik kadang-kadang turut menggagalkan matalamat.

Pemikiran bangsa pasca merdeka. 

Bagi generasi Malaysia pasca merdeka terutama bagi mereka yang buta sejarah mereka mempunyai fikiran yang tidak berlandaskan sejarah.Sepatutnya setiap rakyat peka kepada peristiwa serajarah dan setiap perlakuan rakyat mesti dikawal dan didasari pada sejarahnya.
Sejarah kemerdekaan negara ini perlu diajar dan diberikan penekanan dalam pendidikan semua bangsa sejak zaman kanak-kanaknya supaya kesadaran sejarah boleh membina kesadaran bangsa dan boleh melenturkan kesefahaman bersama.

Sejarah tolak ansur orang Melayu dengan senang hati menerima"kaum pendatang" sebelum hak kerakyatan "Jus Soli" di terima oleh orang Melayu mesti benar-benar difahami dan diberikan rasa syukur dan terima kasihnya kepada penduduk bangsa Melayu.

Hidup dalam rasa perkongsian dengan mengakui fakta sejarah,bertolak ansur disamping menerima hakikat kewujudan diri  masing-masing kaum di bumi ini adalah sebaik-baik jalan untuk mencari penyatuan semua kaum di Malaysia. 

Barisan Nasional yang tidak sebaris.

Sekonyong-konyongnya apabila baru-baru ini Andy Yong Naib Ketua Pemuda Gerakan yang tergamak menyarankan supaya Perkara 153 yang menyentuh hak keistimewaan Orang Melayu supaya diberikan pertimbangan semula menjadi suatu perkara yang boleh menimbulkan kehangatan hubungan kaum.

Datuk Syed Ali Alhabsee,Ketua UMNO Cheras telah menyelar tindakan tersebut.Adalah dirasakan sangat tidak patut isu yang sepatutnya tidak ditimbulkan itu dibawa pula oleh seorang pemimpin tinggi dari sebuah parti komponen BN sendiri!.Ini tidaklah pula barangkali menghairankan kerana sejak akhir-akhir ini banyak isu-isu sensitif antara kaum juga di bawa oleh MCA sendiri selaku anggota utama BN.

Semuanya ini apa lagi kalau ianya tidak menggambarkan bahawa penyatuan kaum di Malaysia sedang berada di penghujung jalan yang menuju ke jalan mati!.

Membangkitkan Perkara 153 adalah membangkitkan rasa tak puas hati kaum lain kepada hak bangsa Melayu yang sepatutnya hal itu diterima tanpa soal.Benar setiap rakyat punya hak bersuara dalam sistem demokrasi yang diamalkan. Tetapi banyak perkara yang telah disepakati sejak sekian lama, janganlah dibangkitkan   berulang kali untuk ditegur dan dilarang berkali-kali pula.Kalau kita semua bangsa memikirkan untuk mencari keamanan dan mengekalkan kerukunan bersama jangan hak-hak utama yang telah disetujui cuba dirungkai untuk diubah dan diganggu gugat.

Orang Melayu akan merasa bahawa mereka dengan beraninya dicabar.Bukan sekali atau dua kali tetapi sudah acapkali.Kaadaan ini semakin menjadi sejak akhir-akhir ini terutama sejak kerajaaan BN gagal menguasai majoriti 2/3 di Parlimen.

Parti-parti komponen BN sebagai peneraju pemerentahan yang menentukan halatuju utama negara perlulah menunjukkan kesepakatan dan kerukunan bersama dalam perjuangan mengukuhkan negara.UMNO sebagai tunjang utama perlu lebih tegas untuk menyatakan pendirian dan berjaya memimpin anggota komponen yang lain untuk menghidup dan merealisasikan matalamat perjuangan UMNO sendiri dalam matalamat penyatuan negara yang lebih bermakna.

Menerima UMNO bererti menerima Melayu.

Perjuangan UMNO untuk membela orang Melayu mestilah dihormati oleh pemimpin-pemimpin parti komponennya yang lain.Sebarang percanggahan dengan hasrat itu akan membawa perpecahan kepada pakatan BN itu sendiri.Kalau demikian apakah sudahnya nanti.

Alasan cetek yang dikemukakann oleh Andy Yong bahawa perlunya hak istimewa orang Melayu dipertimbangkan semula adalah kerana katanya orang Melayu sekarang diandaikan sudah mampu berdikari dan sudah mampu bersaing secara meritokrasi dalam semua bidang dengan kaum-kaum lain di negara ini.Pandangan ini tidak boleh diterima.Dasar merealisasikan penyertaan 30% 0rang Melayu dalam kegiatan ekonomi perniagaan sehingga saat ini masih gagal.Bagaimana boleh diterima Melayu sudah berdikari.

Menuduh  Perkara 153 sebagai suatu ketidakadilan kepada kaum lain adalah keterlaluan.Ini adalah kerana hak istimewa orang Melayu tidak pernah menidakkan hak-hak bangsa lain yang juga mendapat keistimewaan mereka sendiri secara adil dan patut.

Keadilan  akan menjadi benar-benar bermakna sekiranya sesuatu itu diletakkan pada tempatnya yang betul pada masa yang tepat dan untuk orang yang selayaknya.Memperkatakan atau mengungkit sesuatu yang diluar pada landasan sejarah negara akan membawa bencana kepada pemikiran bangsa dan bakal meruntuhkan negara.

Friday, December 2, 2016

KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH : APAKAH SUDAHNYA.


Kelahiran anak luar nikah meningkat dari tahun ke tahun.Terdapat lebih kurang setengah juta anak luar nikah atau anak tak sah raraf yang telah didaftarkan dalam tempoh diantara tahun-tahun 2005-2015.

Perangkaan

Perangkaan ini menunjukkan dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini kelahiran anak tanpa bapa ini telah meningkat dengan kadar yang cepat.Ia menunjukkan satu perangkaan yang membawa bersamanya kebimbangan.Ia menggambarkan betapa sistem kekeluargaan di negara kita telah mulai runtuh dan kalau ianya tidak diambil langkah untuk membendungnya secara mencukupi ia akan menjadi gawat dan memusnahkan sistem agama dan masyarakat di negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan ini.

Di lihat kepada perangkaan yang dinyatakan  di atas bolehlah disimpulkan bahawa hampir 4,445 anak luar nikah telah dilahirkan dalam tempoh tersebut.Adalah dipercayai bahawa angka tersebut masih akan terus tinggi apabila dilihat kepada gaya hidup masyarakat Malaysia kini yang menyaksikan pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa kahwin adalah menjadi cara hidup moden yang semakin dibudayakan.

Bersama-sama dengan kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan terdapat juga anak-anak luar nikah yang tidak berdaftar.Disamping itu terdapat pula ramai anak-anak haram yang digugurkan sebelum dilahirkan.

Dato' Seri Rohani Abdul Karim ,Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat sebagaimana yang dilaporkan oleh Harian Metro menyebut bahawa  dalam tempoh 10 tahun yang sama itu terdapat pula 526 kes pembuangan bayi yang dilaporkan.

Punca Masalah.

Punca terjadinya masalah tersebut adalah pelbagai.Ada pehak yang berpendapat bahawa puncanya bermula dari menular dan membiaknya budaya hedonisma di Malaysia.Pengaruh sesat yang dibawa dari luar mengajar anak-anak Malaysia untuk menjadi maju kata mereka dengan memakai fikiran terbuka.Berfikir secara libral dan memilih kehidupan bebas yang enggan dikongkong oleh norma ugama,adat dan kebiasaan masyarakat.

Pergaulan bebas dianggap sebagai suatu kemodenan.Keterikatan kepada konkongan keluarga mulai dileraikan atas alasan untuk berdikari dan mencari identiti sendiri.Kebebasn individu dan hak-hak demokrasi peribadi diperjuangkan.Wanita melihat aspek emansipasi sebagi ruang untuk mereka mencipta diri dan imej baru.Perempuan mahu disamakan dengan lelaki dalam apa jua kaadaan dan cara.Ini adalah jelmaan pemikiran barat yangt berjaya masuk ke negara kita melalui sistem pendidikan sejak zaman penjajah.

Pengaruh dan perkembangan moden yang menghantarkan pelbagai hiburan yang bukan sahaja melalaikan tetapi telah mengheret anak-anak muda kita kepada kesesatan dari segi cara berfikir dan bertindak.

Sejak beberapa dekad yang lalu pengaruh kuning (yellow culture) yang diimport dari barat adalah terhad melalui bahan-bahan cetak dan filem.Sekarang dalam zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan internet menjadi pintu tanpa daun yang terbuka luas setiap saat untuk menanti di akses dan dilayari.Segala macam mak nenek dapat dilihat tanpa sekatan tanpa batas.Ia gagal ditahan ia gagal dihalang.Sesiapa sahaja yang pandai menggunakan komputer ia akan terdedah kepada bahan-bahan yang merosakkan akal dan fikiran.Di situlah anak-anak muda kita yang tidak kuat pegangan akan terjebak dengan fikiran dan amalan negatif keluar dari norma masyarakatnya.

Ada kalangan masyarakat,terutama pemimpin-pemimpin agama yang memberikan pandangan dan cadangan supaya program hiburan kita dikawal atau ditapis.Garis peraturan yang ketat perlu disediakan supaya pengusha atau pengeluar filem mengeluarkan filem yang bermutu untuk mendidik masyarakat menjadi masyarakat yang berakhlak mulia.Tetapi selalunya dorongan untuk mencari kekayaan dan bukan yang lain daripada itu membuatkan filem-filem buatan dalam dan luar negeri yang ditayangkan padat dengan unsur-unsur bukan saja seks yang menjolok tetapi unsur-unsur keganasan lain yang turun mengajar dan mendidik secara negatif masyarakat kita terutama golongan mudanya.

Lambakan filem-filem percintaan terutama filem-filem Hindu setan
(Hindustan) secara halus telah mengajak penonton-penonton kecil dan penonton muda kita untuk meniru dan mencontohi apa yang ditonton mereka.

Lembaga Penapis Filem perlu bertindak lebih tegas.Sejauh mana ketegasan itu dapat dipertahankan sukar untuk ditentukan.Lagi pula filem yang terdapat dalam pasaran gelap adalah bertimbun-timbun.Anggota dari lembaga penapis mustahil dapat mengawal semuanya.Filem-filem dari media internet lagilah tidak dapat dikawal.Jadi apa sudahnya dengan Lembaga Penapis Filem yang diberikan tanggung jawab menapis.Apa yang hendak ditapis.

Peranan ibu bapa dan keluarga.

Ada pehak yang meletakkan tanggung jawab kepada keluarga untuk menyelesaikan kemelot berkenaan.Memang keluarga adalah asas kehidupan bagi setiap individu.Setiap manusia dilahirkan dari keluarga.Tetapi itulah halnya dengan begitu ramai pula anak-anak yang dikandung dan dilahirkan  secara haram sekarang.
Walau apa pun dalam kaadaan normal memang anak yang dilahirkan secara sah mempunyai ibu dan bapanya.Secara fitrahnya anak yang dilahirkan itu dari sudut Islam dilihat seperti sehelai kain puteh yang suci bersih.Sesungguhnya ibu bapanyalah yang akan menentukan ia menjadi majusi atau nasrani.

Islam meletakkan tanggung jawab menentukan masa depan anak-anak itu kepada ibu bapanya.Islam menekankan tanggung jawab terutama bapa bagi menentukan anak dan isterinya dijaga dan dipelihara supaya terhindar mereka dari bakaran api neraka.

Proses penjagaan dan pendidikan dalam Islam menekankan kepada penggunaan amalan syariat sebagaimana yang ditetapkan Allah dan di bawa Rasulullah.Islam menekankan anak-anak mesti diajar dan disuruh supaya mendirikan solat sejak kecil.Mereka boleh mulai dipukul sekiranya pada umur 9,10 tahun masih enggan bersolat.Bukan sahaja dilatih supaya bersolat tetapi juga dilatih untuk berpuasa sejak kecil.Amalan-amalan kehidupan seperti adab,sopan santun dan tatacara pergaulan ditekankan kepada mengikut dan mematuhi syariat semuanya sebagaimana ajaran yang terdapat dalam Quran dan hadith Rasulullah.

Menjaga kesejahteraan keluarga dan institusinya menjadi sebahagian maqasid syariah yang terangku dalam "hifz an-nasb" (pemeliharaan keturunan).Hal ini digarap dengan sangat jelas oleh Ibn Ashur seorang tokoh maqasid yang terkenal.

Perlunya pendidikan keremajaan.

Masa remaja dalam kehidupan seorang manusia adalah waktu-waktu yang sangat mencabar.Mengisi masa remaja dengan panduan agama adalah sebaik-baik cara membawa manusia ke jalan yang sempurna.Panduan mengawal emosi,jasad dan kemahuan mengikut landasan landasan agama berpaksikan keimanan yang teguh dengan berlandaskan keyakinan setiap perbuatan membawa dosa dan pahala menjadi bekalan setiap manusia dalam membentuk kehidupan.

Prinsip berpegang teguh kepada ugama terutama Islam kepada setiap penganutnya menjadi benteng yang kukuh membawa manusia ke jalan yang diredhai Allah.Mereka yang taatkan Allah dan taatkan Rasulnya akan menjadi manusia yang selamat di dunia dan selamat di akhirat.Tanpa ketaatan kepada Allah manusia tidak akan taat kepada semua peraturan yang dicipta manusia untuk boleh membawa mereka kepada kebaikan.

Adalah meninggalkan tanda tanya , bagaimana sistem pendidikan kita gagal membina semua rakyatnya untuk menghindari perbuatan maksiat dan mungkar.Pelajaran pengetahuan Ugama Islam telah pun diajar kepada pelajar-pelajar kita sejak sekolah rendah.Tetapi bagaimana pendidikan itu gagal membentuk sahsiah pelajar kita.Nampaknya yang berjaya disampaikan adalah ilmu tetapi akhlak yang baik tidak terbentuk dengan ilmu itu.Sesuatu yang lebih dari setakat menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata perlu dilakukan.Praktik ilmu adalah sesuatu yang perlu dililhat terlaksana serentak dan bersama-sama.

Peranan pihak bertanggung jawab.

Kementerian Pembangunan Wanita , keluarga dan Masyarakat perlu mengadakan lebih banyak inisiatif mendidik terutama golongan remaja membina sahsiah diri melalui pendekatan ilmu,iman dan amal.Skuad-skuad pengawal sahsiah perlu dibentuk dan bekerja bersama dengan badan-badan ugama disemua peringkat persekutuan dan negeri dalam  menangani gejala sosial muda mudi kita.

Pandangan umum hendaklah disepakati bahawa pergaulan bebas adalah punca segala maksiat yang terjadi sekarang.Pergaulan bebas harus ditegah dan dilarang.Pandangan jijik kepada pergaulan bebas hendaklah menjadi norma masyarakat kita.

Masyarakat perlu mendidik diri masing-masing untuk berakhlak baik. Setiap anggotanya perlu bertanggong jawab untuk berpekerti mulia sejajar dengan kesopanan dan kesusilaan yang terdapat dalam Rukun Negara juga.

Pengaruh syaitan memusnahkan.

Para remaja perlu perlu menghargai dan menjaga kehormatan mereka dengan menyayangi diri serta menghargai "izzah" mereka.Tanpa itu semua para remaja akan menjerumuskan diri ke lembah kehancuran dan kehinaan.

Hanya iman yang teguh akan mengelakkan manusia dari diperdayakan syaitan.Syaitan akan sentiasa memperdayakan manusia dengan menggambarkan keburukan sebagai kebaikan dan menarik manusia untuk melakukan maksiat kerana maksiat itu dilihat sedap dan menyeronokkan.Hanya keimanan dan ketakwaan,serta keyakinan kepada Allah sahaja akan menyelamatkan insan dari didampingi dan ditunggangi syaitan.