TAHUN-TAHUN 2014-2015 adalah tempoh singkat yang sarat dengan cabaran bagi sebuah negara bangsa bernama Malaysia.Bermula dengan kehilangan Penerbangan Malaysia MH 370 pada 3 Mac 2014 yang telah mengorbankan lebih dari 200 penumpang dan kakitangannya dikuti pula dengan kejadian pesawat Penerbangan Malaysia MH 17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di bumi bergolak Ukraine dengan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan seluruh anak kapalnya .Ianya diikuti pula dengan terhempasnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia di perairan Indonesia yang juga mengorbankan semua penumpangnya.Kemalangan serupa ini tidak pernah terjadi di mana-mana negara lain dalam dunia untuk diambil sebagai perbandingan.
2.Secara tiba-tiba pula dalam bulan Ogos 2015 bumi Kundasang dan Gunung Kinabalu bergegar dan bergoyang.Ia juga mengorbankan sebilangan pendaki meskipun bilangannya tidaklah begitu ramai.Lebih awal dari peristiwa tersebut juga di bumi Sabah terjadinya serangan bersenjata di Pantai Timurnya.Ia berlarutan berbulan-bulan yang juga turut mengorbankan pasukan keselamatan kita juga pasukan penyerang dari Selatan Filipina.Lebih awal dari itu pula Malaysia juga di uji dengan tempias Tsunami dalam bulan Disember 2004 apabila mereka yang berada di hadapan Selat Melaka menerima pukulan Tsunami.Dalam kita bersyukur dengan lembutnya Tsunami membadai pantai kita namun kita cukup mengetahui bahawa kesan Tsunami seperti yang terjadi di Aceh adalah sangat dahsyat.Ia membunuh ratusan ribu manusia dan memusnahkan harta benda bernilai beratus juta dollar.Apakah tidak terfikir bahawa pukulan Tsunami di Aceh atau goncangan bumi yang begitu dasyat memukul Indonesia akan juga datang ke negara kita.Jarak kita dengan Indonesia adalah sangat dekat dari segi geografisnya.Negara Kita tertegak di atas lantai bumi yang sama dengan Kepulauan Indonesia walaupun nampaknya kita terpisah oleh lautan yang luas.
3. Semua yang terjadi adalah mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Maha Berkuasa.Tetapi perlu diingat juga bahawa setiap musibah yang diberikan Allah kepada manusia adalah supaya manusia yang menerimanya serta melakukan muhasabah dan perhitungan diri supaya kita kembali ingat dan menyerah diri kepada Allah yang berkuasa ke atas sesuatu dulu,kini dan selama-lamanya.Yang terpenting dari segala-galanya bila kita ditimpa musibah kita perlu segera bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah.
4.Amaran dan peringatan dari Allah kepada Malaysia tidak hanya di situ.Kedatangan banjir besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia pada akhir tahun 2015 tentunya membawa sesuatu untuk aqal yang berfikir dan hati nurani yang merasa.Nasib baik juga air bah besar itu tidak sampai menenggelamkan seluruh negeri Kelantan atau Malaysia seperti mana yang terjadi kepada kaum Nabi Nuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam Kitab Suci Al Quran.Apakah Allah tidak mampu untuk melakukan semua itu.Bagi Allah seperti yang diakui sendiri olehNya adalah perkara mudah dengan Kun FayakunNya(Bila kata jadi jadilah).
5.Musibah Malaysia datang bertimpa-timpa pula dengan krisis politik,ekonomi dan sosial.Indeks jenayah di Malaysia sentiasa meningkat.Kejadian mencuri,merompak dan menyamun hampir terjadi setiap jam sedar atau tidak sedar,ditangkap atau dibebaskan.Mahkamah sentiasa sibuk dengan kes pembicaraan,kes-kes tertunggak bertimbun-timbun dan lambat untuk diselesaikan.Undang-undang yang ada sentiasa tidak lengkap dan perlu sentiasa diperbaiki untuk berdepan dengan kesalahan-kesalahan baru yang belum pernah berlaku sebelumnya.Polis,wakil rakyat,pemimpin-pemimpin masyarakat,pemilik-pemilik harta dan orang ramai menjadi begitu takut,tertekan dan sibuk dengan krisis jenayah yang terjadi di depan mata disekeliling pinggang setiap masa.
6. Dari George Town,Pulau Pinang; Yap Soo Huey Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wanita Pulau Pinang (PWDC) melaporkan dalam tempoh 2000-2013 terdapat sebanyak 42,449 kes keganasan rumahtangga,31,685 kes rogol dan 24,939 kes cabul di Malaysia.Adalah dikatakan bahawa setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita menjadi mangsa rogol di Malaysia.BERNAMA dalam laporannya menyebutkan bahawa kebanyakan mangsa rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun .Pada tahun 2013 sahaja remaja bawah umur yang terlibat adalah sejumlah 2,111 kes.Soo Huey berkata,menurut Kementerian Dalam Negeri ,sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005-2014 dengan jumlah 4,514 kes(16%) dihadapkann ke mahkamah dan daripadanya 765 kes (2.7%) dibuktikan bersalah.
7. Banyak lagi kes-kes jenayah lain yang patut disebut untuk membuktikan bahawa Malaysia berada dalam kegawatan sosial yang sangat perlu segera dibendung oleh segala kuasa dan kemampuan yang ada.kalau tidak Malaysia akan ditimpa oleh pelbagai musibah lain yang lebih parah di masa depan.
8.Percaturan baru dalam menyusun ekonomi dunia menunjukkan negara-negara besar melaksanakan manipulasi dan eksploitasi dalam menentukan hala tuju dengan mencari pendekatan dan helah untuk menguasai ekonomi dunia.Amerika sebagai sebuah kuasa besar dan China yang menyainginya bersaing di pentas dunia untuk merebut kekayaan .Masing-masing berhempas pulas bergelut dan bersaing untuk mendapat tempat menguasai ekonomi dunia.Persaingan negara-negara besar ini memberi impak kepada negara-negara kecil yang lain.Mereka samada mendapat manafaat atau semata-mata menjadi alat dan dipergunakan oleh kuasa besar untuk memenuhi cita-cita besar mereka.Malaysia tidak terkecuali dari terpaksa berdepan dengan cabaran itu.TPPA adalah satu dari model perancangan Amerika melaksanakan tujuan tersebut.
9. Dalam sejarahnya, Malaysia didatangi oleh beberapa musibah politik dan pentadbiran negaranya .Krisis politik bukan perkara baru di negara kita.Dalam masa pentadbiran ra YTM Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia ianya digugat oleh perbalahan kaum sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.Pemerentahan MAGERAN (Majlis gerakan Negara) telah diwujudkan untuk memulihkan semula kaadaan negara yang dilanda krisis perbalahan kaum.Taragedi ini menjadi pemangkin kepada merosotnya keyakinan rakyat kepada kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang kemudian membawa kepada pengunduran beliau dari tampuk pemerentahan negara.
10. Dalam masa pentadbiran Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri juga ianya tidak terlepas dari berdepan dengan krisis yang besar.Keputusan yang diambil oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Dr Mahathir yang sedang memegang jawatan Perdana Menteri adalah sesuatu yang di luar dugaan kebanyakan orang UMNO pada masa itu.Keputusan untuk bertanding mencabar kedudukan Perdana Menteri adalah suatu keputusan yang sangat berani dibuat oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah.Itu telah menjadi sejarah.Sejarah juga telah mencatatkan bahawa Dr Mahathir hanya menang tipis dalam pertandingan yang sengit itu.Ini membawa kepada UMNO berpecah dua selepas itu apabila Tengku Razaleigh kemudian menubuhkan Parti Semangat 46.Pengaruh Tengku Razaleigh bukan sedikit membawa kecelaruan kepada pentadbiran Dr Mahathir apabila Parti Semangat 46 turut bertanding dalam pilihanraya 1991 yang berjaya meletakkan Parti PAS memerentah Kelantan dan dapat mengekalkan kekuasaannya sehingga ke saat ini di negeri tersebut.Untuk itu PAS wajar berterima kasih dan perlu mengenang budi dan atas jasa atas bantuan anak raja itu.
11. Sewaktu pentadbiran Tun Razak,Tun Hussin Onn dan Tun Abdullah Badawi tidak terdapat krisis yang dapat menggugat kestabilan negara.Zaman mereka agak stabil.Krisis politik tidak begitu ketara yang boleh menggugat kedudukan masing-masing sebagai Perdana Menteri.
12. Zaman pentadbiran Dato Seri Najib Tun Razak menjadi lebih istimewa.Suasana politik Malaysia telah berubah.Bukan setakat suasana politiknya di landa tsunami tetapi juga aspek-aspek hidup rakyat yang lain turut terkesan dengan perubahan-perubahan di luar jangkaan.Malaysia mulai mengalami naik turun harga komoditi ekspot utama negara dengan kejatuhan harga getah,kelapa sawit dan diikuti oleh kejatuhan harga petrolium.Pada masa yang sama Malaysia juga menghadapi kejatuhan nilai matawang dibandingkan dengan mata wang Amerika.Pendapatan negara merosot berpuluh billion ringgit sehingga bajet tahunan negara terpaksa mengalami perubahan drastik di mana peruntukan untuk kementerian dan jabatan terpaksa dikurangkan.
13.Pelaksanaan dasar baru cukai GST bagi menggantikan SST yang telah lama berkuatkuasa memberikan kejutan besar kepada rakyat terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah.Ini berpunca dari kenaikan harga barang-barang keperluan di pasaran tempatan yang melompat naik serentak dengan pelaksanaan GST itu.Rakyat menjadi gelisah dan kemarahan rakyat kepada kerajaan terus meningkat apabila langkah-langkah kawalan harga barang tidak berjaya dibendung oleh pasukan pemerentah.Parti-parti politik pembangkang pula segera memanaskan isu dengan menangguk di air keruh;memainkan isu yang wujud untuk mendapatkan sokongan pengundi.Para penyokong kerajaan sendiri menjadi keliru bila berdepan sesama mereka untuk menjawab mengapa sesuatu yang tidak patut berlaku sekarang telah berlaku.Kenaikan tambang kenderaan awam,kenaikan tol,menghentikan subsidi letrik misalnya telah menimbulkan kegelisahan rakyat dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri samada diperingkat bahagian atau cawangan.Kelantangan cakap dan bualan menyokong kerajaan mulai menjadi kendur sewaktu mereka bersembang di kedai-kedai kopi.
14. Dalam situasi yang gawat panas itu sedikit sahaja minyak dicurahkan,maka apinya akan marak menyala.Itulah yang terjadi apabila timbulnya pula isu lebih hangat iaitu 1MDB dan kes kemasukan dana luar RM 2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.Pembangkang menggunakan media sosial sebanyak mungkin untuk menimbulkan kegelisahan sosial disamping meningkatkan tekanan kepada kerajaan UMNO khususnya Perdana Menteri.Pehak pembangkang dengan lantang mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.Suara demikian juga datangnya dari kalngan orang-orang UMNO sendiri yang keciwa dengan apa yang berlaku.
15. YAB Dato Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menghadapi tekanan yang lebih berat apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menarik diri dari terus menyokong pentadbirannya.Serangan Dr Mahathir secara terbuka dan mendada terhadap DS Najib menjadikan populariti DS Najib semakin tergugat.Lebih dari itu ,DS Najib bukan sahaja mendapat tekanan dari dalam negara malah juga menerima tekanan dari luar apabila misalnya akhbar The Wall Straits Journal juga menggasaknya dengan isu 1MDB.
16. Senario politik Malaysia di dalam dan di antara parti-parti komponennya juga kelihatan sedikit gawat.MCA mengalami pergolakan yang agak berlarutan dengan melalui beberapa presidennya dari Dr Ling Liong Sik,Ong Tee Kiat dan Chua Sooi Lek.Kaadaan dalam MCA menjadi tenang dan reda apabila Liow Tiong Lai memegang jawatan Presiden.Beberapa pos Menteri mulai diberikan kepada wakil-wakil rakyat MCA yang dulunya ditolak semasa MCA dipimpin oleh Chua Sooi Lek.
17. MIC juga tidak berada dalam kaadaan stabil selepas Samy Vellu yang berkuasa selama 31 tahun melepaskan jawatan Presiden untuk diganti oleh G.Palanivel.Sikap Palanivel yang enggan berkompromi dengan rakan-rakan lain dalam kepimpinan MIC menimbulkan perpecahan dalam kalangan orang-orang India di Malaysia.Adalah diharapkan kedatangan Dato' S.Subramiam sebagai Presiden baru akan membawa dimensi dengan visi baru yang akan memperkukuhkan MIC dan memperolehi semula sokongan dari masyarakat India untuk MIC dan memperkuatkan semula pakatan dalam BN sendiri.
18. Kehilangan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA membayangkan kehilangan sokongan kaum berkenaan pula kepada Barisan Nasional itu sendiri.Dalam pilihanraya 2013 yang lalu ramai pengundi Cina telah beralih angin dengan memberikan sokongan kepada DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat bersama PAS dan PKR.Banyak calon-calon MCA menerima kekalahan walau pun bertanding di kawasan majoriti penduduk Cina.Masyarakat Cina Malaysia tidak lagi gemarkan MCA yang dikatakan menjadi pak turut kepada Barisan Nasional yang dikuasai UMNO sehingga kiepentingan kaum Cina tidak sepenuhnya di bela oleh MCA.
19.Semua perkembangan tersebut memberikan impak yang besar dalam perhitungan seorang Perdana Menteri untuk menyusun strategi politik baru bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut ke arah mempastikan kelangsungan kuasa dan ketahanan negara.Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perdana Menteri mesti memikirkan langkah dan pendekatan yang paling selamat dan sesuai dengan membaca persekitaran negara untuk menyelamatkan kuasa dan negara.Dato' Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional berkali-kali memberi amaran dan peringatan supaya samada MCA dan MIC segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing supaya jangan berlarutan sehingga menimbulkan perpecahan yang lebih parah.Masing-masing nampaknya telah melakukan penambahbaikan apabila pucuk pimpinan MCA dan MIC bertukar tangan.
20. Rombakan terakhir Kabinet yang dibuat oleh Dato' Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri dengan menyingkirkan TS Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri bersekali dengan Dato' Shafie Afdal selaku Anggota Majlis Tertinggi UMNO memberikan keributan baru dan cukup menghangatkan suasana politik dalaman UMNO .Penentangan terbuka dari kedua-dua Menteri yang dipecat ini mendapat simpati dari kalangan penyokong UMNO diperingkat akar umbi.Maka dikatakan wujud semula kem-kem dalam UMNO di mana mulai timbul golongan yang menyokong TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal yang disokong kuat pula oleh Mantan Perdana menteri Tun Dr Mahathir dan beberapa pemimpin veteran UMNO yang turut mengikut di belakang.Kumpulan UMNO yang sedia ada pula kuat bertahan dan berkubu di pimpin oleh Perdana Menteri dengan sokongan kuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik iaitu DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mempertahankan presiden yang sedang berkuasa.
21. Di satu sudut yang lain PAS sendiri menghadapi koflik dalaman mereka sendiri.Selepas kegagalan golongan professional bertapak dalam kepimpinan PAS pusat selepas Muktamar PAS April lepas di Selangor,perpecahan mulai wujud apabila Mat Sabu menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN).Semenjak itu PAS telah berpecah dua.Semuanya ini membawa kepada kelemahan PAS dan menimbulkan kebimbangan besar tentang masa depan PAS lebih-lebih lagi selepas PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat yang dulunya bersatu bersama DAP dan PKR di bawah payung yang sama.Nasib yang diterima oleh PAS akibat kenaikan golongan ulamak menguasai pucuk pimpinan tertingginya memberikan natijah yang tidak diduga samasekali.Krisis ini mempengaruhi kepimpinan PAS sekarang untuk mencari pendekatan dan memikirkan perhitungan baru bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh masing-masing dalam arus politik penuh cabaran masakini.
22.Dengan dilatari oleh senario politik yang gawat seperti inilah maka Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 mengambil tempatnya dari 8-12 Disember yang baru berakhir.PAU 2015 banyak merombak tradisi dengan meninggalkan amalan kebiasaannya.Timbalan Presidennya tidak lagi diberikan tugas untuk meresmikan persidangan sayap-sayap parti sebaliknya ketua-ketua sayap masing-masing meresmikan persidangan mereka.Ucapan penggulungan PAU juga tidak lagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden untuk turut berucap sebagaimana biasa.
23. Dalam ucapan penggulungan PAU yang disempurnakan oleh Perdana Menteri sendiri beliau dengan tegas menyebut untuk "berjiwa besar" dengan menghulurkan tangan perdamaian kepada TS Muhyiddin Yassin dan rakan-rakannya yang lain yang bersamanya menentang Perdana Menteri.Reaksi diperingkat akar umbi masih belum dapat diukur sepenuhnya walaupun rata-rata perwakilan dalam dewan mendesak supaya pendekatan perdamaian segera diambil oleh pihak-pihak yang bertelagah.Semangat perwakilan dalam dewan PAU mungkin berbeza dengan semangat penyokong UMNO diperingkat akar umbi yang tidak mendengar dan merasai suasana dewan PAU berkenaan.
24. Dalam kancah politik yang tidak menentu dan penuh teka teki itu jugalah rasanya yang telah mempengaruhi Dato' Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO juga Pengerusi Barisan Nasional menghulurkan tangan untuk bersilaturrahim dengan PAS di bawah pimpinan Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Huluran tangan ini begitu menarik untuk dianalisis memandangkan sejak berpuluh tahun lalu PAS telah diistiharkanUMNO sebagai musuh ketat mereka.Dikalangan penyokong UMNO yang fanatik, PAS dikatakan lebih bahaya dari ancaman kominis.Begitulah bencinya UMNO kepada PAS.Tetapi mengapa sekarang tangan sedia dihulurkan.Tentunya seperti kata orang tua-tua kita "kalau tiada apa-apa manakan tempua bersarang rendah".Ada juga perumpamaan yang menyebut tindakan itu kerana "ada udang disebalik batu."Sejauh mana ini boleh dipakai terpulang kepada kaadaan dan bergantung pula kepada siapa yang berfikir dan membincangkan perkara berkenaan.
25. Apa pun hujjah,alasan atau sebab tangan silaturrahim itu dihulurkan biarlah ia dibuat kerana Allah.Ia dilakukan dengan penuh kesedaran untuk melaksanakan perintah Allah.Jadikan tangan yang dihulur ini dengan niat melakukan ibadah kerana Allah dan Nabi kita menegaskan bahawa orang Islam dengan orang Islam yang lain adalah bersaudara.Sekiranya kedua mereka berselisih maka hendaklah mereka kembali kepada Quran dan hadis untuk penyelesaiannya.Itulah tindakan orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.Kalau tangan yang di hulurkan itu dikuti oleh hati yang tulus ikhlas kerana melaksanakan perintah Allah dan Rasulnya,maka rasanya tangan itu mesti disambut dengan hasrat yang sama.
26. Kalau tangan yang dihulurkan itu dilakukan kerana terpaksa,merupakan helah untuk mengekalkan kuasa satu pehak dengan mempergunakan kelemahan pehak yang satu lagi; ia akan diadili sebagai langkah dan perlakuan yang jijik dan licik .Ia tentunya menjadi satu perkara malang untuk masa depan Melayu,Islam dan Malaysia.Kalau ini berlaku sejarah mengulangi dirinya semula (History repeat itself) dan impaknya sangat buruk untuk masa depan Malaysia.
27. Marilah kita sama-sama berdoa semoga jalan perdamaian yang dirintis di dalam rumah UMNO dan hasrat untuk menyatukan Melayu dan Islam melalui pakatan dengan PAS akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.Kita sangat berharap keputusan ini bukan suatu permainan politik semata-mata tetapi dari kesedaran jasad dan ruh dari ilham suci dan kudus yang di cetuskan dari Allah untuk seorang yang bergelar Perdana Menteri.Kalau demikian beliau berpegang dan bergantung maka sesungguhnya kerana Allah dan RasulNya,marilah kita bersama bermunajat kepada Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang untuk pada akhirnya menyatukan hati-hati penyokong UMNO dan PAS dalam satu wadah perjuangan menegakkan syariat Allah bagi kelansungan Melayu dan Islam di negara Malaysia yang tercinta ini.
28. Umat Islam dituntut supaya sentiasa merujuk kepada Quran dan Sunnah dalam saegala urusan hidup di dunia dan di akhirat.Dengan segala musibah yang melanda negara, maka Kita perlu meneliti kepada beberapa firman Allah untuk mengajak kita kepada muhasabah diri.Kalau tidak demikian maka kita akan menanggung kesengsaran yang lebih lagi pada masa akan datang lantaran kemurkaan Allah kerana keengganan kita untuk tunduk taat kepadaNya.
29. Allah berfirman mafhumnya" Bukankah telah datang kepada mereka berita-berita orang yang terdahulu daripada mereka(iaitu) kaum Nabi Nuh,dan 'Ad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan,serta negeri-negeri yang telah dibinasakan (semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata,(lalu mereka mendustakannya,serta Tuhan pun membinasakan mereka) Allah tidak sekali-kali meniniayai mereka ,tetapi merekalah yang meniniayai diri mereka sendiri."
(Al- Quran; Al-Taubah :70)
30. Allah juga berfirman mafhumnya " Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun,sekali atau dua kali,kemudian mereka tidak juga mahu bertaubat,dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf).
(Al-Quran: Al-Taubah : 126)
31. Semoga seluruh umat Islam di Malaysia diberikan segala kemudahan, dirahmati dan dilindungi Allah jua.
Tuesday, December 15, 2015
Sunday, November 29, 2015
KEUTUHAN ISLAM : SYARAT PENYATUAN MELAYU
KEUTUHAN ISLAM : SYARAT PENYATUAN MELAYU
Orang Melayu telah lama diasuh dan dididik oleh Islam.Islam telah sampai
di Alam Melayu dan mula bertapak disatu perkampongan yang disebut dalam laporan
China sebagai Ta-shih.Perkampongan ini terletak di utara Pulau Sumatera .Ianya
dikatakan wujud sekitar abad pertama Hijrah atau abad ke tujuh Masehi.Laporan
China menyebut bahawa bahawa Ta-Shih telah pun mengadakan perhubungan dengan
negeri China dalam tahun 650 masehi.
2. Kebangkitan dan kegemilangan kerajaan Samudera-Pasai di masa
pemerentah-pemerentah dari keturunan Sultan Malik-Al-Saleh dan anakandanya
malik-Al-Zahir dari tahun-tahun 1261-1428 menyubur dan menyebarkan pengaruh
Islam ke seluruh Nusantara (Alam Melayu).
3. Samudera -Pasai pada masa itu merupakan pusat dakwah dan pendidikan
Islam yang terutama di Kepulauan Melayu.Dari Sumatera -Pasai islam telah
berkembang ke kawasan-kawasan lain termasuk Kedah,Pattani,Jawa,Sulawesi dan
Melaka.
4. Adalah dibahaskan siapakah Raja Melaka yang pertama memeluk Islam
ialah samada Megat Iskandar Syah (Sultan Megat)(1414-1424) iaitu pemerentah
kedua neehgeri Melaka atau Parameswara iaitu pemerentah Melaka yang
pertama.Dari naskhah-naskah tua Melayu dikatakan Parameswara yang mula-mula
memeluk Islam.Beliau memeluk Islam berikutan dari perkahwinannya dengan puteri
Pasai dalam tahun 1406 iaitu lapan tahun sebelum baginda mangkat 1414.
5.Apabila Raja telah memeluk Islam ianya telah diikuti oleh
pembesar-pembesar dan rakyat seluruhnya.Hal ini kemudian merebak ke negeri-negeri
lain di Tanah Melayu yang berada dibawah kekuasaan Melaka..
6.Sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu telah wujud kerajaan-kerajaan
yang menurut cara dan model India.Hubungan perdagangan antara India dan
Kepulauan Melayu sejak abad pertama masehi dikatakan telah menyebabkan
pedagang-pedagang India selain dari berdagang mereka telah mengembangkan ugama
dan budaya mereka ke Alam melayu.Tersebarlah Ugama Hindu di Alam Melayu
bersama-sama dengan perkembangan kerajaan dan kemakmuran perdagangannya.
7. Zaman pengaruh kebudayaan Hindu India di Alam Melayu ini dikenali
sebagai zaman Indianisasi (Indianisation).Zaman ini kemudian bertukar kepada
pengaruh Islam sekitar abad ke 12 apabila pengaruh tersebut menular masuk ke
kepulauan Melayu yang juga melalui perdagangan dari pedagang-pedagang Islam
yang bermula dari Yaman di selatan Semenanjung Tanah Arab.
8. Dari Zaman Melaka kurun ke 15 hingga zaman penjajahan British yang
bermula dalam kurun ke 19,Tanah Melayu telah mengalami beberapa peristiwa
penjajahan barat dalam skala yang kecil.Penjajajan Portugis dari 1511-1641 dan
penjajahan Belanda dari 1641-1824.Masing-masing penjajah ini telah membawa
Keristian ke Melaka.Walaupun penyibarannya tidak meluas tetapi gangguan kepada
keutuhan Islam telah pun bermula.Gereja-gereja telah didirikan oleh penjajah
ini di Melaka sebagai simbol kegiatan Keristian telah berlaku.Kedatangan St
Francis Xavier ke Melaka adalah dalam tujuan yang sama.Kematian Xavier di bumi
Melaka juga menunjukkan bahawa aktivitinya begitu lama dan serasi di negeri
itu.
9. Kedua-dua penjajah ini telah dikatakan membawa ubur dan dendam Perang
Salib di mana semangat untuk menghancurkan penganut Islam telah mulai membara
berikut dari kekalahan barat kepada kuasa Islam di tangan Sultan Sallehuddin Al
Ayubbi.
10. Zaman penjajahan Barat dalam kurun ke 19 dalam skala yang
besar,terancang dan sistematik telah mengubah lanskap
politik,sosial,ugama,ekonomi dan budaya masyarakat Tanah melayu secara
keseluruhannya.Paradigma orang Melayu Islam telah bertukar warna hasil proses
pembaratan yang dilaksanakan British dengan tersusun dan teratur.Model
Pemerentahan British dari India telah di bawa ke Tanah Melayu dan dilaksanakan
dengan jayanya di bumi ini.Corak pemerentahan British dan dasar pendidikan yang
diperkenalkan mereka telah berjaya membaratkan masyarakat Melayu Islam di Tanah
Melayu.Nilai-nilai Islam yang telah bertapak digoyang dan digoncang dengan pola
kehidupan dan pemikiran barat yang berciri kebendaan.Mereka memisahkan ugama
dengan politik dan pemerentahan sehingga kuasa ugama menjadi sangat terhad
dalam menguasai kehidupan seharian manusia.Demikianlah orang Melayu Islam di
Tanah Melayu mulai mengkagumi nilai hidup barat dan sedikit demi sedikit
menolak nilai Islam yang nampaknya belum begitu kukuh dan menyeluruh mengisai
minda dan fikiran orang Melayu pada waktu sebelum penjajahan itu sendiri pun.
11. Kemasukan kaum China dan India ke Tanah Melayu untuk memenuhi
keperluan buruh oleh pengusha Biritish telah menimbulkan satu fenomena baru di
bumi ini.Pelaksanaan Dasar Divide and Rule (Pecah dan Perintah ) oleh British
di Tanah Melayu mencetuskan isu perkauman di Tanah Melayu yang ianya terus
berlanjutan sehingga ke hari ini.Inilah hadiah penjajahan British yang paling
mahal dalam sejarah Malaysia untuk Tanah Melayu dan khususnya orang
Melayu.Masalah perkauman menjadi elemen yang sangat menggugat keharmonian dan
kehidupan seluruh rakyat negara ini.Kesan perpecahan yang berlaku sejak zaman
penjajahan British dan ditinggalkan untuk Tanah Melayu merdeka gagal ditangani
hingga saat ini.Sememangnya itu juga rancangan penjajah untuk sebuah negara
yang diberikan kemerdekaan dengan jari yang lurus tetapi kelingkingnya berkait.
11.Sejak sekian lama Islam bertapak di Tanah Melayu dan setelah melalui
berbagai fasa dalam sejarahnya,Islam kelihatannya belum begitu utuh dipegang
dan dipeluk oleh orang Melayu.Pengaruh Hindu yang bertapak beratus-ratus tahun
di Kepulauan Melayu nampaknya masih dominan dan dapat hidup mencelah dalam
sisi-sisi tersembunyi kehidupan orang Melayu di negara ini.Amalan khurafat yang
berpunca dari pengaruh Hindu masih menjadi budaya orang Melayu dalam
setengah-setengah kaadaan disesetengah tempat.
12. Jadi sangat ketara dan wajar disebut bahawa sekian lama Islam berada
di bumi kita ini tetapi ia masih belum bertapak kukuh dalam hati sanubari
orang-orang Melayu.Memang orang Melayu keseluruhannya menganut Ugama Islam
tetapi pegangan mereka kepada Islam tidak mendalam dan gagal mendasar ke hati
nurani mereka.Kekacauan minda hasil kocakan dan pujukan budaya barat menjadikan
orang Melayu Islam kalah dengan kebendaan kerana Islam mengajar tentang dosa
dan pahala.Tetapi itu semua tidak boleh dipegang dan tidak boleh secara
sepontan dibuktikan secara saintifik.
13. Benar Islam mengajar umatnya untuk bersatu teguh dan jangan berpecah
belah.Islam mengajar supaya umatnya dengan kuat berpegang pada tali Allah dan
jangan berpecah belah.Ini ditegaskan oleh Allah dalam kitab Suci Al Quran.Ini
syariat yang mesti dipatuhi tanpa soal.Tetapi mengapa orang Melayu berpecah dan
tidak bersatu.Mengapa mereka tidak mempercayai sesama Melayu Islam,Mengapa
mereka berkawan dengan orang bukan Melayu dan bukan Islam dalam usaha untuk
membangun dan membina negera dengan menolak dan membuang mereka dari bangsa dan
agama yang sama.
14.Banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain yang boleh dikemukankan untuk
menunjukkan bahawa orang Melayu yang beragama Islam di Tanah Melayu dan di
Malaysia ini tidak bersatu di bawah panji-panji Islam.Ini adalah gambaran
kekeliruan umat yang sangat ketara di Malaysia sekarang ini.
15. Ada pehak orang Melayu yang berpendapat bahawa aliran pemilkiran
mereka adalah lebih relevan dibandingkan dengan pihak yang satu lagi.Inilah
satu perkara yang meemahkan perpaduan Melayu kerana perbezaan cara dan pendekatan
berfikir.Umat Islam telah lama berpecah kerana perbezaan Mahzab.Pertelingakan
kumpulan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah bukan perkara baru dan masih
berleluasa sehingga sekarang yang membadai dan membawa kejatuhan negara-negara
Asia barat apabila datangnya campurtangan asing yang penuh berkepentingan.
16.Kerana hal yang demikian di negara kita ini wujudlah pelbagai
kumpulan manusia Melayu Islam yang berpayung di bawah beberapa pertubuhan
politik.Ada orang Melayu bernaung di bawah payung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu),ada sebahagian lain di bawah PAS (Parti Islam Se Tanah
Melayu).Kemudian dalam kurun ke 21 ini wujudlah pula PKR (Parti Keadilan
Rakyat) dan yang terakhir timbul PAN (Parti Amanah Negara).Kurun ke 21 masih
panjang dan saya percaya selagi elemen Islam tidak dapat menguasai hati nurani
Melayu sekuat dan seutuhnya maka sampai bila-bila bangsa Melayu akan
berpecah.Kerana Islam gagal menyatukan mereka.
Politik walau sekuat mana pun tanpa Islam yang mendasari pegangan orang
Melayu akan tetap gagal untuk menyatu dan menyelamatkan orang Melayu.Orang
Melayu hanya boleh bersatu sekiranya semua orang Melayu menghayati Islam yang
sebenar-benarnya dan seutuh-utuhnya.
17.Pertelingkahan Melayu Islam di Malaysia berpunca kerana semuanya
tidak mengamalkan syariat Islam yang serupa dan satu.Satu pehak menganggap
Islam mereka lebih tepat dan lebih betul dibandingkan dengan pehak yang satu
lagi.Dari kaadaan ini timbul kaadaan yang lebih ekstrim apabila pihak yang
merasa ia betul dan benar mengkafirkan pehak yang satu lagi itu,Ini menimbulkan
jurang dan pemisahan dalam komunikasi dan membawa dendam serta perpecahan
18. Dalam masyarakat majemuk di Malaysia perpecahan orang Melayu Islam
memberi implikasi politik dan sosial yang lebih jauh.Ini adalah kerana proses
tawar menawar dalam mendapat kuasa,pengaruh dan peluang bergantung kepada
kekuatan dan keutuhan serta perpaduan satu-satu kaum yang menjadi penduduk
negara ini.
19.Kalau Islam tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya oleh orang-orang
Melayu sehingga hati dan jiwa mereka tidak menjadi satu,kuat,utuh dan jelekit
maka jangan diharap penyatuan Melayu akan menjadi kenyataan.Selagi orang Melayu
tidak berpegang teguh kepada agama dan syariat yang satu yang mengajar mereka
untuk bersatu maka tunggulah satu hari orang Melayu akan kehilangan tanahnya
yang bernama Melayu itu.
Monday, November 16, 2015
MENCARI KEBERKATAN DARI LIMPAH KURNIAAN ALLAH
"Dan janganlah kamu berharap-harap (ingin mendapat) akan (limpah kurnia) yang telah Allah berikan kepada sebahagian daripada kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda,ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).(kerana telah tetap) orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan,dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan,(maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaanNya.Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
(Surah : An-Nisa' :32.)
1.Segala-galanya adalah milik Allah.Sesuatu yang nampak dipandang atau tersembunyi di mana-mana tempat atau ruang hanya Allah jua yang maha mengetahui dan menguasainya.Maha suci Allah dari segala sifat yang lemah dan kurang.Sesungguhnya Allah penguasa langit dan bumi segala isi terkandung diantara kedua-duanya semua milik Allah jua.Maha kaya,Maha Perkasa dan Maha berkuasa Allah menguasai dan mentadbirnya.Tidak ada sebarang kesususahan bagiNya menyusun dan mengatur alam semesta ciptaanNya.Di dalam kekuasaanNya terletak segala ketentuan alam dan penghuninya.
2.Demi sesungguhnya harta kekayaan,ilmu pengetahuan ,pangkat ,kekuasaan,darjat dan segala kemuliaan serta kebesaran adalah tertentu milik dan kepunyaan Allah.Selain dari Allah semuanya adalah ciptaanNya,bersifat sementara dan mempunyai kelemahan selama-lamanya.Hanya Allah jua yang kekal selama-lamanya berkuasa,mentadbirkan alam dan menentukan buruk baik segala sesuatu makhluk dan benda-benda ciptaanNya.
3.Harta benda,ilmu pengetahuan dan pangkat kebesaran adalah tiga elemen yang penting dan dicari serta dikejar oleh semua manusia di dunia ini.Tak ada manusia waras yang tidak mahukan harta.Lagi banyak harta lagi baik kata mereka.Kerana itu bermati-matian manusia di muka bumi ini bekerja keras mengumpulkan harta kerana harta menentukan senang susah kehidupan seseorang.Oleh kerana terlalu asyik dan ghairah mencari harta ada orang sampai gilakan harta.Kerja mereka mengumpulkan harta.Siang malam mencari dan menghimpunkan harta.
4. Harta dan kekayaan adalah suatu kuasa.Dengan memilik banyak harta dan kekayaan ini menjadikan pemiliknya makin berkuasa serta berpengaruh pula.Harta bukan sahaja boleh mendapat kuasa tetapi harta juga boleh membeli kuasa.Harta boleh bermanafaat sekiranya digunakan untuk mencari keredhaan Allah.Sebaliknya harta membawa mala petaka sekiranya ia digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan memasuki jalan yang membawa kesesatan dan kemungkaran.Harta boleh disedekahkan kepada fakir miskin dan mereka yang meminta-minta dan memerlukan.Menginfakkan harta di jalan Allah adalah suatu jihad dan akan memperolehi ganjaran pahala serta keberkatan.
5. Ilmu pengetahuan juga adalah kuasa.Ia seperti harta kekayaan menjadi anak kunci kepada kejayaan dan kemuliaan sesorang di dunia dan di akhirat.Maksud sabda nabi tentang ilmu ada menyebutkan bahawa kalau manusia hendaklah dunia ia hendaklah berilmu,hendakkan akhirat juga mesti berilmu.Hendakkan kedua-dua dunia dan akhirat juga mestilah berilmu.Tanpa ilmu manusi meraba dalam kegelapan.Ilmu menunjukkan jalan lurus mendapat kebenaran.Buta ilmu membawa kejahilan,kesesatan dan kekufuran.
6.Pangkat dan darjat adalah perhiasan hidup manusia.Pangkat adalah kurniaan yang diberikan oleh penguasa kepada mereka yang berjasa atau berjaya.Dengannya ada pegawai-pegawai tinggi yang menjadi Ketua Pengarah,Pengarah,Duta,Cansellor atau pelbagai jawatan tinggi yang lain dengan kuasa-kuasa tertentu yang diberi dan diamanahkan.Orang-orang politik negeri dan negara di beri pelbagai jawatan tinggi sebagai Perdana menteri,Menteri Besar,Menteri dan lain-lain jawatan dengan pelbagai gelaran pula.Ada yang memakai gelaran Tun,Tan Sri,Datuk Seri,Datuk dan lain-lain.Semuanya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hiraki kehidupan masyarakat.
7.Orang islam tidak dilarang mencari dan memilik harta kekayaan.Islam menggalakkan manusia mencari harta.Cuma Islam meletakkan batas-batas tertentu dalam mencari dan mengumpulkan harta.Orang Islam tidak dilarang mengejar pangkat dan kedudukan,asalkan pangkat itu diperolehi dengan cara yang benar,mengikut kelayakan dan kebolehan diri yang sebenarnya.Memperolehi sesuatu jawatan atau dinaikkan pangkat secara menjatuhkan orang lain secara zalim dan tidak adil adalah sangat ditegah dalam Islam.Menjatuhkan martabat dan mengaibkan orang lain adalah suatu perlakuan dosa yang tidak boleh diampunkan Allah melainkan oleh orang yang teriniaya.Orang Islam yang dikurniakan Allah dengan pangkat dan kedudukan tinggi mempunyai tanggung jawab besar yang mesti dilaksanakannya.Sebagai pemimpin mereka akan disoal di akhirat berkenaan amanah dan tanggong jawab yang diberikan kepada mereka di dunia ini.
8. Mereka yang memiliki kekayaan harta benda,mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi,dalam dan luas;mereka yang mempunyai pangkat besar,kedudukan tinggi dan terhormat semuanya memikul tanggungh jawab di sisi Allah yang wajib dilaksanakan.Mereka tidak dibiarkan memiliki segala keistimewaan dari kurniaan Allah itu dengan senang linang bergoyang kaki.Si kaya harta bertimbun akan ditindih dosa kalau zakat tidak dikeluarkan dari hartanya.Hartanya akan menjadi kotor jika tidak dibersihkan dengan air zakat.Penguasa dan pemimpin yang berjawatan tinggi dan berpangkat besar bukan boleh sewenang-wenang memerintah secara sombong,bongkak,tidak beradab,tidak melaksanakan keadilan apa lagi menggunakan kekerasan dan kezaliman dalam perilaku dan tindakannya.Islam menggariskan perlakuan yang sepatutnya pemimpin beramal dengannya untuk menimbulkan keamanan dan ketenteraman dalam kepemimpinan.Pemimpin yang baik di semua tempat dan peringkat adalah pemimpin yang dapat menyenangkan orang0orang di bawah pimpinannya.Mereka berkasih sayang sesama mereka.Bila mereka berdiri mereka sama tinggi dan bila mereka duduk mereka sama renda.Allah meletakkan semua manusia adalah sama.Yang membezakan mereka adalah Taqwa.
9.Mereka yang berilmu pengetahuan mesti mengajar mereka yang jahil.Ini tanggung jawab orang berilmu untuk menyibarkan ilmu supaya kebenaran dan ilmu pengetahuan tersebar luas di muka bumi ini.Dengan ilmu manusia akan mengenal diri.Dengan ilmu manusia akan mengenal penciptanya.Dengan ilmu manusia akan masuk syurga.Tanpa ilmu lebih manusia masuk ke neraka.Manusia berilmu yang kedekut dengan ilmunya akan dimusuhi Allah .Padanya tidak diberikan keberkatan dan ilmunya akan mati tidak berubah apa lagi bertambah.Ilmu seperti tuntutan zakat,semakin banyak diberi kepada orang lain yang memerlukan maka semakin banyak ia datang kembali kepada kita yang memberikannya.
10.Berkenaan harta kekayaan,pangkat dan kedudukan yang Allah kurniakan kepada orang lain dan tidak pada kita sekarang,janganlah menjadikan kita merasa tersisih dan keciwa. Setiap kita berhak untuk berangan-angan bagi mendapatkannya.Bercita-cita tinggi tidak salah malah itu digalakkan.Tetapi Allah meningatkan kita bahawa orang lelaki dan perempuan yang diberikan sebarang rezeki berupa harta ,pangkat atau darjat adalah lelaki dan perempuan yang telah berusha keras untuk mendapatkannya.Kita juga boleh mencapai kejayaan itu dengan berusha keras.Bukan sahaja perlu berusha keras tetapi di akhir usaha itu adalah bertawakka dan bermohon meminta kepada Allah supaya bukan saja permohonan dikabulkan tetapi diberikan keberkatan melaluinya.Harta,pangkat dan ilmu yang salah dan tidak benar tidak membawa kebaikan untuk diri dan orang lain. Semuanya menjadi sampah dosa yang membebankan diri kita dunia akhirat.
11. Di samping harta benda, anak pinak juga adalah kurniaan Allah.Ada orang diberikan Allah anak pinak yang ramai dengan mencapai kejayaan yang pelbagai.Ada yang lain sebaliknya pula nasib mereka.Semuanya ini adalah ketentuan Allah.Semuanya adalah ujian Allah.Allah mengingatkan kita bahawa adakah semudah kita mengaku bahawa kita telah cukup beriman dengan hanya sebuah pengakuan tanpa Allah memberikan ujian.Dengan yang demikian segala ketentuan Allah baik atau buruk,senang atau susah,tinggi atau rendah,banyak atau sedikit semuanya adalah ujian Allah.Ujian ini adalah untuk mengukur sejauh mana seseorang itu bersyukur atau tidak kepada setiap pemberian atau kurniaan Allah.Allah menjanjikan mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah akan digandakan nikmat tersebut manakala yang tidak bersyuku akan mendapat siksaan yang pedih.
12. Perlulah kita ingatkan bahawa bukanlah kurniaan dan nikmat itu hanya sesuatu yang enak,sedap dan lazat sahaja boleh dikirakan nikmat.Keburukan,kesakitan,kekurangan,kemiskinan dan penderitaan juga sebetulnya suatu nikmat.Kalau kita bersyukur dalam semua kesusahan itu kita akan mendapat ganjaran yang lebih besar dari mereka yang sentiasa menadapat keseronokan hidup itu.Kesusahan dan penderitaan itu ialah suatu nikmat.Kalau bukan demikian mengapa Nabi Muhammad SAW memilih kemiskinan dan kesederhanaan hidup sebagai teman hidupnya meskipun baginda diangkat Allah menjadi Nabi dan pemimpin yang berkuasa untuk mengumpul harta dan kekayaan.
Allah berfirman " Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu (Wahai Muhammad) bahawa) sesungguhnya setiap kesukaran ada disertai kemudahan.(sekali lagi ditegaskan): Sesungguhnya setiap kesukaran ada disertai kemudahan".
(Surah : Al-Insyirah : 5-6)
13.Orang Islam dikehendaki tidak berburuk sangka antara satu samalain di dunia ini.Yang tinggi tidak boleh memandang rendah yang kurang di bawah kerana mungkin yang di bawah lebih baik di sisi Allah dari mereka yang di atas.Melepaskan pandangan kita dari ikatan dengan Allah dalam fikiran dan pandangan akan membawa kita kepada dosa dan kesesatan.Sesuatu yang kita pandang baik dan berguna belum bererti baik kalau Allah katakan tidak.Sesuatu yang buruk tidak semestinya tidak berguna kalau Allah tetapkan ianya bermanafaat..
14.Semua orang Islam diajak untuk bersyukur dan berterima kasih kepada kepada setiap ketentuan Allah samada yang nampak baik atau sebaliknya.Allah lebih mengetahui akan tiap sesuatu yang dikurniakan kepada kita.Berbaik sangkalah kepada Allah.Setiap ketetapan nasib atau kurniaan adalah semuanya ujian.Mereka yang bersyukur kepada Allah atas setiap ujian akan mendapat keampunan Allah.Tidak ada yang lebih besar daripada mendapat kurniaan Allah dengan diberikan keampunan,dibebaskan dari cengkaman dosa dan LLah redha memasuki JannahNya di akhirat nanti.
(Surah : An-Nisa' :32.)
1.Segala-galanya adalah milik Allah.Sesuatu yang nampak dipandang atau tersembunyi di mana-mana tempat atau ruang hanya Allah jua yang maha mengetahui dan menguasainya.Maha suci Allah dari segala sifat yang lemah dan kurang.Sesungguhnya Allah penguasa langit dan bumi segala isi terkandung diantara kedua-duanya semua milik Allah jua.Maha kaya,Maha Perkasa dan Maha berkuasa Allah menguasai dan mentadbirnya.Tidak ada sebarang kesususahan bagiNya menyusun dan mengatur alam semesta ciptaanNya.Di dalam kekuasaanNya terletak segala ketentuan alam dan penghuninya.
2.Demi sesungguhnya harta kekayaan,ilmu pengetahuan ,pangkat ,kekuasaan,darjat dan segala kemuliaan serta kebesaran adalah tertentu milik dan kepunyaan Allah.Selain dari Allah semuanya adalah ciptaanNya,bersifat sementara dan mempunyai kelemahan selama-lamanya.Hanya Allah jua yang kekal selama-lamanya berkuasa,mentadbirkan alam dan menentukan buruk baik segala sesuatu makhluk dan benda-benda ciptaanNya.
3.Harta benda,ilmu pengetahuan dan pangkat kebesaran adalah tiga elemen yang penting dan dicari serta dikejar oleh semua manusia di dunia ini.Tak ada manusia waras yang tidak mahukan harta.Lagi banyak harta lagi baik kata mereka.Kerana itu bermati-matian manusia di muka bumi ini bekerja keras mengumpulkan harta kerana harta menentukan senang susah kehidupan seseorang.Oleh kerana terlalu asyik dan ghairah mencari harta ada orang sampai gilakan harta.Kerja mereka mengumpulkan harta.Siang malam mencari dan menghimpunkan harta.
4. Harta dan kekayaan adalah suatu kuasa.Dengan memilik banyak harta dan kekayaan ini menjadikan pemiliknya makin berkuasa serta berpengaruh pula.Harta bukan sahaja boleh mendapat kuasa tetapi harta juga boleh membeli kuasa.Harta boleh bermanafaat sekiranya digunakan untuk mencari keredhaan Allah.Sebaliknya harta membawa mala petaka sekiranya ia digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan memasuki jalan yang membawa kesesatan dan kemungkaran.Harta boleh disedekahkan kepada fakir miskin dan mereka yang meminta-minta dan memerlukan.Menginfakkan harta di jalan Allah adalah suatu jihad dan akan memperolehi ganjaran pahala serta keberkatan.
5. Ilmu pengetahuan juga adalah kuasa.Ia seperti harta kekayaan menjadi anak kunci kepada kejayaan dan kemuliaan sesorang di dunia dan di akhirat.Maksud sabda nabi tentang ilmu ada menyebutkan bahawa kalau manusia hendaklah dunia ia hendaklah berilmu,hendakkan akhirat juga mesti berilmu.Hendakkan kedua-dua dunia dan akhirat juga mestilah berilmu.Tanpa ilmu manusi meraba dalam kegelapan.Ilmu menunjukkan jalan lurus mendapat kebenaran.Buta ilmu membawa kejahilan,kesesatan dan kekufuran.
6.Pangkat dan darjat adalah perhiasan hidup manusia.Pangkat adalah kurniaan yang diberikan oleh penguasa kepada mereka yang berjasa atau berjaya.Dengannya ada pegawai-pegawai tinggi yang menjadi Ketua Pengarah,Pengarah,Duta,Cansellor atau pelbagai jawatan tinggi yang lain dengan kuasa-kuasa tertentu yang diberi dan diamanahkan.Orang-orang politik negeri dan negara di beri pelbagai jawatan tinggi sebagai Perdana menteri,Menteri Besar,Menteri dan lain-lain jawatan dengan pelbagai gelaran pula.Ada yang memakai gelaran Tun,Tan Sri,Datuk Seri,Datuk dan lain-lain.Semuanya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hiraki kehidupan masyarakat.
7.Orang islam tidak dilarang mencari dan memilik harta kekayaan.Islam menggalakkan manusia mencari harta.Cuma Islam meletakkan batas-batas tertentu dalam mencari dan mengumpulkan harta.Orang Islam tidak dilarang mengejar pangkat dan kedudukan,asalkan pangkat itu diperolehi dengan cara yang benar,mengikut kelayakan dan kebolehan diri yang sebenarnya.Memperolehi sesuatu jawatan atau dinaikkan pangkat secara menjatuhkan orang lain secara zalim dan tidak adil adalah sangat ditegah dalam Islam.Menjatuhkan martabat dan mengaibkan orang lain adalah suatu perlakuan dosa yang tidak boleh diampunkan Allah melainkan oleh orang yang teriniaya.Orang Islam yang dikurniakan Allah dengan pangkat dan kedudukan tinggi mempunyai tanggung jawab besar yang mesti dilaksanakannya.Sebagai pemimpin mereka akan disoal di akhirat berkenaan amanah dan tanggong jawab yang diberikan kepada mereka di dunia ini.
8. Mereka yang memiliki kekayaan harta benda,mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi,dalam dan luas;mereka yang mempunyai pangkat besar,kedudukan tinggi dan terhormat semuanya memikul tanggungh jawab di sisi Allah yang wajib dilaksanakan.Mereka tidak dibiarkan memiliki segala keistimewaan dari kurniaan Allah itu dengan senang linang bergoyang kaki.Si kaya harta bertimbun akan ditindih dosa kalau zakat tidak dikeluarkan dari hartanya.Hartanya akan menjadi kotor jika tidak dibersihkan dengan air zakat.Penguasa dan pemimpin yang berjawatan tinggi dan berpangkat besar bukan boleh sewenang-wenang memerintah secara sombong,bongkak,tidak beradab,tidak melaksanakan keadilan apa lagi menggunakan kekerasan dan kezaliman dalam perilaku dan tindakannya.Islam menggariskan perlakuan yang sepatutnya pemimpin beramal dengannya untuk menimbulkan keamanan dan ketenteraman dalam kepemimpinan.Pemimpin yang baik di semua tempat dan peringkat adalah pemimpin yang dapat menyenangkan orang0orang di bawah pimpinannya.Mereka berkasih sayang sesama mereka.Bila mereka berdiri mereka sama tinggi dan bila mereka duduk mereka sama renda.Allah meletakkan semua manusia adalah sama.Yang membezakan mereka adalah Taqwa.
9.Mereka yang berilmu pengetahuan mesti mengajar mereka yang jahil.Ini tanggung jawab orang berilmu untuk menyibarkan ilmu supaya kebenaran dan ilmu pengetahuan tersebar luas di muka bumi ini.Dengan ilmu manusia akan mengenal diri.Dengan ilmu manusia akan mengenal penciptanya.Dengan ilmu manusia akan masuk syurga.Tanpa ilmu lebih manusia masuk ke neraka.Manusia berilmu yang kedekut dengan ilmunya akan dimusuhi Allah .Padanya tidak diberikan keberkatan dan ilmunya akan mati tidak berubah apa lagi bertambah.Ilmu seperti tuntutan zakat,semakin banyak diberi kepada orang lain yang memerlukan maka semakin banyak ia datang kembali kepada kita yang memberikannya.
10.Berkenaan harta kekayaan,pangkat dan kedudukan yang Allah kurniakan kepada orang lain dan tidak pada kita sekarang,janganlah menjadikan kita merasa tersisih dan keciwa. Setiap kita berhak untuk berangan-angan bagi mendapatkannya.Bercita-cita tinggi tidak salah malah itu digalakkan.Tetapi Allah meningatkan kita bahawa orang lelaki dan perempuan yang diberikan sebarang rezeki berupa harta ,pangkat atau darjat adalah lelaki dan perempuan yang telah berusha keras untuk mendapatkannya.Kita juga boleh mencapai kejayaan itu dengan berusha keras.Bukan sahaja perlu berusha keras tetapi di akhir usaha itu adalah bertawakka dan bermohon meminta kepada Allah supaya bukan saja permohonan dikabulkan tetapi diberikan keberkatan melaluinya.Harta,pangkat dan ilmu yang salah dan tidak benar tidak membawa kebaikan untuk diri dan orang lain. Semuanya menjadi sampah dosa yang membebankan diri kita dunia akhirat.
11. Di samping harta benda, anak pinak juga adalah kurniaan Allah.Ada orang diberikan Allah anak pinak yang ramai dengan mencapai kejayaan yang pelbagai.Ada yang lain sebaliknya pula nasib mereka.Semuanya ini adalah ketentuan Allah.Semuanya adalah ujian Allah.Allah mengingatkan kita bahawa adakah semudah kita mengaku bahawa kita telah cukup beriman dengan hanya sebuah pengakuan tanpa Allah memberikan ujian.Dengan yang demikian segala ketentuan Allah baik atau buruk,senang atau susah,tinggi atau rendah,banyak atau sedikit semuanya adalah ujian Allah.Ujian ini adalah untuk mengukur sejauh mana seseorang itu bersyukur atau tidak kepada setiap pemberian atau kurniaan Allah.Allah menjanjikan mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah akan digandakan nikmat tersebut manakala yang tidak bersyuku akan mendapat siksaan yang pedih.
12. Perlulah kita ingatkan bahawa bukanlah kurniaan dan nikmat itu hanya sesuatu yang enak,sedap dan lazat sahaja boleh dikirakan nikmat.Keburukan,kesakitan,kekurangan,kemiskinan dan penderitaan juga sebetulnya suatu nikmat.Kalau kita bersyukur dalam semua kesusahan itu kita akan mendapat ganjaran yang lebih besar dari mereka yang sentiasa menadapat keseronokan hidup itu.Kesusahan dan penderitaan itu ialah suatu nikmat.Kalau bukan demikian mengapa Nabi Muhammad SAW memilih kemiskinan dan kesederhanaan hidup sebagai teman hidupnya meskipun baginda diangkat Allah menjadi Nabi dan pemimpin yang berkuasa untuk mengumpul harta dan kekayaan.
Allah berfirman " Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu (Wahai Muhammad) bahawa) sesungguhnya setiap kesukaran ada disertai kemudahan.(sekali lagi ditegaskan): Sesungguhnya setiap kesukaran ada disertai kemudahan".
(Surah : Al-Insyirah : 5-6)
13.Orang Islam dikehendaki tidak berburuk sangka antara satu samalain di dunia ini.Yang tinggi tidak boleh memandang rendah yang kurang di bawah kerana mungkin yang di bawah lebih baik di sisi Allah dari mereka yang di atas.Melepaskan pandangan kita dari ikatan dengan Allah dalam fikiran dan pandangan akan membawa kita kepada dosa dan kesesatan.Sesuatu yang kita pandang baik dan berguna belum bererti baik kalau Allah katakan tidak.Sesuatu yang buruk tidak semestinya tidak berguna kalau Allah tetapkan ianya bermanafaat..
14.Semua orang Islam diajak untuk bersyukur dan berterima kasih kepada kepada setiap ketentuan Allah samada yang nampak baik atau sebaliknya.Allah lebih mengetahui akan tiap sesuatu yang dikurniakan kepada kita.Berbaik sangkalah kepada Allah.Setiap ketetapan nasib atau kurniaan adalah semuanya ujian.Mereka yang bersyukur kepada Allah atas setiap ujian akan mendapat keampunan Allah.Tidak ada yang lebih besar daripada mendapat kurniaan Allah dengan diberikan keampunan,dibebaskan dari cengkaman dosa dan LLah redha memasuki JannahNya di akhirat nanti.
MENSYUKURI NIKMAT DAN KURNIAAN ALLAH
MANUSIA adalah ciptaan Allah yang terbaik.Dijadikannya dalam bentuk yang paling istimewa dan paling cantik.Kecantikan dan keistimewaan manusia itu terdapat pada unsur badaniah dan rohaniah.Allah menciptakan manusia menjadi sebaik-baik kejadian dengan terutamanya keistimewaan akal.Allah tidak menciptakan akal untuk makhluk-makhluk lain ciptaanny walaupun saiznya besar dan menakutkan.Allah menjadikan gajah dengan saiz yang sangat besar tetapi tidak memiliki.Demikian singa dan harimau demikian pula garangnya tetapi juga tidak diberikan akal.
2. Selain dari manusia ciptaan Allah yang diberikan akal adalah makhluk jin.Mengapa kedua makhluk ini dikurniakan akal.Satu dari sebabnya adalah kerana Allah hendak menjadikan kedua-dua makhluknya itu sebagai hamba yang tunduk dan taat kepadaNya.Kedua-dua makhluk ini diperintahkan Allah untuk mensyukuri nikmatNya,menyembahNya ,berbakti kepadaNya serta dalam segala kaadaan tidak akan menderhaka kepadaNya.Demikianlah firman Allah yang mafhumnya."Tidak ku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaku".Perkataan ibadat mempunyai maknya yang luas dan mendalam .Dalam makna dan pemahaman yang mudah adalah segala perbuatan yang dilakukan oleh makhluk-makhluk ciptaanNya sebagai tanda tunduk mentaati dan mematuhi segala titah perintah Allah dan pada masa sama menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarangNya.Segala perbuatan yang dilakukan oleh makhluk samada dilihat atau tidak dilihat oleh makhluk lain;adalah semata-mata kerana Allah.Ia dilakukan dengan penuh tulus dan ikhlas.Pengabdiannya mutlak dan seluruhnya untuk Allah yang diyakini SATU tiada duanya.Diyakininya bahawa Allah adalah Maha Pencipta,Maha Berkuasa,Maha Kaya,Maha Pengasih,Maha Penyayang serta bersifat dengan dua puluh sifat yang maha sempurna itu.(Sebagaimana yang terdapat dalam Sifat 20).Kebesaran dan kehebatan Allah terlahir pula dalam 99 namaNya ( Asma Al Husna)yang Maha Agong itu.
3.Akal adalah suatu kurniaan Allah yang tidak ternilai yang diberikan Allah kepada manusia.Dengan akal membolehkan manusia berfikir dan darinya manusia diberikan kebijaksanaan.Kebijaksanaan itu diperintahkan Allah untuk digunakan bagi memberikan kemakmuran kepada alam sejagat demi kepentingan seluruh kehidupan yang lain bernyawa atau tidak bernyawa.Allah menciptakan semua jenis makhluk adalah bertujuan supaya antara satu samalain saling bergantungan dan tolong menolong.Semuanya untuk tujuan mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan dan kemakmuran bersama.Pokok meskipun tidak bernyawa seperti manusia, tetapi ia tetapi hidup.Ia diberikan hak oleh Allah untuk tumbuh dan membesar pada tempatnya di atas permukaan bumi.Sampai masanya ia membesar berbunga dan berbuah.Paling tidak ia bermanafaat untuk tempat burung dan serangga bertelur, berteduh dan tidur.Paling berguna pula ianya apabila ianya mengeluarkan bunga dan buah.Bunga akan disedut madunya oleh serangga,kumbang dan lebah untuk keperluan dan tujuan masing-masing bagi kelangsungan hidup masing-masing.Buahnya boleh dimakan burung dan binatang serta manusia pula.Tidakkah nampaknya pokok begitu bermanafaat kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah .Dari batang pokok pula dijadikan kayu yang darinya manusia mencipta rumah kediaman dan segala keperluam manusia yang lain seperti kerusi meja misalnya.
4.Tidakkah semua ini mengajak manusia yang berakal untuk berfikir dan merasai akan kebesaran Allah yang Maha Pencipta.Diciptakan sesuatu untuk keperluan hidup bersama dalam keseimbangan yang diatur dengan sempurna.Manusia dengan akalnya pula diperintahkan untuk menjadi Khalifah (pemimpin ) di bumi dengan mematuhi syariat yang ditentukan oleh Allah.
5.Adam telah ditentukan oleh Allah untuk dilantik menjadi Khalifah di bumi.Sewaktu ianya diperintahkan Allah untuk turun ke dunia setelah diperintah keluar dari Syurga untuk melaksanakan tugas Khalifah di bumi para Malaikat bertanyakan Allah adakah tidak dibimbangi Adam (manusia) dan keturunannya akan melakukan kerosakan di bumi.Allah menjelaskan bahawa Adam diberikan akal dan dia diajarkan oleh Allah sesuatu yang tidak diajarkan Allah kepada para Malaikat.Kebijaksanaan dari akal fikiran ini melayakkan Adam dan keturunannya menjadi khalifah memimpin bumi dan penduduknya termasuk segala makhluk ciptaan Allah yang lainnya di muka bumi ini.
6.Walau apa pun tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada Adam; Allah menjelaskan dalam Surah Toha ayat 125 berkenaan dengan peristiwa bagaimana Adam dan isterinya Hawa diturunkan ke dunia.Allah telah pun membayangkan bahawa diantara ketutunan Adam mereka akan melakukan kerosakan,berselisih dan berbalah sesama sendiri.Tetapi kerana Allah telah memberikan mereka akal untuk berfikir ,mereka diharapkan untuk memilih antara buruk dan baik.Mereka yang taat kepada Allah dengan patuh kepada undang-undang,peraturan dan larangan Allah akan selamat sementara yang lain akan disiksakan oleh Allah.Allah menjanjikan bahawa manusia akan diberikan panduan melalui nabi dan Rasul yang akan memberi petunjuk jalan lurus.Mereka yang mengikut jalan lurus akan mendapat Syurga sementara yang memilih jalan sesat akan dimasukkan ke neraka.Tidak ada tempat dan jenis pembalasan yang lebih buruk dari neraka jahnam.
7.Manusia diciptakan dengan sifat kedaifan yang nyata.Ini dijelaskan oleh Allah yang Maha Pencipta dalam ayat 28 surah Al-Nisa': Manusia itu dijadikan berkaadaan lemah.Kerana sifat manusia yang sedemikian itu maka Allah memberikan tugasan kepada setiap manusia apa yang sebenarnya mampu dilakukan sendiri oleh manusia tersebut.Allah tidak memberatkan hamba-hambanya.Semua perintah mengerjakan ibadat wajib atau sunat adalah mampu dilaksanakan dengan kudrat dan akal kurniaan Allah kepada manusia.Ini tidak terkecuali samada manusia itu sempurna atau tidak sempurna kejadiannya.Dalam mengerjakan perintahNya,Allah memberikan pelbagai kemudahan dan kelonggaran (ruksyah) supaya tidak memberikan beban yang bersangatan dalam menunaikan perintah Allah.Bila sakit,Allah melalui rasulNya menunjukkan cara bagimana mengerjakan solat secara berbaring,duduk dan sebagainya.Mereka yang bermusafir boleh meninggalkan puasa Ramadhan untuk diganti pada masa yang lain.Sembahyang dalam masa bermusafir boleh didirikan secara qasar dan jamak.Makanan yang haram sekali pun boleh dimakan sekiranya kalau tidak, ia boleh membawa maut dalam menghadapi ketika darurat.Maka apakah yang menjadi sangat sukar untuk kita tunaikan perintah Allah.Yang merasa sukar untuk taat dan patuh kepada syariat Allah adalah mereka yang tidak bersyukur pada Allah.
8.Allah tidak akan menghukum hamba-hambanya dengan sewenang-wenangnya.Berkali-kali Allah menjelaskan dalam Al Quran bahawa setiap kaum telah diberikan cukup peringatan melalui Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada setiap umat.Masalahnya adalah kerana umat manusia itu degil dan keras kepala lalu dengan sombong dan takabbur menolak perintah Allah.Mereka mencabar nabi dan rasul mereka dengan meminta diturunkan bala kepada mereka kerana keengkaran mereka.Mereka dengan sombong melakukan segala perkara yang dilarang Allah dan rasul.Mereka melakukan secara berterang-terang tanpa berselindung lagi.Mereka tidak percayakan kehidupan selepas mati.Mereka tidak percaya tulang-tulang yang telah reput menjadi tanah akan boleh disatukan kembali untuk dihidupkan pula mereka yang telah mati itu.Mereka tidak percaya adanya hari akhirat dan adanya Syurga neraka.Bagi kaum dan umat yang sepertilah maka laknat Allah di"hadiahkan" kepada mereka sejak di atas muka bumi ini lagi.Di akhirat nanti mereka akan menerima siksaan yang lebih-lebih lagi.Demikianlah Allah menceritakan bagaimana kaum 'Ad,Thamud,kaum Nabi Luth serta kaum Nabi Nuh masing-masing menerima habuan kederhakaan mereka seawal di dunia ini lagi.Semuanya ini diterangkan oleh Allah dalam Al Quran untuk menjadi peringatan dan amaran kepada manusia yang datang kemudian.
9.Allahlah yang memberikan rezeki kepada manusia.Benar manusia yang berusha mencari rezeki.Sebenranya manusia hanya mengolah dan menyediakan kaedah dan cara untuk mendapatkan rezeki itu dari bahan-bahan yang semuanya telah disediakan oleh Allah kepada mereka.Dari laut diperolehinya ikan dan segala macam hasil laut.Dari laut juga kemudiannya ditemui minyak dan mutiara.Dari laut juga diperolehi garam.Semuanya telah tersedia dari kemurahan Allah.Di atas permukaan bumi terdapat tanah yang subur untuk manusia bercucuk tanam.Tumbuh pula pokok berbagai jenis yang menghasilkan kayu kayan dan buah-buahan untuk diguna dan dinikmati manusia.Dalam perut bumi dan dalam batu-batuan terdapat berjenis bahan galian logam untuk dimanafaatkan manusia.
10.Allah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi yang mati kerana kering kontang di masa kemarau.Dalam bumi dan sungai terdapat punca air untuk minuman manusia dan binatang.Semuanya telah tersedia.Allahlah yang menyediakan semuanya untuk manusia dan segala makhluk ciptaanNya.Maha suci Allah dari segala kekurangan dan kelemahan.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Tidaklah keberatan bagi manusia yang berakal sempurna untuk taat dan bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Allah kepadanya.
11.Demikian pun nikmat dan segala kemudahan yang diberikan Allah kepada manusia tetapi manusia sangat sedikit yang benar-benar berterima kasih dan bersyukur kepadaNya.Dalam Surah Al 'Adiyat ayat ke- 6 ,Allah berfirman yang mafhumnya "Sesungguhnya manusia itu sangatlah tidak bersyukur (berterima kasih) kepada Tuhannya."
12.Menyedari kaadaan yang demikian,Allah acapkali memberikan peringatan dan amaran kepada hamba-hambanya supaya tetap bersyukur kepadaNya dengan taat dan patuh kepadaNya dan kepada rasul yang membawa syariatNya.Allah berfirman dalam Al Quran supaya manusia hendaklah bersyukur kepadanya dengan memberikan ganjaran besar yang berlipat ganda kepada hambaNya yang berbuat demikan,dan memberi amaran akan ditimpakan azab yang sangat pedih sekiranya manusia bertindak sebaliknya.
13.Adakah peringatan dan amaran yang diberikan itu menjadikan manusia jinak dengan Allah dan tunduk sujud mentaatinya.Jawapannya mungkin tidak.Apa buktinya.Tidaklah payah untuk menjelaskannya kalau di lihat kepada tingkahlaku manusia hari ini.Dimana ?..... di Malaysia; negara yang telah pun menetapkan Islam adalah agama resmi negara.Di Malaysia memang tidak dapat disangkal begitu banyak mesjid -masjid cantik serta indah tersergam dibina dengan kos yang besar berjuta-juta ringgit.Sayangnya hampir seluruh masjid ini hanya mencapai puncaknya penuh dimasuki makmum adalah ketika solat Jumaat atau pada solat Hari-hari Raya sahaja.Pada hari-hari biasa untuk mendapat makmum separuh mesjid adalah sukar malah mustahil.Pada waktu-waktu biasa mesjid menjadi kosong tidak dipenuhi.Bila diukur dengan nisbah antara kos pembinaan dengan bilangan makmum yang datang maka nampaknya "cost benefit approach" tidak boleh dilihat sebagai menguntungkan atau berbaloi.
14.Tidakkah ini menandakan bahawa orang Islam di Malaysia tidak menghargai mesjid.Mereka tidak terpanggil untuk meramaikan jumlah menjadi pencinta mesjid dengan mengimarahkannya.Mereka kebanyakannya mengkagumi senibina mesjid,saiznya yang besar dengan menggunakan bahan binaan yang berkualiti serta kosnya yang mahal.Banyak pula diantara mesjid-mesjid yang dibina dengan cantik indah serta mengkagumkan lebih banyak bertujuan untuk menimbulkan rasa gah yang kemudiannya untuk menjadi tarikan pelancong.Kemdian kawasan mesjid dijadikan tempat untuk bergambar untuk menghimpun kenangan.Kelihatannya tujuan pembinaan mesjid sudah lari dan tersasar dari tujuan sepatutnya untuk dijadikan rumah Allah.Maka berbagai langkah diambil oleh pehak pengurusan mesjid untuk meramaikan bilangan makmum dan pengunjung di mesjid dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk memperkenalkan program Rakan Mesjid serta mengadakan aktiviti lain termasuk mengadakan aktiviti sukan dan riadah di kawasan mesjid.
15.Orang Islam di Malaysia masih belum sepenuhnya menghayati makna mesjid sebagai pusat segala aktiviti sepertimana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dulu.Dan sampai bila kita boleh melihat mesjid menjadi tempat kegilaan seluruh umat Islam di negara kita ini.Tarikan ke tempat-tempat hiburan nampaknya lebih kuat daripada tarikan mesjid.Lihat sahaja betapa ramai orang Islam menjadi penonton konsert hiburan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi Islam dan bukan Islam di negara kita ini.Letaklah berapa pun harga tiket ia tetap tidak mengurangkan jumlah pengunjung kerana semuanya berpunca dari kecintaan dan kegilaan manusia pada hiburan dan permainan dunia yang semuanya melalaikan.Kalaulah demikian aktiviti ceramah agama dikenakan bayaran walaupun sekecil satu ringgit barangkali bilangan kedatangan hanya boleh dibilang dengan jari sahaja.
16.Nampaknya manusia hanya menggilai sesuatu yang bersifat dunia dan membenci sesuatu yang langsung dan tidak langsong berkait dengan akhirat.Kebanyakan manusia lupa akan peringatan Allah dalam Al Quran Surah Al 'Ankabut ayat 64 yang mafhumnya :
" Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat) tak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya hidup.kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)
17.Sesuatu rezeki atau kurniaan dari Allah yang diberikan kepada seseorang adalah semuanya ketentuan Allah.Allah berhak memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya termasuk orang yang baik atau orang jahat waima orang munafik atau kafir sekalipun.Allah memberikan kenikmatan hidup di dunia kepada orang kafir secara "istidraj" bukan dengan sukahati atau dengan rasa kasih sayang Allah.Dalam pemberian itu tidak sedikit pun ada nilai kerelaan yang diberikan keberkatan padanya.Mereka yang beriman diberikan segala nikmat kurniaan dengan harta yang berlimpah,pangkat yang tinggi serta kesihatan diri dan keluarga semuanya mengandungi ujian.Harta yang berlebihan mengiringi tanggung jawab untuk dikeluarkan zakat bagi menyucikan harta-harta tersebut.Tanggong jawab si kaya untuk membantu si miskin lebih besar dari dari si miskin yang tak perlu berbuat demikian.
18.Allah sahajalah yang menentukan sesuatu pemberian atau kurniaan dalam apa-apa bentuk samada harta,pangkat atau kedudukan itu untuk siapa ditujukan.Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang akan apa yang Allah berikan kepada sesorang dan tidak ada apa-apa yang dapat diberikan seseorang yang Allah halang.Dan tidak akan bermanafaat kepada orang yang memiliki harta benda dan kemewahan dunia untuk menyelamat diri dari kemurkaan Allah sekiranya semua kelebihan itu tidak di bawa untuk mencari keredhaan Allah serta mensyukuriNya.
Friday, November 13, 2015
DILEMA MELAYU: ANTARA KRISIS DAN KELEMAHAN
Orang Melayu berpecah lagi.Mereka semakin
berpecah.Dari tiga kumpulan menjadi empat.Kalau dahulu orang melayu di Malaysia
berada dalam tiga kelompok politik iaitu di bawah payung UMNO sebagai
pehak pemerentah,sementara dua lagi menjadi parti pembangkang iaitu di bawah
payung PAS dan PKR.
2. PAS adalah sebenarnya sebuah parti
serpihan.Kumpulan yang keluar dari UMNO kerana tidak sehaluan dengan
perjuangan UMNO akhirnya menubuhkan PAS.Haji Mohd Puad merupakan pemimpin dari
Biro Agama UMNO yang mengambil daya usaha menubuhkan PAS dengan meletakkan
perjuangan menegakkan Islam sebagai asas perjuangan.Dalam pilihanraya Majlis
tempatan dalam tahun 1955 PAS telah berjaya memperolehi satu kerusi daripada 55
kerusi yang dipertandingkan ketika itu.Disitulah permulaan timbulnya PAS dalam
arena politik Tanah Melayu ketika itu.Peranannya semakin terserlah dengan
timbulnya pemimpin-pemimpin baru meneraju parti tersebut.
3. Sebenarnya sebelum kedatangan British
Tanah Melayu diduduki oleh orang-orang Melayu.Mereka mendiami negeri-negeri
yang diperintah oleh sultan masing-masing.Setiap negeri mempunyai peraturan dan
cara hidup tersendiri yang berpusat kepada kuasa sultan yang dibantu oleh
sebaris pembesar-pembesar yang dilantik dan diperkenankan oleh Sultan.Secara
amnya sultan mempunyai kuasa mutlak.Sultan berkuasa mutlak ke atas tanah dan
rakyat.Kata sultan adalah undang-pundang.Ia mesti dipatuhi dan melanggarnya
dianggap sebagi durhaka.Rakyat yang merderhaka selalunya menerima hukuman
bunuh.Sultan selalunya memerintah secara sewenang-wenang.Ini menimbulkan banyak
penindasan.Meskipun demikian tidak berlaku pemberontakan menentang sultan atau
raja kerana rakyat percaya kepada kuasa "tulah".Melawan raja akan
mendapat akibat buruk seperti ditimpa penyakit atau mendapat lain-lain kesusahan.Sultan
dianggap mempunyai kuasa mistik dan luar biasa.Asal usul sultan atau Raja yang
juga digelar sebagai Yang Di pertuan dikaitkan dengan cerita-cerita dongeng
bagi menguatkan serta mengukuhkan kedudukan sultan di mata rakyat.Kekaguman
rakyat kepada sultan menimbulkan kepatuhan tanpa soal kerana jauh di hati
masing-masing tertanam kukuh rasa takut dan gerun.
4. Dalam sistem politik dan sosial yang
seperti itu wujud keamanan dan kestabilan yang disatukan dan berpusat pada
kekuasaan sultan.Sultan yang baik dapat memerentah dengan sempurna dan disokong
penuh oleh pembesar dan rakyat.Rakyat bersedia menggadai nyawa mempertahankan
tanah air mereka kerana mempertahanhkan tanah air bererti bersedia mati
mempertahankan raja atau sultan mereka.Model politik kesultanandi Tanah Melayu
sebelum kedatangan British adalah model Melaka.
5.Melaka dikatakan wujud sekitar tahun
1400 masehi.Ia diasaskan oleh Parameswara raja dari Palembamg yang kalah perang
dan akhirnya terpaksa melarikan ke Singapura kemudian ke Tanah Melayu
diri untuk menyelamatkan nyawa.Ia kemudian mengambil kedudukan di Melaka dan
memajukan petempatan nelayan itu sehingga menjadi sebuah negara bangsa (Nation
State) yang terkenal di seluruh dunia.Ia berkembang menjadi entreport yang
disinggahi oleh pedagang timur barat yang berulang alik dari timur ke barat dan
sebaliknya mengikut tiupan angin monsun timur laut dan barat daya.Wujud sistem
pemerentahan yang kukuh, kuat dan tersusun di Melaka dan dapat membentuk
empayar yang luas dan kaya raya dengan aktiviti perdagangan antarabangsa yang
makmur dan lumayan.Kemakmuran Melaka kemudiannya berakhir dengan kedatangan
Portugis untuk menamatkan riwayat kemegahan negara bangsa yang gah selama lebih
satu abad lamanya.
6. Sistem pemerentahan Melaka adalah model sistem politik yang
dicontohi oleh negeri-negeri lain di Tanah
Melayu sebelum kedatangan British.Walau bagaimana pun secara terperinci sistem
pemerentahan setiap negeri dicirikan pula oleh nilai dan keperluan budaya
tempatan yang tentunya berbeza antara satu negeri dengan yang lain.Ianya
memperlihatkan suatu persamaan yang dicirikan oleh kelainan.
7. Berbalik kepada kejatuhan Melaka.Kelemahan kerajaan ini dapat
dilihat daripada punca perebutan kuasa dikalangan pemerentah.Pembesar yang berada
disekeliling raja pada akhirnya berpaling tadah samada kerana rasuah atau perebutan
kekayaan dagang.Fitnah dan adu dumba menjadi-jadi dikalangan pembesar yang
mempunyai hubungan dekat dengan raja dan istana.Dengki menjadi-jadi diantara
pembesar-pembesar yang dipercayai raja
sesama mereka.Hang Tuah yang mendapat tempat istimewa di mata raja telah
difitnahkan dan kemudian dijatuhkan hukum bunuh.Sultan atau raja yang
menjatuhkan sesuatu hukuman berasaskan kepada fitnah kedengkian menimbulkan
ketegangan sosial dikalangan rakyat yang kemudiannya mencetuskan kebangkitan
Hang Jebat menuntut bela "pembunuhan " Hang Tuah sahabat karibnya.
8.Kedatangan Portugis di bawah pimpinan Alfonso d 'Albuque hanya seperti
membawa bulldozer meranapkan Melaka yang telah sedia porak peranda.Kalau
Portugis tidak menyerang tahun 1511 itu pun Melaka akan tetap jatuh dan ranap
tidak lama selepas itu
9.Sejarah kejatuhan Melaka adalah sejarah yang memberi dan
menunjukkan natijah dari perpecahan
Melayu.Bahawa bersatu itu teguh dan bercerai itu roboh.Kelemahan Melayu itu
ditunggu oleh musuh.Ia menyerang sewaktu Melayu hampir rebah.Sejarah
Melaka,kulit dan isinya kembali timbul dalam sejarah negeri-negeri melayu lain
di Tanah Melayu yang sebetulnya mewarisi sistem politik dari kesultanan
Melaka selepas tahun 1511.
10.Portugis merupakan penjajah pertama yang menjejakkan kaki dan
bertapak di bumi Tanah Melayu negeri milik orang Melayu ini.Mereka mendirikan
kerajaan di Melaka yang di kawal dari Goa,India.Bagi mengukuhkan pertahanan
mereka mereka mendirikan sebuah kubu pertahanan yang kuat yang dikenali sebagai
A Famosa yang masih dapat dilhat sehingga ke hari indi Melaka.St Francis Xavier
dikirimkan ke Melaka untuk mengembangkan Keristian di bumi yang telah
dikembangkan dengan pengaruh Ugama Islam itu.Nyatalah penjajahan bukan sahaja
bermakna perdagangan dan ekonomi tetapi ia juga adalah juga ugama (keristian)yang
dibawa bersama.Inilah yang dikatakan penjajahan barat yang dimulai oleh Portugis
itu membawa semangat dendam Perang Salib.Kuasa Barat yang dikalahkan oleh
Sallehuddin Al Ayubi dari kuasa Islam di Palestin dalam Perang Salib
menimbulkan dendan barat untuk dengan apa cara akan membalas dendam kepada
Islam lambat atau bangat.Itulah sebabnya
kebanyakan negeri atau negara yang dijajah adalah negara penduduk Islam.
11.Kekuasaan Portugis digantikan Belanda dalam tahun 1641 apabila
kuasa Portugis dapat dikalahkan.Satu hal yang perlu dinyatakan ialah samada
Portugis atau Belanda,mereka nampaknya tidak berminat mengembangkan penaklukan
mereka ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu pada ketika itu.Kekuasaan mereka secara
politiknya nampaknya terhad di Melaka itu sahaja.Mujur juga demikian kerana
kalau Portugis atau Belanda berniat demikian,barangkali sejarah Tanah Melayu
akan berbeza daripada apa yang ada sekarang.
12. Penjajahan yang lebih ketara wujud di Tanah Melayu dalam kurun
ke 19 apabila terjadinya Revolusi Perusahaan di negara-negara Eropah yang
membawa British sebagai penjajah ketiga masuk ke Tanah Melayu dengan membawa
bentuk penjajahan yang lebih gelojoh.Mereka bukan sahaja menguasai politik
tetapi juga ekonomi dan sosial masyarakat.Mereka berusha membaratkan Tanah
Melayu yang dimulai dengan negeri
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang.Pendidikan barat mulai menggantikan sekolah-sekolah
pondok.Sistem dan budaya hidup barat mulai bercambah dan berkembang semenjak
dari itu.
13. Penjajahan Bitish bermula di Perak akibat terjadinya krisis
politik di istana Perak.Perebutan kuasa diantara Raja Yusoff dan Raja Abdullah
menjadi punca apbila Raja Abdullah yang merasa akan kehilangan takhta dan kuasa
mengambil pendekatan untuk meminta bantuan British.Perjanjian Pangkor yang
ditanda tangani dalam tahun 1874 mengukir sejarah baru di Tanah
Melayu.ternyatalah bahawa penjajahan bermula kerana krisi Melayu.Perebutan kuasa
menjadi punca.Bantuan asing membawa rebah bukan mengukuhkan kuasa yang ada.
Demikian krisis takhta dan perebutan kuasa raja dan pembesar
melayu sesama mereka terjadi di Perak,ia kemudiannya merebak ke negeri-negeri
melayu yang lain satu demi satu.Britis menggunakan model yang serupa dalam
menjajah Selangor,Negri Sembilan dan Pahang kerana faktor kelemahan dalamannya
adalah sama.Perpecahan sesama penguasa Melayu membuka pintu untuk penjajahan
dan kejatuhan kuasa Melayu.
14.Kesan penjajahan British selama lebih dari satu abad memberikan
kesan yang tidak sedikit dari segala sudut.Dasar pentadbiran British secara
Divide and Rule (Pecah dan Perintah) telah mencorakkan kehidupan Tanah Melayu
berubah sama sekali dari corak asal Melayu yang dulunya diwarnai oleh Islam
sejak kurun ke 12.
Penguasaan ekonomi penjajah di Tanah Melayu terutama di empat
negeri yang dikuasai mereka memang sangat ketara.Perlombongan bijih timah
menjadi aginda utama bersama dengan perladangan getah yang membawa kepada
penghijrahan masuk buruh-buruh dari India dan China ke Tanah Melayu.Kemasukan
pendatang India dan China ke Tanah Melayu dilaksanakan dengan penuh teliti bukan
setakat untuk mengisi keperluan buruh melainkan juga untuk menguatkan lagi
kekuasaan Bitish di Tanah Melayu.Mereka secara sengaja menyusun letak
orang-orang India di ladang-ladang getah dan orang china di kawasan-kawasan
lombong.Secara tidak langsung wujud tiga kawasan penduduk di Tanah Melayu
ketika penjajahan British.Orang Melayu secara tadisinya menjadi petani dan
nelayan di luar bandar,orang India di estet getah dan orang China di kawasan
lombong .Sekitar kawasan lombong kemudiannya berkembang pekan yang kemudiannya
menjadi bandar.Ini menjadikan orang China penghuni bandar.Inilah yang dikatakan
dasatr pecah dan perintah.
15.Dasar Pecah dan perintah menjadi lebih ketara apabila British
memberikan kebebasan kepada masing-masing kaum menjalankan pendidikan
persendirian ,mereka dengan menggunakan sistem dari negara asal masing-masing.Perpecahan
kaum di Tanah Melayu bermula di sini.Sementara kaum pendatang menjadi bertambah
maju dengan sokongan penjajah dalam memajukan perdagangan mereka,nasib orang
Melayu diketepikan apabila dibiarkan di kampong dan ditepi laut dengan
pekerjaan tradisi mereka secara sara diri sepanjang penjajahan British.
16.Pada akhirnya timbul semangat nasionalisma di Tanah
Melayu.Kurun ke 20 menyaksikan kebangkitan semangat kemerdekaan di
negara-negara yang dijajah diseluruh dunia.Orang Melayu yang telah merasa kesan
buruk dari penjajahan telah bangun,membuka mata dan mencari kemerdekaan untuk
agama,bangsa dan negara mereka.Mencari kemerdekaan dari penjajah yang telah
menukar corak dan bentuk negara selama penjajahan mereka rupanya bukan kerja
mudah.Kemerdekaan yang dicapai dalam tahun 1957 adalah kemerdekaan perkongsian
semua bangsa yang berada di negeri Tanah Melayu.Mengongsi kemerdekaan bersama
berbagai bangsa adalah sukar dan penuh bahaya.Itulah harga sebuah kemerdekaan
yang diberikan British kepada kita sebagai hasil penjajahan yang semuanya
berpunca dari kesilapan Melayu sejak mula.Mereka berbalah merebut kuasa keran
bagi mereka kuasa itu adalah segala-gala.Penguasa Melayu percaya bahawa orang barat itu sahabat setia
tetapi mereka sebenarnya bulldozer.
17.Hari ini Melayu berpecah lagi.Sejarah lama berulang lagi.Pulau
Pinang dikuasai oleh Francis Light seawal 1786 adalah kerana perbalahan Melayu
sebenarnya sehingga Pulau Pinang diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur
Inggeris yang diwakili oleh Francis Light.Demikian juga Singapura di kuasai
Stanford Raffle juga kerana perbalahan melayu berpunca kuasa dan takhta.Maka
sekarang dalam zaman merdeka Melayu tetap selalu lupa akan sejarah bangsanya.
18.Dalam melakar sejarah moden menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang 2020,Melayu tidak semakin maju dari segi fikiran dan tindakan
mereka.Mereka gemar berkelahi sesama sendiri kerana merebut kuasa.Satu kalangan
dari mereka merasa bahawa mereka lebih bijak dari satu kumpulan Melayu yang
lain.Mereka merasa kalau mereka mendapat kuasa meraka akan boleh berbuat lebih
baik dari pemenrentah yangt ada untuk membawa Malaysia ke puncak Jaya.Satu
kalangan orang Melayu menjadikan Islam sebagai alat untuk meraih sokongan
rakyat menyokong mereka bagi mendapatkan kuasa.Ia memburukkan pehak Melayu yang
lain lawannya dengan seburuk-buruk gambaran.Setengah mereka menghalalkan cara
untuk mencapai matalamat berkuasa.Demikianlah satu waktu isu kafir mengkafir
menjadi fenomena dalam kempen politik antara parti PAS dan UMNO.Kalangan
pemimpin PAS menuduh mereka yang menyokong UMNO sebagai kafir.Perpecahan parah
telah berlaku dikalngan orang Melayu apabila satu waktu dulu keluarkan
"Amanah Haji Hadi" yang antara lain membenarkan darah orang UMNO yang tidak menyokong perjuangan PAS boleh
ditumpahkan!.Wujud sembahyang dua imam.sembelihan orang UMNO haram
dimakan,salam orang UMNO tak wajib di jawab dan berbagai lagi.Semuanya membawa
kesan buruk perpecahan Melayu.
19.Perpecahan Melayu nampaknya tidak akan berakhir selagi matahari
masih memancar dan bulan bintang masih
bersinar.Sekarang ini kedudukan orang Melayu semakin lemah apabila mereka
berpecah lagi dengan timbulnya Parti baru Amanah.Amanah adalah sebuah parti
serpihan daripada PAS.Mereka yang kalah dalam pertandingan pucuk pimpinan bulan
Julai 2015 yang lepas melepaskan kekeciwaan mereka dengan menubuhkan parti baru
yang kononnya untuk menjadi pengganti kepada PAS.Parti Amanah yang dipimpin
oleh Mat Sabu ini akan memasuki gelanggang politik Malaysia dan tentu akan
bersedia untuk bertanding tiga penjuru bersama dua lagi parti Melayu iaitu UMNO
dan PAS.Mereka katanya akan bekerjasama
rapat dengan PKR untuk menjatuhkan UMNO dan PAS.Tuduh menuduh antara satu
samalain dikalangan parti-parti Melayu ini semakinj menjadi.Media sosial dalam
zaman globalisasi dan di bawah kolong
langit terbuka memain peranan sebebasnya menyebarkan tuduhan termasuk fitnah
dan pembohongan yang semuanya membawa kepada perpecahan umat Melayu.
20.Bilakah orang Melayu tahu dan mahu untuk bersatu.Mengapakah
Islam yang sama dan bahasa bangsa yang sama bagi orang Melayu masih belum mampu
menyatukan mereka.
21.Krisis politik dalam UMNO diakhir-akhir ini pula menjadikan
kedudukan politik Melayu semakin
tenat.Pemimpin dan rakyat terbanyak mesti berfikir dengan kepala yang sejuk
supaya krisis besar ini dapat diselesaikan secara bijaksana dan tidak
memburukkan lagi nasib dan kekuasaan Melayu di negara ini.
Dalam kaadaan seperti ini pemerentah dan rakyat jangan mengambil
pembantu dari luar untuk mengajar kita berjalan dan berlari.Negara kita
tanggung jawab kita,Tentunya kita ada cara untuk menyelesaikanya.Gunakan
kebijaksanaan dalam menyelesaikan sengkita.Keselamatan Melayu ditangan Melayu.
22.Jangan biarkan sejarah kegagalan dan kejatuhan Melayu
berulang.Jangan biarkan "History repeat itself".
Nik Ariff Raja Yusoff
Kota Bharu,Kelantan.
12 November 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)