Friday, November 27, 2009

Pak Hitam Pendatang Dengan Izin Yang Menyakitkan



Warga Afrika yang demikian besar jumlahnya masuk ke Malaysia sekarang jelas telah menimbulkan masalah.Mereka masuk ke negara ini dengan izin melalui paspot/visa pelajar untuk mengikuti pengajian di Malaysia.Malaysia sebagai a centre of education excellence telah dieksploit oleh sesetengah warga Afrika itu apabila ada diantara mereka yang melakukan aktiviti melanggar undang-undang dan peraturan Malaysia.

2.Kegelisahan sesetengah kalangan rakyat kita dibeberapa bahagian tertentu negara kita memberikan sedikit kejutan baru terutama apabila media kita sudah memaparkan beberapa berita panas aktiviti Pak Hitam itu.

3.Kita akui baiknya negara kita membuka peluang kepada pelajar asing untuk mengutip ilmu dari negara kita.Kita berbangga kerana kita mampu menyumbang untuk memberikan pendidikan kepada warga asing supaya mereka turut mampu membangunkan negara masing-masing dengan ilmu yang diperolehi dari negara kita.

4.Kolej-kolej swasta dalam keghairahan mencari kekayaan mesti mengambil tanggung jawab bagi mempastikan penuntut asing di institusi masing tidak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengawasan.Sepatutnyalah mereka yang dilaporkan menyeleweng perlu segera diberhentikan.Mereka perlu segera ditamatkan pas pelajar masing-masing.Mereka perlu segera dihantar pulang ke negara mereka atas atas keselamatan.

5.Pegawai-pegawai Kementerian pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi perlu bekerjasama atau duduk semeja dengan pegawai-pegawai Kementerian keselamatan Dalam Negeri untuk mencari kaedah dan formula supaya negara kita tidak menjadi tempat belajar bagi anak-anak warga asing yang kaya raya tapi tidak beradap dan tidak berdisiplin.Setengah daripada mereka memang pun sudah menpunyai rekod jenayah di negara masing-masing tetapi dengan mudah mendapat tempat belajar di negara ini kerana kita terlalu luas membuka pintu untuk menerima mereka.


No comments:

Post a Comment