Friday, November 18, 2016
BAJU KUNING BAJU MERAH DALAM PENGISIAN 19 NOVEMBER 2016
19 November tiba esok.Tarikh yang ditentukan untuk penentang kerajaan Kumpulan baju kuning berarak di jalan raya untuk menuntut pilihanraya bersih dan mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan akan berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.Barangkali sejak hari ini sudah berduyun-duyun wartawan dalam dan luar negara sudah berhimpun dan bersiap sedia untuk membuat liputan tunjuk perasaan yang terbesar pernah diadakan di negera ini.
19 November akan terakam dalam sejarah sebagai satu peristiwa penting yang akan dikenang sebagai sebuah manifestasi kecelaruan fikiran rakyat,kemarahan dan kebencian rakyat terhadap cara-cara kerajaan yang ada melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya..Dibelakang peristiwa besar ini sudah pun terjadi empat tunjuk perasaan yang serupa.Bersih 1,2,3 dan 4 sudah pun terjadi dengan pelbagai kejadian buruk dan baik yang telah dirakam sejarah.Di pihak pembangkang mereka mengatakan mereka telah berjaya mengadakan perarakan di mana untuk kesekian kalinya pengikut semakin bertambah turun ke jalan-jalan raya menunjukkan perasaan mereka.Bilangan yang semakin ramai bersedia turun berarak ini bagi pembangkang membakar semangat mereka untuk meneruskan tindakan mereka berarak di jalan raya setelah cara-cara lain yang lebih demoratik untuk menyuarakan tuntutan dan kehendak mereka tidak dilayan secara demokratik oleh pemerentah, itu kata mereka.
Dengan senario baru ini politik Malaysia menjadi semakin panas dan rancak.Kegelisahan rakyat juga semakin membahang dan menjadikan mereka semakin terdesak untuk turut sama menyatakan kehendak dan perjuangan mereka melalui tunjuk perasaan di jalan raya.Politik jalan raya sudah mewarnai politik Malaysia.Ini perkara baru yang tidak pernah berlaku sebelum ini.Suatu waktu dulu dalam politik kampus sudah pun wujud "Speaker Corner" di mana pemimpin pelajar yang saya ingat seperti Hishamuddin Rais pernah berpidato di situ dengan dikerumuni ramai pelajar untuk mendengarnya.Saya pun turut sama pada tahun 1972 itu mendengar yang diucapkan tentang krisis kelaparan penduduk Baling Kedah.Peristiwa itu terjadi di Kampus Universiti Malaysia tahun 1972,yang kemudiannya amalan itu diharamkan dengan wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti semasa Tun Mahathir menjadi Menteri Pelajaran.
Dalam zaman internet ini sewaktu langit dan bumi sudah hilang sempadan dan ketika ruang dunia sudah menjadi semakin sempit maka segala perkembangan baik dan buruk dapat bergerak dengan pantas melewati sesiapa sahaja.Seekor kucing yang diperlakukan secara kejam oleh seorang yang memeliharanya akan segera mendapat respon dari puluhan ribu orang diseluruh dunia melalui viral.Bayangkan bagaimana berita kemenangan Donald Trump sebagai Presiden baru Amerika Syarikat telah mendapat pulisiti dan liputan seluruh dunia dengan begitu pantas dan begitu meluas dalam masa beberapa saat sahaja selepas berita itu diumumkan.Bayangkan bagaimana Arab Spring mendapat liputan dan segera diketahui oleh semua orang di seluruh pelusuk dunia sehingga mempengaruhi dunia Arab dan bukan Arab untuk mengikuti dan mencontohi kejadian tersebut.
Demikanlah pantasnya pula sesuatu berita dalam kancah politik Malaysia datang di depan mata dan menyentuh gegendang telinga setiap rakyat Malaysia yang tidak buta dan tidak tuli tentang segala hal ehwal Malaysia.Rakyat Malaysia dalam zaman internet ini sudah tidak lagi boleh diperbodohkan dengan cerita-cerita palsu atau angka-angka serta data-data yang neragukan tentang sesuatu yang terjadi disekeliling mereka.Mereka sudah terpelajar dan mempunyai kelulusan tinggi dan kerana itu mereka banyak menuntut untuk mendapatkan hak mereka sebagai rakyat.Dalam demokrasi dinyatakan hak rakyat dan dinyatakan hak pemerentah.Demokrasi menjunjung keadilan dan hak samarata kepada semua orang.Sekiranya hak-hak ini dilanggar maka akan wujud kepincangan dan huruhara mungkin boleh tercetus.
Adakah politik jalan raya ini jelas menggambarkan bahawa kerajaan yang ada sudah gagal dalam melaksanakan misinya sehingga rakyat begitu marah dan membenci kerajaan.Adakah pembenci-pembenci kerajaan ini sudah tidak boleh bersabar lagi.Adakah tidak ada cara lain lagi untuk menyatakan bantahan dan kemarahan kepada kerajaan.Adakah hanya berarak membawa slogan anti kerajaan,berpekik membenci Perdana Menteri,malah dengan sumpah seranah kepadanya akan membawa natijah baik sehingga kerajaan yang memerentah akan sedar kesilapan mereka dan dengan itu kerajaan mengambil langkah memperbaiki kelemahan mereka.Kalau ini sudah berkaku ;tidak payah lagi untuk mengadakan BERSIH 5 kata pihak penentang itu.Kalau kerajaan dengar suara rakyat maka tidak perlu lagi disusun bersih-bersih sanpai lima siri seperti yang akan berlaku esok.
Dalam beberapa siri BERSIH yang lalu beberapa pemimpin pembangkang seperti Saudara Anwar Ibrahim turut turun menyertainya.Tetapi kali ini Anwar tidak lagi boleh bersama kerana masih terpenjara di Sungai Buluh.Walau apa pun jiwa dan rohnya akan bersama-sama dalam perarakan aman tersebut.Nama dan gambarnya akan dibawa berarak sebagai pemimpin idola mereka.Tetapi mungkin kekuatan perarakan kali ini adalah kerana kehadiran Tun Dr Mahathir Muhammad bekas Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri MuhyiddinYassin bekas Timbalan Perdana Menteri yang telah di pecat dari Kabinet Dato Sri Najib.
Mungkin menjadi pertanyaan ramai mengapa orang seperti Tun Dr Mahathir yang sekarang sudah berusia 91 tahun sanggup turut berarak dalam menyatakan bantahan kepada kerajaan pimpinan Dato Sri Najib ini.Semakin banyak orangyang bertanya barangkali akan menjadi semakin banyak orang yang meneui jawapannya.Dan kerana itu barangkali ia menjadi penyentuh jiwa menggerakkan lebih ramai orang tua dan muda untuk turut berarak bersamanya.
Seperti perkembangan yang ada PAS tidak akan menyertai perarakan ini.Jawapan kepada pertanyaan mengapa ini terjadi kali ini sukar untuk di jawap kerana dikalangan pemimpin PAS sendiri jawapan itu mungkin pelbagai.Secara tidak langsung keengganan PAS untuk menyertai perarakan tunjuk perasaan ini juga menggambarkan PAS sedang berada dalam kecelaruan.Parti-parti politik lain yang menganggotai Pakatan Harapan akan turun beramai-ramai menyokong dan memeriahkan perarakan ini,ini termasuklah dari Parti Pribumi Bersatu Rakyat Malaysia (BERSATU) pimpinan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ini adalah dua pemimpin baru yang kali pertamanya menyertai perarakan ini.Apakah impak darinya.Kita akan menjawapnya selepas 19 November 2016.
Satu perkembangan baru yang sangat menarik ialah perarakan tunjuk perasaan itu akan menjadi bertambah ramai dan rancak kerana dikatakan penyokong kerajaan yang memerintah dari Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato Jamal Yunos akan mengetuai satu kumpulan yang berpakaian baju merah untuk turut sama turun dengan matalamat untuk menghalang dan menyekat kumpulan pembangkang BERSIH yang memakai baju kuning.Kalau tidak salah ingatan , kumpulan Baju Merah pimpinan Dato' Jamal adalah kumpulan yang baru muncul dalam tahun 2016 setelah ura-ura BERSIH 5 akan melancarkan satu perarakan besar-besaran pada 19 November.Tujuan mereka katanya adalah untuk menghalang supaya bersih dapat digagalkan.Mereka telah bertindak menyekat gerakan promosi dan publisiti yang dijalankan oleh BERSIH di seluruh negara.Dibeberapa tempat terjadi beberapa perbalahan kecil bila terjadi pertembungan diantara dua puak dengan misi dan visi yang bertentangan itu.
Adalah ditakuti dan dibimbangi pertembungan kedua kumpulan Baju Merah dan Baju Kuning esok ini akan mengundang malapetaka yang akan tercatat sebagai satu lagi sejarah duka dalam politik Malaysia.Kalau kumpulan yang sama beberapa minggu lalu sudah menunjukkan kekuatan pertahanan diri di depan pejabat Malaysiakini dalam uasaha ereka membantah Malaysinikini bagaimana pula kekutatan mereka akan dipersembahkan pula esok dalam perarakan ramai itu.Apakah akan terjadi perbalahan yang mencetuskan berulangnya 13 Mei.Pertanyaan ini takut untuk dibawa tetapi selagi ketakutan semata-mata tanpa ada usaha untuk menyekat dan membendungnya mala petaka tidak akan dapat disekat dari berlaku.Kita menantikan peranan pasukan polis untuk mengawal kaadaan.Mampukan pasukan polis kita mengawal begitu ramai penuinjuk perasaan yang turun dengan kemarahan masing-masing.Baju kuning turun kerana marahkan kerajaan Barisan Nasional sementyara Baju Merah turun untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional dengan kemarahan yang membuak kepada puak-puak baju kuning.
Semoga Allah menyelamatkan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment