KEUTUHAN ISLAM : SYARAT PENYATUAN MELAYU
Orang Melayu telah lama diasuh dan dididik oleh Islam.Islam telah sampai
di Alam Melayu dan mula bertapak disatu perkampongan yang disebut dalam laporan
China sebagai Ta-shih.Perkampongan ini terletak di utara Pulau Sumatera .Ianya
dikatakan wujud sekitar abad pertama Hijrah atau abad ke tujuh Masehi.Laporan
China menyebut bahawa bahawa Ta-Shih telah pun mengadakan perhubungan dengan
negeri China dalam tahun 650 masehi.
2. Kebangkitan dan kegemilangan kerajaan Samudera-Pasai di masa
pemerentah-pemerentah dari keturunan Sultan Malik-Al-Saleh dan anakandanya
malik-Al-Zahir dari tahun-tahun 1261-1428 menyubur dan menyebarkan pengaruh
Islam ke seluruh Nusantara (Alam Melayu).
3. Samudera -Pasai pada masa itu merupakan pusat dakwah dan pendidikan
Islam yang terutama di Kepulauan Melayu.Dari Sumatera -Pasai islam telah
berkembang ke kawasan-kawasan lain termasuk Kedah,Pattani,Jawa,Sulawesi dan
Melaka.
4. Adalah dibahaskan siapakah Raja Melaka yang pertama memeluk Islam
ialah samada Megat Iskandar Syah (Sultan Megat)(1414-1424) iaitu pemerentah
kedua neehgeri Melaka atau Parameswara iaitu pemerentah Melaka yang
pertama.Dari naskhah-naskah tua Melayu dikatakan Parameswara yang mula-mula
memeluk Islam.Beliau memeluk Islam berikutan dari perkahwinannya dengan puteri
Pasai dalam tahun 1406 iaitu lapan tahun sebelum baginda mangkat 1414.
5.Apabila Raja telah memeluk Islam ianya telah diikuti oleh
pembesar-pembesar dan rakyat seluruhnya.Hal ini kemudian merebak ke negeri-negeri
lain di Tanah Melayu yang berada dibawah kekuasaan Melaka..
6.Sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu telah wujud kerajaan-kerajaan
yang menurut cara dan model India.Hubungan perdagangan antara India dan
Kepulauan Melayu sejak abad pertama masehi dikatakan telah menyebabkan
pedagang-pedagang India selain dari berdagang mereka telah mengembangkan ugama
dan budaya mereka ke Alam melayu.Tersebarlah Ugama Hindu di Alam Melayu
bersama-sama dengan perkembangan kerajaan dan kemakmuran perdagangannya.
7. Zaman pengaruh kebudayaan Hindu India di Alam Melayu ini dikenali
sebagai zaman Indianisasi (Indianisation).Zaman ini kemudian bertukar kepada
pengaruh Islam sekitar abad ke 12 apabila pengaruh tersebut menular masuk ke
kepulauan Melayu yang juga melalui perdagangan dari pedagang-pedagang Islam
yang bermula dari Yaman di selatan Semenanjung Tanah Arab.
8. Dari Zaman Melaka kurun ke 15 hingga zaman penjajahan British yang
bermula dalam kurun ke 19,Tanah Melayu telah mengalami beberapa peristiwa
penjajahan barat dalam skala yang kecil.Penjajajan Portugis dari 1511-1641 dan
penjajahan Belanda dari 1641-1824.Masing-masing penjajah ini telah membawa
Keristian ke Melaka.Walaupun penyibarannya tidak meluas tetapi gangguan kepada
keutuhan Islam telah pun bermula.Gereja-gereja telah didirikan oleh penjajah
ini di Melaka sebagai simbol kegiatan Keristian telah berlaku.Kedatangan St
Francis Xavier ke Melaka adalah dalam tujuan yang sama.Kematian Xavier di bumi
Melaka juga menunjukkan bahawa aktivitinya begitu lama dan serasi di negeri
itu.
9. Kedua-dua penjajah ini telah dikatakan membawa ubur dan dendam Perang
Salib di mana semangat untuk menghancurkan penganut Islam telah mulai membara
berikut dari kekalahan barat kepada kuasa Islam di tangan Sultan Sallehuddin Al
Ayubbi.
10. Zaman penjajahan Barat dalam kurun ke 19 dalam skala yang
besar,terancang dan sistematik telah mengubah lanskap
politik,sosial,ugama,ekonomi dan budaya masyarakat Tanah melayu secara
keseluruhannya.Paradigma orang Melayu Islam telah bertukar warna hasil proses
pembaratan yang dilaksanakan British dengan tersusun dan teratur.Model
Pemerentahan British dari India telah di bawa ke Tanah Melayu dan dilaksanakan
dengan jayanya di bumi ini.Corak pemerentahan British dan dasar pendidikan yang
diperkenalkan mereka telah berjaya membaratkan masyarakat Melayu Islam di Tanah
Melayu.Nilai-nilai Islam yang telah bertapak digoyang dan digoncang dengan pola
kehidupan dan pemikiran barat yang berciri kebendaan.Mereka memisahkan ugama
dengan politik dan pemerentahan sehingga kuasa ugama menjadi sangat terhad
dalam menguasai kehidupan seharian manusia.Demikianlah orang Melayu Islam di
Tanah Melayu mulai mengkagumi nilai hidup barat dan sedikit demi sedikit
menolak nilai Islam yang nampaknya belum begitu kukuh dan menyeluruh mengisai
minda dan fikiran orang Melayu pada waktu sebelum penjajahan itu sendiri pun.
11. Kemasukan kaum China dan India ke Tanah Melayu untuk memenuhi
keperluan buruh oleh pengusha Biritish telah menimbulkan satu fenomena baru di
bumi ini.Pelaksanaan Dasar Divide and Rule (Pecah dan Perintah ) oleh British
di Tanah Melayu mencetuskan isu perkauman di Tanah Melayu yang ianya terus
berlanjutan sehingga ke hari ini.Inilah hadiah penjajahan British yang paling
mahal dalam sejarah Malaysia untuk Tanah Melayu dan khususnya orang
Melayu.Masalah perkauman menjadi elemen yang sangat menggugat keharmonian dan
kehidupan seluruh rakyat negara ini.Kesan perpecahan yang berlaku sejak zaman
penjajahan British dan ditinggalkan untuk Tanah Melayu merdeka gagal ditangani
hingga saat ini.Sememangnya itu juga rancangan penjajah untuk sebuah negara
yang diberikan kemerdekaan dengan jari yang lurus tetapi kelingkingnya berkait.
11.Sejak sekian lama Islam bertapak di Tanah Melayu dan setelah melalui
berbagai fasa dalam sejarahnya,Islam kelihatannya belum begitu utuh dipegang
dan dipeluk oleh orang Melayu.Pengaruh Hindu yang bertapak beratus-ratus tahun
di Kepulauan Melayu nampaknya masih dominan dan dapat hidup mencelah dalam
sisi-sisi tersembunyi kehidupan orang Melayu di negara ini.Amalan khurafat yang
berpunca dari pengaruh Hindu masih menjadi budaya orang Melayu dalam
setengah-setengah kaadaan disesetengah tempat.
12. Jadi sangat ketara dan wajar disebut bahawa sekian lama Islam berada
di bumi kita ini tetapi ia masih belum bertapak kukuh dalam hati sanubari
orang-orang Melayu.Memang orang Melayu keseluruhannya menganut Ugama Islam
tetapi pegangan mereka kepada Islam tidak mendalam dan gagal mendasar ke hati
nurani mereka.Kekacauan minda hasil kocakan dan pujukan budaya barat menjadikan
orang Melayu Islam kalah dengan kebendaan kerana Islam mengajar tentang dosa
dan pahala.Tetapi itu semua tidak boleh dipegang dan tidak boleh secara
sepontan dibuktikan secara saintifik.
13. Benar Islam mengajar umatnya untuk bersatu teguh dan jangan berpecah
belah.Islam mengajar supaya umatnya dengan kuat berpegang pada tali Allah dan
jangan berpecah belah.Ini ditegaskan oleh Allah dalam kitab Suci Al Quran.Ini
syariat yang mesti dipatuhi tanpa soal.Tetapi mengapa orang Melayu berpecah dan
tidak bersatu.Mengapa mereka tidak mempercayai sesama Melayu Islam,Mengapa
mereka berkawan dengan orang bukan Melayu dan bukan Islam dalam usaha untuk
membangun dan membina negera dengan menolak dan membuang mereka dari bangsa dan
agama yang sama.
14.Banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain yang boleh dikemukankan untuk
menunjukkan bahawa orang Melayu yang beragama Islam di Tanah Melayu dan di
Malaysia ini tidak bersatu di bawah panji-panji Islam.Ini adalah gambaran
kekeliruan umat yang sangat ketara di Malaysia sekarang ini.
15. Ada pehak orang Melayu yang berpendapat bahawa aliran pemilkiran
mereka adalah lebih relevan dibandingkan dengan pihak yang satu lagi.Inilah
satu perkara yang meemahkan perpaduan Melayu kerana perbezaan cara dan pendekatan
berfikir.Umat Islam telah lama berpecah kerana perbezaan Mahzab.Pertelingakan
kumpulan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah bukan perkara baru dan masih
berleluasa sehingga sekarang yang membadai dan membawa kejatuhan negara-negara
Asia barat apabila datangnya campurtangan asing yang penuh berkepentingan.
16.Kerana hal yang demikian di negara kita ini wujudlah pelbagai
kumpulan manusia Melayu Islam yang berpayung di bawah beberapa pertubuhan
politik.Ada orang Melayu bernaung di bawah payung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu),ada sebahagian lain di bawah PAS (Parti Islam Se Tanah
Melayu).Kemudian dalam kurun ke 21 ini wujudlah pula PKR (Parti Keadilan
Rakyat) dan yang terakhir timbul PAN (Parti Amanah Negara).Kurun ke 21 masih
panjang dan saya percaya selagi elemen Islam tidak dapat menguasai hati nurani
Melayu sekuat dan seutuhnya maka sampai bila-bila bangsa Melayu akan
berpecah.Kerana Islam gagal menyatukan mereka.
Politik walau sekuat mana pun tanpa Islam yang mendasari pegangan orang
Melayu akan tetap gagal untuk menyatu dan menyelamatkan orang Melayu.Orang
Melayu hanya boleh bersatu sekiranya semua orang Melayu menghayati Islam yang
sebenar-benarnya dan seutuh-utuhnya.
17.Pertelingkahan Melayu Islam di Malaysia berpunca kerana semuanya
tidak mengamalkan syariat Islam yang serupa dan satu.Satu pehak menganggap
Islam mereka lebih tepat dan lebih betul dibandingkan dengan pehak yang satu
lagi.Dari kaadaan ini timbul kaadaan yang lebih ekstrim apabila pihak yang
merasa ia betul dan benar mengkafirkan pehak yang satu lagi itu,Ini menimbulkan
jurang dan pemisahan dalam komunikasi dan membawa dendam serta perpecahan
18. Dalam masyarakat majemuk di Malaysia perpecahan orang Melayu Islam
memberi implikasi politik dan sosial yang lebih jauh.Ini adalah kerana proses
tawar menawar dalam mendapat kuasa,pengaruh dan peluang bergantung kepada
kekuatan dan keutuhan serta perpaduan satu-satu kaum yang menjadi penduduk
negara ini.
19.Kalau Islam tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya oleh orang-orang
Melayu sehingga hati dan jiwa mereka tidak menjadi satu,kuat,utuh dan jelekit
maka jangan diharap penyatuan Melayu akan menjadi kenyataan.Selagi orang Melayu
tidak berpegang teguh kepada agama dan syariat yang satu yang mengajar mereka
untuk bersatu maka tunggulah satu hari orang Melayu akan kehilangan tanahnya
yang bernama Melayu itu.
No comments:
Post a Comment