Soalan apakah UMNO / BN akan kalah dalam pilihanraya umum (PRU) ke 14 tahun 2018 masih menjadi tanda tanya bagi banyak pehak.Dia ditunggu oleh banyak orang di dalam dan di luar Malaysia.PRU 14 dikatakan ibu segala pilihanraya.PRU 13 yang berlangsung tahun 2013 juga pernah dikatakan sebagai ibu segala pilihanraya.Nampaknya cuaca politik Malaysia di zaman pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri berada dalam suatu suasana yang tidak menyenangkan.Ia panas dan kedudukannya sebagai seorang Perdana Menteri adalah tergugat.
KESAN PRU 13
PRU 13 datang dalam suasana kebangkitan Pakatan Rakyat (PR) .PR yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat,PAS.dan DAP.Pakatan ini memberikan persaingan kuat kepada kerajaan UMNO /BN yang dipimpin DS Najib Razak.DS Najib Razak baru berada di kerusi Perdana Menteri selama hampir empat tahun ketika PRU itu diadakan apabila dikira tempoh jawatannya bermula April 2009.
Tun Abdullah Badawi diminta untuk melepaskan jawatanya lebih awal dari masanya.Ini didorong oleh beberapa faktor.Faktor utamanya adalah kekalahan teruk UMNO / BN dalam PRU 12 tahun 2008.Kerajaan hilang dua pertiga majoriti dalam Parlimen.Pentadbiran Tun Abdullah Badawi dikatakan lembik dan kurang berwibawa.Barangkali juga beliau kurang sehat kerana sering dilihat be sering tertidur dalam banyak majlis di dalam atau luar negara.Pengaruh menantunya Khairy Jamaluddin yang kuat ke atas pentadbiran Tun Abdullah juga dijadikan alasan.
Kekalahan teruk yang dialami oleh Tun Abdullah dalam PRU 12 juga senasib diterima DS Najib dalam PRU 13. Sekali lagi kerajaan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.Kemenangan UMNO / BN yang tidak bergaya itu menimbulkan bukan sahaja kritikan dari dalam dan luar UMNO / BN.Tun Dr Mahathir bekas Perdana Menteri yang pernah turut memainkan peranan mengangkat Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri merasa keciwa.Demikian keciwa Tun M pada Tun Abdullah demikian juga keciwanya beliau dengan pencapaian DS Najib dalam PRU 13 ini.Kritikan Tun Mahathir kepada kelemahan DS Najib bermula lebih rancak setelah nasehatnya secara baik kelihatannya tidak dipedulikam Najib.

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO.
Tindakan Tun Dr Mahathir meninggalkan UMNO bukan perkara baru baginya.Ia telah pernah dipecat dari UMNO dalam zaman pentadbiran YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj.Tun M juga pernah keluar UMNO di zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi walaupun kemudiannya kembali menyertai UMNO selepas itu.Kembalinya beliau kepada UMNO dalam kaadaan jiwa yang luka dan kekeciwaan yang kian menekan.
Berbeza di zaman pentadbiran DS Najib apabila Tun Mahathir bukan sahaja meninggalkan UMNO tetapi lebih parah kesannya kepada UMNO / BN apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.Mereka tiga serangkai ini merupakan harimau luka.Mereka adalah bekas-bekas pemimpin UMNO yang telah lama berada dalam tampok kekuasaan UMNO terutama Tun M dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KRISIS POLITIK MALAYSIA
Tempoh kedua pentadbiran DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia (2013-2018) adalah suatu tempoh kritikal dalam politik Malaysia.Kejayaan pembangkang yang dipimpin Pakatan Rakyat dalam PRU 13 di mana PR menguasai sehingga 52% undi popular adalah sesuatu yang sangat mengejutkan UMNO /BN.Suasana mesyuarat Parlimen sentiasa kecoh dengan siri-siri pertikaman lidah antara ahli parlimen kerajaan dengan pembangkang.Sesuatu isu yang dibangkitkan sering menjadi panas.Speaker Dewan Rakyat sentiasa tertekan dengan suasana hingar bingar dan sesuatu perdebatan seolah-olah berlaku di luar kawalan.Pengalaman ahli-ahli pembangkang keluar meninggalkan dewan juga bukan terjadi sekali dua malah acap kali.Parlimen kadang-kadang kelihatan riuh rendah seperti di pasar ikan.Budi bahasa sesetengah ahli-ahli parlimen pembangkang atau kerajaan sudah menurun rendah dan kelihatan tidak sopan dalam berhujjah.Dewan yang mulia itu sudah hilang kemuliaannya.
Serangan peribadi seorang Timbalan Menteri kepada Ahli Parlimen PKR Teresa Kok satu waktu yang lalu telah menjadi isu panas.Ia serangan peribadi yang dilihat oleh kebanyakan orang yang bermoral sebagai sesuatu yang keterlaluan.Seorang menteri sebuah kerajaan yang bermoral tidak sepatutnya berbuat demikian.Ia kelihatan merendahkan martabat parlimen yang dipandang mulia itu.Seorang ahli parlimen pembangkang kemudian menuduh Timbalan Menteri berkenaan sebagai biadap dan "sial".Peristiwa itu tidak habis di situ sahaja apabila kumpulan yang menyokong Timbalan Menteri berkenaan kemudiannya datang ke kawasan parlimen untuk mengambil tindakan secara tidak sepatutnya kepada ahli parlimen yang mengeluarkan kata-kata demikian.Semuanya ini adalah sejarah baru yang dirakamkan dalam sejarah Parlimen Malaysia.
BENCANA ALAM DAN MALA PETAKA.
Setahun selepas pilihanraya 2013 banjir besar melanda negeri-negeri pantai timur semenanjung.Banjir besar akhir tahun 2014 yang melanda negeri Kelantan merupakan banjir terbesar selepas banjir air merah tahun 1927 yang pernah menyerang Kelantan.Rumah,harta benda dan nyawa telah menjadi mangsa banjir dengan menelan kos beratus juta ringgit.Kerja-kerja pemulihan banjir bukan sahaja mengambil masa lama tetapi menelan belanja yang juga besar.Kerja-kerja pemulihan banjir oleh kerajaan sehingga saat ini pun masih belum selesai semuanya.Rumah-rumah yang dicadang untuk dibangunkan kerajaan kepada rakyat miskin yang dipindahkan dari kawasan bencana masih belum sepenuhnya dapat disiapkan sehingga sekarang.
Dalam kaadaan politik negara yang panas di sana sini Malaysia dikejutkan pula dengan kehilangan kapal terbang MAS yang dipandu tidak sampai pada destinasinya Beijing.Kehilangannya menjadi misteri kerana sehingga saat ini bangkai pesawat dan semua penumpang serta anak-anak kapalnya hilang ghaib begitu sahaja.Tekanan dari waris-waris penumpang serta kos yang ditanggung oleh MAS dan kerajaan Malaysia dalam mengendalikan segala urusan berkaitannya bukan sahaja menelan belanja ratusan juta lagi tetapi tekanan-tekan psikologi yang lain menjadikan Malaysia yang sudah tertekan menjadi lebih terhimpit.
Tidak berakhir di situ apabila kemudiannya Malaysia mendapat kejutan yang lebih besar dengan penerbangan MAS dari Belanda ke Kuala Lumpur melalui ruang udara yang sedang bergolak perang di angkasa Ukraine Russia.Kapal terbang MAS dengan lebih 280 penumpang dan anak kapal itu ditembak jatuh pecah bertaburan di ladang gandum di daerah yang dilanda perang itu. Peristiwa malang itu bukan hanya kesedihannya ditanggung oleh Malaysia tetapi seluruh negara di mana rakyat masing-masing menjadi korbannya.Apalah malangnya nasib Malaysia untuk sekali lagi menerima ujian besar ini.Tidak sedikit pula beban kewangan dan tekanan-tekanan psikologi yang terpaksa di tanggung oleh pihak-pihak yang terlibat dengannya secara dekat.
Sesungguhnya tempah lima tahun selepas PRU 13 adalah tempoh yang sangat mencabar dalam kehidupan Malaysia.Ia bukan sahaja berkaitan politik tetapi ekonomi dan sosialnya.Ia melibatkan hal -hal antarabangsa yang perlukan penyelesaian tuntas untuk menghadapinya.
CABARAN POLITIK
UMNO sangat menginsafi bahawa kekuatan pembangkang dan barisannya adalah kerana wujudnya Pakatan Rakyat sehingga berjaya memperolehi 52% undi popular dalam PRU 13.Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS,DAP dan PKR itu memberikan goncangan kuat kepada UMNO / BN dalam PRU 13.
Politik Malaysia memasuki kurun ke 21 dengan kemunculan parti-parti pembangkang yang dari masa ke semasa menjadi semakin kuat dan matang dalam menghadapi UMNO / BN. Karenah dan kelemahan kerajaan dicari dan didedahkan dengan seluas-luasnya.Setiap kelemahan kerajaan dipergunakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat supaya kerajaan pemerentah segera perlu ditukar.Slogan "Ini kalilah" menjadi satu slogan supaya dalam PRU 13 dulu dijadikan masanya supaya rakyat jatuhkan kerajaan pimpinan DS Najib.UMNO / BN di katakan telah lama memerentah.Kerana lamanya berkuasa sejak merdeka ia dituduh sebagai tidak lagi mempedulikan rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO dituduh mengamalkan rasuah dan tidak lagi memperjuangkan kepentingan Melayu.UMNO / BN dikatakan tidak lagi relevan untuk membawa Malaysia maju ke depan terutama dalam memenuhi aspirasi rakyat yang semakin maju dan berubah.
UMNO sangat-sangat menyedari dan menginsafi akan kekuatan barisan pembangkang yang bernama Pakatan Rakyat itu.Kekuatan tokoh-tokoh terbilang dalam Pakatan Rakyat seperti DS Anwar Ibrahim Penasehat Umum PKR,TG Nik Aziz (allahyarham) sebagai Mursyidul Am PAS,TG Haji Abdul Hadi Presiden PAS serta beberapa pemimpin DAP seperti Karpal Singh (mendiang),Gobind Singh Deo (anak Karpal),Lim Kit Siang (veteran pejuang DAP yang lama berjuang),anaknya Lim Guan Eng merupakan tunggak kukuh yang mengancam masa depan UMNO / BN di Malaysia.
UMNO mengambil segala langkah untuk bukan sekadar mengekang kebangkitan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 14 tetapi untuk berusaha sekurang-kurangnya melumpuhkan kalau pun gagal untuk menghapuskannya.Pasukan pemikir UMNO / BN berusaha keras memikirkan sehingga terhasil beberapa pendekatan yang munasabah.
Ungkapan DS Najib "Tsunami Cina" bagi menggambarkan merudumnya sokongan masyarakat Cina Malaysia kepada UMNO / BN dalam PRU 13. Ungkapan itu menimbulkan rasa tidak senang hati kepada seluruh masyarakat cina Malaysia terhadap PM.Apa pun tsunami cina terjadi kerana masyarakat cina sudah bosan dengan peranan MCA yang hanya bersikap "Yes Man" kepada apa sahaja yang dibuat oleh UMNO.MCA dituduh oleh orang cina Malaysia sebagai sudah tidak relevan lagi untuk memperjuangkan aspirasi kaum mereka sendiri.Mereka beralih dengan menyokong Pakatan Rakyat yang lebih segar dengan idea dan pendekatan politik baru yang lebih mesra ke arah perpaduan kaum serta tidak bernada rasis.Sebahagian besar cina penghuni bandar tidak lagi percayakan MCA / BN.Dalam PRU 13 mereka beralih arah.
Pendekatan PAS "PAS For All" lebih menjiwai keinginan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.Masuknya PAS dalam Pakatan Rakyat menjadikan orang Cina dan Siam pun mengundi dan percayakan PAS lebih dari UMNO / BN.Perbezaan ugama nampaknya tidak menjadi halangan dalam PRU 13.Itulah rashia kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU 13.Mereka memahami selera rakyat pelbagai kaum di Malaysia melebihi dari sikap UMNO yang kelihatan mengamalkan dasar perkauman yang menebal.Ternyata rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah bosan dengan sentimen perkauman yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.
Sebebarnya keinginan UMNO/BN untuk memecahkan bentang Pakatan Rakyat sudah bermula sejak seawal selepas PRU 13 lagi.Tun Mahathir yang masih lagi ahli UMNO ketika itu manyatakan rasa keciwa yang amat sangat dengan merudumnya kepercyaan rakyat kepada UMNO / BN.Beliau mengeluarkan kenyataan yang cukup pedas dalam membandingkan kegagalan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dalam PRU 12 dengan kegagalan DS Najib dalam PRU 13.Kalau dulu prestasi Tun Abdullah sudah begitu teruk dalam PRU maka DS Najib dengan PRU 13 nya adalah lebih teruk.Demikian kata Tun Mahathir.Ia terjadi diluar dari jangkaan nya sendiri walaupun beliau telah memberi amaran bahawa hal-hal seperti itu perlu diberikan kewaspadaan sebelum itu.Ini sangat mengeciwakan pemimpin veteran itu.
USAHA PECAH DAN BELAHKAN PAKATAN RAKYAT.
Dalam PRU 13 sewaktu PAS berada dalam Pakatan Rakyat dengan slogannya PAS for All;parti itu mengambil pendekatan yang sangat lembut terhadap kaum Cina dan India di Malaysia.Isu agama tidak lagi dijadikan alasan untuk bekerjasama dengan penduduk bukan Islam Malaysia.Mereka mengambil pendirian " dakwah merentasi ugama,kepercayaan dan bangsa".Mereka juga memakai kaedah " bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam semua perkara berkaitan hubungan dan kepentingan bessama dalam Pakatan Rakyat.Ini berjaya meraih sokongan bukan Melayu kepada parti mereka.Inilah jalan yang sangat disenangi oleh TG Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS ketika itu.Nik Aziz sedia berjabat tangan tangan dan berpelukan dengan Kit Siang dan sehingga sanggup datang untuk meraikan sambutan hari jadi Karpal Singh di Pulau Pinang.
Sesungguhnya kematian Karpal Singh dan TG Nik Abdul Aziz barangkali diraikan oleh UMNO / BN.Ini dari segi politiknya; kerana kedua-dua mereka adalah tokoh besar yang telah berjaya memainkan peranan penting menggerak dan menentukan halatuju parti masing-masing dalam menentang UMNO/BN.
UMNO / BN sangat cemburu akan kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat.Sejak dalam kempen PRU 13 pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada PAS tentang kesediaan mereka bergabung dalam Pakatan Rakyat yang disertai oleh DAP.DAP diwarwarkan sebagai parti chauvinis anti Melayu dan anti Islam .UNMO menuduh DAP anti Raja-Raja Melayu dengan menegakkan konsep Malaysian Malaysia.UMNO hairan bagaimana PAS boleh dibeli dan diperkudakan oleh DAP.Gambar-gambar kartun menghina Haji Hadi dan TG Nik Aziz disebarkan di mana-mana untuk menunjukkan pakatan PAS-DAP-PKR adalah sebuah pakatan tanpa hala.Ia tidak akan sampai ke mana kerana ketua masing-masing mempunyai pendirian yang jauh berbeza.Dalam kaadaan yang sama UMNO sangat takutkan pakatan itu akan berterusan.UMNO sangat takut pakatan itu akan menjadi bertambah kuat dan ini akan menamatkan penguasaan mereka di Putrajaya.
Hudud adalah undang-undang Islam yang diperintahkan Allah untuk dilaksanakan.Ia mesti menggantikan undang-undang sekular bagi sebuah negara yang mendaulatkan Islam sebagai Ugama Persekutuan.PAS telah lama memperjuangkan Hudud untuk dilaksanakan.Ia gagal dilaksanakan kerana UMNO / BN tidak berusha untuk membawanya ke parlimen untuk dibentang dan dibahaskan.Dari segi peraturan parlimen sebarang Rang Undang-undang kebiasaannya hanya di bawa oleh anggota dari pehak kerajaan.
Tiba-tiba timbul suatu Rang Undang yang bernama RUU 355 berkenaan dengan keputusan untuk meminda peraturan mahkamah Syariah di bawa untuk dibentangkan di Parlimen.RUU 355 adalah untuk menambah baik dan meningkatkan status Mahkamah Syariah.Ia bakal diberikan lebih kuasa untuk mendenda dan menghukum pesalah-pesalah Islam melalui keputusan hakim-hakim di Mahkamah Syariah.
Ura-ura pembentangannya di Parlimen menjadi gegak gempita seluruh negara.Setiap pemimpin dan rakyatnya memberikan pelbagai respon pro dan Kon.Pemimpin UMNO kerana Melayu dan Islamnya rata-rata menyokong walau ada juga yang menentangnya.MCA menentang habis-habisan RUU itu untuk di bawa ke Parlimen apa lagi untuk dilaksanakan.MCA dan orang-orang Cina bimbang akta itu adalah suatu permulaan kepada pelaksanaan hukum Hudud yang sejak lama ditentangnya.
Dalam Pakatan Harapan sendiri pun RUU 355 tidak begitu jelas disetujui atau tidak oleh anggota-anggota komponennya.PKR tidak jelas menyokong atau menolaknya.DAP lebih banyak mendiamkan diri pada peringkat awal.Pada akhirnya seperti yang selalu dikatakan oleh mendiang Karpal Singh; langkah dulu mayatnya sebelum Undang-Undang Hudud hendak dilaksanakan.Pada akhirnya DAP tidak bersetujui dengan RUU 355 itu dilaksanakan.
Benarkah ini suasana yang ditunggu-tungga oleh UMNO.Apakah UMNO bersandiwara dalam isu RUU 355 ini.Apakah jelas kelihatan bahawa UMNO benar-benar inginkan RUU 355 atau sesuatu yang berkaiatan dengan hukum Hudud itu benar-benar dilaksanakan di Malaysia.Adakah UMNO mengatur semuanya ini sebagai suatu strategi politik untuk sengaja menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat.Apakah bermula dengan isu ini maka UMNO akan mengatur langkah seterusnya untuk menghapuskan pakatan pembangkang itu pula.
Cuba lihat perkembangan selepas itu untuk melihat lebih jauh perjalanan isu ini.Selepas pembentangan pertama yang dilaksanakan oleh TG Haji Hadi di Parlimen.Riak-riak penentangan terhadap usul persendirian dari wakil Kemaman itu sedang terdedah.Ramai kalangan ahli dewan tidak selesa dengannya.Kemudian mereka yang bukan Melayu Islam itu secara terbuka menentangnya di media kalau pun merasa kekok untuk melakukannya di Parlimen.MCA secara lantang apabila Presiden MCA Liow Tiong Lai secara terbuka menentangnya.MIC juga walau tidak lantang bersuara tetapi tetap menampakkan tidak setuju mereka.
Untuk menampakkan bahawa UMNO bersetuju dengan PAS dan TG Haji Hadi; UMNO kemudiannya melangkah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa isu pembentangan RUU 355 akan diambil alih oleh kerajaan sendiri.Oleh UMNO sendiri.Tetapi langkah itu kemudian terhalang oleh penentangan yangsemakin kuat dari anggota komponen BN.Langkah UMNO dimatikan setakat cakap itu.Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berhenti dari memberikan sebarang kenyataan selepas itu.Sehingga ke masa TG Haji Hadi membentangnya untuk kali kedua dengan pindaan dan kemudiaanya di golong oleh Haji Taqiyuddin Hassan Setiausaha Agong PAS merangkap Ahli Parlimen Kota Bharu selepas itu.Ia nampaknya terhenti setakat itu.Ia gagal dibuka apa lagi untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Dalam sidang parlimen yang terakhir sewaktu sessi membincangkan Bajet 2018,Parlimen tidak menyenaraikan RUU 355 untuk dibahaskan.Dengan berakhirnya sessi tersebu sedangkan RUU masig belum dibahaskan maka dengan itu RUU 355 menutupkan kisahnya.Sebuah sandiwara nampaknya berjaya dipentaskan tetapi tiada kesudahan untuk dilihat kesimpulan dan natijahnya.Ia nampaknya bakal terkubur tanpa tanda tanpa nisan.Itulah nasib sebuah aginda Islam ditangan UMNO / BN.
Gambaran yang terbesar dari semuanya ini ialah bahawa Pakatan Rakyat berjaya dipecahkan.Ia berjara dipecahkan oleh UMNO /BN.Apabila DAP kelihatan mulai menentang sebarang pelaksanaan hukum Islam yang di bawa oleh PAS,maka pemimpin-pemimpin PAS melihatnya sebagai suatu pengkhianatan kepada kepada semangat perkongsian dalam pakatan itu.Ding dong yang berjalan bertahun-tahun selepas itu dalam hubungan yang tidak menentu tentang perhubungan PAS-DAP akhirnya menemui jalan buntu.
Muktamar PAS yang berlangsong di Kedah mengambil keputusan untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana keciwa dengan sikap anggota komponen yang lain yang tidak turut sama mendukung perjuangan yang di bawa PAS rakan komponennya.Keputusan PAS Keluar dari Pakatan Rakyat tidak pula dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak sebagaimana yang diura-ura sebelumnya dalam mencari penyelesaian kemelut berkenaan.
Agenda UMNO telah berjaya dilaksanakan.Ia bukan sahaja memusnahkan Pakatan Rakyat tetapi berjaya juga menghuruharakan PAS dari dalam.Ini kejayaan UMNO yang tidak boleh dinafikan dalam usahanya untuk melemahkan tenaga musuh.Suatu kumpulan pemimpin dalam PAS yang kuat menyokong kepimpinan DS Anwar Ibrahim dan PKR telah berjaya disingkir keluar dari menganggotai kepimpinan pusat PAS. Muktamar PAS terakhir setakat ini yang berlangsung di Kedah itu banyak membuat keputusan penting dalam menentukan halatuju baru PAS menghadapi PRU 14.Mohamad Sabu dan beberapa rakannya yang lain yang digelarkan Kumpulan Anwarinas telah dirancang untuk disingkirkan dalam muktamar berkenaan.Dengan hasrat untuk mengembalikan kepimpinan Ulamak dalam PAS maka semua kumpulan professional itu tersingkir keluar dari jamaah pusat PAS.
Dengan perkembangan itu politik Malaysia menjadi bukan sahaja lebih celaru tetapi barangkali semakin dewasa bersamanya..Hilangnya Pakatan Rakyat tidak samasekali bermakna UMNO /BN hilang pencabar malah dengan ketiadaan Pakatan Rakyat kedudukan UMNO /BN menjadi lebih mencabar selepas itu dengan perkembangan lain di luar jangkaan yang berlaku.
ISU 1 MDB ,KLEPTOKRASI DAN RASUAH.
PRU 13 menjadi garis bermulanya ketegangan politik yang lebih ketara di Malaysia.Tindakan DS Najib menubuhkan IMDB sebagai sebuah badan untuk UMNO / kerajaan menjalankan perniagaan adalah suatu langkah yang nampaknya membawa kerugian lebih besar daripada faedah untuk dirinya sebagai Perdana Menteri apa lagi untuk rakyat keseluruhannya.
1MDB menjadi isu besar yang dibawa pembangkang. Gerakan dan usaha menentang DS Najib dan UMNO /BN menjadi semakin hangat dan rancak."Campurtangan" Amerika Syarikat dalam isu ini menjadikan kes 1MDB meletop dan membakar lantai dan pentas politik Malaysia.Peranan Department Of Justice Amerika Syarikat yang membongkar penyelewengan 1MDB telah menjadi berita dunia dimana Malaysia sedang dikerumuni oleh pemerhati politik dan orang awam seluruh dunia.
Kedudukan Perdana Menteri menjadi semakin gergugat apabila beberapa keputusan pentadbiran dalaman yang diambilnya dinilai oleh puak pembangkang sebagai usaha untuk menutup kelemahan dan kekurangan pemerentahannya.Tindakanya menamatkan khidmat Abdul Gani Patail sebagai Ketua Hakin Negara menimbulkan banyak pertanyaan mengapa dan kenapa.Alasan bahawa Abd Gani Patail sakit dan tidak dapat menjalankan tugas tidak boleh diterima ramai.Ini adalah kerana keputusan itu tidak dibuat melalui cadangan Lembaga Perubatan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menilai tahap kesihatan pegawai berkenaan.Keputusannya tidak menyambung khidmat Tan Sri Zeti Aziz Gobnor Bank Negara,perlantikan Ketu Polis Negara yang tidak mengikut hiraki semuanya dibaca oleh pehak pembangkang sebagai usha kerajaan untuk menutup kelemahan kerajaan dalam urus tadbir negara selain dari bertujuan untuk mengekalkan kuasa kerajaan yang ada dan untuk terus berkuasa.
Pengenalan beberapa undang-undang Baru terutama SOSMA dituduh pembangkang sebagai suatu usaha UMNO / BN untuk mengukuhkan dan mempertahankan kuasa.Sejauh mana ianya benar sukar ditentukan.Ia menjadi perdebatan antara pehak berkuasa yang berusaha untuk mengekalkan kuasanya dengan pembangkang yang sedaya upaya berusaha untuk mengambil alih kuasa.Pergelutan ini hanya akan diredakan apabila keputusan piliharaya ke 14 akan diumumkan nanti.Sementara tarikh PRU 14 masih belum diumumkan pemimpin dan rakyat akan berada dalan ketidaktentuan politik yang penuh dengan debaran dan jangkaan tanpa kesudahan.
Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri yang tidak amanah terdengar setiap hari di pentas-pentas ceramah pembangkang di seluruh negara.Tuduhan bahawa PM tidak amanah dan PM dituduh mencuri wang rakyat dijadikan perang besar menentang UMNO / BN.Kedudukan UMNO / BN menjadi sangat tergugat dengan goncangan ini.
Suara pembangkang yang di bawa ke ruang udara melalui media sosial internet sangat meluas liputannya menembusi bukit,.gunung ganang,badar dan luar bandar.Ia meredah segala halangan fahaman,agama dan kepercayaan dari Perlis sampai ke Sabah.Kerajaan dalam usahanya untuk membendung serangan ini kelihatan kurang bertenaga untuk menutup apa lagi untuk menyekat atau menghapuskannya.Peranan media sosial dalam alaf baru ini memberikan cabaran besar kepada pentadbiran DS Najib mempertahankan status quonya dewasa ini.
Usha menjejak perasuah yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menemui sekian banyak kes rasuah yang diamalkan oleh sejumlah pegawai tinggi kerajaan semuanya menolak markah untuk diberikan kredit kepada UMNO /BN.
Isu-isu lain yang dikaitkan sebagai kelemahan urus tadbir kerajaan banyak pula berlaku.Pengurusan FELDA yang dikaitkan dengan pelbagai isu pecah amanah dan kegagalan mentadbir dijaja pembangkang untuk menentang kerajaan.Demikian pula isu berkaitan dengan tindakan 1MDB /Kerajaan meminjam wang dari KWSP dan KWAP dinilai sebagai langkah yang tidak wajar kerana kepentingannya sebenar tidak diutamakan.Penggunaan wang Tabung Haji untuk urusan 1MDB juga dilihat dalam perspktif yang sama.Semuanya menampilkan sikap kerajaan yang tidak boleh diterima oleh rakyat umum.
TUN MAHATHIR MEMBUAT "COME BACK"
Kesan kemerosotan parah undi rakyat kepada UMNO /BN dalam PRU 13 membawa kegelisahan kepada TUN Mahathir .Inilah pula waktunya seperti yang sering diutarakan oleh Tun Mahathir sendiri ,bahawa beliau dikunjungi ramai oleh mereka yang terdiri dari kalangan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang meminta Tun Mahathir supaya berusaha bagi mengembalikan maruah UMNO / BN.Tun Mahathir cuba mendekati PM DS Najib untuk memberi nasehat dan pandangan bagi memulihkan kaadaan.Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Tun M dan DS Najib itu.Apa yang selalu diucapkan oleh Tun Mahathir ialah bahawa DS Najib enggan menerima nasihatnya sebaliknya mempunyai pandangan lain bagaimana rakyat boleh ditarik untuk terus kekal menyokong kerajaan.
Keputusan DS Najib membuang Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta memecat semua jawatannya dari UMNO adalah suatu kesilapan besar.Ia kelihatan lebih besar daripada kesilapan Tun Mahathir membuang DS Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 dahulu.Tersingkirnya Anwar Ibrahim hanya membawa kepada "bermulanya" kebangkitan reformasi serta wujudnya Parti Keadilan Negara. Kemudian namanya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat.
Zaman Mahathir kedudakan Perdana Menteri adalah kukuh.Tun Mahathir berjaya memperolehi sokongan kebanyakan rakyat terhadap tindakannya.Tun Mahathir tidak mempunyai banyak masalah peribadi sebagaimana yang dihadapi oleh DS Najib Tun Razak.Stail kepimpinan Tun Mahathir yang dengan caranya tersendiri masih dapat menarik keyakinan rakyat untuk menyayanginya walau ada kesilapan yang dilakukannya.Ia berbeza dengan DS Najib sekarang.
Dengan yang demikian langkah membuang TS Muhyiddin Yassin dari kerusinya serta pula langkah menggantung DS Shafie Afdal dari anggota Majlis tertinggi UMNO sangatlah memberi inpak besar menggugat UMNO /BN.
Langkah TS Muhyiddin Yassin menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Rakyat Malaysia (PPBM) bersama dengan Tun Mahathir dan Mukhriz adalah suatu kejutan Besar kepada UMNO /BN.Kejutan ini kelihatannya lebih menakutkan UMNO .Hilangnya Pakatan Rakyat diisi pula oleh cabaran baru yang lebih mengancam.Tetubuhnya PPBM dengan kemunculan semula Tun M dalam kancah politik Malaysia menimbulkan kejutan besar kepada UMNO / BN.UMNO /BN seolah terpaksa menamatkan ketawa besarnya dengan tiba-tiba apabila berita wujudnya PPBM menjadi kenyataan.
Kedudukan DS Najib dan UMNO /BN menjadi terganggu dengan munculnya Pakatan Harapan.Sebelum itu kumpulan Anwarinas yang keluar dari PAS telah menubuhkan Parti AMANAH.Parti yang dipimpin oleh Haji Mohammad Sabu (Mat Sabu) serta beberapa bekas pucuk pimpinan PAS yang lain itu bukan sahaja memberikan persaingan kepada PAS kerana ianya adalah serpihan dari PAS tetapi lebih dari itu ia menentang UMNO / BN .Amanah mendakwa mereka memikul amanah yang ditinggalkan TG Nik Aziz .Perjuangan TG Nik Aziz yang mulai ditinggalkan PAS diambil oleh Amanah dalam melakar perjuangannya.Ia mengambil dan mengisi peranan yang dulu dimainkan PAS dengan jayanya dalam PRU 13 bersama Pakatan Rakyat.Baton itu sekarang Amanah untuk dijayakan bersama Pakatan Harapan.
HALA TUJU PAS SEBAGAI PEMBANGKANG
Apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat ( atas laluan yang diusahakan oleh UMNO ?) maka yang masih kekal dalam PR itu ialah PKR dan DAP.Mat Sabu yang menubuhkan Amanah adalah penyokong kuat Anwar-Wan Azizah tidak memilih laluan lain selain daripada memohon untuk menyertai kerjasama antara PKR dan DAP. Langkah ini diambil untuk memperkukuhkan kedudukan dan perananya.Sebagai sebuah parti baru ia tentu tidak mampu untuk berdikari.Langkahnya untuk bersama dengan PKR dan DAP dilihat sangat sesuai.
Langkah inilah yang kemudiannya membawa kepada pembentukan sebuah pakatan pembangkang yang baru dengan nama Pakatan Harapan.Ianya bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah terbubar tanpa PAS di dalamnya itu.
Demikian langkah yang diambil oleh Mat Sabu dengan Amanahnya menyertai Pakatan Harapan begitulah juga jalan yang dikuti olehTun Mahathir dan pimpinan BERSATU / PPBM yang lainnya untuk bersama dalam pakatan pembangkang itu.Tun Mahathir berkali-kali menegaskan bahawa UMNO / BN tidak mungkin dapat digugat selagi parti-parti pembangkang mengambil pendekatan melawannya secara sendirian.Parti-parti pembangkang perlu bersatu di bawah sebuah pasukan yang kuat bersatu dan berstrategi untuk menjatuh dan menumbangkan UMNO / BN.Kalau tidak demikian parti kerajaan yang telah berdekad-dekad menguasai Malaysia itu tidak mungkin dapat ditolak.
PAS meninggalkan Pakatan Harapan untuk kononnya bersendirian.Sejarah perjuangan PAS selama berdekad-dekad menunjukkan tanpa bekerjasama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain mereka tidak mungkin akan berjaya menjatuhkan kerajaan pusat.Suatu waktu dulu dalam tahun 1973 PAS pernah bergabung dengan UMNO dalam membentuk Barissan Nasional selepas tragedi 13 Mei 1969.Allahyarham Tun Abd Razak berjaya meyakinkan Presiden PAS Dato' Asri Muda untuk bergabung dalam BN.Kerjasama politik itu tidak bertahan lama apabila PAS mengundur diri akibat krisis politik yang terjadi.
Sebenarnya selepas PAS keluar dari BN luka PAS dengan UMNO tidak pernah pernah sembuh.Usaha-usaha UMNO mengajak PAS untuk kembali bersama mereka sentiasa ada.Tetapi idea itu ditolak.TG Nik Aziz terutamanya sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan dan memegang jawatan Mursyidul Am PAS sentiasa menolak keras sebarang usaha penyatuan PAS dengan UMNO.TG Nik Aziz sangat meluat dengan UMNO sehingga pernah berkata beliau akan meludah "UMNO" yang datang mendekatinya untuk minta bekerjasama antara dua parti yang berseteru itu dilakukan.Begitulah pendirian TG Nik Aziz sehingga ke akhir hayatnya sangat bencikan UMNO.Kesalahan UMNO kepada PAS semasa bergabung dulu tidak boleh dimaafkan sampai bila-bila.
Tun Mahathir dan pimpinan dalam Pakatan Harapan yang lain sekian lama berusaha untuk mengajak PAS menyertai Pakatan Harapan.Tun Mahathir berharap supaya sebuah Parti pembangkang yang solid dan kuat dapat dibangunkan untuk menumbangkan UMNO /BN.Usha ini gagal apabila Haji Hadi Presiden PAS menolaknya.Kebencian Haji Hadi kepada DAP musuhnya dalam Pakatan Rakyat dulu , yang sekarang turut bersama dalam Pakatan Harapan menjadi penghalangnya.
Semakin lama PAS berada di luar Pakatan Harapan maka wajah sebenarnya PAS semakin terserlah dan nyata kelihatan.Ramai dikalangan pemerhati politik membaca bahawa PAS sekarang sudah "dibeli" oleh UMNO / BN.Sikap pemimpin PAS yang tidak lagi lantang menentang UMNO / BN dalam ceramah-ceramah mereka dikatakan sebagai tanda bahawa PAS sudah bertunang dengan UMNO dan menunggu saat sahaja untuk berkahwin meskipun mereka tidak akan tinggal serumah.
Sikap PAS tidak menentang isu yang ditentang oleh Pakatan Harapan sejauh yang berkenaan dengan kelemahan UMNO / BN dijadikan ukuran bagaimana PAS sekarang menyokong UMNO.Ia tidak menunjukkan sikap terbuka menyokong UMNO tetapi juga tidak menentang kesilapan UMNO.Itulah hakikatnya.Sawaktu Pakatan Harapan menentang isu 1MDB ,PAS tidak pula demikian.Sewaktu Pakatan Harapan menentang isu rasuah kerajaan UMNO /BN ;pemimpin-pemimpin PAS juga tidak berkata apa-apa.Meskipun mereka tidak bersetuju dengan GST tetapi kebanyakan pemimpin PAS tidak pula lantang berhujjah menentangnya.
Dalam kaadaan demikian PAS dengan slogan "Politik Matang Dan Sejahtera"nya kelihatan menolak anggapan yang mengatakan mereka bersepakat dengan UMNO / BN.Hal ini menyebabkan sikap PAS sukar dibaca.Tidak jelas ia ke kanan.Tidak terang ia ke kiri.
Katanya dengan politik matang dan sejahteranya PAS mengambil langkah untuk menghadapi PRU 14 ini secara sendirian.Mereka bercadang untuk mencalonkan 100 kerusi parlimen dan mereka
berhasrat untuk memenangi 40 kerusi parlimen.
Beberapa pandangan ganjil pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin tertinggi PAS misalnya Dato Amar Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan pernah mengatakan tidak mustahil calon PAS akan diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya dikendaki Allah walaupun PAS hanya ada 40 kerusi parlimen itu.Kes Perak dirujuknya sebagai contoh untuk itu.
Kebersamaan PAS dengan UMNO boleh dilihat dalam beberapa majlis negara anjuran UMNO.Misalnya TG Haji Hadi berada bersama DN Najib di majlis membantah kekejaman Myanmar terhadap ethnik Rohingya di Kuala Lumpur.Mereka bersama lagi di majlis UMNO di pelancaran Food For Rohingya di Pelabuhan Klang.
Bagaimana pun kegagalan Haji Hadi untuk turut bersama di majlis pelancaran menentang Amerika Syarikat-Israel berkaitan Isu Baitulmuqaddis dijadikan ibu negeri Israel menjadi tanda tanya apa sudahnya keakraban hubungan UMNO-PAS yang sudah terjalin itu.Apakah TG Haji Hadi mulai merasa bahawa menyampaikan kuliah Dhuha di Mesjid Rusilanya lebih berguna daripada menghadiri satu majlis bersama DS Najib dan UMNO / BN di Mesjid Putrajaya.Kita sangat mengetahui bahawa isu Palestin adalah sangat dekat di hati Haji Hadi .Selain presiden PAS Haji Hadi juga adalah Timbalan Ketua Ulamak Sedunia.Ketiadaannya dalam majlis penting itu menjadi tanda tanya banyak pihak.
Apakah kegagalan RUU 355 yang dipermainkan oleh UMNO di Parlimen mengubah pendirian Haji Hadi akhir-akhir ini terhadap UMNO..Perkembangan dalam tempoh dua tiga bulan yang akan datang ini akan menjawap soalan ini.Apa pun yang akan terjadi tiada siapa dapat menolak bahawa penyertaan PAS untuk bersama UMNO atau untuk bersama Pakatan Harapan semuanya akan menentukan siapa akan berkuasa di Putrajaya selepas PRU 14 nanti.PAS mempunyai kekuatan pimpinan dan penyokongnya sendiri walaupun tidak bersama dengan pehak lain.Sokongannya kepada sesiapa pun dalam PRU akan datang adalah sangat signifikan dalam menentukan percaturan politik Malaysia di masa akan datang..
Sejauh mana PAS akan menjadi "King Maker" dalam menentu penguasa Putrajaya akan terjawab melalui keputusan mengenai sikap terakhir yang akan ditentukan mereka.Barangkali juga tidak mustahil untuk PAS bertindak secara "Play Safe".Mereka mungkin mengambil keputusan untuk berpehak kepada mana-mana kumpulan politik yang pada akhirnya menguasai dan memperolehi majoriti undi dalam PRU 14 nanti.Kalau inilah yang bakal berlaku pada PAS maka kenallah kita siapa PAS dalam perjuangan dan pendiriannya sebagai sebuah parti yang sebenarnya.Apakah ianya sebenar parti pembela rakyat atau parti yang tiada pendirian atau parti yang semata mata mencari kepentingan diri.
Biarkanlah dan berikan pada masa untuk menjawabnya.

No comments:
Post a Comment