Politik adalah sebuah dunia dengan segala kemugkinan.Tidak ada sesuatu yang mustahil denganNYA atau melaluinya.Politik mempunyai pelbagai warna,saiz dan bentuk.Ia menyesuaikan dirinya mengikut manusia yang membawanya.Ia mengikut siapa yang memandunya.Ia pada suatu ketika adalah cukup baik,bersih dan wangi sementara pada masa yang lain sebaliknya.
2. Politik dan pemerentahan tidak dapat dipisahkan.Ia membina jalur-jalur dan landasan pentadbiran bagi menentukan matalamat politik itu tercapai.
3. Manusia politik ( pemimpin dan rakyat pengikutnya) terbentuk kerana semangat,keinginan dan keupayaan.Manusia politik adalah manusia yang bukan sahaja memiliki keinginan untuk menguasai tetapi mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi.Daya usahanya tinggi serta memiliki kesungguhan untuk mencapai cita-citanya menguasai dan mengatur orang lain dalam mencapai matalamat dan cita-citanya.
4. Orang politik inginkan kuasa dan kekuasaan.Dengan kekuasaan mereka bukan sahaja boleh mengatur dan mengarah orang lain untuk melakukan kerja tetapi mampu memaksa orang lain menurut kemahuannya dan membuat kerja-kerjanya.
5. Orang politik yang berjaya adalah orang politik yang berjaya menanam rasa takjub yang mengkasilkan taksub penyokong dan pengikutnya.Untuk berjaya orang politik bukan sahaja perlukan kekuatan diri tetapi berjaya menterjemahkan imaginasinya menjadi realiti.Mereka bekerja keras meyakinkan penyokong dan pengikutnya dengan pelbagai cara.
6. Kekuatan peribadi dan kebolehan semulajadi serta bakat kepimpinan yang tersemai dalam diri sangat membantu seseorang manusia politik untuk muncul menjadi pemimpin yang dipuja dan diterima masyarakat.
7. Seorang ahli politik dengan kehebatan syarahannya berjaya memaksa orang mendengar ucapannya walaupun terpaksa bersila di atas rumput berjam-jam lamanya.
8. Seorang ahli politik yang pandai bermain kata-kata dengan falsafah,pantun dan seloka dalam masyarakat kita juga boleh menarik perhatian orang walaupun pidatonya tidak berapi tetapi diterima kerana cerdik dan cukup berisi syarahan dan ucapannya itu.
9. Seorang ahli politik yang lain dengan jubah dan watak islamiknya serta petah menyebut bahasa Arab dan cekap pula membawa ayat-ayat Quran dan hadith akan diterima oleh masyarakat Islam yang cintakan agamanya.
10. Seorang ahli politik yang kaya raya ada yang menggunakan kekayaannya untuk meraih sokongan dan membeli kuasa melalui undi untuknya.Dalam hal ini tidak kurang wujud apa yang disebut politik wang.Wang digunakan untuk membeli orang dengan memberi undi.Dengan undi kuasa dan jawatan dapat diperolehinya.Dalam negara yang mengamalkan demokrasi pendekatan ini tidak boleh diterima.Kerana itu mereka yang membeli undi serta dapat dikesan serta terbukti kesalahannya akan di bawa ke mahkamah untuk diadili.Banyak kes mahkamah yang membatalkan kemenangan pihak yang membeli undi.Ini dikira sebagai suatu jenis rasuah.
11. Kuasa kerap menimbulkan rasuah.Kuasa kerap pula membawa penyelewengan dan salah guna kuasa .Sebanyak mana kuasa yang dimiliki oleh seseorang pemimpin politik maka sebanyak itu pula pintu rasuah atau penyelewengan kuasa terdedah kepadanya.Kata pepatah Inggeris "Power corrupt,obsolute power corrupt obsolutely".Demikian benarnya perkataan ini terbukti dalam banyak kejadian.Berita diserata dunia menjelaskan bagaimana Perdana Menteri sebuah negara atau seorang presiden sebuah republik yang terpaksa dibawa ke mahkamah kerana rasuah dan salah guna kuasa.Ini tidak terkecuali dalam kes Malaysia.
12. Kuasa boleh menjadikan pemimpin mabuk kuasa.Banyak contoh bagaimana pemimpin politik yang berkuasa akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kuasanya.Sebuah parti poltik yang menang satu piliharaya akan berusaha sedaya upaya untuk terus menang pilihanraya seterusnya .Untuk apa?.Ini untuk kekal berkuasa.Kalau boleh untuk kekal berkuasa.Untukselamanya pula. Segala cara segala langkah digunakan untuk kekal berkuasa.Mengapa ?. Kerana kuasa itu adalah segalanya.
13. Politik adalah medan mendapat kuasa.Melalui sistem yang dibentuk dan disepakati maka rancangan mendapat kuasa direncana dan dijalankan.Di sini timbulnya parti-parti poltik sebagai jentera untuk melaksanakan matalamat politik.Dalam sistem demokrasi penubuhan parti politik adalah proses asas dalam membina kuasa rakyat untuk mendapat mandat mendapat jawatan politik dan seterusnya memerentah parti,cawangan,bahagian negeri atau negara.
14. Kuasa rakyat dan kuasa wakil rakyat adalah saling bergantung dalam merangka punca kuasa.Wakil rakyat hanya layak dipanggil yang berhormat YB setelah diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat melalui satu sistem pemilihan atau pilihanraya yang sistematik.Seorang wakil rakyat diistiharkan secara resmi oleh pehak berkuasa pada masa dan ketika semua undi telah dibilang.Pemenang satu-satu pilihanraya diresmikan dan diistiharkan dalam satu majlis pada malam pilihanraya atau pada satu masa tertentu setelah semua undi dikira,disah dan disetujui oleh semua calon yang bertanding.
15.Sebuah parti politik menjadi begitu dominan kerana mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik.Pemimpin yang baik selalunya berjaya membina wawasan dan meletakkan halatuju parti yang jelas,difahami dan disokong rakyat.Di Malaysia UMNO telah menjadi peneraju utama sebagai parti yang dominan dan relevan .Kekuatannya berjaya menarik sokongan MCA dan MIC untuk membentuk Parti Perikatan sebelum mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
16. Dalam mana-mana negara pun di seluruh dunia tidak ada satu parti pun yang kekal berkuasa selama-lamanya.Demikian parti Kongres India yang diasaskan Mahatma Gandhi akhirnya tumbang kerana sebuah parti baru berjaya menawan sokongan rakyat.Selera dan keinginan rakyat sering berubah kerana masa telah bertukar dan zaman telah berubah.Demikian UMNO dan Barisan Nasional di Malaysia dapat ditumbangkan oleh Pakatan Harapan pada 5 Mei 2018 setelah berkuasa selama hampir 61 tahun.
17. Politik adalah sebuah dunia yang cergas berdenyut dengan keghairahan,sentimen dan persepsi.Demikian ramai bijak pandai yang menceburkan diri dalam dunia ini untuk menjadi pemimpin.Perebutan untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah parti politik menimbulkan perebutan dan konflik.Sentimen dan persepsi serta gerakan propaganda serta kempen digerakkan untuk mendapat kuasa dan sokongan rakyat.Perselisihan gagal dielakkan sehingga menjadi permusuhan yang pada akhirnya membawa perpecahan.
18. Politik dalam masyarakat berbilang kaum lebih rencam,dinamik dan lebih mengancam.Pembinaan sebuah negara bangsa melalui politik dalam sebuah masyarakat majemuk seperti Malaysia adalah penuh dengan cabaran.Malaysia telah melalui pengalaman ini sejak British membawa masuk kaum pendatang India dan China masuk ke Tanah Melayu dalam kurun ke 19 sewaktu penjajahan mereka di sini.
19. Hari ini politik perkauman menjadi begitu runcing dalam pemerentahan Malaysia.Persafahaman antara berbilang kaum yang selama ini suam-suam kuku telah menjadi panas dan hampir menggelegak sejak Malaysia Baru.Sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan suhu krisis perkauman semakin meningkat kerana mungkin kegagalan kerajaan menanganinya.
20. Kemenangan Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi oleh PKR dan DAP mungkin menjadi sebab.Sejak sekian lama DAP yang dikatakan sebuah parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia gagal menguasai sokongan rakyat untuk kukuh bertapak dan menguasai parlimen.PRU 14 memberikan ruang kepada parti ini setelah terjadinya "political turbulence" di Malaysia.UMNO-BN gagal mendapat sokongan rakyat kerana kleptokrasi dan kes 1 MDB yang dihadapinya.
21. Ramai pemimpin DAP dan pemimpin PKR yang pro DAP diangkat menjadi Menteri kabinet.Peranan mereka tidak disenangi rakyat sejak akhir-akhir ini terutama kerana orang Melayu merasa terancam dan dicabar.
22. UMNO dan PAS yang menjadi pembangkang tidak duduk diam untuk hanya menjadi pembangkang yang pasif.Mereka telah sehati sejak sebelum PRU 14.Kata orang mereka telah tidur sebantal,meskipun waktu itu mimpi sedikit lain.Selepas PRU 14 di zaman Malaysia Pakatan harapan yang katanya zaman Malaysia Baru kerjasama UMNO-PAS lebih terserlah selpas mereka mencapai persafahaman dalam Muafakat Nasional.
23. Tidak siapa pernah menduga UMNO- PAS dua musuh tradisi lebih dari setengah kurun boleh berbaik.Lebih dari itu membina persafahaman dan sedia bekerjasama melupakan segala krisis silam.Ini hanya kerana sebuah cita-cita.Apakah ini cita-cita untuk membina negara.Apakah ini cita untuk mendapat kuasa.Apakah ini cita-cita untuk mengumpul harta.Atau apakah apakah ?.Sukar untuk diteka.
24. Krisis dalaman Pakatan Harapan datangnya dari setiap parti komponen Pakatan Harapan itu sendiri.Sementara PKR dengan perpecahan dalamannya kerana wujudnya dua kem dalam parti tersebut.Kem Azmi Ali bersama Zuraidah Kamaruddin membina bloknya untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Tun Mahathir lebih dari sokongan mereka kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan datang.
25. Persafahaman dan ikatan antara parti-parti komponen dalam PH kelihatan tidak seutuh mana.Benteng akan pecah bila-bila masa sahaja kerana prinsip yang berbeza-beza diantara satu samalain.
26. Dalam krisis perebutan jawatan Perdana Menteri diantara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sekarang kelihatan belah bahagi sokongan diantara parti-parti komponen dalam PH.Kalau dikatakan DAP menyokong Anwar apakah tidak nampak benarnya.Demikian dikatakan Presiden Amanah Mohamad Sabu yang selalu memuji kebaikan Lim Guan Eng takkan dia berpaling tadah untuk menyokong Tun M.
27. Dalam krisis dan kekecamukan politik Malaysia sekarang amatlah sukar untuk membaca pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad .Apakah beliau bersedia untuk dengan sesungguhnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.Jawapan-jawapan yang diberikan oleh Tun M kepada semua soalan berkenaan perkara tersebut selama ini tiada satu pun yang boleh dipegang sebagai benar dan sahih.Kalau demikian bagaimana.?.
28. Inilah yang membawa kepada timbulnya dua kadaan dalam waktu-waktu terakhir ini.Satu bagimana PAS telah mengambil keputusan untuk mengusulkan Undi Percaya kepada kepimpinan Tun M.PAS inginkan Tun M menjadi PM sehingga 2023 mengakhiri penggal parlimen ini.Keduanya ia menimbulkan kegelabahan kepada "PM in waiting" Anwar Ibrahim sehingga memaksanya memanjat tangga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya untuk mendapatkan pengesahan Tun M supaya tempat kelapan itu pasti untuknya.
29. Apakah jawapan Tun M bahawa beliau berpegang pada janji dan bersedia menunaikan janjinya itu boleh dipakai dan boleh dipercayai.
30. Kalau sekiranya hari ini PAS bersedia dan berani membawa usul percaya kepada Tun M untuk menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal apakah tidak berani pula PAS membawa undi tidak percaya kepada Anwar Ibrahim sekiranya ia benar-benar menjadi Perdana Menteri selepas ini.
31. Kebencian PAS kepada Anwar Ibrahim serta disokong oleh UMNO bersama Muafakat Nasionalnya akan melatari pentadbiran Anwar Ibrahim.Apakah mampu Anwar Ibrahim mengatasinya atau krisis ini pula akan menamatkan atau memendekkan tempoh kekuasaannya.
32. Masa depan politik Malaysia penuh dengan tanda tanya.Ia tidak menentu dan tentunya membuka ruang bicara yang lebih luas dan lebih lama.Ia bukan sahaja menarik tetapi membakar jiwa negara.
No comments:
Post a Comment