Monday, September 7, 2020

MENGAPA AKU MENULIS

 Lama sungguh aku tidak menulis.Maksudku tidak menjenguk blogku ini.Minat untuk menulis dan mengisi blog menjadi padam mulai Mac 2020.Aku pun tidak tahu mengapa.Kecamuknya api politik mungkin menjadi satu sebabnya.Aku menjadi gelisah oleh kegelisahan politik dalam negara.

2. Febuari 2020 adalah bulan yang begitu gawat dalam politik Malaysia.Kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara ketika itu menjadi goyah.Kaadaannya menjadi tidak keruan.Ia tidak stabil kerana longgarnya ikatan antara parti-parti komponen yang membentuk kerajaan Pakatan harapan.

3. Entah mengapa aku tiba-tiba merasa tawar hati kepada kerajaan PH apabila memasuki tahun 2020.Aku merasa keciwa dengan usaha dan langkah DS Anwar Ibrahim yang menggunakan anak buahnya mendesak Tun Mahathir selaku Perdana Menteri untuk segera berundur dari jawatan.Nampak sangat beliau sudah tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.Penyokong-penyokongnya saban hari mengkeritik dan mencela Tun M kerana dikatakan mungkin janji.Ia dituduh sebagai gila kuasa.Beliau dikatakan lebih dari itu pun.

4. Secara peribadi aku terikat dengan sokonganku kepada Tun Mahathir.Pemimpin tua yang berumur hampir 95 tahun itu.Aku sendiri pun sudah memasuki 68.Perjalanan politik Mahathir aku ikuti dari dekat sejak aku di kampus.Sewaktu aku di universiti aku kerap kali terpaku di "speaker Corner" mendengar ceramah politik dari pemimpin pelajar ketika itu.Apa yang aku masih ingat sewaktu aku di tahun satu dan dua Universiti Malaya,Menteri Pelajaran ketika itu adalah Tun Dr Mahathir.Pemimpin pelajar yang sering naik "speaker Corner " berucap  menentang kerajaan adalah  Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais.

5. Selama 22 tahun memerintah Malaysia terlalu banyak jasa yang ditabur Mahathir untuk negara ini.Ini tidak ada siapa yang boleh menafikannya.Meskipun musuh politiknya ingin memadamkan kecemerlangannya dalam sejarah pentadbiran Malaysia ia masih gagal.Jasanya tetap terserlah.Aku tetap menkaguminya.

6. Kekaguman aku terhadap Tun M menjadikan aku menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selepas PRU 14.Ia menjadi kenyataan apabila Parti BERSATU (PPBM) yang dipimpinnya telah mendapat kepercayaan rakyat.Demikianlah bersama dengan DAP,PKR dan AMANAH serta sokongan Parti Warisan dari Sabah maka Kerajaan Pakatan Harapan berjaya memerentah Malaysia.

7. Secara peribadi aku tidak begitu bersetuju dengan DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.Ini terutamanya kerana beliau gagal mendapat sokongan majoriti dari seluruh ahli parlimen.Selain itu palitan kes moral yang dikaitkan dengan dirinya tetap menjadi igauan yang menakutkan.Ramai pula penganalisa politik melihat dari sudut yang serupa.

8. Perebutan dan konflik Anwar-Mahathir memercikkan kegelisahan dalam diriku.Bolak balik antara marah dan benci gagal memujuk hati untuk menulis kisah mereka.Kalau akau terus menulis barangkali aku menjadi cukup keras membenci seseorang untuk lebih menyayangi seseorang.Kadang-kadang aku tidak mahu bersikap demikian.Untuk berlaku adil kataku maka lebih baik aku gantung pen atau tidak menghadap kekunci komputer.

9.Konflik Anwar- Mahathir atau lebih tepat disebut perebutan untuk menduduki jawatan Perdana Menteri pada akhirnya membawa kelemahan kepada kerajaan Pakatan Harapan.Wujud dua kumpulan dalam PH.Satu pihak menyokong Anwar untuk segera menolak Mahathir dari kerusinya.Satu pihak yang lain kuat menyokong Mahathir untuk terus kekal menjadi PM sehingga habis penggal pilihanraya 14.

10. Gelagat parti-parti pembangkang juga berada dalam satu macam atau lebih macam.Ia menjadi bermacam-macam.Sewaktu PAS yang sudah berpakat dengan UMNO dalam Muafakat Nasional memberikan sokongan kuat kepada Tun M ia kemudian diikuti oleh Zahid Hamidi Presiden UMNO.

11. Kaadaan menjadi kalut pada akhir Febuari 2020 apabila Parti BERSATU mula berpecah.Tan Sri Muhyiddin Yasin lebih cenderung dengan perancangan yang diatur oleh Azmin Ali untuk pada akhirnya berpakat dengan musuh politik bagi membentuk koalisi baru dalam usaha mengausai kerajaan.

12. Langkah Sheraton yang diatur Azmin Ali telah berjaya membawa Muhyiddin Yasin,serta beberapa pemimpin seteru PH untuk mengatur suatu strategi baru.Inilah yang dipanggil usaha menebu atap untuk membentuk kerajaan.

13. Aku menjadi semakin malas untuk menulis atau membuat komen.Kaadaan yang kalut itu aku pandang dari jauh walaupun sekali sekala mendekatinya  melalui tulisan-tulisan blog yang dapat dicapai dari internet.

14. Aku melihat TS Muhyiddin Yasin diangkat menjadi Perdana Menteri.DYMM Agong mengesahkannya.Ia dilantik oleh Agong Katanya setelah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.Aku mendengarnya dari kaca TV.Aku terima kenyataan itu seperti aku terpaksa menerima kebenaran itu.

15.Pada hari bersejarah itu TS Muhyiddin Yasin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8.Hilanglah Mahathir dari radar politik utama Malaysia.

16. Siapa yang lebih keciwa diantara Anwar dan Mahathir apabila sahaja TS Muhyiddin Yasin mengangkat sumpah jawatan.Aku enggan meneka.Dan kerana itu aku tidak pun menulis tekaan itu.

17. Hari ini aku mulai menulis lagi.Aku tidak pasti apa yang akan aku tulis selepas ini.Apakah kisah politik negara atau tajuk-tajuk lain yang lebih menyenangkan hati dan perasaan.Akan aku tentukan.Apa yang pasti aku tidak boleh untuk tinggal tanpa menulis.

No comments:

Post a Comment