Bijak pandai berkata kalau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah;lebih baik diam.Lebih baik tidak berkata apa-apa daripada membuat kenyataan yang ditafsirkan oleh orang lain bahawa kita kurang matang.Itu masih tak mengapa.Tetapi kalau dengan kita bersuara yang dengannya kita dilabelkan sebagai bodoh,itu bahaya.
2. Pemimpin mesti seorang yang cerdik.Ia mesti berpandangan jauh.Seorang pemimpin yang cerdik bukan sahaja boleh memimpin dirinya tetapi juga boleh memimpin orang lain.Pemimpin yang cerdik sering dirujuk kata-kata dan perbuatannya.
3. Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Nabi dan Rasul adalah kerana kecerdikannya.Ia dicirikan dengan beberapa sifat yang unggul.Secara umumnya para nabi utusan Allah mempunyai kecerdikan masing-masing.
4. Sifat-sifat seperti Siddiq,Amanah,Tabligh dan fathonah adalah ciri-ciri yang bukan sahaja perlu ada para rasul dan nabi tetapi perlu ada pada setiap mereka yang bergelar pemimpin.
5.Sifat siddiq adalah sifat "benar".Sifat ini akan mencirikan diri seorang pemimpin yang beriman.Pemimpin yang benar itu akan sentiasa berkata sesuatu yang tidak lain dari benar dan betul belaka.Kelakuan dan perbuatannya juga benar.Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dari kebenaran.Misalnya dia tidak berbohong dan tidak menipu kerana dua perbuatan itu tidak benar dan ianya palsu.
6. Amanah bermakna "benar-benar boleh dipercayai.".Sesorang yang amanah apabila diberikan sesuatu tugas kepadanya maka dijayakan tugas itu dengan sebaik-baiknya mengikut kehendak orang yang memberikan tugas itu kepadanya.Seorang nabi melaksanakan semua tugas yang diamanahkan oleh Allah kepadanya.Seorang pekerja amanah kepada tuannya.Seorang pemimpin kepada pemimpin tertingginya.Demikianlah seterusnya.
7. Tabligh bermaksud "menyampaikan".Seorang Rasul bertanggung jawab untuk menyampaikan risalah Allah kepada umat-umatnya.Ia perlu melaksanakan tugas dakwah dan tugas mengajar serta mendidik.Seorang guru menyampaikan ajaran dan didikannya kepada murid sehingga murid-murid mendapat kefahaman dan pengetahuan tentang sesuatu ilmu.Pemimpin juga demkian dengan menyampaikan dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh pengurusan tertinggi atau kerajaan kepada rakyat di bawah.
8.Pemimpin juga dicirikan dengan sifat fathonah iaitu (bijaksana).Tidak layak diangkat menjadi pemimpin seorang yang tidak berilmu.Kejahilan (jahlun) menutup peluang seseorag untuk layak menjadi pemimpin yang dikehendaki rakyat.Pemimpin yang jahil lebih banyak membuat kerosakan daripada kebaikan dari hasil kerjanya.
9. Pemimpin yang bijaksana kaya dengan idea dan sarat dengan kreativiti dalam pentadbirannya.Ia cekap mengendali dan menyelesaikan masalah.Sesuatu dapat dijelaskan dengan pertimbangan aqal serta hujjah yang berfakta .Pemimpin yang bijaksana dapat berhujjah dengan tertib dan tidak menimbulkan pertengkaran yang tidak dikehendaki.Sesuati idea dapat dihuraikan dengan sebaik-baiknya dan tidak meninggalkan keraguan kepada pengikut.
10. Apakah empat sifat di atas dapat mencirikan pemimpin politik maskini kita di Malaysia ini.Krisis politik yang berlarutan dan tidak selesai-selesai sehingga saat ini menggambarkan bahawa pemimpin politik kita gagal dicirikan dengan sifat-sifat tersebut.
11. Sebahagian besar pemimpin politik kita berbangsa Melayu dan beragama Islam.Kalau peribadi dan akhlak nabi Muhammad tidak dijadikan panduan dan ikutan siapa lagi untuk diikut.
12. Perdebatan dengan hujjah dan kata-kata kasar bukan sahaja dapat didengar dalam ceramah-ceramah politik,dalam media sosial malah kata-kata kesat turut diucapkan oleh sesetengah ahli parlimen sewaktu berhujjah di Dewan Rakyat (Parlimen).Dewan rakyat menjadi riuh rendah sehingga gagal dikawal oleh speaker dewan.Ada masanya speaker dewan turut dicaci dan tidak dihormati.
13.Ada pemimpin politik merasa bodoh kalau tidak bercakap di dewan rakyat.Rakyat yang memilihnya akan mempersoalkan mengapa pemimpinnya hanya berpeluk tubuh di dewan rakyat.Tetapi kalau tidak ada idea atau cakapnya hanya menunjukkan kebodohan lebih baik duduk diam sahaja.
14. Pemimpin yang berjawatan tinggi atau menjadi menteri sekalipun kalau tidak memiliki empat ciri yang tersebut di atas tidak akan mampu menjadi pemimpin yang boleh diharapkan.Banyak contoh boleh disebut.Ada menteri yang memberikan idea-idea yang tak boleh dipakai samasekalipun.Menteri yang baru dilantik tanpa pengalaman sebagai menteri pun menjadi satu hal.Dia samada tidak menjalankan tugas atau membuatnya untuk tidak memenuhi tujuan.Kerosakan darinya adalah lebih banyak dari kebaikan.
15.Pemimpin yang tidak bijaksana gagal memahami antara rashia dengan sesuatu perkara yang boleh diwar-warkan secara terbuka.Dalam dunia persaingan banyak perkara perlu disenaraikan sebagai rashia.Ada rashia kecil ada rashia besar.Rashia yang besar hanya perlu dikongsikan dengan sedikit sahaja orang-orang yang sangat tertentu.
16.Membuka rashia suatu taktik dalam perjuangan sebuah parti politik yang bersaing dengan beberapa parti politik lain adalah suatu kebodohan seorang pemimpin perancang organisasi.Mana mungkin senjata untuk menjatuhkan lawan ditunjukkan kepada lawan .
17. Ada pemimpin yang kurang masak merasa dia cukup penting dalam satu-satu organisasi.Ia menjadi tayar yang lebih laju dari keretanya.Ketuanya kelihatan terpinga-pinga apabila sesuatu yang dirashiakan dibocorkan kepada media untuk semata-mata menunjukkan dirinya hebat dan terkedepan.
18.Inilah yang berlaku hari ini apabila seorang pemimpin politik mendedahkan rashia perjuangan partinya sehingga orang membaca kelakuannya itu kurang masak.Kalau tidak cerdik apa lagi untuk dikatakan kepada perbuatan yang seperti itu.
19. UMNO sebagaimana diketahui umum adalah rakan bersama dengan BERSATU ,PAS dan Gabungan Parti Sarawak dalam membentuk Perikatan Nasional (PN).Adalah sesuatu yang anih apabila Presiden UMNO mendakwa penyertaan mereka dalam kerajaan PN hanya berdasarkan sokongan individu bukan mewakili parti.Kata-kata yang seperti ini sukar untuk difahami kalau sebenarnya ia datang dari seorang pemimpin yang bijaksana.Mana mungkin seorang Ahli Parlimen boleh menjadi ahli parlimen kalau mereka tidak dipilih brdasarkan sesuatu parti politik.Maka kerana itu setiap kata dan gerak mereka sepatutnya mewakili parti mereka.Mereka tidak boleh berdiri sendiri tanpa parti yang diwakili mereka
20. Maka lebih baik tidak berkata-kata kalau tidak diketahui orang bodohnya.
21. Kalau sejak dari awal UMNO tidak bersetuju dengan BERSATU parti yang dipimpin Muhyiddin yang memainkan peranan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan melalui "Langkah Sheraton " tentulah politik Malaysia tidak menjadi kacau bilau seperti sekarang.
22. Mengapa pula selepas bersekongkol dengan BERSATU menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan maka UMNO seolah-olah seperti lempar batu sembunyikan tangan.Selain daripada Presiden UMNO berkali-kali menyuarakan untuk UMNO tidak akan menyertai PN sebagai anggota gabungan PN yang sah;Zahid Hamidi pula nampaknya bertindak menikam belakang TS Muhyiddin Yassin dengan menggesa supaya disegerakan PRU 15.
23. Di manakah adanya setiakawan sejak mula bersekongkol membina kerajaan "Tebuk Atap " ini yang kemudiannya kelihatan seolah-olah cuba mencuci tangan.
24. Tiba-tiba pula TS Annuar Musa dipecat dari jawatan SU UMNO dan SU MN.Presiden UMNO yang sudah tidak sefahaman lagi dengan Annuar Musa telah dengan seberani itu bertindak.Kalau ini merupakan keputusan yang bijak yang telah dilakukan oleh DS Zahid Hamidi tentulah TS Annuar tidak melangkah sejauh mengadakan sidang Media untuk membuka sesuatu yang selama ini dipendam dan dipelihara menjadi rashia besar parti oleh bekas SU itu.
25. Apakah pula langkah TS Annuar Musa membuka rashia DS Zahid bersama DS Najib dengan mengadakan pertemuan dan percintaan sulit dengan DS Anwar Ibrahim merupakan pendekatan yang sesuai dalam menyelamatkan UMNO parti yang masih mereka dukung itu.
26.Lebih hebat lagi apabila SU baru yang mengambil alih tempat TS Annuar Musa membuat kenyataan tentang pendirian sebenar UMNO dalam hubungannya dengan BERSATU dan TS Muhyiddin.
27. UMNO marah kepada kerajaan PN kerana tidak menggugurkan kes mahkamah terhadap UMNO dan beberapa pemimpinnya yang sedang dihadapi mereka.Ini kenyataan buka pekung didada yang dibuat oleh Dato' Ahmad Maslan belum pun cukup semingga memegang jawatan yang dikosongkan oleh Annuar Musa..Barangkali Dato Maslan lebih berani dari Annuar Musa.Itulah kecerdikan.Itukah kebijaksanaan ?.
28. Kata-kata berani dari setiausaha baru ini dengan mengatakan bahawa UMNO bukan sangat tidak puashati dengan perlantikan jawatan dalam kerajaan tetapi marahnya UMNO kepada PN sekarang keraba meneruskan kezaliman kerajaan terdahulu (PH) yang mendakwa dan mengheret ramai pemimpin UMNO ke mahkamah.
29. Apakah semua ini memberi keuntungan kepada UMNO untuk keluar PN.Apakah kenyataan-kenyataan tersebut menjadi asset untuk memenangkan UMNO dalam PRU yang diminta itu.Tidakkah ia menjadi liabiliti untuk ditanggung oleh UMNO sehingga wibawanya dipersoalkan pengundi.
30. Pemimpin yang bijak pandai mendiamkan diri pada waktu ia patut mendiamkan diri.Lebih baik berbuat begitu daripada berkata-kata yang bukan sahaja nampak bodoh tetapi memusnahkan diri dan oraganisasi.
No comments:
Post a Comment