Suhu politik Malaysia hari ini sudah mendidih.Orang-orang Melayu berada di bawah payung yang berbeza-beza.Perpecahan mereka ketara.Bayangkan kalau dulu orang Melayu kebanyakanya berhimpun di bawah payung berlambang kapal layar dan kemudian lambang keris bersilang yang dimiliki oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).Pemimpin-pemimpin dalam Biro Agama UMNO telah meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baru.Pemimpin mereka meninggalkan UMNO kerana fahaman dan perjuangan yang berbeza .Mereka keluar dari UMNO lalu mendirikan sebuah pertubuhan baru iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang dikatakan memperjuangkan Islam sebagai addin .Ramai pula orang Melayu yang menganggotai parti ini dan selesa berpayung di bawah panji-panji Islam.Mereka menyertai PAS kerana mereka meyakini perjuangan PAS berhasrat mendaulatkan Islam di negara ini sedangkan UMNO adalah sebuah pertubuhan kebangsaan yang dikatakan mereka berjuang atas landasan sekular.
2. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.Pemimpin di pilih melalui pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun.Bermula tahun 1955 rakyat Malaysia telah diperkenalkan dengan sistem pilihanraya apabila mereka untuk pertama kalinya belajar mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi memikir dan memperjuangkan kepentingan mereka di negara ini.Pilihanraya 1955 diadakan atas kehendak British bagi melihat bagaimana sistem mereka diamal dan dilaksanakan di negara ini.Pada saat-saat di mana pemimpin Tanah Melayu ketika itu sedang galak menuntut kemerdekaan bagi British mensyaratkan supaya perpaduan semua kaum di negara ini diwujudkan terlebih dahulu sebelum kemerdekaan diberikan.
3. YTM Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj menjadi pemimpin Melayu yang memegang kepimpinan UMNO bergerak di depan untuk mendapatkan kekuatan tambahan dalam kepimpinannya dengan berusaha menyatukan kaum-kaum terbesar di Tanah melayu.Pemimpin-pemimpin Cina dan India diajak berbincang untuk bersatu dalam satu kesatuan yang kemudian dipanggil Perikatan yang menggabungkan UMNO.MIC dan MCA.Pada masa gabungan Perikatan dibentuk PAS sudah pun berada di luar gabungan itu kerana tidak bersetuju dengan prinsip UMNO atau samasekali tidak bersetuju dengan gagasan penyatuan kaum-kaum yang bukan Islam di bawah satu gabungan Perikatan besar itu.
4, Dalam Pilihanraya pertama 1955 sewaktu 52 kerusi dipertandingkan PAS telah berjaya mengambil satu kerusi sementara 51 yang lain dibahagikan antara UMNO.MCA dan MIC yang bersatu di bawah payung Perikatan.Pilihanraya itu menyaksikan perlawanan satu lawan satu.Suasana masih tenang dan tidak banyak kekalutan politik.Pilihanraya itu adalah sebuah persiapan rakyat dan pemimpin Tanah Melayu untuk menerima kemerdekaan yang sedang disediakan oleh penjajah British.
5. 31 Ogos 1957 Tanah Melayu diistiharkan kemerdekaannya.Ia menjadi satu peristiwa besar untuk negara ini.Sebuah negara yang berabad lamanya dijajah telah berjaya membebaskan dirinya dari cengkaman dan penindasan kuasa asing.Ia disambut oleh selutuh rakyat Tanah Melayu dengan kegembiraan yang besar dan hebat.
6. Politik Malaysia pra dan pasca merdeka banyak bezanya.Kemerdekaan telah meberikan ruang baru kepada bukan sahaja pemimpin tetapi rakyat keseluruhannya untuk merancang dan membina kehidupan dibawah tajuk kebebasan dengan aura dan motivasi baru untuk berkarya dan berinisiatif dalam membina kehidupan masa depan masing-masing.Sewaktu orang Melayu dan pemimpinnya berfikir untuk merancang dunia baru bagi masa depan mereka di negara baru merdeka ini; bangsa-bangsa lain juga berbuat demikian bagi menentukan hidup dan survival mereka terjamin di bumi yang sama.Perlumbaan ini terjadi dalam diam dan tersembunyi.Ia berlaku saat demi saat hari demi hari.Ia masih belum berhenti sehingga hari ini.Pertentangan timbul di sana sini.Ia kerapkali ditutup,ditekan dan tidak diwarwarkan untuk menjaga perpaduan dan keamanan.
7. Untuk sekian lama selepas merdeka politik Malaysia masih belum panas kerana perebutan kerusi pilihanraya adalah berlegar sekitar dua parti utama iatulah Perikatan (UMNO+MIC+MCA) melawan PAS.Walaupun ada beberapa parti kecil yang lain masuk bertanding tetapi ia tidak relevan dan menjadi tidak dominan.Demikianlah berlangsungnya Pilihanraya kedua 1959 dalam kaadaan masih cool dan selisa.
8. Pembentukan negara baru Malaysia pada 16 September 1963 bukan saja menambahkan bilangan anggota negeri-negeri dalam gabungan persekutuan Malaysia tetapi juga rakyat pelbagai kaum dan etnik baru dari tanah seberang.Semuanya ini membentuk lantai dan pentas baru dalam politik Malaysia.Ia bergerak makin pantas,menjadi progressif dan kian dinamik mengikut keperluan dan masa yang terisi dengan perubahan.
9. Memasuki tahun-tahun terakhir era 60'n politik Malaysia terutama di Tanah Semenanjung semakin mencabar.Asap dan wap kepanasannya mulai kelihatan berkepul dan membahang.Perlumbaan antara kaum dalam menentukan posisi dan jaminan kehidupan,status sosial, ekonomi serta politik telah merancakkan pergerakan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini.Perlumbaan menjadi kian rancak,bersimpang siur,tidak terkawal serta banyak kekeliruan.Rakyat Malaysia semakin dinamik sekaligus menjadi semakin kecamuk.Mereka memasuki pilihanyara tahun 1969 dengan rasa dendam antara kaum yang kian membara.Sayangnya perasaan itu gagal dikesan oleh kerajaan yang berkuasa untuk berusaha membendungnya sejak awal.
10. Piliharaya 1969 menyaksikan tsunami politik dan sosial yang hebat di Malaysia apabila ia mengheret kepada meletusnya tragedi 13 Mei.Letusan itu adalah sebuah manifestasi tentang runtuhnya semangat kekitaan antara pelbagai kaum di Malaysia.Ia sebuah gambaran bagaimana bangunan Malaysia terbina dengan batu bata yang pecah.Ia diikat dengan semin yang reput , besi yang berkarat serta kayu-kayu yang berlubang.Ia samasekali tidak kuat,tidak utuh.13 Mei 1969 adalah gambaran keruntuhan sebuah negara yang dibina di atas pakatan berbilangan bangsa.
11. Tragedi 13 Mei 1969 mengangkat muka dan kepala seluruh pemimpin Malaysia dari semua bangsa untuk menuturkan perihal masadepan Malaysia dalam warna dan corak baru.Agenda perpaduan antara kaum adalah menduduki tempat pertama untuk dibincang dan dimuktamadkan cara dan kaedah menyelesaikannya. Parti-parti dan pemimpin-pemimpin politik Malaysia menjadi terkesan dan terdesak dengan peristiwa ini untuk menerima dan melaksanakan perubahan paradigma perjuangan masing-masing.Parti kerajaan dan parti pembangkang mulai melakukan penjajaran baru untuk menghadapi perkembangan baru tersebut.Mereka mesti berubah untuk terus relevan dan kekal dominan.Penyesuaian diperlukan berdasarkan suasana negara serta tawaran dan permintaan rakyat di bawah.Rakyat sekali lagi kekal dengan kemahuan untuk mempastikan jamiman beberapa perkara.Hak-hak yang kekal terpelihara,kehidupan yang selisa,ekonomi yang terjamin,sosial yang aman dan politik yang stabil adalah menjadi tuntutan semua kaum dan bangsa.Ini wajib dipenuhi.Setiap kesukaran perlu diatasi.13 mesti dipastikan jangan berulang lagi.Sejauh mana ini terbukti akan ditentukan oleh sejauh mana perpaduan kaum dapat dijamin dan semangat kekitaan diantara kaum semakin kukuh dan meninggi.
(Bersambung)
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment