12.Tempoh panjang 1969-2017 dalam tempoh masa 44 tahun adalah suatu tempoh panjang dengan cerita politik Malaysia yang pelbagai di dalamnya.Tempoh ini meskipun tidak berlaku sebarang rusuhan kaum yang berat tetapi krisis politik timbul di sana sini.Semuanya samada mematangkan politik atau membawa kepada keretakan dan perpecahan kaum yang lebih mendalam di Malaysia.
13.Untuk menangani krisis 13 mei 1969,kerajaan telah menubuhkan MAGERAN yang dipengerusikan oleh allahyarham Tun Abdul Razak Timbalan Perdana Menteri.Sebuah post mortem tentang kejadian 13 mei telah merumuskan bahawa konflik perkauan terjadi kerana jurang beza sosio-ekonomi antara kaum-kaum di Malaysia menunjukkan kaadaan yang tidak seimbang.Kaum Cina yang mendominasi bandar menjadi elit ekonomi yang kian berpengaruh dan menjadi sombong kerana kekayaan mereka.Orang-orang Melayu yang rata-rata masih terikat kepada ekonomi saradiri pertanian masih kebanyakannya mengisi ruang kampong yang masih tertinggal dari arus pemodenan dan kemajuan teknologi.Rasa tidak puashati kepada kaum pendatang membuak.Kata-kata orang Melayu yang melagukan "ayam mati kelaparan di kepuk ,itik mati kehausan di air" adalah analogi tentang nasib Melayu yang tidak terbela di tanah tumpah tanah sendiri.
14.Wujudnya jurang ekonomi antara kaum terutama Cina-Melayu mencetuskan kemarahan Melayu.Penyelesaian kepada isu ini ialah bahawa sebuah masyarakat baru Malaysia perlu direncanakan.Masyarakat perlu diletakkan dalam satu frame kehidupan baru supaya rasa tidak puashati antara kaum dapat dikurangkan kalaupun gagal dihapuskan.Bersama dengan kesedaran inilah Dasar Ekonomi Baru direncanakan oleh Tun Razak.Kejayaan Tun Razak mengemukakan idea kepada banyak masalah selepas 13 mei menaikkan imejnya sebagai seorang pemimpin bakal mengambil alih jawatan Perdana menteri.
15. Wibawa dan imej Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj semakin menurun dengan tragedi 13 Mei.Kegagalannya menyelesaikan masalah Malaysian Malaysia yang dicetuskan oleh Peoples Action Party (PAP) oleh Lee Kuan Yew dari Singapura semakin menjatuhkan reputasinya.Keputusannya menendang keluar Singapura dari keanggotaan Malaysia pada tahun 1970 menimbulkan banyak kontroversi dalam UMNO sendiri sebagai parti yang mengetuai kerajaan.Keputusan menolak keluar menimbulkan rasa tidak puashati banyak pemimpin tertingggi UMNO termasuk pemimpin yang digelar "singa UMNO" Jaafar Albar.
16.YTM Tengku Abdul Rahman kerana menurun popularitinya diminta supaya berundur.Ini menimbulkan kekeciwaannya.Kaadaannya telah memaksa untuk tempatnya disisikan Tun Abdul Razak Hussin.Pemimpin yang berpandangan jauh ini mengambil langkah ke depan untuk mengukuhkan bukan sahaja sosio-ekinomi Melayu malah politik Melayu secara kyusus.Ushanya mengajak PAS (Parti Islam SeTanah Melayu) musuh utama UMNO sejak 1955 untuk membentuk koalisi dengan UMNO akhirnya membuahkan hasil apabila pemimpin PAS yang diketuai Dato ' Asri Muda bersetuju menyertai Barisan Nasional (BN) sebuah pakatan baru menggantikan Perikatan yang menggabungkan UMNO,MCA dan MIC sahaja.
17. Melalui gabungan ini Dato' Asri Muda (PAS) dilantik menjadi menteri pusat dengan potfolio tanah dan galian.Usha PAS meluaskan pengaruh mereka dikalangan peneroka Felda sebuah rancangan tanah yang diasaskan oleh Tunh Razak pada akhirnya menimbulkan rasa tidak senang pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Tun Razak sendiri.Krisis demi krisis antara PAS dan UMNO dalam gabungan ini menyebabkan pada akhirnya PAS ditendang keluar dari BN.Peristiwa ini memberikan kenangan pahit dan menjadi titik hitam dalam perhubungan UMNO_PAS sehingga sekarang.Ia sering dirujuk sebagai pengalaman pahit yang tidak mungkin akan dibiarkan pisang berbuah dua kalinya apabila sejak kebelakangan ini ada rancangan untuk membawa semula PAS ke pangkuan BN.
18.PAS kelihatan cukup mengancam UMNO selepas keluar dari BN 1978.Meskipun demikian sehingga sekarang PAS masih gagal menawan Malaysia dengan mengalahkan UMNO.Itu kegagalan PAS dan itulah kejayaan UMNO.Pemimpin PAS bersilih ganti dari Dato' Yusof Rawa kepada Ustaz Fadil Noor kemudiannya TG Haji Abdul Hadi sekarang.Prinsip perjuangan PAS dari mula sehingga kini tetap serupa iaitu menegakkan Islam melalui Quran dan hadis.Ia adalah sebuah parti teologi yang menggerakkan rancangan dan usaha dakwah sambil membentuk kerajaan yang dicanangkan untuk membina sebuah negara sejahtera aman damai dengan keredhaan Allah.UMNO dengan perjuangan nasionalisnya untuk membela Melayu sebagai agenda utama dengan mengguna pakai perlembagaan Perseketuan yang digubal oleh Lord Reid sebelum pun Tanah Melayu diberikan kemerdekaan lagi oleh British.Ini diwarwarkan PAS sebagai sebuah perlembagaan penjajah yang anti Islam.PAS menuntut dan merancang untuk menggantikannya dengan sebuah perlembagaan baru dengan pelaksanaan hukum Hudud sebagai terasnya.Ini membawa konflik besar dalam hubungan UMNO-PAS dari dulu sehingga sekarang.Meskipun sejak akhir-akhir ini kelihatan ada kompromi dalam isu ini antara kedua parti Melayu terbesar itu namun UMNO yang bergabung kuat dengan komponen bukan Islamnya bersama MCA dan MIC menemu halangan besar untuk mengiyakan kompromi dan keinginan itu.Kaadaan menjadi seperti ditelan mati emak diluah mati bapak.
19.UMNO mengalami anjakan paradigma kepemimpinanya apabila sahaja Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Hussein Onn.Pandangannya laju.Pendekatannya berani dan keyakinannya sangat tinggi pada apa yang dilakukannya.Kejayaannya juga cukup besar.Ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.Dari sebuah negara pertanian Malaysia memasuki era industri antara hasil kejayaan Mahathir.Pertumbuhan ekonomi pesat sehingga Malaysia disebut sebagai The Tiger Of Asia.Pandangannya jauh ke depan dengan dasar pandang ke timur untuk meramu teknologi dan budaya timur menjadi teras abru amalan masyarakat Malaysia.Dalam The Way Forward beliau merangka wawasan 2020 (Vision 2020 ) untuk Malaysia terus melonjak maju dengan visi dan Misi negara yang lebih fokus.Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir berjaya meletakkan Malaysia dalam peta dunia untuk diketahui dan dikenali.Sebuah negara kecil yang ditindas dan dijajah sekian lama mulai berani bukan sahaja mengangkat mukanya di arena antarabangsa tetapi mengangkat suaranya di forum-forum antarabangsa.Di bawah kepimpinan Mahathir Malaysia berdiri tegak sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.Suara Malaysia diintai dan sosok Malaysia ini dicari,diajak serta dicontohi kerana keberanian dan kebijaksanaannya.
20.Tidak banyak yang dilakukan Tun Hussein Onn selama tempoh jawatannya.Walau apa pun ia masih terikat dan berpegang teguh kepada sejarah dan legasi yang ditinggalkan Tun Razak birasnya.Dasar berkecuali Malaysia kekal dijaga.Malaysia kekal mengambil pendekatan non-alignment untuk tidak menyondong kepada mana-mana kuasa besar dunia.Kebijaksanaan ini menjadikan Malaysia didekati oleh semua negara blok kapitalis atau blok komunis dunia.
21. Pemerentahan Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun memberikan impak besar dalam politik Malaysia.Banyak krisis,konflik malah tsunami politik yang terjadi semasa beliau mentadbir.Pentadbirannya dikatakan berciri diktator apabila mengekalkan ISA (Internal Security Act) (Akta Keselamatan Negara) .Dalam masa pentadbirannya ratusan penentang-penentang politiknya ditahan tanpa bicara.Beliau dituduh membelakangkan demokrasi di Malaysia.Alasan yang selalu diberikan beliau dalam menolak anggapan tersebut ialah bahawa demkrasi tanpa kawalan akan merosakkan seluruh demokrasi.Demokrasi tanpa sekatan tidak lagi demokrasi tetapi ia adalah sebuah anarki.Operasi polis dalam tindakan menentang Kebangkitan Memali di Kedah meninggalkan titik hitam dalam sejarah pemerentahan Dr Mahathir apabila krisis politik ditangani dengan tragedi berdarah yang mengorbankan puluhan penganut Islam pengikut PAS yang fanatik dalam menentang kerajaan UMNO.
22. Dalam tempoh 1990-2000 Dr Mahathir banyak menempuh cubaan dalam pentadbirannya.Dalam tempoh ini beliau memiliki tiga Timbalannya yang bertukar ganti.Pengalaman begini belum pernah terjadi kepada tiga Perdana Menteri sebelumnya.Sekali pandang senario ini seolah-olah membayangkan Dr Mahathir seorang yang payah untuk menyesuaikan diri dengan timbalan-timbalannya.Lihat bagaimana Tun Musa Hitam pada akhirnya meletakkan jawatan kerana berbeza prinsip dengannya.Lihat pula bagaimana Tun Ghafar Baba yang juga kemudian dibawa turun untuk diisikan tempatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
23.DS Anwar Ibrahim adalah satu jenama baru dalam politik Malaysia.Berlatar belakangkan seorang aktivitis mahasiswa di Universiti Malaya dalam tahun 1970'n ia bangun membawa islah dan pemikiran baru di tengah-tengah masyarakat melalui Yayasan Pendidikan ANDA di Kuala Lumpur.Beliau kemudian menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan bergerak diseluruh negara untuk mengangkat kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya minda baru dalam memajukan masyarakat.Pendiriannya untuk mengkritik kelemahan kerajaan dari sudut pelaksanaan Islam menjadikan dirinya semakin popular dan bertapak kukuh dalam ingatan masyarakat.Kepetahan bercakap dalam nada dalam karektor seorang pejuang Islam mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat khususnya dikalangan masyarakat Melayu Malaysia terhadap dirinya.Beliau memiliki karismatik sebagai seorang pemimpoin masa depan.Kerana itu dirinya cuba disunting oleh PAS untuk melestari dan mengukuhkan perjuangan Islam PAS.Ini tidak berjaya.
24.DS Anwar Ibrahim akhirnya dapat di tawan oleh Tun Mahathir Mohamad.Kejayaan ini besar maknanya bagi UMNO.Sambil itu PAS disatu puhak yang satu lagi memandangnya dengan puteh mata.Tidak dinafikan kemasukan Anwar dalam UMNO ada yang menyokong dan ada pula yang menentangnya dalam UMNO.Ada kalangan UMNO yang melihat kemasukan Anwar akan memusnahkan rancangan mereka.Ada pula setengah pehak berkata Mahathir membawa masuk Anwar ke dalam UMNO untuk "check and balance" di antara kuasa menentang dan kuasa menyokong terhadap Mahathirsendiri dalam kepimpinan UMNO.Mahathir mengambil Anwar untuk backing kelemahannya.Itu yang diharapkan.
25. Apa pun pandangan dan hasrat Tun Mahathir dalam mengambil DS Anwar untuk UMNO,kaadaan politik Malaysia selepas kemasukan Anwar dalam UMNO membawa perubahan baru yang samaada menarik atau menolak.Samaada menguat atau melemahkan.Sejauh yang disedari DS Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh muda yang sudah membina rangkain perhubungan merata dalam dan luar negara melalui landasan Islam yang telah lama diperjuangkannya.Persahabatannya dengan golongan intelek Islam diperingkat antarabangsa mengukuhkan laluannya di dalan negara apabila pendokong Islam muda dalam negara berpehak kepada perjuangannya.Semasa beliau diangkat Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri laluannya untuk mengembangkan idealisma Islam dalam kerajaan menjadi lebih mudah dengan platform tersebut.Demikian kita lihat pentandbiran Mahathir mulai memperkenalkan dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran.Konsep Bersih,Cekap dan Amanah mulai dijadikan teras amalan masyarakat Malaysia terutama dikalangan pegawai kerajaan dalam melaksanakan kerja untuk rakyat dan kerajaan.
26. Apapun tentang kejayaan Tun Mahathir dan apa pun tentang impian DS Anwar untuk masa depan politiknya sejarah merakamkan betapa tahun 1993 terjadi satu peristiwa politik yang sangat mengejutkan . Keluar berita yang menyebutkan bahawa usaha dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Tun Mahathir.Kekecohan yang mulai timbul dalam perhimpunan Agong UMNO pada akhir tahun tersebut membawa kejutan besar kepada UMNO dan Tun Mahathir sendiri.
27.Berikutan itu hubungan Tun M dan DS Anwar bukan sahaja retak tapi شrenggang menunggu belah.Dalam situasi itulah kemudiaannya timbul krisis kewangan Asia tahun 1997 di mana negara turut diserang oleh krisis tersebut sehingga manipulasi matawang itu hampir menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara menjadi bankrap.Banyak syarikat-syarikat tidak mampu beroperasi lagi dengan kejatuhan nilai matawang yang tidak dapat dikawal lagi.Tuduhan mengatakan penyangak matawang George Soros adalah sosok yang dituduh bertanggong jawab terhadap krisis matawang tersebut.Dalam menangani krisis ini pertelingkahan telah merancakkan lagi suasana apabila cadangan penyelesaian yang dibawa oleh DS Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu dianggap sebagai satu penyelesaian yang menjerumuskan negara ke jurang bahaya.Cadangan DS Anwar untuk bergantung kepada pertolongan IMF bagi menyelesaikan krisis tersebut dijadikan senjata oleh penyokong Tun Mahathir untuk menyalahkannya.
28.Bagaimana pun krisis itu telah berjaya ditangani dengan cadangan dan strategi yang dicadangkan Tun Dr Mahathir .Bantuan yang dihulurkan oleh IMF tidak diterima kerana keyakinan bahawa bantuan itu akan menjerat Malaysia ke dalam jurang yang lebih dalam sehingga negara akan tergadai. .Kadar bunga yang tinggi dikenakan IMF kepada negara peminjam dijadikan alasan untuk menolaknya.Kerajaan pada masa itu masih lagi mempunyai reserve yang mencukupi untuk menyelesaikan secara dalaman masalah tersebut tanpa bergantung kepada bantuan luar.Kadar tukaran ringgit dengan US dollar diikat pada kadar RM 3.80 sebagai langkah menyekat kejatuhan matawang Malaysia yang lebih teruk.Dalam tempoh krisis ini jugalah terjadikan agalmasi bank-bank dimana bank bergabung untuk membentuk operasi yang lebih kukuh lagi menjimatkan.
29.Kes moral DS Anwar Ibrahim kemudian menjatuhkan reputasinya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri. Beliau dituduh dalam kes liwat yang mebabitkan pembantu peribadinya.Payah Tun Dr Mahathir untuk mempercayainya sehingga pada akhirnya mngambil keputusan untuk menyingkirkan Anwar dari memegang jawatan itu dengan alasan seorang yang tidak bermoral tidak layak untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.DS Anwar sejak awak mengatakan bahawa semua tuduhan kepadanya itu sebagai suatu konspirasi politik.Beliau konsisten dengan alasan itu dengan menuduh Mahathir dan UMNO merancang untuk menjatuh dan menyingkirkannya.
30. Semuanya ini mencetuskan dinamika baru dalam politik Malaysia apabila impak langsong dari penyingkiran Anwar itu membawa kepada penubuhan PKR (Parti Keadilan Rakyat).Slogan Reformasi yang dijaja oleh DS Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR bergema dari Kuala Lumpur dan merebak keseluruh pelusuk negara.Nama Anwar Ibrahim menjadi popular dikalangan penyokong muda Malaysia dari pelbagai bangsa berikutan daripada PKR adalah sebuah parti bukan rasis yang tertentu kepada satu-satu kaum di negara ini.Ledakan suara reformasi mencetuskan warna dan fenomena baru dalam masyarakat politik Malaysia yang terus dinamik dan relevan hingga saat ini.
31.Suara reformasi Anwar Ibrahim dan sentuhan simpati masyarakat atas keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepadanya menjadikan watak ini sebagi tokoh yang diberikan simpati oleh kalangan pembangkang yang tidak berselera lagi dengan pendekatan UMNO mentadbir kerajaan.Suatu ketika gambar mata lebamnya kerana ditumbuk seorang bekas Ketua Polis Negara menjadi bahan yang menambahkan simpati masyarakat kepadanya.Semakin ramai masyarakat yang menyimpan dan mempertahankan pendapat bahawa Anwar Ibrahim sesungguhnya telah diiniayai.
32. Sesungguhnya sesuatu yang lebih mengejutkan ialah apabila dalam persidangan Agong UMNO pada akhir tahun 2003 Tun Mahathir secara tiba-tiba mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.Ianya mengeciwakan rakyat yang menyokong kepimpinannya selama 22 tahun dengan penuh kecemerlangan itu.Tetapi juga pengumuman itu sangat dinantikan oleh penentangnya dalam parti yang lama menunggu gilirannya untuk menduduki kerusi itu.Tidak jelas apakah faktor yang memaksa Tun Mahathir mengambil keputusan secara demikian tiba-tibanya.
33. Anwar Ibrahim merupakan arkitek politik yang besar peranannya dalam menubuhkan Pakatan Rakyat(PR).PR adalah sebuah gabungan pembangkang yang dibangunkan untuk menyatukan beberapa parti pembangkang bagi menawan Putrajaya.Gabungan PKR,PAS dan DAP dalam membentuk Pakatan Rakyat merancakkan Pilihanraya umum Malaysia ke 12 tahun 2008.Pembangkang mendapat sokongan kuat dari pengundi bandar.Mereka juga mendapat sokongan dan kepercayaan dari pengundi muda yang sudah semakin terdedah kepada akses media sosial dan komunikasi terbuka di ruang siber.Surat khabar yang menjadi lidah dan suara kerajaan mulai ditolak pembangkang kerana mengikut orang muda surat khabar seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia terlalu hipokrit dengan dikuasai dan diperalatkan kerajaan sepenuhnya.
34. Pilihanraya ke 12 menyaksikan lima negeri iaitu Kelantan,Perak,Pulau Pinang,Kedah dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.Peristiwa ini menjadikan wibawa Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri pada saat itu sangat tergugat .Kegagalan menguasai dua pertiga majoriti dalam Parlimen ini menjadikan pada akhirnya Pak Lah tersingkir dari jawatannya untuk digantikan Dato' Seri Najib Tun Razak.Tun Mahathir menjadi pengkeritik Pak Lah yang sangat lantang.Pak Lah dikatakan lembek dan tidak cepat sehingga menerima kekalahan seteruk itu.Perhubungan dingin Pak Lah dan Tun Mahathir diketahui umum terutama selepas Pak Lah menolak cadangan Mahathir supaya Pak Lah meneruskan pembinaan jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singpaura.
35. Peristiwa ini terjadi selepas lima tahun Tun Mahathir melepaskan jawatannya untuk disandang oleh Pak Lah.Berikutan itu Pak Lah diperlekehkan dan dipersalahkan.Gambar-gambar Pak Lah tertidur semasa menghadiri sidang dan mesyuarat dalam dan luar negara mulai tersebar.Timbul rasa mual rakyat dan pemimpin-pemimpin UMNO apa lagi pembangkang kepada Pak Lah.Pak Lah menyerahkan jawatannya kepada Timbalannya dengan rasa keciwa.Pak Lah dengan tidak meninggalkan legasi besar untuk dipuji tinggi selain barangkali Islam Hadhari yang sejak dilaksanakan banyak dipertikaikan oleh banyak pihak di negara ini.
36.DS Najib dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dalam tahun 2009 enam tahun selepas Tun Mahathir meninggalkan kerajaan.Perlantikan Najib ke jawatan ini juga memperlihatkan peranan Tun Mahathir dibelakangnya .Mahathir sangat terhutang budi kepada Tun Razak yang dianggap sebagai sifunya dalam politik.Tun Mahathir sangat menyanjungi kebolehan Tun Razak dalam memimpin negara.Beliau mengharapkan DS Najib akan mewarisi ketokohan bapanya dalam memimpin negara.Dan kerana itu ia memainkan peranan supaya DS Najih terpilih menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Badawi.
37. Satu peristiwa penting turut berlaku sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri ialah keputusannya membebaskan DS Anwar Ibrahim dari penjara tahun 2004.Keputusan ini memberi ruang dan tapak semula kepada PKR untuk terus kukuh menyebarkan sayapnya.Seperti yang dikatakan pembentukan Pakatan Rakyat dari usahanya telah mengukuhkan peranan pembangkang dalam politik Malaysia.Dalam kaadaan inilah pilihanraya umum 2008 berlangsung.
38.DS Najib jauh lebih kreatif dibandingkan dengan Pak Lah dalam pendekatan pentadbirannya.Pak Lah sebagai pemimpin yang telah berumur lebih teliti dan cermat dalam tindakannya kalau dibandinglkan dengan DS Najib .Demikianlah pelbagai plan transformasi yang diperkenalkan DS Najib yang sedang berjalan sekarang banyak pro dan kons nya .Demikian jugalah dengan Transformasi 50 yang dilancarkan dalam bajet tahun 2016 yang lalu.Kelihatannya pada mata pemerhati politik TN 50 adalah dengan tujuan untuk menggantikan Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan Tun Mahathir lebih kurang dua puluh tahun yang lalu.
39. Sesungguhnya sesuatu yang lebih meletup hasil buahtangan DS Najib untuk UMNO dan Malaysia ialah keputusannya menubuhkan 1 MDB.Ia menimbulkan polemik besar dan menghasilkan gelombang tsunami dalam politik Malaysia kerana dengannya puak pembangkang menjadikanya sebagai senjata untuk menentangnya dengan sengit.Hutang-hutang yang dibuat oleh 1MDB sangat besar jumlahnya yang dikatakan pembangkang akan ditanggong oleh anak cucu rakyat Malaysia untuk beberapa generasi akan datang.
40.Pembangkang yang semakin ramai menduduki kerusi Parlimen menjadikan dewan Parlimen begitu hangat dengan suasana perdebatan setiap kali diadakan persidangan.Ahli-ahli parlimen pembangkang yang terpaksa diarah keluar dewan bukan perkara jarang berlaku lagi sejak selepas pilihanraya 2008 sehingga sekarang.Pertikaman lidah antara pihak kerajaan dan pembangkang dalam dewan menjadi senario biasa sekarang.Ahli Parlimen pembangkan memboikot persidangan dewan juga kerap berlaku sekarang yang dulunya tidak.Gambaran ini menunjukkan sejak zaman pentadbiran DS Najib menjadi Perdana Menteri kehangatan persidangan dewan menjadi satu ciri istimewa.
41.Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yasin dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dalam tahun 2016 bersama dengan pengantungan keahlian Dato' Seri Shafie Afdal bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dari Sabah mencetuskan satu lagi tsunami politik di Malaysia.Ini membawa kesan lansong kepada wujudnya sebuah parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau BERSATU yang dipengerusikan oleh TanSri Muhyiddin Yassin di Semenanjong Malaysia dan Parti Warisan pimpinan Shafie Afdal di Sabah.
42. Pembentukan Pakatan Harapan yang menggabungkan anggota parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang telah dibubarkan dahulu itu yang turut disertai pula parti Bersatu memperkukuhkan Pakatan pembangkang itu.Walaupun PAS tidak berada dalam pakatan ini tetapi kemasukan sebuah parti baru iaitu AMANAH dikatakan mengambil tempat yang telah dikosongkan PAS itu.
43.Pakatan Harapan adalah suatu dinamika baru politik pembangkang Malaysia yang bersedia untuk memasuki gelanggang pertarungan pilihanraya Malaysia ke 14 yang akan segera diumumkan bila-bila masa sekarang.Sejauh mana gabungan yang menyatukan empat parti iaitu DAP,BERSATU (PPBM),PKR dan AMANAH akan berjaya menggugat Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 14 akan hanya boleh dijawap oleh masa dan ketentuan Allah jua.
No comments:
Post a Comment