Benarkan PAS sudah bekerjasama dengan UMNO?.Jawapnya adalah tidak.Ia jawapan yang diberikan oleh Dato' Nik Amar Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan.Beliau juga adalah Naib Presiden PAS pusat.Jawapannya boleh diambil diguna kalau pun bukan untuk dipakai.Apa pula jawapan Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang tentang isu ini.Beliau kelihatan tidak memberikan jawapan yang tegas dan jelas.Timbalannya YM Tuan Ibrahim Tuan Man lebih tegas kerana memberikan jawapan yang senada dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Apa yang sebenarnya.
Banyak pemerhati politik mengatakan bahawa PAS berada dalam dilema sekarang.Keluarnya kumpulan professional dari PAS yang diketuai oleh Mat Sabu serta beberapa rakannya yang lain memberikan kesan besar kepada PAS.Tertubuhnya pula PAN (Parti Amanah Negara) yang diasaskan oleh Mat Sabu memberikan kejutan besar kepada PAS.PAS menjadi kelam kabut sehingga memberikan kenyataan yang pelbagai berkenaan dengannya.
Sikap Dato' Husam Musa yang mendedahkan pelbagai rashia pentadbiran kerajaan PAS kelantan menjadikan kerajaan PAS Kelantan terutamanya sangat tidak selesa.Husam Musa dikatakan seorang pemimpin PAS Kelantan yang berwibawa.Ia juga seorang yang kelihatan "ambitious" dan bekerja kuat.Ia dilihat mempunyai banyak idea untuk kemajuan dan pembangunan negara.Ia juga seorang yang lantang berbicara.
Husam Musa pernah menjadi orang kepercayaan TG Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Kelantan.Beliau pernah menjadi exco kerajaan PAS melalui keyakinan Menteri Besar kepadanya.Banyak tugas-tugas penting kerajaan PAS Kelantan terletak ditangannya.Banyak rashia kerajaan Kelantan ada dalam pengetahuan dan ingatannya sehingga sekarang kerana beliau begitu rapat dengan arwah TG Nik Aziz selama tempoh pentadbirannya.
Tindakan kekeciwaan.
Banyak pemimpin yang rosak kerana keciwa.Kekeciwaan manusia membawa kepada kemarahan. Kemarahan selalunya membuahkan tindakan di luar kebiasaan manusia.Inilah yang selalu berlaku kerosakan dan kemusnahan.Kesannya ialah kepada individu dan juga organisasi yang pernah diwakilinya.
Sikap Husam Musa banyak berubah dalam PAS selepas beliau tidak lagi dilantik menjadi exco kerajaan PAS Kelantan bila sahaja berakhir zaman TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan.Ia kehilangan tempat dan kehilangan peranan seperti juga TG Nik Aziz yang tidak lagi dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU 13.Bagi TG Nik Aziz walaupun beliau hilang jawatan MB Kelantan tetapi masih boleh terus berpengaruh dalam parti dengan jawatan tinggi dalam kepimpinan parti iaitu kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS.
Bagi banyak pemimpin PAS Kelantan Husam Musa dikatakan sebagai singa yang luka.Sebagai seorang ahli politik yang pintar serta berpandangan jauh,Husam Musa perlu mebina tapak baru dalam perjuangan politiknya.Kekeciwaannya membawa dan mencorakkan tindakannya sekarang.
Husam pada akhirnya menyertai rakan-rakannya yang lain yang telah menubuhkan Parti Amanah Negara.Ia telah lama dijangkakan.Ia sekarang bersatu dalam gerakan PAN bersama dengan Mat Sabu,Sallahuddin Ayub serta yang lain .Pemimpin PAN semuanya dari mereka yang berlatarbelakangkan kekeciwaan bersama PAS.
Perpecahan dalam PAS.
Dalam PRU 13 PAS dalam Pakatan Rakyat bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Rakyat (Democratic Action Party) (DAP).PAS mencanangkan tindakannya bersama DAP sebuah parti Cina totok yang dikatakan sangat anti Melayu dan anti Islam sebagai suatu "tahaluf siyasi" yang penuh hikmah.Dikatakan Islam mementingkan perpaduan antara pelbagai agama.
Pakatan Rakyat memasuki PRU 13 dengan beberapa kejayaan yang membanggakan.TG Nik Aziz merasakan pendekatannya bekerjasama dalam Pakatan Rakyat telah mencapai matalamatnya.Namun pada akhirnya perhubungan PAS dengan PKR dan lebih-lebih lagi dengan DAP menjadi kacau kerana beberapa perbezaan pandangan dan sikap tentang pendekatan Islam yang diutarakan oleh PAS.
Selama dalam Pakatan Rakyat,golongan professional dalam PAS yang nampaknya diketuai oleh Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS sangat rapat dengan DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR.Mereka terutama Mat Sabu,Sallahuddin Ayub,Hussam Musa dan Dr Zulkifli Ahmad adalah antara pemimpin tertinggi PAS yang dikatakan sentiasa mendampingi dan mendapat tunjuk ajar dari Anwar Ibrahim.Mereka ini kemudiannya dikenali sebagai golongan Anwarinas Mereka dituduh lebih banyak berkiblat kepada Anwar Ibrahim daripada Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden PAS.
Perpecahan dalam PAS yang baru ini nampaknya bermula dengan pembentukan Pakatan Rakyat.Apakah pembentukan Pakatan Rakyat yang diusahakan oleh Anwar Ibrahim merupakan satu pendekatan Anwar Ibrahim untuk memusnahkan PAS ?.Soalan ini barangkali keterlaluan.Tetapi mungkin tidak kalau difikirkan bahawa Anwar Ibrahim bermatalamat untuk menjadikan PAS sebagai batu loncatan bagi mencapai cita-citanya untuk ke Putrajaya selepas PRU 13.Cita-citanya hampir tercapai dengan mendapat sekurang-kurangnya 89 kerusi Pakatan Harapan serta memperolehi 52 % undi popular rakyat.Ini kejayaan Anwar Ibrahim yang sangat besar.
Kehilangan TG Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.
Febuari 2015 TG Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah.Kelibat dan pengaruhnya telah hilang.DS Anwar Ibrahim telah lebih dulu dari itu dipenjarakan.Anwar berkata beliau dipenjarakan kerana suatu konspirasi politik.TG Nik Aziz telah membela dan mempertahankannya.
Ketiadaan mereka berdua dalam kepimpinan telah memberikan kesan besar kepada kepimpinan masing-masing.Jawatan Menteri Besar Kelantan yang diambil alih oleh Ustaz Ahmad Yaacob gagal mengisi peranan yang telah diberikan oleh TG Nik Aziz selama 21 tahun itu.Selepas kematiannya pula kedudukan PAS menjadi semakin tidak menentu.Dasar PAS sedikit demi sedikit telah mengalami perubahan berikutan beberapa perkembangan baru dalam politik tanah air.
Suara DS Anwar dari penjara gagal untuk menenteramkan beberapa krisis baru dalam Pakatan Rakyat yang dibentuknya.Ini membawa perpecahan dalam Pakatan Rakyat.Ini pula membawa perpecahan dalam PAS.
Kembali kepada kepimpinan Ulamak.
Barisan pemimpin baru PAS tahun 2016 adalah berteraskan kepimpinan Ulamak.Keputusan parti seluruhnya menjadi keputusan mereka yang berkelulusan sekolah agama dan Islam menjadi landasan perjuangan totok.Pimpinan ulamak yang baru ini menamatkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.Yang anihnya bayak pemerhati politik melihat PAS lebih cenderung berbaik-baik dengan UMNO / BN pula.Ia sesuatu yang kelihatan sangat berbeza dengan dasar anti UMNO / BN yang diperjuangkan PAS sejak mereka keluar dari Barisan Nasional 1978 dulu.
Politik matang dan sejahtera.
PAS dengan politik matang dan sejahteranya sekarang tidak menentang 1MDB dan tidak turut menyelar kerajaan sekarang yang penuh penyelewengan dan rasuah.PAS tidak lantang menyuarakan kebencian kepada UMNO selari dengan pembangkang yang lain di negara ini.
Apa yang lebih menghairankan PAS tidak sanggup bersama barisan pembangkang yang lain terutama bersama Pakatan Harapan yang dibentuk bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang hancur sebelumnya..
Kesediaan PAS untuk hadir bersama di majlis-majlis anjuran UMNO / BN walaupun beberapa kali sahaja dibaca ramai sebagai bukti keakraban hubungan PAS-UMNO sekarang ini.Ini dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS.Berada di atas pentas yang sama terutama bagi membela kepentingan Islam sedunia dengan berpakaian sama masih belum boleh dituduh bahawa PAS telah bekerjasama politik dengan UMNO.Itu kata-kata pemimpin PAS.Pemimpin PAS tetap menafikan mereka berpakat dengan UMNO dalam menghadapi PRU 14 ini.
PAS bukan bersendirian.
Pemimpin PAS menegaskan mereka tidak bersendirian.Mereka bersama dalam satu pakatan pembangkang yang lain.Mereka dalam Gagasan Sejahtera.Katanya bersama dengan Parti Cinta Malaysia dan Parti Berjasa serta dengan lebih daripada 200 kumpulan NGO di seluruh negara.PAS berani mendabik dada bahawa mereka yakin dengan kekuatan mereka sendiri dengan anggota,organisasi dan jentera yang tersusun disemua peringkat.
PAS mendakwa bahawa dalam PRU 13 yang lalu kekuatan organisasi dan jentera PASlah yang telah menggerakkan banyak kejayaan Pakatan Rakyat.Parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat semuanya bergantung kepada kekuatan jentera PAS untuk mencapai kemenangan itu.
Sekarang dalam PRU 12 PAS mahu mencuba nasib dengan keyakinannya sendiri.Perhitungan PAS mungkin benar.Ia akan membawa kejayaan.Tetapi pada masa yang sama banyak pemerhati politik memberikan pandsangan yang sebaliknya.
King Maker atau opportunist.
Kenyataan pemimpin-pemimpin PAS sentiasa berubah-ubah tentang bilangan kerusi parlimen yang akan dipertandingkan dalam PRU kali ini.Pada satu masa dikatakan akan hanya bertanding dalam bilangan yang kecil sahaja.Sekarang bilangan menjadi 130.Mereka berkata akan berusaha untuk memenagkan 40 kerusi .Mereka berhasrat untuk menjadi orang rebutan.Jangkaan mereka tidak akan ada antara UMNO/BN atau Pakatan Harapan yang akan mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.Di sinilah pada pendapat mereka,PAS akan menjadi sangat berharga untuk di temui dan dirundingkan oleh kedua-dua belah pehak bagi mendapatkan persetujuan membentuk kerajaan di Putrajaya.
Maka katanya PAS akan berperanan besar untuk menentukan kerajaan Malaysia dapat dibentuk.Apakah hanya setakat itu sahaja peranan PAS.Ia tidak lebih kelihatan seperti tindakan kumpulan oppotunis.Itu kata banyak pihak.
Dengan yang demikian perhitungan PAS menjangkakan sebuah kerajaan dua parti akan terpaksa diwujudkan selepas PRU 14 nanti.Bagaimana kalau perhitungan mereka ini tidak benar.PAS akan keciwa atau mungkin terpaksa menyusun semula dasar perjuangannya untuk hidup semula selepas PRU nanti.
Apakah pula mampu PAN yang merupakan serpihan PAS menggantikan PAS.Apakah cukup beberapa kerat pemimpin yang bertaraf ulamak dalam PAS mampu membawa aginda Islam di dalamnya untuk melestarikan dasar Rahmatal lil 'alamin yang menjadi dasar perjuangan mereka sekarang.
Sikap penyokong PAS.
Diperingkat akar umbi sebahagian besar pengundi PAS tidak bersetuju dengan sikap lemah lembut PAS kepada UMNO / BN seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin mereka sekarang.Pengundi-pengundi terutama di Kelantan masih terikat kepada pegangan TG Nik Aziz yang sangat bencikan UMNO /BN.Pesanan Tok Guru Nik Aziz masih terngiang-ngiang ditelinga kebanyakan pengundi PAS bukan hanya di Kelantan.
Jadi sementara pemimpin-pemimpin PAS bermain " cit ku cat" (Loghat Kelantan) (sekali begitu sekali begini) dalam hubungannya dengan UMNO/BN;apakah ini tidak melunturkan keyakinan pengundi terhadap mereka.
Mereka sangat perlu berhati-hati dalam sandiwara ini supaya mereka masih terus relevan dalam politik negara.Jangan jadi seperti kata perumpamaan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.Kalau silap melangkah nanti banyak rashia terdedah dan ini akan merosakkan imej PAS itu sendiri pula.
Tempua bersarang rendah.
Sesiapa pun melakukan sesuatu tindakan berlandaskan situasi.Seperti kata pemimpin PAS mereka telah lama menjadi pembangkang.Selama berpuluh tahun PAS telah menjadi pembangkang yang totok kepada UMNO /BN.Hanya sebentar dalam tempoh menyertai BN beberapa pemimpin PAS dapat merasai empuknya kerusi menteri.Barangkali itu diidamkan kembali.Pemimpin PAS terkini mencari politik matang dan sejahtera untuk kembali engambil peluang tersebut.
Kalau tak ada apa-apa takkan tempua bersarang rendah.PAS mengambil sikap lebih berlembut dan bersedia menyandarkan kepala ke bahu UMNO /BN kerana ada sesuatu.UMNO juga berbuat baik kepada PAS kerana ada sesuatu.
Dilema UMNO / BN.
UMNO /BN juga dilanda krisis.Kebangkitan Tun Mahathir lalu menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan malapetaka kepada DS Najib dan UMNO/BN.Pembentukan Pakatan Harapan yang menggabungkan DAP,PKR,PPBM adalah gambaran yang menunjukkan bahawa UMNO perlu menambahkan bilangan sekutu mereka selain daripada berbelas-belas yang dipunyai sekarang
UMNO / BN sekarang sudah tidak lagi menyerang PAS.Haji Hadi lebih selisa tidur sekarang dibandingkan semasa PRU 13 dulu.Tempat Haji Hadi digantikan oleh Tun Mahathir dan rakan-rakan Pakatan Harapannya yang lain sekarang.Ini senario baru poltik Malaysia.
UMNO bersungguh-sungguh berusaha untuk memarek PAS mendekati mereka.Usaha UMNO lebih ketara dari usaha PAS sendiri ke arah itu.PAS kelihatan teragak-agak.Mereka sangat mahu tetapi ketakutan menghalang mereka.Apakah PAS berada dalam cinta gelap.
Lawatan DS Najib ke Kelantan minggu lepas dengan mengungkitkan sumabangan kerajaan pusat kepada Kelantan sesungguhkan bukan sahaja memalukan pemimpin PAS Kelantan tetapi menyakitkan hati.Kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal mentadbir Kelantan sehingga gagal untuk membayar gaji kakitangan sekalipun.Hal itu tidak sepatut diungkit kerana sudah termaktub kerajaan pusat bertanggung jawab membantu semua kerajaan negeri yang berada dalam federasi Malaysia.
Dalam suatu kaadaan lain pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan mewarwarkan bahawa UMNO akan mengambil kembali Kelantan dalam PRU kali ini.Ini menjadi ketakutan kerajaan PAS Kelantan.Kalau boleh dibuat persetujuan dalam win-win situation barangkali PAS akan sanggup tunduk kepada UMNO asalkan PAS tidak diganggu dan terus dibiarkan untuk kekal di bawah PAS.
PRU 14 akan memberikan semua jawapannya.
No comments:
Post a Comment