5 Mei 2018 menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Pakatan Harapan.Ia satu tarikh dimana Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Mahathir telah ditolak pendaftarannya oleh ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).Dengan pengharaman tersebut menjadikan bukan sahaja parti itu dilarang beroperasi tetapi juga Pakatan Harapan (PH) sebuah gabungan parti-parti pembangkang turut ditolak kewujudannya.
Pahitnya jadam.
Ini pengalaman pahit bagi PPBM.Ia satu pukulan berat kepada Pakatan Harapan yang sepatutnya menggabungkan empat parti utama dalam gabungan tersebut iaitu PPBM,DAP,AMANAH dan PKR.Dengan ketiadaan Pakatan harapan sebagai sebuah pakatan pembangkang sedikit sebanyak ia memberikan sedikit masalah kepada pakatan itu itu dalam menyusun dan mengatur strateginya untuk menentang Barisan Nasional yang menggabungkan 13 parti komponen di dalamnya.
Melangkah halangan.
Bagi pembangkang mereka melihat ini sebagai suatu percubaan yang mesti dihadapi dengan segala kekuatan yang ada pada mereka.Bukankah sepahit-pahit jadam adalah ubat.Sedang semanis-manis gula pula adalah racun.Tun Dr Mahathir yang telah dilantik oleh pakatan pembangkang sebagai Pengerusi mereka telah lama menduga bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pasti tidak akan dengan semudah itu memberi laluan kepada PH untuk melaksanakan agendanya.Pelan alternatif telah lama difikirkan oleh PH.Kerana itu selepas sahaja PH tidak diluluskan pendaftarannya maka penyelesaianya segera dapat diumumkan.
Tiket Parti Keadilan Rakyat.
Sebagai sebuah agensi kerajaan ROS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjalankan tugasnya.Sejauh mana tugas itu berjalan secara patut dan adil sukar untuk ditentukan.Walau bagaimana pun tuduh menuduh telah berlaku apabila pihak pembangkang melihat tindakan mengharamkan PPBM dan menyekat pendaftaran PH sebagai sebuah gabungan parti pembangkang adalah satu tindakan keterlaluan.Ia dikatakan pembangkang sebagai tidak adil.Lebih jauh mereka menuduh kerajaan BN tidak demokratik.
Kekeciwaan puak pembangkang begitu terasa apabila pengharaman itu dibuat pada masa yang sangat kritikal sewaktu pilihanraya sudah sangat dekat.PPBM dan PH dinafikan oleh ROS sehari sebelum Parlimen ke 13 dilabuhkan tirainya untuk menghadapi PRU 14.Pakatan Pembangkang bagai mati akal dengan tindakan tersebut kalau mereka sebenarnya tidak menduga akan sejauh itu tindakan bakal diambil dan dikenakan ke atas mereka.
Jangkaan awal dan perancangan awal yang dibuat barangkali menjadi pulangnya paku buah keras kepada kerajaan BN apabila segera diumumkan bahawa gabungan pembangkang sepakat bersetuju untuk menggunakan Lambang dan logo parti Keadilan Rakyat untuk PRU 14.
Apa pula sekatan selepas ini.
Apakah akan timbul pula apa-apa sekatan baru terhadap penggunaan logo dan Lambang PKR bagi pakatan pembangkang ini.Masa akan menentukannya.Kalau ini juga terjadi maka mungkin suatu kekecohan besar akan berlaku.Sukar untuk diduga apa mungkin akan terjadi.Apa yang boleh dikatakan apakah Kerajaan BN akan bertindak sejauh itu untuk mengekang kemaraan pembangkang dalam PRU 14 kali ini.
Reaksi Rakyat.
Adalah sesuatu yang tidak diduga apabila sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang bertambah dengan mendadak selepas pengharaman PPBM dan PH.Barangkali kebangkitan ini datangnya dari rasa simpati rakyat terhadap nasib yang menimpa bekas Perdana menteri yang telah lanjut usia itu.Ketekunan dan kegigihan beliau bergerak keserata negeri di Semenanjung tanpa mengira letih,penat dan sakit menarik simpati rakyat kepada perjuangannya.Barangkali itu yang terjadi.Lihat sahaja setiap majlis perhimpunan dan syarahan yang ditampilkan Tun Mahathir sambutan rakyat adalah di luar jangkaan.
Ada orang berkata bilangan kedatangan ke satu-satu majlis penerangan atau syarahan tidak menggambarkan sokongan rakyat kepada satu-satu pihak.Apakah ini benar.Fikirkan bagaimana dalam PRU 13 yang lalu setiap ceramah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang menampilkan Sdr Anwar Ibrahim dikunjungi oleh begitu ramai penyokong.Hasilnya dapat dilihat apabila PRU 13 memberikan 52 % popular vote kepada Pakatan Rakyat ketika itu.
Sekiranya PRU 13 magnetnya terletak pada Sdr Anwar Ibrahim maka PRU 14 magnetnya terletak pada Tun Mahathir Mohammad bekas Perdana menteri yang telah berkuasa selama 22 tahun di atas tampuk pemerentahan Malaysia.Apakah ini tidak membayangkan kejadian yang sama akan berulang.Tambah lagi senario politik terkini Malaysia jauh lebih rencam dan lebih kronik dibandingkan dengan senario PRU 13 yang lalu.
Tsunami Melayu.
Tsunami ini menjadi tanda tanya.PRU 13 yang lalu menyaksikan terjadinya tsunami Cina .Orang cina di bandar-bandar seluruh Malaysia beralih sokongan apabila tidak lagi memberikan undi mereka kepada BN.Barngkali trend pengundi cina masih kekal seperti dulu pada hari ini.Mereka masih tidak percaya kepada MCA mampu mengangkat kepentingan mereka.
Perpecahan dalam UMNO dengan lahirnya Mahathir sebagai satu lagi hero baru menentang BN akan memberikan pukulan baru kepada BN.Ketiadaan Anwar Ibrahim di atas gelanggang kerana masih lagi dipenjara diisi oleh kelibat Mahathir yang bewgitu bersungguh-sungguh mencabar PM Najib dan BN.
Inilah yang dibayangkan akan wujudnya tsunami Melayu.Kalau ini terjadi barangkali sokongan PAS kepada BN dengan sikap dolak daliknya selama ini masih belum mampu untuk menongkat BN dari rebahnya.
Menariknya PRU 14.
Dengan senario yang ada serta perkembangan -perkembangan baru yang datang bercambah semuanya menjadikan PRU 14 kian hangat dan panas.Siapa yang bakal menang nanti sukar untuk ditentukan.Sementara BN sebagai kerajaan yang berkuasa sedang berhempas pulas memulihkan calar dan imejnya yang tercemar pehak pembangkang juga berusha mencari dan mendedahkan segala kelemahan kerajaan untuk memetik keyakinan dan sokongan rakyat kepada mereka.Sesiapa yang lebih dipercayai dan diyakini akan memenangi pilihan raya kali ini.
No comments:
Post a Comment