Dr Zakir Naik seorang pendakwah antarabangsa asalnya India.Kariernya bermula sebagai seorang doktor perubatan di tempat kelahirannya Mumbai .Mumbai pula dikaitkan dengan Bollywoodnya, adalah bumi tersohor di seluruh pelusuk dunia sebagai tempat lahirnya pula banyak filem-filem "hindusetan".Filem-filem ini diedarkan keseluruh dunia termasuk ke Malaysia negara kita yang ugama persekutuannya adalah Islam.Itu yang dinyatakan dalam perlembagaan.Filem-filem hindustan ini menampilkan lelaki kacak dengan wanita-wanita cantik beraksi separuh bogel untuk menjadi tontonan masyarakat dunia. Nampaknya kelucahan filem-filem keluaran Mumbai mengatasi filem-filem yang datangnya dari negara Mat Saleh.
2. Di India Islam adalah agama yang dianuti oleh penduduk minoriti.Sebahagian besar penduduk Islam asal India telah berpindah ke Pakisatn dan Bangladesh setelah penjajah Inggeris memberikan kemerdekaan kepada India.Pakistan dan Bangladesh diasingkan daripada India untuk menerima kemerdekaannnya sendiri.Mohd Ali Jennah telah memperjuangkan supaya Pakistan diasingkan dari India dengan memerdekakan sebuah negara Islam.
5. Meskipun demikian orang India yang berugama Islam masih juga tinggal menetap di India walaupun setelah India mencapai kemerdekaannya pada tahun 1947.Mereka inilah yang melahirkan Dr Zakir Naik untuk terus beramal dengan ajaran Islam dengan berpegang kepada kalimah tawhid tentang keyakinan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada Allah yang satu dan Nabi Muhammad SAW nabi dan pesuruhNya.Mereka berkembang biak di bumi yang beratus juta penduduknya menganut ugama Hindu.Di India penduduk Islam seolah-olah terkepung dikalangan penduduk Hindunya.
6. Kerajaan India yang dimerdekakan oleh Mahatma Gandhi ini adalah sebuah kerajaan Hindu yang tidak memberikan banyak peluang kepada penganut Islam untuk mendapat tempat dalam pentadbiran tinggi kerajaan.Keseluruhan peluang-peluang utama dalam negara bukan untuk orang yang berugama Islam.Gerakan dakwah islamiah dilihat sebagai suatu usaha yang perlu dihalang.
7. Dr Zakir Naik telah menamatkan kariernya sebagai seorang doktor perubatan kerana minatnya yang lebih mendalam untuk menjadi pendakwah.Beliau memilih bidang perbandingan ugama dalam gerakan dakwahnya.Usahanya mendalami ilmu pengetahuan untuk mengkaji pelbagai kitab suci beberapa agama utama dunia menjadikan beliau begitu mahir untuk mencari dan berhujjah dengan fakta untuk menegakkan kebenaran dalam beragama.Keberaniannya berdepan dengan pengikut dan penganut pelbagai agama selain Islam dalam pelbagai program "intelectual discourse" harus dipuji dan disanjung.Tidak ramai cendekiawan dalam masyarakat dunia di akhir zaman ini yang mempunyai kebolehan ,kesanggupan serta keberanian seperti dirinya untuk berjihad mengharungi api cabaran dan rintangan dalam berdakwah.
8. Majlis dan program yang dianjurkan olehnya di bumi India telah mendapat sambutan di luar dugaan. Beliau berjaya menghimpunkan berjuta manusia dari pelbagai ugama untuk mendengar syarahan dan hujjah beliau tentang keistimewaan serta kebaikan Islam sebagai agama yang satu-satu diredhai Allah di atas muka bumi ini.Dr Zakir bersedia menjawab pelbagai soalan yang datangnya dari penganut-penganut agama bukan Islam dengan memberikan jawapan dalam perbandingan diantara Islam dengan agama yang mereka sedang anuti masing-masing.Kefahaman baru dari hujjah dan jawapan yang diberikan Dr Zakir telah banyak berjaya membuka hati penganut bukan Islam untuk terus menganut Islam dalam majlis-majlis yang diadakan oleh beliau.Ini kejayaan beliau yang tidak banyak dilakukan oleh orang lain.Dr Zakir telah berjaya mencipta rekod kejayaannya sendiri melalui jalan dakwah ini.
9. Meskipun tiada rekod dikeluarkan akan bilangan mereka yang telah diislamkan oleh Dr Zakir,namun dapatlah difahamkan bahawa bilangannya ramai.Hal ini dilihat oleh penguasa dan pemerentah bukan Islam India sebagai suatu ancaman.Ancaman ini dilihat semakin membesar dengan kesanggupan dan keupayaan Dr Zakir menggunakan kaedah dan teknologi moden dalam menyebarkan dakwahnya.Social media diguna dan dikuasainya.
10. Gerakan Islam sejak zaman Rasulullah mendapat halangan dan tentangan yang hebat.Baginda bukan sahaja dimusuhi oleh masyarakat kafir Mekah malah keluarganya yang terdekat juga demikian.Sirah rasullullah menunjukkan bagaimana baginda pada akhinya terpaksa berhijrah ke Madinah untuk menyelamat dan mengembangkan Islam akidahnya.Baginda berjaya di Madinah sehingga terbentuknya sebuah negara yang mendaulatkan Islam.
11. Demikianlah cabaran yang dihadapi oleh Dr Zakir Naik di India.Beliau pada akhirnya dianggap sebagai manusia yang membawa perpecahan masyarakat India.Peranannya mengislamkan ramai kalangan penduduk India dari "paganisma" Hindu kepada ugama yang mengesakan Tuhan ini dianggap sebagai ancaman besar sehingga beliau dicop sebagai penjenayah yang dikehendaki oleh pehak berkuasa.Mereka mengena dan mencipta pelbagai tuduhan untuk menyekat dan menamatkan gerakan dakwah yang dijalankan oleh Dr Zakir.
12. Dr Zakir bukan sahaja dianggap sebagai pengancam keselematan India malah dituduh sebagai seorang teroris.Ia juga dituduh melakukan pengubahan wang haram sehingga perlu ditangkap dan dibawa kemuka pengadilan.Apakah keadilan yang akan diterima oleh Dr Zakir dalam sebuah mahkamah yang dimiliki oleh musuh-musuh Islam dalam sebuah negara Hindu yang pemerentahnya sangat mebenci Islam dan beliau.Tiada siapa dapat mengatakan bahawa Dr Zakir Naik akan mendapat pembelaan yang adil di India apabila ia nantinya terpaksa dipulangkan ke India.
13. Dirinya dan nyawa keluarga terancam di India membawa beliau untuk meninggalkan negara tanah tumpah darahnya.Dr Zakir sangat bersyukur kerana Malaysia memberi peluang untuk diri,keluarga dan dakwahnya.Beliau selalu memuji penguasa Malaysia dulu dan sekarang kerana bersimpati dengan perjuangannya.Demikianlah Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia sekarang serta semua penduduk Islam di sini selau disanjung serta dipuji kebaikan mereka kerana semua mereka berada sangat dekat di hatinya.
14. Sayangnya Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum.Dibumi yang telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun ini turut diduduki oleh pelbagai bangsa.Di bumi ini ada bangsa Cina.Di bumi ini ada bangsa India.Bangsa India berasal dari India bumi yang sama dengan Dr Zakir.Bangsa Cina berasal dari benua China yang lebih jauh.Mereka asalnya kaum pendatang.Nenek moyang mereka telah dibawa oleh penjajah British dizaman penjajahan mereka di Tanah Melayu.Pendatang ini dijadikan buruh di lombong bijih timah dan di ladang-ladang getah kepunyaan penjajah.
15. Dr Zakir mungkin telah memahami latarbelakang masyarakat Malaysia ini.Apa yang mungkin kurang difahami oleh Dr Zakir ialah tentang masalah perkauman yang sentiasa hangat dan panas di negara ini.Dr Zakir mungkin kurang sensitif dengan isu-isu sensitif yang wujud di bumi Malaysia tempat di mana beliau diberikan hak untuk menjadi penduduk tetap (Permanent resident).Barangkali juga Dr Zakir tidak terfikir bahawa hujjah intelektual yang dibawanya masih tidak mencukupi untuk menyekat rasa marah orang-orang India Malaysia dan orang-orang Cina Malaysia apabila beliau memberikan pandangan dan buah fikirannya atas dasar-dasr logika dan fakta sejarah negara ini.
16. Ucapan dan syarahanya didepan ratusan ribu peminatnya dari terutamanya masyarakat Melayu Islam Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu pada 9 Ogos 2019 telah menimbulkan kemarahan sesetengah orang India Malaysia dan orang Cina Malaysia.Dr Zakir telah membandingkan kedudukan dan status dirinya yang tidak dikehendaki oleh orang-orang Cina dan India Malaysia dengan apakah lebihnya dengan status dan kedudukan kedua-dua bangsa tersebut yang juga berasal sebagai bangsa pendatang di negara ini.Bagi Dr Zakir samada orang Cina atau India atau dirinya sendiri adalah semuanya berasal sebagai pendatang yang menjadi tetamu (guest) di negara ini.Apa yang berbeza disebut oleh Dr Zakir adalah hanya kerana nenek moyang orang India dan Cina penduduk Malaysia itu datang lebih dahulu dari dirinya.Lantas orang Cina dan India Malaysia itu disebut oleh Dr Zakir sebagai tetamu lama (Old Guest).Beliau menambah meskipun begitu lama kedua-dua bangsa yang nenek moyang mereka sebagai pendatang itu tinggal di negara ini tetapi hati dan perasaan mereka sekarang masih terikat kepada tanah air asal nenek moyang mereka.Itu sehingga terbawa ke hari ini walaupun setelah berada di negara ini selama beratus tahun.Ini sangat dikesali oleh Dr Zakir.Dr Zakir melihat itu sesuatu yang tidak patut berlaku.Dalam pandangan itu seolah-olah ada peringatan dan nasehat dari Dr Zakir supaya orang Cina dan India masih menjadi lebih bersyukur kepada pemerentah Malaysia .Beliau inginkan kaadaan menjadi lebih baik.Sayangnya pandangan beliau dipandang dari sudut yang sama sekali tidak terduga olehnya.
17. Apakah salahnya beliau memberi pandangan dan menyatakan rasa kesalnya dalam perkara berkenaan.Secara ilmiah dan dalam kontek intelektual pendapat itu masih boleh disangkal oleh hujah dengan bukti dan contoh oleh kalangan yang tidak bersetuju dengan Dr Zakir.Pentas intelektual yang lain boleh diadakan untuk membalas dan menyangkal pandangan seorang pemikir yang telah mengemukakan suatu "hipotesis".
18. Mengapa dengan pandangan,pendapat dan "hipotesis" itu Dr Zakir sampai perlu didesak oleh beberapa pemimpin India dan Cina untuk dihantar pulang ke negara asalnya India.Penulis cukup faham bahawa punca sebenar kepada masalah ini adalah kerana kebencian orang bukan Islam kepada seorang pendakwah Islam yang gigih dan sanggup berjihad melaksanakan keyakinannya.Faktor ini mengatasi segala faktor lain.Nampaknya kaum India lebih lantang menyuarakan hasrat untuk memulangkan Dr Zakir.Apakah mereka tidak tahu bahawa apabila sahaja Dr Zakir memijakkan semula kakinya ke bumi India beliau pasti akan mati.Kalau itu sudah dijangka oleh mereka atau kalau itu memang hasrat mereka apakah ini satu keputusan yang tidak boleh kita sifatkan tidak berperi kemanusiaan.Siapakah yang tidak mendokong prinsip demokrasi dalam mengambil pendekatan yang sebegini.
19. Kasihan Dr Zakir untuk dipulangkan dan lebih dari itu untuk ditamatkan riwayatnya.Apakah Dr Zakir takut untuk berdepan dengan kematian itu.Jawapnya tidak.Dr Zakir sangat faham perjuangannya menuntut pengorbana harta hatta nyawa.Dan untuk itu beliau tidak menyesal kerana kesudahan bagi kerja ugamanya,kesudahan bagi jihadnya adalah kematian dijalan Allah akan diganjari dengan Syurga.Beliau menyebut ini berkali-kali dalam syarahannya.Kerana itu Allah akan memberikan kesudahan yang terbaik bagi Dr Zakir Naik.
20. Dr Zakir tetap mempunyai penyokongnya yang ramai terdiri dari orang-orang Islam bukan sahaja di India tetapi sekarang di Malaysia.Demikian pula begitu ramai pengikut-pengikutnya diserata dunia di bumi mana tempat beliau telah turun berdakwah.Semua mereka ini telah mengangkat tangan berdoa kepada Allah yang maha kuasa,Allah yang Maha Mendengar,Allah yang Maha Melihat untuk memohon keselamatan kepada Dr Zakir Naik.Sesungguhnya sebanyak mana manusia merancang,Allah juga merancang.Dan ketahuilah bahawa perancangan Allah akan memusnahkan segala perancangan jahat segala musuh-musuhNya.Ini sunnatullah yang terjadi dari dulu sehingga sekarang.
21. Allah akan menentukan nasib Dr Zakir Naik.Di akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini orang-orang Islam seluruh dunia perlu sangat-sangat berwaspada terhadap musuh-musuh agama mereka.Mereka bukan sahaja perlu menentang musuh tetapi perlu bersatu padu untuk menentang musuh.Kesatuan Islam yang kuat,kukuh dan padu akan lebih bersedia untuk berdepan dengan pencabar atau sesiapa sahaja yang menghalang atau menentang.
22.Kalau telah ditakdirkan Dr Zakir Naik terpaksa dipulangkan ke negaranya maka telah ditentukan Allah pula Dr Zakir akan diakhirkan riwayatnya.Dunia selepas itu tidak lagi akan dapat melihat dan mendengar syarahannya .Kehilangannya kalau terjadi adalah suatu kehilangan besar kepada dunia Islam.Ia mungkin tidak akan berganti.Sesungguhnya satu daripada tanda-tanda bahawa kiamat itu semakin dekat ialah apabila dimatikan para ulamak sehingga semakin tercabut iman dari dada umat Islam.
23. Sementara semuanya itu berlaku mari bersama berdoa dan berusaha untuk menyelamatkan pelita yang sedang dan masih menyala ini.
No comments:
Post a Comment