Thursday, August 15, 2019

PENGENALAN TULISAN JAWI:ANTARA ISU DAN PERSOALAN

AKHBAR Berita Harian 14 Ogos 2019 dengan tajuk Pengenalan Tulisan Jawi melaporkan berkenaan dengan keputusan kabinet Malaysia untuk kekal melaksanakan pembelajaran khat jawi kepada murid-murid tahun empat sekolah vernakular (Cina dan Tamil) mulai tahun 2020 di Malaysia.

2. Walau pun begitu keputusannya ,ianya "hanya boleh dilaksanakan " di sekolah-sekolah berkenaan setelah mendapat persetujuan tiga pihak iaitu Persatuan Ibubapa Guru,Ibu bapa mereka  dan murid-murid itu sendiri.Demikianlah  sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar tersebut.Hakikat ini seolah-olah menampakkan perkara itu masih belum selesai.Secara totalnya belum.Ia masih terbenam dan masih belum timbul dipermukaan.Khalas.

3. Kementerian Pendidikan melaporkan bahawa keputusan ini dibuat setelah Kabinet Malaysia mengadakan mesyuaratnya sekali lagi untuk membincangkan perkara ini setelah hal tersebut menjadi isu panas dikalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.Banyak orang merasa hairan mengapa perkara sekecil itu memerlukan berkali-kali mesyuarat kabinet untuk memutuskannya.Itulah Malaysia sekarang.Kata hati rakyatnya yang berbilang bangsa tidak sekata dan tidak semakan.Khalas.

4. Dengan keputusan ini apakah  mulai tahun depan murid-murid sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil akan mengikuti pelajaran Pengenalan Tulisan Jawi di tahun empat sekolah masing-masing.Itu hanya boleh terjadi sekiranya disetujui oleh tiga pihak yang tersebut di atas.Sekiranya tidak ianya hanya tinggal sebagai keputusan yang tetap ditolak dan tidak diterima oleh sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil di negara ini.Apakah implikasinya terhadap Malaysia.Ujian kepada rakyat telah diberikan.Samada mereka lulus atau gagal, masa sahaja yang akan memberikan jawapannya.

5. Pengenalan tulisan Jawi ini pada peringkat awal ianya diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah mengandungi enam muka surat dalam buku Bahasa Melayu berkenaannya tetapi kemudian terpaksa dikurangkan kepada tiga muka surat kerana bantahan suara dari bukan Melayu.Kini keputusan telah dibuat bahawa tulisan jawi samasekali tidak akan dinilai dalam peperiksaan.Ianya dinyatakan dengan jelas diperkenalkan secara pilihan dan hanya diperingkat asas sahaja.

6. Walau apa pun satu perkara menjadi cukup nyata bahawa  isu ini membahang suasana masyarakat di Malaysia.Ianya dibicarakan di mana-mana; dari tepi masjid,kedai kopi,pasar besar sehingga biara dan kuil diseluruh negara.Ia dikutip dan dipungut oleh orang-orang politik untuk menangguk di air keruh dengan membakar sentimen rakyat di pentas-pentas politik masing-masing.Suasana menjadi panas sehingga ia merebak menembusi media digital dan media sosial dengan ulasan dan kata nista yang disebut dan dijawap oleh pelbagai kaum dengan pandangan berbeza.Ia menampakkan kemarahan dan kebencian antara pelbagai kaum yang berbeza satu samalain.Semangat perkauman jelas terbentang.Perpaduan rakyat Malaysia masih belum wujud kalau ditinjau dari sudut "a sense of belonging" (rasa kesepunyaan) .Semangat bersama dan rasa kekitaan (espirit de corp) belum wujud dikalangan rakyat pelbagai kaum kita.

7. Sebelum dari keptusan ini dibuat pada 5 Ogos 2019; 12 pertubuhan NGO termasuk Dong Zong telah menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan tulisan khat jawi di sekolah-sekolah vernakular mereka.Kemudiaannya hasil beberapa rundingan maka pada 6 Ogos 2019 sehari kemudiannya keputusan mereka berubah dengan menyokong pelaksanaan dasar tersebut.Itu pun setelah beberapa perubahan pada dasar asal seperti yang dicadangkan Kementerian Pendidikan telah dilakukan.

8. Apakah susah sangat masyarakat bukan Melayu di negara yang sudah lebih 60 tahun merdeka dengan rakyat pelbagai bangsa dan agamanya ini untuk menerima pengenalan Tulisan Khat Jawi ini.Adakah kerana ianya berasal usul dari budaya Melayu.Maka kerana sesuatu yang berbunyi Melayu maka kaum bukan Melayu khususnya India dan China mesti menolaknya.Apakah mereka tidak sedar akan sejarah negara bangsa ini dan tanah air yang dipijak ini asalnya bernama Tanah Melayu sebelum ditukar kepada Malaysia pada 16 September 1963 apabila suatu pembentukan baru dibuat dengan memasukkan Singapura,Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan ini.

9. Perkara pengenalan tulisan jawi ini bukanlah perkara baru.Jawatankuasa Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mesyuaratnya pada 30 September 2015 yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan dan dua timbalannya telah mengambil keputusan untuk melaksanakan perkara tersebut.Tetapi mengapa sekarang selepas empat tahun apabila ia sebenarnya dilaksanakan menimbulkan keriuhan dan bangkangan.Barangkali dipengaruhi oleh keputusan PRU 14 dan perubahan kerajaan dari yang lama kepada baru.

10. Pandangan dari beberapa kalangan cerdik pandai negara kita perlu direnung dalam melihat dan menilai isu ini.Prof Datuk Dr Teo Kok Seong,Fellow Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) dan Institut Alam Dan Tamaddun Melayu (ATMA) berpendapat isu ini menjadi panas menggambarkan perpaduan negara tidak utuh.Ia bermakna tidak ada rasa sepakat.tidak ada rasa sepunya dikalangan pelbagai bangsa di negara ini.Nampaknya isu tulisan jawi menjelaskan suasana sebenar kaadaan perpaduan kaum di Malaysia.Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia masih jauh dari bersatu.Mereka sentiasa menolak antara satu samalain.Semakin jauh dari tarikh kemerdekaan semakin terbuang  rasa kasih sayang antara pelbagai kaum di negara ini.
Prof Teo  menyarankan supaya sekolah vernakular perlu ikut mendokong sesuatu "elemen negara" dalam kadar yang munasabah.Beliau menekankan supaya aspirasi negara yang mengangkat simbol Melayu sebagai lambang negara perlu dijayakan oleh semua kaum.Ini telah disetujui dalam kontrak sosial sewaktu perjanjian Merdeka 1957 dibuat oleh pelbagai ketua kaum di negara ini.Tentulah langkan Dong Zong membuat petisyen itu sebagai suatu kerja "subversif".Ia jelas merupakan suatu serangan hendap terhadap sistem budaya Melayu iaitu amalan Melayu yang telah dipersetujui bersama ketika perjanjian kemerdekaan dibuat diantara Melayu dan bukan Melayu.Perlu untuk kesekian kalinya diingat bahawa Perjanjian Kemerdekan telah menetapkan bahawa sosio budaya Melayu akan menjadi identiti negara.

11. Prof Dr P. Sivamuragam,Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia menekankan tentang pentingnya rakyat pelbagai kaum di Malaysia meraikan perbezaan .Ia tidak boleh dijadikan titik menzahirkan ketidaksafahaman.Beliau menyaran supaya perbezaan diterima sebagai aset bukan liabiliti.Di dalamnya perlu ada faktor pengorbanan dan kmpromi.Tak usah dipersoalkan siapa kaum yang perlu berkorban dan siapa pun kaum yang perlu kompromi.
Prof Sivamuragam menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia perlu beramal dengan tiga nilai yang sentiasa perlu dipertingkat dan diperkukuhkan iaitu Nilai faham (bersama),Nilai Hormat (Bersama)dan nilai saling menerima (Bersama).Kalau ini dapat dijayakan maka isu pengenalan tulisan jawi atau seumpamanya tidak akan menjadi isu lagi.

12. Dong Zong yang bangkit menjuarai penentangan ini dengan berusaha mengadakan petisyen berkenaannya telah bertindak sebagaimana yang dilihat pelbagai phak sebagai melampau dan berkelakuan rasis.Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim dilaporkan berkata bahawa Pertubuhan Pendidikan Cina menentang isu tulisan khat jawi ini kerana yakin pengenalan itu sebagai satu bentuk islimasasi.Kenyataan ini disangkal kemudian oleh banyak pihak bahawa perkara tersebut tidak bertujuan demikian.Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin,Mufti Perlis pada 9 Ogos 2019 menjelaskan seni khat adalah budaya Melayu dan tidak ada kaitan dengan agama.Tidak bermaksud mengajar khat jawi di sekolah untuk membawa bukan Melayu kepada agama islam.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 6 0gos 2019 menyebut bahawa tulisan Jawi adalah sejarah warisan negara.Mengikut beliau tulisan jawi dan Bahasa Melayu termasuk khat jawi telah lama dipelajari oleh pelbagai kaum di negara ini sejak sekian lama dahulu.Demikian penjajah Inggeris turut mempelajarinya samada untuk pentadbiran dan kajian ilmiah.Pegawai-pegawai Inggeris berhubung dengan Sultan-sultan Melayu masa silam dalam tulisan jawi.Dokumen-dokumen penting semasa pemerentahan Inggeris dibuat dalam tulisan jawi. Beliau yakin pengenalan tulisan jawi akan berjaya pupuk perpaduan rakyat di Malaysia.

13. Dr Mahathir Mohamad Perdana menteri Malaysia dalam satu kenyataan mengatakan Dong Zong adalah rasis.Mengapa? kerana katanya pertubuhan pendidikan cina itu tidak pernah bersetuju dengan semua dasar kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia.Perlu diingat bahawa Dong Zong suatu waktu yang lalu menentang kuat pelaksanaan sekolah wawasan yang dicadangkan kerajaan untuk menempatkan semua jenis sekolah  dalam satu kawasan bersama supaya perpaduan dapat dipupuk.
Sehubungan dengan itu muncul pula beberapa gesaan dari beberapa pihak  yang mendesak kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong.Demikianlah  tindakan yang dilakukan oleh Pemuda (Armada)Bersatu dan Gerakan Pengundi Sedar.Polis akan menjalankan siatan berkenaan dengan perkara ini

14. Dengan situasi yang sedemikian adakah ternampak bahawa isu berkenaan telah selesai.Apa yang kita dapat lihat ialah apinya telah padam tapi baranya masih merah menyala di bawah abu.Ia mungkin akan menyala lagi.Kalau pun bukan di padang ini ia akan berlaku di halaman yang lain atau disuatu sudut terpencil yang lain selepas ini.Selagi masalah perpaduan antara kaum di Malaysia gagal benar-benar diselesaikan maka selama itu masa depan Malaysia masih dalam bahaya.


No comments:

Post a Comment