Wednesday, September 18, 2019

BENARKAH 2020 ANWAR IBRAHIM PM KE 8

Sepanjang kempen pilihanraya umum14 yang lalu  nama DS Anwar Ibrahim dijaja sebagai "Prime Minister in waiting".Tun Mahathir telah dinamakan sebagai Perdana Menteri sekiranya  Pakatan Harapan menang PRU tersebut sementara Datin Sri Wan Azizah akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

2. Pakatan Harapan belum sempat didaftarkan ketika menjelang PRU 14 .Ini menyebabkan parti-parti dalam  Pakatan harapan terpaksa bertanding dengan menggunakan logo PKR semuanya.DS Anwar Ibrahim pada masa itu masih lagi berada dalam penjara Sungai Buluh.Nama DS Anwar telah dijaja ke sana sini sebagai orang yang akan dipohonkan kebebasannya lebih awal sekiranya Pakatan
Harapan menang PRU tersebut.

3. Sebelum itu dalam usaha untuk menyatukan dan membentuk Pakatan Harapan; Tun Mahathir telah datang menemui DS Anwar beberapa kali.Persengkitaan mereka yang begitu lama bersedia dilupakan kerana suasana politik pada masa itu memerlukan mereka berdua memilih jalan yang sehala.

4. Tun Mahathir bersedia menerima pendekatan reformasi yang telah diasaskan oleh DS Anwar sejak 1998.Apakah mereka berdua benar-benar boleh melupakan persengkitaan mereka yang berlangsung berpuluh tahun itu.Apakah benar DS Anwar boleh begitu mudah melupakan segala perbuatan Tun Mahathir kepadanya.Apakan tindakan Tun Mahathir memecat DS Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memecatnya dari ahli UMNO dengan begitu mudah boleh dilupakan begitu sahaja.Penderitaan yang ditanggungnya kerana keluar masuk penjara apakah tidak ada kaitannya dengan Tun Mahathir.

5. Tetapi apa yang telah terjadi telah menjadi sejarah.Tun Mahathir dan DS Anwar nampaknya  berdamai dalam satu pakatan untuk menjatuhan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Isu 1 MDB dan kerajaan kleptokrasi menjadi isu besar yang dibawa oleh Pakatan harapan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib.

6.Rakyat memberikan sokongan kuat kepada Pakatan Harapan,isu yang dibawa pembangkang berjaya menguasai perasaan dan sentimen rakyat terbanyak.Setiap ceramah politik yang diadakan oleh Pkatan Harapan mendapat sambutan luar biasa.Inilah yang berjaya menjatuhkan kerajaan BN apabila PKR berjaya memperolehi 113 kerusi.

7. Apakah kemenangan itu juga ada kaitan dengan pengaruh DS Anwar yang dijanjikan sebagai bakal menjadi  Perdana Menteri ke 8.Apakah begitu besar pengaruh DS Anwar yang masih berada dalam penjara sehingga dapat menarik sokongan pengudi memberikan sokongan kepada PKR sehingga kemenangan besar diperolehi oleh gabungan parti pembangkang yang baru terbentuk itu.

8. Sesuatu yang tidak boleh dinafikan ialah bagaimana kepimpinan Tun Mahathir begitu dominan pada sepanjang tempoh berkempen untuk PRU 14 itu.Di mana sahaja Tun Mahathir datang untuk berceramah kempen piliharaya puluhan ribu pengundi datang untuk memberikan sokongan.Karisma dan ketokohan negarawan ini dapat memikat dan meanarik perhatian pengundi terhadap setiap kata dan ucapan yang disampaikannya.Usha memburukkan beliau sebagai terlalu tua dan sudah nyanyuk untuk menjadi Perdana Menteri sudah tidak dimakan lagi.Dia disanjung dan dijadikan idola.Jasanya selama 22 tahun mentadbir Malaysia di masa lalu menjadi ingatan dan diyakini.Beliau diberikan kepercayaan untuk menyelamatkan Malaysia.Dia seperti Joyo Boyo dalam kebangkitan semangat nasionalisma Indnesia suatu masa lalu.

9. Kemenangan PKR dalam PRU 14 seperti diduga menimbulkan banyak masalah.Banyak orang bertanya bagaimana dua tokoh utama Tun M dan DS Anwar boleh tidur sebantal dan mimpi sama dalam Pakatan Harapan.Tidakkah akan kelihatan kekok dan tidak semacam.Kisah perjalanan politik dan terutama krisis peribadi DS Anwar sendiri menjadi igauan bukan sahaja kepada Tun M tetapi sebahagian besar rakyat .Sebahagian besar rakyat masih tidak mampu untuk melupakan bagaimana DS Anwar dengan hal-hal berkaitan perlakuan seks luar tabiinya.Banyak pengakuan dibuat oleh ramai saksi dan mangsa dalam bicara mahkamah mengenai perbuatan sumbang DS Anwar.

10. Apabila DS Anwar dibebaskan dari penjara beliau segera membina semula imejnya.Langkahnya bertemu raja-raja Melayu memperlihatkan langkahnya yang bijaksana.Langkahnya bertanding dan menang pilihanraya Parlimen Port Dickson pula  semakin mengukuhkan asasnya untuk mengambil peranan sebagai Perdana Menteri ke 8.Keghairahannya untuk menjadi Perdana Menteri jelas dalam banyak peristiwa.

11. Keputusan DS Anwar untuk kembali menjadi Presiden PKR sebuah parti yang diasaskan olehnya
itu adalah sesuatu yang patut.Beliau menang pemilihan jawatan presiden.Meskipun demikian jawatan Timbalan Presiden yang dipertandingkan kemudian menyaksikan perlawanan sengit diantara DS Azmin Ali sebagai penyandang jawatan dengan calon baru iaitu Rafizi Ramli.Sikap DS Anwar Ibrahim yang kelihatan lebih menyokong Rafizi dalam pertandingan itu telah menimbulkan riak baru dalam politik PKR.

12. Sepanjang tempoh berkempen untuk jawatan Timbalan Presiden PKR peranan Rafizi Ramli yang kelihatan disokong oleh DS Anwar dan isterinya Dati Sri Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri menjadi semakin ketara.Kempen-kempen Rafizi banyak berkisar kepada usaha untuk mengangkat DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8.Ini dijadikan modal kempennya yang utama bagi mendapat simpati perwakilan seluruh negara yang pada hitungan Rafizi ramai berpihak kepada DS Anwar Ibrahim.

13. Pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR menimbulkan banyak krisis dalaman  dalam PKR.Terbentuknya dua kem dalam PKR.Ini kem DS Azmin Ali dan itu Kem Rafizi Ramli yang kelihatan disokong oleh DS Anwar Ibrahim.Mengapa DS Anwar tidak begitu mesra dengan Azmin Ali terutama selepas tokoh ini dilantik menjadi Menteri Ekonomi oleh Perdana Menteri Tun Mahathir.Ada pemerhati politik melihat Azmin Ali dan DS Anwar adalah dua pesaing sengit.Masing-masing berpotensi untuk mencari dan melonjakkan diri dan peluang masing-masing bergerak ke hiraki yang lebih tinggi dalam kerajaan Pakatan harapan yang mewarwarkan Malaysia Baharu ini.

14. Ada pula sekumpulan orang yang samada untuk uji pasaran atau membuat lawak dengan menyebut bahawa DS Azmin Ali lebih layak menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.Kata-kata ini sangat tidak mengembirakan DS Anwar.Ini tidak bermakna bahawa lawak ini tidak berasas.Promosi ini menimbulkan sakit hati dan menekan perasaan bukan sahaja Rafizi Ramli dan kumpulan kem dalam PKR yang memberikan sokongan kuat kepada DS Anwar Ibrahim tetapi juga ia menekan perasaan DS Anwar Ibrahin sendiri.Kita nampak begitu yang terjadi.Ini memaksa DS Anwar mencari langkah-langkah untuk menjamin peluangnya tidak dicabar .

15. Dalam situasi yang seperti ini banyak pula penyokong-penyokong DS Anwar yang mulai mendesak Tun Mahathir supaya memberikan tarikh pengundurannya dari jawatan Perdana Menteri untuk memberikan laluan kepada DS Anwar.Sikap Tun M yang kelihatan samada berdolak dalik atau sengaja enggan memberi tarikh yang diminta itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai spekulasi tetapi juga menimbulkan tribulasi dalam politik Malaysia baru ini.

16. Tindakan Parti PAS yang menemui Perdana Menteri serta memberikan sokongan penuh kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi PM sehingga habis penggal PRU ini bukanlah tidak menyakitkan hati penyokong-penyokong PKR parti yang sekarang dipimpin oleh DS Anwar ini.Muslihat apa yang dipamirkan oleh PAS dalam tindakan itu.Ada pemerhati politik melihatnya sebagai suatu taktik untuk memecah belahkan perpaduan Pakatan Harapan.PAS ingin melihat supaya dokongan mereka kepada Tun sebagai PM akan merenggangkan hubungan parti-parti komponen dalam PKR itu sendiri.PAS percaya bila timbul semakin banyak perpecahan dalam gabungan PKR akan memudahkan mereka untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU 15 nanti.Ini semakin menyulitkan kedudukan DS Anwar untuk dengan mudah melangkah ke kerusi utama negara itu.

17. Dalam situasi begini timbul pula isu semburit.Azmin Ali dikatakan sebagai watak utama dalam video yang disebarkan.Hal ini heboh bukan sahaja dalam negara tetapi sehingga keluar negara.DS Azmin dimalu dan diaibkan.Apakah ini kejadian yang benar apabila Haziq telah membuat pengakuan bahawa dia adalah pelaku dalam video itu.Apakah begitu murah seorang ahli politik muda seperti Haziq membuat pengakuan akan perlakuan haramnya tanpa segan silu.Dia sanggup menggadai dan membunuh kariernya sendiri dengan pengakuan itu.Apakah motif dan tujuan sebenarnya berbuat demikan. Sehingga kini isu itu masih menjadi tanda tanya banyak orang yang waras dan berakal sempurna.Kes ini pula belum menjadi kes mahkamah dan kerana itu mengapa ia menjadi kes tergantung pula.Banyak tanda tanya mungkin timbul darinya.

18. Apa yang wajar disebut juga ialah bahawa isu ini semakin merenggangkan lagi hubungan diantara DS Azmin Ali dengan DS Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR.Keenggan DS Azmi untuk menghadiri majlis-majlis penting anjuran PKR menjadi tanda tanya banyak pehak apa akan terjadi selepas ini dalam hubungan mereka berdua.Di belakang DS Azmi terdapatnya pula Zuraida Kamaruddin dan Menteri Besar Selangor yang menyokong penuh DS Azmi sehingga kelihatannya mereka bertiga memboikot semua mesyuarat tertinggi PKR akhir-akhir ini.

19. Apa sudah jadi dengan PKR.Ia kelihatan mengalami krisis dan perpecahan dalaman  yang agak serius.Mampukah DS Anwar Ibrahim menanganinya dalam waktu beliau perlu menunjukkan sikap bijaksananya sebagai bakal Perdana Menteri ke 8.Setakat ini belum ada sebarang tindakan tegas yang diambil terhadap mereka yang terang-terang telah menlanggar disiplin parti terutama ke atas DS Azmin Ali sendiri.Kalau Haziq telah dipecat dari jawatan dan pimpinan parti mengapa Azmin tidak.Ini banyak ditanyakan orang.

20. Ta'awun Siyasi UMN)-PAS dan pemeteraian Piagam Pelanggan Penyatuan Ummah yang berlangsung di PWTC pada 14 September 2019 memberikan kejutan baru kepada politik negara.Kesan dari peristiwa ini bukan tidak ada kesannya terhadap proses peralihan kuasa dari Tun M kepada DS Anwar.Perkembangan terbaru ini sangat menarik untuk ditunggu dan dilihat perkembangannya.

21. Apa yang nyata Tun Mahathir selaku penyandang jawatan Perdana Menteri ketika ini tetap melihat Ta'awun siyasi sebagai ancaman besar kepada survival kerajaan Pakatan Harapan.Untuk menyelamatkan kerajaan pimpinannya ini; apakah layak untuk DS Anwar Ibrahim mengambilnya
dan menghadapi PRU 15 dengan segala macam isu dirinya yang abgkit dibangkit dan didedahkan habis-habisan oleh pembangkang nanti.Adakah ini waktu sesuai untuk peralhan kuasa itu.

22. Semua ini membawa perpecahan kepada Kerajaan Pakatan Harapan  yang sedang berdepan dengan banyak isu sekarang.Sementara DAP dituduh menjadi King Maker dibelakang Tun Mahathir selaku Perdana Menteri.Sementara Tun Mahahthir pula dikatakan sebagai Puppet King,tentu semuanya ini menggugat kerajaan baru ini.Isu perkauman dan agama yang sekarang ini berjaya dibangkitkan dan diapi-apikan oleh pakatan UMNO-PAS telah mencetuskan suatu suasana baru dalam masyarakat.

23. Kegelisahan baru dalam masyarakat pelbagai kaum ini perlu diangani oleh kerajaan pakatan dalam episod yang lain.Semuanya memberikan gambaran bahawa langkah DS Anwar untuk segera menduduki kerusi Perdana Menteri masih berliku.Ini terutamanya apabila penyandang sekarang memberi isyarat jawatan akan diserahkan apabila kaadaan negara telah pulih dan tenteram sepenuhnya.Bilakah masa itu akan tiba.Kadang-kadang masalah baru sengaja dicipta supaya syarat yang diberi tidak dipenuhi dan ini membawa kepada banyak keputusan baru yang tidak terduga akan terjadi.











No comments:

Post a Comment