Sekarang sudah pasti.Dato' Seri Hajiji Mohd Noor Pengerusi BERSATU Sabah telah pun dipilih untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.Katanya semua anggota kolisi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersetuju dengan keputusan itu.
Dikatakan Bung Mokhtar Radin dari UMNO telah menerima keputusan itu.Bung Mokhtar sebelum ini telah dicalonkan oleh DS Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO untuk menggantikan Shafie Afdal sekiranya GRS menang PRU Sabah.Nampaknya itu tidak menjadi kenyataan sekarang.
Apakah benar Bung Mokhtar yang disokong kuat oleh Zahid Hamidi yang sekarang ini telah kehilangan peluang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah itu gembira dengan keputusan ini.Apakah benar mereka boleh menerima pelantikan Hajiji dengan hati terbuka.Apakah tahniah mereka kepada Hajiji menjadi tahniah yang ikhlas.
Kenyataan Ahmad Zahid sejak bermula kempen PRU Sabah bahawa calon Ketua Menteri Sabah mestilah dari UMNO perlu dipertahankan.Ia mengembirakan seluruh penyokong UMNO tetapi tidak demikian kepada penyokong PPBM (Bersatu).
Sejarah telah terakam apabila pada jam 10.32 pagi 29 September 2020 Datuk Ser Hajiji Noor,ADUN Sulaman selaku Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Sabah) telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke 16.Angkat sumpah ini dilangsungkan di Istana Negeri Sabah di hadapan Tun Juhar Mahiruddin selaku Yang Di Pertua Negeri Sabah.
Dalam majlis ini juga Datuk Seri Bung Moktar Radin ADUN Lamag selaku Pengerusi UMNO Sabah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.Sementara Datuk Dr Jeffry Kitingan Presiden STAR selaku ADUN Tambunan dilantara sebagai TKM 2 .Datuk Dr Joachim Gunsalam ADUN Kundasang selaku Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dilantik sebagai TKM 3.
Perkembangan terakhir selepas angkat sumpah itu menunjukkan bahawa UMNO begitu tidak berpuashati dengan keputusan tersebut.UMNO mempertahankan haknya sebagai pemilik terbanyak kerusi yang dimenangi dalam PRN itu.Secara individu UMNO menang 14 kerusi sementara BERSATU hanya mendapat 11 kerusi sahaja.Jadi mengapa Datuk Hajiji dari BERSATU yang mesti menjadi Ketua Menteri.
UMNO melihat TS Muhyiddin Yasin telah menggunakan kuasa Perdana Menterinya untuk memaksa anggota kolisi yang lain menerima keputusannya.Ini tidak adil pada pandangan mereka.Protes mulai kedengaran dikalangan pimpinan dan penyokong UMNO di Sabah atau di semenanjung.
Pendirian sebegini menimbulkan krisis baru dalam perhubungan UMNO / BN dengan BERSATU pimpinan TS Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri.
Perlu pula disedari bahawa UMNO tidak pun menganggotai Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan yang menjadi kerajaan sekarang.UMNO hanya memberi sokongan kepada TS Muhyiddin dalam Langkah Sheraton untuk memberi laluan kepada TS Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.Ia kelihatan tidak lebih dari itu.Muslihat politik disebalik sokongan itu masih tetap jelas terpampang.Semua orang nampak.
UMNO melihat mewujudkan beberapa jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru itu bukan penyelesaiannya.
Kaadaan dan situasi politik UMNO- BERSATU selepas 28 Septembar akan penuh dengan percaturan baru.Semuanya akan membawa kepada perpecahan dalaman dalam pentadbiran kerajaan terutamanya dalam kontek persektuan secara keseluruhannya.
Pimpinan UMNO melihat isu Sabah pasca PRN adalah isu yang tidak menyenangkan mereka.Keadilan tidak ditegakkan.Mereka yang berhak dinafikan.Apabila sahaja Bung Moktar tidak diterima oleh TS Muhyiddin Yasin untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah maka tunggulah akibatnya.
Masa akan memberikan jawapannya.
No comments:
Post a Comment