Sunday, October 25, 2020

KRISIS MALAYSIA : TERLALU KECIL UNTUK DIDARURATKAN

 Bismillahirrahmanirrahim.

Malaysia sekarang dalam kaadaan darurat.Itu benar.Tetapi belum cukup kritikal untuk diistiharkan darurat.Ia tak serupa dengan suasana negara selepas Malayan Union 1946.Belum ada ancaman pengganas sehingga negara begitu terancam jadinya.Kominis sudah selesai di negara kita.Rakyat tidak bergaduh sehingga meletus kekacauan yang mebawa tragedi 13 May 1969.

Secara amnya rakyat Malaysia masih bersatu.Perpaduan masih berbalam walaupun belum begitu nyata.Keseluruhan rakyat Malaysia cintakan keamanan dan takutkan perpecahan antara kaum.Rata-rata rakyat Malaysia cintakan keharmonian bersama antara kaum .Mereka inginkan kerukunan dan kedamaian.Rata-rata rakyat Malaysia takutkan peperangan.Rata-rata rakyat Malaysia takutkan mereka diikat dan dikurung dalam penjara bernama darurat !.

Semua kita bukan sahaja tahu tetapi begitu sedar bahawa yang sebenarnya darurat sekarang di negara kita adalah politiknya.Yang lebih jelas darurat adalah ahli-ahli politiknya yang ingin mengekalkan kedudukan.Mereka berbalah sesama sendiri untuk kuasa.Mereka bercakaran kerana merasakan kuasa adalah segala-galanya.Kerana merebut kuasa mereka lupakan peranan mereka sebagai pemimpin sebenarnya untuk membela rakyat.

Kerana merebut kuasa ahli-ahli politik seperti berada di atas gelanggang pertarungan.Penyandang gelaran berusaha keras untuk mempertahankan kejuaraannya sedang pencabarnya berusaha keras pula untuk menjatuh dan menumbangkannya.Apa yang bergegar sekarang adalah gelanggangnya bukan penontonnya.Penonton nampaknya bersorak yang kadang-kadang entah apa-apa tujuannya.

Ahli politik kita seperti berada berada dalam kaadaan maniac.Kadang-kadang sasau dan kehilangan arah tuju.Banyak ahli politik menjadi seperti lalang ditiup angin.Ke mana arah kuat tiupan angin ke situ mereka berpaling dan merebahkan diri.Bagai kiambang hanyut bergerak mengikut arus.Banyak mereka tidak ada pendirian.Bayangkan bagaimana terjadinya politik katak selepas tumbang kerajaan lama dengan diganti sebuah kerajaan baru.Berapa banyak katak yang mabuk dan melompat ke sana sini mencari tebing tinggi untuk senang melompat pula bila musim berubah lagi.

Semuanya ini telah terjadi di depan mata rakyat.Kita rakyat Malaysia faham benar situasi politik negara sekarang yang tunggang terbalik dek karenah ahli-ahli politik . Kerja mereka yang satu pehak bertarung untuk kekal juara sedang pencabarnya sedang keras berusaha untuk memburukkan mereka dan kemudian untuk menjatuhkannya pula.Pertarungan untuk menjadi juara mempertahan dan merebut kuasa ini tidak akan berkesudahan selagi sistem politik yang kita pakai adalah sistem demokrasi.Demokrasi ala Westminister United Kingdom negara yang menjajah kita berkurun-kurun lamanya.

Tanah Melayu telah merdeka 1957.Tanah Melayu telah dua kali merdeka bersama Malaysia pada 1963.Kerana dua kali meredeka maka pemimpin dari Tanah Melayu merasa bahawa mereka sudah cukup pandai dan cukup pengalaman untuk menolak wujud pemimpin tertinggi negara dari Sabah atau Sarawak misalnya.

Ini juga satu krisis tetapi tidak terlalu besar untuk diselesaikan melalui undang-undang darurat.Isu-isu Sarawak dan Sabah yang lain juga tidaklah terlalu besar sehingga diperlukan sebuah pengistiharan darurat bagi menyelesaikannya. Kebencian kerajaan pusat kepada kerajaan Warisan pimpinan Shafie Afdal di Sabah hanya diselesaikan melalui Musa Aman yang menggerakkan rampasan kuasa.Ini permainan politik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya untuk menguasai Sabah.Kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang tidak sebulu tidak ingin dikekalkan lama oleh MuhyiddinYassin selaku Perdana Menteri.

Pilihanraya DUN Sabah akhir September 2020 menimbulkan krisis bukan sahaja politik .Kesan yang lebih teruk dari politik adalah merebaknya pandemik corvid 19 bukan sahaja di Sabah tetapi turut merebak ke semenanjung !.

Ini kesan dari krisis politik Sabah.Krisis kecil membuak menjadi krisis besar kerana krisis kecil gagal ditangani secara bijak oleh pemimpin yang bertanggong jawab.Itulah katanya kalau tangan sanggup mencincang mengapa bahu takut memikul.

Huruhara sebenar dalam politik terkini Malaysia bermula dengan timbulnya Kes 1 MDB.Penyelewengan wang rakyat berbillion ringgit yang berpunca dari tidak berintegritinya banyak pemimpin tertinggi negara.Mereka bukan sahaja berkhianat dan layak digelar pengkhianat tetapi mereka bukan sahaja perlu dihukum tetapi perlu dibuang  dari senarai pemimpin masa depan negara.

Kaadaan berlaku sebaliknya pula apabila pemimpin yang sudah terbukti bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah masih terus dijulang dan masih terus dipuja untuk kononnnya bakal diangkat menjadi pemimpin utama negara.Inilah sebenarnya krisis politik kita.Tetapi krisis ini pun masih belum perlukan parlimen digantung melalui peristiharan darurat untuk menyelesaikannya.Ia perlukan ketegasan pemimpin yang berkuasa untuk menentukan halatuju negara.Ia sekali lagi perlukan political will kerajaan sedang berkuasa untuk menegakkan integriti dan keadilan sejati demi negara dan rakyat

Dalam segala hal pemimpin mesti bersedia menjadi alat.Ia seperti "Tool" yang perlu digunakan untuk kepentingan rakyat.Berkhidmat untuk rakyat perlukan keikhlasan dan rasa tanggung jawab.Banyak pemimpin politik sekarang terlalu nampak  kepentingan diri mengatasi kepentingan rakyat.

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat kabinetnya lalu memutuskan untuk mengadakan darurat ; apakah ini merupakan satu keputusan dari sebuah kerajaan yang bertanggung jawab.

Soalan ini berlegar dikalangan rakyat dan menggerakkan 100 orang ahli akademik rakyat Malaysia untuk menolak supaya darurat tidak dilaksanakan di Malaysia ketika ini.Mereka mempersolkan akan kewajaran dan panjang akal pemimpin negara dalam mendepani ancaman negara.

Rakyat keseluruhannya kalau mereka tidak terlalu bodoh sudah nampak apa yang sebenarnya disebalik keinginan kerajaan pimpinan Muhyiddin sekarang untuk melaksanakan perintah darurat itu.Kalau perintah darurat dicadangkan semata-mata untuk mengekal kuasa politik itu menjadi suatu keputusan yang akan membawa lebih banyak malapetaka kepada negara.

Kesan perintah darurat sudah boleh dijangka.Kerajaan sekarang akan dapat diselamatkan sehingga sekurang-kurang sampai tempoh PRU 15.TS Muhyiddin akan menjadi lebih selamat kedudukannya.Belanjawan negara yang akan dibentangkan dalam sesi parlimen November ini tidak banyak melalui liku kepayahan.Undi tidak percaya kepada Perdana Menteri akan gagal dipedulikan.Pada akhirnya perintah darurat dipandang oleh kerajaan sekarang sebagai pelampong yang akan menyelamatkan sebuah kerajaan rapuh yang kelihatan hanyut sekarang.

Kalau demikian halnya mengapa TS Muhyiddin Yassin begitu bersungguh untuk membawa keputusan mesyuarat kabinetnya mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.Apakah agenda darurat itu diyakininya akan mendapat perkenan tuanku.Apakah tuanku dengan begitu mudah akan bersetuju dengan keputusan jemaah Menteri yang kelihatan kurang masak itu.

Seperti yang diharapkan oleh rakyat Baginda Agong tidak membuat keputusan secara unilateral.Baginda dengan bijaksana memanggil mesyuarat semua 8 Sultan negeri-negeri Melayu untuk membincang cadangan darurat yang di bawa oleh Perdana Menteri Malaysia itu .Ia berlangsung di istana negara pada Sabtu 25 Oktober 2020 jam 2.30 petang.

Seperti yang didoakan dan dinantikan oleh seluruh rakyat yang mendambakan keharmonian dan keadilan dari pemimpin dan Rajanya; maka pada petang yang sama keputusan mesyuarat raja-raja telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yang Dipertuan Agung merasakan "tiada keperluan untuk mengistiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian negara Malaysia".

Malaysia bersorak gembira.Raja-Raja kita telah membuat keputusan yang sangat bijaksana.Raja-raja kita bersikap neutral.Mereka tidak menggunakan kacamata politik dalam mengadakan perbincangan dan tidak mrenggunakannya pula dalam menentukan keputusan.Rakyat lebih diutamakan.Negara masih belum parah untuk diubati dengan kapsul darurat.

Preskripsi yang salah oleh seorang doktor mesti ditolak walaupun dia mempunyai ijazah berjela-jela dan pengalaman kerja berpuluh tahun lamanya.Bukan darurat yang boleh menyelesaikan krisis Malaysia sekarang.

Alasan menjadikan ancaman corvid 19 untuk melaksanakan darurat bagaikan secebis kain hitam untuk menutup bangkai gajah yang busuk tersadai.Raja-raja Melayu gagal dibeli dan dan gagal di pujuk untuk tunduk kepada sebuah keputusan yang kurang masak dan tidak sesuai.

Kenyataan Istana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin sebagai berkata bahawa Baginda YD Agung berpendapat kerajaan yang ada sekarang boleh dipercyai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung ancaman pandemik Corvid 19.

Istana Negara Malaysia melihat pelaksanaan darurat seperti yang dipohon oleh TS Muhyiddin Yassin mengikut perkara 150(28) Perlembagaan Persekutuan untuk menjadi alat (tool) atau strategi bagi memerangi ancaman wabak corvid 19 di negara ini adalah tidak sesuai.Kerana itu ia ditolak dan tidak boleh dipakai dan tidak boleh dilaksanakan.

Apa yang selebihnya dari sekadar memberikan keputusan untuk menolak darurat ,Baginda YD Agong dengan tegas memberi penekanan dan mengingatkan ahli-ahli politik agar menghentikna segera segala "politicking"yang boleh mengganggu kesetabilan pemerentahan negara.

Baginda menegaskan akan betapa tidak perlunya ahli-ahli parlimen meneruskan tindakan-tindakan yang tidak bertanggung jawab yang boleh menganggu gugat kesetabilan kerajaan sedia ada.

Setakat ini keputusan YDAgung telah jelas.Pendirian Raja-Raja Melayu juga telah jelas.Cadangan untuk mengadakan darurat sudah tertolak.Tetapi apakah keinginan ahli-ahli politik akan turut padam dengan keputusan dan kenyataan dari Istana Negara.

Apakah agenda politik yang telah lama direncanakan oleh ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang akan dileburkan dan dilenyapkan oleh keputusan dan permintaan dari istana.Ia masih terlalu hangat untuk disejukkan.Ia masih terlalu panjang untuk dipendekkan.Ia masih terlalu perlu untuk dinafikan.

Ahli-ahli politik boleh menerima atau boleh menolak keputusan istana.Sebuah Negara demokrasi akan gagal menyekat kebebasan rakyatnya untuk bersuara sendiri atau membuat keputusan sendiri.Ramai ahli politik tidak boleh diajar dan tidak bersedia menerima pandangan orang lain.Mereka tidak boleh menerima sesuatu yang tidak berpihak kepada mereka.

Kalau keputusan mahkamah yang berjaya membuktikan seorang pemimpin itu bersalah masih boleh  ditolak oleh penyokong fanatiknya;bagaimana pula keputusan istana yang tidak berpihak kepada keinginan mereka.

Kalau demikian halnya bagaimana nanti akan jadi kepada kedudukan Perdana Menteri yang hanya berada di atas kelebihan kepercayaan dua undi.Bagaimana kekuatannya untuk berdepan dengan pembentangan belanjawan 2021.Bagaimana Perdana Menteri akan dapat bertahan dengan hentakan dan gegaran politik yang rakus berusha untuk menggugat kedudukannya sekarang.

Keutuhan Perikatan Nasional sedang berdepan dengan ujian berat sekarang apabila gencatan senjata UMNO pun nampaknya hanya bertempoh bukan selamanya.Ancaman dan gerakan pembangkang dari Pakatan Harapan yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak kurang mengancam.

Ancaman corvic 19 terus menyerang sewaktu politik sedang gawat.Atau apakah kegilaan politik memuncak sewaktu ancaman corvid sedang marak.Apakah darurat bukan penyelesaian bagi kedua-duanya.

Ahli-ahli politik sedang berada di  atas dan pada masanya untuk perlu lebih komited kepada tugas utamanya untuk fikirkan nasib rakyat dan nasib negara.Mereka perlu menunjukkan sifat kenegarawan untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyelesaikan semua masalah negara.

Perintah darurat tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara sekarang.Ia hanya akan membawa kepada pengabaian institusi demokrasi.Negara akan menerima kesan yang buruk,jatuh mundur dan tertekan sehingga wujudnya pemereintahan gaya autoriter dan diktator.Keamanan dan keharmonian akan hancur bersama kehancuran ekonomi,politik dan sosial negara.

Semoga Allah menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya.



No comments:

Post a Comment