Sistem demokrasi menyediakan peluang untuk ada pihak yang tidak bersetuju kepada satu pihak yang lain untuk menolak.Mereka diberikan ruang untuk menidak atau menafikan keputusan,tindakan dan perbuatan orang lain.
2. Demokrasi membenar dan memberikan kebebasan untuk bersuara.Katakan tidak apabila tidak bersetuju.Katanya Ya apabila bersetuju.Boleh juga berkecuali sekiranya sesuatu itu kurang pasti.Boleh juga duduk diam tidak bersuara.
3. Setiap rakyat di sebuah negara demokrasi tanpa mengira apa bangsa,apa warna,apa agama ,apa rupa mereka berhak mendapat kebebasan untuk setuju atau tidak bersetuju dengan kerajaan yang mentadbir negara mereka.
4. Sebuah negara demokrasi membenarkan wujud dan beroperasinya pelbagai parti politik. Parti-parti politik diwujudkan untuk pada dasarnya berkhidmat kepada rakyat.Untuk membangunkan rakyat dan negara dengan menggunakan acuan demokrasi . Perjalanan dan rangka kerja sesebuah parti politik mestilah mematuhi lunas-lunas perlembagaan yang diguna pakai oleh sesebuah negara itu.
5. Demikianlah perjalanan sistem demokrasi di Malaysia.Dengan latarbelakang penjajahan British berabad lamanya;Malaysia mengakui dan menerima sebuah sistem demokrasi yang dicedok dari Great Britain negara yang menjajah mereka.
6. Sejak semasa Tanah Melayu berusaha mendapatkan kemerdekaannya bentuk kerajaan yang bakal diberikan kemerdekaan telah direncanakan oleh British.Benar panjajah akan meninggalkan Tanah Melayu tetapi mereka tidak akan membenarkan semuanya akan hilang dari tangan mereka.
7. Prinsip kapitalisma tidak membenarkan sebuah kuasa menerima hakikat kehilangan mutlak daripada sesuatu yang pernah dikuasainya.Penjajahan beratus lamanya memberikan keuntungan laba yang besar kepada negara penjajah terutama dari sudut ekonomi.Sekian lama Tanah Melayu dan negara jahajan British yang lain menjadi pelampung untuk menyelamatkan Great Britain yang kurang hasil mahsulnya.
8. Pemerentahan British di Tanah Melayu beramal dengan dasar Divide & Rule (Pecah dan Perintah).Negara yang diperintah mereka ini telah menjadi majemuk kerana ciptaan mereka.Atas kepentingan ekonomi dan usaha untuk mengeksloitasi hasil mahsul negara ini maka buruh-buruh dari luar dibawa masuk tanpa sekatan .Bemula dengan angka ribu kemudian menjadi ratusan ribu pendatang asing dari India dan China diajak dan dibawa masuk ke Tanah Melayu.
9. Orang-orang asing ini pada akhirnya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke negara asl mereka kerana banyak faktor.Layanan baik dan istimewa yang diberikan British kepada mereka di Tanah Melayu menjadikan mereka lebih selisa berada di negara asing ini daripada kembali pulang ke negara asal masing-masing.Suasana politik yang kucar kacir di negara China menjadikan orang cina yang berada di Tanah Melayu pada akhirnya mengambil keputusan untuk kekal menetap di sini.
10. Itulah sejarah permulaan wujudnya masyarakat plural di Tanah Melayu.
11. Kemajemukan menjadi masalah di Tanah Melayu dari dari mula negara ini berusaha untuk mencapai kemerdekaan.British seolah-olah memaksa orang Melayu untuk menerima kaum pendatang sebagai penduduk senegara.Secara terancang British merencanakan supaya kemerdekaan tidak boleh diberikan kepada Tanah Melayu sehingga orang Melayu menerima kaum pendatang sebagai sekutu dan sebahagian dari kehidupan mereka.
12. Pemimpin-pemimpin Melayu,Cina dan India digesa supaya berpakat dan bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan.Itu syarat British.Kerana itu untuk kemerdekaan, orang Melayu terpaksa berkorban.
13 .Pengorbanan inilah yang memulakan sejarah Malaysia moden yang wujud sekarang ini.Malaysia menjadi sebuah negara majemuk dengan pelbagai masalah kecil atau besar untuk dilaluinya sepanjang sejarahnya yang akan datang.
14. Malaysia moden wujud dengan pelbagai parti politik untuk merencana masakini dan masa depan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
14. Trend perkauman jelas menjadi amalan puak dan kaum yang berbeda.Itu nyata sejak sebelum merdeka.Untuk mencapai kemerdekaan dulu pun sudah bermula dengan wujudnya MIC (Malayan Indian Council) mewakili kaum India.Kaum Cina menubuhkan MCA (Malayan Chinese Association) bagi mewakili kaum mereka.Demikian pula orang Melayu menubuhkan UMNO (United Malayan National Organisation) bagi mewakili orang Melayu.Pemisahan kaum di bawah telunjuk British dengan dsar pecah dan perintahnya jelas menjadi teras dan menjadi paksi kepada sebuah kerajaan yang bakal diberikan kemerdekaan oleh British.
15. Benarlah pada 31 August Tanah Melayu mengistiharkan kemerdekaannya.Sorak sorai rakyat menyambut kemerdekaan tidak melenyapkan rasa kebimbangan orang Melayu tentang nasib masa depan mereka di tanah yang telah merdeka ini.Apa akan jadi kepada orang Melayu yang sekarang secara resmi terpaksa berkongsi hidup di atas muka bumi yang sama ini.
16. Perbedaan budaya,agama dan adat resam kekal menjadi penghalang.Ia menjadi faktor pemisah dan agen penolakan dulu kini dan selamanya.Bagaimana rakyat Malaysia boleh bersatu sekiranya rancangan pemecahan mereka yang berkurun lamanya dirangka penjajah tidak dirombak dan dibuang.
17. Latarbelakang perkauman,perbedaan budaya dan adat resam di bawah dasar pecah dan perintah membentuk masyarak majemuk Malaysia sekarang .Mereka membesar dan mendapat kematangan dengan secara berasingan di bawah sistem pendidikan yang berbeda dengan misi dan visi kehidupan yang jauh berbeza.
18. Inilah pula rupa dan bentukpolitik Malaysia moden sekarang.Setiap parti politik kelihatan jelas mewakili kaum masing-masing yang berbeda misi dan visi.
19. Sekian lama UMNO sebagai sebuah parti orang Melayu menguasai dan menjadi kerajaan di negara ini.Mereka berjaya mendakap dan bermesra dengan MIC dan MCA atas semangat kemerdekaan sejak 1957.Semangat kemerdekaan itu dapat menenteramkan tiga kaum untuk menerima hakikat bahawa tolak ansur adalah syarat untuk hidup aman damai di negara ini.
20. Kewujudan Parti Islam Setanah Melayu (PAS) sejak 1955 tidak berjaya menggugat kerjasama UMMO yang bersatu di bawah PERIKATAN ( kemudiannya membentuk Barisan Nasional yang menggabungkan parti sama serta beberapa buah gabungan baru yang datang kemudian.)
21. Sejak sekian lama PAS menjadi pembangkang yang tegar.PAS bukan sahaja bengis tetapi sedia berperang dengan UMNO di luar dan di dalam parlimen.Betapa bengis dan benci mereka kepada UMNO sehingga mereka sanggup mengkafirkan orang-orang Melayu Islam yang berada dibawah payung UMNO.Masyarakat Melayu menjadi berpecah dan bersuku-suku.Wujud sembahyang dua imam.Sembe;lihan orang UMNO tidak dimakan oleh orang PAS.Perkawinan hanya dibenarkan sesama lelaki perempuan di dalam parti.Perpecahan ini melemahkan orang Melayu.Namun demi Islam dan Melayu ;PAS terus berjuang di atasnya dengan yakin,berani,lantang dan tegas.
21. Demikianlah DAP (Democratic Action Party) sebagai sebuah parti pembangkang muncul ditengah-tengah keperluan masyarakat Cina yang inginkan reformasi dalam pendekatan perjuangan untuk membela kepentingan kaum Cina di negara ini.
22. Pembentukan Malaysia 1963 membina senario baru dalam lanskap politik Malaysia.Ruang lingkup politiknya bukan lagi berkisar kepada isu Tanah Melayu sebagai Tanah Semenanjung Melayu semata-mata tetapi ianya menerawang jauh keluar dari bingkai itu.
23. Isu perkauman menjadi lebih ketara melalui pembentukan Malaysia.Bentuk,segi dan rupa dan persengkitannnya menjadi lebih sengit dan tajam.
24. Kemasukan Singapura dengan penduduk majoritinya Cina akan menambahkan imbangan penduduk Cina bagi kiraan penduduk seluruh negara.Suara orang Cina akan menjadi lebih lantang sejajar dengan pertambahan bilangan mereka yang diikuti dengan pefrtambahan bilangan kerusi untuk kaum mereka di Parlimen.
25. Demikianlah DAP yang mengambil semangat dari parti PETIR (PAP) Singapura ditubuhkan oleh sekumpulan pejuang nasionalis cina untuk mengankat kepentingan orang Cina di Malaysia.Parti pembangkang ini menjadi agresif dengan membawa perjuangan bagi menyamaratakan hak dan kepentingan semua kaum di Malaysia.Bagi mereka tidak ada beza diantara seorang Melayu dengan seorang Cina atau India di Malaysia.Sekatan dan halangan yang wujud yang membawa layanan berbeza kepada setiap kaum yang berbeza mesti ditolak dan dihapuskan.Di bawah layanan yang berbeza kepada kaum yang berbeza adalah diukur oleh pejuang DAP sebagai tidak patut sebagi tidak adil.
26. DAP memperjuangkan apa yang dipopularkannya sebagai "Malaysian Malaysia".Ia menjadi sokongan kuat dari kalangan orang Cina yang progresif dan mahu keluar dari normal biasa yang terikat kepada perjuangan MCA yang tunduk kepada kemahuan UMNO yang kata mereka lebih membela Melayu.
27. DAP berjaya menjadi pembangkang yang utuh.Ia disegani lebih-lebih lagi ditakuti oleh UMNO.Ia turut dicurigai oleh PAS pada satu waktu yang panjang.Namun dengan perubahan suasana dan perkiraan baru dalam politik; pada satu waktu yang lain PAS dan DAP boleh duduk semeja untuk kemudiannya untuk duduk serumah walaupun tidak sampai berkahwin!.
28. Sebagai dua buah parti pembangkang yang lantang ,bengis dan berselira PAS dan DAP kelihatan berpakat dalam sebuah gabungan dalam Pakatan Rakyat.Kerjasama PAS dan DAP menjadi dokongan kuat Tuan Guru Nik Aziz sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS pusat.Hubungan rapat Tuan Guru Nik Aziz dengan mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta Guan Eng semua orang tahu.UMNO lebih tahu.
29. Kemunculan PKR adalah lebih kemudian.PKR adalah sebuah parti semua kaum yang mendokong reformasi baru bawaan DS Anwar Ibrahim .Ini terjadi selepas beliau dipecat dari menjadi Perdana Menteri berikutan dari pelbagai salahlaku yang disabitkan ke atas dirinya.
30. Krisisnya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1997 itu menjadikan PKR sebuah parti pembangkang yang juga bengis dan penuh tendang terajang terhadap kerajaan UMNO.Ini berlaku semasa dan selama Malaysia dipimpin oleh beberapa Perdana Menteri meskipun selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan pada 2003
31. PKR menjadi duri dalam daging kepada UMNO berpuluh tahun.Sama seperti PAS ia adalah diiktiraf sebagai pembangkang berwibawa yang cukup mengugat Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO..
32. Demikianlah sesungguhnya sejak sekian lama PAS.DAP dan PKR diantara tiga parti utama Malaysia yang kekal menjadi pembangkang tegar dan menggegarkan suasana parlimen Malaysia dengan suara-suara panas dan lantang menolak banyak cadangan dan rancangan kerajaan.
33. Senario politik Malaysia mengalami tsunami besar selepas 2015.Kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional ditambah dan ditindih pula oleh Kes 1 MDB .Kes 1 MDB berjaya meledakkan kerajaan Barisan dengan kejatuhan dan kehancurannya dengan PRU 9 Mei 2018.
34. Kelemahan pentadbiran DS Najib Tun Razak yang mencipta 1 MDB sehingga kerajaannya terkenal diseluruh dunia sebagai sebuah kerajaan kleptokrat menghimpunkan pembangkang dalam sebuah pakatan yang sangat bertenaga menjelang PRU 14.
35. Keributan dan kebangkitan pembangkang dalam tempoh antara 2014 sehingga 2018 memberi impak besar kepada perkembangan politik semasa di Malaysia.
36. Dalam tempoh tersebut Tan Sri Muhyiddin Yasin telah disingkirkan oleh DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.Datuk Sri Shafie Afdal pula disingkirkan dari portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar.Lebih malang bagi mereka berdua apabila dipecat dari keahlian UMNO berikutan dari kelantangan mereka menentang dan membangkan DS Najib selaku Perdana Menteri yang berkuasa memerintah Malaysia.
37. Pembangkang menjadi lebih kukuh,lebih berani dan lebih berwibawa apabila bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir mohammad turut lantang dan bersedia bangun berdiri menentang kepimpinan Najib.
38. BERSATU kemudian dibangunkan untuk menjadi sebuah parti pembangkang dengan cita-cita untuk menggantikan UMNO yang rosak dan punah dibawah pimpinan DS Najib.Penyatuan dan kerjasama diantara DAP,PKR dan BERSATu bersama AMANAH berjaya memenangi hati dan jiwa rakyat untuk menumbangkan UMNO melalui PRU 14 yang bersejarah itu.
39.Koalisi dan kesepakatan DAP bersama BERSATU,PKR dan AMANAH telah sesungguhnya berjaya mengenepikan segala perbezaan antara mereka untuk bersatu hati dalam menentang kerajaan kleptokrat pimpinan UMNO-Najib.
40. Puak pembangkang telah berjaya medirikan Pakatan Harapan sebagai sebuah perjuangan dan gabungan baru bagi menjatuhkan kerajaan UMNO-BN.Kejayaan mereka adalah hasil kekuatan dan keyakinan bersama mereka untuk menentng kemungkaran bawaan UMNO dan Najib
41. PAS tidak bersama dalam pakatan kali ini untuk menjatuhkan kerajaan UMNO- Barisan Nasional.Sukar untuk diramalkan peranan dan tujuan PAS ketika itu.Pemimpin-pemimpin PAS di bawah Pinpinan DS Haji Abd Hadi Awang mengambil pendekatan untuk memasuki gelanggang PRU 14 secara bersendirian.PAS mahu menjadi anak jantan sejati yang berani masuk gelanggang tanpa bantuan orang lain.
41. Walau apa pun banyak orang melihat PAS mengambil sikap untuk menolak kerajsama dengan Pakatan Rakyat adalah kerana mereka telah dipinang oleh UMNO.Hati mereka telah tertawan dengan UMNO.Dalam banyak contoh kelihatan Haji Hadi begitu mesra duduk bersama dalam beberapa majlis besar anjuran UMNO-BN.
42. Kebencian PAS kepada DAP yang baru diceraikannya dalam rumah Pakatan Rakyat bukan menjadi faktor utama PAS enggan bersama dalam Pakatan Harapan yang dipimpin oleh beberapa pemimpin Melayu Islam yang ulung itu.Faktor Lim Kit Siang- Guan Eng adalah terlalu kecil untuk PAS berselindung disebalik tabir yang nipis bagi menutup hasratnya yang sebenarnya.
43. Demikianlah pada akhirnya tujuan PAS yang sebenarnya mula terdedah apabila mereka membentuk Muafakat Nasional bersama UMNO-BN.Mereka menjadi pembangkang.Atas sifat pembangkang kerana selepas PRU 14 UMNO sudah menjadi pembangkan maka PAS yang sekian lama menjadi pembangkang merasa cukup serasi untuk bersama pembangkang baru bagi melaksnakan tugas membangkang.
44. Muafakat Nasional gabungan UMNO-PAS Ini adalah untuk menentang kerajaan Pakatan Harapan yang katanya di tunggangi DAP. MN berteraskan perjuangan Melayu -Islam.Ia sebuah perjuangan yang dijaja sebagai perjuangan untuk menyelamatkan Melayu dan Islam.
45. Telah ditakdirkan kerajaan Pakatan Harapan hanya dapat menjadi kerajaan hanya selama 22 bulan.Belum cukup pun dua tahun.Ia berjaya ditumbangkan melalui apa yang dikatakan sebagai Langkah Sheraton.
46. Kerajaan Pakatan Harapan tidak kukuh.Ia menjadi semakin lemah selepas berlaku perebutan jawatan Perdana Menteri diantara Perdana Menteri Tun Mahathir dari BERSATU dengan "Prime Minister in waiting " DS Anwar Ibrahim dari PKR. Tarik menarik berlaku diantara parti-parti dalam gabungan bagi mendapatkan sokongan diri untuk jawatan PM.
47. Penyokong-penyokong DS Anwar secara terbuka menyatakan bosan kepada Tun Mahathir kerana lambat menyerahkan tampok kepimpinan kepada DS Anwar.Pakatan Harapan menjadi retak dan kemudiannya terbelah.
48. BERSATU yang diduduki Tun Dr Mahathir juga akhirnya terbelah dua apabila terjadi krisis diantara Pengerusi dan Presiden parti itu masing-masing dipegang oleh Tun M dan TS Muhyiddin .Apabila TS Muhyiddin mengambil langkah membawa keluar BERSATU dari Pakatan harapan maka kerajaan Pakatan Harapan telah runtuh.
49. Berikutannya Tun Mahathir meletakkan jawatan.Kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh.Langkah Sheraton yang digerakkan di celah-celah krisis ini berjaya membawa Tan Sri Muhyiddin untuk diistiharkan sebagai cukup angka bagi mendapatkan majoriti sokongan ahli parlimen bagi membentuk sebeuah kerajaan baru bernama Perikatan Nasional (PN).
50. Dengan terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional maka ahli parlimen Pakatan Harapan mula bertukar kerusi tempat duduk di dewan Parlimen.Mereka kembali menjadi pembangkang.Dengan rasa marah dan sedih mereka kehilangan jawatan,kedudukan dan kepentingan.Mereka sekarang pembangkang.
51. Sementara Tun Mahathir menubuhkan parti baru bernama PEJUANG yang sehingga kini belum pun diluluskan pendaftrannya oleh ROS sementara kedudukan DS Anwar Ibrahim bukan menjadi bertambah kuat dengan PKRnya kerana sekian ramai ahli parlimen yang dulunya bernaung di bawah PKR telah di bawa keluar oleh DS Azmin Ali kerana berhijrah kepada BERSATU bersama Perdana Menteri Muhyiddin.
52. Usaha DS Anwar Ibrahim yang sekarang masih disokong oleh DAP dan AMANAH untuk mengambil balik kerajaan yang dirampas melalui Langkah Sheraton nampaknya akan melalui jalan yang sangat sukar.Lebih-lebih lagi kelihatannya diakhir-akhir ini DS Anwar Ibrahim memilih jalan mati dalam mengatur langkahnya.
53. Usahanya mengadap YD Agong untuk mempersebahkan angka majoriti ahli parlimen yang menyokongnya tidak sampai mencecah langit malah jatuh bertaburan di lantai.Pengalaman seumpama ini bukan kali pertama dicuba dan dilalui oleh DS Anwar.Kegagalan kai ini lebih menjatuhkan maruah dan reputasinya di mata rakyat Malaysia yang celik.
54. AMANAH pula adalah sebuah parti serpihan PAS yang belum pun berakar.Bagaimana ia boleh berisi dengan kekuatan yang tidak seberapa dan tunjang yang belum kukuh diseluruh negara.Mohamad Sabu belum cukup berwibawa untuk membawa AMANAH boleh diharap dan boleh dipercayai.Usahanya untuk menggantikan kedudukan PAS kelihatan semakin menipis dan nampak bertaburan.
55. Bagaimana dengan DAP.Ia tidak boleh bangun bersendirian tanpa dokongan parti Melayu untuk hidup dalam politik Malaysia.Dominasi Melayu masih menguasai dengan bilangan penduduk,sentimen dan persepsi.DAP mesti bertenggek dengan PKR yang masih yakin dengan fungsi dan peranannya.Demikian DAP demikianlah AMANAH.Mereka akan kekal dalam gabungan Pakatan Harapan untuk satu tempoh yang mungkin sebentar atau mingkin lebih lama sementara menunggu angin baru atau gelora politik baru melanda negara.
56. Inilah senario dan lanskap politik negara yang wujud sekarang apabila pembangkang gagal membangkang di Dewan Rakyat.Bajet 2021 yang bagai gegak gempita bakal ditolak pehak pembangkang pada akhirnya diterima.Pada akhirnya terpaksa diterima kerana pembangkang hilang selira.Ia diterima kerana pembangkang takut bersuara.
57. DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan berlagak sebagai Abang Tua dalam Pakatan Harapan pada akhirnya sewaktu dicadangkan undi belah bahagi mengambil langkah U Turn .Arahan diberikan olehnya pada saat akhir supaya puak pembangkang menyokong bajet.Menyokong bajet bererti PH kehilangan peranannya dan tujuannya yang telah disepakati bersama.
58. Kerajaan PN bukan terlalu kuat kerana UMNO pun bukan sebahagian dari pasukan kerajaan.UNMO belum menganggotai PN sebagai gabungan kerajaan yang memerintah.UMNO hanya memberikan kerjasama.Meskipun PAS bersama TS Muhyiddin dalam PN tetapi tanpa UMNO dengan bilangan kerusi parlimen yang lebih besar tidak bermakna kerajaan Muhyiddin cukup kuat..
59. Bukanlah kerajaan PN TS Muhyiddin begitu kuat tetapi kelemahan PH sebagai pembangkang yang jauh lebih lemah memberikan kekuatan kepada kerajaan Tebuk Atap itu untuk kekal bertahan.
60.Pembangkan yang kehilangan peranannya untuk membangkang memberi talian hayat untuk PN dan TS Muhyiddin terus mentadbir Malaysia dalam mengharungi mehnah dan turbulasi politik yang semakin sukar ini.
61. Cabaran politik dan pandemik corvid 19 berjalan serentak untuk mendewasakan Malaysia,rakyat dan kerajaannya
62.PH sebagai pembangkang akan menjadi dewasa dengan cabaran politik baru yang akan berkembang bersama ancaman corvid untuk ditangani oleh kerajaan PN yang sedang berkuasa ini.
14.
14.
No comments:
Post a Comment