Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena mengumumkan dirinya keluar PAS pada pukul 11.59 minit malam ini 31 Disember 2017.Ianya satu minit sebelum menjelang tahun baru 2018.Dato Seri Najib sewaktu ucapan tahun barunya memuji Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS kerana dengan politik matang dan sejahteranya telah membawa PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang lebih baik daripada puak pembangkang lain yang wujud di muka bumi Malaysia ini.
PUJIAN DS NAJIB
Pujian DS Najib kepada Haji Abdul Hadi sangat tepat dan kena pada masanya.Pertama ia dibuat dalam suasana Haji Hadi baru-baru ini gagal hadir ke majlis Kempen menentang Amerika -Israel atas keputusan mereka mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negeri Israel selepas Tel Aviv.Turut menjadi pertanyaan banyak pehak mengapa Haji Hadi hanya mengirimkan anaknya selaku Ketua Pemuda PAS untuk bersama DS Najib serta lain-lain pemimpin tertinggi UMNO di majlis berkenaan.Majlis yang dikatakan untuk mencari publisiti masyarakat Islam Malaysia supaya menyokong kepimpinan Najib.Dalam majlis itu DS Najib menyampaikan ucapan berapi atas semangat Islam dengan penuh semangat pada hari Jumaat itu.Ia dilakukan diperkarangan Mesjid Putra di Putrajaya pula.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi ,sudah dengan jelas mengumumkan bahawa Presiden PAS itu akan turut serta dalam perhimpunan tersebut.Ini untuk menunjukkan bahawa PAS memang sudah sebulu dengan UMNO.Perhimpunan ini dikatakan sengaja diadakan untuk mencari dan mendapatkan sokongan rakyat.Ini dikatakan bertujuan untuk meraih undi.Ini untuk PRU 14.Kegagalan Haji Hadi untuk datang menimbulkan kekeciwaan kepada kepimpinan UMNO.Mereka mungkin akan bertanya apa sudah berlaku .Angin apa yang baru bertiup sehingga TG Haji Hadi tidak hadir kali ini sedang di dalam majlis yang membela kepentingan Islam lain sebelumnya Haji Hadi bersedia untuk bersama.Haji Hadi bersedia pula memakai pakain yang sedondon dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.Ketiadaan TG Haji Hadi di majlis tersebut sangat mengeciwakan UMNO.Bukankah ia juga suatu kejutan.Tidak diduga pun terjadi sedemikian.
KOMEN BALAS
Tiada sebarang kenyataan resmi dari Presiden PAS berkenaan kegagalannya menghadiri majlis di Mesjid Putra itu.UMNO pun nampaknya tidak mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara itu.Perkara itu dibiarkan berlalu begitu sahaja.Persoalannya timbul adakah sejak akhir-akhir ini Haji Hadi sudah mengambil perhitungan baru dalam hubungan UMN0-PAS.Apakah Haji Haji semakin merasakan bahawa kerjasama secara sembunyi-sembunyi dengan UMNO perlu dikaji semula.Masalah yang dihadapi UMNO semakin bertalu-talu sejak kebelakangan ini.Apakah ini mempengaruhi Haji Hadi untuk membuat perubaha dalam hubungannya dengan UMNO.
PAS DAN SARAWAK REPORT
Saman Haji Hadi terhadap akbar Sarawak Report yang berpengkalan di London itu sedang dalam perjalanan.Keputusan siapa menang siapa salah masih belum dikeluarkan.Masa untuk keputusan mungkin masih jauh.Tetapi sebelum itu masyarakat masih diganggu oleh rasa ingin tahu apakah tuduhan yang mengatakan PAS menerima bantuan berpuluh juta ringgit dari DS Najib itu betul atau tidak.Sementara PAS menafikannya tetapi beberapa pemimpin PAS yang disebut oleh Claire Brown Pengarang Sarawak Report sebagai orang yang menerima habuan dari UMNO dalam pembelaannya masih belum memberikan apa-apa komen terhadap tuduhan Claire.
Apakah keputusan mahkamah nanti akan membawa keuntungan kepada jalinan hubungan UMNO-PAS atau sebaliknya.Soalan ini sukar untuk dijawap.Tetapi ketiadaan Haji Hadi dalam perhimpunan membela Palestin di Mesjid Putra cukup memberikan tanda tanya dalam perkara ini.
APA HAL ADUN PAS DI SELANGOR.
Beberapa minggu lalu Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa beberapa ADUN PAS dalam Kerajaan Pakatan Harapan Selangor sudah berpaling tadah.Mereka dikatakan mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS sebelum menjelang PRU 14.Laporan itu menyebut bahawa mereka mengambil keputusan sedemikian adalah untuk menjamin bahawa kedudukan mereka sebagai ADUN masih dapat diselamatkan sekiranya mereka meninggalkan PAS. Kalau berita yang dilaporkan itu benar maka soalannya ialah apakah mereka sendiri seolah-olah yakin bahawa PAS tiada masa depan di Selangor.
MAHFUZ MEMBACA ARUS.
Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena ini telah lama meninggalkan pentas PAS.Datuk Mahfuz telah lama naik turun pentas Pakatan Harapan.Beliau selalu berucap di pentas Pakatan Harapan dengan menyeru rakyat supaya mereka tidak perlu pun keluar dari Parti PAS tetapi undi mereka jangan lagi diberikan kepada PAS.Mahfuz telah lama menyeru rakyat supaya menyokong Pakatan Harapan.Waktu itu Datuk Mahfuz masih lagi seorang ahli PAS.
Dalam kaadaan di mana Datuk Mahfuz sudah mebelakangi PAS serta berhujjah memburuk-burukkan PAS mengapa beliau tidak terus dibuang dari PAS.Kita masih ingat bagimana nasib yang menimpa Datuk Husam Musa ADUN Salor dari Kelantan yang bertindak menentang PAS akhirnya keahlian PASnya ditarik balik.Kadaan sama tidak berlaku kepada Datuk Mahfuz Omar.Apakah pernah nampak Datuk Mahfuz mencabar kepimpinan PAS supaya membuangnya dari PAS.
Barangkali kerana buat apa pun tetapi masih belum dipecat maka pada akhirnya beliau sendiri mengambil keputusan untuk secara sukarela keluar dari parti yang dikatakan memperjuangkan Islam itu.Datuk Mahfuz mengambil keptusan yang berani.Keputusan itu dibuat setelah dihitungnya banyak perkara.Beliau sudah lama merasakan bahawa selera perjuangannya sudah tidak selari lagi dengan pucuk pimpinan PAS yang diterajui TG Haji Hadi sekarang.Politik matang dan sejahtera yang dibawa Haji Hadi sekarang kata Mahfuz sudah tidak matang dan sudah tidak nampak akan membawa sejahtera lagi untuk Malaysia.Malaysia sekarang berdepan dengan pelbagai mehnah politik yang perlukan penyelesaian berani untuk berhadapan dengannya.Bagi Mahfuz sekadar menjaja motto baru belum pasti dapat meyelamatkan Malaysia selagi kelihatan bersekongkol dengan UMNO yang banyak melakukan tindakan-tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.Demikian pendirian Datuk Mahfuz.
Datuk Mahfuz masih berselira untuk berpegang pada prinsip perjuangan PAS di zaman TG Nik Aziz yang berpegand kepada slogan "PAS For All".Datuk Mahfuz masih lagi yakinkan kerjasama dengan DAP dan PKR akan membawa kemenangan kepada pakatan pembangkang seperti yang dibuktikan dalam PRU 13.
Sikap PAS yang dikatakan menarik diri dari Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan politik yang besar telah dilakukan oleh PAS.Itu pendirian Datuk Mahfuz.Langkah PAS untuk mengharungi PRU 14 secara solo langsung tidak boleh diterima Mahfuz.Kerana itu semua Datuk Mahfuz tidak lagi bolehj bersabar untuk terus bernaunh di bawah payung PAS.Sandiwara PAS dengan UMNO yang memperlihatkan PAS-UMNO dilamun cinta juga tidak boleh diterima oleh Mahfuz.
Ada pula setengah pehak bertanya kalau sebenarnya Datuk Mahfuz begitu bencikan PAS mengapa tidak sahaja beliau keluar PAS bersekali dengan pemimpin-pemimpin PAS yang telah meninggalkan PAS dengan membentuk parti baru.Mengapa Datuk Mahfuz tidak segera menyertai Mat Sabu bersama dengan Salahuddin Ayub dan Husam Musa dalam AMANAH.
Pada saat-saat terakhir beliau akan meninggalkan PAS,masih belum dinyatakan beliau akan memasuki mana-mana parti pembangkang.Apa yang nyata namanya sudah tidak lagi disenaraikan oleh pucuk pimpinan PAS sebagai calon PAS untuk PRU 14 yang akan datang.Kenyataan Datuk Mahfuz bahwa jawatan tidak lagi penting untuk beliau seolah-olah menggambarkan bahawa perjuangannya untuk semata-mata membela rakyat itu benar.Apakah sebenarnya begitu.
PAS TANPA MAHFUZ
Kenyataan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sewaktu beberapa pemimpin PAS keluar PAS dan kemudiannya menubuhkan parti baru menentang PAS tidak menunjukkan bahawa PAS kerugian dengan kehilangan mereka semua.Apa yang disebut oleh mereka ialah setiap mereka yang tidak lagi bersama perjuangan mereka adalah musuh.Mereka yang telah melanggar bai'ah adalah sejenis pemimpin yang tidak lagi boleh dipercayai.Itu pendirian PAS pusat terhadap bekas pemimpin dan ahli-ahli mereka yang keluar parti.
Dihujjahkan bahawa ketiadaan mereka yang melanggar bai'ah itu tidak memberi sebarang kesan kepada PAS.Pemimpin-pemimpin PAS selalu berbangga bahawa mereka masih mempunyai jumlah penyokong yang ramai dan kuat berpegang teguh kepada dasar dan perjuangan parti disemua peringkat.Ketiadaan beberapa pemimpin tertingi yang menderhaka itu tidak membawa sebarang kelemahan kepada perjuangan PAS secara keseluruhannya.
KE MANA MAHFUZ .
PRU 14 tidak lama lagi akan tiba.Apakah Mahfuz selepas 31 Disember 2017 akan mendaki pentas Pakatan Harapan tanpa sebarang keahlian.Atau mungkinkah beliau akan menyertai AMANAH bersama rakan-rakan PASnya dahulu.Rasanya tidak mungkin untuk beliau menyertai PBBM atau PKR.Masa akan menjawapnya.Jawapannya akan tiba sebelum menjelangnya tarikh PRU 14.Itu jangkaan kita.Seorang pejuang politik tidak mungkin berjuang atas batang tubuhnya semata-mata.Ia perlu berorganisasi untuk mencapai cita-citanya.
No comments:
Post a Comment