GESAAN Teo Nie Ching dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang baru dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Pendidikan baru di bawah kerajaan Pakatan Harapan supaya Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate)(UEC) segera diiktiraf menjadi satu berita hangat sejak seminggu yang lalu.
Apakah itu UEC.
UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah-sekolah persendirian Cina di seluruh Malaysia.Sekolah-sekolah persendirian Cina di negara ini mempunyai sistem pendidikannya sendiri di luar kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.Ianya berada dibawah kawalan dan seliaan sebuah badan yang ditubuhkan oleh orang-orang Cina dengan nama Dong Zhong (Badan Penyeliaan Pendidikan Cina).
Secara keseluruhannya sekolah-sekolan persendirian Cina tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Walau bagaimana pun ada juga terdapat sekolah-sekolah persendirian tersebut yang menjalankan subjek-subjek Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi pada kadar yang tidak memadai.Tujuan berbuat demikian hanya sebagai melepas batuk ditangga hanya untuk memenuhi kriteria dan melepas risiko tiada SPM untuk memohon jawatan dengan kerajaan.
UEC tidak diiktiraf kerajaan.
UEC telah lama dipraktikkan di sekolah-sekolah persendirian Cina di negara ini.Meskipun tidak diperakui dan ditolak oleh kerajaan pada masa itu tetapi malangnya masyarakat Cina telah membelakangkan kerajaan untuk terus melaksanakan dan mempraktikkannya.
Usaha itu bukan sahaja tidak disetujui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebagai Perdana Menteri waktu itu tetapi juga tidak disokong malah ditentang oleh pemimpin-pemimpin politik Cina yang sewaktu dengannya seperti Tun Tan Cheng Lock danTun Tan Siew Sin dari parti MCA (Malayan Chinese Association).
Tokoh-tokoh Cina tersebut pada masa dulu itu adalah sangat patriotik serta memiliki semangat kebangsaan tulin yang tinggi.Walaupun beliau seorang Cina dan beramal dengan budaya Cina tetapi beliau menolak penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah yang didirikan dan beroperasi di Malaysia itu terutama kerana ianya tidak sesuai dengan keperluan tempatan.
Tindakannya yang patriotik itu tidak disenangi oleh aktivis-aktivis pendidikan Cina.
Gerakan mendaulatkan bahasa cina dalam pendidikan.
Ia dikatakan bermula apabila Lim Lian Geoh seorang kelahiran negeri China berhijrah ke negara ini atas desakan hidup di negeri asalnya.Ia kemudian menjadi guru di sekolah Cina dan pada akhirnya menjadi penggerak utama dengan mencetuskan usaha menuntut supaya kerajaan menjadikan bahasa Cina diiktiraf sebagai satu bahasa resmi di Malaysia.
Usaha yang keterlaluan itu membawa ketegangan dalam masyarakat sehingga Lim Lian Geoh ditarik kerakyatannya oleh kerajaan.Tindakanya telah menggugat ketenteraman masyarakat serta menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Beliau telah meninggal dunia tetapi tugunya dibangunkan oleh masyarakat Cina di Jalan Maharajalela Kuala Lumpur.Namanya terus dipuja menjadi ikonik dalam perjuangan bahasa Cina.Tugu itu menjadi tempat ziarah wajib tahunan oleh pelajar-pelajar sekolah persendirian Cina di negara ini.Beliau kekal menjadi hero kepada pejuang dan aktivis pendidikan Cina di negara ini.
Kaadaan sekolah-sekolah persendirian Cina di Malaysia
Sekolah-sekolah persendirian Cina tidak mendapat bantuan modal dari kerajaan.Kerajaan tidak memberi bantuan kerana itu bukan sekolah kerajaan.Itu tidak menjadi tanggong jawab kerajaan.Meski pun demikian sekolah-sekolah persendirian China kelihatan jauh lebih mewah dan lebih sempurna daripada sekolah-sekolah yang didirikan oleh kerajaan.Kaadaan infrastruktur dan fasilitinya meninggalkan jauh apa yang ada dan dimiliki oleh sekolah-sekolah kerajaan.
Sekolah-sekolah persendirian Cina ini didirikan atas sokongan dan dokongan masyarakat Cina dalam dan luar negara.Peniaga-peniaga Cina yang kebanyakannya kaya raya bersedia memberikan bantuan atas semangat kecinaan yang tinggi dengan kesediaan berkorban untuk mendaulat dan memartabatkan budaya dan pendidkan Cina mereka melalui sekolah-sekolah ini.
Medium pengajaran utama sekolah-sekolah persendirian ini adalah bahasa Cina.Ada diajar subjek Bahasa Melayu yang mudah dan tidak setaraf dengan subjek Bahasa Melayu SPM.Ia seolah-olah terpaksa diajar untuk mencukupkan syarat sahaja.Demkian juga dengan nasib subjek sejarah yang turut diajar.
Pelajar-pelajar sekolah ini sebahagian besar adalah terdiri dari murid-murid Cina yang datangnya dari keluarga berkemampuan serta kaya.Meskipun sijil mereka tidak diiktiraf kerajaan mereka tidak bermasalah besar untuk menyambung pengajian kerana kemampuan keluarga masing-masing untuk menghantar anak-anak belajar di tanah besar China atau pun ke Taiwan negara asal di mana silabus sekolah-sekolah persendirian itu diambil dan diperolehi.
Mengapa sehingga kini sukar UEC dikitiraf kerajaan .
UEC tidak wajar diiktiraf oleh kerajaan yang memerintah negara pelbagai bangsa dan pelbagai suku kaum dan etnik ini bukan sahaja kerana silabusnya berasal dari Taiwan.Bukan kerana ianya berasal dari luar negara .Bukan itu pun sebab utama kerana datangnya dari negara asing.Banyak sebab- sebab lain yang lebih dominan.Banyak sebab lain yang lebih mendesak.
Bahayanya mengiktiraf UEC dalam sistem pendidikan Malaysia bakal mendatangkan mudarat dan perpecahan kaum.Itulah yang ditakuti.Itulah yang lebih penting dan itu faktor terbesar yang menghalang tangan Perdana Menteri selama ini untuk menandatangani keputusan dan menyetujuinya.
UEC sangatlah tidak selaras malah kelihatan jelas bertentangan dengan dasar pendidikan kebangsaan.Ia juga tidak selaras dengan dasar-dasar utama negara ke arah membina masyarakat bersatu dengan mendukung cita-cita satu negara dengan mendukung cita-cita bersama.
Kerajaan mempunyai lebih tanggung jawab untuk melindungi dan memelihara keistimewaan sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai syarat utama kemasukan pelajar ke IPTA negara ini.
Kerajaan berusaha mengelak supaya tidak wujud dua atau tiga jenis sijil yang langsung tidak selaras antara satu samalain.Apa yang lebih tidak diingini ialah akan wujudnya pertandingan dan persaingan yang tidak sehat diantara mereka yang memiliki sijil-sijil yang berbeda ini.
Adalah dipandang sangat tidak wajar pula mereka yang memperolehi sijil UEC dengan tidak perlu lagi menduduki SPM dengan silibus yang jauh berbeza dari apa yang ada untuk memperoleh UEC.Ini dikira sangat tidak adil.
UEC dikendalikan sepenuhnya di sekolah-sekolah persendirian Cina di mana 99% pelajarnya adalah terdiri dari orang-orang Cina.Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah ini dengan mengikuti silibus mereka yang asing ini seolah-olah berada dalam sebuah komuniti asing disebuah negara asing sedangkan ianya berada di bumi Malaysia.Pergaulan mereka dengan masyarakat dari kaum lain sangat terhad dan terbatas.Orientasi mereka juga berbza dari orientasi pelajar-pelajar bangsa lain di luar yang kebanyakannya mengikut kurikulum kebangsaan.
Assimilasi antara kaum, perpaduan serta perkauman.
Mengiktiraf UEC samalah ertinya dengan berusaha untuk melahirkan generasi Cina yang totok menganut budaya kecinaan yang pada akhirnya menolak idea melaksanakan asimilasi antara kaum..Pergaulan antara kaum-kaum di negara ini akan menjadi sangat terbatas.Pada akhirnya jarak perhubungan dan pergaulan menjadi jauh yang pada akhirnya menjadi putus.Apakah ini yang kita kehendaki.Apakah ini matalamat aktivis pendidikan Cina yang begitu gigih memperjuangkan cita-cita ini.
Mengiktiraf UEC adalah langkah untuk mengiktiraf usaha bagi menggagalkan cita-cita membina sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu.Langkah tersebut adalah langkah kebelakang yang akan merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.Langkah itu akan merosakkan masadepan Malaysia.
Apakah kita tidak menjangkakan bahawa pengiktirafan UEC akan menyebabkan semakin bertambahnya bilangan sekolah-sekolah persendirian Cina yang bakal dibangunkan di negara ini.Medium bahasa Cina akan digunakan sepenuhnya.Mungkin pula silibus kebangsaan yang sekarang hanya secebis itu digunapakai oleh akan dibuang terus untuk sepenuhnya digantikan dengan silibus UEC.Bahasa Mandarin akan menjadi bahasa yang dengan beraninya digunakan dengan meluas tanpa segan silu.Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi Malaysia yang berhasrat menjadi bahasa penyatuan kaum-kaum di negara ini akan dilupakan terus oleh mereka.
Kalau demikian jadinya apakah akan berlaku kepada bumi asal yang kononnya dimiliki oleh orang Melayu.Apakah maknanya lagi kepada sebuah negara yang kononya dulu asalnya bernama Tanah Melayu ini.
Apakah tidak ada kemugkinan pula satu hari nanti bermula dengan pengiktirafan UEC ini; maka bahasa Mandarin akan diperjuangkan oleh masyarakat Cina di negara ini untuk dijadikan bahasa resmi yang kedua pula.Kaadaan akan menjadi lebih kacau dan perbalahan kaum tidak mungkin dapat dibendung lagi.Ini sesuatu yang mesti dielakkan. Tragedi berdarah 13 Mei 1969 jangan diusahakan untuk berulang lagi.
Walau apa pun semuanya itu telah lama diperjuangkan oleh Dong Zhong ,hatta sejak sebelum merdeka.Semuanya ini sepatutnya menjadi bahan fikir dan batu tanda membina batas dan sempadan supaya Malaysia kekal wujud sebagai negara yang kekal selisa dalam keamanan dan kesentosaan semua kaum yang menjadi rakyatnya.
UEC bukan isu kecil atau terpencil.
UEC adalah isu besar.Ia juga isu yang kritikal.Ia bangkit kembali bersama bangkitnya sebuah kerajaan baru menerajui kerajaan baru.Wajah kerajaan baru tidak semestinya diperbaharui dengan segala yang baru.Perubahan boleh sahaja dilakukan sekiranya ia boleh menjamin keselamatan negara.Sesuatu yang bakal merosakkan masa depan negara mesti dihalang dan disekat.Idea-idea yang terlalu rasis sifatnya tidak akan menyelamatkan masa depan Malaysia.Kebangkitan golongan cauvinis dari mana-mana bangsa penduduk Malaysia mesti tidak boleh disokong.Ia mesti dipatahkan kerana ciri-ciri demikian bukan ciri bangsa Malaysia untuk sesuai dalam persekitaran negara ini.Sesuatu yang asing dari jati diri dan budaya Malaysia mesti tidak boleh diterima.
Malaysia mesti terbina dengan akal budi yang seimbang.Setiap kaum menerima kepentingan orang dari kaum lain dengan adil dan seimbang supaya kepentingan mereka juga boleh diterima.Sikap bertolak ansur antara kaum perlu terus dipelihara.Sejarah asal usul setiap kaum jangan ditolak dan dinafikan.Rasa hormat antara kaum perlu terus dipupuk ,dijaga dan dipelihara.Ini sahaja jaminan untuk survival negara.
Respon masyarakat kepada UEC.
Banyak pihak terkejut apabila isu ini dibangkitkan semula.Bila ia disebut sewaktu kempen PRU 14 baru-baru ini pun sudah timbul keresahan sesetengah pihak berkenaanya.
Dr Mohamad Saleeh Rahamad,PresidenPersatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) tidak bersetuju UEC diiktiraf.Bagi beliau Bahasa Melayu perlu dipertahankan sebagai medium utama dalam pendidikan sedangkan taraf subjek Bahasa Melayu dalam UEC adalah sangat rendah.Bagi beliau sijil peperiksaan sedia ada mesti kekal sebagai syarat memasuki IPTA dan perkhidmatan awam.
Beliau juga berpendapat bahawa sekiranya UEC diiktiraf maka akan timbul desakan dari kaum-kaum lain di negara ini seperti Tamil,Iban dan Punjabi supaya sijil dari sekolah vernakular mereka juga turut diiktiraf supaya agenda kaum masing-masing dapat dimartabatkan.
Bagi Dr Mohamad negara bangsa Malaysia akan hancur dengan pengiktirafan UEC.
Cadangan ini juga ditentang oleh Pemuda UMNO apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya Dr Ashraf Wajdi Dusuki mendesak kerajaan supaya tidak menerima cadangan dan desakan kaum Cina ini kerana kesan buruknya kepada negara jelas kelihatan.
Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah memberikan respon yang pedas yang mengatakan cadangan yang berupa desakan untuk mengiktiraf UEC adalah sebagai suatu perbuatan tidak bertamaddun.
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong felo Utama Institut Kajian Ethnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia melihat UEC sebagai usaha merampas peluang pelajar lain yang berada dalam sistem sedia ada (terutamanya pelajar kaum Cina sendiri).Bagi beliau tindakan mengiktiraf UEC sebagai langkah "menyusukan kera di hutan sedang anak dipangkuan mati kelaparan".
Prof Kok Seong menegaskan bahawa walau apa pun desakan yang timbul ; Bahasa Melayu mesti terus menjadi bahasa ilmu di negara ini.
Dengan tegas Prof Kok Seong menyatakan bahawa mengiktiraf UEC adalah satu penderhakaan kepada rakyat.
Muhammad Lukman Al Hakim Muhamad AJK pusat Ikatan Muslimin Malaysia mentafsirkan usaha supaya UEC diiktiraf adalah langkah aktivitis Cina untuk meningkatkan majoriti orang Cina lulusan UEC untuk masuk ke IPTA dan mendapatkan peluang kerja dalam sektor awam yang selama ini didominasi oleh orang Melayu serta bumiputera.Itu tidak salah asalkan mencukupi syarat-syarat seperti yang ditetapkan kerajaan dan di guna pakai selama ini.
Apakah makna semuanya ini.
Apakah kerajaan baru Melaka pimpinan Ketua Menteri barunya Adly Zahari tidak faham apa itu UEC apabila dirinya sebagai seorang Melayu tidak sensitif terhadap nasib bahasanya sendirisehingga mengatakan kerajaan Melaka mengiktiraf UEC.Mengapa kelihatan kerajaan Negeri Melaka menjadi laju tayar dari kereta.Belum lagi berlaku pengiktirafan dari Putrajaya tetapi Melaka telah mendahuluinya.Apakah maknanya ini.
Apakah maknanya pula apabila DAP melalui menterinya dan disokong pula oleh MCA dari komponen BN begitu pula GERAKAN yang kelihatan bersatu mengangkat perjuangan UEC.Apakah pemimpin-pemimpin politik dari kaum Cina tidak memahami realiti politik dan masyarakat Malaysia negara semua kaum ini.Apakah untungnya mendapat kuasa yang sebentar dalam politik sedangkan kesan kerosakan kepada negara meninggalkan kesan yang lama untuk ditanggung oleh semua rakyatnya.
Apakah mereka yang memperjuangkan UEC untuk diiktiraf terutamanya Dong Zhong tidak memahami klausa Perlembagaan Malaysia seperti yang disebutkan oleh Prof. Shad Saleem Faruqi bahawa "perlembagaan hanya memberikan hak untuk belajar bahasa ibunda.Perlembagaan bukannya memberi hak belajar dalam bahasa ibunda".
Harapan kita.
Kita sangat berharap supaya orang-orang politik,terutama pemimpin-pemimpin atasan yang mempunyai kuasa pemutus janganlah hanya mencari dan mengukuhkan kuasa dengan mengorbankan kedaulatan,keharmonian dan keselamatan negara.
Penegasan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan Pakatan Harapan pertahankan perlembagaan,hak istimewa Melayu dan identiti teras negara akan menjadi tukul menjatuhkan hukum seorang hakim dalam kes pembicaraan di mahkamah.Kata-kata PM itu seharusnya difikir dengan sedalam-dalamnya sebelum berani mengemukakan sesuatu yang bercanggah.Perdana Menteri bercakap untuk masa depan Malaysia.Beliau bercakap untuk menyelamatkan Malaysia.
Sesiapa pun kalau sebenarnya mereka sayangkan negara ini;elakkanlah dari meminta apa lagi mendesak kerajaan untuk menunaikan sesuatu yang tidak menjadi tuntutan dan keperluan bersama semua rakyatnya.Setiap rakyat mesti bersedia berkorban dan bertolak ansur satu samalain.Setiao rakyat bahawa mereka mesti mempertahankan konsensus yang dibuat oleh semua kum sejak sekian lama.Setiap rakyat mesti sesungguhnya menumpukan taat setianya kepada negara ini serta bersedia menerima warisan bangsa dan negara ini dengan hati rela dan terbuka.
Mempertikaikan keputusan ini akan membawa implikasi besar dan menggugat perpaduan dan keharmonian kaum.Ini cabaran besar kepada keamanan Malaysia.Ini cabaran besar kepada sebuah kerajaan yang baru dibentuk.Kegagalan menangani isu ini bersama-sama dengan pelbagai isu lain yang telah timbul akan menggugat seluruh keyakinan rakyat kepada kerajaan yang diberikan mandat untuk menyelamatkan negara yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment