9 Mei 2018 menjadi tarikh hitam yang dicatat sejarah sebagai hari malang bagi sebuah pertubuhan bernama UMNO yang didukung sekian lama oleh orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Setelah memerentah negara ini selama 61 tahun ia pada akhirnya ditolak dan dinafikan oleh sebahagian besar rakyat pelbagai kaum negara ini untuk kekal menjadi kerajaan.Dengan kegagalannya mendapat majoriti mudah dalam PRU 14 yang lepas maka terlepaslah peluang UMNO yang mengetuai BN untuk terus berkuasa di Putrajaya,pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.
Sejarah UMNO.
UMNO mempunyai sejarah yang panjang.Parti ini telah melalui pelbagai liku,onak dan duri sepanjang 71 tahun kehadirannya sebagai sebuah parti politik di persada sebuah negara bangsa yang kemudiannya dinamakan Malaysia ini.
United Malay National Organisation (UMNO) atau PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) bermula dengan berlakunya Kongres Melayu se malaya yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor bertempat di Padang Kelab Sulaiman,kampong Baru Kuala Lumpur.Ianya berlaku pada 1-4 Mac 1946. Kongres ini didatangi oleh wakil-wakil dari 41 pertubuhan Melayu yang wujud ketika itu di seluruh Tanah Melayu.
Dato' Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres tersebut.Tiga usul atau resolusi telah dikeluarkan di akhir sidang iaitu untuk menubuhkan UMNO,menentang Malayan Union dan mengadakan derma untuk membantu pelajaran orang-orang Melayu.Sebuah jawatankuasa menyediakan perlembagaan UMNO ditubuhkan dipengerusikan Dato' Onn.
Kebangkitan Melayu menentang Malayan Union.
1 April 1946 Malayan Union diistiharkan dalam bantahan orang-orang Melayu.Raja-Raja Melayu diajar oleh pemimpin-pemimpin Melayu dalam PEKEMBAR / UMNO supaya memboikot majlis pengistiharan Malayan Union.
Jasa pertama UMNO terlihat di sini apabila pada akhirnya British menarik balik PerlembagaanMalayan Union yang meletakkan pentadbiran Tanah Melayu sebagai sebuah "crown colony British"untuk digantikan dengan sebuah perlembagaan baru yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 11 Mei 1946 Kongres Melayu se Malaya ke 3 dan Perhimpunan Agung PEKEMBAR yang pertama diadakan di Istana Besar Johor Baharu.Perlembagaan UMNO diluluskan.Bermulalah secara resmi UMNO sebagai sebuah parti untuk orang-orang Melayu.Dari saat itulah pengaruhnya makin membesar untuk wuju menjadi sebuah parti yang banyak berjasa untuk negara ini.
Dato' Onn kemudian terpaksa meninggalkan UMNO setelah cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua bangsa ditolak oleh kebanyakan pemimpin lain dalam UMNO.26 Ogos 1951 Dato'Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
UMNO dan pembentukan PERIKATAN.
Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj dilantik menjadi Presiden UMNO kedua menggantikan Dato' Onn.Beliau melangkah lebih jauh dengan mengusahakan untuk mengadakan pakatan politik dengan MCA ( Malayan Chinese Association) dan MIC (Malayan Indian Congress) yang juga telah wujud pada waktu tersebut bagi masing-masing menjaga kepentingan kaum Cina dan India.Sebuah parti gabungan dengan nama PERIKATAN telah dibentuk yang diusahakan oleh Tengku Abdul Rahman.
Parti PERIKATAN telah mengatur langkah dan mengusahakan kemerdekaan untuk diperolehi dari penjajah Inggeris.Kejayaan memperolehi kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 adalah merupakan kejayaan UMNO seterusnya untuk dirakam oleh sejarah tanah air ini.
Tengku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama Tanah Melayu merdeka dan Timbalan Perdana Menteri adalah Tun Abdul Razak Hussin.
Kejayaan penting Tengku Abdul Rahman ialah apabila gagasan Malaysia yang dicadang oleh beliau akhirnya dapat direalisasikan dengan penubuhan Malaysia bagi menggantikan Tanah Melayu pada 16 September 1963.Ia terjadi hanya tidak sampai satu dekad selepas Tanah Melayu merdeka
13 Mei 1969.
Cabaran pertama dihadapi oleh sebuah negara yang baru merdeka ini adalah berpunca dari ketegangan kaum.12 tahun selepas merdeka Tanah Melayu yang mempunyai masyarakat berbilang kaum tiba-tiba dikejutkan dengan tragedi berdarah 13 Mei.
Keputusan pilihanraya ketiga Mei 1969 memberikan keputusan yang merosot kepada Perikatan dimana DAP pula mencapai keputusan yang memberansangkan.Perarakan kemenangan DAP dengan mengeluarkan kata-kata yang mencabar bangsa Melayu telah mencetuskan pertumpahan darah dibebarapa bandar di negara ini.PERIKATAN menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menangani krisis tersebut.
Ini pengalaman pahit dalam sejarah PERIKATAN dan sejarah negara ini.Ini pula membawa kepada berakhirnya pentadbiran Tengku Abdul Rahman untuk digantikan oleh Tun Razak tahun 1971.
Pembentukan kerajaan Barisan Nasional.
Kesan tragedi 13 Mei kepada Malaysia sangatlah besar.Perbalahan kaum terutama orang Melayu dan Cina mempunyai sejarah yang panjang di negara ini.Dasar Pecah dan Perintah British yang mengasingkan tempat tempat duduk setiap kaum yang berbeza ini menjadi faktor pemecah.Sementara Melayu tinggal di kampong-kampong dengan aktiviti pertanian sarahidup mereka,orang-orang Cina menetap dibandar-bandar dengan aktiviti perdagangan dan perniagaan.India dijadikan buruh-buruh menoreh getah di ladang-ladang besar kepunyaan Inggeris.
Tiga kaum terbesar ini tidak bercampur gaul satu samalain.Mereka dibiarkan untuk membina kehidupan sendiri dengan cara hidup serta membesarkan budaya masing-masing.Ketuanan mereka bukan kepada negara ini tetapi kepada negeri asal masing-masing.Kaadaan ini berlangsung sepanjang pemerentahan Inggeris.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan unsur perpecahan dan semagat perkauman diantara tiga kaum terbesar ini memang ternyata.Orang Melayu merasa tidak puas hati terhadap orang Cina yang datang ke negara ini dengan diberikan lebih kemudahan oleh Inggeris sedang orang Melayu tidak demikian.Orang-orang Inggeris yang banyak terlibat dengan kegiatan ekonomi perdagangan di negara ini tentunya banyak bergaul dengan masyarakat Cina di bandar-bandar yang menjalankan perniagaan.
Jurang pendapatan antara kaum Cina dan Melayu tentunya sangat ketara.13 Mei 1969 hanya terjadi selepas 12 tahun Tanah Melayu memperolehi kemerdekaannya.Sebuah negara merdeka yang masih muda terpaksa menghadapi huruhara berpunca dari krisis perkauman.
Kejayaan Kerajaan UMNO terserah di sini apabila Tun Razak dengan Majlis Gerakan Negaranya (MAGERAN) dapat menjadikan peristiharan darurat sebagai usaha untuk membendung kaadaan.Parlimen telah digantung dan negara ditadbir dengan undang-undang darurat.
UMNO di bawah Tun Razak.
Dasar Ekonomi baru diperkenalkan oleh Tun Razak dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbedaan pendapatan yang menjadi jurang antara Melayu dengan bukan Melayu.FELDA dibuka dengan membahagikan tanah kepada orang Melayu yang tidak bertanah misalnya.
Pembangunan luar bandar dipesatkan oleh Tun Razak sehingga beliau dikenali dengan nama jolokan Bapa Pembangunan Luar Bandar
Kejayaan besar Tun Razak dalam bidang politik ialah apabila beliau berjaya memujuk PAS untuk menyertai PERIKTAN dengan membentuk Barisan Nasional tahun 1973.Krisis politik UMNO-PAS menjadi terkawal setelah sekian lama dihangatkan oleh isu kafir mengkafir apabila PAS mengatakan UMNO kafir kerana berpakat dengan orang-orang bukan Islam dalam mentadbir negara.
UMNO tidak lama berpeluang untuk dipimpin Tun Razak sebagai Perdana Mentri berikutan meninggalnya Tun Razak di London kerana Leukimia yang lama ditanggungnya.Zaman pentadbiran Tun Hussin Onn menyaksikan PAS keluar dari Barisan Nasional dalam tahun1978 untuk kembali kepada tapak perjuangan asal mereka yang menjadikan Quran dan sunnah sebagai asas.
Malaysia gemilang dengan 22 Tahun pemerentahan Tun Mahathir.
Tun Mahathir mengambil Malaysia dari tangan Tun Hussin Onn dalam tahun 1983.Pentadbirannya meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia baru berdepan dengan dunia baru.Rakyat dibawa dengan Wawasan 2020 dan Dasar Pandang Ke Timur yang membuka mata rakyat untuk mengejar kemajuan.Malaysia berjaya dipacu oleh Tun Mahathir sehingga menjadi sebuah negara yang digelar "Tiger Asia".
Di bawah Tun Mahathir slogan "Malaysia Boleh" diperkenalkan.Rakyat Malaysia begitu termotivasi untuk mencipta kejayaan yang pelbagai samada secara individu atau berpasukan.Demikianlah ada pelayar yang secara solo belayar mengelilingi dunia.Gunong dan puncak Everest di tawan Malaysia di zaman Mahathir.
Malaysia berjaya memasuki bidang industri berat apabila kilang kereta Proton dapat didirikan di negara ini dengan pemindahan teknologi dari negara Jepun.
UMNO dan krisis politik di zaman Mahathir.
22 tahun pentadbiran Mahathir sebagai Perdana Menteri ianya tidak sunyi dari masalah dan krisis yang melanda parti dan kepimpinannya.Tun Mahathir menghadapi krisis dengan Timbalanya dalam beberapa contoh.Bersama dengan Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pertama di zamannya pada akhirnya membawa kepada Tun Musa meninggalkan jawatan dengan rasa keciwa dan menuding jari kepada Tun Mahathir.Demikian semasa Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalannya.Krisis telah timbul antara keduanya yang kemudian membawa kepada Dato Seri Anwar bukan sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi juga dibuang ahli UMNO.
Politik jalanraya dan reformasi panas.
Kekeciwaan Dato Sri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan cita-citanya menjadi Perdana Menteri di bawah sayap UMNO membuka jalur baru dalam politik Malaysia apabila pemimpin yang berkaliber dan mempunyai rangkaian luas dalam rangka persahabatan dengan dunia mengasaskan penubukan PKR (Parti Keadilan Rakyat).
PKR bangun bersama Anwar Ibrahim dengan memberikan saingan hebat kepada UMNO di bawah pimpinan Tun Mahathir.Walau bagaimana pun kekuatan dan kehebatan gaya dan daya kepimpinan Tun Mahathir menjadikan UMNO masih kekal memerintah Malaysia.
Pengunduran Tun Mahathir meninggalkan legasi yang gagal diteruskan .
Tahun 2003 Tun Mahathir meninggalkan tampuk pemerentahan Malaysia kepada Timbalannya Tun Abdullah Badawi.Dalam pandangan Tun Mahathir pemerentahan penggantinya itu tidak mencapai tahap seperti yang diharapkannya.Banyak pula orang UMNO yang datang berjumpa dengan Tun Mahathir untuk berbuat sesuatu bagi meletakkan Malaysia pada asas yang telah diletakkannya dahulu.
Semuanya ini menggambarkan bahawa Tun Mahathir yang telah mengambil keputusan untuk bersara dari politik itu masih tidak boleh bersara sepenuhnya kerana rakyat di bawah meminta dan mendesaknya untuk kembali campurtangan menyelamat dan mengembalikan Malaysia pada kehebatanya seperti dulu-dulu ketika Tun Mahathir berkuasa.
Inilah perjalanan Tun Mahathir kembali berkuasa.
Inilah perjalanan karier diri dan politik seorang insan yang bernama Mahathir.Ia kembali menduduki Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebuah kota mewah pentadbiran kerajaan Malaysia yang juga telah dicipta oleh tangannya sewaktu 22 tahun pemerentahanya yang lalu.
Tun Mahathir tidak menduga pada awalnya bahawa Tun Abdullah Badawi yang dipilihnya akan hanya berkuasa dalam waktu yang singkat sebagai Perdana Menteri.Apabila Tun Abdullah Badawi terpaksa lebih awal meninggalkan jawatanya kerana dikatakan terlalu "mengantuk" untuk mentadbir Malaysia maka sekali lagi Tun Mahathir memainkan peranannya memilih Dato Seri Najib Tun Razak untuk enggantikan Tun Abdullah Badawi.,
Kelihatanya Tun Mahathir menjadi pemain dengan peranannya sebagai "Man behind the throne" apabila sahaja beliau meninggalkan kerusi Perdana Menterinya dalam tahun 2003.Meski pun tidak lagi berjawatan tetapi masih berkuasa.Rakyat seolah-olah masih memberikannya kuasa.Ia ternyata masih berkuasa meskipun hanya memegang nama sebagai bekas Perdana Menteri.Itulah kekuatan seorang insan yang bernama Mahathir.
Legasi yang ditinggalkan beliau bukan sahaja perlu diikut tetapi mesti diperkukuhkan.Sesiapa pun yang cuba menolak legasi ini bukan sahaja akan kesakitan tetapi terpaksa merana kerana rakyat terbanyak tidak inginkan demikian.Menafikan jasa-jasa Tun Mahathir oleh pemimpin-pemimpin yang menggantikannya di belakang akan membawa kebaikan.Sepatutnya Tun Abdullah meneruskan legasi kepimpinan Tun Mahathir,demikian juga Dato Seri Najib Razak.Kesilapan kedua mereka barangkali terpaksan dibayar dengan harga yang mahal dengan kegagalan mereka pula.
Kesombongan dan keyakinan lebih UMNO.
UMNO tidak pernah percaya bahawa kehebatan dan rekod kejayaan 61 tahunnya memerintah Malaysia akan lenyap sekelip mata.Nasehat Tun Mahathir kepada Dato Seri Najib untuk menguatkan UMNO dengan kepimpinan dinamik dan menolak rasuah dalam kepimpinan bukan ditolak tetapi dengan yakin pula percaya sesungguhnyan UMNO akan terus kekal berkuasa di Putrajaya selamanya.
Tidak dinafikan kejayaan DS Najib adalah kejayaan mengikat pemimpin-pemimpin UMNO seluruh negara terutama menteri-menterinya untuk patuh dan setia kepada kepimpinanya.Ia kejayaan yang tidak boleh dinafikan.Tetapi kegagalanya yang nyata pula ialah apbila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri mereka yang dulu menjadi Yes Man sepenuh masa mula membuka mulut dengan menunjukkan dan menyalahkan DS Najib dengan kekalahan UMNO.
Pada akhirnya seorang hero yang bernama Mahathir dengan usia hampir satu abad yang dikeji dan dinista oleh UMNO telah diangkat kembali oleh rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Ia menjadi mimpi ngeri kepada DS Najib dan seluruh menteri UMNO yang selama ini yakin mereka pasti tidak akan dikalahkan dalam PRU 14.UMNO pasti tidak akan kalah ditangan seorang yang dikatakan nyayuk dan membuang tabiat itu.Tetapi itulah kehendak Allah.
Sesungguhnya kejatuhan kerajaan UMNO / BN dalam PRU 14 memberikan kejutan bukan sahaja kepada Malaysia tetapi dunia.Bahawa Mahathir sedang memahat dunia untu namanya dirakam kukuh sebagai seorang insan tertua yang pernah menjadi seorang Perdana Menetri untuk kedua kalinya pula memerintah sebuah negara merdeka di atas muka bumi ini.
Implikasi daripada kejatuhan UMNO /BN ini bukanlah sedikit.Sejarah akan merakamnya untuk hari-hari yang akan bagaimana banyaknya perubahan pada lanskap politik,sosial dan ekonomi negara ini akan terjadi.Perubahan ini mungkin menjadi lebih baik dari semalam.Perubahan ini mungkin pula akan menjadi lebih buruk dari sebelumnya.
Malaysia baru mesti dipimpin oleh mereka yang jujur,ikhlas dan berjuang untuk membela rakyat.Sebarang usaha untuk mengulang kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin lalu akan lebih merosakkan Malaysia dan rakyatnya.
Apa sudahnya UMNO selepas ini.
Apabila DS Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO,bukanlah bermakna akan tamat di situ.Perhimpunan Agung UMNO telah memilih pimpinan baru untuk menerajui UMNO.Apakah mampu pepimpin "kesinambungan" DS Zahid Hamidi membawa UMNO menghadapi tugas barunya sebagai parti pembangkang di negara ini.Mampukah DS Zahid memimpin 52 anggota Barisan nasional yang masih berbaki di Parlimen untuk menolak hujjah-hujjah kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen nanti.
Mampukah kepimpinan baru UMNO di mana sayap pemudanya bergantung pada Dato' Asyraf Wajdi dan sayap wanitanya Dato' Noraini untuk mendayung bahtera UMNO menjadi pembangkang yang berwibawa.
Mampukan UMNO bangkit kembali atau semakin hanyut dibawa arus kekalahan PRU 14.Apakah UMNO boleh menahan sekian banyak penyokong-penyokong tegar UMNO satu demi satu mengistiharkan diri meninggalkan parti itu.
UMNO perlu dijenamakan semula.Ia perlu diberikan pakaian baru dan senjata baru untuk bersedia masuk gelanggang baru bagi berdepan dengan musuh-musuhnya Pakatan Harapan yang semakin memperkukuhkan kuasa dan cengkamannya hari demi hari.
No comments:
Post a Comment