4 Disember 2020 telah berlalu.Namun tarikh tersebut telah terpahat dalam sejarah Malaysia dan sejarah dunia sebagai satu peristiwa penting.Belum pernah sebuah kerajaan yang mengusul sebuah undi percaya kepada kerajaannya sendiri untuk kemudian ditolak sendiri pula anggota kerajaan itu.
2. Benar ia nampak aneh tetapi ia telah berlaku dan telah tertulis sebagai satu detik penting dalam sejarah politik moden Malaysia dan dunia.
3. Malaysia terkenal diserata dunia terutama sejak 2015 apabila Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) membangkitkan Kes 1 MDB.Nama Dato' Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah menjadi begitu popular dari hujung paling timur Negara Republik Rakyat China hingga hujung paling barat negara Amerika Syarikat yang ditadbirkan di bawah Parti Demokrat Donald Trump.
4. Berikutan itu Malaysia dikenali sebagai sebuah negara kleptokrat.Istilah ini menjadi begitu popular dan disebut di mana-mana bukan sahaja di Malaysia telah tumbuhnya pokok kejadian itu tetapi turut diperkatakan diseluruh dunia kerana keistimewaannya.
5. Nama Malaysia terkenal seantero dunia.Tetapi ianya menjadi contoh terburuk untuk Malaysia.Negara ini dicemuh dan dipandang serong oleh seluruh dunia kalaupun terlalu teruk untuk dikatakan dibenci oleh negara-negara di dunia.
6. Populariti yang diperolehi oleh Perdana Menteri Najib dan Malaysia dari 2015 sehingga 9 Mei 2018 telah dibayar oleh DS Najib dan UMNO- Barisan Nasional dengan harga paling mahal.Kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib adalah harganya.
7. UMNO telah tumbang bersama rekod dan pengalamannya memerentah Malaysia selama 61 tahun.Ini menjadi sejarah paling pahit untuk sebuah parti pemerentah yang telah lama bersenang linang dengan nikmat pemerentahannya.Kejatuhan ini untuk seorang perwira Jepun akan dibayarnya dengan harakiri.Dia rela dan memilih mati daripada hidup menanggung malu atas kesalahan dan perbuatannya yang memberi kesan buruk kepada orang lain.Tetapi tidak demikian Najib kerana budaya Malaysia yang berteraskan Islam memilih pendekatan lain yang jauh berbeza dari Jepun untuk membayar malu atau menebus kesalahan dan dosa.
8. Dalam krisis politik UMNO selepas PRU 14; DS Najib memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan diberikan tugas kepada DS Zahid Hamidi timbalannya untuk mengambil tugas tersebut.
9. Meskipun Najib melepaskan jawatan namun peranannya dibelakang tabir dalam kepimpinan UMNO kelihatan tidak dilepaskan begitu sahaja.Hubungannya dengan Zahid Hamidi begitu kukuh dan akrab sehingga segala pandangan buruk yang dilemparkan kepada Najib oleh rakan-rkan kabinet yang lalu hanya dipandang sepi oleh Zahid Hamidi.Bersandarkan kepada sokongan kuat Zahid terhadap Najib membolehkannya bernafas kembali dalam UMNO.
10.Benarlah jasa Najib kepada Zahid selama ini yang mengangkatnya serta memberi banyak peluang dan kemudahan untuk dinikmatinya sebagai menteri kabinet selayaknya kini dibalas baik oleh Zahid Hamidi kepada DS Najib.
11. Dari belakang tabir DS Najib mempopularkan semula dirinya melalui media sosial untuk berkomunukasi dengan rakyat terutama penyokongnya.Melalui pendekatan ini jenama BOSSku telah mendapat tempat.Dengan BOSSku bagaikan segala macam masalahnya dengan 1 MDB bagai luntur dan semakin mencair.Ini suatu keajaiban.
12. Disebalik mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah dengan hukuman penjara dan bayaran ganti rugi beratus juta ringgit kelihatan DS Najib masih mampu memanjat tangga untuk naik ke atas memijak lantai podium dalam kepimpinan UMNO.
13. Jangan takut untuk berkata bahawa sebahagian dari percaturan UMNO dalam merangka tindakan dan membuat keputusan besar masih pasti melibatkan saranan dan cadangan Najib.Demikian pula dengan segala percaturan sehingga mencetuskan kemelut Perak.
14. DS Najib ternyata sangat berhasrat untuk melaksanakan "Come Back" dalam politik UMNO lebih-lebih lagi dalam politik Malaysia.Untuk itu dia mesti melakukan sesuatu yang bersifat luar biasa.Untuk membina diri baru ia mesti bertindak di luar kotak (Out of the box).Ini tidak mudah.Tetapi DS Najib mesti melakukan untuk masa depan dirinya yang berdepan dengan banyak lagi kes lain yang belum selesai di mahkamah.
15. Demikian Najib demikian pula DS Ahmad Zahid Hamidi ,Presiden UMNO kini yang masih berdepan dengan berpuluh kes di mahkamah.Beliau wajib mengatur langkah untuk menyelamatkan dirinya.Dijatuhkan hukuman bersalah kemudian mengakhirkan riwayat politiknya di penjara bukan menjadi pilihannya.Kalau begitu sesuatu mesti diusahakan melalui politik untuk menyelamatkan diri.Perkara-perkara lain boleh difikirkan kemudian..
16.Jelas kelihatan bagaimana usaha-usaha dibuat dan segala peluang dicari untuk menyelamatkan diri atau menyelamatkan parti dilakukan oleh setiap pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha mereka untuk "Survival".
17. Langkah menyelamatkan diri kelihatan lebih menyerlah dari matalamat menjaga parti atau berjuang untuk rakyat dalam langkah dan pendekatan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin parti politik khususnya UMNO pasca PRU 14.
18. Ambil sahaja mana-mana contoh bagaimana ada menteri-menteri kabinet UMNO di zaman DS Najib yang berpaling tadah menyokong parti kerajaan yang baru memerentah.Kumpulan muhajirin ini berdepan dengan hakikat untuk menyelamatkan diri lebih besar dari mendukung perjuangan dan prinsip parti.Mereka bagai lalang.Bagai kiambang bergerak mengikut arus.Adakah mereka boleh dipersalahkan.Mungkin boleh mungkin tidak.
19. Demikian pulalah apabila kumpulan pembangkang yang digerakkan oleh UMNO mencari-cari beberapa idea baru untuk menjenamakan semula UMNO.Proses" re-branding " semula UMNO ini perlu dilakukan dengan cermat.Hati rakyat perlu ditambat kembali.Jiwa rakyat perlu dimenangi kembali.Kepercayaan rakyat yang banyak terhakis kepada UMNO sebelum dan semasa PRU 14 perlu dipulih dan dibugarkan kembali.Proses "refreshment" ini memerlukan kaedah dan cara yang penuh dengan kecermatan dan kebijaksanaan.
20. Dicelah-celah semangat,tekanan dan desakan politik semasa itulah yang membuahkkan idea dan gagasan nasionalisma Melayu-Islam baru yang digagaskan bersama oleh UMNO dan PAS.
21. MN adalah singkatan Muafakat Nasional sebuah pakatan atau gabungan baru yang dilahirkan dari perkahwinan UMNO -PAS.Dalam tempoh -tempoh antara 2014-2018 terutama sewaktu kecamuk menjelang PRU 14 yang lalu percintaan antara UMNO- PAS telah dapt dapat dikesan oleh banyak pihak.Penganalisa politik sudah bertutur tentang percintaan mereka berdua.Cuma menunggu untuk ijab qabul dan seterusnya naik pelamin mengistiharkan perkahwinan.
22. Muafakat Nasional sebagai sebuah gabungan baru pembangkang telah berjaya dimetrai piagamnya dan diistiharkan sebagai gabungan sah pada 14 September 2019.Ia dilakukan dalam satu majlis bersejarah yang dinamakan "Himpunan Penyatuan Ummah ".Ini berlaku di bangunan kebanggaan UMNO iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur.
23. Penting dan syahdunya peristiwa ini ialah bahawa untuk pertama kalinya selepas PAS keluar dari UMNO tahun 1955' inilah kali pertamanya pemimpin dan ahli-ahli kedua-dua parti dapat duduk sebumbung dalam satu majlis yang dihadiri,dirai dan direstui bersama.
24. Matalamat MN tidak lain adalah untuk menyatukan kaum Melayu - Islam Malaysia dalam menghadapi pilihanraya.Terutama PRU 15 yang akan menjelang.
25. Pembentukan Muafakat Nasional menjadi suatu peristiwa penting kepada politik Malaysia selain dari makna penyatuan ummah Melayu dan Islam negara ini.Ia adalah suatu "epoch making " untuk poltik moden Malaysia.
26.Perjalanan Muafakat Nasional masih jauh di depan.Sejauh mana perbezaan dan persamaan diantara kedua-dua parti itu dapat dikompromi bersama akan menentukan sejauh mana matalamat bersama untuk menjadi pemain politik yang efektif dapat direalisasi dan dipertahankan.
27.Perubahan cuaca dan iklim politik Malaysia selepas PRU 14 menjadi begitu laju,panas dan berasap.Kenyataan yang diberikan oleh setiap pemimpin politik dalam mewarnai kanvas politik mereka menjadi samada mudah untuk dipercayai atau samasekali boleh ditolak.Banyak pemimpin politik hanya bermain dengan kata-kata untuk tidak menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.Mungkin kurang tepat untuk mengatakan Malaysia selepas PRU 14 berada dalam tempoh penuh kekeliruan dan tidak menentu.
28. Suhu politik Malaysia menjadi semakin panas apabila berlaku pula pergolakan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang sedang memerintah.Perebutan jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir dengan PM in Waiting DS Anwar Ibrahim semakin menjadi.Tun Mahathir dikecam oleh penyokong-penyokong kuat Anwar Ibrahim dalam samada PKR dan DAP.Suara supaya Tun M segera melepaskan jawatanya untuk diserahkan kepada DS Anwar Ibrahim menjadi semakin lantang hari demi hari apabila sahaja memasuki tahun 2020.
29. Pembangkang dalam Muafakat Nasional yang dianggotai PAS dan UMNO menghidu dan mengintai dari dekat perselisihan dan keretakan dalam sangkar Pakatan Harapan.Di sinilah timbul pelbagai rundingan baru antara mereka untuk mencari strategi bagaima keretakan dalam kerajaan PH itu dapat dimanafaat dan dieksploitasi bagi survival mereka.
30. Krisis dalam kerajaan PH menjadi semakin besar bersama dengan bertambah besar pula krisis dalam Parti Keadilan Rakyat yang membahagikan blok dalam PKR menjadi dua.
31. Satu blok dalam PKR mendukung aspirasi Azmin Ali bersama Zuraidah Kamaruddin dan Menteri Besar Selangor yang menjadi penyokong kuat Azmin Ali.Satu blok lagi yang dipimpin Anwar selaku Presiden PKR yang didokong kuat oleh isteri,anak dan Rafizi Ramli serta lain-lain pemimpin setia kepadanya.
32. Azmin Ali dikatakan begitu rapat dengan Tun Mahathir serta mendapat keprcayaannya pula.DS ِAnwar melihat Azmi menjadi penghalang utama kepada cita-citanya untuk menjadi PM memandangkan Azmin sendiri tidak terlepas dari membina tangga untuk merintis jalan bagi menduduki jawatan sama lambat atau bangat.Di tengah-tengah kekalutan inilah Azmin Ali kemudiannya berdepan dengan Kes Semburit yang menggencat langkahnya dalam politik semasa.
33. Adalah dikatakan bahawa Keputusan Azmin Ali berpakat dengan Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin dalam merancang sebuah agenda dan komplot baru telah mencetuskan kejutan dan kegawatan besar dalam politik Malaysia.
34. Sebuah perjumpaan yang kemudiannya dikenali sebagai "Langkah Sheraton" telah diatur pada akhir Febuari 2020.Dikatakan Azmin Ali menjadi perancang utama yang mengerah dan menghimpunkan pemimpin-pemimpin pembangkang dari Muafakat Nasional dan yang lain untuk membentuk sebuah koalisi baru menggantikan Pakatan Harapan yang sudah tidak lagi relevan untuk membawa Malaysia kepada kejayaan dan kemajuan.
35. Sebelum langkah Sheraton diambil terlebih dahulu TS Muhyiddin Yassin telah membawa keluar Parti BERSATU dari Pakatan Harapan. Berikutan daripada keputusan itu kedudukan dan nisbah majoriti anggota parlimen dalam kerajaan telah hilang.Ini menyebabkan kelayakan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri turut hilang.Inilah yang memaksa beliau meletak jawatan!.
36. Politik Malaysia menjadi semakin gawat selepas Mahathir meletak jawatan apabila YDAgong terpaksa mengambil bahagian untuk menyelesaikan krisis politik yang besar ini.
37. Keputusan YDAgung yang pada akhirnya melantik TS Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri bukan dapat menutup rasa keciwa dan tidak puashati mereka yang berkepentingan lainnya.Tetapi sekurang-kurangnya sebuah kerajaan baru telah dapat dibentuk dan seorang Perdana Menteri baru dapat membentuk kabinetnya untuk meneruskan pemerintahan oleh sebuah kerajaan di Malaysia.
38. Kerajaan TS Muhyidin Yasin kemudian disebut sebagai kerajaan Pintu Belakang atau kemudian lebih popular disebut sebagai Kerajaan Tebuk Atap satu frasa yang diperkenalkan sendiri oleh Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang.Sebagai sebuah kerajaan yang dituduh telah membelakang mandat rakyat maka kerajaan yang ditadbir oleh TS Muhyiddin berdepan dengan banyak ancaman dari pehak Pakatan Harapan yang sekarang sudah bertukar peranan dan tempat duduk dalam parlimen.Mereka telah dipaksa menjadi pembangkang secara tiba-tiba.Sungguh tragis. Segala peristiwa yang berlaku bagai sekelip mata.Peminpin Pakatan Harapan yang bertukar menjadi pembangkang tidak boleh menerima pengkhianatan dan perbuatan tikam belakang ini.
39..Perikatan Nasional ditubuhkan oleh TS Muhyiddin sebagai sebuah kerajaan baru menggantikan Pakatan Harapan yang digulingkan melalui gerakan tebuk atap sebagai yang dinyatakan itu.Ia didirikan diatas airmata Pakatan Harapan yang telah mendapat mandat rakyat dalam PRU 14.
40. Hak Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan telah berjaya dinafikan melalui satu kudeta (revolusi tanpa pertumpahan darah) dengan Langkah Sheraton yang licik dan terancang.
41. Kemelut politik Malaysia pastinya tidak mempunyai noktah di sini.Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional akan menjadi satu permulaan baru kepada satu tahap perkembangan lain yang lebih panas selepas ini.Dekad-dekad yang akan datang bakal menyajikan perkembangan politik yang lebih menarik untuk dianalisa dan diperkatakan.
42. Malaysia sedang menunggu kebijaksanaan TS Muhyiddin dan anggota kabinetnya yang besar dan dan dikatakan berwawasan serta nerintegriti itu untuk membawa Malaysia memasuki era kemajuan,keamanan dan kejayaan.
42. Kedatangan dan kemaraan pandemik Corvid 19 yang belum reda sehingga kepada saat rencana ini digarap menjadi suatu lagi ancaman baru dan membawa pandemik politik pula untuk sebuah Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum ini.
43. Kemelut politik Perak yang terjadi pada Jummat 4 Disember 2020 ;apabila Peja (Ahmad Faizal Azumu ) ditumbangkan sebagai Menteri Besar Perak dari BERSATU menjadi satu lagi ujian baru untuk dihadapi oleh kerajaan Perikatan Nasional.
44. Rakyat mengharapkan akan segera wujud sebuah kerajaan yang setabil.Negara yang berbilang kaum ini perlu berada di atas satu titik kebersamaan semua kaum penduduknya. Setiap rakyat mesti memainkan peranan serta mnyedari hakikat negara untuk menghormati dan menerima seadanya perbezaan dan persamaan dalam rangka perdamaian yang lebih utuh dan abadi.
No comments:
Post a Comment