Kemelut politik Perak telah selesai.Ia dikatakan sebagai selesai apabila Dato' Saarani Mohammad ADUN yang mewakili UMNO telah dilantik.Beliau juga telah diperkenan oleh Paduka Sri Sultan Perak.Beliau juga telah resmi menjadi Menteri Besar Perak dan telah selesai mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut di hadapan Paduka Sultan.
2. Kemelut Politik Perak berlangsung selama seminggu dari 4 Disember 2020 sehingga 11 Disember 2020.Dari berlangsungnya undi percaya yang ditolak terhadap kepimpinan Ahmad Faizal Azumu sehingga hari Menteri Besar yang baru mengangkat sumpah menjadi satu tempoh panas dalam suhu politik Malaysia khususnya di negeri Perak.
3. Jangan marah jika ingin bertanya.Apakah turunnya suhu politik dengan perlantikan seorang Menteri Besar yang baru di Perak itu membawa erti bahawa polemik politik Malaysia secara umumnya telah selesai ?.
4. Politik Malaysia di kurun ke 21 memasuki era baru dengan memiliki budaya politik yang jauh berbeza dari pengalamannya sebelum itu.Politik sewaktu negara berusaha mencari kemerdekaan sangat berbeza dengan politik Malaysia pasca kemerdekaan.
5. Politik Malaysia yang didewasakan dalam tempurung demokrasi yang sarat dengan masalah perkauman rakyatnya menjadi sedemikian gawatnya sehingga tercetusnya tragedi 13 May 1969.
6. Adakah pengalaman pahit dari tragedi berdarah 13 Mei 1969 memberi peringatan dan pengajaran yang cukup untuk Malaysia .Apakah Malaysia dengan pemimpin politik dari pelbagai kaum yang dipilih kemudian dilantik menjadi pelbagai jenis menteri tidak berupaya untuk menjadikan Malaysia maju dan berjaya dalam erti kata yang sepenuhnya.
7. Apakah kerajaan yang dibentuk selepas merdeka tidak faham kaadaan dan kedudukan negara terutama tentang masyarakat pluralnya.Sebuah kerajaan yang diwakili semua kaum telah dibentuk sejak sebelum merdeka untuk berfikir dan mencari jalan supaya sebuah negara Tanah Melayu merdeka yang bakal dilahirkan akan dijaga,ditadbir,dipelihara dan diurus dengan baik.
8. Dari pengalaman yang ada nampaknya tragedi 13 May yang berlaku lebih dari setengah abad yang lalu itu telah gagal untuk dijadikan peringatan dalam merancang dan membentuk Malaysia yang aman dan berjaya seperti sepatutnya.Ia gagal mengajar pemain politik untuk mengutip iktibar dan pengajaran daripadanya.
10. Ahli sejarah sering mengungkapkan kata-kata bahawa kejadian sejarah akan berulang untuk kesekian kalinya."History repeat itself" .Ia terus berulang dan berulang dalam suatu tempoh masa yang tertentu.
11. Manusia gagal mengambil dan mengutip sesuatu yang baik serta berusaha menolak dan membuang setiap yang buruk daripada sesuatu peristiwa apabila lagi tragedi buruk dalam sejarah mereka.Kerana itu kebanyakan manusia hanya berjaya membuat perancangan untuk memperolehi kegagalan. Pengalaman yang gagal akan membawa perancangan yang gagal untuk .
12. Kegagalan akan terus "dinikmati" sekiranya kita tidak belajar dari sejarah.Demikianlah kita di Malaysia serta ahli-ahli politik kita kelihatan berpusing dalam lingkaran yang sama dan mengulangi kesilapan yang sama dekad demi dekad.
13. Rakyat dan pemimpin kita beramal dengan politik seperti selisa berada dalam lingkaran kemiskinan (Vicious circle).Mereka berlegar dan berpusing dalam petak yang sama dalam lingkaran yang sama dan kelihatanya tidak kreatif untuk berubah.Politik kita menjadi beku dan masalah negara tidak dapat ditentukan dengan tepat.
14. Politik kita sesungguhnya berada dalam satu "pusingan kemiskinan" yang setiap satu penghujungnya akan tiba ke jalan buntu yang membawa kegagalan.Jalan mati ini kita sendiri yang pilih.Jalan mati ini pemimpin politik kita sendiri yang pilih.Rakyat yang patuh nampaknya hanya berani mengekori untuk mematuhi dan kelihatan takut mengatakan tidak walaupun nampaknya laluan adalah berliku dan kenderaan bakal sampai ke jalan mati !.
15.Malaysia dalam banyak sudut sedang berada dalam politik jumud.Kita selisa mengamalkan politik pak turut dan selisa mendengar kata-cerita pemimpin-pemimpin politik. Pemimpin politik kita yang sangat pandai mengolah berita dan bermain kata-kata.Dalam olahan ini banyak yang benar menjadi bohong dan banyak yang bohong menjadi benar.Itulah ciri politik kita.
16. Politik perkauman di Malaysia kini memasuki fasa baru.Isu perkauman bukanlah perkara baru.Ia telah berkurun lamanya wujud.Ia dirancang di zaman kolonial.Ia dirancang dengan perancangan teliti oleh penjajah British.Masyarakat majemuk Malaysia ditetas dan dilahirkan oleh penjajah dengan tujuan yang pelbagai.Ia dipelihara dan digemukkan oleh penjajah dalam rumah kolonial British di Tanah Melayu.
17. British tidak berhasrat untuk memberikan kemerdekaan kepada mana-mana tanah jajahannya di seluruh dunia.Tanah jajahannya seperti juga Tanah Melayu menjadi pelampung kepada ekonomi negara mereka England.Hasil mahsul tanah jajahan bukan untuk tanah jajahan tetapi memaju dan membangunkan negara mereka.Tanah jajahan hanya mendapat habuk dan mewarisi segala kesan buruk hasil perancangan dan peninggalan mereka
18. Demikianlah lahir dan berkembangnya masyarakat majemuk di tanah Melayu.Pendatang asing dari Negara China dan India dibawa masuk ke Tanah melayu untuk dijadikan buruh.Mereka berkembang biak di negara asal milik orang Melayu ini dengan segala kebebasan yang diberikan British.Mereka kekal beramal dengan budaya mereka.Mereka mendirikan petempatan,memperbesarkan perniagaan dan menyediakan kemudahan pendidikan mengikut pendekatan dan cara mereka.
19. Akhirnya kelompok pendatang asing ini memperjuangkan segala macam kepentingan mereka.Selepas Malaya merdeka perjuangan membela kepentingan mereka menjadi lebih ketara.Tindakan mereka lebih tersusun melalui persatuan,pertubuhan dan organisasi.
20. Parti-parti politik pula sesungguhnya turut memainkan peranan yang besar dan signifkan dalam membela sesuatu yang dikatakan "hak " mereka dalam setiap kaum.Orang Melayu kemudian dipayungi oleh Parti UMNO (Parti Kebangsaan Melayu Bersatu).Demkian orang India di bawah Malayan Indian Congress (MIC) dan orang Cina di bawah MCA (Malayan Chinese Association).
21. Sejak dari awal tahun 50'n sehingga sekarang pun meskipun ketiga-tiga parti ini berada dalam "Perikatan" dan kemudian "Barisan Nasional" tetapi bolehlah dikatakan " mereka tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain".Kerana hal yang demikian segala macam isu-isu kritikal negara yang perlu diselesaikan menemui jalan buntu.Akhirnya sampai ke jalan mati.
22. Isu perkauman di Malaysia semakin sukar untuk diselesaikan kerana.Ia seperti harta pusaka yang tidak diselesaikan setelah ibu bapa meninggal.Semakin lama bertambah anak cucu cicit ciut ia mengundang pelbagai masalah baru.Ia menjadi komplikated,semakin membeku dan terbiar.
23. Bukan hanya semangat perkauman yang menghantui politik Malaysia.Krisis bukan hanya terjadi antara kaum dan budaya yang berbeza.Krisis masyarakat Malaysia turut ditenatkan oleh semangat kesukuan dengan perbezaan pendekatan dan idelogi sesama kaum.
24. Selepas 13 May 1969 Parti DAP misalnya berjaya menawan hati masyarakat Cina yang progresif di negara ini.Pembentukan Negara Malaysia pada September 1963 turut memberikan warna baru kepada politik Malaysia.Bukan sahaja kawasan pemerentah negara bertambah melebar dan meluas tetapi pandangan dan pendekatan politik rakyat juga turut sama berubah.
25. Dalam PRU May 1969 misalnya DAP telah mencapai kemenangan besar dengan berjaya menguasai undi penduduk bandar.Pada masa yang sama MCA yang biasa menjadi pelindung kepada pengundi Cina semakin tidak popular kerana dikatakan MCA diperkudakan oleh UMNO.Ini adalah persepsi baru dikalangan pengundi Cina yang menjadikan DAP adalah payung baru yang mampu melindungi dan memperjuangkan kepantingan kaum Cina di negara ini.MCA yang semakin tersisih dapat dibuktikan apabila sokongan kepada mereka semakin susut pada setiap PRU selepas 1969.
26. Dikalangan masyarakat Melayu pula terbina pola-pola politik kesukuan diantara kaum sebangsa dan seagama.Negeri yang berbeza nampaknya mendukung semangat dan aspirasi negara dan kehendak yang berbeza.Ia seperti kembali kepada zaman sebelum merdeka di mana negeri-negeri bernaung dibawah corak pentadbiran yang berbeza-beza.Masa penjajah rakyat Tanah Melayu dididik dengan sistem Residen dibeberapa negeri yang di perintah Biritish secara langsung seperti Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang.Negeri ini kemudian pentadbirannya disatukan di bawah Federated Malay States.Negeri-negeri lain diletakkan di bawah kerajaan Unfederated Malaysia States kecuali Singapura,Melaka dan Pulau Pinang yang diletakkan di bawah pentadbiran Negeri Selat (Strait Settlement).
27. Dalam sejarahnya pula negeri-negeri seperti Kelantan dan Kedah menerima pengaruh pemerentahan Siam.Semua warna-warna asing yang bertukar ganti ini turut mempengaruhi corak pemikiran penduduk di negeri ,kawasan dan tanah air yang berbeza itu.
28. Kerana hal yang demikian sejarah telah berjaya mencorak dan membentuk penduduk di negeri dan daerah yang berbeda menjadi tidak serupa.Ciri-ciri heterogenous dikalangan kaum yang sama tetapi mendiami negeri yang berbeda melahirkan budaya berbeza dan sokongan politik kepada parti-parti yang berbeza.
29.Kedah dan Kelantan lebih mempunyai persamaan dengan sejarah penduduk serta pengaruh Siamnya.Ia nampaknya berjangkit ke Terengganu kerana jiran Kelantan yang paling dekat.Parti PAS dapat berkembang dan hidup subur di tiga negeri ini.
30. Negeri-negeri di pantai barat semenanjung dengan sejarah perlombongan timah yang menumbuhkan pekan dan bandar rata-rata diduduki kaum yang asalnya pendatang terutama bangsa Cina.Sekarang politik bandar mampu dikuasai oleh Parti DAP setelah MCA dikira gagal mewakili kehendak dan keperluan masyarakat Cina moden yang progresif dan dinamik sifatnya itu.
31. Orang-orang Melayu di negeri-negeri Pantai barat semenanjung kebanyakannya menyokong UMNO.Kerana itu UMNO untuk sekian lamanya berjaya mendominasi penduduk Melayu di kebanyakan negeri dan berjayalah mereka membentuk kerajaan di negara ini.
32. Dominasi UMNO tiba-tiba berakhir dengan PRU 14 yang bersejarah itu.UMNO sebagai parti yang dijulang oleh penyokong dan pengikutnya sebagai sebuah parti keramat telah dapat ditumbangkan.
33. Demikianlah bila dianalogikan UMNO sebagai sebuah rumah tua.Kerosakannya terlalu banyak.Kerosakan itu samada disedari tapi dibiarkan untuk terus tidak dipulih dan diperbaiki. Apakah pula kerosakan itu sama sekali tidak disedari dan tidak diketahui.Apakah Penghuninya penuh selisa mendiami dengan segala khayalan dan angan-angan serta segala perancangan untuk dilaksanakan di masa depan.Apakah terlalu selisa berada di dalam rumah sehingga tidak menyedari anai-anai sedang meratah lantai atau dinding.
34. Kes 1 MDB menjadi api membakar rumah tua itu.Puin-puin yang masih tinggal selepas kebakaran itu berjaya dihimpun ,dikumpul untuk dibangunkan semula sekarang menjadi sebuah rumah baru.Apakah perlu di atas tapak yang sama.Apakah patut untuk dibangunkan semula dan diduduki semula oleh penghuni yang sama.Ini perhitungan baru yang perlu ada dikalangan penghuni rumah ini.
35. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menggantikan UMNO-BN tidak menjadi begitu stabil.Koalisi empat parti yang membentuk PH tidak sehati dan sejiwa.Banyak perbezaan yang gagal disepakati.Kepentingan bersama gagal dipelihara dan disuburkan.Kepentingan kaum sendiri akhirnya menjadi teras perjuangan parti-parti dalam PH yang sebenarnya berdiri mewakili kaum-kaum dan pengundi dari latarbelakang yang berbeza.
36. UMNO mulai bangun dari rebahnya dengan membawa nasionalisma baru.Slogan Melayu dan Islam dilihat begitu sinonim dengan selera perjuangan Melayu sejak dahulu.PAS telah lama hidup dan berkembang dengan slogan ini.UMNO tidak lagi boleh berharap dengan konsep nasionalisma lama yang berteras semata-mata untuk mempertahankan ketuanan Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu.Ia perlu bergerak lebih jauh dari itu.
37. Setelah merasa selisa dengan PAS dan merasa bahawa pendekatan yang diguna pakai oleh PAS menghasilkan kemenjadian maka UMNO kmelihat PAS boleh dijadikan rakan kongsi.Inilah semangat yang membawa kepada berjayanya diadakan Perhimpunan UMMAH di PWTC pada 19 September 2019.
38. Kejayaan yang lebih besar daripada kejayaan mengadakan perhimpunan penyokong parti yang berpuluh tahun bermusuhan itu;ialah apabila Muafakat Nasional (MN) berjaya dibentuk dan dimetraikan piagamnya didepan ribuan penyokong kedua parti itu di PWTC pada tarikh tersebut.
39. Apakah MN adalah sebuah platform atau pelantar kukuh yang boleh menampong saratnya masalah dan karenah kedua-dua parti tersebut .Apakah pelantar itu cukup luas untuk dapat mengisi dan merapatkan bahu dan hati nurani kedua-dua parti yang berpuluh tahun meskipun bersama dalam satu bangsa dan ugama tetapi tidak sebulu sehingga satu pernah satu pihak mengkafirkan satu pehak yang satu lagi.
40.Kemelut politik kita dan krisisnya sentiasa meniti di atas jambatan yang sama.Ia masih berlegar di atas padang dan pentas yang sama.Bilakah isu perkauman dan perbezaan kehendak antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat diredakan.Di manakah titik temu untuk masalah perkauman dapat dirungkai dan diselesaikan.
41. Nampaknya selagi kaum Melayu dan bumiputra yang menjadi kaum majoriti di negara ini masih belum gagal menemui formula untuk penyatuan mereka maka selama itu krisis politik kita akan menemui jalan buntu untuk dislesaikan.
42. Benchmark kepada ketenangan politik Malaysia terletak kepada persepsi dan visi bersama seluruh orang Melayu dan kaum bumiputera .Mereka mesti lebih dahulu sepakat dalam tindakan dan perjuangan mereka.Selagi Melayu tidak bersatu meraka akan diambil peluang oleh bangsa lain untuk tidak mematuhi kepimpinan mereka.
43. Ketuanan Melayu tidak akan bermakna untuk menyatukan Melayu sekiranya mereka mendukung visi dan misi negara yang berlainan dan berbeza.Kesatuan atas nama agama Islam akan menjadi lebih terjamin untuk membawa Malaysia maju ke depan.
44. Islam yang dipraktikkan dalam teori dan amalan akan mampu menyatukan pelbagai kaum.Tetapi Islam yang diterima dan dipakai secara teori sahaja akan membawa kegagalan untuk Malaysia.
45. Pemimpin politik Malaysia perlu berganjak mencari paradigma baru dalam pentadbiran dan pemerentahan negara.Setiap kaum perlu belajar dan memahami dan meteladani sejarah negara.Sikap bertolak ansur antara kaum jangan hanya mati dimulut sebelum berkubur di hati .
No comments:
Post a Comment