Tahun 2020 adalah tahun gawat bagi Dewan Undangan Negeri Perak( DUNP).Ia bukan setakat memahat sejarah sebagai sebuah dewan yang menyaksikan tiga kali majlis angkat sumpah Menteri Besarnya berlaku dalam satu tempoh penggal pilihanraya umum.Ia lebih dari itu.
2. Kaadaan sebenarnya yang berlaku adalah menjadi sebuah sejarah gagal yang mendukacitakan. Sesungguhnya ia melebihi dari sekadar memahat angka tiga.Sesungguhnya pula DUN Perak mengundang kekeciwaan Paduka Sultan Perak Tuanku Nazrin Muizzuddin Shah.Dalam waktu yang sama mungkin timbul kemurkaan Paduka Tuanku dengan segala karenah yang terjadi sebelum dan selepas krisis DUN Perak itu
3. Krisis DUN Perak tidak akan terjadi dengan sendiri.Krisis Perak berangkai dan berkaitan dengan krisis politik negara.Politik negara sedang berada dalam kaadaan yang tidak stabil berikutan daripada wujudnya sebuah kerajaan yang digelar Kerajaan "Tebuk Atap ".Ini adalah sebuah kerajaan yang dibentuk diluar mandat rakyat.
4. Latarbelakang kriris Perak mempunyai huraian yang panjang untuk dijejaki.Untuk mudah difahami kita perlu melihat kepada beberapa peristiwa politik yang terlalu menonjol terutama selepas PRU 14.
5. 9 May 2018 adalah hari berlangsungnya PRU 14.Kerajaan UMNO-BN telah ditumbangkan oleh gabungan parti-parti pembangkang yang dianggotai oleh BERSATU (PPBM),PKR,DAP dan AMANAH serta dsokong oleh Parti Warisan Sabah.
6. Kekalahan UMNO - BN dalam PRU ini menjadi satu titik hitam dalam sejarah mereka setelah berkuasa memerintah negara ini lebih dari 60 tahun.UMNO-BN tidak boleh menerima kegagalan ini begitu sahaja.
7. Sepanjang kempen PRU 14 UMNO-BN ini telah dimomokkan sebagai sebuah parti yang gagal yang telah membawa dan mencemarkan nama Malaysia diseluruh dunia.Kerajaan makan rasuah dan kerajaan kleptokrasi telah mendominasi pemikiran rakyat.UMNO-BN ditolak rakyat dalam PRU tersebut kerana pembangkang berjaya menyakinkan rakyat terbanyak untuk terutamanya membenci DS Najib selaku Perdana Menteri dengan sebenci bencinya.
8. Selepas kalah PRU 14 nasib UMNO-BN menjadi lebih buruk apabila berlaku perpecahan pula dikalangan mereka.Ada ahli-ahli parlimen UMNO yang tidak yakin lagi dengan parti mereka telah berpaling tadah untuk menyertai parti-parti yang berada dalam kerajaan baru.Ramai dari mereka menyertai BERSATU terutama kerana Tun Mahathir sebagai PM datangnya dari parti tersebut.
9. Ada pula terjadinya usaha-usaha parti gabungan dalam BN yang mengambil keputusan untuk meninggalkan gabungan ini.MCA dan MIC sendiri pernah memikirkan untuk mengambil langkah demikian pada satu ketika.Parti GERAKAN dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak juga bertindak demikian.UMNO-BN berada dalam kaadaan senak dan tertekan.
10.Walau bagaimana pun krisis dalam kerajaan Pakatan Harapan yang baru membentukkerajaan lebih besar dari krisis yang dihadapi UMNO-BN selepas dikalahkan.Dikatakan pembangkang bukanlah begitu kuat pun tetapi kerana kerajaan PH begitu lemah maka ia dapat diambil kesempatan oleh musuh untuk menjatuhkannya pula.
11. Politik adalah sebuah dunia yang jatuh menjatuh.Sebuah kerajaan yang sedang berkuasa bagaimana baik sekalipun tidak akan dinilai baik oleh pembangkang.Kelemahan yang timbul sekecil mana pun berjaya dipercesarkan.Kebaikan yang sebesar mana pun diperkecilkan.Fitnah memfitnah dalam politik adalah bagai menjadi kemestian.Inilah yang membawa kerajaan menjadi tidak stabil.
12. Dalam sejarahnya Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun tidak pernah mengatakan DAP adalah sebuah parti yang baik.DAP adalah musuh ketat UMNO dan Mahathir selama beliau mentadbir Malaysia. Lim Kit Siang adalah seteru utamanya dalam percaturan politik Malaysia.
13.Demikian DAP begitulah PKR dalam mata Mahathir.Krisis dengan DS Anwar semakin membesar apabila DS Anwar dipecat oleh Mahathir selaku Timbalan Perdana Menteri dalam tahun 1997.Anwar menggerakkan reformasi adalah semata-mata kerana sakit hatinya terhadap Mahathir.DS Anwar telah berusaha sehabis daya memburukkan Mahathir dalam hasratnya untuk kembali berkuasa.
14. AMANAH berlatarbelakangkan PAS.Kumpulan professional meninggalkan PAS kerana dikuasai oleh golongan Ulamak.Beberapa pemimpin professional yang meninggalkan PAS ini telah menubuhkan Parti AMANAH ditengah-tengah kemelut politik UMNO-BN yang dinilai sudah tidak relevan lagi untuk terus memerintah Malaysia.
15.Pemimpin AMANAH lebih dekat dengan Anwar daripada Mahathir.Perhubungan Anwar dengan Mat Sabu,Sallehuddin Ayud dan Dr Zulkifli Ahmad misalnya telah lama terjalin sewaktu PKR bersama PAS dalam Pakatan Rakyat satu waktu yang lalu sebelum pakatan itu kemudiannya runtuh.
16.Pada akhir-akhir ini nampaknya UMNO-BN berjaya mengambil langkah untuk "come back".Prestasi mereka mulai naik dimata rakyat.Semakin ketara kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan semakin popular pula UMNO-BN yang seolah-olah diberi cat baru dan warna baru oleh kepimpinan baru selepas DS Najib melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO.
17. Sebagai sebuah parti yang kehilangan kuasa.UMNO seperti singa yang luka mencari jalan untuk membunuh mereka yang bertanggung jawab menembaknya.Kenangan manis sewaktu berpuluh tahun berkuasa menjadi penguasa sebuah negara merdeka menimbulkan keinginan besar bekas-bekas pemimpin UMNO itu untuk kembali berkuasa.
18. Pembentukan Muafakat Nasional yang dimeterai oleh PAS dan UMNO-BN merintis satu jalan baru dalam rangka kerjasama kedua parti untuk menghadapi Kerajaan Pakatan Harapan dan menyediakan diri bagi PRU 15.
19. Atas landasan membina dan mengukuhkan kekuatan orang Melayu-Islam serta kaum bumiputra di negara ini;kedua-dua parti telah bergerak menyerang Pakatan Harapan dari segala penjuru.Orang Melayu mulai kelihatan beralih arah daripada gila-gilaan menyokong PH kepada berkira-kira atau terus mengambil keputusan menyokong Muafakat Nasional ini.
20. Kejayaan gabungan ini lebih terserlah apabila mereka berjaya memalukan kerajaan Pakatan harapan yang kalah dan terus kalah dalam beberapa PRK yang diadakan berikutan kematian beberapa wakil rakyat.Ini memberi kekuatan baru dan melonjakkan semangat untuk lebih ke depan dalam mengatur gerakerja mereka.
21. Kejayaan kerjasama UMNO-PAS dalam muafakat Nasional menakutkan kerajaan Pakatan Harapan.Krisis dalam Pakatan semakin parah dengan kekalahan mereka dalam kebanyakan PRK.Salah menyalah semakin menjadi diantara pemimpin komponen parti dalam PH.
22.PM in Waiting Ds Anwar Ibrahim kelihatan semakin hilang sabar dengan karenah Tun Mahathir yang berdolak dalik menangguhkan penyerahan kuasa Perdana Menteri kepadanya.Penyokong Anwar samada dalam PKR atau AMANAH mencari pelbagai pendekatan samada menggesa atau terus mencela dan memburuk-buruk Mahathir kerana lambat mahu berundur.Krisis dalaman PK semakin ketara.Penyelesaian gagal diperolehi.Malah tiba di jalan mati.
23. BERSATU kemudian terbelah dua kerana Muhyiddin mengambil langkah membawa keluar partinya dari PH.Tum Mahathir yang berada dalam belahan lain parti itu kemudian mengambil langkah meletakkan jawatan.Keputusan ini memberilaluanyang lebih mudah bagi kumpulan yang mengatur Langkah Sheraton untuk menruskan agenda mereka membina sebuah pakatan baru bagi menjatuhkan PH dan seterusnya berkuasa di Putrajaya.
24. Sebuah kerajaan baru dengan Nama Perikatan Nasional telah dibentuk.TS Muyiddin telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebuah kabinet besar bagi membantunya mentadbir kerajaan yang baru telah dibentuk.Jawatan Timbalan Perdana Menteri telah ditiadakan.Sementara itu beberapa jawatan Menteri Kanan telah diwujudkan.
25.Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional adalah dua entiti politik yang berasingan walaupun terdapat hubungan timbal balik dalam urusan mereka.
26. Dalam membentuk Perikatan Nasional Parti BERSATU pimpinan TS Muhyiddin Yasin telah berjaya mengajak UMNO -BN untuk menyertai mereka dalam gabungan itu.Demikian juga PAS dan Parti Gabungan Sarawak.Walau bagaimana pun UMNO enggan mengikat dirinya secara resmi dalam gabungan itu sehingga menolak untuk bergabung secara sah dan mutlak dalam PN.PAS mengambil langkah yang lebih berani untuk bersama BERSATU dan bersedia untuk membentuk pakatan sah dalam PN.
27. Keputusan PAS untuk bergabung secara sah dengan BERSATU dalam PN menimbulkan tanda tanya kepada UMNO akan apa ertinya kersama PAS yang juga terjadi dengan UMNO.Langkah untuk berenang dala dua kolam serentak tentunya menimbulkan banyak persoalan kepada UMNO.
28. Pakatan Harapan di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahin berada dalam situasi yang lebih keliru.Keyakinan parti komponen dalam PH terhadap DS Anwar Ibrahim kelihatan makin mengecil.Diperingkat akar umbi samaada PKR sendiri apa lagi AMANAH dan DAP kebanyakan mereka mempersoalkan kepimpinan DS Anwar yang kelihatan sudah hilang keseimbangan.Langkah dan pendekatan yang diambilnya akhir-akhir ini bukan sahaja gagal tetapi dilihat sebagai suatu pembohongan yang bertujuan untuk mengelirukan penyokong dan rakyat terbanyak.
29. Di mata rakyat terbanyak DS Anwar dilihat sebagai seorang pemimpin yang telah gagal.Ada pula cadangan berani yang mencadangkan supaya kepimpinan Anwar digantikan dengan pemimpin muda yang mampu pembawa pembaharuan yang boleh diterima oleh penyokong dan rakyat.
30. UMNO-BN membaca situasi ini.Kelemahan dalam PH perlu dimanafaat selain kelemahan dalam Kerajaan Perikatan Nasional sendiri.TS Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti kukuh di Parlimen.Sekiranya UMNO-BN mengambil langkah berpaling tadah kepada TS Muhyiddin kerajaan PN akan tumbang.Kerajaam TS Muhyiddin bagaikan telur di hujung tanduk.Beliau terpaksa lebih berusaha untuk memperkukuhkan hubungannya dengan PAS.Tetapi sejauh mana PAS mampu menjadi pelampong menyelamatkan Kerajaan PN dan TS Muhyiddin.
31. Sekarang ini UMNO telah berkuasa di DUN Johor,Melaka dan Perlis.Langkah perlu dijalankan dengan teliti untuk menguasai kerajaan negeri dalam usaha memasuki PRU 15 dan persiapan utnuk melangkah ke Putrajaya.
32. Dengan itu krisis Perak dicetuskan dalam kerangka untuk memperkukuhkan kekuatan UMNO.Peja (Ahmad Faizal Azumu ) yang belum pun setahun menjadi Menteri Besar di bawah BERSATU perlu digulingkan . Alasannya mudah bahawa beliau tidak disenangi oleh majoriti anggota ADUN yang sebahagian besarnya terdiri dari kumpulan pembangkang iaitu PH (PKR + DAP) juga UMNO (sebelum Langkah Sheraton).
33. Dalam apa kaadaan pun banyak orang melihat langkah UMNO menjatuhkan Peja di DUN Perak adalah suatu bentuk pengkhianatan.Pengkhianatan terancang yang diatur atas nama kuasa dan nafsu politik yang membara.
34. Kepimpinan BERSATU bukan sahaja terkejut tetapi terkedu.Perdana Menetri TS Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.Hanya Hamzah Zainuddin selaku SU Agung PN yang menyatakan rasa kesalnya atas kejadian tersebut.
35. Tetapi nampaknya yang turut terasa dan terkesan adalah Paduka Sultan Perak yang begitu prihatin kepada nasib rakyat.Kalau tidak demikian mana mungkin titah baginda begitu sarat dengan pandangan , luahan rasa dan kritikan yang terasa berat dan pedas.
35. Terkesan dengan karenah ahli-ahli politik yang dilihat tidak bertanggung jawab yang menyebabkan baginda berulangkali menyaksi dan mengesahkan perlantikan Menteri Besar dalam tempoh singkat itu sangat mengeciwakan baginda. Bagaimanakah agenda menjaga rakyat yang susah dan memerlukan pembelaan wakil rakyat tidak diberikan keutamaan oleh wakil rakyat yang dipilih itu.
36.Setakat yang kita sedari belum ada seorang Sultan yang yang begitu berani menyentuh isu politik dengan menyampaikan nasehat sejauh itu.Ini berikutan daripada apa yang dipandang baginda seagai sebuah kegagalan pemerentahan negeri dan kaedah bernegara yang perlu segera diperbaiki.
37. Sejarah kegagalan DUN Perak mengikut Baginda Sultan Perak bukan untuk dibanggakan.Ia bukan sejarah cemerlang rekod kehebatan sebuah negeri.Ia sebuah kegagalan yang nyata berikutan daripada pengaruh emosi berdendam serta pemikiran politik yang jumud.
38. Paduka Sultan Perak menyentuh dalam titah Baginda bahawa mandat rakyat perlu dipikul oleh wakil rakyat dengan penuh amanah.Rakyat yang miskin,kehilangan pendapatan dan kerja terutama kesusahan dalam masa corvid 19 perlu diberikan keutamaan bukan bergasak sama sendiri untuk mendapat kuasa dan mengejar kepentingan diri sendiri.
39. "Doa rakyat yang merasakan diri teriniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Illahi.Jangan rakyat diiniayai kerana dipengaruhi oleh emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud".Ini adalah amaran dan ingatan untuk menyedarkan ahli-ahli politik supaya bergerak di atas landasan kepercayaan rakyat kepada mereka.
40. Diantara beberapa kandungan lain titah Baginda.Paduka Sultan mengingatkan juga kepada ahli-ahli politik supaya tidak tenggelam dalam khayalan jawatan dan kuasa sehingga kata tidak dikota dan memutar belitkan fakta apabila mengatakan hitam itu putih dan putih itu hitam.
41. Diingatkan juga supaya ahli-ahli politik yang memegang kuasa tidak mudah dipengaruhi lalu tunduk kepada seseorang yang tamak serta berkepentingan diri yang berada disekeliling mereka.Orang-orang tamak ini sangat pandai bermuka-muka dengan memuji kebaikan dan kehebatan pemimpin sedangkan mempunyai niat buruk yang tersirat.
42. " Jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu ".Adalah titah baginda yang mengandungi kiasan tajam supaya ahli politik berhenti dari berbalah sesama sendiri.Mereka jangan hanya fikir diri sendiri sebaliknya menjaga kepentingan rakyat .Jangan rakyat dibiarkan dalam kesusahan sedang pemimpin hidup bersenang linang dengan kuasa dan jawatan yang disandang selepas menang peraduan.
43. Patik dan rakyat jelata menjunjung kasih di atas nasehat dan titah tuanku.Semoga Allah melindungi dan merahmati Tuanku.
No comments:
Post a Comment